Thursday 5 January 2012

Projek Memikat Suami 1

“Meminang Una?” Ternganga mulut Husna! Terkocoh-kocoh dia pulang dari U.K. bila mendapat panggilan telefon dari umminya. Ada hal keluarga, penting, balik secepat mungkin kata Ummi. Berteka-teki Husna sepanjang penerbangan, apa hal urusan keluarga yang disebut umminya itu? Hairan benar bila dia disuruh pulang segera. Rupanya, hanya kerana ada yang datang meminangnya.
Walhal Ummi dan Babah sudah berbulan tahu tentang rancangannya nak mengembara ke Scandinavia dengan geng selepas peperiksaan akhir. Habis burn begitu saja tiket keretapi keliling Scandinavia yang dibelinya. Habislah peluang dia nak menjejak kaki ke bumi Scandinavia. Dah balik ke Malaysia, tentu nak mula bekerja, entah bila zamanlah dia akan berpeluang ke Scandinavia.
“Sabar sajalah,” Husna memujuk diri. Nak mengeluh depan Ummi, jauh sekalilah. Tak baik buat Ummi kecil hati.
“Tapi Mi, kenapa Una kena pulang cepat-cepat ni? Tak boleh ke tunggu? Bagi tau je kat Una lepas kami balik dari Scandinavia. Sebulan saja kami nak ke sana.” Husna melembutkan suaranya, tak mahu menyinggung perasaan umminya.
“Sebelah sana kalau boleh nak cepat. Kalau boleh mereka nak bulan depan.” terang ibunya, Hajjah Rahmah.
“Bertunang bulan depan?” soal Husna. Eeee…. kenapa cepat sangat? Hairanlah! Kenal pun tidak, terus nak bertunang?  Bujang terover terlajak sangatkah? Eh! Kalau tua bangka tak naklah. Berkerut mukanya sambil menghirup teh yang dihidangkan Mak Dah, pembantu rumah mereka.
“Bukan bertunang, bernikah!” jelas Hajjah Rahmah.
Tersembur teh yang baru saja dihirupnya tadi. Kakaknya, Nawrah Hanna, mengekek-ngekek ketawa. Husna cepat-cepat mencapai tisu dari atas meja dan mengelap bibirnya.
“Nikah bulan depan? Biar betul Ummi?” Terkejut Husna dibuatnya. Hai, ada lagi ke orang yang bernikah tanpa berjumpa dengan bakal suami atau isteri. Tak dibuat orang dah zaman sekarang ini. Aku nak nikah bulan depan? Surreal sungguh! Cawan teh yang dipegangnya, diletakkan cepat-cepat ke atas meja, takut terlepas. Wajah ibunya yang nampak bersungguh menambahkan perasaan gubra di hatinya.
“Sukalah tu, gelakkan orang!” getus Husna sambil menjeling kakaknya yang belum berhenti ketawa. Adakah patut aku gubra, dia pula enjoy semacam.
“Eh tentulah suka. Adik kesayangan dipinang millionaire handsome! Kak Nora tumpang gembira sangat untuk kau, Una.” Bagus sangat ke who ever yang nak kahwin dengan aku tu sampai Kak Nora pun macam sokong je ni? Atau Kak Nora nak kenakan aku? Calon suami entah apa-apa dia nak gula-gulakan aku? Terlalu banyak soalan yang menerpa dalam kepala otak, uish tekanan sungguh!
Millionaire handsome mana pulak ni, Ummi? Tak kenal, tak apa, macam mana nak kahwin?” Biar betul Ummi ni, takkan Ummi nak buat prank joke pulak? Kalau Kak Nora, boleh jadi jugaklah.
“Anak Auntie Mai. Eh tentulah berkenalan dulu Una” jawab Hajjah Rahmah ringkas.
“Auntie Mai mana pulak, Ummi? Saudara kita ke?” Husna cuba-cuba mengingat siapa gerangan Auntie Mai yang dimaksudkan umminya.
“Puan Sri Maimun, suaminya  Tan Sri Zainal Alimin.” tambah Hajjah Rahmah. Bulat mata Husna, macam mana Puan Sri, Tan Sri ni nak ambil aku jadi menantu ni? Dan sejak bila pulak Puan Sri tu jadi “Auntie Mai”? Best friend Ummi ke? Musykil sungguh.
“Ha’ah Una, jadi menantu orang kaya kau,” sambung kakaknya, sambil senyum lebar. Senyum Kak Nora ni semacam saja ni. Kak Nora ni memang kaki mengusik, kalau ada dia, riuh rendah rumah dibuatnya. Dan akulah mangsa no. 1 usikannya.
“Bukan hartanya yang Ummi dan Babah pandang, Una. Keluarga Auntie Mai tu memang orang baik-baik. Orang business mana yang tak hormatkan  Tan Sri Zainal? Auntie Mai pula, nantilah bila Husna jumpa dia, Husna sendiri boleh tau betapa baiknya dia, bertuah siapa jadi menantu dia,” panjang lebar Hajjah Rahmah bercerita.
“Anaknya pula macam mana? Bertuahkah siapa yang menjadi isterinya?” fikir Husna sambil mengetap bibir. Takkanlah dia nak tanya Ummi soalan ini.
“Yang Ummi sebut-sebut nak kenalkan Una dengan calon suaminya tu, bila Mi?” usik Nawrah sambil tersenyum simpul.  Eee geramnya aku, Kak Nora ni lebih sudu dari kuahlah, Husna menjelir lidah kearah kakaknya. Bukannya nak menolong, macam nak menganiaya aje nih.
“Auntie Mai suruh anaknya datang jumpa Una malam ni. Ok kan, sayang?” Tanya Hajjah Rahmah dengan nada memujuk.
“Ummi! Una baru sampai semalam, jet lag pun tak habis lagi. Nak kena jumpa dia malam ni?” memang terkejut besar dia.
“Eh nak kahwin, tentulah kena jumpa dulu,” tokok kakaknya. Oh, please lah kakak. Help me out here!! Matanya dijegilkan kepada kakaknya, tapi Nawrah mengangkat bahunya, pura-pura tak dapat menolong.
“Ummi, Una tak nak lah Mi….,” dah tahap desperate, Husna merengek macam anak kecil.
“Tak nak apa? Tak nak jumpa ke tak nak kahwin?” usik kakaknya lagi diikuti ketawa yang pecah berderai.
“Ummi, tengoklah Kak Nora ni…..Tak adillah Mi, dia dulu kahwin dengan buah hati dia. Apasal pulak Husna kena arranged marriage ni?”  air matanya dah mula bergenang.
“Sebab awak tu, dah habis belajar pun tak ada buah hati lagi. Itulah, slow sangat,” celah Nawrah lagi.
“Ummi! Tengoklah Kak Nora ni.” Eee sakitnya hati!
“Una, Ummi dan Babah sayangkan Una. Takkanlah Ummi dan  Babah nak jodohkan kamu dengan orang yang tak senonoh. Sebab memikirkan masa depan kamulah yang kami pertimbangkan permintaan Auntie Mai. Dia beriya-iya betul nak ambil Una jadi menantunya. Siap datang ke rumah kita dengan Tan Sri untuk tanya Ummi dan Babah. Jumpalah dulu dengan anak Auntie Mai ye, berkenal-kenal. Kalau tak berkenan takkan Ummi dan Babah nak paksa.” Terdiam Husna bila mendengar penjelasan Umminya. Memang payah baginya nak berjumpa dengan seorang lelaki yang dia belum pernah kenal. Memang betul kata Kak Nora, dia “slow” tentang bab-bab lelaki ni. Tapi ini kan permintaan Ummi dan Babah, siapalah dia nak menolak permintaan orang yang melahir dan membesarkannya.
 “Ma…..Una tak fahamlah, kenapa Puan Sri tu nak sangat Una jadi menantunya? Dia pernah dia jumpa dengan Una ke?”
“Dia jumpa Una masa kenduri abang tahun lepas. Masa tu pun dia dah puji-puji Una.” Puan Sri mana ni? Eh manalah aku ingat, entah berapa ribu jemputan kenduri Abang Nawfal tahun lepas.
“Almaklumlah…..perempuan Melayu terakhirkan, sekali tengok, terus Puan Sri Mai nak buat menantu.” perli Nawrah sambil tersenyum simpul. Antara ketiga orang anak perempuan Puan Rahmah, Husnalah yang paling sederhana dari segi gaya dan dandanan. Anak gadis yang gila travelling tu, lebih banyak menghabiskan duit membeli tiket keretapi mengelilingi Eropah sepanjang tiga tahun dia belajar di U.K. dari membeli pakaian cantik atau alat solek. Yang paling anggun pula, anak sulung Hajjah Rahmah, Najlaa Huda, yang sekarang tinggal di Prague, mengikut suaminya yang bertugas di sana.
“Betul kata Kak Nora, bukannya cantik aku ni,” akui Husna. Hairan sungguh kenapa dia menjadi pilihan Puan Sri itu.
 “Tak pelik ke Mi? Sekali jumpa Una dia dah nak ambil buat menantu?”
“Ummi tak pelik sebab anak Ummi ni anak yang baik,  manis, sentiasa menyenangkan hati sesiapa saja. Apa Ummi nak hairan kalau habis saja belajar, dah ada yang nak meminang,”  jawab Hajjah Rahmah dengan senyuman yang lebar.
“Alah, Ummi ni. Anak sendiri, Ummi pujilah habis-habis. Orang lain entah fikir apa.”
Hajjah Rahmah tersenyum mendengar komen anaknya. Husna memang  gemar merendah diri. Dia akui Husna tidaklah secantik model-model yang  mukanya terpapar di muka depa majalah-majalah. Tapi dia tetap manis dengan caranya yang tersendiri. Yang teristimewa sekali mengenai Husna adalah peribadinya. Husna ini memang tabiatnya sangat menjaga hati dan perasaan orang di sekelilingnya, baik ibu bapa, kakak abang, kawan-kawan, mahu pun pembantu rumah mereka. Balik dari U.K. tidak ada seorang pun yang tidak mendapat buah tangan darinya, termasuklah  Mak Dah, pembantu rumah mereka. Sedari anaknya kecil lagi, Hajjah Rahmah memang sangat bersyukur mempunyai anak sebaik Husna.
Mengingatkan permintaan Puan Sri Maimun, timbul juga rasa sedih di hati Hajjah Rahmah. Sudah 3 tahun Husna belajar di U.K., baru pulang ke tanahair dah dipinang orang pula. Ingatkan dapatlah  dia melepas rindu kepada Husna, ini dah nak jadi hak milik orang lain pula.
“Tak apalah, bakal suami dia pun bukannya calang-calang orang. Sepatutnya aku bersyukur Husna bakal mendapat suami yang baik. Lepas kahwin, dia duduk di Malaysia juga. Nak jumpa hari-hari pun boleh,” Hajjah Rahmah memujuk hatinya.
“Ummi! Macam mana nak kahwin dengan orang yang Una sendiri tak kenal? Dan yang lebih hairan tu anak Puan Sri tu mau pula kahwin dengan perempuan yang dia tak pernah kenal, tak pernah jumpa! Is there something wrong with him?”
Pertanyaan Husna disambut dengan gelak tawa kakaknya.
“Hish! Nawwal Husna, tak baik cakap macam tu. Budak Zahrain tu baik tahu! Ummi dan Babah dah jumpa dia.  Kamu tahu tak berapa ramai orang yang kahwin dengan pilihan keluarga. Kakak kamu, Najla, pun kahwin dengan pilihan keluarga, bahagia pun dia! Anak dah tiga. Yang pasti,  takkan lah keluarga sendiri nak cari calon yang tak baik untuk anak sendiri.” 
“Ummi….maafkan Una, Mi. Una tak bermaksud nak tuduh Ummi dan Babah rancang benda yang tak baik untuk Una.” ujar Husna perlahan, sedih dia mendengar Umminya bercakap demikian.
“Una, Ummi dah kata jumpa dulu Zahrain tu. Kenali hati budinya. Mak bapak dia orang baik-baik, takkanlah anaknya tak senonoh.  Macam Ummi kata bukan saja tingkah laku dia elok, rupa pun boleh tahan, sedap mata memandang.” Aik, Ummi aku ni promosi habis-habisan nih, aiseh!
“Mi…don’t judge a book by its cover,” perlahan sahaja cakap Husna. Tak nak melawan cakap ibu tapi…. macam mana nak kahwin dengan lelaki yang langsung tak dikenali?
Book’s cover, book’s cover lah Husna. Jumpalah dulu dengan dia. Ummi memang tak nak paksa. Tapikan, sayang, kalau  dah datang jodoh yang elok, buat apa pula ditolak. Ummi dan Babah dah boleh lega bila semua anak-anak dah tamat belajar, dapat jodoh yang baik-baik, bina keluarga sendiri. Kakak-kakak dan abang kamu dah lepas, tinggal kamu seorang saja, Una.” Oh, Ummi dah buat suara sayunya tu. Kalau dah keluar suara sayu ni memang cairlah aku, memang tak boleh tolak punya!
 “Kakak pun dah tengok dia Una, memang handsome giler,” celah kakaknya. Apa ni? Kat rumah aku dah dilancarkan kempen Zahrain-bagus secara besar-besarankah?
“Lagi handsome dari Abang Din ke?” usik Husna.  Din atau pun nama penuhnya Muhammad Izzudin adalah suami kakaknya.
“Ish, tentulah lagi handsome Abang Din,” cepat-cepat Nawrah Hanna mempertahankan suaminya.
“Kalau macam tu, tak de lah handsome mana pun!” cebik Husna.
“Bertuah punya adik, kau kutuk abang ipar kau ye!” Nawrah cuba mencubit lengan Husna. Tapi Husna lebih cepat mengelak cubitan kakaknya. Ini skill yang dia dah ada dari kecil, mengelak serangan Kak Nora.
“Kak, kita skodeng mamat Zahrain ni kat internet nak?” timbul idea di kepala Husna. Siapalah si Zahrain ni, anak Tan Sri, tak ada ke girl friend sampai maknya kena carikan. Entah-entah dia ini nerd agaknya ak sampaikan tak ada perempuan yang suka kat dia.
“Jom! Best kerja skodeng-skodeng ni. Ummi nak join?” tanya Nawrah Hanna.
“Hish, tak ada kerjalah Ummi nak skodeng-skodeng ni. Baiklah Ummi belek orkid Ummi kat depan tu,” jawab Hajjah Rahmah sambil terus melangkah keluar. Biarlah Husna melihat gambar-gambar Zahrain di internet, entah-entah kalau tengok muka Zahrain pun dah terpikat, senang cerita. Zahrain ada juga keluar di dada-dada akhbar, selalunya berkenaan perniagaan keluarganya, Alimin Industries.
Selepas mendapatkan lap topnya dari bilik, Husna dan kakaknya gigih menjejaki Zahrain di internet.
What? Dia tak ada facebook? Mamat zaman batu ke dia ni?” jerit Husna.
“Hmm, dia pakai nama samaran kut,” teka Nawrah. “Cari kat Google Image sajalah.”
“Okey, okey. Wah! Kak Nora pula yang lebih-lebih. Una report kat Abang Din karang…,” usik Husna.
“Hah! Tu dia! Miss Nawwal Husna, look and weep!” sambil bercakap, Nawrah menunjukkan gambar Zahrain yang tertera di layar komputer.
“Oh.” Itu saja yang keluar dari mulut Husna.
“Tutup mulut tu, Dik! Nanti meleleh air liur,” terkekeh-kekeh Nawrah melihat mulut adiknya yang terlopong.
“Ha, orang kata mamat ni handsome, kau tak percaya…., “ terangkat-angkat kening Nawrah.
Oh my, he’s drop dead gorgeous,” bisik Husna dalam hati. Tak boleh cakap kuat-kuat, kalau didengar dek Kak Nora, gelak terguling-guling atas lantai dia nanti.
“Uuuuummmmmmmiiiiiiiii, pakai jadilah Uummiiii,” jerit Nawrah kepada ibunya yang berada di taman. Terkial-kial Husna cuba menutup mulut kakaknya.
“Ish, apa ni Kak Nora. Bikin malu Una je!”
Berdegup-degup jantungnya  bila sekeping demi sekeping gambar si jejaka bernama Zahrain Alimin itu terpapar di layar komputer. Dia memang kacak…dan…enigmatic! Sekali terpandang wajahnya, rasa nak pandang dan pandang lagi. Berkulit sawo matang, hidungnya mancung, renungan matanya yang redup. Haish, ini baru gambar, real life macam mana pula?
 Age….29. Sex….male, obviously, he he. Occupation….business tycoon. Hobby….golf, oh boringnya, so predictable. Education…M.B.A. United States, Ohio ke Illinois, not sure. Height…hm very tall for a Malay.” Cekap juga Kak Nora ni jadi P.I., private investigator.  
Una, apa lagi kau nak tahu?” tanyah Nawrah.
Girlfriend?”
“Woo hoo, way to go, Nawwal Husna! Itu maklumat yang paling penting. Hmm, meh kita tengok. Hmm, so far, line clear. Tak da sebut mana-mana pun yang Abang handsome awak ni ada awek.” Terangkat-angkat kening si Nawrah, lebar senyumnya.
Husna pula cuba menyorokkan senyumnya. Eh, kenapa pula semacam rasa bahagia pula dalam hati aku ni? Dalam hati dah mula ada taman ke? Bersediakah aku nak kahwin bulan depan? Pengsan!

3 comments: