Thursday 12 January 2012

Projek Memikat Suami 5

Pagi-pagi lagi Nawrah dah sampai ke rumah Umminya. Siap dengan gerabak-gerabaknya, Izwan, 2 tahun dan Izmal, 5 bulan. Selepas menyalami Umminya, dia menerpa ke arah Husna yang sedang membasuh pinggan usai sarapan pagi.

So, amacam?” Bisiknya, straight to the point!

“Amacam apa?” Husna pura-pura tak faham. Malas sebenarnya dia nak bercerita tentang datenya dengan Zahrain semalam. Bagai mimpi ngeri! Buat menyakitkan hati saja. Mukanya dibuat-buat terlebih bosan agar Nawrah berhenti bertanya tentang date yang entah apa-apa.

That bad?” Buntang mata Nawrah, cepat menangkap maksud adiknya.

That bad.” Jawab Husna dengan suara mendatar.

“Habis, tak ada cakap pasal kahwin?” Nawrah masih nak mengorek-ngorek cerita.

“Ye Kak, memang habis. Habis cerita. The end!” Jawab Husna, asyik membasuh pinggan mangkuk, macamlah pinggan mangkuk tu ada lumpur, ada selut.

“Mak Dah, tolong tengokkan budak-budak tu kejap. Kami dua beradik ada mesyuarat tergempar!” Dengan terkocoh-kocoh, dia menarik tangan Husna dan keluar ke laman belakang rumah. Pinggan mangkuk yang belum siap dicuci terbiar saja di dalam singki.

“Una, apa jadi?” Memanglah Kak Nora ni sesuai jadi penyiasat persendirian, dia korek sampai ke lubang cacing getus Husna dalam hati.

“Macam ni lah Kak, pendek cerita....pinggan tak retak, nasi tak dingin.” Terlopong mulut Nawrah mendengar jawapan adiknya.

“Macam tu punya handsome, punya kaya, nasi kau tak dingin Una?” Eleh, Kak Nora ni, balik-balik handsome, balik-balik kaya. Apa guna handsome, apa guna kaya, kalau menyakitkan hati.

“Iya, Puan Nawrah Hanna, nasi saya hangat saja, tak dingin langsung.” Perlu ke nak cerita secara detail? Buat buang karan! Husna membuka langkah untuk masuk semula ke dapur.

“Oh no! Disaster! Masalah besar ni, Una!” kedua-dua tangannya menggenggam dan menggoncang-goncang lengan kanan Husna.

“Kak Nora, sakitlah!” Pagi-pagi lagi dah jadi drama queen kakak aku ni!

“Oops! Sorry, sorry, sorry!” Lengan Husna dilepaskan dan Nawrah duduk di bangku panjang di laman belakang rumah mereka. Matanya melekap ke muka Husna tak lepas-lepas. Ada kerisauan di matanya.

Kenapa kakak aku ni? Dia ni jenis manusia ceria 24 jam, pagi ni pula dia nampak risau satu macam. Date aku hancus, apa hal pula dia yang over?

“Ada benda yang Husna tak tahu tapi patut tahu ke Kak?” Mata Nawrah direnungnya dalam, konon-kononnya macam seorang inspektor menyoal pesalah di lokap.

“Macam mana Akak nak cerita ni? Betul ke Una dengan dia tu tak ada chemistry?” Kenapalah Kak Nora ni tak boleh percaya yang aku dengan Zahrain tu memang tak ngam?

“Iya, kaaaaak! Tak ada chemistry, tak ada firework, tak ada adrenalin. Tak ada apa-apa!” Aik! Tak percaya lagi ke kakak aku ni? “Nak bercakar lagi adalah.” Sahaja Husna menambah cerita.

That's not good news, Dik.” Berkerut kening Nawrah.

“Saya tak kisah Kak. Kumbang bukan seekor. Come on lah Kak! Una ni muda lagilah. Tak rasa desperate pun. Kalau tak dapat jodoh nanti, Una minta Abang Dinlah tolong rekomenkan dengan kawan dia.” Gurau Husna, cuba nak buat mood ceria.

“Kumbang yang seekor ni penting, Una. Penting untuk Babah kita.” Perlahan sahaja suara Nawrah.

“Apa maksud Kakak?” Ada kena dengan Babah pula, ish hairanlah.

“Bapa si kumbang tu nak bagi kontrak kat Babah. Una tak tahu...setahun dua ni syarikat Babah ada masalah. Kontrak ni penting sangat-sangat! Kalau tak dapat, boleh jadi bungkus syarikat Babah.” Satu per satu diterangkan oleh Nawrah.

“Betul ke syarikat Babah ada masalah? Una tak dengar apa-apa pun?”

“Bukan Una tak tahu. Babah takkan lah nak buat kita bimbang. Masalah dia tanggung sorang-sorang saja. Akak pun Ummi yang bisik-bisik bagi tahu.”

“Kak, maksudnya kalau Una tak kahwin dengan Zahrain tu, bapa dia takkan kasi kontrak kat Babah kita?” Husna sudah mula susah hati.

“Entahlah, Una. Tan Sri dan Puan Sri tu datang, tanya-tanyakan Una untuk anak mereka. Lepas tu masuk pula topik business. Masa tulah Tan Sri tu tawarkan kontrak tu kat Babah. Habis tu macam mana? Takkan kontrak tu nak disapu tapi si anaknya kita tak mahu?” Terangkat kening Nawrah, menyuruh Husna jawab.

“Sebab syarikat, Ummi dan Babah nak suruh Una kahwin?” Patutkah aku rasa kecil hati? Walhal kalau nak balas jasa Ummi dan Babah, seumur hidup pun tak terbalas.

“Akak rasa Ummi dan Babah sebenarnya memang berkenan nak berbesan dengan Tan Sri dan Puan Sri. Mereka tu baik sungguh Una!”

“The contract is just a bonus?” Ya Allah, tak baik aku cakap macam ni tentang ibu bapa sendiri.

“Ada lagi yang Una tak tahu....” teragak-agak Nawrah nak berkongsi maklumat yang satu ini.  Wajah Husna ditenung tak berkelip, dia nak pastikan adiknya ini bersedia dengan berita yang kurang baik ini.

“Babah tak sihat sekarang, Una.” Hati-hati Nawrah membuka rahsia.

Husna sudah mula cemas. “Tak sihat macam mana Kak?” Kali ini lengan Nawrah pula yang digenggamnya. Ya Allah! Panjangkanlah usia Babah, jauhkanlah dia dari penyakit merbahaya!

“Babah ada lemah jantung. Doktor cakap Babah tak boleh terlalu stress, membahayakan kesihatannya.” Hanya setakat itu mampu Nawrah khabarkan. Dia bimbang jika berkata lebih-lebih.

Agak lama juga Husna terdiam, memikirkan implikasi maklumat yang baru didengarinya ini. Kesimpulannya dia tahu....

“Husna perlu jadi menantu Tan Sri tu kan?” Mata kakaknya direnung dalam-dalam.

“Sorry, Una. Kalau sayangkan Babah, Una kahwinlah dengan Zahrain tu....”



Projek memikat Suami 4

“Jadi ke Zahrain pergi makan malam dengan anak Haji Nuqman tu?” tanya Tan Sri Zainal. Air teh yang dihidangkan isterinya selepas usai makan malam, dihirup perlahan-lahan.

“Jadi, Bang. Tadi dia pergi jemput Husna lepas solat maghrib,” jawab Puan Sri Maimun.

“Sepanjang hari, masam saja muka dia di pejabat,” Tan Sri Zainal sudah mula memancing.

“Biar dia bermasam muka sehari dua ni, dari kita nak menjeruk perasaan sepanjang hayat dapat menantu tak senonoh,” jawapan isterinya. Memang tajam bunyinya tapi menghibur hati bagi Tan Sri Zainal, lucu! Habislah, Zahrain. Memang tidak ada peluang untuk melepaskan diri!

“Saya serahkah kepada awaklah Mai,” bukan Tan Sri Zainal mahu lepas tangan dalam hal ini, tetapi dia yakin isterinya pasti berjaya menundukkan Zahrain.

“Eh, mana boleh Bang. Dulu saya gagal dengan Zahra sebab awak tak mainkan perananlah.” Hai, ke situ pulak isteri aku ni, detik hati Tan Sri Zainal. Macam mana logiknya ni?

Melihat muka blur suaminya, Puan Sri Maimun menyambung,”Abang kena bagi tahu kepada dia, kalau nak berjaya dalam perniagaan mesti ada isteri yang sentiasa menyokong, isteri yang bijak membawa diri. Boleh dibawa ke tepi, ke tengah. Isteri pun penting untuk berjaya dalam perniagaan. Kalau Abang cakap begini, tentu dia akan dengar. Bukannya Abang tak tahu, anak-anak kita tu sentiasa dengar cakap awak.”

“Eh, awak kecik hati ke Mai. Bila pulak anak-anak kita tak dengar cakap awak?” Tan Sri Zainal cuba memujuk isterinya.

“Ah, tak perlulah awak pujuk. Tengok sajalah Zahra, sebab tak nak dengar cakap sayalah dia bawa diri ke Australia.”

Tan Sri Zainal tahu, kalau dah sebut pasal Zahra ke luar negara, baik jangan panjang-panjangkan cerita. Silap-silap haribulan berderai-derai air mata isterinya.

“Perlukah kita tergesa-gesa nak buat majlis tu? Biarlah budak-budak dua orang tu berkenal-kenalan dulu.”

“Saya tak sedap hati bang. Zahrain dah nak pindah ke condo  di tengah-tengah Kuala Lumpur tu. Awak pun tahu kan lokasi condo tu. Berapa minit saja dari kelab-kelab di KL tu. Nanti karang, saya pula yang tak boleh tidur malam. Kalau dia bawa perempuan balik ke condo dia, kita langsung tak tahu apa-apa.”

“Ish, awak ni, sampai ke situ pulak. Zahrain tu sedegil-degil dia, tidaklah sampai sanggup nak buat maksiat begitu.”

“Kalau Zahrain ok pun, Bang, perempuan-perempuan tu pulak memang saya tak boleh percaya. Dibuatnya mereka perangkap Zahrain di condo tu.”

“Perangkap apa pulak?” Isteri aku ni terlebih menonton filem-filem Hollywoood ke ni? Fikir Tan Sri Zainal.

“Perangkap sampai kena cekup berdua-duaan dengan Jabatan Agama ke? Perempuan sekarang mata duitan. Anak bujang awak tu bagai lubuk wang bagi mereka. Kesudahnya kita makan hati dapat menantu yang tidak senonoh” Boleh jadi betul juga cakap isteri aku ni. Minggu lepas Tan Sri Zainal terserempak dengan entah model mana sedang berjalan keluar dari pejabat Zahrain. Dipautnya lengan Zahrain bagai tidak mahu lepas lagi, dengan leher terlentok-lentok ke bahu Zahrain. Memang perempuan-perempuan zaman sekarang agresif!

Baru saja Tan Sri Zainal nak mengiyakan isterinya, kedengaran bunyi kereta masuk ke laman rumah mereka.

“Eh, itu bunyi enjin kereta Zahrain tu. Awalnya dia pulang,” kehairanan jadinya Puan Sri Maimun. Eh, baru sejam lebih dah pulang? Cepatnya makan malam Zahrain dengan Husna. Sempat berbual ke tidak tu?

Pintu hadapan rumah terbuka, Zahrain meluru masuk dan terus memanjat tangga naik ke atas.

“Zahrain, cepatnya habis dinner. Apa khabar Husna?” tanya Puan Sri Maimun. Terhenti langkah kaki Zahrain. Sepatutnya aku ke club saja selepas hantar budak itu pulang tadi, fikir dia.

“Zahrain letihlah Mama. Banyak kerja di pejabat, esok Zahrain nak ke pejabat awal.” Zahrain mencuba untuk melepaskan diri.

“Marilah sini, Zahrain. Minum teh dengan Mama dan Papa,” Tan Sri Zainal mengajak lembut. Ah, dah tak ada jalan nak lari lagi! Getus Zahrain dalam hati. Dengan langkah yang berat dia menapak ke ruang tamu rumahnya dan melabuhkan punggung di sebuah kerusi empuk.

“Apa khabar Husna?” Tan Sri Zainal menjalankan tugasnya. Kalau tidak settle hal ini, susah  hendak tidur malam ini. Tentu tidak berhenti isterinya membebel.

“Baik, Pa. Sihat saja nampak,” ringkas jawapan Zahrain. Sengaja dia hendak menunjukkan kepada Mama dan Papanya yang dia tidak berminat dengan budak hingusan itu.

“Zahrain dah berbincang dengan dia? Pasal keluarga kita nak pergi meminang dia?” suara Puan Sri Maimun kedengaran sangat lembut. Hm, an iron fist in a velvet glove, getus Zahrain dalam hati. Sedangkan Papa ahli perniagaan tersohor di Malaysia pun boleh dicontrolnya.

“Dah, Ma. Dia tak berminat.” Sakit hati Puan Sri Maimun mendengar jawapan anaknya. Acuh tak acuh saja si Zahrain ni! Sabar, Mai, sabar. Perlu ada strategi!

“Hai, Zahrain. Handsome macam kamu ni pun takkanlah tak boleh memikat Husna tu? Kalau Adira Sulaiman yang jadi kegilaan lelaki satu Malaysia ni pun boleh kamu pikat, apa tah lagi Husna?” walau lembut suara Puan Sri, ketajaman soalannya tetap jelas.

Eh, Mama tahu pasal Adira? Mama ada pasang spy ke? Cuak rasa hati Zahrain. Sejak dia mula keluar dengan beberapa orang wanita cantik, dia sangat berhati-hati agar berita ini tidak sampai ke telinga ibu bapanya.

“Adira Sulaiman? Tak adalah Mama. Dia tu kawan Najmi. Kami keluar beramai-ramai.” balas Zahrain cuba menutup rahsia.

“Kalau kawan Najmi, kenapa kamu pula yang menghantar bunga kepada si Adira tu? Bukan sekali dua pula tu?

“Rasyidah bagi tahu Mama ke?” Memanglah setiusaha aku ni tak guna betul. Dah tiba masanya untuk tukar setiausaha nampaknya.

“Selagi kamu belum berkahwin, semua perempuan yang kamu dekati, Mama pasti ambil tahu. Anak lelaki Mama seorang saja, takkan Mama nak biar berkawin dengan perempuan tak senonoh!”

Makin meninggi suara isterinya. Masak dengan perangai anak-anaknya yang tidak suka dikongkong, Tan Sri Zainal menggunakan taktik lembut.

“Papa rasa sudah tibanya Zahrain berkahwin. Zahrain keluar dengan perempuan ini, keluar dengan perempuan itu, tak elok juga. Siapa yang tidak kenal keluarga kita di K.L. ni? Tersilap langkah sedikit, tercemar nama baik keluarga kita.”

“Papa tak percayakan saya?”

“Papa percaya tetapi kahwin itukan macam bina masjid, benda yang baik, buat apa ditangguh. Umur Zahrain pun kan dah nak masuk 30 tahun?”

“Kalau nak kahwin Pa, saya nak buat pilihan sendiri.”

“Zahrain, kalau pilihan kamu tu perempuan-perempuan pakai baju tak cukup kain, baik tak usah,” celah Puan Sri Maimun.

Nampak gayanya Mama dan Papa macam dah bulat keputusan nak jodohkan aku dengan budak ingusan baru habis belajar tu. Tadi aku baru cakap sikit, dah nak menangis, budak cengeng!

“Papa, anak Haji Nuqman tu muda benar. Baru habis belajar. Kalau nak cari isteri, sebolehnya biarlah yang boleh dibawa ke tepi ke tengah, ” Zahrain mula mempertahankan pendiriannya. Teringat dia pakaian budak cengeng tu tadi, tak boleh dibawa ke majlis!

“Kalau bukan Husna, kamu ada calon lain yang lebih sesuai?” sanggah Puan Sri Maimun. “Adira Sulaiman? Dania Rahim? Tasha Harun? Amanda Mustafa?” Nama model-model yang pernah dibawanya keluar disebut satu per satu macam machine gun memuntahkan peluru. 

Terdiam Zahrain. Wah! Apa lagi modal aku ni?

“Mama, siapa yang nak kahwin ni? Saya perlu pilih wanita yang boleh buat saya bahagia.” Aku tidak boleh menyerah, ini tentang hidup aku! Protes  Zahrain dalam hati.

“Bahagia? Mama tengok pakaian mereka, Mama sakit jiwa. Itu belum lagi bercakap pasal tingkah laku mereka yang terlentok-lentok. Mana-mana pergi pun mereka ingat mereka atas pentas buat catwalk. Nanti dah dapat anak, nak bela anak macam mana? Itu pun kalau mereka mahu beranak.” Pedas sungguh! Merah cuping telinga Zahrain.

Cepat-cepat Tan Sri Zainal cuba meredakan situasi. “Betul, cakap Mama kamu tu. Kalau nak cari isteri Zahrain, carilah yang teguh pegangan agamanya. Yang tutup aurat, yang solat, jaga tata susila sebagai Muslimah.  Kita kahwin ni bukan setahun dua. Kalau boleh biarlah seumur hidup. Kalau setakat cantik tu, tidak ke mana, Zahrain.”

“Papa, isteri saya pandai-pandailah nanti saya bentuk.”

“Kamu nak bentuk di mana, Zahrain? Di kelab-kelab tu?” perli Puan Sri Maimun. Pedihnya!Zahrain mengetap bibirnya. Walau geram bagaimana pun, dia tidak biasa menaikkan suaranya dengan Mama.

Makin panjang perbualan ini, makin tegang keadaan. Tan Sri Zainal membuat keputusan untuk menggunakan kuasa vetonya.

“Zahrain, Mama dan Papa tidak pernah minta apa-apa dengan kamu. Ini saja yang kami nak minta. Kalau kamu sayang Mama dan Papa, kahwinlah dengan pilihan kami.”

Zahrain meraup muka dengan kedua belah tangannya. Exactly like what Zahra faced three years ago! Kalau aku juga buat macam Zahra, lari ke luar negara sebagai protes, apa nak jadi dengan Mama dan Papa? Masa Zahra pergi dulu pun, Mama bagai separuh gila!

Nafasnya ditarik dalam-dalam.


Thursday 5 January 2012

Projek Memikat Suami 3

Sebulan sebelumnya......

“Awak yakin ke nak juga anak Haji Nuqman tu jadi menantu kita?” soal suaminya lagi.

“Abang, pasal perniagaan, memang itu bidang Abang. Pasal jodoh anak kita biarlah Mai yang uruskan,” jawapan Puan Sri Maimun berbunyi sedikit tegas.

“Abang bukan apa, bimbang juga nanti jadi macam Zahra pula,” lembut pertuturan Tan Sri Zainal. Dia memang sedia maklum, isterinya sangat sensitif bila hal Zahra, anak sulung mereka, disebut. Puan Sri Mai pura-pura tidak mendengar nama Zahra disebut.

“Bang, saya bimbangkan Zahrain.   Kalau sebelum ni, dia hanya gila kerja. Tapi sejak hujung tahun lepas, entah apa angin, dah  mula pergi kelablah, dah mula keluar dengan perempuan-perempuan baju tak cukup kainlah.” Hmm, kan dah naik sedikit nada suara isterinya itu.

“Hm, gamaknya awak dah dengar cerita pasal Zahrain dengan model terkenal tu lah ye?” pancing Tan Sri Zainal, walau pun dia dah tahu jawapan isterinya.

“Ye Bang, spy saya di pejabat Zahrain dah cerita. Awak mahu ke dapat menantu pakai baju tak cukup kain? Nanti orang kata, bapa mertua kaya raya, menantu  nak beli kain pun tak mampu.” Handal isteri aku ni, detik hati Tan Sri Zainal sambil menahan ketawa. Siap pasang spy lagi. Hm di pejabat aku  pun tentu ada spy tu.

“Memanglah saya pun tak berkenan. Buat malu saja kalau di bawa ke majlis-majlis syarikat. Tapi Zahrain tu keras hatinya dua kali lima dengan Zahra, dibuatnya perangai degilnya tu nanti, macam mana awak?” Sebenarnya malas Tan Sri Zainal nak memikirkan benda-benda sebegini. Baik dia fikir tentang rancangan memajukan perniagaannya.

“Itulah sebabnya kita perlu bersatu hati Bang. Kita tak boleh kompromi dalam hal ini. Anak lelaki kita seorang saja. Menantu perempuan kita pun seorang saja. Awak nak ke perempuan tak senonoh jadi menantu kita? Hai, minta Allah jauhkan azab macam ni dari kita. Saya bukan nak merendah-rendahkan orang. Tapi ini baru bab baju. Bab-bab lain macam mana? Clubbing lah. Entah-entah minum. Boy friend pun entah dah berapa orang. Kan baik kalau dapat menantu macam budak Husna tu? Sejuk hati saya,” panjang lebar bebelan Puan Sri Maimun.

Nampak gayanya macam case closed-lah, fikir Tan Sri Zainal. Isterinya dah bulat tekad hendakkan juga anak Haji Nuqman jadi menantu mereka. Bagus juga. Kalau nak tunggu pilihan Zahrain, sejak hujung tahun lalu, asyik cari perempuan cantik tak cukup baju. Entah kenapalah anak bujangnya seorang ini. Tak pernah-pernah buat perangai, tiba-tiba mula dengar cerita keluar dengan model ini, keluar dengan model itu. Agaknya dah tiba musim mengawan. Nak cari bakal isteri itu, tidak apa. Tapi kenapalah citarasanya tidak selari dengan tuntutan agama?

“Hm, awak pastikah menantu kita nanti seorang saja?” selamba Tan Sri Zainal mengusik isterinya.

“Ish, Abang ni, ke situ pulak. Tak pernah dibuat tradisi keluarga kita kahwin lebih dari seorang,” masam muka Puan Sri Maimun. Jawapannya disambut dengan ketawa berdekah-dekah suaminya.

Reda ketawanya, Tan Sri Zainal bertanya,”Anak Haji Nuqman tu betulkah kosong lagi? Budak belajar luar negara, takkan tak ada pilihan hati?”

“Saya dah selidik, Bang,” jawab isterinya dengan penuh pasti. Hai, takkan di rumah Haji Nuqman pun isteri aku ni pasang spy? Cepat-cepat Tan Sri Zainal menahan ketawanya.

“Awak tengok budak tu sekali saja, saya pun hairan macam mana yang awak boleh berkenan sangat dengan dia?” Sudah lama sebenarnya soalan ini bermain di minda Tan Sri Zainal.

“Yelah saya tengok dia sekali saja Bang. Tapi semasa saya di majlis kenduri abangnya, saya tengok sendiri betapa cekapnya dia mengasuh anak-anak buahnya. Lima orang, Bang! Mana yang dikelek lagi. Mana yang nak dibuatkan susu lagi. Mana yang merengek lagi. Semuanya dia jaga seorang-seorang. Tak sekali pun dia marah budak-budak itu. Kakak-kakaknya sibuk tolong menguruskan majlis.”

“Cekap mengasuh budak pun awak berkenan?” Tan Sri Zainal bagai memprovok isterinya. Dia sengaja mahu memastikan keputusan isterinya.

“Bang, saya tengok saja Husna tu mengasuh anak-anak buahnya, saya dah boleh bayangkan. Kalaulah dia kahwin dengan Zahrain, tentu dia nak anak tiga, empat orang, macam kakak-kakaknya.  Tak mahulah saya menantu yang tak mahu anak sebab nak jaga badan.”

Betul juga cakap isteri aku. Anak kami pun hanya dua orang. Seorang dah membawa diri ke luar negara, entah bilalah akan berkahwin. Kalau Zahrain berkahwin dengan perempuan yang tidak mahu beranak, hai, sunyilah hidup aku tua-tua nanti. Harta banyak-banyak pun apa guna kalau tidak ada anak cucu untuk menghiburkan hati.

“Lagi apa lagi maklumat yang awak korek?” tanya Tan Sri Zainal sambil tersenyum simpul. Inilah masanya dia nak tahu cara penyiasatan isterinya.

“Lepas majlis kenduri tu, saya tanya Datin Naemah, isteri Datuk Zahar tu. Datin Naemah kenal benar Hajjah Rahmah. Mereka pergi kelas ugama di masjid yang sama. Datin Naemah memang puji habis anak-anak perempuan Hajjah Rahmah. Sudahlah rajin, pandai memasak pulak tu. Aurat dijaga, solat tak tinggal. Belajar pandai. Apa lagi nak, Bang? Saya pun  ajak  Datin Naemah pergi bertandang ke rumah mereka. Pura-pura menyinggah. Memang baik benar Hajjah Rahmah tu. Abang kan dah lama kenal dengan Haji Nuqman?”

“Memanglah saya kenal Haji Nuqman, tapi kenal pasal perniagaan saja. Bab berniaga ni, saya puji Haji Nuqman memang orang yang jujur. Tapi pasal anak-anaknya saya tak tahu. Hari kita pergi kenduri anak lelakinya itulah kali pertama saya ke rumahnya.”

“Bang, kita buat kenduri arwah hujung minggu ni, nak?” lembut suara memujuk isterinya.

“Kenduri arwah apa, Mai?”

“Kenduri arwah untuk cari peluang berkenalan dengan bakal besanlah.” Amboi, memang isteri aku ni strategis, bisik hati Tan Sri Zainal, sekali lagi menahan ketawa.

Projek Memikat Suami 2

Usai solat maghrib, Husna bersiap untuk bertemu Zahrain dengan hati yang bercampur-campur. Rupa menawan tapi dia jenis lelaki yang macam mana? Dia berdandan sederhana, bagai nak ke panggung wayang dengan teman-teman saja rupanya. Blaus kain kapas warna kuning lembut berbunga-bunga kecil dan seluar panjang berwarna krim tersarung di badan.
“Comel apa?”komennya bila melihat dirinya dalam cermin, cuba meyakinkan diri sebenarnya. Mana pernah dia keluar dating dengan lelaki. Keluar beramai-ramai adalah. Ataupun keluar dengan Atai, kawan baiknya di U.K., pergi beli barang-barang dapur. Bagus pergi beli barangan dapur dengan Atai, sebab dia tukang bawa barang.
Mukanya dioles bedak nipis dan lip gloss disapukan di bibir. Beg sandang kulit yang dibelinya di Barcelona 3 tahun lalu disangkutkan ke bahu. Beg kulit kegemarannya itu sudah hampir lunyai kerana dibawa setiap kali mengembara ke Eropah. Siap! Biarlah kalau Zahrain hanya menilai dia dari luaran, just by a book’s cover, jelaslah dia bukan lelaki yang sesuai untuk berkongsi hidup dengan aku. Atau adakah aku ni nak menonjolkan sangat kesederhanaan ku supaya dia tak berkenan dengan aku, senang tak perlu kahwin. Boleh teruskan rancangan dengan geng nak mengembara ke sebelah Asia pula. Tapi….dia….handsome….
Just be yourself, Husna! And this is you,” omelnya untuk hilangkan kegugupan yang bersarang di hati.
“Nawwal Husna! Pakai blaus dengan seluar ini saja ke?” tanya Hajjah Rahmah tidak puas hati. Ummi memang kalau dia sebut nama penuh tu, adalah yang dia tak berkenan.
“Iya lah Ummi, takkan nak pakai baju berlabuci pula? Lagi pun Una pun tak tahu kami nak ke mana. Nanti kalau jalan-jalan ke mall saja, tentu over-dressedlah Mi,” jawab Husna santai.
“Anak Ummi sayang…. takkan lah bakal isteri nak dibawa berjalan-jalan ke mall saja? Inikan kali pertama berjumpa, pakailah baju yang lebih cantik!” gesa Hajjah Rahmah.
Belum sempat Husna menjawab, telefonnya berbunyi. Tertera nombor yang tidak dikenalinya di skrin telefonnya.
“Hello,” jawab Husna kehairanan.                                                                                             
“Nawwal Husna?” terbit suara yang tidak pernah didengarinya.
“Ya. Siapa ni?”
“Zahrain, saya di depan rumah awak. Tolong cepat, boleh?” Ayat yang terakhir itu lebih berbunyi bagaikan suatu perintah dan bukan suatu permintaan. Ini tentu Ummi dengan Puan Sri tu dah kaw tim bagi nombor telefon aku kat dia.
“Tak nak masuk dulu, jumpa Ummi dan Babah saya?” pelawa Husna.
Nope, saya nak cepat.”
Aik, nak bawa anak dara orang keluar, kok iya pun, jumpalah mak bapanya. Macam tak beradablah pula.  Hm, macam mana ni Husna, belum jumpa, baru bercakap sekali, dah ada yang tak berkenan di hati.
“Nawwal Husna? Are you coming?” terdengar suara kurang sabar Zahrain di corong telefonnya. Boleh ke kalau aku jawab “No”?  Hajjah Rahmah yang berada di hadapannya sudah mengangkat kening seolah bertanyakan siapa pemanggilnya. Kalau aku tak pergi, boleh tenang ke duduk di rumah malam ni? Mesti Ummi hampa, Babah pula….apa aku nak cakap kepada dia? Memang sah tiada pilihan langsung.
See you in a minute,” jawab Husna ringkas.
“Ummi, itu Zahrain, dia dah sampai.”
“Eh, ajaklah dia masuk dulu, jumpa Babah.”
“Dia nak jalan dulu Mi, dia bimbang kalau jalan jam,” Husna berbohong sunat demi menjaga hati ibunya. Bagus lah tu, belum apa-apa lagi aku dah berbohong dengan Ummi, getus Husna dalam hati. Ah, jangan fikir banyak, Husna, jumpa dia malam ini, tengok apa jenis orang si Zahrain ini, lepas tu senang buat keputusan, fikir Husna dengan hati yang tawar.
Sekali pandang Husna mengaku dah jatuh hati dengan kereta yang terparkir di laman rumah ibunya. Husna bukannya gadis yang mementingkan kemewahan tapi sungguh siapa pun tentu berkenan dengan kereta itu.  Kereta sports warna hitam. Tuannya pula macam mana? Sekali pandang terus berkenan juga ke? In real life, rupanya macam dalam gambar ke?
Husna melangkah laju ke arah  kereta itu, memang itu gayanya berjalan. Terus ke arah tujuan tanpa lenggang lenggok yang membuang masa. Bila tiba hampir di kereta mewah itu, Husna berhenti, menunggu tuan kereta keluar membukakan pintu kereta untuknya. “Senyum, Husna, senyum,” dia mengingatkan dirinya sendiri. Tuan kereta yang dinanti tidak keluar, sebaliknya cermin tingkap kereta pula yang  dibuka.
“Masuklah, tunggu apa lagi?” terdengar suatu suara memberi arahan dari dalam kereta itu. Tunggu apa lagi? Tunggu awak bukakan pintu, getus Husna dalam hati. Ingatan kepada dirinya untuk senyum hilang entah ke mana, digantikan dengan kerutan di dahi. Tak gentleman langsung, tak reti ke nak bukakan pintu kereta untuk wanita?  Sabar, sabar. Biarlah, ini hanya pengorbanan kecil untuk Ummi dan Babah. Bukannya mati aku keluar dengan dia ni. Mungkin ini kali pertama dan terakhir. Husna memaksa dirinya senyum dan membuka pintu kereta itu.
 “Assalamualaikum” Husna memberi salam sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi kulit kereta itu.
“Waalaikumsalam,” jawab tuan kereta sambil terus menekan minyak kereta sebaik sahaja Husna menutup pintu kereta. “Hish, nasib baik sempat tutup pintu kereta. Tak sabar langsung,” terlintas di benak Husna yang terkocoh-kocoh memasang tali pinggang keledar.
Are we in a rush?” tanya Husna sedikit sinis sambil berpaling memandang sipemandu kereta. Saat matanya menatap wajah tuan kereta yang memandu dengan penuh fokus itu, Husna  mendapat jawapan kepada soalannya. Bukan soalan “in a rush” itu tapi yang  lebih awal  tadi.  Ya, tuan kereta pun,  sekali pandang boleh terus jatuh hati. Dalam keadaan kelam kereta itu, Husna dapat melihat wajah Zahrain yang tampan. Hmm, pakej 3-dalam-1 nih: rupa, harta, darjat.
Ingat, Husna, book’s cover. Luarannya cantik, dalam pula macam mana? Siang tadi pandai aku mengingatkan Ummi, sekarang ingatkanlah diri sendiri. Book’s cover, book’s cover, book’s cover , book’s cover ….dah jadi mantralah pulak. Mantra pendinding ilmu pengasih.
“Saya lapar. Kali terakhir saya makan pukul satu tengahari tadi,” jawab Zahrain, matanya tak lekang memandang ke depan.
Kesian pula, lapar rupanya dia. “Tak sempat minum petang tadi?” Husna cuba berbual-bual kecil.
“Tak,” jawab Zahrain pendek. “Hang tight.”
Kereta mewah itu terus laju membelah kota raya Kuala Lumpur. Kecut perut juga rasanya Husna bila kereta itu dipandu terlalu laju. Hang tight to what? To the seat or my heart?
“Kita nak ke mana?” Tanya Husna untuk menghilangkan rasa kecut perutnya.
“Restoran kegemaran saya.”
“Sea food?” Husna bagai mengidam makanan laut di Malaysia yang sentiasa segar, tak seperti makanan laut di U.K.
Italian.”
Oh, penggemar masakan Itali rupanya. Baguslah, bukan susah nak masak. Aik, Husna, susah ke senang ke,  kau dah mula berangan nak masakkan untuk dia ke? Hati-hati dengan hatimu, Husna.
Tiba di restoran itu, Husna mula sedar akan kesilapannya – pakaiannya terlalu kasual untuk restoran yang jelas berkelas tinggi itu. Betul kata Ummi, takkan bakal isteri dibawa ke mall. Pengunjung-pengunjung lain dalam restoran itu bergaya sakan. Kecuali dia. Walau pun blaus yang dikenakannya itu comel pada pandangannya, ianya tak cukup dressy untuk restoran mewah itu. Zahrain sendiri kelihatan bagaikan seorang model dalam photoshoot, walaupun dia hanya berkemeja tangan panjang berjalu-jalur kecil hitam, biru dan ungu. Ringkas tapi bergaya.
Pelayan restoran menunjukkan meja mereka. Zahrain terus duduk dan membuka menu yang dihulurkan oleh pelayan.  Hm, dia langsung tak jemput aku duduk atau tolong tarikkan kerusi untukku, gerutu Husna.
Wild mushroom risotto. Apple juice,” cepat sekali Zahrain memesan makanannya, tanpa sebarang appetizer.
“Hmmm lasagna! “ kecur air liur Husna, ini memang makanan kegemarannya.
Pesto pasta, orange juice” pesan Husna kepada pelayan, menukar fikiran.
“Kenapa tak order lasagna? Takut  tak muat baju pengantin?” tanya Zahrain.
Merah menyambar muka Husna bila baju pengantin disebut. Dia mengusik aku kah? Tapi kenapa bunyi macam perli saja? Kenapa pula dia nak perli aku? Muka Zahrain dipandang kebingungan. Tiada senyuman, di bibir atau dimatanya. Say something Husna, cat got your tongue?
Dah malam, lasagna heavy sangat. Nanti susah nak tidur.” Husna berkata sejujurnya.
“Tak boleh tidur, think of me then.” Buat sesaat, rasanya terhenti jantung Husna. Sangat provokasi ayatnya nih. Sekali lagi Husna tak mengerti maksud Zahrain. Kalau dia mengusikku, kenapa tiada senyuman langsung, malah mukanya serius dan sinis. Apa yang tersirat di hatinya?
Why should I?” lancar saja mulut Husna bertanya. Dah terkeluar, menyesal pun ada.
Aren’t we getting married?” soalan dibalas dengan soalan. Ini satu perkara yang pantang bagi Husna yang lebih suka berterus terang. Arrrgh tension, I don’t want to play games. Straight to the point sajalah, hal ini bersangkut paut dengan hidup aku, masa depan aku. Mana boleh buat main-main.
Are we?” Soal Husna balik. Pandangan tajam Zahrain dibalasnya dengan renungan yang dalam. Steady, Husna, steady. Terlintas di mindanya, Zahrain bagaikan mempermainkannya. Lain di mulut, lain di hati. Memang dia tak arif, tak berpengalaman tentang lelaki, tapi ini firasatnya tentang lelaki yang duduk semeja dengannya.
Zahrain terus-terusan memandangnya tanpa langsung berkelip mata. Entah apalah di mindanya. Jantung Husna berdegup-degup laju tak usah nak cakaplah. Dilarikan pandangan matanya ke lain. Tak tahan menatap pandangan tajam jejaka pilihan keluarganya. Malu pula Husna bila teringat semula soalan yang ditanyanya tadi, “Are we?” Wei! Kenapalah aku lancar saja tanya soalan tu, macam perempuan tak malu!
Here you are, Sir. Miss.” Warrrgh, dahlah aku tengah suspense menunggu jawapan dia, apasallah waiter, waktu ini, ketika ini, saat ini kau nak sampai?
Tanpa menjawab soalan Husna, Zahrain terus menyerang risotto yang dipesannya. Dia nampak lapar sangat, macam orang tak jumpa makanan sebulan. Zahrain makan bagaikan Husna tiada di depannya. Okey, tak nak jawab sudah. Husna pun meyuap pasta ke dalam mulutnya. Hmm, tak sangka lebih sedap dari pasta yang dia pernah rasa di U.K. Tapi logiklah, di U.K. kalau dia ke restoran pun, dia hanya ke restoran yang biasa-biasa sahaja. Tak semacam restoran ini. Walau pun keluarganya selesa dari segi kewangan, Husna dididik supaya bercermat. Ada duit lebih, semua untuk travelling!
Alang-alang makan percuma, biar nikmati puas-puas, fikir Husna. Bila masuk saja sebiji sun dried tomato ke dalam mulutnya, terasa sedap sampai terpejam mata Husna, nikmat habis. Dikunyahnya pelan-pelan. Selepas ditelan, barulah dia membuka matanya. Terkejut dia! Rupa-rupanya Zahrain sedang memandang tepat ke mukanya. Mesti dia ingat aku ni dah setahun tak jumpa makanan.
You like Italian food?” Reti jugak ketul ais beku ni berbual ye.
“Hm hm,” jawab Husna pendek. And Chinese food, and Indian food, and Japanese food….I love food. Dicucuknya sebiji sun dried tomato dengan garfunya, ditunjukkan kepada Zahrain, “especially this! Letak atas pizza crust yang nipis, taruh goat cheese, daging ayam kalau suka, sos, 10 minit dalam oven, 200 degrees, hea-ven!”
“Pandai masak?” Interview bakal isteri dah mula ke?
Nah, so-so,” jawab Husna merendah diri. Memanglah bila melepak dengan kawan-kawan, dia yang selalu jadi tukang masak. Bukan sebab dia pandai, sebab yang lain tu pemalas. He he.
“Boleh masak untuk saya hari-hari.” There he goes again, macam kucing main-main dengan tikus. Pasta sedap, pasta tak sedap, Husna dah nak naik angin.
“You dah habis makan?” Pinggan Zahrain memang dah kosong, lelaki ni memang makan laju.
“Dah.”
“Tak nak dessert?”
What’s for dessert? You?” Zahrain merenung ke dalam mata Husna. Bagai magnet, Husna tak dapat mengalih pandangan matanya. Oh, ini rasanya kena ubat guna-guna ya. Rasa melayang-layang.
O-key! E-nough! Husna mengingatkan dirinya sendiri. Ke mana kewarasan aku pergi?
No, sorry, I am not on the menu. Kalau dah habis makan, kalau tak nak order dessert, saya nak tanya.”
Shoot.”
“Awak nak kahwin dengan saya ke?” Wah, macam bagus punya soalan, Husna. Walau pun merah membahang rasa pipinya, Husna memberanikan dirinya bertanya. Kalau tak tanya terang-terang, sampai entah ke bilalah, asyik you-for-dessert, cook-for-me, think-of-me B.S.
“Awak rasa?” Dia ni tak reti ke nak jawab soalan dengan jawapan ke?
“Kenapa? Penting ke awak nak tahu perasaan saya?” Sudah, Husna. Aku pun dah kena penyakit dia, answering a question with a question.
“Penting jugaklah, kalau awak ada perasaan kat saya….”
Belum sempat Zahrain menghabiskan ayatnya, Husna hampir terjerit, “We have just met, less than an hour. Macam mana saya nak ada perasaan kat awak?”
Good. Awak tak ada perasaan kat saya, saya pun tak ada perasaan kat awak. You're not my type. Settled. Shall we inform our parents?  No wedding.”  
“You're not my type” Terngiang-ngiang di telinga Husna. He. Is. So. Blunt. Tapi kenapa hati aku rasa ngilu macam kena hiris-hiris pisau yang tajam.
Terdiam Husna. Tak tahu apa nak dibalas, dia menguis-nguis pasta di atas pinggannya. Biji matanya terasa hangat. Oooh! Please, please, Husna, jangan nangis. Buat malu je depan mamat ketul ais beku ini.
Kenapa yang kau sedih sangat ni? So what if he says that you're not his type. Well, he's not your type either. Sombong, tak berperasaan. Tak pernah dengar ke orang tua-tua kata “cakap berlapik”? Kok iya tak nak kat aku, cakaplah elok-elok. “You're still young, I think you should live life a bit rather than rushing into a marriage.” Atau boleh juga kata “Sebenarnya saya ni tak setuju dengan arranged marriage.” Atau katalah apa-apa pun, ini tidak “You're not my type!” Husna mengomel-ngomel dalam hati.
No wedding means Ummi dan Babah kecewa. Sejujurnya, dia pun kecewa. Mana dia part mengenal hati budi yang disebut-sebut Ummi tu. Sebenarnya, dia pun dah termakan nasihat Ummi, “Kalau jodoh yang elok dah datang, buat apa ditolak.” Tapi jelaslah, bagi Zahrain, dia bukanlah jodoh yang elok. Nampak sangat dia tidak mencapai piawaian seorang isteri bagi Zahrain. Wah, sahlah aku ni bukan perempuan Melayu terakhir, lawak Husna dalam hati, cubaan untuk memujuk hati.
Well, Cik Nawwal Husna, do we have a deal?”
Husna mengangkat mukanya, dipandangnya wajah Zahrain. I owe it to Ummi and Babah to give this relationship a try, but…, but…, he’s a jerk! Okeylah, okeylah….a handsome jerk, bluek!
Awak dah ada calon ke?” pelan Husna bertanya.
“None of your business.” Ngilu rasa hati Husna dengan jawapan yang bukan jawapan dari Zahrain itu. Serius, di mana tingkah laku  elok yang disebut Ummi tu?
Business kita sebenarnya. Kalau kita tak nak kahwin, apa alasan nak kita beri kepada parents kita?” Secara lembut Husna cuba mengajak Zahrain berbincang.
“Cakap yang sebetulnya, awak tak suka dekat saya.” Mudah jawapan keluar dari mulut Zahrain.
“Sebetulnya, saya suka awak,” terlintas di benak Husna tapi dia cepat-cepat gumam rapat-rapat bibirnya, takut terlepas. Suka book’s cover yang handsome, tapi dalamnya tak handsome, buat apa. Cubaan Husna untuk kekal waras.
So, settle, kita berdua cakap kepada parents kita yang kita tak suka each other?” tanya Husna meminta penjelasan.
Zahrain hanya mengangkat kedua bahunya. Eeee, mamat sombong, getus Husna dalam hati. Apa? Ada emas ke dalam mulut tu? Tipikal macam dalam drama-drama, anak orang kaya yang sombong!
Usai makan malam, Zahrain menghantarnya pulang. Dalam perjalanan, kedua-duanya diam seribu bahasa. What else is there to say? Fikir Husna. Kalau inilah rasanya dating, baik tak payah, hampeh!
Tiba di rumahnya, tanpa menunggu Zahrain membuka pintu kereta untuknya, Husna terus keluar dari kereta mewah itu. Harap-harap inilah kali pertama dan terakhir dia berjumpa lelaki sombong ini.
Sebelum menutup pintu kereta, tanpa memandang muka Zahrain, Husna berkata, “Thanks for the wonderful meal, can’t say the same for the company.” Pintu kereta dihempas dan cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam rumahnya. Belum sempat pintu rumah ditutup, enjin kereta mewah itu mengaum meninggalkan perkarangan rumah.
Tuan punya kereta, si jejaka terhangat di pasaran tersenyum sendiri, “Mission accomplished!”





Projek Memikat Suami 1

“Meminang Una?” Ternganga mulut Husna! Terkocoh-kocoh dia pulang dari U.K. bila mendapat panggilan telefon dari umminya. Ada hal keluarga, penting, balik secepat mungkin kata Ummi. Berteka-teki Husna sepanjang penerbangan, apa hal urusan keluarga yang disebut umminya itu? Hairan benar bila dia disuruh pulang segera. Rupanya, hanya kerana ada yang datang meminangnya.
Walhal Ummi dan Babah sudah berbulan tahu tentang rancangannya nak mengembara ke Scandinavia dengan geng selepas peperiksaan akhir. Habis burn begitu saja tiket keretapi keliling Scandinavia yang dibelinya. Habislah peluang dia nak menjejak kaki ke bumi Scandinavia. Dah balik ke Malaysia, tentu nak mula bekerja, entah bila zamanlah dia akan berpeluang ke Scandinavia.
“Sabar sajalah,” Husna memujuk diri. Nak mengeluh depan Ummi, jauh sekalilah. Tak baik buat Ummi kecil hati.
“Tapi Mi, kenapa Una kena pulang cepat-cepat ni? Tak boleh ke tunggu? Bagi tau je kat Una lepas kami balik dari Scandinavia. Sebulan saja kami nak ke sana.” Husna melembutkan suaranya, tak mahu menyinggung perasaan umminya.
“Sebelah sana kalau boleh nak cepat. Kalau boleh mereka nak bulan depan.” terang ibunya, Hajjah Rahmah.
“Bertunang bulan depan?” soal Husna. Eeee…. kenapa cepat sangat? Hairanlah! Kenal pun tidak, terus nak bertunang?  Bujang terover terlajak sangatkah? Eh! Kalau tua bangka tak naklah. Berkerut mukanya sambil menghirup teh yang dihidangkan Mak Dah, pembantu rumah mereka.
“Bukan bertunang, bernikah!” jelas Hajjah Rahmah.
Tersembur teh yang baru saja dihirupnya tadi. Kakaknya, Nawrah Hanna, mengekek-ngekek ketawa. Husna cepat-cepat mencapai tisu dari atas meja dan mengelap bibirnya.
“Nikah bulan depan? Biar betul Ummi?” Terkejut Husna dibuatnya. Hai, ada lagi ke orang yang bernikah tanpa berjumpa dengan bakal suami atau isteri. Tak dibuat orang dah zaman sekarang ini. Aku nak nikah bulan depan? Surreal sungguh! Cawan teh yang dipegangnya, diletakkan cepat-cepat ke atas meja, takut terlepas. Wajah ibunya yang nampak bersungguh menambahkan perasaan gubra di hatinya.
“Sukalah tu, gelakkan orang!” getus Husna sambil menjeling kakaknya yang belum berhenti ketawa. Adakah patut aku gubra, dia pula enjoy semacam.
“Eh tentulah suka. Adik kesayangan dipinang millionaire handsome! Kak Nora tumpang gembira sangat untuk kau, Una.” Bagus sangat ke who ever yang nak kahwin dengan aku tu sampai Kak Nora pun macam sokong je ni? Atau Kak Nora nak kenakan aku? Calon suami entah apa-apa dia nak gula-gulakan aku? Terlalu banyak soalan yang menerpa dalam kepala otak, uish tekanan sungguh!
Millionaire handsome mana pulak ni, Ummi? Tak kenal, tak apa, macam mana nak kahwin?” Biar betul Ummi ni, takkan Ummi nak buat prank joke pulak? Kalau Kak Nora, boleh jadi jugaklah.
“Anak Auntie Mai. Eh tentulah berkenalan dulu Una” jawab Hajjah Rahmah ringkas.
“Auntie Mai mana pulak, Ummi? Saudara kita ke?” Husna cuba-cuba mengingat siapa gerangan Auntie Mai yang dimaksudkan umminya.
“Puan Sri Maimun, suaminya  Tan Sri Zainal Alimin.” tambah Hajjah Rahmah. Bulat mata Husna, macam mana Puan Sri, Tan Sri ni nak ambil aku jadi menantu ni? Dan sejak bila pulak Puan Sri tu jadi “Auntie Mai”? Best friend Ummi ke? Musykil sungguh.
“Ha’ah Una, jadi menantu orang kaya kau,” sambung kakaknya, sambil senyum lebar. Senyum Kak Nora ni semacam saja ni. Kak Nora ni memang kaki mengusik, kalau ada dia, riuh rendah rumah dibuatnya. Dan akulah mangsa no. 1 usikannya.
“Bukan hartanya yang Ummi dan Babah pandang, Una. Keluarga Auntie Mai tu memang orang baik-baik. Orang business mana yang tak hormatkan  Tan Sri Zainal? Auntie Mai pula, nantilah bila Husna jumpa dia, Husna sendiri boleh tau betapa baiknya dia, bertuah siapa jadi menantu dia,” panjang lebar Hajjah Rahmah bercerita.
“Anaknya pula macam mana? Bertuahkah siapa yang menjadi isterinya?” fikir Husna sambil mengetap bibir. Takkanlah dia nak tanya Ummi soalan ini.
“Yang Ummi sebut-sebut nak kenalkan Una dengan calon suaminya tu, bila Mi?” usik Nawrah sambil tersenyum simpul.  Eee geramnya aku, Kak Nora ni lebih sudu dari kuahlah, Husna menjelir lidah kearah kakaknya. Bukannya nak menolong, macam nak menganiaya aje nih.
“Auntie Mai suruh anaknya datang jumpa Una malam ni. Ok kan, sayang?” Tanya Hajjah Rahmah dengan nada memujuk.
“Ummi! Una baru sampai semalam, jet lag pun tak habis lagi. Nak kena jumpa dia malam ni?” memang terkejut besar dia.
“Eh nak kahwin, tentulah kena jumpa dulu,” tokok kakaknya. Oh, please lah kakak. Help me out here!! Matanya dijegilkan kepada kakaknya, tapi Nawrah mengangkat bahunya, pura-pura tak dapat menolong.
“Ummi, Una tak nak lah Mi….,” dah tahap desperate, Husna merengek macam anak kecil.
“Tak nak apa? Tak nak jumpa ke tak nak kahwin?” usik kakaknya lagi diikuti ketawa yang pecah berderai.
“Ummi, tengoklah Kak Nora ni…..Tak adillah Mi, dia dulu kahwin dengan buah hati dia. Apasal pulak Husna kena arranged marriage ni?”  air matanya dah mula bergenang.
“Sebab awak tu, dah habis belajar pun tak ada buah hati lagi. Itulah, slow sangat,” celah Nawrah lagi.
“Ummi! Tengoklah Kak Nora ni.” Eee sakitnya hati!
“Una, Ummi dan Babah sayangkan Una. Takkanlah Ummi dan  Babah nak jodohkan kamu dengan orang yang tak senonoh. Sebab memikirkan masa depan kamulah yang kami pertimbangkan permintaan Auntie Mai. Dia beriya-iya betul nak ambil Una jadi menantunya. Siap datang ke rumah kita dengan Tan Sri untuk tanya Ummi dan Babah. Jumpalah dulu dengan anak Auntie Mai ye, berkenal-kenal. Kalau tak berkenan takkan Ummi dan Babah nak paksa.” Terdiam Husna bila mendengar penjelasan Umminya. Memang payah baginya nak berjumpa dengan seorang lelaki yang dia belum pernah kenal. Memang betul kata Kak Nora, dia “slow” tentang bab-bab lelaki ni. Tapi ini kan permintaan Ummi dan Babah, siapalah dia nak menolak permintaan orang yang melahir dan membesarkannya.
 “Ma…..Una tak fahamlah, kenapa Puan Sri tu nak sangat Una jadi menantunya? Dia pernah dia jumpa dengan Una ke?”
“Dia jumpa Una masa kenduri abang tahun lepas. Masa tu pun dia dah puji-puji Una.” Puan Sri mana ni? Eh manalah aku ingat, entah berapa ribu jemputan kenduri Abang Nawfal tahun lepas.
“Almaklumlah…..perempuan Melayu terakhirkan, sekali tengok, terus Puan Sri Mai nak buat menantu.” perli Nawrah sambil tersenyum simpul. Antara ketiga orang anak perempuan Puan Rahmah, Husnalah yang paling sederhana dari segi gaya dan dandanan. Anak gadis yang gila travelling tu, lebih banyak menghabiskan duit membeli tiket keretapi mengelilingi Eropah sepanjang tiga tahun dia belajar di U.K. dari membeli pakaian cantik atau alat solek. Yang paling anggun pula, anak sulung Hajjah Rahmah, Najlaa Huda, yang sekarang tinggal di Prague, mengikut suaminya yang bertugas di sana.
“Betul kata Kak Nora, bukannya cantik aku ni,” akui Husna. Hairan sungguh kenapa dia menjadi pilihan Puan Sri itu.
 “Tak pelik ke Mi? Sekali jumpa Una dia dah nak ambil buat menantu?”
“Ummi tak pelik sebab anak Ummi ni anak yang baik,  manis, sentiasa menyenangkan hati sesiapa saja. Apa Ummi nak hairan kalau habis saja belajar, dah ada yang nak meminang,”  jawab Hajjah Rahmah dengan senyuman yang lebar.
“Alah, Ummi ni. Anak sendiri, Ummi pujilah habis-habis. Orang lain entah fikir apa.”
Hajjah Rahmah tersenyum mendengar komen anaknya. Husna memang  gemar merendah diri. Dia akui Husna tidaklah secantik model-model yang  mukanya terpapar di muka depa majalah-majalah. Tapi dia tetap manis dengan caranya yang tersendiri. Yang teristimewa sekali mengenai Husna adalah peribadinya. Husna ini memang tabiatnya sangat menjaga hati dan perasaan orang di sekelilingnya, baik ibu bapa, kakak abang, kawan-kawan, mahu pun pembantu rumah mereka. Balik dari U.K. tidak ada seorang pun yang tidak mendapat buah tangan darinya, termasuklah  Mak Dah, pembantu rumah mereka. Sedari anaknya kecil lagi, Hajjah Rahmah memang sangat bersyukur mempunyai anak sebaik Husna.
Mengingatkan permintaan Puan Sri Maimun, timbul juga rasa sedih di hati Hajjah Rahmah. Sudah 3 tahun Husna belajar di U.K., baru pulang ke tanahair dah dipinang orang pula. Ingatkan dapatlah  dia melepas rindu kepada Husna, ini dah nak jadi hak milik orang lain pula.
“Tak apalah, bakal suami dia pun bukannya calang-calang orang. Sepatutnya aku bersyukur Husna bakal mendapat suami yang baik. Lepas kahwin, dia duduk di Malaysia juga. Nak jumpa hari-hari pun boleh,” Hajjah Rahmah memujuk hatinya.
“Ummi! Macam mana nak kahwin dengan orang yang Una sendiri tak kenal? Dan yang lebih hairan tu anak Puan Sri tu mau pula kahwin dengan perempuan yang dia tak pernah kenal, tak pernah jumpa! Is there something wrong with him?”
Pertanyaan Husna disambut dengan gelak tawa kakaknya.
“Hish! Nawwal Husna, tak baik cakap macam tu. Budak Zahrain tu baik tahu! Ummi dan Babah dah jumpa dia.  Kamu tahu tak berapa ramai orang yang kahwin dengan pilihan keluarga. Kakak kamu, Najla, pun kahwin dengan pilihan keluarga, bahagia pun dia! Anak dah tiga. Yang pasti,  takkan lah keluarga sendiri nak cari calon yang tak baik untuk anak sendiri.” 
“Ummi….maafkan Una, Mi. Una tak bermaksud nak tuduh Ummi dan Babah rancang benda yang tak baik untuk Una.” ujar Husna perlahan, sedih dia mendengar Umminya bercakap demikian.
“Una, Ummi dah kata jumpa dulu Zahrain tu. Kenali hati budinya. Mak bapak dia orang baik-baik, takkanlah anaknya tak senonoh.  Macam Ummi kata bukan saja tingkah laku dia elok, rupa pun boleh tahan, sedap mata memandang.” Aik, Ummi aku ni promosi habis-habisan nih, aiseh!
“Mi…don’t judge a book by its cover,” perlahan sahaja cakap Husna. Tak nak melawan cakap ibu tapi…. macam mana nak kahwin dengan lelaki yang langsung tak dikenali?
Book’s cover, book’s cover lah Husna. Jumpalah dulu dengan dia. Ummi memang tak nak paksa. Tapikan, sayang, kalau  dah datang jodoh yang elok, buat apa pula ditolak. Ummi dan Babah dah boleh lega bila semua anak-anak dah tamat belajar, dapat jodoh yang baik-baik, bina keluarga sendiri. Kakak-kakak dan abang kamu dah lepas, tinggal kamu seorang saja, Una.” Oh, Ummi dah buat suara sayunya tu. Kalau dah keluar suara sayu ni memang cairlah aku, memang tak boleh tolak punya!
 “Kakak pun dah tengok dia Una, memang handsome giler,” celah kakaknya. Apa ni? Kat rumah aku dah dilancarkan kempen Zahrain-bagus secara besar-besarankah?
“Lagi handsome dari Abang Din ke?” usik Husna.  Din atau pun nama penuhnya Muhammad Izzudin adalah suami kakaknya.
“Ish, tentulah lagi handsome Abang Din,” cepat-cepat Nawrah Hanna mempertahankan suaminya.
“Kalau macam tu, tak de lah handsome mana pun!” cebik Husna.
“Bertuah punya adik, kau kutuk abang ipar kau ye!” Nawrah cuba mencubit lengan Husna. Tapi Husna lebih cepat mengelak cubitan kakaknya. Ini skill yang dia dah ada dari kecil, mengelak serangan Kak Nora.
“Kak, kita skodeng mamat Zahrain ni kat internet nak?” timbul idea di kepala Husna. Siapalah si Zahrain ni, anak Tan Sri, tak ada ke girl friend sampai maknya kena carikan. Entah-entah dia ini nerd agaknya ak sampaikan tak ada perempuan yang suka kat dia.
“Jom! Best kerja skodeng-skodeng ni. Ummi nak join?” tanya Nawrah Hanna.
“Hish, tak ada kerjalah Ummi nak skodeng-skodeng ni. Baiklah Ummi belek orkid Ummi kat depan tu,” jawab Hajjah Rahmah sambil terus melangkah keluar. Biarlah Husna melihat gambar-gambar Zahrain di internet, entah-entah kalau tengok muka Zahrain pun dah terpikat, senang cerita. Zahrain ada juga keluar di dada-dada akhbar, selalunya berkenaan perniagaan keluarganya, Alimin Industries.
Selepas mendapatkan lap topnya dari bilik, Husna dan kakaknya gigih menjejaki Zahrain di internet.
What? Dia tak ada facebook? Mamat zaman batu ke dia ni?” jerit Husna.
“Hmm, dia pakai nama samaran kut,” teka Nawrah. “Cari kat Google Image sajalah.”
“Okey, okey. Wah! Kak Nora pula yang lebih-lebih. Una report kat Abang Din karang…,” usik Husna.
“Hah! Tu dia! Miss Nawwal Husna, look and weep!” sambil bercakap, Nawrah menunjukkan gambar Zahrain yang tertera di layar komputer.
“Oh.” Itu saja yang keluar dari mulut Husna.
“Tutup mulut tu, Dik! Nanti meleleh air liur,” terkekeh-kekeh Nawrah melihat mulut adiknya yang terlopong.
“Ha, orang kata mamat ni handsome, kau tak percaya…., “ terangkat-angkat kening Nawrah.
Oh my, he’s drop dead gorgeous,” bisik Husna dalam hati. Tak boleh cakap kuat-kuat, kalau didengar dek Kak Nora, gelak terguling-guling atas lantai dia nanti.
“Uuuuummmmmmmiiiiiiiii, pakai jadilah Uummiiii,” jerit Nawrah kepada ibunya yang berada di taman. Terkial-kial Husna cuba menutup mulut kakaknya.
“Ish, apa ni Kak Nora. Bikin malu Una je!”
Berdegup-degup jantungnya  bila sekeping demi sekeping gambar si jejaka bernama Zahrain Alimin itu terpapar di layar komputer. Dia memang kacak…dan…enigmatic! Sekali terpandang wajahnya, rasa nak pandang dan pandang lagi. Berkulit sawo matang, hidungnya mancung, renungan matanya yang redup. Haish, ini baru gambar, real life macam mana pula?
 Age….29. Sex….male, obviously, he he. Occupation….business tycoon. Hobby….golf, oh boringnya, so predictable. Education…M.B.A. United States, Ohio ke Illinois, not sure. Height…hm very tall for a Malay.” Cekap juga Kak Nora ni jadi P.I., private investigator.  
Una, apa lagi kau nak tahu?” tanyah Nawrah.
Girlfriend?”
“Woo hoo, way to go, Nawwal Husna! Itu maklumat yang paling penting. Hmm, meh kita tengok. Hmm, so far, line clear. Tak da sebut mana-mana pun yang Abang handsome awak ni ada awek.” Terangkat-angkat kening si Nawrah, lebar senyumnya.
Husna pula cuba menyorokkan senyumnya. Eh, kenapa pula semacam rasa bahagia pula dalam hati aku ni? Dalam hati dah mula ada taman ke? Bersediakah aku nak kahwin bulan depan? Pengsan!