Monday 7 May 2012

Projek Memikat Suami 26, 27, 28

BAB 26

Semenjak peristiwa kiriman gambar suaminya dengan supermodel itu, Husna bagaikan kehilangan semangat. Rutin seharian dilaluinya macam robot. Di hadapan ibu mertuanya dia berlakon ceria, tidak mahu ibu mertuanya menghidu masalah rumah tangganya. Dengan suaminya, dia cuba sedaya mungkin untuk tetap memberikan layanan penuh hormat. Namun Zahrain kekal dengan mode ketul ais beku, menyebabkan hubungan mereka berdua dingin kaku.

Selepas berhari-hari dilanda kesedihan, Husna berasa lega bila hari yang dijanjikan untuk bersama teman-temannya tiba. Finally, I am going to meet my BFFs again. Hari ini dia berazam tidak akan berfikir tentang kisah Zahrain dan buah hatinya. Lantaklah dia! Hari ini hanya untuk bergembira dengan Em, Pet dan Atai!

Pagi-pagi lagi dia sudah ke dapur. Bahan-bahan masakan sudah dibeli semalam. Teman-temannya sudah siap memesan masakan itu dan ini. Sememangnya dia sudah biasa menjadi tukang masak untuk mereka.

Jam lapan pagi, Zahrain turun untuk sarapan. Husna berharap selepas bersarapan, Zahrain akan keluar. Suaminya itu tidak pernah lekat di rumah waima hujung minggu pun. Tapi selepas sarapan, dia mencapai Ipadnya dan membaca entah apa-apa. Lama juga Husna tertunggu-tunggu sambil sibuk memasak, suaminya tidak keluar-keluar juga.

Akhirnya, terpacul juga dari mulut Husna, “Err...kawan-kawan saya nak datang hari ini.”

“Awak dah bagi tahu semalam,” ringkas jawapan Zahrain.

“Awak tak keluar?”

“Kenapa, awak nak saya keluarkah?” Ini yang aku malas bercakap dengan dia, getus hati Husna.  We can never have a straight conversation.

“Tak, just wondering.” Husna patah balik ke dapur. Setiap hari tidak pernah lekat di rumah, hari kawan-kawan aku nak datang pula dia nak melepak di rumah, bebel Husna senyap-senyap.

“I am wondering too,” fikir Zahrain, “kenapalah dia hendak sangat aku keluar? Apa yang nak disorokkan? Has it got something to do with that boy...apa namanya? Atai?”

Terdengar isterinya menyanyi di dapur. Gembiranya dia hari ini, fikri Zahrain. Tidak macam selalu, dia sedar sejak hari Husna menerima MMS gambarnya dengan Adira, Husna bagaikan zombie. Baguslah, boleh tercapai Plan A aku.

Bosan di ruang tamu, dia menapak ke bilik tidur di atas, sambil melayari internet, dia berbaring-baring di atas katil. Beberapa jam selepas itu, terdengar bunyi loceng rumah. Zahrain yang sudah terlelap, terjaga jadinya. Kawan-kawan dia sudah sampailah tu, fikir Zahrain. Dia mencuci muka dan keluar dari bilik tidur. Dari tingkat atas, dia melihat Husna terlompat-lompat dengan dua orang gadis sambil berpeluk-peluk. Riuh rendah macam bertahun tidak berjumpa.

“I miss you soooo much!”

“I miss you more!”

“I miss you most!”

“Ehem! Ehem!” Ketiga-tiga orang perempuan muda itu terhenti menjerit-jerit kegirangan, serentak mereka berpaling ke arah pintu. Seorang lelaki muda, kurus, tinggi bersandar di jenang pintu dengan kedua belah tangannya di dalam poket seluar. Senyum meleret-leret, gembira dapat berjumpa Husna selepas lebih sebulan berpisah.

“Hai, Bawal,” ucapnya perlahan.

“Hai, Buntal,” balas Husna.

“Hai, Tuna,” ucapnya lagi, senyumannya semakin meleret-leret.

“Hai, Mackerel,” muka kawan baiknya, Atai ditatap lama-lama oleh Husna. Rindunya pada si Atai! Kalaulah dia perempuan, sudah lama aku peluk dia, fikir Husna dengan senyum lebar.

Zahrain yang sedang melihat adegan ini dari tingkat atas berdengus perlahan, “Hmph, teman tapi mesra!”

“Dah, dah, dah, bawal, buntal, tuna, mackerel, ikan tongkol, ikan parang. Semua ikan korang seru. Tak reti nak bagi salamkah?” Kan dah kena? Si Pet a.k.a. Faith Catherine Labunda, gadis penganut agama Katholik pula yang beri tazkirah. Atai bila hendak mengusik Husna, selalu memanggilnya Bawal Tuna.

“Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, PUAN Nawwal Husna,” ucap Atai, sengaja dia tekankan gelaran Puan kepada Husna. Dah jadi bini orang best friend aku nih!

“Waalaikumus salam warahmatullah hiwabarakatuh, Inche' Mohd Thahir. Jemputlah masuk. Yang tak masuk tu kenapa, belum nak runtuh rumah suami aku ni” balas Husna.

“Mohd Thahir? Thahir....Atai,” bisik Zahrain di tingkat atas dengan bibir yang mencebik.

“Boleh masuk ke? Husband kau mana?” tanya Atai. Pandai-pandai nak masuk rumah orang, kena kapak dengan suaminya, baru tahu!

“Ada di atas,” jawab Husna sambil memandang ke tingkat atas, langsung ternampak Zahrain yang berdiri di sana.

“Awak, kawan-kawan saya dah sampai,” kata Husna, sedikit berdebar. Harap-harap mamat ketul ais beku ini tidak buat perangai di depan kawan-kawan aku.

Sambil menuruni anak tangga, Zahrain bermanis mulut, “Jemputlah masuk. Nawwal dah tak sabar-sabar menunggu you all.”

“Nawwal?” bisik Pet yang sentiasa kay-poh-chi. Cepat-cepat Husna menyikunya, bahaya juga si Pet ni, mulutnya boleh tahan.

“Awak, ini Faith, tapi kami panggil Pet saja,” Husna mula memperkenalkan kawan-kawannya.

Belum sempat Husna selesai memperkenalkan Pet, Atai dah mencelah, “sebab mulutnya pot-pet-pot-pet.”

“Pandailah kau Tai, kau yang merosakkan nama aku!” marah Pet. Sememang nama Pet itu, Atai yang mulakan di tahun pertama mereka di University of Southampton. Lidah Melayu Atai tak boleh nak menyebut nama Faith.

“Pet dari Sabah. Ini Atai...”

“Sebab dia gatai!” dah Pet pula yang mencelah.

“Kau fitnah aku, Pet!” Atai memprotes.

“Korang ni, baru seminit sampai rumah aku, dah buat kepala aku pening,” bebel Husna sambil menggawang-gawang tangan ke arah Pet dan Atai.

“Atai dari Gemencheh.” Dengan hormat Atai menghulurkan tangan bersalam dengan Zahrain.

“Last but not least, ini Em.” Sudah jadi kebiasaan mereka, selepas memperkenalkan Em, mesti mereka tunggu samada kenalan baru itu akan menjawab, “Em? Bukan Ann?” Kalau itu yang disebut, sebulat suara mereka jadi tidak suka kepada kenalan baru itu.

Nasib baik Zahrain membalas, “Nice to meet you.”

“Em ini Emmalyn, orang Ipoh. Everybody, ini Zahrain,” malu-malu Husna memperkenalkan suaminya.

“You all, makan dulu atau tengok gambar? Aku tak sabar nak tengok gambar Scandinavia korang. Jeles tahap petala!” Husna menceceh, gementar rasa bila suami dan teman-teman baiknya bertemu buat pertama kali. Will they like him? Will he like them? Do I even want them to like each other?

“Makan, makan!” jawab Pet.

“Apa-apa pun perut perlu didulukan,” jawab Atai. Em, seperti biasa, diam sahaja. Senyum tak lekang dibibirnya.

“Okey, this way guys.” Husna mengajak mereka duduk di meja makan.

Zahrain dan Atai duduk di meja manakala Husna menghidang makanan dibantu Pet dan Em.

“Eh, Tai! Sejak bila kau jadi Tuan Besar ni?” laser saja mulut Pet.

“Bukan aku V.I.P guest ke hari ini?”

“Cantik muka kau V.I.P! Pergi angkat gelas minum!” kerah Pet. Teruk juga kena buli budak Atai ni, fikir Zahrain, bila Atai bingkas bangun bergerak ke dapur.

“Bacakan doa makan?” tanya Husna sambil memandang ke arah Zahrain.

Suaminya membaca doa makan versi kanak-kanak tadika. Jadilah, kata Husna dalam hati, semoga berkat rezeki di depan kami ini.

“Chup, chup! Asam pedas aku punya,” bagai terlupa Atai yang dia sedang berada di rumah suami Husna, dek kerana gembira melihat masakan kegemarannya yang sudah lebih sebulan dia tidak dapat rasa.

“Okey, lasagne, aku punya!” Pet pun sama tak senonoh.

“Kau order apa Em?” tanya Atai bila Em seperti biasa diam sahaja. Em terus mengambil mangkuk salad dan mencedok ke dalam pinggannya.

“Ek eleh, jauh-jauh balik, salad saja yang kau order,” cebik Atai.

“Korang ingat aku ni mamak 24 jam ke, main order-order segala?” Husna pura-pura marah. Sebenarnya dia bahagia dikelilingi kawan-kawannya. They love me, sincerely! Not like someone whom I'd rather not say, gumam dia dalam hati.

“Eh, eh. Kau tak tahu cerita kami Na! Sejak kau balik, kami kebulur tahu. Pet ni pandai rebus telur saja. Em pandai masak mee segera saja. Sebulan ini hari-hari kami makan egg sandwich dan mee segera saja tahu,” Atai mula buka cerita sedih. Jenuh Husna menahan ketawa.

“Mengata orang, kau tu langsung tak tahu masak apa. Nasib baik ada kami. Kalau tidak mati kebulur kau di sana,” sembur si Pet. Em ketawa kecil sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Sambil cuba menyembunyikan senyumnya, Husna pura-pura merajuk, “Tulah korang, masa aku kat sana, ada korang appreciate aku?”

“Eh, Na, kami sentiasa appreciate kau. Bila pula kami tak appreciate kau?” balas Atai. It's so nice to have people say that they need you, fikir Husna.

“Haah Una, kaulah sahabat sejati kami dunia akhirat,” balas si Pet pula. Ketawa Husna bila Pet menyebut akhirat.

Zahrain yang duduk semeja, diam tidak berkata apa. Direnungnya wajah Husna. Sejak berkahwin, tak pernah dia melihat Husna segembira begini, ketawa mengekek-ngekek tak berhenti-henti. Tertanya dia, budak cengeng ni sebenarnya bagaimana orangnya?

 
---------

Habis makan tengahari, Pet terus mengeluarkan perintah, “Atai, kau masuk shift!”

“Alah, apa pulak shift-shift ni. Kita dah balik Malayalah. Peraturan-peraturan di Southampton dengan automatiknya termansuh.”

“Kau ni tak kesian Unakah? Dah la dia masak, basuh pinggankan tugas kau?” balas Pet.

“Kalau kau kesian, kau tolonglah basuh sama,” Atai tak mahu mengalah.

“Sudahlah-sudahlah. Korang tetamu aku hari ni. Nanti-nanti aku basuhlah. Mehlah kita tengok gambar. Aku tak sabar ni.” Ish takkan tetamu pulak nak disuruh basuh pinggan, fikir Husna.

“Gambar kahwin kaulah dulu Na!” Atai mengambil peluang menukar topik, nak melepaskan diri dari tugas mencuci pinggan.

“Eh, gambar Scandinavialah dulu,” Husna cuba memprotes. Dia segan sebenarnya nak tunjuk  gambar perkahwinan bila Zahrain ada sekali.

“Tiga lawan satu, kami menang Una!” kata Pet. Husna sudah tidak boleh berkata apa. Mahu tidak mahu, dia terpaksa memasang video gambar-gambar perkahwinannya.

“Wow! Glamournya majlis,” seperti biasa, komen pertama tentulah dari Pet.

“Pause, pause, pause, pause!” kalut Atai beri arahan. Husna segera menekan butang pause.

“Woi, Una! Itu kau ke?” tanya Atai, mulutnya sudah melopong.

“Pengantin perempuannya akukan? Habis tu siapa lagi?”

“Una, you looked gorgeous,” kata Em yang jarang buka mulut.

“Drop dead!” sambung Pet.

“Apa ni? Drop dead pula?” peha Pet ditampar Husna.

“Drop dead gorgeouslah!” jelas Pet. Merah muka Husna dipuji melambung-lambung oleh kawan-kawannya di hadapan Zahrain.

“Kalau dah tempek mekap 4 inci, siapa-siapa pun boleh jadi gorgeous,” katanya sambil cuba menyembunyikan rasa malu.

“Itulah Una, kau ni sempoi sentiasa. Sekali mekap, wow!” tak habis lagi pujian dari Pet.

“Kalau abang-abang senior Southampton tengok ni, Na, mau meraung derang,” selamba saja komen Atai.

“Eh, eh, sorry Mr Husband!” cepat-cepat Atai minta maaf dengan Zahrain bila tersedar yang dia sudah terlepas cakap.

“Haah, Abang Zack, Husna kat sana, ramai yang admire tau,” si Pet ni betullah mulut tak ada insuran, getus Husna dalam hati. Abang Zack? Banyaklah Abang Zack dia!

“Kau fitnah aku, ye Pet?” entah apa la pulak kawan-kawan aku melalut ni!

“Eleh, yang rumah kita jadi pusat masyarakat setempat students Malaysia di Southampton setiap hujung minggu tu apa? Ada saja permintaan derang, nak nasi lemaklah, laksalah. Manja ya ampun. Kau saja yang blur, Una!” sambung Pet. Eeee, tak habis-habis lagi topik ni, budak-budak bertuah betul.

“Korang nak tengok gambar ke tak ni?” cepat-cepat Husna menekan butang “play.” Tak suka kawan-kawannya bercerita hal ini di depan Zahrain.

Sementara kawan-kawannya sibuk membuat komen tentang baju kahwin dan pelamin, Zahrain terfikir-fikir tentang komen kawan-kawan isterinya. Oh, dia ramai peminat di sana rupanya. Kenapa tidak tersangkut dengan salah seorang peminatnya? Kalau tidak, selamat aku.

Selepas selesai menonton gambar-gambar perkahwinan Husna, mereka menonton pula gambar-gambar pengembaraan mereka di Scandinavia. Tanpa dapat ditahan, menitis air mata Husna. Sepatutnya dia juga berada bersama kawan-kawannya dalam gambar itu. Berposing di depan patung The Little Mermaid di Copenhagen, Denmark. Berposing di Vigeland Park, Oslo, Norway. Sebelum dia berkahwin dulu, tidak pernah dia berasa sedih sebegini. Paling-paling tension pun bila duit habis atau bila nak exam. Sekarang ini....

Buat apa menangis Husna? Bak kata Kak Naja, your marriage has happened, make the best of it! Bahagian “make the best of it” itu, dia masih lagi tidak tahu bagaimana. Boleh jadi dengan bertahan  sahaja agaknya? Eh, kan aku dah kata tadi hari ini aku nak bergembira sahaja, tak nak fikir tentang mamat ketul ais tu. Cepat-cepat dia menyapu air matanya sebelum kawan-kawannya sedar. Terlambat! Em yang super observant itu sudah lama nampak air mata di pipinya. Lutut Husna ditepuk-tepuknya lembut, bagai memujuk.

Selesai menonton video gambar-gambar Scandinavia, Atai tersedar muka Husna yang kelihatan sedih.

“Na, sebenarnya kami memang miss kau masa di sana. Geng kutu rayau tak cukup quorumlah,” pujuk Atai.

“Haah, Una, kami ayik-asyik sebut “Eh kalau Una ada ni...” Mana-mana kami pergi asyik sebut nama engkau saja,” sambung Pet.

“Entah-entah engkau kat sini, langsung tak ingat kami,” tuduh Atai.

“Eh, Tai, time honeymoon, takkan dia nak ingatkan kau juga kut,” mulut tak de insuran Pet sudah mula! Gerutu Husna.

“Una, kau ke mana untuk honeymoon?” kan sudah! Husna rasa macam nak tepuk dahi. Atau pun ketuk kepala Pet!

Segan Husna nak menjawab. Muka Zahrain pun dia malu nak pandang.

“Kami belum pergi honeymoon lagi,” jujur Zahrain menjawab.

“Haaa? Belum pergi? Abang Zack, Husna tak cerita ke pada Abang, dia ni kaki travel?” Pet ni nak kena sumbat mulutnya!

“Apa lagi yang dia belum cerita pada Abang?” dah Zahrain pula kena soal siasat. Pet nih!

“Oi, Pet. Kalau Una belum cerita, mana suaminya nak tahu apa yang Una belum cerita. Kenapa malap kau ni?” tingkah Atai.

“Apa yang Una patut cerita pada saya?” Zahrain dah mula nak mengorek.

“Eh, eh, banyak Bang!” Budak Pet ni lain kali dia datang aku taruh racun tikus dalam makanan dia, menyumpah-nyumpah Husna dalam hati.

“No. 1, pasal driving!” wah...tak sabar-sabar si Atai ni nak buka pekung aku, sabar sajalah Husna.

“Bang, kami sekali saja naik kereta dia bawa, lepas tu taubat kami semua tak mahu naik lagi,” hyperbola sungguh awek Kadazan ni. Tapi tersengih juga Husna mendengar Pet menyebut perkataan taubat tu.

“Ingat tak senior citizen yang Una nak langgar masa drive kereta Abag Ajaq?” Em pun ikut sama, menambah rencah perisa! Tak sangka aku, Em, kau pun belot juga? Matanya mencerun ke arah Em.

Dibantainya ketawa tak ingat dunia, budak bertiga tu.

“Mana pula tak ingat. Aku yang duduk depan, sebelah dia. Jenuh aku menjerit kat senior citizen tu, Move! Move! Get out of the way!” siap ada aksi Atai bercerita. Budak bertiga tu gelak golek-golek sekali lagi.

“Kereta Abang Ajaq tu, kereta antik korang tahu. Gearnya mak datuk, susah betul nak masuk!” Husna cuba mempertahankan diri.

“Kalau tak pandai menari, jangan kata lantai tinggi rendah. Kalau tak pandai drive, jangan kata gear susah nak masuk,” tukas si Atai. Eh! Menyesal aku jamu derang makan, getus Husna dalam hati.

“Yelah, Abang Ajaq tu beli kereta kat car boot sale mana entah. Sebiji tiga pounds agaknya,” Husna tidak mahu mengalah.

“Una, dengan kereta antik tu jugakla Abang Ajaq bawa kau ke klinik masa kau sakit,” Em mengingatkan Husna.

“Okey, okey, aku tak kutuk kereta antik yang banyak berjasa tu. Pergi beli barang dapur pun, kereta itulah yang tolong angkut barang,” Husna mengaku sambil terkenang kereta buruk Abang Ajaq.

Zahrain yang hanya menjadi pendengar tadi bertanya, “Nawwal drives now. Should I be worried?”

“Una! Loony mana yang bagi kau kereta ni? You're dangerous on the road, girl!” Pot-pet ni memang nak kena! Menggelegak juga hati Husna mendengarnya.

“Sayalah yang belikan dia kereta. Susah nak bergerak dalam KL ni kalau tak ada kereta,” jawab Zahrain tenang.

“Whoa!!!” dagu ketiga-tiga budak itu sudah jatuh ke lantai, mereka tidak dapat membayangkan Husna memandu kereta di KL! Husna ketawa kecil.

“Abang Zack, sorry ye, panggil Abang loony” Pet meminta maaf sebab terlajak kata.

 “Tapi insurans ada kan?” tanya Pet. Tak sampai sesaat, sebiji kusyen mendarat di mukanya, puas hati aku, bisik Husna.

Nakal juga isteri aku ni, bisik Zahrain dalam hati, tidak sempat menahan senyuman kecil di bibir.



Selesai menonton video gambar-gambar pengembaraan mereka ke Scnadinavia, Emmalyn, the travel planner, membuka mulut, “Ho-yay, ho-yay, time to plan for the next trip. Cadangan pertama, Tokyo in spring, tengok bunga sakura.”

“Cadangan kedua, Beijing, the Forbidden City,” Pet pula memberi idea.

Semua mata memandang ke arah Atai, menunggu cadangan darinya.

“Aku tak joinlah. Kerja pun aku tak ada, keringlah.”

“Cadangan tidak diterima, sebelum balik Malaya kan kita dah bersetuju sekurang-kurangnya satu trip abroad setahun,” tegas Pet, enggan berganjak.

“Kalau nak murah, ke Indonesia, tengok Borobudur, atau ke Cambodia, tengok Angkor Wat. Em, boleh kau plan supaya kosnya below 1K? Sempatlah korang semua nak kumpul duit” cadang Husna.

“Below 1K?” bisik Zahrain dalam hati, terkejut.

“Nak kayuh sampan ke sana kah? Nak makan apa dengan bajet kecil sebegitu?” Almaklumlah orang kaya, tak mainlah duduk di hotel-hotel dua tiga bintang ni.

“Boleh, nanti aku check budget airline and budget lodgings,” Em memang cekap pasal cari tiket kapal terbang dan hotel murah.

“Em, untuk tiga orang saja, aku tak ikut,” Husna menjatuhkan sebiji bom.

“Una!!” hampir terjerit kawan-kawannya.

“Mana boleh, Una, kan kita dah berjanji? Tak ingatkah projek “1,000 destinations” kita? Walaupun tak boleh kita nak melawat semua 1,000 destinations, kita kan dah berjanji nak travel sekurang-kurangnya sekali setahun,” panjang lebar bebel si Pet, mengingatkan Husna mengenai impian mereka setelah membaca buku pengembaraan terkenal “1,000 Places To See Before You Die”.

“Yang 1000 destinations tu, untuk aku dah reduce to only one destination” tenang jawab Una.

“One destination? Destinasi apa, Una?” tanya Atai.

Husna tidak menjawab, hanya menunjukkan ke arah suaminya dengan ibu jari.

“Ala, Una, Abang Zack sure ok punya kalau kau nak travel dengan kami seminggu dua,” protes Pet.

“Kalau dia ok pun, mati aku kena berleter dengan Ummi dan Babah. Tak pernah dibuat orang, bini pergi merayau serata alam tinggalkan suami kat rumah. Sorry guys, things are different, I'm married now, bukan macam dulu, solo-molo.”

“Boringnya kahwin kalau macam ni,” laju je mulut tak de insurans Pet.

“Nanti kau kahwin juga Pet,” Husna cuba mempertahankan diri.

“Kalau aku kahwin pun, aku nak travel juga, ada anak nanti aku angkut semua,” lawan balik si Pet.

“Suami mana baik sangat nak biar anak bini merayau pusing dunia?” tanya Atai.

“Adalah.” jawab Pet, misterius amat.

“Alvin tu ye?” sakat si Em, menjungkit-jungkitkan keningnya. Alvin ini anak kawan bapa Pet, sudah bertahun-tahun berkenan dengan Pet. Keluarga Pet dan keluarga Alvin memang suka kalau mereka berdua berkahwin.

“Ish, minta simpang malaikat empat puluh empat,” tingkah Pet. Bertabur ketawa semua orang, dengan memek muka penuh gelinya, dengan ungkapannya.

Cepat-cepat dia hendak tukar topik. Pet, si ketua platun mengeluarkan arahan, “Okey, Atai kau tak boleh lari! Pergi basuh pinggan.”

“Alaaaah,” jawab Atai lemah.

“Apa alah-alah, it's time for girls' talk,” arah Pet, sambil ibu jarinya menunjuk ke arah dapur.

“Jomlah, Atai, saya tolong,” pelawa Zahrain.

“Eh, awak, tak payahlah!” terkejut Husna bila Zahrain menawarkan diri untuk membasuh pinggan. Tangan Zahrain dipegang untuk menghalangnya melangkah ke dapur.

“Nanti saya boleh basuh pinggan-pinggan tu,” kalau betul suami aku basuh pinggan, teruk sangatlah aku sebagai isteri, fikir Husna. Retikah tokoh korporat ini membasuh pinggan?

“Tak apa, small matter, kami pun ada men's talk, kan Atai?” Zahrain mengangkat kening ke arah Atai.

“Aye, aye, Captain!” jawab Atai sambil memberikan tabik hormat kepada Zahrain.

Zahrain dan Atai mengangkat pinggan-pinggan kotor ke dapur sambil diperhatikan Husna, Pet dan Em.

Setelah kedua lelaki itu berlalu ke dapur, Em membuka mulut, “How are you doing, Una?” Mata Una direnungnya dalam-dalam. Em ni pendiam tetapi benda sebesar kuman pun dia “nampak.”

Una yang dulu mungkin meraung mendengar soalan sebegitu, sudah tentu segala gundah gulananya dikongsi dengan kedua rakan karib. Tetapi Una yang sekarang sedar, masalah suami isteri tidak elok dikongsi, dicanang ke sana sini.

“Still trying to get used to being a married lady,” jawabnya tersenyum tawar, berdoa agar rakan-rakannya tidak dapat meneka duka di lubuk hati.

“Pet, Kak Naja, kakak aku di Prague tu ada projek. Kau nak join?” Cepat-cepat Husna menukar topik.

- - - - -

“Atai, betulkah Nawwal ramai admirer di Southampton?” sambil membasuh pinggan, selamba Zahrain menyoal “teman baik” isterinya.

“Sebenarnyakan, Bang, ramai jugaklah,” berhati-hati Atai menjawab, takut pula nanti jadi punca suami isteri bergaduh.

“Tak ada yang lekat?” tanya Zahrain lagi.

“Tak ada. Una tu kepala otaknya fikir travel saja.  Boleh tahan blur juga Una tu, senior-senior  bagi bungalah, ajak tengok wayanglah, semuanya dibuat macam abang sendiri. Senior-senior yang mencuba pun give up.” Atai menjawab sejujurnya.

“Oh, sampai begitu mereka mencuba?” Hairan juga Zahrain, keras juga hati bini aku tu.

“Mana mereka tak jatuh hati Bang, Una tu pandai masak, lemah lembut, baik hati. Kalau hang out dengan dia, perut kenyang, hati senang. Ramai yang cuba nak buat bini tu,” alamak terlebih cakap ke aku? Hati-hati Tai.

“Awak pula, tak cuba?” Straight to the point sahaja Zahrain bertanya.

“Ha, ha, ha, Abang buat lawak antarabangsa. Saya ni anak orang miskin, Bang. Belajar di UK sebab dapat biasiswa. Nak bela anak orang, mana saya mampu. Adik-adik kat kampung tu ramai lagi yang bersekolah. Bapa saya dah tak ada, Bang,” tanpa segan silu Atai bercerita tentang kesempitan hidup keluarganya.

Kenapa pula aku rasa lega? Fikir Zahrain sambil terus membasuh pinggan.
- - - -

Petang hari baru pulang kawan-kawannya. Mereka sudah berjanji, esok mahu bertemu lagi untuk makan tengahari dan mencari buku untuk projek Kak Naja. Gembira hati Husna bukan kepalang.  Tidak mahu menjeruk hati lagi kerana perangai suami. Dia masuk ke dapur untuk masak makanan malam. Jemu dengan masakan Barat, menunya malam ini mee kung fu. Makan dengan cili hijau jeruk, yummy! Si mamat ketul ais tu nak makan ke tidak, lantak dia. Lasagne siang tadi ada  sedikit berbaki, dia boleh makan. Muzik kegemarannya, lagu-lagu antarabangsa di pasang kuat-kuat.

Selesai lagu “El Candela” nyanyian Ibrahim Ferrer, penyanyi lagenda dari Cuba, muncul pula lagu “Gia” nyanyian Despina Vandi, penyanyi terkenal dari Greece. Sambil memotong sayur, Husna menyanyi-nyanyi mengikut lagu. Zahrain yang sedang berehat di ruang tamu sambil melayari internet di Ipadnya, mengangkat punggung berpindah ke dapur.

“Arabic?” tanya Zahrain kepada Husna.

“No, Greek. Despina Vandi,” terang Husna. Zahrain mengangguk-angguk kepala walaupun dia tidak  kenal penyanyi itu.

“Sama seperti minatnya travelling, lagu-lagu kegemarannya pun lagu-lagu antarabangsa belaka,” kata Zahrain dalam hati.

Dia duduk di sofa yang baru dibeli isterinya. Matanya tak lekang-lekang memandang isterinya, tidak pernah dia melihat Husna gembira sebegini. Comel betul dia, blaus kain kapas dan seluar panjang yang dipakainya semasa melayan teman-teman sudah ditukar kepada dress seksi halter neck bercetak bunga-bunga tropika.

Muncul pula lagu Titiek Puspa “Jatuh Cinta” yang diberi nafas baru oleh Projek Pop, sebuah kumpulan penyanyi dari Indonesia.

Jatuh cinta, berjuta rasanya
Biar siang, biar malam
Terbayang wajahnya

Jatuh cinta, berjuta indahnya
Biar hitam, biar putih
Manislah nampaknya

Dia jauh, aku cemas
Tapi hati rindu
Dia dekat, aku senang
Tapi salah tingkah
Dia aktif, aku pura-pura jual mahal
Dia diam, aku cari perhatian
Oh repotnya...

Tertawa Zahrain bila mendengar Husna menyanyi. Husna yang terdengar Zahrain ketawa, berhenti menyanyi dan memasak.

“Kenapa? Suara saya sumbang ye?” tanya Husna sambil tersenyum. Dia tidak kisah kalau suaranya sumbang, yang penting happy!

“Adalah sikit-sikit,” usik Zahrain.

“Kalau tak tahan, pergilah duduk di depan,” aku nak enjoy nyanyi habis-habis ni, fikir Husna.

“And miss this free entertainment?” pecah ketawa Zahrain.

Ketika itu juga, muncul lagi “Goom Jai” nyanyian pasangan penyanyi adik-beradik Asanee dan Wasan Chotikul dari Thailand.

Goom jai mai mee lau ling
Goom jai jing jing lau ling mai mee
Rak tur tur mai yin dee
Wah tua raw nee mai mee lau ling

Ternganga mulut Zahrain, lagu Siam pun dia pandai nyanyi? Siap dengan joget Siam. Memang international bini aku nih!


BAB 27

Keesokan hari selepas sarapan pagi yang lewat, Husna bersiap-siap untuk keluar bersama rakan-rakannya. Dilihatnya Zahrain juga sibuk bersiap-siap. Nak ke mana dia, tertanya-tanya hati Husna, tetapi tidak keluar pertanyaan itu kerana dia sudah masak dengan pantang larang suaminya: no hourly report! Lantaklah, hari ini jumpa Em, Pet dan Atai lagi! Happy, happy, happy!

Dia menuruni tangga ke tingkat bawah diikuti oleh Zahrain. Selepas memakai kasut, dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya.

“Saya pergi dulu,” kata Husna.

“Sama-samalah,” jawab Zahrain.

“Hah?” hairan Husna dengan jawapan suaminya. Dah mula penyakit “Hah? Hah?” isteri aku ni, fikir Zahrain.

“Kita pergi sama-sama,” jelas Zahrain.

“Awak nak pergi mana?” tanya Husna, masih kehairanan.

“KLCC, kan kita ada lunch date dengan kawan-kawan awak,” mendatar jawab Zahrain.

“Bila masa pulak kami ajak dia ni?” geram hati Husna, tapi takkanlah nak dihalang suami sendiri?

“You drive,” arah Zahrain.

Biar betul suami aku ni? What's wrong with him? Sambil melangkah keluar dari kondo suaminya, Husna tertanya-tanya, kehairanannya berganda. Zahrain mengikut dari belakang, dipandangnya susuk si isteri. Dia sudah masuk balik “uniform lama” …. T-shirt tangan pendek longgar, inner putih, jeans lusuh dan kasut Mary Jane tak bertumit. Tak selera sungguh bila bini aku berpakaian begini, cemuh Zahrain dalam hati. Habis nak suruh dia pakai dress-dress seksi macam yang dia pakai kat dalam rumah? Ish! Tak sanggup aku jika bini menayang body kepada lelaki-lelaki lain. Tapi Adira pula, dia pakai baju seksi macam mana pun, kenapa aku tidak kisah pula? Hmmm....tiada jawapan!

Nasib baik mereka tiba di KLCC tanpa sebarang kecelakaan. Kalau rosak kereta mahal tu, mana nak korek duit nak baiki? Lagi pulak, tentu tak habis-habis dibuat modal untuk mengutuk aku, fikir Husna menarik nafas lega.

Kawan-kawannya sudah siap menunggu di tempat yang dijanjikan. Bermulalah lagi adegan berpeluk-peluk hingga terlompat-lompat.

“Asal jumpa, peluk terlompat-lompat. Walhal baru semalam berjumpa, takkan dah rindu?” soal Zahrain dalam hati.

Reda adengan berpeluk-peluk, Atai yang hanya dari tadi berdiri memandang, mendepangkan kedua belah tangannya dan berkata, “Group hug?”

“Belahlah lu,” jawab Pet cepat. Terkekeh-kekeh ketawa Atai. Zahrain pun turut tersenyum kecil.

Tiba-tiba terdengar suara, “Amboi! Derang lepak togeder, tak ajak Abang ye?”

Geng kutu rayau berempat tu menoleh dan sama-sama menjerit, “Abang Ajaaaaq!”

Atai terus menerpa dan memeluk lelaki itu.

“Abang Ajaq! Rindunya kat Abang!” terlepas dari mulut Husna.

Buat seketika terlupa dia pada sang suami yang berdiri di sebelah. Memang dia rindu pada lelaki yang sudah dianggap seperti abang sendiri semasa di perantauan. Sudah setahun tidak berjumpa, sejak Abdul Razak balik ke Malaysia selepas tamat pengajian tahun lepas.

“Abang Ajaq? Tuan punya kereta antik tu?” tertanya-tanya Zahrain dalam hati. Terkedu juga mendengar si isteri menyebut rindu kepada lelaki lain. Aku jealous ke?

“Abang Ajaq! Rindulah kat Abang. Mana Abang tahu kami lepak hari ini?” tanya Pet. Em pula tersenyum lebar melihat Abdul Razak.

“Abang baca kat Facebook Atai. Amboi, korang balik tak bagi tahu Abang pun, kecik hati Abang,” Abdul Razaq cuba menagih simpati. Matanya menjeling-jeling ke arah Husna, sambil senyum meleret-leret.

Zahrain di sebelah rasa tak sedap hati, “Inikah salah seorang admirernya?”

“Kami pun baru 2, 3 hari balik, Bang,” jawab Atai.

“Jom, Abang belanja makan,” ajak Abdul Razak.

“Nanti Bang, nanti kejap, Pet ada soalan. Abang sekarang drive kereta apa?” Soalannya disambut dengan deraian ketawa kawan-kawannya.

“Oh, gelakkan kereta buruk abang ye? Abang sekarang bawa Vios,” jawab Abdul Razak, langsung tidak ambil hati.

“Ha, dengar tu korang, Vios! Jangan gelakkan Abang Ajaq lagi,” kata Atai dengan ketawa yang masih bersisa.

“Jomlah, korang nak makan apa?” ajak Abdul Razak. Matanya masih lagi  melirik-lirik ke arah Husna. Ini dia gadis manis yang mengisi mimpi indahnya sepanjang tahun ini. Sedar dirinya asyik dipandang Abdul Razak, Husna mula berasa tidak selesa.

“Tak apa Bang, hari ini Una belanja. Sebagai ganti korang semua tak datang kenduri Una hari tu,” pelawa Husna.

“Kenduri apa Una?” polos sahaja soalan Abdul Razak dengan senyum yang lebar.

“Kenduri kahwin Una. Abang, kenalkan ini suami Una, Zahrain.” Barulah Abdul Razak perasan lelaki kacak yang berdiri di sebelah Husna.

“Eh, Una nak kenakan Abang ye? Kan korang baru balik 2, 3 hari lepas, bila pulak Una kahwin?” terkejut sakan Abdul Razak mendengar berita perkahwinan gadis yang sudah lama melekat di hatinya.

“Derang memang balik 2, 3 hari lepas. Una balik dulu, dah nak dekat  dua bulan. Una balik awal sebab kahwin.”

“Betul ni Una dah kahwin? Atai, betul?” soal Abdul Razak, masih tidak percaya.

“Betul, Bang. Kalau tak betul, siapa pula yang Una angkut ni?” jawab Atai.

“Una, tahniah. Terkejut Abang, cepatnya Una kahwin.” Abdul Razak cuba kelihatan ceria tapi jelas dia gagal.

“Una sendiri pun terkejut, Bang,” kata Husna dalam hati dengan senyum tawar di bibir.

“Eh, kita nak makan kat mana? Pet dah lapar.”  Thanks, Pet kerana tolong ubah topik. Ada guna juga mulut bising kau, lega hati Husna.

Sambil berbincang-bincang apa yang hendak dimakan, mereka bergerak ke arah deretan restoran di KLCC. Husna melangkah perlahan mengikuti kawan-kawannya sambil fikirannya menerawang. Tadi Abang Ajaq pandang aku semacam saja. Mukanya berubah betul semasa aku perkenalkan Zahrain. Memang di Southampton, Abang Ajaq sangat baik dengan mereka berempat, macam abang sendiri. Setiap kali hari lahir Husna, tak pernah dia lupa memberikan bunga dan hadiah. Husna pula setiap kali hari lahir Abang Ajaq, tidak pernah lupa menghadiahkan kek masakannya sendiri. Yang disebut Atai dan Pet semalam, tentang admirers aku di Southampton..... Abang Ajaq ni salah seorang darinya ke? Pernah ke Abang Ajaq beri apa-apa clue tentang perasaannya? Masa aku sakit, dia yang bawa ke klinik. Masa aku stuck dengan studies, dia yang banyak bantu. Masa susah senang di sana, Abang Ajaq sentiasa ada. Abang Ajaq buat semua tu kerana dia anggap aku ni sebagai adiknya ke atau.......?

Husna tersentak dari lamunannya bila tangannya digenggam erat oleh Zahrain, “Jom, mereka sudah jauh ke depan.”

Mereka makan di sebuah restoran yang terkenal dengan masakan Nyonya. Sambil menunggu makanan yang dipesan, mereka berbual-bual. Sudah lama tidak berjumpa, banyak cerita yang hendak dikongsi. Zahrain selaku “orang luar” hanya diam mendengar. Yang menghairankannya, Husna yang begitu ceria semalam, menjadi pendiam pula hari ini.

Pet seperti biasa dengan mulut murainya bercerita, dia hendak mencari kerja di Kuala Lumpur, walau pun keluarganya mahu dia pulang ke Sabah untuk menjaga ladang keluarga. Em pula sudah ditawarkan pekerjaan oleh bapa saudaranya di Ipoh.

“Atai, sponsor engkau dah panggil kerja belum?” tanya Abdul Razak.

“Isnin ini, baru hendak lapor diri, Abang,” jawab Atai.

“Tentu dapat kerja Tai, sebab sponsor kau antara korporat terbesar di Malaysia,” Abdul Razak menyedapkan hati Atai.

“Kalau tak dapat Tai, abang ipar aku, Abang Din bagi tahu kawannya tuan punya syarikat pelancongan nak cari pekerja. Tentu best kalau dapat kerja dengan syarikat perlancongan, sambil kerja, dapat travel. Kalau kau nak, nanti aku bagi tau Abang Din, minta dia tolong kau,” kata Una. Baru terbuka mulut isteri aku, fikir Zahrain.

“Eh, thanks, Una. Kalau sponsor aku tak offer kerja, kau tolong aku ye.”

Makanan tiba dan mereka sambung berbual sambil menjamu selera. Zahrain perhatikan Husna yang masih diam, secara sembunyi sekali  sekala mengerling ke arah Abdul Razak. Apa kes ni? Hatinya mula panas.

Husna pula bagai berperang dengan perasaannya. Betulkah Abang Ajaq ada hati dengan aku? Kenapalah buta hati aku dulu? Kalau tidak, entah-entah aku dah jadi dengan dia. Kalau kahwin dengan Abang Ajaq, tentulah tak berduka hidup aku. Abang Ajaq yang baik, bukan kaki perempuan, bukan macam mamat ketul ais itu, girlfriends keliling pinggang.

Usai makan tengahari, Zahrain yang membayar, walaupun Husna bertegas mahu membayar. Kan dia sudah berjanji tadi. Selamba saja permintaannya tidak dihiraukan Zahrain. Apa kelas, makan bini yang bayar?

Una meminta izin Zahrain untuk ke kedai buku barang 15 minit. Dia dan Pet hendak cari buku masakan, untuk dibuat rujukan untuk projek Kak Naja. Mereka semua melangkah ke Kinokuniya. Cepat-cepat Husna menarik tangan Pet ke arah rak buku-buku masakan. Laju saja mereka berdua memilih buku.

“Bini aku ni bab masa, memang dia tepati betul,” dalam tidak mahu, Zahrain memuji si isteri dalam hati. Tepat selepas 15 minit, mereka sudah berdiri di luar kedai buku. Satu beg besar buku untuk Pet, Atai yang tolong bawakan. Dan satu beg besar buku untuk Husna, suaminya yang tolong bawakan.

Mereka berpamit-pamitan di luar kedai, Husna dan Zahrain mahu pulang ke rumah sementara yang lain bercadang untuk menonton wayang. Bukan tidak diajak oleh kawan-kawan untuk menonton wayang bersama-sama, tapi Husna tidak selesa dengan bisikan hatinya, yang tidak berhenti-henti membandingkan Abang Ajaq dengan suaminya.

“Abang Ajaq yang lembut, mamat ketul ais pula selalu sarkastik sahaja. Abang Ajaq yang penyayang, mamat tu apa dia peduli dengan perasaan aku. Abang Ajaq...., Abang Ajaq....., Abang Ajaq!” Stop it, Husna! You are married. Ini bisikan syaitan! Astaghafirullahil azim..

Dalam Husna berpeluk-peluk dengan kawan-kawan perempuannya, Zahrain perasan pandangan sayu Abdul Razak. Agaknya sedih, sebab terlepas nak beristerikan bini aku, cemuh Zahrain dalam hati. Husna pula sedari tadi cuba mengelak bertaut pandangan dengan Abdul Razak.

Sambil melangkah ke arah tempat parkir, Zahrain membuka mulut, “I drive. You drive macam kura-kura.” Dia pun tidak tahu kenapa dia terasa nak sakitkan hati isterinya.

“Manalah aku tak bandingkan dia dengan Abang Ajaq. Abang Ajaq tak pernah cakap kasar macam ni,” terlintas di benak Husna.

Tiga tahun berkawan dengan Abang Ajaq di Southampton, tidak pula terbuka hati untuk jejaka itu. Dengan mamat ketul ais itu, tup-tup, nikah terus. Nafasnya dilepaskan, inilah jodoh namanya. Dalam kepalanya Husna cuba mengingati semula tazkirah-tazkirah mengenai pentingnya redha dengan ketentuan Allah



BAB 28

Untuk kesekian kalinya Zahrain keluar makan tengahari dengan Adira. Dari saat dia sampai, tak berhenti-henti model terkenal itu komplen. Jalan jamlah, photo shoot semalam habis lewatlah, juru solek semalam amaturlah, solekannya semalam “Oh-so-yesterday”lah, agensi iklan kedekut bajetlah.

“Kenapalah aku ajak dia keluar makan?” tanya Zahrain kepada dirinya sendiri. Kalau aku nak dengar perempuan membebel, Mama kan ada. Bebelan Adira sudah lama dia abaikan.

“You know, teruk sungguh advertising agency tu. Dahlah staffnya tak reti buat kerja. I really felt like walking away saja. Baru padan muka dia orang. But I have to maintain my professionalism, dah ambil job kan....You can't belive the lipstick color yang nyah semalam nak suruh I pakai, so eighties......”

Dah 15 minit dia whining, tak reti nak berenti ke? Zahrain sudah naik muak.

“Darling! You dengar tak apa yang I cakap?” tersentak Zahrain bila suara Adira sudah naik satu oktaf.

“You tau I tak pekakkan? Tentulah I dengar,” jawab Zahrain dengan trademark suara mendatarnya. Semakin berapi hati Adira.

“Darling....you ni tak support I langsung,” Adira menukar strategi, suaranya sudah mendayu-dayu manja.

Terangkat kening Zahrain. Support?

“Moral support, darling! Do you know how tough it is to be a model? The competition. The companies, they always want new faces! Fresh, konon,” panjang muncung Adira.

“Adat bekerja begitulah. Mana ada kerja yang senang lenang?” suara Zahrain kedengaran seperti acuh tak acuh.

“Eh, ada,” pendek jawapan Adira, memancing Zahrain untuk bertanya.

Sekali lagi terangkat kening Zahrain.

“Jadi isteri you!”

Ye ke? Zahrain tidak boleh membayangkan Adira memasak, membasuh dan menggosok pakaian, mengemas rumah macam budak tu. 2 hari buat kerja rumah, mesti dia meraung kebosanan.

“You tahu tak? I jealous dengan isteri you, bersenang lenang saja di rumah,  tup-tup dapat BMW sebiji. I ni apa yang dapat?”

“Oh kecoh-kecoh ni sebab aku beli kereta untuk budak tu. Dia ini pun macam Mama, pasang spy. Kalau tidak macam mana dia tahu pasal BMW tu? Belum jadi bini dah nak control. Rimas!” getus Zahrain dalam hati.

“Darling, you dengar tak apa I cakap?”

“Adira, soalan tu I sudah jawab tadikan,” perlahan sahaja jawapan Zahrain. Stafnya semua sudah maklum, Bos makin marah, suaranya makin perlahan. Tapi berhati-hatilah, sekali dia sentap, habis semua kena libas.

“Yelah I tanya dua kali sebab you buat-buat macam tak dengar saja,” suara Adira naik satu oktaf lagi.

“I dengar, can we move on?” Zahrain sudah kebosanan.

“Yes, let's move on. I memang sudah lama nak move on. Sampai bila I setakat nak jadi girlfriend you sahaja,” nyaring suara Adira.

“Let's not have this discussion. I don't want any indigestions,” makin perlahan suara Zahrain.

“Well, you know what, Zahrain? I want to have this discussion,” bentak Adira jelas mencabar. Dalam kemarahannya dia tidak sedar Zahrain sudah hilang sabar.

“Adira, I don't like demanding women,” perlahan sahaja kata-kata Zahrain. Lantas dia bangun dan meninggalkan pinggannya yang penuh berbaki dengan makanan serta beberapa keping not lima puluh ringgit.

“Darling!!” jerit Adira dengan suara manja. Dia baru tersedar yang dia tersalah langkah. Walhal dalam hati ingin saja dia menjerit, “Pergi mampuslah dengan duit you!” Pelanggan-pelanggan di restoran sudah mula memandang ke arahnya dan berbisik-bisik sesama sendiri. Sudu dan garfunya berdenting dihentakkan ke atas pinggan.

- - - -

Memandu keluar dari restoran itu, perut Zahrain berbunyi-bunyi minta diisi. “Damn that woman, buang masa aku saja. Nak mengadap rezeki pun membebel-bebel.” Balik ke pejabat dan mintakan Azlina belikan sesuatu untuk makan tengahari atau.....balik rumah? Sekurang-kurangnya budak tu boleh buatkan sandwich. Entah-entah dia tiada di rumah, pergi gym. Tembak sajalah, keretanya dibelok menghala ke kondo.

Pintu depan rumahnya dibuka. Terdengar muzik kuat dari dapur. Hm, budak tu berkaraoke di dapur lagi, nampaknya. Terbit senyum kecil di bibir Zahrain. Dia melangkah ke arah dapur. Buntang matanya bila tiba di pintu dapur. Budak itu....... sedang masak kek. Okey, bukan itu yang membuat matanya buntang. Sambil membuat kek, dia menari-nari mengikut muzik rancak dari Amerika Latin. Bagai ada magnet, mata Zahrain melekat ke punggung si isteri yang digoyang-goyang macam penari gelek. Punggung yang berbalut seluar pendek, sangat pendek! Ketat, sangat ketat!

Dan halter neck top yang senteng, nampak belakangnya sebab rambutnya ditocang. Nampak juga pinggangnya. Pinggang yang membuat dia tidak selesa bila budak itu memakai kebaya. Pinggang yang impossibly small! Sebesar cekak tangan aku rasanya. Tanpa disedari tangannya sudah mencekak pinggang kecil itu. Salah, besar sedikit dari secekak tangan aku, fikir Zahrain.

Si empunya pinggang, terkejutnya bukan main! Sedang asyik menghias kek cawan dengan butter cream, tiba-tiba ada yang memeluk dari belakang.

Spontan dia menjerit dan berpusing, “Aaaah!” tersembur butter cream dari beg aising dalam tangannya, habis tercalit ke badan dan muka suami.

“Awak! Terkejut saya tahu,” Husna menjerit kecil, berombak-ombak dadanya.

Zahrain tersenyum lebar, Husna kelihatan lucu sekali dengan muka terkejut, mata terbeliak, mulut ternganga. Pecah berderai ketawa Zahrain akhirnya.

“Oh, dahlah awak kejutkan saya, sekarang ketawakan saya pula? If you could see your own face, penuh dengan butter cream, tahu tak? Lagi funny,” Husna pun sudah ketawa kecil. His laugh is so infectious.

“Ye ke?” pendek soalan Zahrain. 

Terkebil-kebil mata Husna. Aik, tukar mood pulak? Tadi ketawa terbahak-bahak, sekarang ni buat bedroom voice pula? Baru Husna tersedar, kedua belah tangan Zahrain masih dipinggangnya. Mukanya sudah mula merah meruap. Entah sudah berapa minggu dia tidak melihat Zahrain dalam mode romantik ini, sehingga dia terlupa bagaimana Zahrain dalam mode romantik boleh membuatkan lututnya menggeletar.

“Isteri mesti goda suami,” teringat Husna akan satu lagi tip memikat suami dari Master-ji. Eee, segannya! Tapi kalau kau, isterinya yang sah tidak mengoda, padanlah muka bila girlfriendnya pula yang menggoda. Menggigit jari kau, Una!

“Ye, muka you penuh dengan butter cream. Sini, kat sini....,” Husna menginjatkan kakinya, tangan kanannya memaut leher Zahrain, menarik lembut ke arahnya dan ….perlahan-lahan menjilat butter cream yang tercalit di pipi kiri suaminya.  Dia terdengar Zahrain menarik nafas, terkejut.

“Kat sini pun ada...,” bisik Husna sambil menjilat butter cream di pipi kanan suaminya pula. “Sini......., di sini......, sini....”

Setiap bisikan “sini” Husna, dibalas Zahrain dengan bisikan namanya, “Nawwal......, Nawwal......, Nawwal......”

“NOW!”

Alamak, kek cawan aku dalam oven macam mana?

“Errrr, my cupcakes......in the oven.”

“Let them be,” Zahrain sudah menarik Husna ke arah sofa di dapur.

“Nanti hangus...”

“Let them be.”

“Nanti keluar asap, bunyi fire alarm.”

“Nawwal Husna!” terkejut Husna mendengar Zahrain menjerit. Lagi terkejut bila Zahrain menolak dia jatuh ke sofa.

Stay there, jangan bergerak!” keras arahan Zahrain, sambil menunjukkan jari ke arah isterinya. Husna yang sudah terbaring di atas sofa, mengangkat kedua belah tangannya, bagai orang kalah berperang.

Bingkas Zahrain menuju ke arah oven dan menutup suisnya.

“Alamak, bantatlah kek cawan aku!!” Husna terjerit dalam hati, tak berani hendak menjerit betul-betul. Dia sendiri yang memulakan....

Zahrain sudah berada di depannya semula.

“Nawwal........now,” bisik suaminya. Tak berani Husna nak menjawab.

Dengan mata yang buntang. Husna hanya dapat menggangguk kecil.

- - - - -

Sejam selepas itu, Zahrain terkocoh-kocoh melangkah masuk ke dalam  pejabatnya.   Harap-harap tidak terserempak Papa di pejabat, bimbang kalau Papa bertanya kenapa pagi pakai kemaja lain,  tengahari pakai kemeja lain pula.

Rashidah dan Azlina, kedua orang setiausahanya, memandang bos mereka penuh kehairanan. Tidak pernah dia balik dari lunch break selambat ini.

Duduk di kerusinya, barulah dia tersedar, perutnya sudah berkeriut-keriut. Di rumah tadi tak sedar pun lapar, fikirnya sambil tersenyum. Kotak kertas yang dihulurkan oleh Nawwal semasa dia melangkah keluar rumah dibukanya. Ada sandwich, segugus buah anggur dan sebiji kek cawan. Zahrain tersenyum lebar. Rasanya mulai saat ini, setiap kali dia melihat kek cawan, tentu dia tersenyum. Kek cawan itu diambilnya, perlahan-lahan dia menjilat butter cream hiasan.

“Hmm, manis.”