Wednesday 20 June 2012

Teaser....Bab 32.....part 2


Teaser lagik!! Usik mengusik membawa bahagia.....enjoyz! Good news, PMS siiiikit lagi nak siap!!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Dia terus menyarungkan baju yang dipakainya semalam sebab dia datang hanya sehelai sepinggang. Sebelum tidur semalam, pakaiannya itu dihantar untuk dicuci. Apa susah, keluar nanti belilah sahaja pakaian baru tiga empat pasang. Sambil melangkah keluar dari bilik hotelnya dia menelefon Adira.

“Darling! Where are you?” jerit girang Adira menyambut panggilan darinya.

“Here,” jawabnya pendek. Kan aku dah kata, any woman would kill to be with me. Budak cengeng tu sahaja yang bodoh!

“Here, as in Hong Kong, Baby? You're in Hong Kong? You are really here? Darling, thanks for coming. I really could do with some support. Job malam ni ramai international designer yang involved. I really want to wow them!!”

Zahrain membiarkan sahaja Adira menceceh-ceceh untuk beberapa minit lagi.

“Got to go shop for my suit tonight. So I pick up the ticket for the show in the foyer? Right. See you,” panggilan telefon dimatikan.

Maka malam itu Zahrain menghadiri pertunjukan fesyen pakaian rekaan pereka-pereka terkenal dunia. Walau pun model-model yang berjalan mundar mandir di atas pentas itu tergolong di antara wanita-wanita tercantik dunia, kepalanya masih lagi teringatkan isteri di rumah. Isteri yang manis, yang sentiasa mendahulukan keperluannya, isteri yang pandai mengambil hatinya. Tetapi isteri itu jugalah yang menyakitkan hatinya dengan aksi manja mesra dengan “kawan baiknya.”

Selesai pertunjukan fesyen, Adira merengek-rengek mengajaknya ke post-party. Zahrain sudah kehilangan mood sebenarnya. Apa kes berasak-asak di dalam dewan yang sesak dengan orang ramai, yang bising dan penuh dengan asap rokok? Kalau duduk berehat di rumah bukankah bagus? Dengan isteri yang sanggup menurut apa sahaja untuk membuatkan dia gembira. Ceh! Budak itu lagi!

Pening jugalah kepalanya dengan kilauan-kilauan dari kamera juru-juru gambar yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar model-model, pereka-pereka serta orang-orang kaya lagi ternama. Adira girang bukan kepalang, dipautnya tangan Zahrain, kepala melentok manja dan senyum yang tidak lekang-lekang di bibir. Dia memperkenalkan Zahrain sebagai boy friendnya kepada semua orang. Zahrain pula hanya berdiam diri. Dia rimas sebenarnya, everything is so superficial!

Terfikir juga dia, “What am I doing here? In a room full of strangers? Untuk Adira? Well, she doesn't need me. She has everything she needs in the world: talent agents and the papparazzi!”

Sememangnya Adira seboleh-bolehnya mahu gambarnya diambil oleh semua juru gambar. Sibuk sungguh dia bergaya. Sekejap sahaja Zahrain sudah ditinggalkan entah ke mana. Targetnya adalah untuk berjumpa dengan semua agen-agen model di dalam dewan itu. Dia akan pastikan mereka terpesona dengan gayanya dan menawarkan kontrak bernaung di bawah agensi mereka. Today Hong Kong, tomorrow the world!

Selepas beberapa minit memandang Adira yang tak henti-henti terlentok ke sana, terlentok ke sini bergambar, Zahrain angkat kaki pulang ke hotel tanpa berpamitan dengan si supermodel. 

"Dari jadi pak pacak di party tu baik aku balik tidur."

Macamlah boleh tidur! Kepala asyik teringatkan isteri. Isteri yang manja dan sudah pandai menggoda. Tapi bila teringatkan isteri, teringat pula budak kurus si teman baik konon. Hangat hati sungguh! Her smile, her gaze, her laugh, should only be for me! Bini aku tu memang manja mesra dengan semua “teman baiknyakah”? Siapa lagi budak tu? Secret admirer dari Southampton tu? Abdul Razak? Humph!

Terkebil-kebil Zahrain di dalam bilik gelap itu. Bilalah mata nak lelap? Buang masa aku sungguh asyik dok memikirkan budak tu!


Esoknya dia terbabas solat subuh lagi. Heeee.....Sejak kahwin ni subuh dah tak pernah miss sebab budak tu sentiasa kejutkan dia. Ini budak tu tak ada, miss subuh dua hari berturut-turut.

Baru dia tersedar, celik-celik mata sudah teringatkan bini. Semalam sebelum tidur pun tak habis-habis ingatkan bini. Apa nak jadi dengan aku ni? Dengan budak mentah tu pun aku boleh angau tahap kronik macam ni?

Bangunlah, buatlah apa-apa aktiviti yang boleh lupakan dia. Sudah tengahari pun. Makan. Alang-alang dah sampai Hong Kong ni, belilah apa-apa yang patut. Baju ofis ke, dinner suit ke. Beli lingerie tambah collection budak tu pun bagus juga, nanti aku juga yang enjoy.

Ceh! Zahrain menampar dahinya. Fikir pasal budak tu lagi! Takkan setiap dua minit teringatkan dia kut. Dah! Dah!  Bangun, mandi, makan, ambil teksi ke Harbour City.

Sedang dia makan, telefonnya berbunyi. Humph...Adira! Yang budak itu pula tak reti nak telefon suamikah? Tak nak tanya, suami dah makan ke belum. Selamat ke tidak? Dah dua malam aku tak balik rumah, dia tak kisahkah? Telefon yang berdering diam sendiri.

Tak sampai sesaat diam, telefonnya berdering lagi. Adira lagi! Bini sendiri tak reti nak telefon aku, baik aku jawab sahaja.

“Darling....you pergi mana semalam? Sampai hati you tinggalkan I sorang-sorang kat party tu.”

Mendengar suara Adira, Zahrain mula sedar, she is such a whiner. Kenapalah aku tidak sedar sedari dulu.

Apabila tiada balasan dari Zahrain, Adira sudah mula cuak. Anak jutawan ni marahkah, aku sibuk networking semalam sampai abaikan dia?

“Jenuh tau I mengelak men making passes at me. Kalau you ada tentu dia orang tak berani,” rengek Adira, cuba membuat Zahrain cemburu.

“Hmm,” itu saja respon Zahrain.

“Darling, where are you? Let's spend the day together ye? Kalau kat KL, you sibuk saja dengan bini you, bukan ada masa untuk I,” rengek Adira lagi.

“I will be in Harbour City in twenty minutes,” jawab Zahrain dan terus mematikan talian.

Di hujung sana, Adira ketawa seronok, “Yes! Shopping time, finally!”

Saturday 9 June 2012

teaser....bab 32


adoyai...what do i know about teasers....rasa macam tv channel la pulak ada teaser segala. tapi saya ni jenis org yg tak reti nak say "no"....maka terimalah teaser dari saya...(erkk...saya tak tau teaser ni patutnya berapa panjang)

BAB 32

Zahrain bergegas ke kereta yang diparkirnya di laman kondo, hidupkan enjin dan memandu tanpa hala tuju. Tup-tup, sudah sampai ke KLIA. Agaknya sebab memang dia pulang awal dari pejabat tadi kerana mahu mengajak Husna mengemas baju ke Bali, belated honeymoon konon. Tiket kapal terbang ke Bali yang ditempah oleh setiausahanya terdampar di atas tempat duduk penumpang keretanya. Keretanya dipandu memasuki anjung Hotel Pan Pacific KLIA.

Selepas kunci keretanya disambut oleh staf valet parking, dia menapak ke arah lobi hotel. Telefonnya dikeluarkan dan nombor pejabat ditekan.

“Rasyidah, get me a ticket for the earliest flight to Hong Kong, returning on the evening flight Sunday” laju dia mengarahkan setiausahanya.

Rasyidah di pejabat sana terpinga-pinga. Eh! Tadikan baru beli tiket ke Bali? Senangnya jadi orang kaya, sekejap nak ke Bali, sekejap nak ke Hong Kong.

“For two, Boss?” tanya Rasyidah agar tidak tersilap.

“I said a ticket,” jawab Zahrain dengan nada tidak sabar. Perkataan “a” itu ditekankan.

Makin hairan jadinya Rasyidah, bukankah Bos hendak ke Bali bersama isterinya? Ini nak ke Hong Kong seorang-seorang pula? Pening aku dengan perangai Bos ini! Baik jangan di tanya banyak-banyak, nanti aku kena marah, percuma sahaja.

“Okay, Boss,” ringkas jawapan Rasyidah.

“Get Jamal to email me the ticket, then call me when it has been emailed. I will print it out here,” arah Zahrain. Jamal tu travel agentnya. Ticket itu boleh dicetak di business center hotel ini saja, tak sabar dia nak tunggu budak pejabat hantar tiket hardcopy.

“Okay, Boss,” jawab Rasyidah. Apa yang diarah, iyakan saja, senang hidup.

“Get Zaki to come to Pan Pac KLIA to pick up my car, a.s.a.p. My spare car keys are in my office safe. And Rasyidah, jangan sibuk nak report kepada Mama saya. If you do, I will get you transferred to our Miri branch.”

“Understood, Boss,” jawab Rasyidah, sedikit panik.

Panggilan dimatikan. Tiket ke Bali dicampakkan ke dalam tong sampah berdekatan. Zahrain melabuhkan punggungnya ke atas kerusi empuk di dalam lobi hotel itu.

“Hong Kong? Humph, mana-manalah, asalkan jauh dari budak cengeng itu! Menyakitkan hati,” dengus Zahrain dalam hati. Walaubagaimana kuat pun dia cuba melupakan apa yang dilihatnya di restoran tadi, otaknya tidak berhenti-henti mengulang tayang babak-babak mesra di antara Atai dan isterinya.

Terngiang-ngiang di telinga apa yang diucapkan Nawwal kepada Atai di restoran tadi, “Atai, kau ni wonderful sangat, kau tahu? Bertuahlah perempuan yang dapat jadi isteri kau. Aku cakap betul-betul tahu. Apalah kau nak merendah diri sebab miskin. Kebahagiaan hidup bukan dijamin oleh wang ringgit.”

Sambil bercakap, Nawwal merenung Atai dalam-dalam. Ahhhh! Macam kena tusuk sembilu hatinya masa itulah, terus dia keluar dari The Nook. Tapi hatinya hendak juga tahu apa yang dibuat si isteri bersama “kawan baiknya”. Maka dia mengintai dari luar restoran, kelihatan Nawwal bergelak tawa dengan Atai. Lagak manjanya membuatkan darah Zahrain tersirap!

Dan selepas keluar dari The Nook, bukan main lagi mesra berebut-rebut telefon. Nasib baik dia tidak menumbuk Atai di situ sebab genggamnya memang sudah ringan-ringan hendak hinggap di muka budak kurus itu.

“I will not lower myself to fight over a woman! Why should I, when I can get any woman that I want!” bisik Zahrain kepada dirinya.

“Eh, manalah tiket ni. Nak emel tiket pun berjam ke?” dengus Zahrain dalam hati.

Walhal tidak sampai 15 minit pun dia menunggu. Tika itu jugalah tiba panggilan dari Rasyidah memberitahu dia yang tiket sudah diemelkan. Zahrain bangun dan menapak ke arah business center hotel itu untuk mencetak tiketnya.

----
Setiba di Hong Kong, Zahrain terus mengambil limosin ke hotel. Selepas check in, dia terus mandi dan cuba tidur walaupun otaknya masih lagi teringat-ingat peristiwa yag berlaku siang tadi. Entah pukul berapa dia terlena pun dia tidak pasti.

Esoknya hampir tengahari baru dia tersedar. Subuh pun terbabas. Perut lapar, dia menempah makanan melalui room service sahaja. Lepas makan, dia berendam dalam tab jakuzi sambil menonton tv berskrin besar di bilik air. Begitulah dia bermalas-malas dalam bilik hotel yang serba selesa. Hampir petang satu SMS masuk ke telefonnya.

“Nawwal? Dia nak minta maafkah? Nak pujuk aku?”

Telefonnya dicapai dan peti pesanan ringkas dibuka. Humph, SMS dari Adira rupanya. Dia di Hong Kong kerana ada job malam ni.

“...are you coming to support me, Darling?”

Baru dia teringat, minggu lepas Adira telefon mengajaknya ke Hong Kong hujung minggu ini. Dia ingat lagi bagaimana dia menjawab panggilan telefon Adira acuh tidak acuh. Masa tu dia sedang asyik masyuk dengan budak cengeng itu.

Pasal Adirakah aku terbang ke Hong Kong ini? Bukan pasal menyampah dengan isteri dan teman-tapi-mesranya? Otaknya yang bergeliga bab-bab perniagaan sudah tidak boleh mencari jawapan untuk persoalan yang satu ini.

“Ah, jumpalah saja dengan Adira. Bertapa dalam bilik ni lagi bengang aku dibuatnya!”

Tuesday 5 June 2012

oops sorry!

sorry for the blank post last nite. was twiddling with my hp and trying to update this blog but blogspot was not cooperating.

cuma nak maklumkan (kut2 ada yg belum tahu) di penulisan2u.com, PMS ada sampai Bab 31.

sekarang saya sdg berhempas pulas menyiapkan manuskripnya dan tinggal 9 bab lagi. Anggaran panjangnya adalah 59 atau 60 bab. Janji dgn publisher nak hantar for review bulan Apr, dah terlepas deadline, janji pula end of May, pun dah terbabas. (sorry la u all kan tahu I ni every wiken out stn) So hopefully, manuskrip akan siap...around the corner. Wiken ni out stn lagi, tp ke tempat yg ulu, so rasanya boleh lah bertapa dlm bilik hotel dan taip, taip, taip PMS.

Monday 4 June 2012

update ttg pms

sorry...nek update semalam tp ada gangguan teknikal, pls refer to the latest entry