Wednesday 29 August 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 6


Salam dears! Kan saya kata nak cuba naikkan seminggu sekali.  Bhg yg ada cincin masuk cawan kopi tu dah jadi Bab 7, so minggu depan ye.

Nampaknya permintaan untuk PMS stok yg ada kat saya melebihi dari simpanan, kejap lagi saya balas emel ye. Rupa2nya paksarelawan saya sanggup lagi ke pejabat penerbit utk dapatkan stok baru tapi Isnin depan baru boleh poskan sebab Jumaat cuti kan. 

Enjoyz!!

Bab 6

Terlalu asyik membaca novel sulung tulisan Qalisha Irdani, Khaalish tidak sedar pintu pejabatnya dibuka orang. Langkah kaki tetamu tidak diundang yang merapatinya, tidak disedari dek kerana lantai pejabat yang dilapisi permaidani tebal.

“Hah?!! CEO sedang baca novel cinta! Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!”

Kantoi!

“Daddy, ini pejabat I. I would appreciate it if you knock next time,” mendatar sahaja nada suara Khaalish, nak tutup rasa malu, terpaksalah pura-pura cool.

“Sejak bila ini, Zaim Khaalish Kamaruzzaman jadi peminat novel cinta?” tanya Tan Sri Chairman dengan ketawa yang masih tidak berkurang.

“Sejak saya jadi peminat penulisnya,” jawab Khaalish dalam hati. Tapi takkan nak jawab begitu pada Daddy, mampus sampai esok dia tak berhenti ketawakan aku.

Mukanya dibuat kering sahaja. Novel cinta itu diletakkan di atas meja dengan harapan Daddy akan tukar topik.

“Qalisha Irdani.... Duka Semalam....” terteleng kepala Tan Sri Kamaruzzaman cuba membaca tajuk novel cinta secara upside down.

“Ah!! Rubbish! Duka-duka, tak siapa suruh duka. Hidup sekali saja, mesti ada kudrat, duka tukar jadi suka. Novel melodrama untuk bodohkan orang perempuan,” habis-habisan Tan Sri Kamaruzzaman mengutuk novel cinta di atas meja Khaalish.

“Daddy, kalaulah Daddy tahu, anak Daddylah penyebab dukanya,” keluh Khaalish, sudah tentu dalam hati sahaja.

“Itu yang heroinnya buat, Daddy. Dia tukar dukanya kepada suka,” cubaan lemah Khaalish untuk menyokong gadis misterinya. Masih misteri walaupun sudah tahu identiti? Ya, masih. Kalau boleh, Khaalish ingin tahu, adakah seperti heroin novel sulungnya, Naz juga sudah berjumpa jejaka yang membawa suka ke dalam hidupnya?

“Ha! Ha! Ha! Ha! Ha! Daddy tak sangka, kita boleh berbincang tentang novel cinta. Dalam pejabat you, pulak tu, Khaal. Kita ni nak buka Kelab Peminat Novel Cintakah? Ha! Ha! Ha! Ha!”

Berbahang muka Khaalish bila kena perli dengan Daddynya. Humph! Silap sungguh dia membaca novel Naz pada waktu rehatnya. Cuma dia tidak sabar untuk mengetahui kesudahan novel ini. Semalam dia mula membaca selepas Azhar menghantar sebuah beg plastik berisi novel-novel tulisan Naz. Dia pasti Naz menulis novel pertamanya berdasarkan apa yang dialaminya empat tahun dahulu.

Daddy, what can I do for you?” sekali lagi Khaalish cuba menukar topik.

“Ya, there is something you can do for me......... Bagi tau Daddy kenapa you baca novel cinta? Ha! Ha! Ha! Ha!” Tan Sri Kamaruzzaman masih lagi dalam mood menyakat. Dah anak seorang saja, nak sakat siapa lagi?

Khaalish duduk membatu. Sedar Daddynya berotak tajam, baik jangan buka mulut. Lagi buka mulut lagi mudah terburai rahsianya.

“Oooh! Tak nak bagi tau ye? Hmm, CEO tak nak bagi tau Chairman? Biar Chairman teka!”

Berdebar-debar juga hati Khaalish.

“Mmm, cubaan pertama …... Chairman rasa CEO bukan seorang peminat novel cinta. Yes, yes …. betul, betul. Maka …... jawapannya adalah CEO adalah peminat penulisnya!! Ha! Ha! Ha! Ha! Cepat, cepat, mengaku, betulkan? Tekaan Daddy betulkan? Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!”

Masam mencuka muka Khaalish. Daddynya seorang businessman yang brilliant. Otak geliga, memang tidak boleh sorokkan apa-apa pun dari dia. Melihat muka masam anaknya, semakin kuat ketawa Tan Sri Kamaruzzaman.

“Khaal, kenapa masam sangat muka? Biar Daddy teka,” masih belum habis permainan teka-teka Tan Sri Kamaruzzaman.

You can't get the girl? Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!”

“Daddy, kenapa dulu Daddy dan Mummy tak beranak ramai-ramai? Tak payahlah I sorang saja yang asyik kena dengan Daddy!”

“Your Mummy tu, nak beranak sekali saja, sibuk dengan business dia,” selamba jawab Tan Sri Kamaruzzaman.

“Tak rugi ke Daddy, duit banyak-banyak, anak seorang saja?”

“Anak seorang tak apa, sebab …. nanti ….. cucu berderet-deret! Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!” tak habis-habis lagi ketawa Tan Sri Kamaruzzaman.

“Daddy, I am not marrried ….”

“...yet!!” potong si bapa, “Usahakanlah, dapatkan penulis pujaan Khaal tu.”

Sekali lagi Khaalish diam membatu.

“Khaal, Ilsa is history. Ini! Siapa? Qalisha Irdani? She can be your future,” pujuk si bapa, tiada lagi ketawa.

“Daddy! Daddy! You tak tau, Ilsa dan Qalisha Irdani, they are both part of my history. Tiada Ilsa, tiada Qalisha Irdani!” bisik kata hati Khaalish.

“Khaal, macam Daddy kata tadi, tak siapa suruh kita hidup berduka. Kalau Qalisha Irdani tu boleh bawa suka ke dalam hidup Khaal, go get her!”

“Mummy?”

“....... is a good businesswoman. Nak berjaya dalam business, kena pandai “baca” orang. Dari awal Mummy sudah “baca” siapa Ilsa.”

Melihat anak tunggalnya masih berdiam diri, Tan Sri Kamaruzzaman meneruskan nasihatnya, “Qalisha Irdani ni, dia macam Ilsa?”

Khaalish menggelengkan kepalanya sekali. Yakin!

So, go get her!

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


Go get her, kata Daddy,” berulang-ulang itu yang dibisikkan Zaim Khaalish.

Nombor telefon Reham didail lagi.

Yes, Romeo, your Juliet here is safe and sound,” tak ada salam, tak ada hello, itu yang terus keluar dari mulut Reham di benua kanggaru sana. Dah hari-hari telefon, soalan sama yang ditanya, maka jawapannya pun sudah hafal.

“Bosan! Dia ingat dia ada bayar gaji aku ke jadi operator dia? Suruh cakap sendiri dengan Nuts, tak mahu! Sebab dia tahu Nuts tentu tak mahu cakap dengannya. Is this romance, Malaysian style? Jual mahal gitu?” membebel-bebel Reham dalam hati.

“Khaalish, Khaalish, Khaalish, ….. sampai bila saya nak jadi operator kamu. Sekejaplah!” terbit juga bebelan dari mulut Reham.

Belum sempat Khaalish berkata apa-apa, dia terdengar suara Reham menjerit, “Nuts, Ozgur's on the line!”

“Ozgur? Siapa Ozgur? Buah hati diakah?” Dada jejaka di Malaysia itu sudah berdebar-debar.

Sedang terkebil-kebil meneka siapa Ozgur, terdengar suara Naz tercungap-cungap di corong telefon, “Ozzie! Why are you making a long distance call?”

“Ozzie? Itu nama manja pak we diakah?” laju sahaja terbit rasa cemburu di hati Khaalish.

“Hello! Hello! Ozzie, are you there?” suara Naz semakin kuat.

“Naz....”

Terdiam gadis di hujung talian sana. Ini bukan suara Ozgur, teman bertekaknya di Seattle. Mana pernah Ozgur bersuara romantik begitu? Cuma sorang saja yang bersuara begitu, menyebut namanya bagai melepaskan satu nafas.

“Naz …. are you there?” giliran Khaalish pula menanyakan soalan itu.

“Ya,” sepatah jawabnya.

“Awak sihat?”

“Alhamdulillah,” sepatah lagi.

Good,” humph! Telefon merentas lautan, merentas benua, hanya bercakap sepatah-sepatah sahaja?

“Seronok di Melbourne?” Tiga patah, ada peningkatan.

“Seronok,” sepatah lagi.

“Berjalan ke mana?” tiga patah lagi.

“Phillip Island, Yarra Valley.”

“Dengan Reham dan Hamza?”

“Kadang-kadang.”

“Kenapa....” tanya Khaalish, “....sayang?” perkataan kedua dalam hati sahaja.

“Bila mereka berdating, saya jalan-jalan dengan sepupu Hamza sahaja.”

Jenuh Khaalish menahan lidahnya dari bertanya: sepupu lelaki ke sepupu perempuan? Hamza tu handsome orangnya. Berdada bidang, bermata hijau. Kalau sepupu lelaki, tentu handsome juga.

“Bila awak nak balik ke Kuala Lumpur?”

“Tak pasti lagi. Boleh jadi saya terus ke tempat kerja baru saya.”

“Di....?”

Tiada jawapan.

“Tak mahu bagi tahu? Nazrahani Idora, walau ke hujung dunia kau pergi, aku cari,” bisik Khaalish dalam hati.

Selepas beberapa ketika berjeda, Naz menyambung semula, “I gotta go, sepupu Hamza dah tunggu. Kami nak keluar.”

“Okey, kirim salam pada Reham, Hamza dan sepupu Hamza. Siapa namanya?” Nak bertanya lelaki atau perempuan segan, jadi pura-pura bertanyakan nama!

“Sepupu Hamza namanya ….......... sepupu Hamza!! Bye.....”

Sebelum Naz meletakkan telefon, kedengaran di telinga Khaalish tawa mengekeknya. Sukalah tu, dapat mengenakan aku! She's always one step ahead! Memuncung mulut Khaalish, selalunya dia yang dikejar sehingga naik rimas. Dengan gadis ini, jenuh pula dia mengejar.

Perlahan-lahan, melebar pula senyuman di bibir Khaalish, “Hmmm ….. dah lama aku tak rasa thrill macam ni. Game on!

Tuesday 28 August 2012

PMS: Alhamdulillah!

Terima kasih di atas sokongan buat PMS. Tanpa sokongan u all, PMS hanyalah sebuah cerita dalam lappy saya.

Terima kasih kepada Aomori Sakura and Editor Penulisan2U for the heads up!

Wow! No. 2 right behind Siti Rosmizah in the Pupular chart, she's a big name!


(CARTA TERLARIS) Carta 10 Novel terlaris/Bestseller di Kinokuniya Bookstores KLCC. - (27/08/2012)

1. Suamiku, Encik Perfect 10! - Syamnuriezmil ( Karyaseni )
2. Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah ( Penulisan2u )
3. Hello, Mr.Perfect - Waniey Zakaria ( Kaki Novel )
4. Love You Mr.Arrogant - Aliesha Kirana ( Karyaseni )
5. Adam dan Hawa - Aisha Sofea ( Alaf 21 )
6. Musuhku Suamiku - Zuera Rasiddin ( Fajar Pakeer )
7. Cinta Untuk Sedetik Lagi - Ezza Mysara ( Karyaseni )
...
8. Kerana Terpaksa...Aku Relakan - Umie Nadzimah ( Karyaseni )
9. Lelaki Eksistensial - Nami cob Nobbler ( Lejen Press )
10. Awek Chuck Taylor - Nami cob Nobbler ( Lejen Press )



Di bawah adalah carta bestseller di POPULAR.

Carta Paling Laris - Ogos 2012 ~ ( 20 Ogos 2012 - 26 Ogos 2012 )

Paling Laris - FIKSYEN

1. Takdir Itu Milik Aku ( SITI ROSMIZAH ) - SR Publication
2. Projek Memikat Suami ( Hanina Abdullah ) - Penulisan2U
3. Suamiku, Encik Perfect 10 ! - ( Syamnuriezmil ) - Karyaseni
4. Hello,Mr Perfect ! ( Waniey Zakaria ) - Kaki Novel
5. Siapa Orang Gajiku ( Azimah Lily ) - Karyaseni
6. Suami Aku Ustaz ( Hannah Dhaniya ) - Karyaseni
7. Protect The Boss ( Ellyne Alyana ) - Penulisan2u
8. Kerana Terpaksa...Aku Relakan ( Umie Nadzimah ) - Karyaseni
9. Setitis Kasih Darmia ( Naniey Tj ) - SR Publication
10. Qaseh Nuralia Imani ( Arin Arida ) - Kaki Novel     
11. Untuk Sedetik Lagi ( Ezza Mysara ) - Karyaseni
12. Isteri Separuh Masa ( SURI RYANA ) - Kaki Novel
13. Cinta Kontrak ( Nurul Ain Syuhada ) - Karyaseni
14. Sebenarnya, Saya Isteri Dia ( Zura Asyfar ) - Karyaseni
15. Sunan Musafir ( Ramlee Awang Murshid ) - Alaf 21
16. 7 Hari Mencintaiku ( SITI ROSMIZAH ) - SR Publication
17. Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik ( Farisha Imani ) - Karyaseni
18. M.A.I.D ( Suri Ryana ) - Kaki Novel
19. Musuhku Suamiku ( Zuera Rasiddin ) - Fajar Pakeer
20. Lafazkan Kalimah Cintamu ( Siti Rosmizah ) - SR Publication


Nota kaki:
1. Enjin masih belum warm up untuk kerja after Raya nih!! Astaghafirullah (Tanak tulis reports, nak tulis novel je, boleh?)
2. Saya ada beberapa ketul PMS lagi, jika berminat. Saya sudah menghantar email kpd mereka yg bertanya. Jika tiada respon, saya akan let go kpd sesiapa yg berminat. Emel saya hanina1311@yahoo.com

Ozzygurl: pos buku ke Aussie RM16.
Rahsia Hati: pos buku ke Spore RM15 (yucks mahalnya, nnt sy kasi diskaun harga buku)
Diamond Girl: pos buku ke Russia, aiyarks terlupa la pula nak check, so sorry....

AGAIN, TQVM KEPADA SEMUA YG MENYOKONG PMS. Masa saya mula menulis PMS Nov lepas, saya tak sangka end up macam ni :)

Thursday 23 August 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 5


Dear All, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin!!

Especially for Has! He he kena cari rumah sedara yg ada wi fi, sambil beraya sambil naikkan Bab 5 KNK. Enjoyz....


Bab 5

Tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur, pemandunya sudah menunggu. Diarahkan supaya segera ke rumah ibunya di Damansara. Tiba di sana hari sudah petang, ibunya sedang bersantai-santai sambil minum teh di taman. Pipi ibunya dikucup.

“Mana Daddy?”

“Golf.”

“Tak henti-henti Kassandra telefon ke sini mencari kamu,” komen ibunya sambil tersenyum sinis. Another week, another heart broken!

“Hmm,” itu saja jawapan Khaalish.

Dinner di sini?” tanya Puan Sri Freida, kes Kassanda sudah ditutup.

“Hmm.”

Great!” balas ibunya, lalu terus berubah kepada topik perniagaan.

Sengaja Khaalish membiarkan ibunya bercerita tentang itu dan ini. Hendak buka topik tentang cincin berlian itu perlu berhati-hati, tidak boleh gelojoh, nanti syak pula ibunya. Puan Sri Freida bukan calang-calang wanita. Dia bukan bersenang lenang dengan harta kekayaan suaminya. Dia sendiri mempunyai empayar perniagaan setanding suaminya.

“Ada orang kirimkan benda ini ke pejabat I sebelum I ke Bali,” dengan tenang Khaalish membuka mulut dan meletakkan cincin berlian Naz di atas meja.

Bercahaya mata Puan Sri Freida! “My, my, my, what a surprise! What a wonderful surprise!

Cincin itu diambilnya dan dibelek-belek, “Hanya yang terbaik untuk tunang anak kesayangan, walaupun tunang olok-olok!”

Berubah air muka Khaalish! Berdegup-degup jantungnya. Jadi, betullah tekaannya di atas kapal terbang tadi! Naz, gadis misterinya, pernah menjadi tunangnya empat tahun dulu. Tunang olok-olok!

Nasib baik gelodak jiwa Khaalish tidak disedari oleh ibunya yang ralit membelek-belek cincin yang cantik itu sambil tertawa-tawa kecil. Cepat-cepat Khaalish mengawal riak mukanya, yang paling selamat buat muka selamba, namun kepala Khaalish masih ligat memikirkan tentang si empunya cincin.

“Senanglah, nanti bila Khaal sudah ada calon, tak perlu pergi cari cincin lagi,” memang senang sungguh cakap Puan Sri Freida. Khaalish diam sahaja.

“Siapa yang hantar cincin ni ke pejabat you?” oh-oh hati-hati, Mummy sudah mulakan penyiasatan.

“Tak pasti, Mummy. Tahu-tahu sudah sampai di tangan setiausaha I. Wrapped well in a box. Kata Dila yang hantar tu perempuan, tapi dia tak kenal.”

“Dah periksa daftar nama delivery companies ke pejabat you?”

“Yang selalu-selalu tu saja.”

“Hmm, agaknya keluarganya yang pulangkan. Tapi kenapa? Cincin ni mahal harganya.”

“Dia dah kahwin agaknya,” Khaalish memancing.

“Hmm, could be....could be.... Mummy boleh call kawan baik Mummy untuk tanya. Tapi perluke? Hmm.....”

Khaalish hanya membiarkan ibunya berdialog sendiri.

You know what, Khaal? Mummy nak call Datin Su,” akhirnya Puan Sri Freida membuat keputusan.

“Ida, pergi ambil fon saya. Atas meja makan,” arahnya kepada pembantu rumah.

Bila telefon sudah ada dalam tangan, segera dia mendial nombor telefon Datin Su, salah seorang kawan baiknya.

“Hello, Su. Dear, ingat tak anak Nazari yang pernah bertunang dengan my Khaal? ...... I am just wondering... budak tu buat apa sekarang? Dah kahwin ke? ….. tak.... tak.... saja teringin nak tahu......”

“Anak Nazari,” Khaalish mengumpul maklumat, “Naz Nazari?”

“Oh, dia pergi Amerika.....study..... oh..... dah habis belajar? …..tak balik ke Malaysia? ….mmhmm …....mmhmm .....interesting! Well, thank you for the info, dear! Taklah.... tak..... Ish, kalau Khaal nak bertunang, tentulah I bagi tau you! Bye-bye, dear.

“Budak tu tak ada di Malaysia. Dia pergi sambung belajar di Amerika. Dalam empat tahun ni, sekali saja dia balik ke KL. Sekarang bekerja di luar negara, belum berkahwin,” Puan Sri Freida memberitahu anaknya.

“Oh, ya?” balas Khaalish. Tiada maklumat baru! Kecuali maklumat yang Naz hanya sekali balik ke Malaysia. Merajuk? Ini sudah ada dekat dengan Malaysia, takkan dia tak singgah?

“Habis, siapa yang hantar cincin ini ke pejabat you? Agaknya, dia kirimkan dengan kawannya tak? Anyway, Mummy rasa kita tak perlu fikir tentang budak tu atau bapanya. Dia dah kaya-raya after your Daddy kasi kontrak besar kat dia dulu.”

If you say so, Mummy,” patuh saja jawab Khaalish. Dia memang maklum dengan sikap Mummynya yang pantang disanggah. Kepalanya memproses maklumat terbaru, Daddy kasi kontrak besar kepada bapa Naz. Kenapa? Sebagai upah kerana anaknya menjadi tunang olok-olok aku?

Ditunggunya barang setengah jam sebelum meminta diri.

“Eh! Tadi kata nak dinner di sini?” tanya ibunya, sedikit kecewa.

“I baru teringat ada a few documents yang I perlu go through,” dalih Khaalish.

Bab kerja memang Puan Sri Freida tidak mahu menghalang, dia sendiri seorang workaholic. Cincin berlian diambil Khaalish, dimasukkan ke dalam poket di dada jaket, pipi ibunya dikucup.

Say hi to Daddy,” ucap Khaalish, pipi Mummynya dicium lalu dia meninggalkan rumah ibu bapanya.

Masuk ke dalam keretanya, telefon bimbit dikeluarkan, nombor pembantu peribadinya ditekan, “Azhar, bawa gambar majlis pertunangan saya, harcopy and softcopy, ke penthouse saya dalam masa sejam.”

Tiba di penthousenya, dia mengarahkan pemandunya untuk membeli makanan malam kegemarannya. Sambil menunggu Azhar, dia mandi dan menukar pakaian.

Belum sampai satu jam, Azhar tiba bersama gambar majlis pertunangannya yang dia tidak pernah berminat untuk lihat sebelum ini. Sekeping demi sekeping gambar itu ditatap. Sah! Memang wajah Naz yang tertera di dalam gambar-gambar itu. Gadis itu tidak bertudung, kelihatan gempal dan mukanya bulat, tidak macam sekarang. Dia memakai cermin mata tebal. Tiada satu pun gambar di mana gadis itu tersenyum dan dalam sekeping gambar kandid, baru kelihatan mulutnya terbuka sedikit. Mulut yang penuh dengan besi pendakap gigi.

Khaalish menarik nafas dalam-dalam dan melangkah ke beranda luas penthousenya yang siap mempunyai taman mini. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi taman di situ. Pandangannya dilontarkan ke pemandangan indah kotaraya Kuala Lumpur di waktu senja.

“Siapa namanya, Azhar?”

Tanpa berkelip mata, Azhar menjawab, “Nazrahani Idora Nazari, sekarang Dato' Nazari.”

“Nazrahani Idora Nazari,” ucap Khaalish perlahan-lahan.

“Nazrahani..... Naz. Idora...... Hmmm? Apa Mummy sebut nama dia?”

Semasa dia hendak “ditunangkan,” Mummynya ada menyebut nama bakal tunangnya.

“Apa ya? Yang aku ingat macam nama kartun..... Dora!! Yes, Dora! Idora..... Dora.”

Dia tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah minat hendak ambil tahu tentang “Dora,” yang dalam mindanya seorang gadis kartun, kerana pada waktu itu dalam kepalanya hanyalah Ilsa!

Tetapi sekarang Dora sudah metamorfosis menjadi Naz, gadis misterinya. Dan sekarang dia berminat untuk mengetahui segala-galanya mengenai gadis ini.

“Azhar, pergi ke kedai buku dan beli semua buku tulisan Qalisha Irdani,” arah Khaalish.

“Tuan mahu buku-buku tu malam ini juga?”

Kepalanya diangguk. Macam lipas kudung Azhar bergerak ke arah pintu.

Jam di pergelangan tangannya direnung. Dia mengira-ngira perbezaan waktu di antara Melbourne dan KL.

Nombor didail. Selepas beberapa deringan, panggilannya dijawab.

“Hello, Reham?”

Monday 13 August 2012

....sooooo....camna?

errk senarai poslaju 5 belum sempat saya update tracking no. nya. jap lagi saya nak masuk mtg, ptg ni saya update kan ye.

ooh, baru saya tau bukan senang kerja pos mengepos ni. maka kalau ada salah silap please emel me and I will try to straighten out. saya harap semua org termasuk yg di sabah dan sarawak akan dapat PMS sebelum Raya.

Ada dua bank in dari Nik Ahmad Rizal & Athirah, tapi tiada maklumat ke mana PMS harus dihantar. Jika anda bank in menggunakan nama ini, plese emel me yr details...

Bagi yg dah dapat PMS, macam mana? Ok tak? Ekceli ada beberapa perkara yg telah diedit, rasanya benda2 yg minor saja tapi saya kan writer perasan, rasa macam tulisan saya tu dah bagus sangat (ha ha ha) maka benda2 yg diedit membuat saya ...well... berfikir. Overall tidak lah mencacatkan PMS namun saya ... well.... manusia biasa. My fave phrase... I take it as a learning curve

Saya rasa dengan novel ni macam benda2 lain seperti makanan dan pakaian, semua org ada citarasa tersendiri. I never meant to please everyone with PMS. Seriously, PMS is very self-indulging, he he, I only want to please my self.

to cut my ramblings short, he he, i just wanna ask you how do u find PMS? bukan bermakna saya minta dipuji, juga tak mahu dikeji, just your honest opinion. Kan saya budak baru belajar.

(I am rambling... so over to you....)

Sunday 12 August 2012

senarai Pos Laju 5

Salam all,
Saya senaraikan nama pembeli2 PMS yang akan saya pos lajukan, Insyaallah esok. Doakan saya jumpa bubble wrap ye. Kata staf P2U, kalau tak bubble wrap nnt buku rosak.

Senarai nama semuanya ada 4. Malam ini saya tulis nama dulu, esok saya letakkan tracking no ye. Saya bimbang nak siarkan nama anda atas sebab-sebab privacy maka saya naikkan alamat email anda sebelum @. Eg kalau email anda adalah hanina1311@yahoo.com, saya naikkan hanina1311 ye.

JIKA ANDA SUDAH MEMBUAT BAYARAN TETAPI NAMA ANDA TIADA DI DALAM SENARAI 1-4, SILA EMAIL SAYA SEGERA DI  hanina1311@yahoo.com.


1. diana_md  EM305671933MY

2. irene933  EM305670840MY

3. lynnazilla

4. nurulatiki_ibrahim  EM305670875MY

5. imhayati   EM305671862MY

6. clahabdullah  EM305671964MY

7. safwanahazhari91  EM305671876MY

8. nurizz_wo  EM305671880MY

9. nikadawiyyah  EM305671893MY

10. sukesuki827  EM305670836MY

11. massayu_03  EM305670765MY

12. minlihema  EM305671845MY

13. wen_zbk  EM305670853MY

14. eida.adie

15. dekyah_acu  EM305671981MY

16. ernetty_syakira93

17. zuraida

Senarai Pos Laju 4

Salam all,
Saya senaraikan nama pembeli2 PMS yang akan saya pos lajukan, Insyaallah esok. Doakan saya jumpa bubble wrap ye. Kata staf P2U, kalau tak bubble wrap nnt buku rosak.

Senarai nama semuanya ada 4. Malam ini saya tulis nama dulu, esok saya letakkan tracking no ye. Saya bimbang nak siarkan nama anda atas sebab-sebab privacy maka saya naikkan alamat email anda sebelum @. Eg kalau email anda adalah hanina1311@yahoo.com, saya naikkan hanina1311 ye.

JIKA ANDA SUDAH MEMBUAT BAYARAN TETAPI NAMA ANDA TIADA DI DALAM SENARAI 1-4, SILA EMAIL SAYA SEGERA DI  hanina1311@yahoo.com.


1. athirah (Please contact me asap)

2. aziedin EM305671955MY

3. maznah_mostafa  EM305671831MY

4. balqishusnina EM305671978MY

5. minniena6  EM046095835MY

6. mazllynah  EM046095852MY

7. pjah_khichy  EM046095424MY
8. ayuakira.ayu  EM305670884MY

9. leezabdaziz  EM305670898MY

10. lizahzakaria  EM305670924MY

11. yuyubobong  EM305670907MY
12. azmaid69  EM305670938MY

13. scorpio_pink88  EM305670805MY

14. sulfuric81  EM305670796MY

15. sharnoma  EM305670748MY

16. khuntoria1085  EM305670822MY

17. humairah_1201  EM305670819MY

18. qazzx_24  EM305670734MY

19. chiyocute  EM305670725MY

20. wida  EM305670717MY

21. ochiee  EM046095455MY

22. tessreene  EM046095870MY
23. reflection2108  EM046095866MY

24. hananiz004  EM046095441MY

25. sns_nawal88  EM305670867MY

26. adatiada  EM046095883MY

27. alyn79  EM046095472MY

28. mayang77  EM046095906MY

29.  syafiqah.safri  EM046095897MY


Senarai Pos Laju 3

Salam all,
Saya senaraikan nama pembeli2 PMS yang akan saya pos lajukan, Insyaallah esok. Doakan saya jumpa bubble wrap ye. Kata staf P2U, kalau tak bubble wrap nnt buku rosak.

Senarai nama semuanya ada 4. Malam ini saya tulis nama dulu, esok saya letakkan tracking no ye. Saya bimbang nak siarkan nama anda atas sebab-sebab privacy maka saya naikkan alamat email anda sebelum @. Eg kalau email anda adalah hanina1311@yahoo.com, saya naikkan hanina1311 ye.

JIKA ANDA SUDAH MEMBUAT BAYARAN TETAPI NAMA ANDA TIADA DI DALAM SENARAI 1-4, SILA EMAIL SAYA SEGERA DI  hanina1311@yahoo.com.


1. hayachi1210  EM046095340MY

2. iedakusayang  EM046095353MY

3. nurul_91289  EM046095367MY

4. johari.rosmawati  EM046095375MY

5. akusuke01  EM046095490MY

6. nur_penang  EM046095384MY

7. areimza  EM046095398MY

8. sharlinzeti  EM046095415MY

9. norb_ina78  EM046095407MY

10. nurainatulsyahida EM305671902MY

11. ayunuhi87  EM046095676MY

12. anamail74  EM046095680MY

13. azilsam   EM046095693MY

14. liana_imm  EM046095702MY

15. atheahnda29  EM046095778MY

16. dilla_utm  EM046095755MY

17. shaz.zain  EM046095764MY

18. sisaza84  EM046095747MY

19. mayarazlan  EM046095849MY

20. zawani699  EM046095821MY

21. zalidaibrahim  EM046095818MY

22. iz_riz77 EM046095804MY

23. suhaini.abdulsalam  EM046095795MY

24. nora_maney  EM046095781MY

25. smallfoot212  EM046095716MY

26. marzuani_82  EM046095720MY

27. faridahidrus  EM305671947MY

28. akila_azalea  EM305670751MY



Senarai Pos Laju 2

Salam all,
Saya senaraikan nama pembeli2 PMS yang akan saya pos lajukan, Insyaallah esok. Doakan saya jumpa bubble wrap ye. Kata staf P2U, kalau tak bubble wrap nnt buku rosak.

Senarai nama semuanya ada 4. Malam ini saya tulis nama dulu, esok saya letakkan tracking no ye. Saya bimbang nak siarkan nama anda atas sebab-sebab privacy maka saya naikkan alamat email anda sebelum @. Eg kalau email anda adalah hanina1311@yahoo.com, saya naikkan hanina1311 ye.

JIKA ANDA SUDAH MEMBUAT BAYARAN TETAPI NAMA ANDA TIADA DI DALAM SENARAI 1-4, SILA EMAIL SAYA SEGERA DI  hanina1311@yahoo.com.



1. siti_arliza  EM305632648MY

2. sh_kartini   EM305632665MY

3. nursyuhadamnor   EM305632651MY

4.tika_1509   EM046095733MY

5. hazwani_syairah   EM305671916MY
 6. norlisshahida  EM046095115MY

7. suzanashaari (name appears twice in this blog, refer to no 24)

8. azianajie  EM046095129MY

9. shera0112  EM046095132MY

10. acu_1911 (EM305671859MY)

11. salmiah87   EM046095146MY

12. nuraieynfarahin  EM046095150MY

13. zuedah   EM046095163MY

14. izzatyhannis   EM046095177MY

15. syafawati92   EM046095185MY

16. unaisahberahim   EM046095194MY

17. aprilsix84   EM046095225MY

18. one_wana  EM046095234MY

19. deqmaz  EM046095203MY

20. sinchan.rain85  EM046095217MY

21. happyda08  EM046095248MY

22. norana.said  EM046095251MY

23. teringinshoppe  EM046095265MY

24. suzana  EM046095279MY

25. hamidahmawar  EM046095282MY

26. ruzi7625  EM046095296MY

27. jjlovegift  EM046095305MY

28. yana_december09  EM046095319MY

29. shanwsws  EM046095322MY

30. zoey.isha  EM046095336MY

Senarai Pos Laju 1

Salam all,
Saya senaraikan nama pembeli2 PMS yang akan saya pos lajukan, Insyaallah esok. Doakan saya jumpa bubble wrap ye. Kata staf P2U, kalau tak bubble wrap nnt buku rosak.

Senarai nama semuanya ada 4. Malam ini saya tulis nama dulu, esok saya letakkan tracking no ye. Saya bimbang nak siarkan nama anda atas sebab-sebab privacy maka saya naikkan alamat email anda sebelum @. Eg kalau email anda adalah hanina1311@yahoo.com, saya naikkan hanina1311 ye.

JIKA ANDA SUDAH MEMBUAT BAYARAN TETAPI NAMA ANDA TIADA DI DALAM SENARAI 1-4, SILA EMAIL SAYA SEGERA DI  hanina1311@yahoo.com.


1. naqiahibrahim EM276000037MY

2. AhChoo.Chong EM276000173 MY

3. ana.insyirah EM276001085MY

4. syamsyidar EM276000054MY

5. meeradean2009 EM276001077MY

6. sarinahjamil151186 EM305670782MY

7. auntieagony EM276001050MY

8. yuhoney_83 EM276001165MY

9. syafura23 EM276001148MY

10. masmona17 EM276001125MY

11. hallu717 EM276001103MY

12. sitinurzahirah93 EM276000068MY

13. diebajahidin EM276000045MY

14. devisiva19 EM276000023MY

15. rizzianie EM276001063MY

16. epelijau06 EM276000496MY

17. rangkaian2004  EM276000010MY

18. nida_mjf EM276000200MY

19. sinarankristal EM276000187MY

20. ilyana.ar EM276000160MY

21. corin282 EM305670779MY

22. maszlina EM276000142MY

23. rubisya EM276000125MY

24. hada.alidrus EM276000108MY

25. aomorisakura

26. aaa_wani82 EM276000085MY

27. miss_mieza EM276000195MY

28. nooronaini EM305670941MY

29. wanbiena EM305632679MY

30. mazlinda71 EM305632634MY





Saturday 11 August 2012

Naz & Khaalish Competition: Result!!

woi lenguh jari dok mengopy paste nama u alls ke dalam list (jgn ambil hati ye, am not complaining but mmg lenguh) i think i am half way done.

so nak take a break dan nak announce pemenang peraduan Naz & Khaalish. Pls be reminded that keputusan hakim (me lerr tu) adalah muktamad. disebabkan hakim sdg fenin maka hanya dapat pilih sorang pemenang shj. Jawapan beliau tidaklah 100% tepat tapi yg paling hampir kpd tepat:

pemenangnya adalah.... jeng... jeng... jeng... Noor Syawani Ahamad!!!

diminta pn/cik Noor Syawani meninggalkan emel anda di bawah supaya sy boleh emel minta yr add segala untuk saya poskan hadiah... jeng jeng jeng senaskah PMS yang masih hot from the oven!

BTW, tq for ordering PMS, saya sangat gumbira baca komen u all eg "tak sabar nak tunggu PMS dalam dakapan," "tak sabar nak tahu ending"

me pula: tak sabar nak tengok how much editing is done oooo suspen!

BAGI READERS YG DAH BUAT PAYMENT TAPI BELUM DAPAT EMAIL DARI SAYA PLEASE EMAIL ME AGAIN OR LEAVE A COMMENT HERE, TQVM! Saya takut ada yg terlepas pandang.

Friday 10 August 2012

Order ditutup

waaaahhh!! today has been a sort of comedy of errors!

bangun pagi nak setelkan pesanan Puan2 dan Tuan (yes, ada seorg Tuan, much to my surprise) tengok2 my Mac tak boleh buka some attachments, nak check yr bank in. So I went to my mother out law's house, tengok2 comp situ slow, so i drove 1 hr to my office, dari pkl 12 hingga pkl 3 boleg setel 26 orders saja!!! sekali klik mouse kena tunggu seminit (org IT ni mmg nak kena sembelih dengan I, Ramadhan tak Ramadhan!!)

So drive larr pulak to my sis's hse also 1 hr away, And now barulah nak cuba setelkan, check payment, buat list segalaaaa!

SKRG SAYA BARU SAMPAI KE ORDER NO. 70, BARU 1/3 SAYA RASA. JADI KALAU BELUM DAPAT EMEL MAKLUM BALAS DARI SAYA TUNGGU JAP YE. Err Saya pulak mula dari order terkini bukan order plg awal (tersilap lerr). InsyaAllah saya setelkan mlm ni jg walaupun tak boleh tido, harap2 sempat lah taraweekh :)

TQVM for yr patience ye. Kalau dapat emel lebih dari sekali tu maafkan ye, dah pening2 lalat :)

Info terkini:
Menurut publisher Penulisan Enterprise (www.p2u.my) sudah boleh order di websitenya. katanya kalau order sekarang, boleh dapat sebelum Raya (kata mereka ok). Di kedai pula, PMS akan mula sampai pada 18hb Aug.

Thursday 9 August 2012

Pelan-pelan kayuh

Salam Ramadhan dears!

Kepada yang belum saya emelkan no bank acct, saya akan cuba buat hari ini.
Maaflah lambat sebab malam after taraweekh dah pengsan dan siang pula kerjakan.
Paksarelawan kata dia limit buku yg nak gi ambil di ofis penerbit dalam 300 naskah. (Oh jenuhlah nak tulis alamat kat sampul Poslaju tu!!)
Kalau tak dapat apa2 email with the bank acct no by tengahari Sabtu, sorry ye dears, you better order from p2u, sebab I takut tak sempat.

Harga Semenanjung (termasuk postage): RM21.00
Harga Sabah (termasuk postage): RM25.00
Harga Sarawak (termasuk postage): RM24.00


TQVM for supporting PMS! Hari ni saya nak menyorok dalam ofis dan emelkan bank acct to u.