Saturday 29 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 12


sementelah di sini internetnya ok dan aktiviti formal belum bermula, saya naikkan Bab 11. Pendek ke? 5, 6 muka surat juga.

mid week, saya bergerak ke destinasi lain pula, yg belum pasti ok ke tidak internetnya. Plan saya nak naikkan separuh Bab 12 sebelum bergerak tu.

Kita tengok macam mana ye. Almaklumlah part time writer-on-the-run :)

Bab 11

Twenty Questions......? Dia ajak aku main Twenty Questions?!! Dia ingat aku ni budak kecilkah? Dua puluh soalan untuk mendapatkan Naz!” tergeleng-geleng kepala Khaalish memikirkan dirinya yang dipermainkan Reham.

“Whatever! I'll do whatever it takes to get her!” Khaalish memasang azam.

Setiap hari, Khaalish hanya dibenarkan untuk menanyakan satu soalan, jawapannya hanya ya atau tidak. Jika jawapan yang diterima adalah ya, dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Dia hanya boleh menanyakan dua puluh soalan sahaja. Jika dia tidak dapat meneka di mana Naz berada dengan dua puluh soalan, habislah!

Maka pagi selepas pertemuannya dengan Reham di terminal KLIA, dengan dada yang berkobar-kobar, dia menghantar emel kepada Reham: “Thailand?”

Jenuh dia menahan sabar sepanjang mesyuarat dengan bapa dan kakitangan yang lain. Tamat sahaja mesyuarat, telefon pintarnya dicapai untuk melihat samada Reham sudah membalas emelnya.

“Yes! Ada emel dari Reham!”

Peti emel dibuka dan ini balasan dari Reham: :(

Kecewa bukan main bos muda KZ Industries. Lalu nafasnya ditarik dalam-dalam.

“Are you okay, Khaal?” tanya si bapa, yang sedar sepanjang mesyuarat anaknya gelisah bagai kucing mahu beranak.

Oh, fine, Daddy, I'm fine,” mukanya diriakkan tenang.

Hari kedua: “Phillipines?”

Reham: :(

Hari ketiga, “Vietnam?”

Reham: :(

“Dang! Sudah rugi tiga hari!! Si Reham ni memang seronok mainkan aku!” menyumpah-nyumpah Khaalish dibuatnya.

Jarinya laju menaip emel kepada Reham, “Clues, please?”

Selepas setengah jam, Reham membalas, “Ini soalan keempat, Encik Khaalish. Awak tinggal enam belas soalan sahaja lagi.”

Gedegang! Bunyi meja ditumbuk. Terpinga-pinga kakitangan KZ Industries yang berada di bilik mesyuarat, hairan kenapa bos marah. Kemudian semuanya menikus, mata melekap ke dokumen di atas meja. Minggu ini mood bos bagai puting beliung.

“Naz dan kawannya sama sahaja! Cekap mendera perasaan orang!” gerutu Khaalish dalam hati.

Hari keempat: “Indonesia?”

Reham: :(

Kali ini jawapan dari Reham sebenarnya melegakan hati Khaalish. Lega kerana dengan Indonesia yang sebegitu besar, dia tidak pasti samada dia mampu meneka di bandar mana Reham berada dengan lima belas soalan.

“Harap-haraplah dia berada di negara yang kecil,” doa Khaalish.

“Kecil? Hmmm...”

Hari kelima, “Singapore?”

Reham: :(

“Tak patut aku teka Singapura,” sesal Khaalish, “Naz rasanya akan pergi ke tempat yang eksotik, bukan moden dan maju.”

“Mana tempat yang eksotik di Asia Tenggara ini?” dia bertanya kepada diri sendiri.

Peta Asia Tenggara dibuka di komputer ribanya.

“Eksotik...hmmm..... Myanmar, Kambodia, Laos. Takkan Myanmar? Ada pergolakan politik di sana, takkan Naz hendak ke sana.”

Untuk memastikan hal ini, diselidik juga keadaan pergolakan politik di Myanmar dan samada warga luar dibenarkan untuk memasuki Myanmar.

“Rasanya bukan Myanmar, .... okey kita teka …... Kambodia.”

Sejam dua kemudian, jawapan Reham: :(

Kecewa tidak terkata Khaalish jadinya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dirinya dipujuk, dia ada hanya dua belas soalan lagi, negara pun belum dapat diteka lagi, apatah lagi nama bandarnya!

“Tak boleh gagal. I. Must. Find. Her.”

Maka pada hari ketujuh, dengan ucapan kalimah “BismillahiRahmanirRahim” Khaalish membuat tekaan ke lapan:

“Laos.”

Jawapan Reham, yang tiba lima belas minit selepas itu: :)

Melihat balasan Reham, Khaalsih menarik nafas tajam, “Yes! Yes! Finally! I am going to find her!”

Jawapan yang betul, maka dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Khusyuk Khaalish menelaah peta negara Laos, negara termiskin di Asia Tenggara.

Typical her! Negara termiskinlah yang ditujunya. Apa yang orang tak buat, itu yang dia buat,” dengus Khaalish.

Strategi dirancang. Nampak gayanya, strategi terbaik adalah untuk meneka ibu negara dahulu, kemudian diikuti dengan bandar terbesar dan kemudian bandar kecil. Sambil itu, dia berdoa agar Naz tidak berada di pelosok terpencil negara termiskin Asia Tenggara.

“Kalau ya, masak juga aku dibuatnya hendak ke sana,” keluh Khaalish.

Baru sahaja dia hendak menaip soalan berikutnya, kedengaran ketukan di pintu pejabatnya.

“Yes!” jawab Khaalish kuat dan berbunyi kurang sabar.

“Khaal? Lunch. Lupakah?” tanya si bapa, menunggu di pintu.

“Alamak! Dah janji dengan Daddylah!” getus Khaalish dalam hati.

“One minute, please Daddy. Just...one...minute,” terburu-buru dia menjawab Daddynya.

Laju-laju Khaalish menaip, “Vientiane?” dan menekan butang send.

Sewaktu makan tengahari nampak sangat minda Khaalish berada di tempat lain. Lain yang ditanya Daddynya, lain yang dijawab, sehingga Tan Sri Kamaruzzaman menggeleng-geleng kepala. Kali terakhir dia melihat Khaalish sebegini adalah empat tahun dulu, sewaktu dia berpisah dengan girlfriendnya, Ilsa. Kali ini dengan siapa pula? Tertanya-tanya Tan Sri Kamaruzzaman. Penulis novel itu? Apa ke namanya?

Sambil makan, berkali-kali Khaalish memeriksa telefon pintarnya.

“Tunggu panggilan penting ke Khaal?” tanya Daddynya, sengaja menduga.

“Ya, tunggu Elias emelkan senarai nama pembekal yang hantar tender,” bohong Khaalish.

“Waktu makan, rehatlah Khaal. Tak payah nak fikir pasal kerja. Minda pun kena rehat juga. Cakap tentang hal lainlah. Ha! Apa cerita penulis novel pujaan Khaal tu?” tanya si bapa yang boleh tahan nakalnya.

Tersedak Khaalish yang sedang makan. Sambil tersenyum penuh makna, Tan Sri Kamaruzzaman menepuk-nepuk belakang anaknya.

“Eh! Makan jangan gelojoh Khaal. Take your time. Memikat pun sama juga, jangan gelojoh, take your time. Kalau sabar tu, burung yang terbang pun akan datang makan dalam tangan kita,” nasihat si bapa dengan makna berganda.

Muka Daddynya direnung tajam, kepalanya berfikir, “Daddy dah tahu ke aku sudah buka mulut dengan Papa dan Mama Naz? Ish, Daddy ni, semuanya dia tahu. Papa Naz bagi tau dia ke? Tak ada privacy langsung jadi anak Tan Sri Kamaruzzaman ni.”

Tiada komen untuk nasihat bapanya. Dalam keadaan yang terasa genting bagi Khaalish, dia tidak ada mood untuk berbincang tentang Naz dengan bapanya. Terus dia menukar topik perbualan.

Balik ke pejabar, hampir sejam juga dia menunggu balasan Reham, akhirnya, “Oooo Khalish, so near but yet so far, sorry, :( ”

“Dang! Dang! Dang!” jerit Khaalish geram. Jari jemarinya meraup rambut dengan kasar.

Nafas ditarik, “time to study Geography again!” getus hatinya.

Itulah yang dibuat oleh anak tunggal Tan Sri Kamaruzzaman malamnya. Peta Laos ditelaah dengan tekun. Segala macam maklumat dikajinya, senarai bandar terbesar, senarai bandar yang mempunyai paling ramai penduduk, bandar-bandar yang mempunyai aktiviti ekonomi yang pesat. Tentu Naz pergi ke tempat yang ada peluang pekerjaan. Dia pernah mengajar Bahasa Inggeris di universiti. Nah! Dicari pula senarai nama bandar-bandar yang ada universiti dan kolej. Bukan banyak pun universiti dan kolej di Laos. Penat mengkaji mengenai Laos, Zaim Khaalish tidur dengan azam untuk menemui juga buah hatinya sebelum tamat 20 soalan.

Pagi esok, masuk sahaja ke pejabat, Khaalish membuka komputer ribanya. Terpampang sebuah peta Laos. Ada dua bandar yang bertanda bintang merah, satu adalah Vientiane, satu lagi adalah ….

“Tembak sajalah,” getus Khaalish.

Dengan ucap Bismillahirahmanirahim, jari-jarinya lincah menaip nama bandar itu dan butang send ditekan. Sekarang perlu tunggu. Tak boleh buat kerja, tak boleh fokus! Untuk memujuk hatinya, Khaalish mengingatkan dirinya dengan sebuah madah, “Good things come to those who wait.

Dia tidak perlu tunggu lama. Selepas sepuluh minit emel Reham masuk.

:)

Treat her well or I will personally kill you,” ganas betul pesanan Minah Jiwang Karat jauh di Seattle sana.

Senyuman di bibir Khaalish selebar senyuman ikon Mr. Smiley, “Gotcha!”

Wednesday 26 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 11


saya agak hari ni akan jadi hari yg tak cukup tanah sy buat kerja. wiken out stn lg so semua nak kena setel sebelum ciao. tambah stress ada singa seekor kat ofis yg tunggu masa nak baham saya (life is too short to be mean, woman!) maka untuk destress, terimalah Bab 11. fyi, KNK dah siap 1/4, saya sedar perjalanan menulis KNK lain dari semasa menulis PMS. dengan PMS, i was so carefree, writing with tongue in cheek, it was a parody of all the kahwin paksa stories. KNK mula2 saya mahu cerita yg seksi, yg menggetar jiwa, tapi sudah berubah menjadi cerita yg somber. setakat ini, what keeps me excited is that readers think that they "know" what kind of a man Khaalish is, but i have a surprise for u. Words from Steinbeck comfort me, on writing he said:

“When I face the desolate impossibility of writing five hundred pages, a sick sense of failure falls on me, and I know I can never do it. Then gradually, I write one page and then another. One day's work is all I can permit myself to contemplate.”


(oh, terperasanlah di sini, main quote famous author bagai :)



Bab 11

Hello.”

“Hello, Khaalish?”

“Saya.”

“Ini Uncle Nazari, bapa Dora.”

“Ya, Uncle. Uncle apa khabar?”

“Uncle okey.... Errrr..... Uncle cuma nak bagi tahu Khaalish. Errrr.... Dora.... ummm.... Dora.....”

“Kenapa dengan Dora, Uncle?” tanya Khaalish, hatinya sudah tidak sedap.

“Dora sudah pergi....”

“Pergi? Pergi ke mana, Uncle?”

“Ummm.... Uncle tak tahu, dia tak bagi tahu. Dia dan kawannya tu keluar semasa Uncle di pejabat. Auntie tanya, Dora tak nak bagi tahu.......... Tapi gayanya macam nak ke airport, bawa beg bagai.”

Tidak guna bercakap lama dengan bapa Dora, jelas dia tidak tahu apa-apa. Hairan Khaalish dengan perhubungan Naz dan bapanya. Anak dara ke luar negara tanpa memaklumkan bapa sendiri? Selepas meletakkan telefon, berputar-putar kepala Khaalish, “bukan flight dia esokkah? Baru aku merancang hendak siasat destinasinya malam ni.”

Sepantas kilat, Khaalish membuka briefcasenya, pasport antarabangsa diambil dan dimasukkan ke dalam poket dada jaket. Telefon pintarnya didail.

“Hello, Azim, book me a one way ticket to the nearest destination in Southeast Asia, flying from KLIA in, say three hours.”

“Destinasinya, Encik Khaalish?”

“Destinasinya tak penting. Yang penting penerbangannya dalam tempoh tiga jam lagi di KLIA. Emelkan saya tiket ini dalam masa sepuluh minit ya. Saya tunggu di pejabat untuk dicetak.”

Terus pening Encik Azim dibuatnya. Sepanjang bekerja selama lapan tahun sebagai seorang travel agent, tidak pernah ada orang yang beli tiket kapal terbang tanpa peduli apa destinasinya!

Khaalish melangkah keluar pejabat, singgah di meja setiausaha, memuntahkan arahan. Siapa yang mengambil alih mesyuarat, siapa yang selesaikan dokumen kontrak. Pemandunya dipesan untuk tunggu di foyer bangunan. Sebaik sahaja setiausahanya mencetak tiket penerbangannya, laju sahaja Khaalish berjalan ke arah keretanya yang sudah menunggu di foyer.

Tiba di KLIA, Khaalish mendaftar masuk di komputer. Sebelum masuk ke terminal, dia meronda di kedai buku dan kedai-kedai kopi di sekitar Balai Pelepasan Antarabangsa mencari Naz dan Reham. Awek berdua tu kan kaki buku dan kaki kopi. Tiada!

Dia melangkah ke terminal pula, melepasi pemeriksaan imegresen dan kastam. Dia meronda-ronda lagi di kedai-kedai buku dan kedai-kedai kopi di situ. Bingo! Dia ternampak Reham sedang duduk di Coffe Bean, sambil menulis-nulis. Mana Naz? Dada Khaalish sudah berdebar-debar.

May I join you?” tanya Khaalish bila dia tiba di sisi meja Reham.

Reham yang terkejut apabila disapa, mendongak kepalanya, “Aaaah, our jack-in-the-box,” sahut Reham, “Why am I not surprised?”

Sambil berdiri, wajah wanita muda Jordan itu direnung Khaalish tanpa berkelip mata.

“Awak nak ke mana?” tanya Reham walaupun dalam hatinya dia rasa dia tahu apa tujuan jejaka ini berada di KLIA.

Soalannya tak berjawap.

“Awak sudah terlepas Naz... penerbangannya setengah jam tadi,” Reham memaklumkan tanpa ditanya.
“Terlepas! Naz sudah pergi,” hati Khaalish bagai merintih, namun dikuatkan hatinya, kalau sayang, tidak boleh mengalah.

“Duduklah, saya rasa saya akan mendengar cerita yang paling menarik dalam hidup saya. Penerbangan saya pun lambat lagi, I could do with some entertainment,” jemput bakal pakar sastera itu.

Untuk menjejak si gadis misteri, teman baiknya ini adalah kunci. Entah apalah syarat Awek Jiwang Karat ini akan kenakan untuk berikan aku maklumat tentang teman baiknya, fikir Khaalish.

“Baguslah penerbangan awak lambat lagi. Cukuplah masa bagi saya yakinkan awak untuk memberi peluang kepada cinta saya dan Naz,” kata Khaalish sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Reham.

“Hah! Cinta awak dan Naz,” tergeleng-geleng kepala Reham sambil tertawa kecil mendengar kata-kata Khaalish, “I like your confidence.”

“Untuk isu yang fundamental seperti cinta, keyakinan yang mendorong segalanyakan? Seperti awak didorong terbang ke Melbourne?” kilas Khaalish. Pandai dia membangkitkan kisah cinta Reham, agar gadis itu bersimpati untuk membantunya.

Pelayan tiba, mengambil pesanan minuman Khaalish dan pergi.

“Silalah menjual, I am all ears.”

“Empat tahun lalu, saya melakukan sesuatu yang kejam terhadap Naz....Urmm.... Ada Naz ceritakan?”

“Ada,” jawab Reham. Empat tahun dipendam, baru semalam Naz bercerita, keluh Reham dalam hati. Tidak sangka Naz ada kisah duka sebegini.

“Tapi saya nak beri peluang untuk awak ceritakan versi awak pula,” kata Reham, wajah Khaalish ditenung dalam-dalam.

“Ibu saya tidak bersetuju dengan pilihan hati saya. Untuk memutuskan perhubungan kami, dia mahu saya bertunang dengan Naz untuk buat girl friend saya meninggalkan saya.” Pendek tapi jelas ceritanya.

“Tunang olok-olok,” sebut Reham.

“Ya, olok-olok.”

“Habis, apa cerita semalam? Nak minta ibu bapa awak tentukan tarikh perkahwinan dengan bekas tunang olok-olok awak?”

“Pertemuan di Bali tidak dijangka. Saya langsung tidak ingat dia. Tapi dia amat mempersona. What can I do? Saya jatuh cinta dengan tunang olok-olok saya.”

“Ah... cinta... Tanpa cinta dunia takkan berputar, kata pujangga,” ulas Reham, kemudian diam seketika mengenangkan bagaimana dia sendiri boleh jatuh cinta dengan Hamza dalam tempoh dua hari.

“Reham, boleh awak beritahu saya ke mana Naz pergi?”

“Awak fikir Naz mahu berjumpa lagi dengan awakkah?”

“Saya tahu bagi dia, saya adalah lelaki tak berhati perut yang telah menjatuhkan maruah dia.”

“Tahu pun.”
“Saya bukan lagi Khaalish empat tahun dulu. I may not be the best fiance for Naz four years ago, but I will be the best husband for her lifetime.” ucap Khaalish sambil merenung tepat mata Reham.

Terlongo! Terlongo dibuatnya awek Arab itu dengan kata-kata Khaalish. Awek yang berjiwa romantik itu apa lagi, kalau boleh segala maklumat mengenai teman baiknya mahu dilonggokkan kepada jejaka yang bijak bermain kata-kata di depannya.

Impressive, verrrrry impressive,” sebut Reham perlahan-lahan sambil otaknya cuba kekal waras, “tapi Naz kawan baik saya, saya takkan serahkah dia kepada seseorang lelaki hanya kerana kata-kata manis sahaja.”

“Reham, saya hanya meminta satu peluang. Saya akan berusaha kuat untuk tawan hati dia. Kalau saya gagal, sekurang-kurangnya saya sudah lakukan yang terbaik,” kata Khaalish tidak mahu mengalah.

Sold! Reham the hopeless romantic memang sudah kena jual dek kata-kata manis jejaka kacak di hadapannya itu. Lama juga dia terdiam berfikir, menimbangkan baik buruk kehadiran Khaalish di dalam hidup kawan baiknya.

“Naz, firasat saya, satu hari nanti awak akan ucapkan terima kasih kepada saya,” bisik hati Reham, nafasnya ditarik dalam-dalam.

“Awak pernah main permainan Twenty Questions?”

“Huh?” terlopong si CEO muda, “Twenty Questions?”

Perlahan-lahan bibir Reham mengorak senyuman nakal.


Monday 24 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 10 (siap)

Lega dah siap Bab 10 ini, biarlah walaupun ada kelemahan. Minggu ini minggu yang mencabar bagi saya. Menulis cerita ini 
menjadi terapi pula.

Bab ini khusus buat Syarp yg suruh Khaalish cepat2 ngorat Naz dan, Zue yg suruh Khaalish cepat2 siasat destinasi Naz

(maaf dgn font yg berubah-ubah)


Bab 10

Tiba di Putrajaya, mereka makan angin sambil memandu-mandu ke sekeliling. Sekali-sekali kereta diberhentikan kerana Reham mahu bergambar. Melihat pasar malam di Presint 2, mereka berhenti lagi. Entah berapa ratus keping gambar yang diambil Reham, gambar sayur, gambar kuih, semuanya menarik baginya. Mulutnya tak berhenti-henti bertanyakan itu ini dengan Naz. Khaalish hanya mengikut dari belakang. Melihat makanan yang dijual, kalau boleh semuanya hendak dibeli. Akhirnya, Naz membeli sebungkus nasi dagang, sebungkus nasi kerabu, sebungkus nasi lemak dan sedikit kuih muih.

Is this dinner?” tanya Khaalish dalam hati. Tak ditanyakan kepada Naz kerana tahu tentu dia akan disindir jika bertanya.

Usai membeli makanan, mereka bergerak ke Masjid Putrajaya untuk bersolat maghrib. Meraya-merayau juga, solat tetap tak tinggal. Insaf juga Khaalish dibuatnya. Dia sendiri kalau ada business trip atau bercuti, jarang bersolat dalam perjalanan.

Keluar dari masjid, makanan yang dibeli tadi diambil dari kereta dan dibawa ke tengah-tengah dataran masjid. Surat khabar dibentangkan dan makanan di letakkan di tengah-tengah. Duuk bersila. Tangan dibasuh dengan air mineral. Doa makan dibaca. Naz makan nasi lemak, Reham makan nasi dagang. “Tuna rice” katanya.

Khaalish masih lagi memandang nasi dagang di hadapannya. Tidak selesa makan duduk bersila open air begini. Tiada selera dengan makanan pasar malam. Naz pura-pura buat tidak nampak. Ikut tidak diajak, nak makan, makan, tak nak makan sudah.

“Yummy!” kata Reham, “Hairan juga saya lihat orang-orang Malaysia tidak gemuk. Kalau saya tinggal di Malaysia, tentu berat saya naik sepuluh kilo!”

Mahu tak mahu, terpaksa juga Khaalish menyuapkan makanan. Baru sahaja hendak mengunyah, Reham menjerit kecil, “Swap! Clock-wise.”

Bungkusan nasi Reham dihulurkan kepada Naz. Bungkusan nasi Naz dihulurkan kepada Khaalish. Bungkusan nasi Khaalish ditarik oleh Reham. Sudu masih di tangan masing-masing.

Musical chair dinner,” kata Naz kepada Khaalish sambil menjungkit-jungkitkan kening. “Cepat makan, nanti swap lagi.”

“This is the weirdest dinner I have ever had,” fikir Khaalish sambil menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulut.

Habis ketiga-tiga bungkus nasi, mereka makan kuih muih pula sambil melepak-lepak. Azan Isya sudah kedengaran, Naz dan Reham tadi sudah solat jamaq. Khaalish yang masih tidak bergerak ke masjid hanya dibiarkan Naz. “Sah, bukan stok untuk dibuat suami,” bisik hatinya.

“Saya rasa idea Malaysia membina kawasan lepak di hadapan masjid perlu ditiru oleh semua negara-negara Islam di dunia,” ulas Reham, “Seronok melepak di sinikan, melihat keluarga dan kawan-kawan bersantai bersama-sama. Baguskan, boleh luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan, solat pun terjaga. Hablul minnas dan Hablul minAllah, seiring.”

Mendengar kata-kata Reham, Naz memandang-mandang ke sekelilingnya. Cemburu melihat ibu bapa yang rajin melayan kerenah anak-anak mereka. Ada yang berbasikal, ada yang bermain bola. Dia teringat waktu kecilnya, Papa sibuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk membawa mereka ke mana-mana.

“Khaalish, nak air?” tanya Reham sambil menghulurkan sebotol air mineral.

“Saya suka dengar Reham sebut nama awak. Makhraj sebutannya elok saja,” puji Naz.

“Oh, saya lebih suka bila awak sebut nama saya,” balas Khaalish.

“Hah?” Hairan Naz.

“Sebutan awak lebih romantik,” bisik jejaka kacak di sebelahnya, sudah mula menjual minyak.

Merah padam muka Naz, bukan pernah ada mana-mana jejaka flirting dengannya, dia tiada pengalaman. Sebenarnya selama ini kalau ada yang flirting pun, bukannya dia sedar, oblivious sahaja Naz dengan spesis berlainan jantina.

“Reham, do you know what's missing?” tanya Naz cepat-cepat untuk mengubah topik.

Coffee!” sebut Naz dan Reham serentak, sambil menyeringai tersengih. Mengopi sambil berborak kan lagi terangkat!

Tak ada kopi pun berjam-jam mereka berborak. Khaalish yang mendengar pun hairan, tak lenguh-lenguh ke mulut awek berdua ni? Tapi perbualan mereka memang menarik, tentang penulisan mereka, tentang keluarga Reham di Jordan, tentang Hamza Ayach si jantung hati Reham sudah tentunya, tentang pengajian Reham yang belum siap. Macam-macam topiknya tapi tentang kerja baru Naz langsung tidak disentuh.

“Awak bosankah?” tanya Naz kepada Khaalish.

Khaalish menggelengkan kepala.

“Dah dua tahun kami tak berjumpa, esok dah nak berpisah. Entah bila pula boleh melepak-lepak macam ini lagi,” keluh Naz.

“Reham balik esok?” tanya Khaalish.

Naz mengangguk.

“Awak pula bila terbang?” tanya si jejaka dengan penuh harapan.

“Lusa.”

Lega hati Khaalish mendengar jawapan Naz, masih ada masa untuk dia menyiasat destinasi Naz selepas ini.

Sudah berjam-jam berbual, habis kebas bontot dibuatnya.

“Jom pusing-pusing, cari kopi,” ajak Reham.

Sesiapa yang pernah tinggal di Seattle pasti akan jadi kaki kopi sebab Seattle adalah bandar asal usul Starbucks, kopi terkenal di seluruh dunia. Waktu Naz mula-mula menjejakkan kaki ke Seattle, hampir terkejut dia melihat kedai kopi di setiap jalan di sana.

Jenuh juga mencari restoran yang masih buka lewat-lewat malam sebegitu. Akhirnya, apa lagi, mamaklah jawabnya. Sambil mengopi, berborak lagi. Mak aih! Memang kaki borak awek berdua ni, fikir Khaalsih. Ada-ada saja topik yang nak dibualkan. Asyik dia menumpang dengar.

Habis dua gelas kopi diminum, Khaalish terfikir, “Hei, takkan nak minum hingga tiga gelas?”

“Naz, jom pusing-pusing,” ajak Reham.

“Tak reti nak tidurkah derang ni?” dengus Khaalish, esok dia perlu ke pejabat. Mana boleh ponteng hingga dua hari.

Naik kereta mereka berpusing-pusing sekitar Putrajaya. Tiba di sebuah jambatan berhampiran Putra International Convention Center, Reham minta Naz memberhentikan kereta.

“Apalah pula awek ni?” tertanya-tanya Naz dan Khaalish dalam hati.

“Reham, janji jangan terjun okey. Kalau awak terjun, seronoklah awek-awek di Melbourne sebab Hamza single semula,” usik Naz.

Excuse me!” balas Reham sambil membuntangkan mata.

“Nuts, kita di atas sebuah jambatan....” Reham membuka kata.
Naz meletakkan tangannya ke dahi Reham.

“Apa?” tanya Reham, sakit hati.

Just to make sure that you are okay. Ini memang jambatan, habibti. Awak ingat piring terbang ke?” senda Naz. 


Terkekek ketawa Khaalish. Awek berdua ni memang sengal, fikirnya.

“Nutter, dengar dulu boleh tak? Don't spoil the mood,” marah Reham. 


Naz pun sudah mula mengekek, sedar Reham sudah masuk mood sastera hiperbolanya. Dah berkawan dengan orang sastera, tadah telinga sajalah!

“Boleh saya sambung?” sindir Reham.

“Sila oh sila!” jawab Naz sambil mengetap bibir.

“Jambatan ini simbolik untuk saya dan Hamza. Dia di Melbourne, saya di Seattle, terpisah berpuluh-puluh ribu kilometer. Jambatan yang menghubungkan kami hanyalah hati dan perasaan kami. Perasaan yang tak boleh dilihat tetapi tetap utuh, seutuh jambatan konkrit ini. Datanglah badai, ribut taufan, jambatan ini tidak akan bergoyang. Begitulah perasaan kami berdua!”

Sudah biasa melayan kerenah Reham, Naz menadah tangan, memejam mata dan dengan sepenuh perasaan berkata, “Amin!”

Mata dibuka, Khaalish dijelingnya sambil kening dijungkit.

“Amin! Amin!” sahut Khaalish. 

Naz menyembunyikan senyumannya. Comel sungguh! Bisik hati Khaalish.

“Jadi, Nuts, malam ini, malam yang penuh berkat. Lihatlah Putrajaya! Penuh dengan jambatan-jambatan. Bagai memberi isyarat kepada saya untuk melafazkan ikrar cinta saya buat lelaki bernama Hamza Ayach!”

“Jambatan yang indah! Seindah perasaan saya dan Hamza! Jadilah saksi ikrar cinta kami!”

Suara Reham sudah semakin kuat, matanya dipejamkan, kepalanya didongakkan ke langit, kedua belah tangannya didepangkan ke atas. Mata Khaalish pula sudah hampir terjojol, “Awek Arab ini hendak buat apa?”

Naz pula sudah sibuk memandang ke kiri dan kanan. Nasib baik sudah lewat malam, hanya mereka sahaja yang berada di atas jambatan itu. Dalam hatinya dia berdoa jangan pula ada polis yang meronda. Kalau ada polis pun, harap-harap anak Tan Sri ini boleh membantu.

“Hamza, my love!!How do I love thee? Let me count the ways. I love thee to the depth and breadth and height My soul can reach....”

“Oooh....Elizabeth Barrett Browning, kelas kau Joyah,” bisik Naz perlahan bila mendengar Reham mula mendeklamasikan sajak terkenal itu.

Khaalish pula memandang Reham dengan mulut terngaga.

“Tutup mulut, nanti lalat masuk,” bisik Naz kepadanya.

“Hamza!! Te quiero con todo mi alma. Soy feliz de compartir cada instante de mi vida a tu lado.....”

Khaalish menggangkat kening ke arah Naz.

“Spanish,” bisik Naz.

“Hamza!! Je voulais que tu saches que tu es toujours dans mon cœur …..”

Terangkat sekali lagi kening si jejaka.

“French,” bisik Naz sekali lagi, matanya tak berkelip-kelip memandang rakannya yang sedang jiwang habis-habisan di atas jambatan.

“Hamza! Hamza! Hamza! Il mio cuore batte solo per te. Non posso immaginare vivere senza di te!”

“Italian?” teka Khaalish, dibalas dengan anggukan kepala Naz.

“Hamza Ayach, ani ohevet otcha....”

Kali ini kening terjungkit lagi.

“Hebrew,” bisik Naz.

“Hah?!!”

“Iya...Hebrew.”

“Reham tahu cakap Bahasa Yahudi?”

Kepalanya diangguk-anggukkan, bibirnya sudah lebar tersenyum sebab ….

“Tamally ma'ak! Tamally ma'ak!.....” Gadis Jordan itu sudah mula menyanyi!

“Woo hoo! Amr Diab!!”

Naz terjerit kecil dan terus sama-sama menyanyi dan menari-nari bersama rakannya yang sedang mabuk cinta. Tangannya didepa, bahunya digoyang-goyang lembut, begitu juga punggungnya. Peduli apa kalau anak Tan Sri itu memandangnya. Dia itu bukan siapa-siapa, cuma tunang olok-olok. Malam ini malam untuk bersama Reham. Mereka berjumpa selepas terpisah selama dua tahun. Dan mengikut janji mereka, mereka akan bertemu dalam tempoh dua tahun lagi, insyaAllah. Dua tahun, tentulah jenuh rindukan Reham, teman baik yang banyak membantu, yang banyak menyokongnya semasa di bumi Uncle Sam. Kalau kena tangkap polis kerana berkelakuan tidak senonoh pun, it's worth it! Definitely!

Jika Naz berfikir si tunang olok-oloknya akan terkejut dengan perangai gila-gilanya malam itu, dia sudah tersilap! Zaim Khaalish bersandar pada kereta buruk Pak Din, kedua-dua belah tangan di dalam poket seluar, dengan matanya tidak berkelip langsung memandang gadis Melayu yang tersenyum lebar menyanyikan lagu cinta Arab itu dengan badan yang digerak-gerakkan lembut. Terpesona! Lantas bibirnya juga menguntumkan senyuman.


“Tamally habibi bashtaklak 

 Tamally alaya men badlak 

 We law hawalaya kol el doon 

 Bardo ya habibi bahtaglak”


Tamat sahaja lagu itu, kedua-dua orang penyanyinya berpeluk-pelukan sambil tertawa-tawa. Lalu mereka melangkah ke arah kereta yang terparkir di atas jambatan.

Masuk ke dalam kereta, Naz menghidupkan enjinnya, “Home?”

“What?!! Nutter! Saya nak baca sajak, saya nak menyanyi, saya nak menari di atas semua jambatan di Putrajaya ini! Supaya nanti bila saya sudah pulang ke Seattle, saya akan ada memori indah tanda cinta saya di bumi ini.”

“Reham! Semua jambatan?!!” terjerit Naz.

Mak aih! Satu jambatan ini pun aku dah bimbang takut disergah Abang Polis, fikir Naz. Inikan pula semua jambatan!!

“Nutter! Saya rindukan Hamza sangat-sangat. Nanti bila sampai di Seattle, awak pun saya akan rindu. Malam ini kita cipta sebuah memori yang kita akan ingat sampai bila-bila. Lain kali bila saya ingatkan malam ini, saya akan teringat betapa kuatnya cinta saya kepada Hamza dan betapa sayangnya awak kepada saya, hingga sanggup buat kerja gila sebegini di Putrajaya!”

“Arrghh!! Reham, saya sayangkan awak, sayang sangat-sangat. Jom kita cari jambatan!!” balas Naz.

“Woo hoo!” jerit Reham.

Mamat yang duduk di belakang pula terfikir, “Sah! Awek sengal dua orang ni mesti tidur di balai malam ini.”

Salah telahan Zaim Khaalish! Tiada seorang polis pun yang kelihatan malam itu. Awek Jordan dan awek Melayu itu puas menyanyi, menari, mendeklamasikan sajak di atas jambatan-jambatan di Putrajaya.

Di atas jambatan terakhir, dengan penuh perasaan Reham menyanyikan lagu klasik Umm Kalthum, “Enta Omri” - “Kau hidupku.” Berlinangan air mata Naz dibuatnya. Teringat dia kisah Reham patah hati dengan Zubayr, berbulan-bulan melayan perasaan ke sana sini. Bakar gambar-gambar Zubayr dan abunya ditaburkan ke Lautan Pasifik; duduk melihat mentari senja di tepi pantai sambil berikrar tidak akan patah hati lagi; menulis surat memaki hamun Zubayr kemudian surat itu dimasukkan ke dalam botol dan dicampak ke dalam sungai. Naz yang sudah dewasa ini tersedar, melayan Reham melayan hati yang patah sebenarnya menjadi terapi kepada patah hatinya sendiri.

“Terima kasih teman. Patah hatimu, mabuk cintamu, bikin temanmu ini semakin dewasa,” bisik Naz dalam hati.

Lagu Umm Kalthum diakhiri dengan linangan air mata, kedua teman sejati itu berpeluk-pelukan lagi.

“Reham, saya doakan supaya kamu dan Hamza akan bersatu juga suatu hari nanti,” ucap Naz.

“You know what, Naz? Kali ini saya rasa yakin dia cinta sejati saya. Saya pun tidak tahu mana datangnya keyakinan ini. But he's the one!”

Kedua teman tersenyum lebar, dalam linangan air mata, berpeluk-pelukan.

“And she's the one!” bisik hati jejaka yang setia menemani gadis berdua itu menjejaki jambatan-jambatan di Putrajaya.

Semasa kereta buruk Pak Din tiba di perkarangan rumah ibu bapa Naz, jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mendengar enjin kereta Pak Din, Dato' Nazari dan Datin Asriah keluar menyambut tetamu mereka di beranda depan rumah.

“Tak pernah-pernah derang tunggu aku balik, malam ini pula derang menunggu,” rajuk Naz dalam hati. Menunggu si anak jutawan sebenarnya, Naz sedar diri.

Berseri-seri wajah bapanya melihat Khaalish turun dari kereta buruk Pak Din. Beria-ia dia menjemput jejaka itu masuk dulu ke rumah, walau pun ditolak lembut oleh Khaalish atas alasan sudah lewat malam.

Reham awal-awal sudah surrender, penat! Dia meminta diri naik ke atas, mahu ke bilik, mandi dan tidur.

“Alah, masuklah dulu Khaalish ke teratak buruk kami,” pujuk Dato' Nazari.

“Teratak buruk?” cemuh Naz dalam hati, bosan dengan sifat kaki bodek bapanya.

Khaalish fikir buat beberapa saat dan kemudian mengubah fikiran untuk menerima pelawaan Dato' Nazari.

“Uncle tak tahu Khaalish sekarang berkawan dengan Dora,” Dato' Nazari bermuqadimah, sebaik sahaja Khaalish melabuhkan punggungnya di sofa empuk di ruang tamu rumah bapa Naz.

Naz dan Khaalish hanya saling berpandangan, sepi tanpa jawapan.

“Terlanjur saya berjumpa Uncle dan Auntie, saya nak beritahu yang sehari dua ini saya akan minta Mummy dan Daddy datang berjumpa Uncle dan Auntie,” Khaalish membuat keputusan untuk berterus terang sahaja. Baik buka mulut sekarang, si gadis misteri pun sudah hendak ke luar negeri lagi.

Tersentak Naz dibuatnya, dalam hati, “Untuk apa?!!”

Ibu dan bapa Naz saling berpandangan, sebelum bapa Naz membuka mulut, “Untuk.....?”

“Untuk tentukan tarikh.”

Dahi Naz sudah berkerut, dalam hati, “Tarikh apa?!!”

Sekali lagi ibu bapa Naz saling berpandangan, dan sekali lagi juga bapa Naz juga yang membuka mulut, “Tarikh .....?”

“Tarikh hendak langsungkan majlis saya dan Naz.”

Dagu jatuh ke lantai, dalam tak sedar, laju sahaja keluar soalan dari mulut Naz, “Majlis apa?!!”

Kali ini mata ibu bapa Naz tertancap ke arahnya, fikir mereka “Sudah! Si Dora ni nak naik minyak ke apa?”

“Perkahwinan kita,” jawapan yang pendek, tenang dan yakin.

Buat pertama kali dalam hidupnya, Naz memahami apa yang dilalui oleh orang yang diserang penyakit sawan.