Wednesday 28 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 27 (siap)


Salam dears, wah apa ni writer's block ke apa? Bab 27 stuck punya lama. Sibuk pun iya juga. Lepas ni saya nak balik ke trick lama, tulis bab pendek2 tp update kerap2. 

Enjoy!! Miss you guys...

p/s: lupa nak cakap, nama watak Ahjan Wayuppa dah tukar jadi Ahjan Sirirat :)


Bab 27

“Khaalish, tak cukup lagikah nak temuduga saya? Saya ada tugasan yang saya perlu hantar esoklah!” komplen Reham, sudah penat kena soal siasat dek jejaka angau di Malaya.

            “Reham, kenapa awak tak nak bagi tahu saya apa yang buat Naz tidak berkenan dengan saya?” Wah! Memang sepatutnya mamat ini menjadi loyar!

            “Cubalah muhasabah diri! Fikirlah sendiri! Takkan awak tak tahu kelemahan sendiri?” Reham sudah naik bosan.

            “The girls,” hendak tak hendak terpaksa sebut juga.

            “Tahu pun! Lagi?”

            “Hah? Ada lagi kah?” terkejut betul Khaalish, bukan terkejut buat-buat.

            Reham di hujung talian Skype sudah menepuk dahi, “Wow! He’s totally clueless!” terlepas kata dari bibirnya.

            “Reham, clueless about what?”

            “Saya tak tahu bagaimana nak cakap….” serba salah juga dibuatnya Reham.

            “Reham, just spill it out,” suruh Khaalish dengan suara mendatar.

            “Betul ni? Betul awak nak tahu?”

            “Reham… kalau saya tak nak tahu tak adalah saya buang masa menyoal siasat awak,” sambung lagi dengan suara mendatarnya.

            “Sedia?”

            “Apalah benda yang teruk sangat tentang aku tu? Seriously?” Khaalish mendengus dalam hati.

            “Reham, for the last time, please?”

            “Oh, since you have said please, I’ll tell you….,” jeda sebentar, “Naz kurang senang sebab awak tak solat,” Nah! Straight to the point!

            Terkedu Khaalish! Tak terduga langsung. Dahinya berkerut.

            “So, whatcha gonna do bout it?” tanya Reham selepas jeda yang panjang.

            Dengan dahi yang masih berkerut, Khaalish menjawab, “Ikut nasihat awak…”

            “Nasihat apa?” terkejut pula Reham. “Bila pula aku bagi nasihat?” fikirnya.

            “Muhasabah diri.”

            Mendengar jawapan Khaalish, mulut Reham membentuk huruf ‘O.’

            “Okeylah Reham, terima kasih kerana bagi tahu pada saya,” dengan nada suara perlahan, Khaalish meminta diri, dahinya masih berkerut.

            “Kejap, ada perkara lagi yang saya nak bagi tahu kepada awak,” cepat-cepat Reham mencelah.

            “Hm, apa?” fikiran Khaalish sudah menerawang ke lain.

            “Buka kotak emel awak, okey. Bye!” laju Reham memberikan arahan, macam kes hit and run pun ya.

            “Okey, bye,” balas Khaalsih, dalam kepalanya merancang-rancang apa yang perlu dibuat dengan maklumat yang dikongsi oleh Reham tadi.

            “Reham ni, tak habis main-main, apa pula kali ini?”

            Jarinya laju membuka kotak emel di lap top. Emel dari Reham dibuka, ada keratan dari laman Facebook seseorang.

            “Ozgur Ozdemir…. Luang Prabang is a surprise…. A wonderful surprise,” baca Khaalish perlahan.

            Kemudian matanya terbuntang melihat gambar jejaka bernama Ozgur ini dengan….siapa lagi jika bukan si pujaan hatinya, Naz!!

- - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sekejap sahaja kotak-kotak berisi buku-buku dan lain-lain bahan yang akan digunakan untuk penyelidikan siap tersusun di dalam van yang terparkir di hadapan rumah sewa Naz. Mana tidak cepat, dah ada seorang paksarelawan. Datang menumpang rumah orang, pandai-pandailah ringankan tulang. Suka Naz bila sekali-sekala dia dapat menjadi mandor, beri arahan sahaja, semua siap. Kotak-kotak itu dikira sekali lagi, cukup!

            “Ozzie!” jerit Naz, “kotak semua dah ada. Cuma beg saja yang belum masuk.”

            Badannya dipusing untuk mencari Ozgur, namun orang lain pula yang muncul! Mulutnya ternganga, mata buntang, keningnya terjungkit ke atas.

            “Assalamualaikum,” Khaalish menyapa. Naz nampaknya sudah jadi patung cendana.

            “Alaikumsalam. Awak buat apa di sini?” baru berbunyi mulut Naz.

            “Datang jumpa awaklah.”

            “Hari ini Khamis.”

            “So?”

            “Awak tak kerja?”

            “Sekali sekala ambil cuti, tenangkan minda, cuci mata, cari bahagia…”

            Timbul senyuman kecil di bibir Naz.

            “Naz! Beg yang mana?” tiba-tiba muncul si Ozgur.

            “Ha?” Tanya Naz terpinga-pinga, terkejut berjumpa Khaalish belum habis lagi.

            “Beg…” sebut Ozgur pelan-pelan, “kan awak suruh saya ambilkan beg?”

            “Ozzie, ini Khaalish. Khaalish, ini Ozgur.”

            “Hi,” pendek Khaalish menyapa, matanya tajam merenung jejaka dari Turki itu.

            “Salam aleykum! Reham has told me about you,” sapa Ozgur pula, bibirnya sudah tersengih, entah apa dalam kepalanya.

            “Oh? Good things I hope,” terkejut sedikit Khaalish. Apa pula cerita si Reham kepada Ozgur ni?

            “Don’t worry, nothing but great things from her,” jawab Ozgur, bibir masih tersengih macam kerang busuk.

            “Ozgur, dua beg di ruang tamu. Beg kain warna putih,” Naz si mandor sudah beri arahan.

            “Baik, bos!” jawab si paksarelawan.

“Khaal, kami nak keluar buat research work…” kata Naz kepada Khaalish pula.

            “Okey, saya ikut.”

            “Nak buat apa?” Tanya Naz terkejut.

            “Hmmm….tukang angkat barang?” Khaalish pelawa diri.

            “What’s up with you? Tiba-tiba muncul tengah-tengah minggu….nak jadi tukang angkut barang?” terus terang Naz bertanya, malas nak main teka-teki.

            “Awak tak suka saya datangkah?” ada bunyi macam orang berjauh hati.

            “Khaalish, saya tak kata saya tak suka kan? Cuma, perangai awak ni pelik,” komen Naz.

            “Awak tak tahu lagikah? Kalau saya dekat dengan awak, memang saya jadi pelik,” senyuman mengusik sudah terbit di bibir.

            “Macam-macamlah awak ni!” dengus Naz. Habis nak kata apa lagi?

            Mati-mati Khaalish mahu ikut juga. Van putih itu cuma muat tujuh orang. Campur Naz, Ahjan Sirirat, Dr Surachek, pemandu dan beberapa orang pelajar dari kolej perguruan Luang Prabang, dah tak muat. Nasib baik ada dua orang lagi pelajar yang menunggang motosikal. Akhirnya Khaalish dan Ozgur menumpang motosikal pelajar-pelajar itu. Kasihan juga Naz melihat anak jutawan itu membonceng motosikal kapchai menyusuri jalan tanah merah yang berdebu.

            “Dia ni kenapa? Tiba-tiba muncul, nak ikut orang buat fieldwork lah,” hairan sungguh Naz, “harap-harap dia tutup mulut rapat-rapat. Kalau tidak, berkilo debu yang dia telan,” tersembul juga tawa kecil.

            Tiba di sekolah tempat penyelidikan dijalankan, mereka diserbu oleh kanak-kanak Laos yang jarang melihat orang luar di kampong mereka. Yang paling popular tentulah si Ozgur, dengan rambut perangnya, dengan mata koko cairnya. Jenuh dia kena kerumun. Naz pula ada sikecil yang suka tarik tudungnya, agaknya tidak pernah tengok perempuan bertudung. Khaalish pun ada peminat tersendiri. Kiri kanan tangannya dipegang kanak-kanak kecil.

Tersenyum Naz memandang, “ada juga gaya nak jadi bapa.”

Khaalish pula terpesona habis dengan cara Naz melayan kanak-kanak kecil yang asyik menarik-narik tudungnya. Sekali pun tidak gadis manis itu tidak marah. Malah dia menundukkan kepalanya dan membiarkan kanak-kanak itu membelek dan memegang tudungnya. Agaknya dia sudah terbiasa dengan kanak-kanak yang berasa pelik dengan tudungnya, kerana rupanya dia membawa sehelai lagi tudung dan dipasangkan ke kepala kanak-kanak itu seorang demi seorang. Apa lagi mengekek-ngekek mereka ketawa sambil berebut-rebut hendak memakai tudung.

Bila kelas bermula, kumpulan Ahjan Sirirat mula beraksi. Untuk membantu kanak-kanak Laos menguasai Bahasa Inggeris, Ahjan Sirirat atau Dr Surachek akan bercerita dan pelajar-pelajar dari kolej perguruan Luang Prabang akan berlakon. Kali ini pelakon import dari Turki turut serta. Apa lagi melopong kanak-kanak dalam kelas mendengar cerita. Selepas sesi bercerita, ada pula permainan yang melibatkan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang digunakan dalam cerita tadi. Kanak-kanak yang menang akan mendapat hadiah seperti pensil warna dan buku mewarna. Riuh rendah kelas jadinya. Akhir sekali kanak-kanak digalakkan untuk menyiapkan tugasan berkaitan dengan cerita yang mereka dengar tadi.
Tugas Naz sebagai juru video dan tukang ambil gambar. Sekali sekala melihat aksi terlampau Ozgur, tersembur ketawa dari mulutnya. Ah, si Ozzie, dapat perhatian dari peminat-peminat ciliknya, apa lagi, semakin hebat lakonannya.

Si mamat korporat hanya memerhati. Nak berlakon seperti Ozgur? Tidak pernah dibuat seumur hidupnya. Tapi sakit hati juga bila melihat aksi mengada-ngada si Ozgur mendapat perhatian Naz, hingga mengekeh-ngekeh ketawa si gadis pujaan!

Selepas waktu rehat, kumpulan Ahjan Sirirat beraksi di dalam kelas yang lain pula. Cerita yang lain pula dilakonkan. Kali ini mamat korporat tidak mahu ketinggalan. Ozgur menjadi tikus yang baik dan dia menjadi singa yang terperangkap. Dagu Naz sudah jatuh ke lantai! Anak jutawan ini sudah buang tebiat ke apa? Tapi jarinya cepat-cepat menekan butang kamera mengambil gambar si anak jutawan yang mengaum-ngaum jadi singa kena perangkap.

“Boleh buat bahan blackmail nih! Atau naikkan di Facebook?”



Wednesday 21 November 2012

KNK Bab 27 Teaser


ooo ketagih nak update walau pun bab nya belum siap.... sabar ye. kerja banyak sangat2!


Bab 27

“Khaalish, tak cukup lagikah nak temuduga saya? Saya ada tugasan yang saya perlu hantar esoklah!” komplen Reham, sudah penat kena soal siasat dek jejaka angau di Malaya.

            “Reham, kenapa awak tak nak bagitahu saya apa yang buat Naz tidak berkenan dengan saya?” Wah! Memang sepatutnya mamat ini jadi loyar!

            “Cubalah muhasabah diri! Fikirlah sendiri! Takkan awak tak tahu kelemahan sendiri?” Reham sudah naik bosan.

            “The girls,” hendak tak hendak terpaksa sebut juga.

            “Tahu pun! Lagi?”

            “Hah? Ada lagikah?” terkejut betul Khaalish, bukan terkejut buat-buat.

            Reham di hujung talian Skype sudah menepuk dahi, “Wow! He’s totally clueless!” terlepas kata dari bibirnya.

            “Reham, clueless about what?”

            “Saya tak tahu bagaimana nak cakap….” serba salah juga dibuatnya Reham.

            “Reham, just spill it out,” suruh Khaalish dengan suara mendatar.

            “Betulni? Betul awak nak tahu?”

            “Reham… kalau saya tak nak tahu tak adalah saya buang masa menyoalsiasat awak,” sambung lagi dengan suara mendatarnya.

            “Sedia?”

            “Apalah benda yang teruk sanga ttentang aku tu? Seriously?” Khaalish mendengus dalam hati.

            “Reham, for the last time, please?”

            “Oh, since you have said please, I’ll tell you….,”jeda sebentar, “Naz kurang senang sebab awak tak solat,” Nah! Straight to the point!

            Terkedu Khaalish! Tak terdugal angsung. Dahinya berkerut.

            “So, whatcha gonna do bout it?” tanya Reham selepas jeda yang panjang.

            Dengan dahi yang masih berkerut, Khaalish menjawab, “Ikut nasihat awak…”

            “Nasihat apa?” terkejut pula Reham.“Bila pula aku bagi nasihat?” fikirnya.

            “Muhasabah diri.”

            Mendengar jawapan Khaalish, mulut Reham membentuk huruf ‘O.’

            “Okeylah Reham, terima kasih kerana bagi tahu pada saya,” dengan nada suara perlahan, Khaalish meminta diri, dahinya masih berkerut.

            “Kejap, ada perkaral agi yang saya nak bagi tahu kepada awak,” cepat-cepat Reham mencelah.

            “Hm, apa?” fikiran Khaalish sudah menerawang ke lain.

            “Buka kotak emel awak, okey. Bye!” laju Reham memberikan arahan, macam kes hit and run pun ya.

            “Okey, bye,” balas Khaalish, dalam kepalanya merancang-rancang apa yang perlu dibuat dengan maklumat yang dikongsi oleh Reham tadi.

            “Reham ni, tak habis main-main, apa pula kali ini?”

            Jarinya laju membuka kotak emel di lap top. Emel dari Reham dibuka, ada keratan dari laman Facebook seseorang.

            “Ozgur Ozdemir…. Luang Prabang is a surprise…. A wonderful surprise,” baca Khaalish perlahan.

            Kemudian matanya terbuntang melihat gambar jejaka bernama Ozgur ini dengan….siapa lagi jika bukan si pujaan hatinya, Naz!!