Monday 24 December 2012

Tajuk tetap KNK

Salam semua,

Sorry no teaser sbb penulis sdg struggle utk siapkan manuskrip, progress agak slow....oh no!

Sementara saya berusaha untuk siapkan manuskrip, saya mohon bantuan dari teman2 untuk beri cadangan judul tetap untuk novel KISAH NAZ & KHAALISH.

Cadangan yang diterima, atau buah fikiran yang diterima akan menerima cenderahati novel KNK bila sudah diterbitkan nnt.  (Wah! penulis nampaknya macam confident yg manuskrip akan segera siap)


Berikut adalah cadangan saya:

1) KAU SEMPURNAKAN AKU

2) BELAHAN JIWAKU @ BELAHAN JIWA.

3) stay as KISAH NAZ & KHAALISH

So, what say u?

Sebarang komen atau pendapat, sangat dialu-alukan.

TQVM

Friday 21 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 37


Salam, dears....happy pun ada...sedih pun ada....KNK sudah sampai di penghujungnya bagi versi blog. Saya skrg nak tumpukan 100% kepada versi cetak sebab deadline nya beberapa hari saja lagi.


Apa pendapat kwn2? Are you happy with the twist in the tale?

Nak teaser? Entahlah...sempatkah nak berteaser? Sebab kerja pejabat saya pun menimbun. Dan hujung tahun pun ada out stn, di wiken paling akhir thn 2012 pulak tu. Sabar banyak2!

Hmmm...I am going to miss u all. Yg buat nulis citer ni seronok adalah kehadiran u all semua di blog, beri komen, lawak2, gila2 etc. Nnt bila KNK dah tak naik di blog, saya akan menulis dalam kesepian (not looking forward to it!)

Apa-apa, buzz me kat FB!



Bab 37

Pagi itu seperti pagi-pagi yang lain, Zaim Khaalish bersiap sedia ke pejabat. Dengan hanya memakai boxer, dia bercukur di bilik air. Televisyen di bilik tidur dibuka, sambil bersiap, sambil mendengar berita terkini dari seluruh dunia. Jadi sebelum keluar rumah, dia sudah tahu perkembangan dunia luar. Berita di televisyen pagi itu seperti biasa, penuh dengan cerita perang, konflik di sana sini, cerita perlarian.  Berita-berita yang ‘menceriakan pagi anda.”

“Bukan kau sorang saja yang ada masalah, Khaal,” keluh sijejaka.

Tiba-tiba telinganya menjadi tegak, terhenti tangannya yang sedang mencukur, “Apa pemberita tu kata?”

Sayup-sayup, terdengar dari peti televisyen, “…skirmishes at the borders between Thailand and Laos…”

Jantungnya berdegup, mulutnya menyebut, “sempadan Thailand dan Laos?”

Mesin cukur yang berada di tangan dicampakkan ke dalam sinki. Laju kakinya melangkah ke bilik tidur, Khaalish berdiri betul-betul di hadapan televisyen. Namun dia tidak sempat menangkap berita tadi, si pemberita sudah menyiarkan berita lain.

            “Bila Dr. Surachek kata mereka akan bertolak ke Khon Khean?” Khaalish bertanya kepada diri sendiri.

            Kalau tak salah Khaalish, semalam! Telefon pintarnya dicapai dan Khaalish cepat-cepat mencari emel dari Dr. Surachek. Walau pun dia tidak pergi menjenguk Naz lagi di Luang Prabang, tidak menelefon atau menghantar email, Khaalish sering berhubungan dengan Dr. Surachek melalui emel untuk mengetahui perkembangan terkini Naz. Pada Dr. Surachek, dipesannya jangan beritahu kepada Naz yang dia mengikuti perkembangan gadis itu. Dia berbohong sunat yang Naz tak suka!

            Ha! Emel Dr. Surachek ditemui. Sah! Mereka bertolak ke Khon Khean semalam dengan menaiki van sebab kerja-kerja penyelidikan di Luang Prabang sudah selesai. Tetapi Dr. Surachek tidak pula cakap samada mereka menyeberangi sempadan Thai-Laos semalam atau hari ini. Hatinya sudah mula tidak sedap. Jadi dicarinya laman web stesyen berita tersebut dan dicarinya tajuk-tajuk utama hari ini. Jantungnya berdegup lebih kuat bila dia membaca tentang insiden tembak menembak di antara tentera Thailand dan sekumpulan pengganas yang tidak dikenali di sempadan Thailand dan Laos.

            “Bertenang, Khaal. Gabra tak tentu pasal, apa faedahnya? Okey, sekarang telefon Dr. Surachek dulu,” Khaalish memaksa otaknya supaya rasional.

            Berkali-kali nombor telefon Dr Surachek didail, namun hanya ada suara wanita yang berbahasa Thai. Teka Khaalish wanita itu memaklumkan yang nombor didail berada di luar kawasan liputan. Pesanan dihantar melalui SMS, emel dan whatsapp, bertanyakan khabar dan meminta menelefonnya secepat mungkin.

            Sementara Khaal sibuk menaip pesanan, stesyen berita menyiarkan sekali lagi berita mengenai kejadian tembak menembak di sempadan Thailand dan Laos. Khaalish menonton dengan penuh focus, semua butiran mengenai kejadian itu disimpan kemas dalam minda. Disebabkan oleh kejadian itu, kedua-dua buah kerajaan bersetuju untuk menutup laluan keluar masuk di sempadan.

            “Naz, awak di mana ni, Sayang?” Khaalish sudah resah, kedua belah tangannya bertaut di atas kepala, “Mana nak dapat maklumat ni?”

            Universiti Khon Khean! Fakulti mana Dr. Surachek bekerja? Sains sosial! Ahjan Wayuppa? Sastera, kalau tak salah. Nombor Fakulti Sains Sosial di universiti itu didail, bila dijawab, orang di hujung sana pula tidak pandai berbahasa Inggeris. Jadi macam ayam cakap dengan itik. Gagang telefon diletakkan, dicarinya nombor lain. Pejabat Dekan, bos besar di situ! Dia pasti tahu aktiviti-aktiviti orang bawahannya.

            Nombor telefon pejabat dekan didail, Alhamdulillah, kali ini yang menjawab telefon, setiusaha dekan, lebih cekap berbahasa Inggeris. Dekan tiada dalam negara, sedang menghadiri seminar di Jepun. Setiusahanya tidak tahu samada kumpulan penyelidikan Dr. Surachek sudah pulang dari Laos. Khaalish diminta menelefon Ketua Jabatan jika mahukan maklumat itu. Sang setiusaha dengan baik hati memberikan nombor telefon bimbit Ketua Jabatan.

            Tanpa berlengah, nombor telefon bos Dr. Surachek didail. Lega Khaalish bila ianya segera dijawab. Ketua Jabatan memberitahu memang kumpulan penyelidikan Dr. Surachek sepatutnya pulang ke Khon Khean minggu ini tetapi dia tidak pasti samada awal minggu atau hujung minggu kerana Dr. Surachek tidak memberikan tarikh sebenar dia akan bertolak.

            “Siapa yang saya boleh telefon untuk dapatkan maklumat lanjut? Saya bimbangkan tunang saya,” Khaal bertanya.

            “Saya akan menelefon pejabat tentera Thailand di pos sempadan. Jika ada apa-apa maklumat, saya akan telefon awak. Selain dari itu, saya rasa awak boleh juga telefon abang Dr. Surachek, manalah tahu jika Dr. Surachek ada menelefon dia,” jawab Ketua Jabatan yang baik hati, berkali-kali Khaalish mengucapkan terima kasih.

            Nombor telefon bimbit abang Dr. Surachek diambil dan didail. Jawapannya sama, ya, Dr. Surachek akan pulang minggu ini tetapi tidak pasti tarikhnya. Selepas bercakap dengan abang Dr. Surachek, Khaalish menarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia ke bilik air, mengambil wudhu dan bersolat hajat, memohon agar Naz berada dalam keadaan selamat. Sambil berdoa, dia memejamkan matanya rapat-rapat, tidak sanggup memikirkan apa-apa kemungkinan buruk yang mungkin berlaku kepada buah hatinya.

            Usai bersolat dan berdoa, dia berasa lebih tenang, “Tak guna kau gabra, Khaal. Sikit pun tak akan membantu Naz.”

            Di kepalanya sudah jelas apa yang perlu dilakukan, telefon dicapai sekali lagi, nombor bapanya didail, “Daddy, Khaal nak ke Khon Khean, Thailand. Nak cari Naz…..”

            Tan Sri Kamaruzzaman di hujung talian pun turut berasa bimbang mendengarkan penjelasan anaknya, “Okey, Khaal, pergilah. Hal pejabat, jangan bimbang, I will brief your team. Daddy akan telefon Uncle Bahari di Wisma Putra, minta dia carikan maklumat dari Kedutaan Thailand. Apa-apa berita, Daddy akan telefon Khaal. Papa Naz pun Daddy akan telefon juga.”

            “Thanks, Daddy. Kirim salam pada Mummy ya. Khaal akan balik secepat mungkin.”

            “Khaal, jaga diri baik-baik. Bila dah jumpa Idora, bawa balik terus. Senang hati kalau dia di depan mata,” nasihat si bapa.

            “Definitely, Daddy!” jawabnya kepada bapa.

            Dalam hatinya, “Naz, kali ini, awak suka atau tidak, you are coming home with me.”

Kisah Naz & Khaalish Bab 36 (part 2)


Ahhhh...mood melankolik y'all.


Jangan dibakar blog saya ini ya!


Sy akan sambung tulis Bab 37 sebab yg 1/3 yang saya nak naikkan (the lastest to be uploaded here ok), saya nak naikkan secepat mungkin, kemudian fokus kpd Bab 38-Bab 60. Naik keter api ekpres lah kita!!


Bab 36 (bhg 2, siap)

Sungai Mekong sudah mendapat seorang penunggu yang setia. Kalau dulu Naz hanya ke tebing Sungai Mekong pada setiap hujung minggu, sekarang hampir setiap petang dia akan ke situ. Tidak menulis pun sebab ideanya entah sudah terbang ke mana.

            Pulang dari Kuala Lumpur tempoh hari, hatinya bagaikan kebas, tidak terasa apa-apa. Dua, tiga hari begitu, makan tak lalu, tidur tak lena. Pada hari ketiga, dia sudah tidak tahan, lalu dia ke tebing Sungai Mekong dan di situ air matanya mengalir sederas sungai itu. Pada hari ketiga, dia sudah tidak mampu menipu diri sendiri lagi, perasaan kasih, cinta, rindu mencurah-curah masuk ke dalam kalbunya.

            “I love you, Zaim Khaalish, but in all honesty, I don’t think I will be happy with you,” bisiknya kepada diri sendiri, sambil air mata berjujuran di pipi.

            Lalu difikirkan beberapa strategi untuk melupakan jejaka yang bernama Zaim Khaalish. Kerja, kerja dan kerja, sehinggakan Ahjan Sirirat dan Dr Surachek terpaksa menyuruh dia untuk slow down. Sangka mereka Naz mahu segera menyiapkan projek penyelidikan mereka kerana mahu pulang bernikah dengan Zaim Khaalish. Mendengar tekaan mereka, Naz hanya mampu tersenyum hambar.

            Kerja juga tidak mampu melenyapkan wajah Khaalish dari ingatan Naz. Sudah menjadi ritual pula, sebelum tidur, tiket terbuka penerbangan Luang Prabang-Bangkok-KL di renung-renung. Diikuti dengan keluhan lemah, tiket disimpan di dalam laci meja, dan lampu ditutup.

            “Kan bagus kalau ada suis macam suis lampu yang boleh aku tekan, kemudian terus lupa tentang dia,” keluh Naz atas katil.

            Segala jaringan sosial di internet ditutupnya; Facebook, Skype, Google Hangout, Whatsapp. Pantang dipasang sahaja, si kaki leter, Reham akan menyergahnya.

            “Naz, you are self-destructing, macam mesin pesanan suara dalam filem Mission Impossible tu,” Reham mula berkhutbah.

            “Reham, boleh tak kita cakap pasal benda lain?” balas Naz malas.

            “Habibti, awak bernasib baik tahu, kita ni jauh beribu-ribu batu. Kalau saya di sana, sudah lama saya ketuk awak sampai pengsan dan bawa awak menikah dengan Khaalish.”

            “Sahkah pernikahan orang yang sedah pengsan?” nak berbincang tentang hukum Feqah konon.

            Reham sudah menjuling ke langit, sambungnya lelah, “Apa yang awak takutkan, Naz?”

            “Reham, deep down inside, my feeling is telling me that what we have will not last,” Naz cuba untuk buat Reham faham.

            “That feeling, do you know what it’s called?” Reham pasang perangkap.

            “What?” tanya si lurus.

            “Fear.” Straight-to-the-point!

            “Reham, I am being realistic. Kalau saya dah yakin yang kami tidak boleh kekal bahagia, buat apa nak cuba?”

            “Naz, when are you going to realize? Four years ago, Khaalish was the worst thing that could have happened to you. But now, he’s the best thing in your life,” Reham sudah naik geram dengan Naz yang keras hati.

            “Empat tahun dari sekarang?” Naz mencabar, “will he still be the best thing in my life?”

            “Habibti, kita tak boleh hidup dengan takutkan apa yang akan berlaku. Ya, semuanya Tuhan sudah tentukan. Tapi kan Tuhan suruh kita berusaha. Marry him and make the marriage work,” nasihat Reham.

            “If it doesn’t work? What if he breaks my heart into small tiny pieces?” air mata sudah meleleh di pipi Naz.

            “Number one, he’s a sweetie, he won’t break your heart. Kalau awak masih tak sedar hingga sekarang, awak memanglah buta. Number two, if he does, you can proudly say that you have given it your best shot, pick up the pieces of your heart and go explore the corners of the world that you have always wanted to. Berjuta-juta manusia patah hati,  tak mati pun mereka. Tapi awak yang hidup ni pula, nak biarkan hati awak mati. Kalau hati awak mati, awak buatlah apa pun, awak takkan gembira.”

            Naz yang ralit memandang Sungai Mekong, teringat-ingat kata-kata Reham, “Cis, awek Arab tu sumpahkan aku ke?”

            Sebab sekarang memang buat apa pun dia tak rasa gembira. Difikir-fikirnya, “When was the last time I felt happy?”

            Jenuh juga memikirkan jawapannya.

    Kalau dulu, duduk di tebing Sungai Mekong boleh bikin hatinya tenang, sekarang hatinya rasa kosong, sekosong Gurun Namib yang dia lawati tahun lalu. Mata Naz tertancap ke Sungai Mekong, bagaikan mencari jawapan kepada masalah hatinya di situ. Sungai Mekong mengalir deras, tidak pernah berhenti. Sentiasa mengalir, merentasi gunung, dataran, kampong, pekan.

  Air yang mengalir itu mengingatkan Naz kepada kata-kata seorang penulis, “Don’t stay in one place too long. It was the only way to stay ahead of sadness.”

            “Sorry, Luang Prabang, it’s time for me to move on.”

             

Thursday 20 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 36 (part 1)


Semalam hanya sempat siapkan separuh shj. Nnt sy cuba siapkan separuh lagi malam ni ye.

Siapa ek yg kata Bab 36 ni minta cool down sikit? Wanie kut. So mmg bab ni cooling down part.

But be warned, Bab 37 is something else. Bab 37 sy plan nak naikkan may be 1/3 sj, then I have to focus on finishing the manuscript!

Err...boleh caya ke saya boleh siapkan manuscript?



Bab 36

Mata Tan Sri Kamaruzzaman tidak lepas-lepas memandang ke arah wajah anaknya. Kasihan! Bapa mana yang tak sayangkan anak. Anak tunggal pula tu. Sakit anak, bapa pun rasa. Dicarikan ubat, dicarikan doktor. Anak kecewa? Anak putus cinta? Nak tolong carikan ganti? Kes Nazrahani Idora ini tak sama macam kes Ilsa, buah hati pertama Zaim Khaalish. Dulu lepas putus dengan Ilsa, tanpa lengah Khaalish mula keluar dengan gadis-gadis lain. Hingga pening Tan Sri Kamaruzzaman hendak keep up dengan teman-teman wanita anaknya. Tak sempat nak ingat nama, sudah keluar dengan yang lain pula.

            Tapi kali ini, putus dengan Nazrahani Idora, tak sekali pun Khaalish keluar dengan mana-mana wanita. Mana dia tahu? Ha! Puan Sri Freida ada rangkaian spy yang mantap di pejabat anaknya. Sepanjang hari Khaalish hanya kerja, kerja, kerja. Sehingga perlu dihalau pulang oleh Daddynya. Hujung minggu, kata spy Puan Sri Freida, anaknya ke kuliah ugama pada hari Sabtu dan ke kelab golf pada hari Ahad.

“Kuliah ugama? Sejak bila?” tertanya-tanya Tan Sri Kamaruzzaman dalam hati, “Krisis Nazrahani Idora ini ada juga hikmahnya.”

            “Khaal, dah berapa lama tak pergi jenguk Idora di Luang Prabang?” Tan Sri Kamaruzzaman membuka topik.

            Khaalish yang sedang bersedia untuk menghayun kayu golf terhenti seketika. Agak terpempan dengan soalan Daddynya. Tumpuannya kembali kepada bola golf. Kayu golf dihayun.

            “Dua bulan setengah,” jawab Khaalish sambil matanya melekap pada bola golf yang sudah terbang.

            “Kenapa tak pergi jenguk dia?” Tan Sri Kamaruzzaman menduga anak tunggalnya.

            “I’m giving her space,” jawab Khaalish tenang sambil menunggu bapanya pula untuk membuat pukulan.

            “Space? Bunyi macam orang mengaku kalah saja? Love is just like business, you see what you want, you go get what you want,” Tan Sri Kamaruzzaman berkongsi falsafah hidupnya yang mudah dan straight to the point.

            “She’s not like most girls. They are easily hooked with expensive gifts, jewelleries, good time,” balas Khaalish dengan suara yang bosan.

            “How do you plan to hook a girl like her, then?” bapanya menduga lagi.

            “Kesabaran dan kesetiaan,” jawab si anak, plop! bola yang dipukul bapa sudah masuk bunker.

Tan Sri Kamaruzzaman hanya ketawa, “Bunyi macam Rukun Negara pula.”

            Khaalish sendiri tidak dapat menahan diri dari tersengih.

            “Pendapat Daddy, kalau Khaal nak terimalah. Sabar dan setia saja tak cukup. Perlu gandakan usaha,” nasihat si bapa yang terkenal dengan sikap workaholicnya.

            “Gandakan usaha pun sudah, Daddy.”

            “By staying here, while she is there?” tanya bapanya hairan.

            “Usaha secara berdoa, solat hajat. Kalau dia baik untuk Khaal dan Khaal baik untuk dia, InsyaAllah, Allah akan makbulkan doa Khaal,” kata Khaalish yang sudah melangkah ke arah bunker.

            Terpegun juga Tan Sri Kamaruzzaman dengan anaknya. Tak sangka dalam tempoh dua bulan setengah sahaja anaknya sudah berubah. Sudah pandai bercakap tentang doa dan solat, dengan penuh yakin pula tu.

            “Kan aku dah kata, aku suka budak Idora tu,” kata Tan Sri Kamaruzzaman kepada dirinya sendiri.


Seperti biasa Tan Sri Kamaruzzaman dikalahkan oleh anaknya lagi, seperti minggu-minggu sebelumnya.  Sedikit pun dia tak kisah kalah main golf;  dapat luangkan masa dengan anak, berbincang tentang masalah, merapatkan hubungan, itu yang penting.

            Usai permainan, mereka mandi di bilik persalinan, kemudian naik ke atas ke bilik khas yang mereka tempah setiap hujung minggu. Puan Sri Freida sudah lama menunggu. Kaki tangan kelab menghidangkan juadah makan tengahari, selalunya makanan Barat sebab itulah kepakaran cef di kelab itu.

            Anak dan bapa bermain golf di pagi Ahad, diikuti dengan makan tengahari sekeluarga di kelab sudah menjadi rutin mingguan keluarga Tan Sri Kamaruzzaman. Kesibukan bekerja sepanjang minggu menyebabkan mereka kadang-kadang susah untuk berjumpa, tambahan pula bila Khaalish berpindah ke penthousenya tiga tahun yang lalu.

            Bila Khaalish mula terbang menjejaki Nazrahani Idora di Luang Prabang dua minggu sekali, Puan Sri Freida sakit hati bukan kepalang. Sudahlah anak seorang sahaja, angau hingga terbang ke entah ceruk mana. Tinggallah dia suami isteri tercotok-cotok makan tengahari berdua di kelab. Sangka Puan Sri Freida, bila Khaalish tidak lagi terbang ke Laos, tentulah dia akan gembira kerana mereka sekeluarga dapat meluangkan masa bersama-sama setiap hujung minggu. Tapi bila dia melihat anaknya sekarang yang banyak diam dan tidak ceria, Puan Sri Freida tersedar yang dia sudah tersilap. Macam mana tak sedar, suaminya entah berapa ratus kali menyatakan Nazrahani Idora adalah calon isteri terbaik untuk anak mereka. Hampir setiap hari mereka bercakap tentang buah hati anak tunggal mereka itu.

            “Tak ada apa yang menarik tentang dia, pakaiannya memalukan, tiada gaya langsung. Mekap pun tak pakai, kalau dia tu natural beauty, satu hallah juga, ” hujah Puan Sri Freida mengenai Naz.

            “Dia bijak, awak tak baca buku-bukunya. Dia matang, tidak mudah melatah. Yang penting Khaalish sayangkan dia dan yang lebih penting lagi, saya rasa dia boleh bersabar dengan kerenah awak,” selamba sahaja balas Tan Sri Kamaruzzaman.

            “Bandingkan dia dengan Ilsa yang kebudak-budakan, yang bertindak tanpa berfikir, yang langsung tak mahu beralah dengan awak, yang fikir Khaalish hanya miliknya seorang,” sambung suaminya, mengingatkan Puan Sri Freida tentang mimpi ngerinya yang bernama Ilsa.

            “Bandingkan juga dengan girl friends Khaalish dulu, ada yang bijak, kurang agama; ada yang cantik, kurang sopan; ada yang baik, lembap pula. Pasal Idora’s grooming, eh, awak kan pakar tentang grooming, takkan menantu sendiri tak boleh dibantu? Luaran boleh ditukar Manja, dalam tu yang susah,” nak tukar pendirian isterinya kena ada unsur-unsur bodek.

Sudah berpuluh tahun berkahwin dengan Freida Dato’ Sulaiman, dia sudah masak dengan perangai isterinya. Puan Sri Freida menimbang-nimbang kata-kata suaminya. Matanya menjuling ke langit bila dia teringatkan girl friends Khaalish yang berderet-deret. 90% plastik! Kalau Khaalish tu bukan anak jutawan, hanya anak pemandu lori, apa mereka masih tergila-gilakan Khaalish?

            “Saya suka apa yang dia katakan hari tu, Manja. Bila Khaal kahwin, kita bukan hilang anak lelaki. Tapi kita dapat anak perempuan. Saya fikir-fikir, kalau saya ada anak perempuan, saya nak yang macam Idora tu,” kata Tan Sri Kamaruzzaman sambil tersenyum mengenangkan gadis yang manis tingkah lakunya.

            Puan Sri Freida memandang anak tunggalnya makan. Chicken cordon bleu di kelab itu amat terkenal keenakannya. Khaalish makan macam tidak berselera. Nampak gayanya, penangan Idora tidak sama dengan penangan Ilsa.

            “Khaal,” Puan Sri Freida membuka mulut.

            Khaalish memanggung kepala, memandang ibunya.

            “Mummy minta maaf pasal Idora,” walau pun susah, diucapkan juga.

            “Bukan salah Mummy,” santai balasan Khaalish.

            “Mummy terlalu keras dengan dia…”

            “Mummy, dia pergi bukan kerana Mummy, tapi kerana Khaal,” anaknya berterus terang, kasihan ibunya yang berasa bersalah.

            “Mummy dah takutkan dia…”

            “Mummy, seriously, she has problems with me, not you,” balas Khaalish sambil menggenggam jari jemari ibunya.

            “Susah Mummy nak percaya, anak Mummy ni perfect package, apa lagi yang Idora nak?” timbul semula rasa tak puas hati Puan Sri Freida terhadap Naz.

            “Tak memenuhi spesifikasi, Mummy,” cubaan Khaalish untuk berjenaka namun hanya senyum tawar yang muncul di bibirnya.

            Kepala Tan Sri Kamaruzzaman terteleng ke sebelah, isterinya pula menjungkitkan kening.

            Sedar ibu bapanya mahukan penjelasan, Khaalish menyambung, “Dia nak suami yang tak tinggal solat, suami yang tak ada girlfriends.”

            Laju ibunya membalas, “You have not been out with anybody in ages. Dan sekarang Mummy tengok Khaal tak tinggal sembahyang.”

            “I’m trying my best, Mummy,” pendek saja jawapan Khaalish.

            “But does she know this?”

            “Allah tahu, Mummy. And Allah knows best,” tenang Khaalish menjawab sambil menyuap makanan.

            “Tak macam Ilsa dulu,” bisik hati si ibu.