Tuesday 25 June 2013

Teaser seciput SF


Teaser seciput, sebab tulisnya pun seciput sahaja. Bila SF nak siap, jawapannya... saya pun tak tahu. Harap-harap bulan Ramadhan ini, ofis saya tak sibuk sangat...



Yun masuk lagi ke ruang tamu, kali ini menatang dulang berisi kek dan bihun. Sekali lagi Dzalia bingkas membantu. Tanpa dirancang mata Fayqa bertembung dengan mata Dzureen, terbit senyuman sinis di bibir mereka. Secara automatik mata mereka bergerak ke arah Khairul Izwan yang matanya tidak lepas merenung si gadis yang tekun menyendukkan bihun ke dalam pinggan. Serentak pecah tawa kecil di bibir Fayqa dan Dzureen. Terpinga-pinga semua orang dibuatnya. Hai, tadi bukan main marah si Fayqa, sekarang bergelak ketawa pula dengan si Dzureen. Apa yang melucukan? Budak-budak perempuan ni, entah apa-apalah dalam kepala mereka!

Sunday 23 June 2013

Dia Seadanya Bab 2


Minta maaf bagi yang menanti Fayqa. Manuskripnya sedang diusahakan. (Rasa cam nak ambik cuti dan tulis Fayqa sampai habis). 

Ini citer Em dan Tareq. Terus bab 2, tak de bab 1b. Kan saya kt sy weng these days, LOL!



Bab 2



Matanya tidak dapat mengelak dari mengerling ke arah si gadis yang sibuk menghidangkan makanan. Tekun sekali dia bekerja. Tergarit lagi senyuman di bibir Tareq. Tahu si gadis tekun bekerja sambil tekun menyekolahkan mata agar mengelak bertembung dengan mata Tareq. Belum habis hilang lagi merah di pipi. Bukan merah dek kerana palitan alat solek. Tapi merah dek kerana malu terlajak cakap tadi. Semakin lebar senyuman sang teruna mengingatkan tingkah Emmalyn pabila tersedar yang tuan punya badan terdengar tuduhan sumbangnya.

            Masih ada gadis yang tersipu-sipu malu di Tanah Melayu ini ye? Tareq sendiri sudah tidak ingat bagaimana biasanya tingkah laku gadis Melayu. Maklumlah sudah hampir sembilan tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air. Kalau disebut gadis Melayu, yang terakhir sekali pernah dia rapat adalah Inessa. Dan kerana Inessalah dia tidak pulang ke kampong halaman sejak tamat belajar di U.K. enam tahun dulu.

            “Sampai bila kau nak ingatkan Inessa, Tareq? She is hostory, why not focus on this blushing one?”

            “Mana si Melin ni?” tanya Uda Jah yang sudah mengambil tempat duduk semeja dengan keluarganya, “Melin! Melin! Sini!”

            Semua mata tertumpu ke arah Emmalyn, semua bibir tersenyum simpul. Tersedar Tareq yang seisi keluarga besar Emmalyn sudah tahu usaha “murni” Uda Jah untuk memadankan Emmalyn dengannya. Semakin merah pipi gadis itu. Terbit pula rasa simpati Tareq kepada Emmalyn, juga rasa bersalah. Dek kerana ibu sudah tidak tahan berjauhan dengannya, gadis ini dijadikan ‘denak’ untuk menjinakkannya pulang ke kandang.

            Malu namanya dijerit berkali-kali oleh Uda Jah yang bersuara lantang tanpa perlu menggunakan hailer, mahu tak mahu, Emmalyn melangkah ke meja keluarga Tareq. Matanya teguh mengelak bertembung dengan mata Tareq.

            “Melin, ini meja Anjang Asmah ni belum ada nasi. Tolong ambilkan,” arah Uda Jah. Patuh tanpa kata Emmalyn mendapatkan semangkuk besar nasi, lalu disendukkan ke dalam pinggan Anjang Asmah suami isteri, Tareq dan Uda Jah.

            “Sendukkan pinggan kamu sekali, Melin,” Uda Jah mengarah lagi, “duduk sekali di sini. Kamu ni, bukan selalu Anjang Asmah datang, cubalah duduk bersogheh-sogheh dengan dia. Onyang Anjang ni sepancaran dengan onyang bapa kamu tahu.”

            Disuruh sendukkan nasi, Emmalyn sendukkan. Disuruh duduk, dia duduk. Sebab dia tahu kalau dia tak ikut, ‘hailer’ Uda Jah akan keluar. Tapi bab-bab bersogheh tentang susur galur keluarga besarnya, Emmalyn awal-awal surrender. Selepas sekolah rendah, dia menyambung pelajaran ke sekolah menengah berasrama di Johor Baharu. Selepas  SPM, sambung buat A-Levels di Rawang. Maka sejak berusia 12 tahun, dia cuma pulang ke Ipoh untuk bercuti.

            “Melin kerja dengan Andak Usop ke?” tanya Hajjah Asmah.

            Oh! Sesi interview menantu sudah bermula, Emmalyn. Pay attention! Satu demi satu soalan dilontarkan kepada Emmalyn. Satu demi satu jugalah yang dijawabnya, tak kurang, tak lebih. Sekali sekala Hajjah Asmah menyelitkan maklumat mengenai Tareq, sekolah di mana, sambung belajar di mana dan sekarang bekerja di mana. Kiranya sesi berkenal-kenallah, tanpa Emmalyn atau Tareq yang bertanyakan soalan.

            Sambil menjawap soalan-soalan Hajjah Asmah, Emmalyn berkira-kira apa strategi yang patut dia ambil. Fikir punya fikir, dia buat keputusan tak perlu strategi apa-apa. Bukannya Tareq berminat dengan dia pun. Macam bapanya, Haji Sulaiman, Tareq hanya diam seribu bahasa, sekali sekala menjawab bila ditanya ibunya. So, Emmalyn, jawab sahaja soalan-soalan dengan hormat dan senyum. Lepas ini Hajjah Asmah sekeluarga balik ke rumah, selesailah sesi telangkai Uda Jah ini. The end.

            Usai makan, Emmalyn bersama-sama sepupu sepapatnya membantu mengemaskan meja. Nanti selepas zohor, pihak sebelah lelaki akan datang dan akan dihidangkan makan tengahari selepas upacara pertunangan. Bila terdengar azan zohor, ahli keluarga lelaki terus mendirikan solat berjemaah di ruang tamu rumah bapa saudaranya. Kemudian, orang dapur sibuk menyiapkan pinggan mangkuk untuk tetamu, sementara ibu-ibu saudara termasuk Uda Jah dan Hajjah Asmah sibuk membantu dengan persediaan hantaran.

Elok siap sahaja persediaan, rombongan pihak lelaki tiba dan disambut oleh ahli keluarga Emmalyn. Mereka dijemput masuk untuk upacara peminangan. Malas Emmalyn untuk turut masuk ke dalam. Nak buat apa? Nak buat sibuk-sibuk dengan barang hantaran? Dengan si anak dara? Sudah cukup ramai ‘pakar’ di dalam. Tambahan pula kalau nampak batang hidungnya, tentulah nanti ada komen-komen ‘bernas’…. Haa… hujung tahun giliran kamu pula, Melin! Hmph! Baik duduk di luar ini sahaja.

Punggungnya dilabuhkan dan telefon pintarnya dibelek. Kawan baiknya, Nawwal Husna, sejak berkahwin ni banyak berubah. Risau dia dan Faith, kawan baik mereka seorang lagi yang lebih dikenali dengan nama mesra Pet. Jadinya dia dan Pet asyik berbincang tentang Nawwal Husna. Pet di Kuala Lumpur setia memberikan perkembangan terkini pengantin baru itu.

Sedang asyik membelek telefon, ada pula yang menegur, “Tak masuk ke dalam?”

Kepala dipanggungkan. Oh! Jejaka Alpha Male dari Tanah Arab. “Tak,” jawapan pendek seperti kebiasaan Emmalyn.

Kerusi berdekatan Emmalyn ditarik Tareq dan dia melabuhkan punggungnya di situ. Aik! Nak beramah mesra pula ke? Hairan Emmalyn.

“Kenapa tak masuk?”

“Dah cukup ramai kat dalam tu.”
“Maaflah, kalau soalan-soalan Ibu saya merimaskan awak,” perlu juga Tareq membuka mulut tentang hal ini kerana memang panjang lebar sesi soal jawab Hajjah Asmah tadi. Kagum juga Tareq melihat Emmalyn melayan soalan-soalan ibunya dengan penuh hormat dan sabar.

“Tak apa.”

“Betul tak apa?” soal Tareq sekali lagi.

“No harm done,” jawab Emmalyn ringkas. Tapi itu yang sebetulnya kan? Orang tanya jawab sahajalah, habis cerita. Tak perlu emo-emo.

“Panjang lebar ibu saya bertanya tadi,” balas Tareq bagai belum puas meminta maaf.

“Saudara mara kita memang macam tu, kan? Itulah bersogheh namanya,” jawab Emmalyn dengan senyuman kecil.

Terpesona Tareq seketika. Gadis di sebelahnya ini memang terlalu sederhana, tiada apa-apa yang istimewa tentangnya. Tetapi personalitinya agak menarik, humor pun ada.

“Bersogheh… itu perkataan orang Perak ke? Saya tak pernah dengar sebelum ini,” bertanya soalan untuk memanjangkan sembang.

“For sure bukan perkataan orang Arab kan?” balas si gadis dengan senyuman kecil.

Ha! Tu ha! She has wit! Gadis ini buka mulut hanya untuk menjawab yang wajib tapi dengan ayat yang pendek pun terserlah kecerdasannya. Menghiburkan.

“That’s for sure,” jawab Tareq, senyuman sudah lebar di bibir dan dibalas Emmalyn dengan senyuman yang semakin mesra.

“Tak cari kerja di KL?” Hmm, ini sambungan sesi interview pilih menantu ke?

“Tak.”

Jawapannya sentiasa pendek, terpaksalah ditanya lagi, “Kenapa?”

“Nak duduk celah ketiak emak puas-puas.”

Jawapan pendek itu disambut dengan ketawa kecil Tareq.

“Iyalah, orang baru balik dari luar negara, tentulah nak berkepit dengan emakkan, nak melepaskan rindu,” komen mengusik dari Tareq.

“Awak habis belajar kat U.K. dulu terus bekerja di Qatar?”

Soalannya mudah sahaja, tapi sesak juga dada Tareq untuk menjawab. Chilllah, bro. Dia Tanya soalan biasa saja. Bukan ada makna tersirat apa-apa. “Hmm hmm.”

“No wonderlah Anjang Asmah nak suruh awak balik. Nak suruh awak duduk celah ketiak dia.” Senyuman dikongsi lagi.

“Ibu bimbang nanti saya jadi bujang terlajak.”

Kali ini senyuman Tareq tidak disambut Emmalyn. Hanya renungan dengan kerutan kecil di dahi. Tareq menjungkitkan kedua belah keningnya. Dibalas Emmalyn dengan mengangkat kedua belah bahunya, membikin Tareq ingin tahu apa dalam minda gadis di sebelahnya ini.

“Apa?”

“Itukan pilihan sendiri?” Nak kahwin cari sajalah calon, awak lelaki, apa susah?

“Yup, susah nak jumpa calon yang sesuai.” Sekali lagi jawapan Tareq disambut dengan kerutan kecil di dahi Emmalyn.

“Apa?” sekali lagi.

“Hard to believe.”

“Apa yang hard to believe?” Hailah awek ni, cakap sekerat-sekerat, cubalah cakap habis satu-satu ayat.

“Dengan rupa awak, susahkah nak cari calon?” ha! Ambik kau, tanya lagi!

Wah! Dia ni direct habis. Timbul pula keinginan di hati Tareq untuk sama direct seperti Emmalyn.

“Entah, saya tak berkenan dengan wanita Arab.”  Berkerut lagi kening Emmalyn.

“Emmalyn, cakap sajalah apa awak nak cakap. Awak berkerut kening bukan saya faham” sambung Tareq.

“Pilihan awak terhad dengan wanita Arab sahajakah?”

Tersembur ketawa Tareq. Padan muka aku, dah suruh dia cakap sahaja, sekarang terima sajalah.

“Lebih mudah bagi orang lelaki. Kalau nak kahwin cari sahaja calonnya,” itulah Emmalyn, tiada berselindung-selindung, tiada berbelit-belit. Nak kahwin carilah calon, settled!

“Kalau orang perempuan?” Ayat mencabar kerana terasa diri tercabar.

“Masyarakat kita juga yang cipta pepatah perigi mencari timba.”

“Sekarang kan dah ada pili air, pulas buka sajakan?” Gotcha, bisik sang teruna.

“Pulas buka? Tak semudah itu….,” balas Emmalyn perlahan. Jawapan yang lemah, tapi itulah sebetulnya.

“Kan? Tak semudah itu,” suka juga hati Tareq bila dia berjaya membuat Emmalyn mengalah.

“Tapi tak juga susah, melainkan kalau diri sendiri yang buat jadi susah.” Oh tak mahu mengalah dia.

“Macam mana nak buat supaya tidak jadi susah?” cabar Tareq. Cakap senanglah, cik adik oi!

“Berkenal dulu, kalau sesuai, take the next step. Kalau tak sesuai, stay as friends.”

Amboi, cik adik? Ye ke senang macam tu? Belum puas mencabar, soalan ditanya, “Emmalyn, esok awak free?”

Oh my! Terkedu cik-adik-buat-bagi-senang.

Wednesday 19 June 2013

Dia Seadanya Bab 1a


Ini cerita Emmalyn (best friend Una PMS) dan Tareq. Tajuknya Dia Seadanya.
Seteguh Fayqa? Belum bergerak pun. Ye, mmg saya teruk sangat!
Bila SF nak siap? Hmm setakat ni belum ada jawapan. Bila nak sambung DS? Pun belum ada jawapan....

Sorry ye, to leave you all hanging like this... tapi cenggitulah hidup saya sekarang....hanging. So, let's hang together!!



Dia Seadanya Bab 1a



“Nak tumpang solat, kat mana ye?”

“Eh solat apa pukul 11 tengahari ni?” belum sempat tapis, soalan sudah tersembul.

“Solat Dhuha.”

“Oh,” respon automatik dari Emil, bibir sudah tersenyum lebar. Tanpa berlengah dia mengajak lelaki berbadan tegap itu naik ke tingkat atas rumah Ayah Ngahnya dan dibawa masuk ke dalam bilik Ikmal, anak bongsu Ayah Ngah.

“Bilik air kat situ,” tangan digawang ke arah pintu bilik air, kemudian diambilnya sejadah lalu ditebarkan ke atas lantai.

“Terima kasih,” ucapan bersama huluran tangan untuk bersalam.

“Sama-sama,” jawab Emil, salam disambut, lalu melangkah keluar.

Sambil merapatkan pintu bilik tidur Ikmal, dia teringatkan Emmalyn, “He he he, kali ini kau dapat Pak Arab Ya Habibi, rajin solat pulak tu, nak tolak jugak ke? Mat motor besar, kau tak ngam. Anak manja mak, kau tak berkenan. Ini saudagar minyak, badan tough, muka macam pelakon drama ….. kalau kau tolak juga adik, kena bawa pergi periksa matalah nampaknya.

Sengih belum habis, sudah kena sergah dengan kakak sepupu, “Emet, kau pergi mana? Mak Lang cari, nak minta kau pergi ambil talam kat rumah Olong Besah.”

“Ler, Melin kan ada, suruh ajalah dia pergi, semuanya aku. Kalau gini, tiap kali sepupu bertunang, aku yang patah pinggang!”

“Ish, usah kacau Melin, hari ni dia kena jadi perempuan Melayu terakhir. Kan Uda Jah nak kenalkan dia dengan anak best friend dia? Udah sampai orang itu, Melin sibuk melayan tu.”

“Mati kejung ler Melin, kena berlakon ayu!” selamba Emil mengutuk adik sendiri.

“Kau ni, Met, mengutuk Melin je kerjanya. Bukan nak bagi moral support,” marah Rukayyah, si kakak sepupu.

“Moral support ke apa, Kak Yah. Lepas satu, satu, dia tolak. Aku yang nengok pun penat.”

“Habis tu kalau tak berkenan, takkan nak terima jugak kut,” Rukayyah cuba menyokong Emmalyn.

“Tak pe Kak Yah. Aku rasa kali ni dia berkenan,” kata Emil separa berbisik, bibir sudah tersengih-sengih.

“Napa? Hemsem ke?” tanya Rukayyah, perkataan handsome disebut ‘hemsem’ gaya Opah dulu.

“Ish, lebih dari hemsem, Kak Yah. Akak belum tengok ke?” seronok Emil tengok kakak sepupunya sudah teruja.

“Belum, akak ada kat dapur tadi masa deme sampai.”

“Ada kat atas kak. Kat bilik Ikmal, tengah solat Dhuha.”

“Ooo, solat Dhuha…. Berganda-ganda naik saham ni,” balas Rukayyah, sudah terhinggut-hinggut ketawa bersama Emil.

“Kak, aku bet jadi kali ni kak,” yakin Emil buat pernyataan sambil menjungkit-jungkitkan kening.

“Melangkah bendul lah si Melin,” usik Rukayyah.

“Dengan rela hati kak. Tapi nanti aku dapat cincin, kan?”

“Ceh!” hinggap penampar sedas ke bahu Emil, “cincin ke hapa, Met, kamu tu jantan, bukan orang perempuan!”

Terhinggut-hinggut Emil ketawa, “Aku nak juga kak. Kalau tak dapat, jangan harap dia nak dapat adik aku.”


“LAAAAA…. di sini rupanya kamu Melin? Jenuh Uda mencari! Kan Uda suruh kamu tengok-tengokkan kawan Uda tu, yang kamu menyorok di sini apa ke halnya?”


Aiseh, sampai ke atas ni Uda datang mencari aku? Bukan dia sakit lututkah? Larat pulak panjat tangga naik ke atas ni…

“Melin pergi bilik air, Uda,” bohong sunat, walhal dari tadi dia duduk melepak diam-diam di ruang keluarga di tingkat atas rumah Ayah Ngah. Menyorok dari Uda Jah dan best friendnya.

“Udah tu, turunlah. Deme tu datang nak tengok kamu!”

Astaga, Uda Jah ni….. kenapa tak ambil saja hailer Mak Ngah dan buat saja pengumuman, biar satu taman ni dengar…. Hajjah Asmah datang nak recce si Melin, nak buat menantu! Haish!

“Panaslah kat bawah khemah tu, Uda. Melin nak duduk bawah kipas ni kejap,” bohong sunat lagi.

“Alah… tahanlah panas kejap. Bukannya boleh pengsan. Kamu ni tak reti ke nak mengambil hati best friend Uda tu, untung-untung jadi mak mertua kamu!”

Untung-untung? Ke rugi-rugi? Tanya dalam hati sajalah. Mana boleh tanya pada Uda, kecil hati mak sedara kesayangannya nanti.

“Uda ni…. seganlah!”

“Lerrr… segan kenapa? Nak dirikan masjid, bukannya buat maksiat!”

Tu dia! Kuatnya suara Uda… memang tak payah pakai hailer sekolah Mak Ngah. Nasib baiklah semua orang sibuk di tingkat bawah. Kalau tidak buat malu saja.

Melihat Emmalyn tidak menjawab, Khadijah menyambung, “Kamu tak tengok kah Melin, segak budak Tareq tu, kalah Fahrin Ahmad….”

Emmalyn berpura-pura menggaru hidungnya, nak tutup mulutnya yang tersengih mendengar mak saudara menyebut nama pelakon terkenal itu. Uda Jah, pelakon-pelakon di Malaysia semuanya dia ingat, pelakon-pelakon luar negara pun dia ingat. Sejak Uda Tamrin meninggal lapan tahun dahulu, dan kerana tiada zuriat, hidup ibu saudaranya itu kesepian. Lalu segala drama di TV dihadapnya.

“Betul tak Uda kata? Lagi segak dia dari Fahrin Ahmad kan?” nak juga Khadijah mendengar jawapan si Emmalyn.

“Haah, Uda,” jawab Emmalyn dengan patuh. Di kepalanya terbayang wajah Tareq yang sempat dijelingnya sekejap tadi.

Lebar senyuman Khadijah, “Ha… Uda, kalau nak cari calon untuk kamu, tentu yang bagus-baguskan? Kamu tu je Melin, memilih sangat!”

Bagus-bagus? Laju ingatannya hinggap kepada Eddie, si mamat motor besar, calon pertama yang dikenalkan Uda Jah dua bulan selepas dia balik dari Southampton. Nak bertenggek di belakang motor besar yang berdesup 210 kilometer sejam di atas lebuh raya? Eee, baiklah aku sayangkan nyawa aku sendiri. Dahlah awal-awal lagi mamat tu dah sound, naik motor seeloknya jangan pakai seluar baggy sebab nanti seluar tersepit di celah tayar motor. Haish! Nak pakai seluar ketat-ketat, tayang bontot kat semua orang atas highway tu? Eeee……. Idak lerr aku desperate benor nak cari laki!

Calon kedua, Hafizi, si anak manja Mak. Nak buat apa pun kena tanya Mak dulu. Tak apalah kalau dia nak jadi anak yang soleh, go ahead. Tapi masalahnya dengan Emmalyn sendiri kena ikut cara Maknya.

“Melin, tak elok panjat-panjat gunung ni. Mak saya tak berkenan… entah jin apa, puaka apa, buat tersampuk nanti kang.”

Yang ini maknya tak berkenan, yang itu maknya tak berkenan. Kalau kawin nanti, sah aku jadi menantu hantu.

“Melin!” pehanya ditampar, “kau dengar tak Uda cakap ni?!”

“Ha?”

“Lerrr berbuih mulut Uda bercakap, kamu dengar ke idak ni?”

“Dengar,” bohong sunat lagi.

“Iyalah tu! Kalau kamu dengar, cuba cakap dengan Uda, si Tareq tu berapa umurnya?”

Aik, Uda ni buat pop quiz la pula. Ingatkan masa belajar dulu sahaja yang ada pop quiz.

“Dua puluh tujuh,” tembak Emmalyn.

“Tiga puluh satu!” pintas Khadijah.

Mak aih, Uda. Tua bebenor …….

“Tiga puluh satu, Uda? Apasal tak kahwin lagi? Gay ka?” dek kerana terkejut, terlepas pula kutukan sedas.

Di belakang pintu bilik Ikmal, jejaka yang menjadi topik bualan tidak dapat menahan senyuman. Baru dia hendak melangkah keluar tadi bila terdengar namanya disebut-sebut. Segan pula hendak menunjukkan muka, lalu dia berdiri sahaja di belakang pintu.

“Astaghafirullahilaziiiiiiim! Tak baik kamu ni menuduh tak tentu hala. Dengar kat tuan punya badan, kecil hati dia! Takkanlah badan serupa jantan gitu, gay pula jadinya…..” kan dah membebel Uda Jah. Melin rasa macam nak gigit saja lidahnya yang terlepas sebut tadi.

“Iyalah, dah tua-tua tak nikah apahal Uda?” tanya juga sebab hairan.

“Tareq tu udah seronok kerja kat Arab sana, gaji besar. Sampai udah tak teringat nak balik, itu yang Anjang Asmah nak carikan menantu, bolehlah Tareq cari kerja kat sini. Kana da Petronas, Shell semua?”

Oooo…. Aku ni nak dijadikan gula untuk tarik si Tareq balik ke Malaysia! Tarik si Tareq? He he lucu juga. Amende makna nama mamat ni? Tareq? Itulah taruk nama Tareq, macam nama Arab, langsung tak nak balik ke Tanah Melayu ni.

Anyway… aku ni sesuai ke jadi gula? Kalau Wawa Zainal ke, Neelofa ke nak dijadikan gula nak ‘tarik si Tareq’ balik ke Tanah Melayu barulah masuk akal. Ini aku ….. Emmalyn Mohd Ehsan? Mousy wallflower? Uda Jah ni memang betul sudah over estimate kemampuan anak saudaranya.

“Dah, dah! Moh turun ke bawah. Deme dah nak hiding nasi tu. Kita orang rumah, makan dulu. Kalau idak nanti, nak nunggu makan dengan rombongan belah sana, lapar kita nanti karang. Moh pergi tolong berhidang….” Sambil bercakap Uda Jah sudah mengangkat bontot.

“Yelah, Uda, yelah,” di mulut, tapi bontot masih melekap di sofa. Berat benar hati Emmalyn mahu turun ke bawah, macam berat bontotnya terparkir di sofa. Tapi berapa lama hendak menyorok di atas ini. Saudara mara sibuk di bawah, takkan dia hendak buat berat tulang. Mahu tak mahu, Emmalyn bangun juga. Tarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan. You can do it, Em! Senyum dan hiding saja makanan. Bukannya nak kena kahwin pun dengan Tareq tu. Takkan dia terpikat dengan kau pun. Mamat Alpha Male cenggitu nak dipadankan dengan aku, si mousy wall flower, heh!

Bangun, pusing nak menghala ke tangga, panggung kepala….. lah!!! Siapa lagi kalau bukan si Tareq, jejaka idaman Malaya yang diwar-warkan oleh Uda Jah, sedang bersandar di jenang pintu bilik Ikmal!

Mak aih! Sudah berapa lama dia berdiri di situ? Apa dia buat dalam bilik Ikmal, mengendap aku dan Uda Jah? Memasang telinga? Soalan demi soalan menerpa ke kepala Emmalyn. Malu tak usah cakap lah!

Melihat muka Emmalyn yang sudah merah-merah dek kerana malu, tak tahan Tareq hendak mengusik, “Emmalyn, saya ni bukan gay.”

Mak!! Boleh tak aku nak lari balik ke Southampton sekarang!!!


Sunday 2 June 2013

Seteguh Faqa Bab 28 Bhg 2


Maka....kita sudah tiba di saat Seteguh Fayqa berhenti bersiaran di blog ini. Saya akan cuba siapkan secepat mungkin. Secepat mana? Wallahua'lam. jadual kerja saya tidak dapat dijangka..

I am going to miss you gals so much! Seronok tahu sambil menulis dapat feedback dari you all semua. Tulis sorang2, rasa sangat sepi....


Nasihat dari rakan2, kata mereka jangan letak entry banyak2 di blog, nanti bila dibaca versi cetak, tidak puas pula. Maka, saya akan pegang nasihat ini

Jika ada apa-apa sumbang saran, mohon komen di bawah ye... Again, I am going to miss you gals so much. Keep in touch via FB ye!!


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _



“Hoi Jim! Kau lari balik eh? Kau dah tak nak belajar kat sana?” tanya Dzureen straight-to-the-point, wal hal Dzahim belum lagi sempat nak duduk melepaskan letih.

Yang lain terdiam menunggu jawapan Dzahim. Kalau betul tekaan Dzureen, alamatnya rumah Haji Dzulkarnain huru hara lagi ankara perangai si bongsu manja mengada.

Selamba Dzahim ketawa sambil menghenyakkan punggungnya ke sofa empuk di ruang tamu, “Orang cutilah Kak! Christmas break.”

Lega semua orang mendengarnya, termasuklah juga Fayqa yang masih tercegat di pintu dapur.

“Berapa minggu cuti, Adik?” tanya Hajjah Azimah sambil duduk di sebelah anak kesayangannya, juntaian rambut di dahi Dzahim dikuak ke belakang.

“Dua minggu, Ummi.”

“Dua minggu pun kau balik, Jim. Lagi seronok kalau berjalan-jalan ke Eropah,” komen Dzalia.

“Berjalan apa? Sejuk beku kat sana, baik balik Malaysia, lagi syok. Boleh berkepit dengan Ummi,” si anak manja tidak segan silu memeluk ibunya di sebelah.

Berkepit dengan mak? Yelah sangat tu, fikir Fayqa, matanya mencerun merenung Dzahim dari jauh. Bukan aku tak tahu dengan siapa kau nak berkepit!

“Buka beg, buka beg!” jerit Dzureen, “bawa balik apa untuk Kak Yin?”

“Dzureen, biarlah Adik berehat dulu,” tegur Haji Dulkarnain.

“Adik dah makan?” tanya Hajjah Azimah.

“Makan atas flight tadi, bukan sedap pun Ummi. Nasi ada tak? Adik laparlah,” bersambung aksi manja Dzahim.

“Biar Fayqa hidangkan, Achik,” celah Fayqa, dengan wajah masam mencuka dia melangkah ke dapur.

“Sementara tunggu Fayqa menghidang tu, Jim, bukalah beg cepat. Kalau tak ada buah tangan untuk Akak, jenuh kau,” kata Dzureen sambil menggeledah beg sandang Dzahim.

Tergeleng-geleng kepala Haji Dzulqarnain suami isteri melihat gelagat Dzureen. Mata Dzahim pula tertancap ke pintu dapur. Bukan dia tidak perasan, Fayqa langsung tidak menegurnya. Dzariff dan Dzalia pula tidak lepas-lepas memandang Dzahim. Di kepala terfikir, kenapa budak berdua ini. Kata best friend, ini berjumpa selepas tiga bulan, beku semacam sahaja? Angin musim sejuk dari U.K. sudah sampai ke Kota Damansara ke?

Keesokan harinya bukan sahaja Dzariff dan Dzalia yang perasan, Haji Dzulqarnain suami isteri pun mula berasa pelik dengan perangai Fayqa yang langsung tidak bertegur sapa dengan Dzahim. Bila Dzahim menghulurkan sekotak coklat sebagai buah tangan dari U.K., cuma “Thanks” yang dijawab Fayqa. Bila Dzahim duduk untuk makan di meja, cepat-cepat Fayqa bangun pergi ke sinki mencuci pinggan. Bila Dzahim ke dapur, Fayqa terus keluar sidai bajulah, ambil serailah. Bila Haji Dzulqarnain sekeluarga duduk bersembang-sembang selepas makan tengahari, Fayqa terperap di biliknya, menyeterika baju.

Sikap sejuk beku Fayqa terhadap Dzahim berterusan sehingga ke petang. Bila datang Farhan dan Daeng, barulah Fayqa membuka mulut menegur budak berdua itu. Tapi bila mereka melepak di beranda, Fayqa terperap di dapur, sibuk dengan entah apa-apa.

Selepas Maghrib, Dzahim, Farhan dan Daeng meminta diri mahu makan di luar. Eh! Tak malu pula Fayqa tersembul dengan beg sandangnya, mahu mengikut budak bertiga itu.

“Fayqa keluar sama, Achik,” selamba muka awek seorang tu memaklumkan niatnya kepada Hajjah Azimah.

“Tak elok orang perempuan merayau malam-malam ni, Fayqa,” tegah Dzariff.

“Biarlah Abang, dah lama Fayqa tidak keluar dengan kawan-kawan dia,” jawab Hajjah Azimah.

“Kamu bertiga tengokkan Fayqa, tahu?” Haji Dzulkarnain mengeluarkan arahan kepada budak bertiga itu.

Siapa nak tengokkan siapa, sebenarnya? dengus Fayqa dalam hati.

Nak tengokkan Fayqa? dengus Dzariff dalam hati.

“Jangan balik lambat, Adik,” Haji Dzulkarnain mengingatkan.

Malam itu, sekali lagi Dzariff bertugas menjadi jaga-tak-bergaji. Melepak-lepak di ruang tamu rumah walau pun ahli keluarga yang lain sudah naik berehat ke atas. Bila Dzahim dan Fayqa pulang pukul sebelas lebih malam, barulah dia naik ke tingkat atas, mengekori Dzahim.

Hari Ahad esoknya, sikap sejuk beku Fayqa terhadap Dzahim berterusan. Berbisik-bisik Hajjah Azimah dengan anak-anak daranya, berbincang tentang hal Fayqa dan Dzahim. Bergaduhkah? Merajukkah? Ish, pening dengan perangai orang muda sekarang, keluh Hajjah Azimah kepada Dzalia dan Dzureen.

Sebelah petang, Fayqa dan Dzahim memerap dalam bilik masing-masing. Waktu maghrib, mereka keluar bersolat jemaah bersama keluarga Dzahim. Selepas solat makan malam, keduanya diam membisu.

“Tak keluar dengan Farhan dan Daeng malam ini, Adik?” tanya Hajjah Azimah.

“Tak, Ummi, rehat kat rumahlah malam ini. Letih semacam,” jawab Dzahim.

Fayqa merenung wajah Dzahim dalam-dalam. Dzariff, Dzalia dan Dzureen pula mencuri-curi menjeling wajah Fayqa. Sesuatu betul!! Apa agaknya yang sedang berlaku dengan budak berdua ini?

Selepas makan malam dan solat Isya berjemaah, Haji Dzulqarnain suami isteri duduk bersembang dengan Dzahim dan Dzariff di ruang tamu. Fayqa ke dapur untuk membancuh teh dan kopi. Dengan riak bersahaja Dzalia dan Dzureen mengikut Fayqa ke dapur. Di dapur, Fayqa yang sedang membancuh air dikepung oleh dara dua beradik.

“Pekah, apahal kau dengan Jim tu? Korang bergaduh ke?” Dzureen dulu yang membuka mulut.

“Bergaduh? Tak adalah Kak Yin,” jawapan diberi dengan riak muka yang selamba.

“Habis, kenapa langsung tak bertegur sapa dengan Jim?” Dzalia menyoal bagai ahli penyiasat PDRM.

“Laaaa Kak Yaya, penat bersembang dengan dia semalam masa kami keluar. Habis semua kisah dia di U.K. dah saya, Pa'an dan Deng dah korek,” mukanya masih selamba bagai tiada apa-apa.

Jelas sangat Fayqa tak mahu ceritakan apa-apa. Akhirnya, Dzalia dan Dzureen mengaku kalah, melangkah semula ke depan. Tangan Dzalia menatang dulang berisi teko dan cawan. Dzureen pula menatang sepinggan biskut dan kuih. Fayqa pula melangkah ke bilik tidur.

“Fayqa mana?” tanya Hajjah Azimah.

“Lipat kain di bilik,” jawab Dzureen, kopi dituangkan ke dalam cawan untuk ahli keluarganya.

Sambil menghirup kopi, dahi Dzariff berkerut. Tak boleh jadi ni! Kes budak berdua ni mesti dikorek hingga ke akar umbi, dia memasang azam. Hatinya tidak sedap.

Haji Dzulqarnain sekeluarga bersembang hingga ke larut malam. Letih bersembang, mereka masuk tidur. Di dalam bilik tidurnya, Dzariff terkebil-kebil memikirkan si adik bongsu, yang pulang tiba-tiba dan 'kawan baik si adik' yang sangat pelik perangainya sehari dua ini. Dia pasti ada sesuatu yang mereka sorokkan.

Selepas sejam lebih Dzariff cuba melelapkan mata, tiba-tiba telinganya terdengar pintu pagar rumah dibuka. Kemudian terdengar pula suara orang berbisik di laman rumah. Memang elok sangat bilik tidurnya mengadap halaman hadapan rumah, senang nak skodeng adik-adik. Terhendap-hendap Dzariff menjenguk ke bawah. Jelas kedengaran suara orang berbisik-bisik. Walaupun orangnya tidak kelihatan, Dzariff dapat mengecam suara Fayqa dan Dzahim! Tetapi tidak jelas pula apa yang dibisikkan. Tak boleh jadi ini, fikir Dzariff. Pintu biliknya dibuka dan perlahan-lahan dia melangkah ke tingkat bawah.

Pintu hadapan rumah tidak berkunci, Dzariff mengendap keluar. Kelihatan Dzahim memegang sebuah topi keledar dan Fayqa sedang cuba merampasnya.

“Jim, kau dah janji dengan aku kan?” walau pun berbisik, nyata kedengaran nada marah.

“Pekah, I have to go!” balas Dzahim, jari jemarinya cuba meleraikan genggaman Fayqa pada topi keledar.

“Jim, sampai hati kau. Aku dah kata kan, kalau kau pergi jumpa dia juga, kita putus sampai bila-bila!” makin meninggi nada suara Fayqa.

“Pekah, drama queenlah sangat kau ni,” balas Dzahim dengan nada suara bosan.

“Drama queen? Drama queen kau panggil aku? Kau tu yang macam budak-budak, otak kau letak kat mana hah?” sergah Fayqa separa berbisik.

“Okey, okey, aku bodoh, aku mengaku. So kau tak payahlah nak kisah aku yang bodoh ni,” balas Dzahim, nada suaranya sama marah seperti Fayqa.

Tidak lagi berlemah lembut, topi keledarnya direntap dari genggaman Fayqa. Besar-besar langkahnya ke arah motosikal yang terparkir di anjung rumah. Laju Fayqa mengejar, dipautnya Dzahim dari belakang, kedua belah tangannya kejap melingkari pinggang pemuda itu. Jari-jemarinya tersulam erat, pipinya berlabuh di belakang Dzahim. Terbeliak mata Dzariff yang sedang mengendap, ternganga mulutnya.

“Astagahafirullahilazim,” sempat si abang mengucap.

“Pekah!” marah Dzahim, cuba memboloskan diri, “let me go!”

“Jim! Jangan pergi. Toy dah jumpa aku, dia suruh aku kasi warning kat kau!” cuba mengeratkan lingkaran tangannya di pinggang Dzahim.

“Pekah! Lepaslah!” marah Dzahim, sedar yang dia perlu pergi secepat mungkin sebelum ahli keluarganya tersedar apa yang berlaku. Dibuatnya Fayqa menjerit, habis bocor rahsianya.

“Jim! Kau tak boleh pergi Jim. Aku takkan bagi kau pergi,” jawab Fayqa. Walau apa pun yang berlaku, Dzahim tidak boleh dibiarkan pergi.

“Jim! Faye! Apa ni?!” sergah Dzariff, sudah tidak dapat menahan sabar.

Terkejut Dzariff dan Fayqa dibuatnya. Di saat itulah Dzariff mengambil kesempatan, sekuat hatinya jari jemari Fayqa dirungkai dan gadis itu ditolaknya. Fayqa terdorong ke belakang dan jatuh terduduk. Enjin motorsikal dihidupkan dan dengan satu ngauman kuat, motorsikal itu memecut keluar dari halaman rumah.

“Faye!” jerit Dzariff sambil meluru ke arah gadis itu.

Fayqa yang sedang bangun menolak tangan Dzariff yang cuba membantu, lalu berlari masuk ke dalam rumah. Terkebil-kebil kebingungan Dzariff jadinya. Apa yang sedang berlaku ini? Belum sempat dia berbuat apa-apa, Fayqa meluru keluar rumah ke arah Kancilnya. Enjin kereta dihidupkan, lampu dinyalakan.

Tanpa sempat berfikir, Dzariff membuka pintu Kancil dan melompat masuk, “Apa ni, Fayqa? What is happening?”

“Jangan banyak tanya, kita tak ada masa,” jawab Fayqa. Gear ditukar, pedal minyak ditekan dan Kancil dipecut keluar dari laman rumah.

“Adik nak ke mana tu?!” tanya Dzariff. Apabila soalannya tidak dijawab, dia bertanya sekali lagi, “Fayqa! Jawab! Dzahim nak ke mana?”

“Saya nak cepat ni. Jangan tanya boleh tak?” mulut menjawab, mata fokus ke depan, kaki menekan pedal minyak hingga ke lantai.

Kancil dihentikan di sebuah simpang. Sementara menunggu lampu trafik bertukar kepada hijau, Fayqa menyeluk poketnya, dikeluarkan telefon bimbit. Laju jarinya mendail. Lampu trafik bertukar ke warna hijau. Pedal minyak ditekan lagi. Sebelah tangan memegang stereng kereta, sebelah tangan lagi memegang telefon ke telinga.

“Pa'an! Tolong aku, Pa'an! Jim keluar nak pergi jumpa Sakinah. Aku takut dia kena pukul dengan Toy!” panik sungguh suara Fayqa.

Pa'an? Sakinah? Toy? Berkerut dahi Dzariff cuba memahami butir-butir perbualan antara Fayqa dan Farhan.

“Kita cari derang di kawasan rumah Sakinah. Bandar Manjalara. Kita cuba cari dia di Taman Tasik di situ. Cepat Pa'an! Bawa Deng sekali.”

“Fayqa, siapa yang nak pukul Dzahim?!!” sekali lagi Dzariff bertanya bila Fayqa mematikan telefonnya.

“Abang girl friend dia!”

Girl friend? Girl friend Dzahim? Jadi, yang Fayqa peluk Dzahim tadi? Kes cinta tiga segi ke ni?

Telefon Fayqa diambil, jari Dzariff laju mendail. Bila panggilan dijawab, Dzariff berkata, “Amir, ini aku ni, Dzariff. Ada hal emergency, aku nak minta tolong ….”


Kancil Fayqa membelok masuk ke Bandar Manjalara. Cekap dia mencari rumah Sakinah. Sejak dia tahu yang Dzahim dipukul oleh abang Sakinah dulu, semua hal tentang Sakinah disiasatnya. Tiba di hadapan rumah Sakinah, sunyi sepi sahaja. Sudah pukul 1.30 pagi, tentulah semua orang tidur.

“Ini rumah Sakinah?” tanya Dzariff, Fayqa mengangguk, matanya tertinjau-tinjau ke arah rumah teres itu.

Tiada motorsikal di laman rumah, maknanya Toy tiada di rumah? Dada Fayqa semakin berdebar-debar. Kancilnya dipecut ke arah sebuah taman berhampiran rumah Sakinah. Dua kali Kancilnya mengelilingi taman yang besar itu, barulah ternampak motor Dzahim. Tanpa berlengah, Kancilnya diparkir disebelah. Terkocoh-kocoh Fayqa dan Dzariff keluar.

“Itu motor Toy,” kata Fayqa menuding ke arah sebuah motorsikal yang terparkir di sebelah motorsikal Dzahim.

Tanpa menunggu Dzariff, Fayqa berlari ke arah taman.

“Fayqa, tunggu!” jerit Dzariff sambil mengejar Fayqa.

Nasib baik ada lampu-lampu dalam taman itu, tidaklah Fayqa teraba-raba. Gerak hatinya menyatakan Dzahim berjumpa Sakinah di taman permainan kanak-kanak dalam taman itu. Laju kakinya berlari ke arah taman permainan itu.

Nasib baik tekaannya tepat. Dari jauh, Fayqa ternampak Dzahim, Sakinah dan... Toyyib!! No!! Toy sudah jumpa mereka! Semakin laju Fayqa berlari.

“Aku dah katakan, jangan main-main dengan adik aku,” sergah Toyyib. Tangan kirinya mencekak kolar baju Dzahim, tangan kanan dihayun ke arah perut Dzahim.

Gedebuk!

“Abang!! Sudahlah tu!” jerit Sakinah.

Fayqa yang masih jauh pun boleh mendegar bunyi tumbukan Toyyib. Astaghafirullah! Tanpa berfikir, dia meluru ke arah Toyyib.

“Toy!! Jangan!” larang Fayqa, sambil memegang tangan kanan pemuda berbadan tegap itu dengan kedua belah tangannya.

Dilarang menumbuk Dzahim, tangannya dihayun ke arah Fayqa. Gedebuk! Fayqa pula yang jatuh tergolek.

“Faye!!” cemas bukan main Dzariff apabila melihat Fayqa terbaring di tanah.

“Kurang ajar kau,” lelaki yang menumbuk Fayqa diserangnya, “perempuan pun kau pukul!!”