Friday 25 October 2013

Dia Seadanya Bab 16 Bhg 1


Hmmm I had a tough week.... Back stabbing and such.... Sepatutnya dgn drama dalam karier saya, bolehlah saya tulis citer yg meruntun jiwa kan...hmm agaknya inilah sebabnya bab ini ada nangis2.

Niway, sy si writer perasan plg suka part ini: Wallahi! Aku cintakan lelaki ini.

Esok pagi Inche Somi bangun, sy nak ckp cenggini kat dia he he he. (Nnt dia kata bini aku ni demam agaknya...demam deadline!)

Dan disebabkan sy menobatkan diri sendiri sbg Queen of Cliffhanger, maka bab ini akan disambung minggu depan, InsyaAllah....... (jgn maraaaaaaah)





Bab 16 bhg 1



“Saya pernah tidur dengan dia. Beberapa kali.”


Jantung Emmalyn bagai mahu luruh. Sesak dada, oksigen bagai tak masuk. Hah!! Tahanlah kau, Emmalyn. Tahan telinga, tahan sabar. Sudah ada perempuan datang bawa anak, mengaku anak dia, kau nak juga si Alpha Male ini.


“Saya dulu…. jahil,” jeda seketika dan nafas ditarik dalam-dalam, bukan mudah mahu membuka pekung kepada gadis yang berjaya menawan hatinya, “Allah Ta’ala bagi otak yang cerdas, saya tak bersyukur, saya take it for granted. Belajar di U.K. dulu semuanya mudah. Tak perlu nak pulun belajar macam orang lain, waktu lapang saya hanya nak seronok. Malam-malam hu-ha hu-ha di club, di bar, di pub. Hujung minggu merayau ke sana sini. Setiap ketika nak seronok saja. Muda hanya sekali, fikir saya.”


Emmalyn dikerling sesaat. She’s still here. Ingatkan lepas mukadimah tentang hidup lepas bebasnya di U.K. dulu, gadis ini akan lari, tidak tunggu lagi. Tapi, Emmalyn Mohd Ehsan masih di sini, di hadapannya. Masih mahu jadi isterinya? Hairan.


“Emmalyn, awak dan keluarga awak, orang baik-baik. Seeloknya carilah lelaki yang baik juga sebagai suami awak,” nasihat dari orang yang mengaku kejahilannya dahulu.


“Keluarga saya, keluarga awak jugakan. Kan awak EMPAT PUPU saya,” Emmalyn mengingatkan Tareq.


Tersenyum kecil mereka berdua mendengar istilah ‘EMPAT PUPU’ yang sentiasa boleh bikin telinga Tareq berbulu. Terlintas di minda Tareq, Emmalyn ini gadis istimewa, dalam keadaan begini pun masih mahu menceriakan aku. Kalaulah aku boleh memiliki gadis istimewa ini… tapi sebaiknya…biarkan dia dapat jodoh yang lebih baik.


“Keluarga kita orang baik-baik. Awak pun orang baik-baik,” puji Emmalyn. Bila dilihatnya Tareq mahu memotong cakapnya, cepat-cepat dia menyambung, “Awak orang baik, ……solat tak tinggal, sopan santun, hormat mak bapa.”


“Pasal Inessa, itukan sejarah lama. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan. Manusia tentu ada pernah khilaf, yang penting awak sudah berubah,” tenang tutur Emmalyn, sambil merenung lembut jejaka yang duduk semeja dengannya.


Tareq hanya merenung cawan kopi di hadapannya yang masih tidak bersentuh. Malu hendak panggung kepala untuk menatap wajah Emmalyn. Bagaimana hendak jadi ketua keluarga jika dengan isteri sendiri pun dia terasa hina.


“Dosa saya itu… besar sangat. Lepas Inessa mengandung, mak bapa dia buat laporan kepada penaja biasiswa saya. Teruk mak bapa saya, turun naik pejabat penaja biasiswa saya, buat rayuan supaya jangan tarik biasiswa saya,” Tareq jeda seketika sambil mengacau kopinya perlahan-lahan, 


“Saya anak yang teruk. Abang sulung saya, Abang Sohair jauh lebih baik dari saya. Tak belajar ke luar negara pun tapi masih membahagiakan Ummi dan Ayah. Habis belajar, pinang girl friendnya, sekarang sudah beranak. Dia anak penyejuk hati Ummi dan Ayah. Saya ni anak yang hanya menyeksa mereka.  Jenuh emak bapa saya menanggung malu. Sengaja mereka minta tukar kerja ke Terengganu, nak sorokkan muka dari saudara mara dan kawan-kawan. Cerita saya buntingkan anak dara orang, menjadi topik hangat di mana-mana. Ummi dan Ayah yang mula-mulanya bangga, anak tengah mereka bijak, dapat biasiswa belajar ke luar negara. Tapi akhirnya, apa yang mereka dapat? Ya, saya tamat juga belajar tapi lumpur yang terpalit di muka mereka tu, adalah ‘hadiah’ yang mereka takkan pernah lupakan.”


Emmalyn tidak putus merenung Tareq yang masih tidak memanggung kepala. Cubaannya untuk mengutip klu tentang perasaan hati jejaka yang begitu istimewa di hatinya.


Nafas ditarik, hati sang jejaka yang lara, cuba dipujuk, “Tareq, saya tak pernah kenal emak bapa awak dulu. Yang saya kenal hanya mereka sekarang. Dan apa yang saya nampak, mereka sayang sangat dengan awak. Tak nampak pun mereka marah dengan awak, tak nampak pun mereka kecewa dengan awak.”


Sekali lagi nafas dihela, mengumpul kekuatan untuk menyatakan sesuatu yang mungkin semakin melukakan hati sang jejaka. “Sebenarnya…. Awak yang kecewa dengan diri awak……. Awak yang marah dengan diri awak….. Bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan….”


Kepala dipanggung, wajah Emmalyn ditenung dalam-dalam, “Yes, I am disappointed with myself. Yes, I am angry with myself.”


Sudah, Emmalyn!! Bukan kau nak pujuk dia, kau kutuk dia, buat dia makin negatif! Sebakul marah dihadiahkan kepada diri sendiri.


Payah! Tapikan ini lelaki yang aku mahu kongsi hidup bersama-sama, grow old together. Don’t give up, Emmalyn!


Renungan tajam Tareq dibalas dengan renungan yang lembut. “Dah enam tahun awak kecewa dan marah dengan diri sendiri. Dah tibanya masa awak cari kemaafan dalam diri awak untuk seorang lelaki istimewa bernama Tareq Abdul Aziz.”


Renungannya ditalakan ke atas, nafas ditarik kasar, matanya berkaca, “Saya tak berani, Emmalyn.”


Wallahi! Aku cintakan lelaki ini!! Jerit hati Emmalyn. Melihat kesengsaraan Tareq, dia rasa bagai mahu memeluk lelaki itu. Peluk erat, rapat-rapat dan usap belakangnya lembut-lembut. Namun batasan iman masih menjadi benteng kuat buat Emmalyn, hujung meja dipaut kuat-kuat agar tangannya tidak terbang hinggap ke tubuh Tareq.


Sekali lagi mata Tareq hinggap ke wajah Emmalyn, “Saya tak berani kerana saya takut saya akan jadi Tareq yang dulu…. Tareq yang jahil.”


Akhirnya, butiran-butiran jernih berguguran di pipi Tareq, di pipi Emmalyn.

Friday 18 October 2013

Sungguh Aku Jatuh Hati - Zarra Zuyyin

TAHNIAH KEPADA ZARRA ZUYYIN ATAS TERBITNYA NOVEL PERTAMA & TENTUNYA BUKAN YG TERAKHIR.





Dalam hidup Nuradelia Hanani, berkali-kali dia jatuh hati. Cuma hatinya yang jatuh belum sempat dikutip balik, dah kena lenyek. Dek terlanggar hukum bercinta sebelum nikah, dia merana dicuit sengsara. Betulkah cinta sebelum halal itu adalah tragedi semata-mata? Atau tiga lelaki ini yang membuatkan hatinya diagah rasa?

Hafez Nubhan, bekas tunang Nani muncul kembali dengan status duda dan menagih cinta selepas beberapa tahun menghilang. Antara sayang dan simpati, dia harus lebih memerhati.
“Yeop sayangkan Yang. Yeop akan masuk meminang Yang!”

“Berkicau riuh seluruh alam, burung merpati si burung nuri, jenuh menunggu Cik Nani masih berdiam, bolehkah saya jadi calon suami?”
Sesekali tuan doktor berpantun seloka, mahu tergolek dia menghadamkan kata. Dr. Naufal Ikram berusaha untuk merebut cinta Nani dan merawat hatinya yang sekian lama terluka.

“Andai bulan mampu bersuara, ingin saya bertanya pada bulan, kenapa harus dia yang saya rindukan?”
Apabila jurutera tersampuk badai sastera, dia rasa bagai mahu gila! Izz Harriz datang mengetuk pintu hati Nani dengan selamba. Inche bos dah jadi pemuja bahagia!
Dia perlu memilih antara tiga. Dalam mencari jawapan, satu rahsia terbongkar. Nani terkedu. Takdir atau kebetulan? Dia harus juga memilih, kerana bagi seorang Nuradelia Hanani:
“Sekali Nani jatuh cinta, selamanya Nani akan setia.”



Nak review? Saya pun belum baca. Sehari dua ni sibuk benar, dah lama tak baca novel dan cerita sendiri pun tersadai. Tapi saya dah ikuti cerita ini di blog utk sekian lama. And she is a good writer.

My fave part...masa Incik Insiniur naik bike kuasa besar dan stalk cik heroine di rumah sewa. MS berapa ye? Bc that page cering bulu roma saya hehe....


Bagi yg nak baca bab2 awal ada link nya di sini

http://www.jemariseni.com/js-novel/439-novel-umum-oktober-2013-sungguh-aku-jatuh-hati-zarra-zuyyin.html

All the best SAJH n ZZ!!

Tuesday 15 October 2013

Seteguh Fayqa....Ingat lagi?


Tepek SF hari ini buat cari mood untuk siapkan citer ini...

Salam Eidul Adha, dear friends... :)





Dzalia kata Khairul Izwan hendak hantar awak buat MBA di Amerika,” kenyataan menduga dari sang jejaka.

“Saya tak nak sambung belajar. Saya nak bekerja, kumpul modal, kemudian buka business sendiri,” tentang cita-cita yakin sahaja jawapan Fayqa.

“Kalau awak nak buka business, biar saya jadi sleeping partner,” tawar Dzariff.

Sleeping partner? Buntang mata Fayqa! Sleeping..... apa maksud si sengal ni?

“Hah?!!” terkeluar juga soalan terkejut dari mulut Fayqa.

“Saya tanam modal, awak uruskan businessnya,” terang Dzariff, bagai ada tawa di hujung ayat, “tapi sleeping partner yang satu lagi tu pun boleh juga”.

Fayqa Lara Lyana, si gadis polos yang hanya cekap bekerja tetapi tidak cekap bercinta, terasa bagai mahu terjun ke dalam laut! Malu!!

Hatinya menjerit, “Si sengal ni, memanglah!”

Wednesday 9 October 2013

Dia Seadanya Bab 15


Maaf kepada Sasimala dan Ibu Hadif, jika mereka tunggu Bab ini semalam. Sedang taip tiba2 saya terlelap.


Saya mohon maaf awal2 ye, selepas Bab 15 ini, saya akan berhenti naikkan DS di blog. Ini adalah kerana saya perlu perlu perlu siapkan Seteguh Fayqa. 

Niway about bab ini, saya sukerrr sangat endingnya (abaikanlah writer perasan seorang ini ye!! LOL)


Bab 15


Dua buah beg besar siap sedia tersusun di sebelah pintu utama rumah. Sebuah back pack erat digenggam Tareq. Back pack diturunkan ke lantai seketika. Tangan bapanya diraih dan dikucup.

“Tareq minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki Abah. Halalkan makan minum Tareq.”

Riak wajahnya serius dan suram. Sebak juga dada si bapa yang sentiasa cool. Ibunya tidak perlu cerita lagilah. Dari semalam berendam air mata, sejak kepulangan Inessa dan anaknya.

Tangan ibunya pula diraih dan dikucup. Ucapan yang sama diulangi. Semakin kuat esakan Hajjah Asmah. Tubuh tegap anak tengahnya dipeluk erat.

“Tareq, kali ini dengarlah cakap Ummi. Tak payahlah balik ke sana lagi. Cari sahaja kerja di 
sini. Ummi boleh pergi ke rumah Emmalyn…”

Rayuan ibunya dipotong, “Ummi, sudahlah… tak payahlah sebut nama dia. Dia pun tak lalu agaknya nak tengok muka saya.”

“Tareq, Emmalyn bukan perempuan yang cepat melatah. Cubalah Tareq jelaskan elok-elok padanya….”

Sekali lagi cakap ibunya dipotong, “Ummi, baik kita jangan panjangkan cerita. Biarlah Tareq balik. Inessa pun tak akan datang lagi, Ummi dan Abah pun tenang hidup.”

“Tenang apa, Tareq? Kamu tu jauh beribu batu. Kalau pendek umur Ummi, Ummi nak anak-anak Ummi ada dengan Ummi,” puju rayu tak jalan, Hajjah Asmah gunakan emotional blackmail.

“Ummi, janganlah cakap macam ni. Ummi sihat lagi. Nanti Tareq hantar tiket, Ummi dan Abah datanglah jenguk Tareq kat sana macam selalu,” ada sahaja jawapan Tareq. Hatinya sudah bulat mahu pulang ke Tanah Arab. Fikirnya Inessa tidak akan mengganggu hidupnya dan hidup keluarganya lagi, tapi dia salah.

“Kalau kamu gemar sangat duduk kat sana, baliklah. Tapi sebelum balik, nikah dulu dengan Emmalyn. Sekurang-kurangnya hidup kamu di sana berteman. Bila lagi nak bina keluarga? Kamu tu bukan muda lagi,” seperti si anak, si ibu pun tidak mahu mengalah.

“Ummi, anggap sajalah kami berdua tiada jodoh,” lemah jawapan Tareq kali ini.

“Apa pula tiada jodoh, kamu tu yang cepat mengalah. Cuba buka mulut dulu dengan Emmalyn, dengan mak bapanya. Deme tu orang baik-baik,” bersungguh-sungguh Hajjah Asmah memujuk anaknya.

Ummi…..rintih hati Tareq, sebab mereka orang baik-baiklah, saya ini tak sesuai untuk Emmalyn.

“Tareq… betul cakap Ummi kamu tu. Jangan terburu-buru. Moh, kita pergi berjumpa dulu dengan mak bapanya. Belum berbincang, kamu udah mengalah,” Haji Abdul Aziz pula dengan tenang memberikan nasihat.

“Tak apalah Abah, biarlah dia dapat jodoh yang lebih baik dari saya. Nanti-nanti tu adalah Uda Jah aturkan,” sambil bercakap kakinya melangkah ke pintu. Lebih lama dia di rumah ini, lebih kuat rayuan mak bapanya.

Sebelum anaknya melangkah keluar, Hajjah Asmah mencuba sekali lagi, “Tareq! Cubalah kali ini kamu dengar cakap Ummi. Jangan balik ke sana, cari kerja di sini. Ummi dan Abah akan pergi cakap elok-elok dengan mak bapa Emmalyn. InsyaAllah, dia jodoh terbaik untuk Tareq.”

“Ummi, biarlah Tareq balik ke sana. Jodoh Tareq biar Allah yang tentukan,” sambil bercakap, kedua-dua beg diangkat, sebagai isyarat kepada ibunya supaya berhenti berharap.

Buat beberapa detik, Hajjah Asmah memejamkan matanya, tangannya di dada, menahan sebak. Hampir sembilan tahun baru Tareq pulang ke tanah air, ini mahu pergi lagi. Entah bila dia akan jejak Tanah Melayu lagi.

“Tareq, biar Abah hantar sampai ke KLIA,” lembut Haji Abdul Aziz memujuk. Pujuk suruh tinggal di Malaysia tak mahu, pujuk untuk hantar ke lapangan terbang pula. Kasihan melihat anak naik teksi ke sana, macam orang tak ada keluarga.

“Tak apalah Abah, kejap lagi teksi tu sampai. Kalau Abah hantar ke KLIA, penat Abah nak patah balik ke sini,” sekali lagi pujukan bapanya ditolak. Biarlah dia pergi sekarang. Jika Abah hantar, nanti Ummi ikut pula, dan dia terpaksa menahan telinga mendengar pujuk rayu Ummi sehingga ke KLIA.

Degil budak ini, cemuh Haji Abdul Aziz di dalam hati, entah ikut perangai siapa!

Beg-beg diletakkan di beranda sementara Tareq duduk memakai kasut. Belum siap kasut dipakai, sebuah Peugeot merah bergerak masuk ke halaman rumah bapanya.

“Emil? Buat apa abang Emmalyn ke sini? Nak marahkan aku kerana kecewakan adiknya?” tertanya-tanya Tareq.

Tetapi bukan Emil yang memandu kereta merah itu. Bila kereta berhenti, Emmalyn yang keluar. Terlopong Haji Abdul Aziz anak beranak.

Tareq diam membisu, hanya matanya tajam melekap ke wajah Emmalyn, bagai ingin menebak apa akal gadis ini muncul lagi di rumah ibu bapanya.

Haji Abdul Aziz yang sentiasa tenang pula yang menegur, “Dari mana Melin?”

“Dari rumah, Andak. Mama dan Papa kirim salam,” jawapan Emmalyn setenang soalan Haji Abdul Aziz.

“Mama Papa kamu tak ikut sekali?” Haji Abdul Aziz terus berbasa basi.

Heh, bersembang macam tak ada apa-apa yang berlaku, Emmalyn dengan Abah ini memanglah sekepala, getus Tareq dalam hati.

Mendengar suara perempuan di luar, Hajjah Asmah melangkah ke beranda. Melihat Emmalyn, wajahnya bercahaya mengalahkan mentol 100 wat, 

“Eh, Melin! Kenapa datang tak beritahu?”

Aaah, Ummi pun sama! keluh Tareq. Aku ni bagai menonton sandiwara.

“Oooh, nak datang rumah Andak Mah kena buat appointment dulu ye? Macam orang KL!” seloroh Emmalyn. Haji Abdul Aziz suami isteri menyambut dengan ketawa hambar.

Kasut siap dipakai, Tareq bangun. Manalah teksi ni? Cepatlah sampai supaya aku cepat boleh bergerak. Tebal mukanya bila mengingatkan apa yang Emmalyn saksikan di rumahnya semalam.

“Dah siap?” tanya Emmalyn.

Tareq membalas dengan kerutan di dahi. Emmalyn ini nak apa sebenarnya?

“Kalau dah siap, jomlah saya hantarkan,” tenang suara Emmalyn, setenang wajahnya yang dihiasi senyuman kecil.

“Hantarkan?” tersembul soalan, terkejut sebenarnya Tareq. Haji Abdul Aziz suami isteri sudah terlopong.

“Yelah, tak payahlah awak naik teksi ke KLIA. Macam orang tak ada sedara saja.”

“Emmalyn, tak payah susah-susah. Nanti pukul berapa awak sampai balik ke Ipoh,” bunyi macam sombong sungguh.

“Saya dah telefon Una. Lepas hantar awak ke KLIA, saya tumpang tidur di rumahnya,” senyuman manis masih di bibir.

“Esok tak kerja?” sang jejaka mencari jalan untuk menolak pelawaan si gadis.

“Dah minta cuti.” Case closed.

Emmalyn melangkah ke belakang kereta abangnya dan boot kereta dibuka. Haji Aziz dan Hajjah Asmah hanya menjadi pemerhati. Terkejut melihat Emmalyn muncul masih belum hilang. Apalah rancangan gadis ini? Mereka tertanya-tanya.

“Beg awak besar, saya tak larat angkat,” kata Emmalyn.

Kalau masuk beg-beg ke dalam boot kereta Abang Emil, langkah pertama rancangannya kira berjaya. Sebenarnya, sehingga waktu itu, rancangannya hanya ada tiga langkah: beg-beg masuk kereta, kemudian tuannya masuk kereta, kemudian bergerak ke KLIA. Lepas itu dia sendiri tidak tahu apa dia nak buat. Merayu kepada Tareq? Ish malulah, macamlah desperate sangat. Tapi…desperate tu…iyalah juga.

“Emmalyn, saya sudah tempah teksi,” tegas suara Tareq, mahu berdegil dengan gadis ini seperti dia berdegil dengan mak bapanya.

“Tareq, what’s the big deal? I drive you to the airport, we say good bye. Kalau ada rezeki, nanti saya dan geng saya boleh merayau ke Qatar. Ni dah ada port baru,” Emmalyn memangkas cakap Tareq.

Bila Emmalyn cakap begitu, kalau dia menolak, nampak sangat macam dia buat perangai budak-budak. Tareq mengetap gigi, boleh tahan akal budak ini!

“Pukul berapa flight awak?” Emmalyn berlagak selamba.

“Eh, takkan Uda Jah tak bagi tau awak?” sinis Tareq memerli.

“He, he, he,” Emmalyn tertawa kecil, “Uda cakap pukul 10.50 malam ye?”

“Dah tahu, kenapa tanya lagi?” wah! tarak kasi muka Tareq ni!

“Eh, kena confirmlah. Silap nanti kang, awak terlepas kapal terbang pula,” balas Emmalyn, sedikit pun tidak marah walau kena ‘smash’ percuma dengan si Alpha Male.

“Pernahkah Uda Jah beri maklumat tak betul?” Tareq masih belum puas cari pasal.

“He, he, he, maklumat Uda Jah selalunya 99% betul. Dia tu sepatutnya kerja dengan Special Branch,” Emmalyn membalas dengan jenaka.

Tergerak sedikit bucu bibir Tareq, tapi dikawalnya. Apa akal budak ini? Emmalyn direnung tajam, ingin mencari jawapan kepada soalan sendiri. Malunya dek peristiwa semalam masih berbekas tetapi perangai Emmalyn ini betul-betul pelik. Dia tidak marahkah dengan peristiwa semalam? Lelaki yang berjanji mahu meminangnya sudah ada anak dengan perempuan lain? Takkan dia tidak marah? Kalau perempuan lain tentu aku dah kena sumpah seranah.

Tetapi Emmalyn Mohd Ehsan masih tersenyum kecil sambil bersandar di kereta abangnya. Bila melihat Tareq kaku tidak bergerak, kedua belah jari telunjuknya menuding ke arah beg-beg Tareq dan digerakkan ke arah boot kereta Emil. Arahan diberi tanpa suara!

“Flight pukul 10.50, check in pukul 7.50. Ipoh – KLIA, 2 jam setengah. Saya bawa kereta 3 jam setengah. Berenti makan lagi…”

Nampak gaya aku tak boleh menang, fikir Tareq sambil mendengar Emmalyn mengira-ngira waktu. Beg-beg diangkat dan dimasukkan ke dalam boot kereta Emil.

Yeay! Yeay! Jerit hati Emmalyn. Rasa macam nak bercha-cha tiga empat langkah. Tapi tentulah tak bercha-chakan. Nanti kang si Alpha Male kata aku baru keluar dari Tanjung Rambutan.

Tangan ibu bapanya disalam dan dikucup sekali lagi. Kali ini disertai dengan dakapan erat. Air mata Hajjah Asmah mengalir lagi. Kasihan betul Emmalyn melihatnya. Tangan wanita separuh abad itu disalam dan dikucup.

“Kami jalan dulu Andak Mah, Andak Aziz,” pamit Emmalyn.

“Bawa kereta baik-baik, Melin,” nasihat Hajjah Asmah.

“Tak pe, Melin bawa 80 je..,” dengan sekali lambaian, Emmalyn masuk ke dalam kereta.

“Nak saya drive?” tanya si Alpha Male, suaranya masih sedikit kasar.

“Nope, I’m okay,” jawapan beserta senyuman manis.

Enjin dihidupkan, doa dibaca dan Peugeot merah bergerak meninggalkan rumah keluarga Tareq. Hajjah Asmah dan Haji Aziz berdiri di beranda, memandang Peugeot merah bergerak sehingga hilang dari pandangan. Dalam hati berdoa agar Emmalyn dapat melakukan suatu keajaiban untuk buat Tareq menetap di Malaysia.

Sepanjang perjalanan tiada gurau senda, tiada apa cerita. Hanya sesekali si pemandu bertanya jika sang penumpang mahu ke bilik air atau makan. Bukan main fokus lagi Emmalyn ke jalan raya. Bawa kereta pun 80 kilometer sejam sahaja. Agaknya bimbang jika terjadi apa-apa pada kereta kesayangan abangnya. Entah bila akan sampai KLIA, Tareq mengeluh.

Sang penumpang sendiri pun lebih selesa tidak membuka mulut, bimbang jika si pemandu bertanya tentang sejarah lama hidupnya. Tetapi si pemandu tidak pula bertanyakan apa-apa. Maka sepanjang perjalanan dari Ipoh ke KLIA, Tareq tertanya-tanya bila Emmalyn akan bertanya tentang Inessa. Dan bila soalan itu tidak kunjung tiba, hairan juga jadinya Tareq. Gadis ini memang lain dari yang lain.

Memang benar bagi dikata Emmalyn. Perjalanan 2 jam setengah menjadi 3 jam setengah bila dia yang memandu.

Bila kereta Emil menghampiri KLIA, Tareq mengarah, “Turunkan saja saya di depan departure hall.”

Menjawab tidak, berkutik tidak, kereta Emil dipandu terus melepasi balai perlepasan menuju ke laman parkir.

Wajah Emmalyn direnung sinis, “Emmalyn, just drop me off. Tak payah nak parking bagai. I hate long good byes.”

Mata Emmalyn melekap ke jalan raya, renungan si Alpha Male tidak dibalas, mulutnya menjawab, 

“Saya nak solat maghrib dulu. Kemudian baru bertolak ke rumah Una.”

Habis, Tareq nak jawab apa? Takkan nak berhenti solat pun tak boleh. Sampai di balai perlepasan, mereka ke surau dahulu untuk solat bergilir,  beg-beg besar Tareq perlu diperhatikan, takut dikebas orang. Usai solat, Tareq terus hendak mendaftar masuk.

Fikir Emmalyn selesai urusan mendaftar masuk, Tareq akan mengajaknya makan malam dahulu. Sudahlah berhenti di RnR tadi pun hanya untuk solat Asar. Tapi si Alpha Male menonong berjalan ke eskalator menuju ke pemeriksaan imegresen.

“Tak nak makan dulu?” tanya Emmalyn penuh harapan.

“Saya makan kat terminal sajalah,” pendek jawab Tareq.

“Dah check-in,  kenapa kelam kabut nak ke terminal?” suara Emmalyn ada nada berjauh hati. Hai! Penat-penat aku memandu dari Ipoh, sekurang-kurangnya belanjalah makan.

Bukan tidak disedari si Alpha Male, tetapi bukankah dia sudah kata tadi dia tidak suka “long good-byes” dan jika makan malam bersama tentu timbul cerita Inessa. I have enough drama to last me for a life time!!

“Look, Emmalyn. Terima kasih susah payah hantar saya ke KLIA. I’m sorry for what you had to witness yesterday. But let’s just leave it at that, shall we?” nafas dihela dalam-dalam lalu kata-kata diteruskan, “Maaf saya janji mahu ke rumah awak, berjumpa mak bapa awak. Nampaknya saya tak dapat nak tunaikan janji saya. Kita berdua…..,” jeda seketika memilih kata-kata, “…hingga di sini sajalah.”

Ternganga Emmalyn mendengar kata-kata Tareq, buntang matanya tidak berkelip. Boy! Talk about being straight to the point! Dia tidak menyangka Tareq akan berterus terang sedemikian sekali.
Back pack dibuka, pasport dan boarding pass diambil, wajah Emmalyn direnung sekali lagi, 

“So, Emmalyn, I guess…this is… good bye.”

Nak sambung kata ‘hope to see you again’? Sebaiknya tidak, dia berjanji dengan Emmalyn dan dia tak dapat tunaikan. Buat apa hendak bertemu lagi? Biar sahaja perhubungan manis mereka sebulan dua ini tinggal hanya kenangan.
Dengan hati dan langkah yang berat, Tareq berpusing dan menapak ke arah pegawai polis yang memeriksa dokumen perjalanan.

“Abang!”

Abang? Berkerut dahi Tareq.

Abang? Tanya hati Tareq sekali lagi. Berpusing semula mengadap Emmalyn yang berdiri kaku bagai patung cendana. Cuma dada Emmalyn jelas nampak berombak-ombak.

Emmalyn menghela nafas dalam-dalam. It’s now or never, Emmalyn!!

“Abang,” kali ini nadanya lebih tenang, wajah kacak Tareq direnung tepat dengan mata yang tidak berkelip, “will you marry me?”