Salam dears! Kan saya kata nak cuba naikkan seminggu sekali. Bhg yg ada cincin masuk cawan kopi tu dah jadi Bab 7, so minggu depan ye.
Nampaknya permintaan untuk PMS stok yg ada kat saya melebihi dari simpanan, kejap lagi saya balas emel ye. Rupa2nya paksarelawan saya sanggup lagi ke pejabat penerbit utk dapatkan stok baru tapi Isnin depan baru boleh poskan sebab Jumaat cuti kan.
Enjoyz!!
Bab
6
Terlalu
asyik membaca novel sulung tulisan Qalisha Irdani, Khaalish tidak
sedar pintu pejabatnya dibuka orang. Langkah kaki tetamu tidak
diundang yang merapatinya, tidak disedari dek kerana lantai pejabat
yang dilapisi permaidani tebal.
“Hah?!!
CEO sedang baca novel cinta! Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!”
Kantoi!
“Daddy,
ini pejabat I. I would appreciate it if you knock next time,”
mendatar sahaja nada suara Khaalish, nak tutup rasa malu, terpaksalah
pura-pura cool.
“Sejak
bila ini, Zaim Khaalish Kamaruzzaman jadi peminat novel cinta?”
tanya Tan Sri Chairman dengan ketawa yang masih tidak berkurang.
“Sejak
saya jadi peminat penulisnya,” jawab Khaalish dalam hati. Tapi
takkan nak jawab begitu pada Daddy, mampus sampai esok dia tak
berhenti ketawakan aku.
Mukanya
dibuat kering sahaja. Novel cinta itu diletakkan di atas meja dengan
harapan Daddy akan tukar topik.
“Qalisha
Irdani.... Duka Semalam....” terteleng kepala Tan Sri Kamaruzzaman
cuba membaca tajuk novel cinta secara upside down.
“Ah!!
Rubbish! Duka-duka, tak siapa suruh duka. Hidup sekali saja,
mesti ada kudrat, duka tukar jadi suka. Novel melodrama untuk
bodohkan orang perempuan,” habis-habisan Tan Sri Kamaruzzaman
mengutuk novel cinta di atas meja Khaalish.
“Daddy,
kalaulah Daddy tahu, anak Daddylah penyebab dukanya,” keluh
Khaalish, sudah tentu dalam hati sahaja.
“Itu
yang heroinnya buat, Daddy. Dia tukar dukanya kepada suka,” cubaan
lemah Khaalish untuk menyokong gadis misterinya. Masih misteri
walaupun sudah tahu identiti? Ya, masih. Kalau boleh, Khaalish ingin
tahu, adakah seperti heroin novel sulungnya, Naz juga sudah berjumpa
jejaka yang membawa suka ke dalam hidupnya?
“Ha!
Ha! Ha! Ha! Ha! Daddy tak sangka, kita boleh berbincang tentang novel
cinta. Dalam pejabat you, pulak tu, Khaal. Kita ni nak buka Kelab
Peminat Novel Cintakah? Ha! Ha! Ha! Ha!”
Berbahang
muka Khaalish bila kena perli dengan Daddynya. Humph! Silap sungguh
dia membaca novel Naz pada waktu rehatnya. Cuma dia tidak sabar untuk
mengetahui kesudahan novel ini. Semalam dia mula membaca selepas
Azhar menghantar sebuah beg plastik berisi novel-novel tulisan Naz.
Dia pasti Naz menulis novel pertamanya berdasarkan apa yang
dialaminya empat tahun dahulu.
“Daddy,
what can I do for you?” sekali lagi Khaalish cuba menukar
topik.
“Ya,
there is something you can do for me......... Bagi tau Daddy
kenapa you baca novel cinta? Ha! Ha! Ha! Ha!” Tan Sri Kamaruzzaman
masih lagi dalam mood menyakat. Dah anak seorang saja, nak sakat
siapa lagi?
Khaalish
duduk membatu. Sedar Daddynya berotak tajam, baik jangan buka mulut.
Lagi buka mulut lagi mudah terburai rahsianya.
“Oooh!
Tak nak bagi tau ye? Hmm, CEO tak nak bagi tau Chairman? Biar
Chairman teka!”
Berdebar-debar
juga hati Khaalish.
“Mmm,
cubaan pertama …... Chairman rasa CEO bukan seorang peminat novel
cinta. Yes, yes …. betul, betul. Maka …... jawapannya
adalah CEO adalah peminat penulisnya!! Ha! Ha! Ha! Ha! Cepat, cepat,
mengaku, betulkan? Tekaan Daddy betulkan? Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!”
Masam
mencuka muka Khaalish. Daddynya seorang businessman yang
brilliant. Otak geliga, memang tidak boleh sorokkan apa-apa
pun dari dia. Melihat muka masam anaknya, semakin kuat ketawa Tan Sri
Kamaruzzaman.
“Khaal,
kenapa masam sangat muka? Biar Daddy teka,” masih belum habis
permainan teka-teka Tan Sri Kamaruzzaman.
“You
can't get the girl? Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!”
“Daddy,
kenapa dulu Daddy dan Mummy tak beranak ramai-ramai? Tak payahlah I
sorang saja yang asyik kena dengan Daddy!”
“Your Mummy tu, nak beranak sekali saja, sibuk dengan business dia,”
selamba jawab Tan Sri Kamaruzzaman.
“Tak
rugi ke Daddy, duit banyak-banyak, anak seorang saja?”
“Anak
seorang tak apa, sebab …. nanti ….. cucu berderet-deret! Ha! Ha!
Ha! Ha! Ha!” tak habis-habis lagi ketawa Tan Sri Kamaruzzaman.
“Daddy,
I am not marrried ….”
“...yet!!”
potong si bapa, “Usahakanlah, dapatkan penulis pujaan Khaal tu.”
Sekali
lagi Khaalish diam membatu.
“Khaal,
Ilsa is history. Ini! Siapa? Qalisha Irdani? She can be
your future,” pujuk si bapa, tiada lagi ketawa.
“Daddy!
Daddy! You tak tau, Ilsa dan Qalisha Irdani, they are both part of
my history. Tiada Ilsa, tiada Qalisha Irdani!” bisik kata hati
Khaalish.
“Khaal,
macam Daddy kata tadi, tak siapa suruh kita hidup berduka. Kalau
Qalisha Irdani tu boleh bawa suka ke dalam hidup Khaal, go get
her!”
“Mummy?”
“.......
is a good businesswoman. Nak berjaya dalam business, kena
pandai “baca” orang. Dari awal Mummy sudah “baca” siapa
Ilsa.”
Melihat
anak tunggalnya masih berdiam diri, Tan Sri Kamaruzzaman meneruskan
nasihatnya, “Qalisha Irdani ni, dia macam Ilsa?”
Khaalish
menggelengkan kepalanya sekali. Yakin!
“So,
go get her!”
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
“Go
get her, kata Daddy,” berulang-ulang itu yang dibisikkan Zaim
Khaalish.
Nombor
telefon Reham didail lagi.
“Yes,
Romeo, your Juliet here is safe and sound,” tak ada salam, tak
ada hello, itu yang terus keluar dari mulut Reham di benua kanggaru
sana. Dah hari-hari telefon, soalan sama yang ditanya, maka jawapannya pun sudah hafal.
“Bosan!
Dia ingat dia ada bayar gaji aku ke jadi operator dia? Suruh cakap
sendiri dengan Nuts, tak mahu! Sebab dia tahu Nuts tentu tak mahu
cakap dengannya. Is this romance, Malaysian style? Jual mahal
gitu?” membebel-bebel Reham dalam hati.
“Khaalish,
Khaalish, Khaalish, ….. sampai bila saya nak jadi operator kamu.
Sekejaplah!” terbit juga bebelan dari mulut Reham.
Belum
sempat Khaalish berkata apa-apa, dia terdengar suara Reham menjerit,
“Nuts, Ozgur's on the line!”
“Ozgur?
Siapa Ozgur? Buah hati diakah?” Dada jejaka di Malaysia itu sudah
berdebar-debar.
Sedang
terkebil-kebil meneka siapa Ozgur, terdengar suara Naz
tercungap-cungap di corong telefon, “Ozzie! Why are you making a
long distance call?”
“Ozzie?
Itu nama manja pak we diakah?” laju sahaja terbit rasa cemburu di
hati Khaalish.
“Hello!
Hello! Ozzie, are you there?” suara Naz semakin kuat.
“Naz....”
Terdiam
gadis di hujung talian sana. Ini bukan suara Ozgur, teman bertekaknya
di Seattle. Mana pernah Ozgur bersuara romantik begitu? Cuma sorang
saja yang bersuara begitu, menyebut namanya bagai melepaskan satu
nafas.
“Naz
…. are you there?” giliran Khaalish pula menanyakan soalan
itu.
“Ya,”
sepatah jawabnya.
“Awak
sihat?”
“Alhamdulillah,”
sepatah lagi.
“Good,”
humph! Telefon merentas lautan, merentas benua, hanya bercakap
sepatah-sepatah sahaja?
“Seronok
di Melbourne?” Tiga patah, ada peningkatan.
“Seronok,”
sepatah lagi.
“Berjalan
ke mana?” tiga patah lagi.
“Phillip Island, Yarra Valley.”
“Dengan
Reham dan Hamza?”
“Kadang-kadang.”
“Kenapa....”
tanya Khaalish, “....sayang?” perkataan kedua dalam hati sahaja.
“Bila
mereka berdating, saya jalan-jalan dengan sepupu Hamza
sahaja.”
Jenuh
Khaalish menahan lidahnya dari bertanya: sepupu lelaki ke sepupu
perempuan? Hamza tu handsome orangnya. Berdada bidang, bermata
hijau. Kalau sepupu lelaki, tentu handsome juga.
“Bila
awak nak balik ke Kuala Lumpur?”
“Tak
pasti lagi. Boleh jadi saya terus ke tempat kerja baru saya.”
“Di....?”
Tiada
jawapan.
“Tak
mahu bagi tahu? Nazrahani Idora, walau ke hujung dunia kau pergi, aku
cari,” bisik Khaalish dalam hati.
Selepas
beberapa ketika berjeda, Naz menyambung semula, “I gotta go,
sepupu Hamza dah tunggu. Kami nak keluar.”
“Okey,
kirim salam pada Reham, Hamza dan sepupu Hamza. Siapa namanya?” Nak
bertanya lelaki atau perempuan segan, jadi pura-pura bertanyakan
nama!
“Sepupu
Hamza namanya ….......... sepupu Hamza!! Bye.....”
Sebelum
Naz meletakkan telefon, kedengaran di telinga Khaalish tawa
mengekeknya. Sukalah tu, dapat mengenakan aku! She's always one
step ahead! Memuncung mulut Khaalish, selalunya dia yang dikejar
sehingga naik rimas. Dengan gadis ini, jenuh pula dia mengejar.
Perlahan-lahan,
melebar pula senyuman di bibir Khaalish, “Hmmm ….. dah lama aku
tak rasa thrill macam ni. Game on!”