Hmmm I had a tough week.... Back stabbing and such.... Sepatutnya dgn drama dalam karier saya, bolehlah saya tulis citer yg meruntun jiwa kan...hmm agaknya inilah sebabnya bab ini ada nangis2.
Niway, sy si writer perasan plg suka part ini: Wallahi! Aku cintakan lelaki ini.
Esok pagi Inche Somi bangun, sy nak ckp cenggini kat dia he he he. (Nnt dia kata bini aku ni demam agaknya...demam deadline!)
Dan disebabkan sy menobatkan diri sendiri sbg Queen of Cliffhanger, maka bab ini akan disambung minggu depan, InsyaAllah....... (jgn maraaaaaaah)
Bab
16 bhg 1
“Saya
pernah tidur dengan dia. Beberapa kali.”
Jantung
Emmalyn bagai mahu luruh. Sesak dada, oksigen bagai tak masuk. Hah!! Tahanlah
kau, Emmalyn. Tahan telinga, tahan sabar. Sudah ada perempuan datang bawa anak,
mengaku anak dia, kau nak juga si Alpha Male ini.
“Saya
dulu…. jahil,” jeda seketika dan nafas ditarik dalam-dalam, bukan mudah mahu
membuka pekung kepada gadis yang berjaya menawan hatinya, “Allah Ta’ala bagi
otak yang cerdas, saya tak bersyukur, saya take
it for granted. Belajar di U.K. dulu semuanya mudah. Tak perlu nak pulun
belajar macam orang lain, waktu lapang saya hanya nak seronok. Malam-malam
hu-ha hu-ha di club, di bar, di pub. Hujung minggu merayau ke sana sini. Setiap
ketika nak seronok saja. Muda hanya sekali, fikir saya.”
Emmalyn
dikerling sesaat. She’s still here. Ingatkan lepas mukadimah tentang hidup
lepas bebasnya di U.K. dulu, gadis ini akan lari, tidak tunggu lagi. Tapi,
Emmalyn Mohd Ehsan masih di sini, di hadapannya. Masih mahu jadi isterinya?
Hairan.
“Emmalyn,
awak dan keluarga awak, orang baik-baik. Seeloknya carilah lelaki yang baik
juga sebagai suami awak,” nasihat dari orang yang mengaku kejahilannya dahulu.
“Keluarga
saya, keluarga awak jugakan. Kan awak EMPAT PUPU saya,” Emmalyn mengingatkan
Tareq.
Tersenyum
kecil mereka berdua mendengar istilah ‘EMPAT PUPU’ yang sentiasa boleh bikin
telinga Tareq berbulu. Terlintas di minda Tareq, Emmalyn ini gadis istimewa,
dalam keadaan begini pun masih mahu menceriakan aku. Kalaulah aku boleh
memiliki gadis istimewa ini… tapi sebaiknya…biarkan dia dapat jodoh yang lebih
baik.
“Keluarga
kita orang baik-baik. Awak pun orang baik-baik,” puji Emmalyn. Bila dilihatnya
Tareq mahu memotong cakapnya, cepat-cepat dia menyambung, “Awak orang baik, ……solat
tak tinggal, sopan santun, hormat mak bapa.”
“Pasal
Inessa, itukan sejarah lama. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan. Manusia
tentu ada pernah khilaf, yang penting awak sudah berubah,” tenang tutur
Emmalyn, sambil merenung lembut jejaka yang duduk semeja dengannya.
Tareq
hanya merenung cawan kopi di hadapannya yang masih tidak bersentuh. Malu hendak
panggung kepala untuk menatap wajah Emmalyn. Bagaimana hendak jadi ketua
keluarga jika dengan isteri sendiri pun dia terasa hina.
“Dosa
saya itu… besar sangat. Lepas Inessa mengandung, mak bapa dia buat laporan
kepada penaja biasiswa saya. Teruk mak bapa saya, turun naik pejabat penaja
biasiswa saya, buat rayuan supaya jangan tarik biasiswa saya,” Tareq jeda
seketika sambil mengacau kopinya perlahan-lahan,
“Saya anak yang teruk. Abang
sulung saya, Abang Sohair jauh lebih baik dari saya. Tak belajar ke luar negara
pun tapi masih membahagiakan Ummi dan Ayah. Habis belajar, pinang girl
friendnya, sekarang sudah beranak. Dia anak penyejuk hati Ummi dan Ayah. Saya
ni anak yang hanya menyeksa mereka.
Jenuh emak bapa saya menanggung malu. Sengaja mereka minta tukar kerja
ke Terengganu, nak sorokkan muka dari saudara mara dan kawan-kawan. Cerita saya
buntingkan anak dara orang, menjadi topik hangat di mana-mana. Ummi dan Ayah
yang mula-mulanya bangga, anak tengah mereka bijak, dapat biasiswa belajar ke
luar negara. Tapi akhirnya, apa yang mereka dapat? Ya, saya tamat juga belajar
tapi lumpur yang terpalit di muka mereka tu, adalah ‘hadiah’ yang mereka takkan
pernah lupakan.”
Emmalyn
tidak putus merenung Tareq yang masih tidak memanggung kepala. Cubaannya untuk
mengutip klu tentang perasaan hati jejaka yang begitu istimewa di hatinya.
Nafas
ditarik, hati sang jejaka yang lara, cuba dipujuk, “Tareq, saya tak pernah
kenal emak bapa awak dulu. Yang saya kenal hanya mereka sekarang. Dan apa yang
saya nampak, mereka sayang sangat dengan awak. Tak nampak pun mereka marah
dengan awak, tak nampak pun mereka kecewa dengan awak.”
Sekali
lagi nafas dihela, mengumpul kekuatan untuk menyatakan sesuatu yang mungkin
semakin melukakan hati sang jejaka. “Sebenarnya…. Awak yang kecewa dengan diri
awak……. Awak yang marah dengan diri awak….. Bumi mana yang tidak pernah ditimpa
hujan….”
Kepala
dipanggung, wajah Emmalyn ditenung dalam-dalam, “Yes, I am disappointed with
myself. Yes, I am angry with myself.”
Sudah,
Emmalyn!! Bukan kau nak pujuk dia, kau kutuk dia, buat dia makin negatif!
Sebakul marah dihadiahkan kepada diri sendiri.
Payah!
Tapikan ini lelaki yang aku mahu kongsi hidup bersama-sama, grow old together.
Don’t give up, Emmalyn!
Renungan
tajam Tareq dibalas dengan renungan yang lembut. “Dah enam tahun awak kecewa
dan marah dengan diri sendiri. Dah tibanya masa awak cari kemaafan dalam diri
awak untuk seorang lelaki istimewa bernama Tareq Abdul Aziz.”
Renungannya
ditalakan ke atas, nafas ditarik kasar, matanya berkaca, “Saya tak berani,
Emmalyn.”
Wallahi!
Aku cintakan lelaki ini!! Jerit hati Emmalyn. Melihat kesengsaraan Tareq, dia rasa
bagai mahu memeluk lelaki itu. Peluk erat, rapat-rapat dan usap belakangnya
lembut-lembut. Namun batasan iman masih menjadi benteng kuat buat Emmalyn,
hujung meja dipaut kuat-kuat agar tangannya tidak terbang hinggap ke tubuh
Tareq.
Sekali
lagi mata Tareq hinggap ke wajah Emmalyn, “Saya tak berani kerana saya takut
saya akan jadi Tareq yang dulu…. Tareq yang jahil.”
Akhirnya,
butiran-butiran jernih berguguran di pipi Tareq, di pipi Emmalyn.