Friday, 11 January 2013

Kisah Naz & Khaalish (final teaser)


Salam dears, undian di FB, ramai yg pilih nak teaser yg lucu tak nak yg sedih.

Here it is, harap teaser ini menceriakan hujung minggu u alls.


p/s: Tuti pembantu rumah mereka


_____________________________________________




Pagi Sabtu itu seperti pagi-pagi yang lain. Naz rebah semula ke katil selepas solat Subuh. Khaalish pula mengambil peluang untuk bersenam di gimnasium. Pulang dari gim, Naz masih lagi lena tidur.
Khaalish terus ke dapur. Setiap hari Naz masakkan minum petang dan makan malam. Pagi ini biarlah dia pula yang sediakan sarapan.

            Air dimasak di dalam cerek elektrik. Kabinet dapur dibuka, dijenguk-jenguk. Bibirnya tersenyum, kabinetnya yang dahulu terbiar kekosongan sekarang penuh dengan segala macam makanan. Peti sejuk pun sama, penuh dengan makanan. Kotak berisi wafel dicapai. Senang! Keluarkan dari kotak, masukkan ke dalam ketuhar mikro atau pembakar roti, siap! Apa toppingnya? Jem, mentega kacang atau hanya mentega?

            Naz yang baru bangun, menapak mencari suami. Di badan hanya tersarung kemeja T saiz extra large, yang memang selesa sekali dipakai untuk tidur. Rambutnya yang kusut masai tidak bersikat. Muka belum dibasuh, gigi belum digosok.

            Baru tiba di ruang tamu, loceng pintu depan berbunyi. Hairan Naz, si Tuti terlupa nak bawa kuncikah? Sambil menguap, tangannya menggaru-garu kepala. Pintu penthouse dibuka.

            “Mana kunci kamu, Tuti?” tanya Naz, menguap lagi.

            “Astaghafirullahilaziiiiiiim! Idora!! Macam nikah rupa awak di rumah?!!”

            Tuti ni memang kaki menjeritlah, fikir Naz. Apalah yang dibebelnya pagi-pagi buta ni.

            “Sh! Sh! Awak ni bisinglah Tuti! Bikin bingit telinga saja,” marah Naz sambil menenyeh-nenyeh mata.

            “Siapa Tuti? Idora, ini mak mertua kamulah!” sergah Puan Sri Freida.

            Naz masih blurr, cuba mencerna apa yang berlaku. Bukan Tutikah yang tekan loceng pintu depan? Mana pula datang Nyonya Mansoor ni?

            “Nyonya buat apa di sini?” ahhh!! soalan paling bodoh dari mulut menantu.

            “Idoraaaa!! Nyonya mana pula ni? Ini Mummy, Mummylah!” suara Puan Sri Freida sudah nyaring.

            Naz masih terkebil-kebil. Puan Sri Freida sudah hilang sabar. Menantu yang masih kebingungan ditolak ke tepi, dia melangkah masuk ke dalam pent house anaknya.

            “Khaalish! Zaim Khaalish! Where are you?!” jerit Puan Sri Freida.

            Terjengul Khaalish dari dapur, tangan kiri memegang pinggan berisi wafel panas, tangan kanan memegang pisau mentega. Di badan pula hanya tersarung sehelai boxer shorts!

            “Zaim Khaalish!!! Astaghafirullah!” cepat-cepat Puan Sri Freida menutup matanya, “Put on some decent clothes! Your wife too!!”

            Terkocoh-kocoh Khaalish meletakkan pinggan dan pisau di atas kaunter kabinet. Digawang-gawangnya tangan ke arah Naz, mengajak masuk ke dalam bilik. Naz yang mula tersedar, menghayun langkah besar-besar ke arah pintu bilik. Di dalam bilik, selepas pintu ditutup, Khaalish menolak Naz ke bilik air.

            “Mummy awak buat apa datang ke rumah kita pagi-pagi buta ni?” Naz berbisik.

            “Sayang, pagi buta apa? Sudah pukul sembilan lebih,” balas Khaalish.

            Sembilan lebih tu pagi butalah bagi orang yang tidur pukul empat pagi. Khaalish menarik kemeja T Naz ke atas, si isteri hanya menurut, kedua belah tangannya diangkatkan ke atas. Pancuran air dibuka, suhu air diperiksa, tubuh isteri ditolak ke bawah pancuran air. Sabun mandian dituang ke atas span badan dan dihulurkan kepada isteri.

            “Awak tak mandi?” tanya isteri yang kalut menyabun badan.

            “Saya dah mandi di gim.”

            “Kalau dah mandi di gim, kenapa pakai boxer saja?” hairan!

            “Untuk selamatkan awaklah,” jawab Khaalish kriptik.

            “Ha?!” semakin hairan Naz.

            Pancuran air ditutup, berus gigi yang sudah ditaruh ubat gigi dihulurkan kepada isteri.
 “Cepat sayang. Nah! Berus gigi.”

            Gigi diberus, mulut bercakap, “Makha khokha chaya? Chaya khuak ghee cho phukha!”

            “Apa Sayang?” tanya si suami prihatin.

            Mulut dikumur bersih, “Saya tanya….mana tuala saya? Buat free show pula!”

            Ketawa besar Khaalish. Tuala diambil, dibalut ke badan isteri yang kemudiannya dirangkul, “Isn’t it a bit too late for that?”
           
            Cup! Ciuman hinggap di hidung isteri yang comel.


Selepas berpakaian, Naz dan Khaalish ke dapur. Puan Sri Freida sudah menunggu di meja makan.
Wajahnya masam mencuka.

            “Duduklah. Mummy dah buatkan kopi,” bibirnya dimuncungkan ke tengah meja.
Ada sebuah teko berisi kopi panas, tiga biji koleh, sepinggan wafel, mentega, dan jem.

            Mak mertua sudah buatkan kopi, si menantu yang baru sedarkan diri cepat-cepat menuangkannya ke dalam koleh.

            “Jemput minum, Puan Sri,” dengan keadaan malu besar begitu, tak sanggup Naz hendak memanggil wanita anggun bergaya itu Mummy.

            Khaalish dengan selamba badak menghirup sedikit kopi panas. Kemudian dicapainya sekeping wafel, disapukan dengan mentega dan jem, disuapkan ke mulut. Lambat-lambat dia mengunyah wafel.

            Ya Rabbi! Boleh dia buat selamba badak laki aku ni, dengus Naz dalam hati. Dia tak rasa malu langsungkah?

            “Itu!” kata Puan Sri Freida, kali ini bibirnya dimuncungkan ke arah baju dan seluar Khaalish yang bertaburan di atas lantai dapur. Tak sanggup dia hendak mengutip baju dan seluar anaknya yang bertaburan di lantai. Kenapa sampai bertaburan di lantai dapur? Let’s not even go there!

            Kelam kabut Naz mengutip baju dan seluar suami, dimasukkan ke dalam bakul kain basuhan di bilik dobi di sebelah dapur. Astaghafirullahilazim! Apalah yang mak mertua aku fikirkan sekarang! Muka Naz merah berbahang. Malu! Malu besar!

            “Mummy tak tahu nak kata apa,” akhirnya Puan Sri Freida membuka mulut.

            “Tak perlu kata apa-apa, Mummy. We are still in our honeymoon phase,” selamba Khaalish menjawab, mukanya kering sahaja.

            Naz pula malu tak tahu mana hendak diletakkan muka. Kalaulah ada mesin pemadam ingatan macam dalam filem “Men in Black” tu, mahu dia gunakan ke atas mak mertuanya.

            “Kok ye pun honeymoon phase…..!” setakat itu sahaja yang mampu Puan Sri Frieda komen, kepalanya digeleng-gelengkan.

            “Mummy, kami ni dah sah. Dah nikah,” balas Khaalish dengan suara mendatar.

            Dengan anak tidak berkesan, Puan Sri Freida mengalihkan tumpuannya kepada si menantu pula.

            “Kamu pula, Idora. Tak adakah baju yang elok yang boleh dipakai?”

            “Mummy, during the honeymoon phase, less is best,” boleh Khaalish jawab begitu!

Naz rasa macam nak ketuk-ketuk kepala sang suami. Ish, tak boleh jadi ni, lagi banyak cakap, lagi malu dia jadinya. Tukar topik! Tukar topik!

53 comments:

  1. sweet N awesome... but toooo short

    ReplyDelete
  2. soooooooooo comel!!! thanks nina!! :))))

    ReplyDelete
  3. Haninaaaaaa siler jgn dera saya

    ReplyDelete
  4. auwwwww...so sweet both of you darls...im dreaming of prince charming like khaal...hahahha....drop dead charming...bley ke gume ayat tuh???hikhikhikhikkk

    ReplyDelete
  5. Hmmm, honeymoon phase. Argghh sweet giler. Terbayang dah Remy Ishak!!!!

    Nak lagi la Nina, 2 teaser tak cukup.

    ReplyDelete
  6. Hahahah...this makes my day! Khaal you are too cute! Thank u Nina...

    ReplyDelete
  7. omo!! my imagination gone wild!!!! hihihi...

    ReplyDelete
  8. Good job nina..!!! Best... Love it...

    ReplyDelete
  9. Good job nina..!!! Best... Love it...

    ReplyDelete
  10. Couple ni mmg kelaka... Adoiii gelak sampai anak ckp gelaklan gelaklah... Cik puan nina,,, baca u punya teaser ni, makin tak sabar nak peluk KNK...

    ReplyDelete
  11. nina.. thankz,best sgt. dah lame tunggu.
    hari2 check blog nak tengok ada entry baru ke tak.
    too short but biar ada drpada tak de kan..
    bila nak dibukukan? can't wait..

    ReplyDelete
  12. Nk tekoyak mulut senyum memanjang.. ngee~~~ sweet angart..

    ReplyDelete
  13. alahaii...tol2 menyiksakan...bla kuor dlm verse cetak nie????

    ReplyDelete
  14. hahaha..."less is best"...mmg pun time2 honeymoon kan ..wink..wink..(teringat zaman "tu"..hehehe)

    alamak...this is the last teaser..bila nak dpt bukunye..?? x sabar tahap gaban ...

    ReplyDelete
  15. hehe..cute... Btw how r u lps bergelumang ngan mss? Tc... haih tak sabaq plak. ...hehe

    ReplyDelete
  16. haaaaaaaaa :D i love u kak nina..... hahahahah x sabo nk tggu buku nie :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  17. hahaha, baca sambil gelak2, over la tu 'honeymoon phase' :-),tq Nina

    ReplyDelete
  18. U punya teaser dah buat saya tersenyum sampai ke telinga Walaupun badan masih sakit lepas eksiden semalam. En. Hubby menjeling tak faham coz mata ni masih sembab lg huhuhu

    ReplyDelete
  19. Salam Nina, lama tak chit chat di sini.

    Whooaaa!!!! i like ur teaser. Mengancam sih.
    Senyum ke telinga kita membacanya, sampai nak
    bertemu senyuman di dahi. hahaha.





    ReplyDelete
  20. bestnye.. sweet sesangat.. rindunye kat diaorg... nina pls update date publish...

    ReplyDelete
  21. Hehehehe comelll je diorg ni !! I like !! Thanks kak hanina

    ReplyDelete
  22. senyum smpai tlinga...en.somi jeling je...hehehe...tringat waktu dolu2

    ReplyDelete
  23. Nina...your entry to sweewt to be.true...jeles..jeles...
    Tak sabar nak tunggu second novel versi cetak...
    These sweet torment have to end !!!

    ReplyDelete
  24. Eh eh nape br awak saya...not ber abg sayang....kawin kontrak ke apa ni...hmmm cuak saya aish...

    ReplyDelete
  25. best swsangat menguja kn so sweet but tk puas lh dek ciput sngt...

    ReplyDelete
  26. ha ha..gelak gelak..can`t wait!

    ReplyDelete
  27. ha ha..gelak gelak..can`t wait!

    ReplyDelete
  28. nina....gelak golek sorang2 di hari ahad ni. he he he...sukanya baca bila naz dan khaalish tak gaduh2. naz....saya pun tak paham awak cakap tadi, lenkali kosongkan mulut baru bercakap ye....but soooooo sweet n sengal. hihihi...bila nak keluar buku ni nina?

    ReplyDelete
  29. seriously, gelak sampai skt perut..mmg lucu abis la..thumbs up kak nina..xsbr nk tggu edisi printed

    ReplyDelete
  30. kahkahkah!!!!tegelak besor tgh2 hari minggu neh!!!hahaha...+romantika de amor gitu...hehe...auw auw ^_^ tq nina sbb bg teaser sbg pengubat rindu..eceywahh... =P GOOD LUCK!!! x sbr tgu buku neh!!!

    p/s:fb nina ialah>> hanina abdullah...hehe (tlg jawab) (>_^)V

    ReplyDelete
  31. Cptla ke versi cetak... Dah x sbr sgt dah ni

    ReplyDelete
  32. Nina... Sweet giler.. Beyond my expectation.. I like 100000000000x... Cant wait to review it ith the divas...*wink3x*

    ReplyDelete
  33. Lawak plak n3 ni...mujur x pengsan su puan sri tu tgk naz

    ReplyDelete
  34. nina...klakar and kita suker lawak ni..yg mak mentua tu datang pepagi buta umah org baru kawen wat per...pastu tya soklan cepu cemas..mcm dia xpenah lalui lak masa2 indah tu ;P

    ReplyDelete
  35. khalish is damn romantic nina...!!! cuma naz jer mcm segan2

    ReplyDelete
  36. Cik Nina,

    I malu lah... treaser akhir, knp jadik macam tu. Tp xpe, asalkan KNK coming out soon.. x sabar nk peluk KNK. All D best dear. :)

    ReplyDelete
  37. hadoyyyy....blush3...nasib la naz dpt laki kering cam 2 bila berdepan ngan mummy dia...ni bukan nak selamatkan naz lagi dah...mau kasi rentung dah huhuhu....

    nak jugak komen walaupun lambat sbb tenet kat umah x leyh pakai huhuhu...sob3 sadis3

    ReplyDelete
  38. BESTNYER!!!! cepatla kak kuar bukunya... akak saje tau wat org tak sabar nak baca nie.... Can we have another last teaser, pretty pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....!!!!

    ReplyDelete
  39. seronoknye mss dah hantar.. hope semua berjalan lancar & can be publish soon... I want to be the 1st yang beli... nina nak signature tau...

    ReplyDelete
  40. bestnya kisah Naz & Khaalish ni dah sah nikah yea
    OKSIGEN !! OKSIGEN !! OKSIGEN !!
    Good jobs...tq penulis

    ReplyDelete
  41. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete