Salam, dears.
Dengan hati yang berdebar2 menunggu terbitnya Kisah Naz dan Khaalish minggu ini, otak saya pun tak betul, so tulis SF bab 1 ni cam weng sikit. Apa2 pun harap u all enjoy.
p/s: bg yg belum tahu, KNK keluar minggu ini. Boleh dibeli di Pesta Buku minggu ini atau order dari Karya Seni, Sy banyak out stn bulan Feb ini maka tak sempat nak sign dan pos KNK, mohon maaf banyak2 ye.
Terima kasih banyak2 kerana selama ini menyokong PMS & KNK.
Bab 1
“Hello!
Hello!”
“Ya,
hello!”
“Ini
abang Jim? Errr.... abang Dzahim? Hello, hello!”
“Ya,
ya, ini abang Dzahim, kenapa? Kenapa dengan Dzahim?”
“Dia
di hospital, emergency ward.
Please, tolong datang, dia teruk sangat. Please datang,
cepat!”
“Hospital mana? Dzahim kenapa? “
Sambil telinganya menangkap maklumat
yang diberikan, tangan sudah mencapai sepasang jeans.
“Saya on the way, sekarang!”
Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik adiknya
Dzalia diketuk.
Dzalia dengan muka
orang baru bangun tidur, membuka pintu, “Apahal Abang? Pukul
berapa ni?”
Selepas berita
buruk itu dikhabarkan kepada si adik, berdesup Dzariff ke hospital
dengan CRVnya. Tak sampai dua puluh minit sudah sampai, wad kecemasan
dicari. Tiba di sana, di luar pintu bilik kecemasan, matanya terlihat
seorang perempuan muda berpeluk tubuh bersandar pada dinding.
Wajahnya kelihatan runsing. Laju Dzariff menapak ke arahnya.
“Awak kawan
Dzahim yang telefon saya?”
Buntang mata si
gadis memandangnya, terkejut disapa tiba-tiba. Kepalanya dianggukkan
perlahan.
“Kenapa dengan
adik saya? Dia di mana sekarang?” soalan keluar laju bagai peluru.
“Di dalam, doktor
nak bawa dia masuk ke bilik bedah. Dia kena pukul...” jawapan
diberikan bagai separuh sedar. Masih trauma menjadi saksi Dzahim
dipukul.
“Kena pukul?!!
Damn!! Siapa pukul Dzahim? Dah report polis belum?” Muka si Abang
sudah merah, marah dengan orang yang memukul adik, marah kepada si
adik kaki merayau malam, marah kepada budak perempuan di depan mata
ini....
Si budak perempuan
depan mata pula hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala...
Telefon bimbit
segera dikeluarkan, nombor telefon kawan sejak sekolah menengah
didail, “Amir! Aku ni, Dzariff. Aku nak minta tolong wey. Adik aku
kena pukul... KPJ Damansara......”
Gadis di depannya
bergerak, entah mahu ke mana, zass! Tangan si gadis digenggam erat.
Talian telefon di matikan.
“Where do you
think you are going? The police is on their way. Selagi saya tak tau
apa yang terjadi, awak tak boleh ke mana-mana!”
Tangan yang
digenggam dipandang tajam. Trauma tak trauma, siapa mamat ni nak
pegang aku?!
“Apa ni?!
Lepaslah!” Dari muka yang blurr akibat trauma, mukanya berubah
menjadi garang dalam satu saat. Ini tentang halal haram!
Tangannya direntap
kuat, mahu melepaskan diri dari genggaman si jejaka. Tapi tenaga si
jejaka lebih kuat, genggaman di tangan si gadis tidak dilepaskan.
“Eh! Abang dengan
adik sama sengal!” jerit si gadis, marah. Dada si abang sengal
ditolak dengan tangan kanan yang masih bebas.
Zass!! Tangan kanan
pula digenggam. Makin marah jadinya si gadis, kedua-dua belah
pergelangan tangannya digenggam si mamat sengal!
“Awak ni kenapa?”
“Awak nak ke
mana?”
“Suka hati
sayalah!”
“Adik saya kena
pukul. Awak saksi! Awak kena tunggu di sini sampai polis datang!”
sergah si jejaka.
“Awak!! Awak nak
suruh saya jumpa dengan polis ke, bomba ke, boleh tak awak lepaskan
tangan saya? Awak tak tahu halal haram ke?” balas si gadis,
menyergah juga.
“Halal, haram?
Perempuan yang merayau lewat-lewat malam macam ni tahu halal haram
ke?” perli si jejaka.
Melopong mulut si
gadis! Siapa dia ni? Kali pertama jumpa kutuk-kutuk orang pula? Aku
dah buat apa kat dia?
“Mister,” nada
suaranya sudah bertukar rendah dan perlahan, “number one, unhand
me. Number two, keep your nasty words to yourself.”
Mendengar perintah
si gadis, terbakar dada si jejaka. Keningnya terjungkit, dengan suara
yang sama rendah, dia mencabar, “Make me.”
Ternganga si gadis
mendengar cabaran si jejaka, hairan sungguh dengan perangai bangang
mamat ini. Tadi si adik kena pukul, sekarang giliran si abang pula
kah? Memang adik beradik kaki cari pasal? Sudah dicabar, sudah
diminta, apa lagi, beri sajalah! Tanpa sebarang amaran, dengan laju
dan kuat, si gadis mengangkat lututnya dan celah kangkang si jejaka
menjadi sasarannya.
“AUW!!” jerit
si jejaka, sakit ada, terkejut pun ada. Kedua belah tangannya laju
melepaskan tangan si gadis dan hinggap di celah kangkang sendiri.
Terbongkok-bongkok menahan kesakitan.
“Aaaauw!”
mengerang si jejaka. Fuh! Nasib baik tak kena tepat. Sebab kena sipi
pun boleh tahan sakitnya.
Si gadis bercekak
pinggang, puas hati. Senang-senang nak pegang orang, nak kutuk orang.
Ambik kau!
“Abang!! Abang
kenapa pulak ni?!” tiba-tiba ada suara wanita menjerit.
Laju si gadis
berpaling ke arah wanita yang menjerit tadi. Usia sekitar lima
puluhan....emak Dzahim mungkin? Tanya si gadis dalam
hati.
“Abang, kenapa
ni, Bang?” tanya seorang gadis, laju menerpa ke arah Dzariff,
memegangnya kuat, bimbang kalau Dzarif tumbang ke bumi.
“Abang okey,
Abang okey,” semampu mungkin sakitnya ditahan, tangan kanannya
digawang-gawang.
“Abang! Adik
mana? Dia okey tak?” tanya si ibu.
“Ummi, Adik kat
dalam. Nanti Abang cari doktor atau nurse, tanyakan khabar Adik,”
jawab Dariff, sedaya upaya menegakkan diri.
Melihatkan wajah
cemas wanita separuh umur itu, si gadis tidak sampai hati untuk
menyampaikan berita. Tapi apa lagi yang patut dia buat.
Perlahan-lahan dia
membuka mulut, “Assalamualaikum, Auntie. Dzahim kat dalam. Tadi
nurse keluar bagi tahu yang derang nak siapkan Dzahim masuk ke dalam
dewan bedah. Derang cari ahli keluarga untuk tanda tangan surat
kebenaran.”
“Waalaikum salam,
anak ni siapa?” tanya emak Dzahim, agak tercengang-cengang.
“Saya Fayqa,
Auntie, kawan Dzahim,” Fayqa menjawab, mata Dzariff mencerun.
“Adik saya tu
kenapa?” tanya perempuan muda sebelah si ibu.
“Dzahim.....kena
pukul,” teragak-agak Fayqa menjawab.
“Ya Allah! Anak
aku!!” jerit emak Dzahim, air mata mula berjujuran di pipi. Anak
lelakinya dipeluk bagai mencari kekuatan.
“Ummi, sabar
Ummi. InsyaAllah, Allah akan lindungi Adik,” pujuk anak lelakinya,
tangan Umminya digenggam kuat. Anak perempuannya pula memeluk dari
belakang.
“Fayqa, teruk ke
keadaan Dzahim?” tanya si ibu sambil menangis teresak-esak.
“Saya pun tak
pasti Auntie. Nurse tak cakap apa-apa, cuma Dzahim perlu
dibedah.....” sejujurnya Fayqa memberitahu.
“Ummi, sabar ye.
Abang pergi cari doktor yang rawat Adik,” pujuk si abang.
“Auntie, Fayqa
minta diri sekejap ye...”
Belum sempat Fayqa
menghabiskan ayatnya, Dzariff menyergah, “Kan aku dah kata jangan
ke mana-mana?”
Tercengang si ibu
dan kakak, hairan kenapa Dzariff bertempik tengah-tengah malam buta
begini.
“Encik! Encik tak
nampakkah baju saya ini penuh dengan darah? Saya nak pergi tukar baju
dan solat. Saya ni belum solat lagi,” Fayqa melawan, pantang dia
disergah-sergah.
“Abang, yang
marah-marah ni kenapa?” hairan sungguh si ibu.
“Ummi, Abang dah
telefon Amir, minta dia datang siasat siapa yang pukul Adik. Budak
perempuan ini saksi utama. Kita tak boleh biarkan dia lari.”
“Siapa kata saya
nak lari?”
“Kami boleh
percayakan awak ke?”
“Saya yang bawa
Dzahim ke hospital, kenapa pula awak tak boleh percayakan saya?”
“Kenapa awak
kalut nak solat sekarang? Solat saja lepas polis sampai.”
“Astaghafirullah,
awak nak suruh saya lengahkan solat? Awak ni tak belajar agama ke?
Lepas solat boleh saya baca Yassin, doakan Dzahim.”
“Yalah Abang,
Adik dalam keadaan macam ni, elok kita bacakan Yassin,” celah si
ibu. Rimas juga mendengar budak berdua ini bertekak.
“Fine. Yaya, kau
ikut budak ni, jangan biarkan dia lari. Kalau dia lari …..”
arahan dikeluarkan kepada si adik perempuan, mukanya garang macam nak
telan orang.
Dzariff memang
serius orangnya tapi malam itu seriusnya sudah lain macam, adiknya
Dzalia tidak berani membantah. Bila Fayqa melangkah pergi, tanpa
apa-apa komen, Dzalia mengikutnya.
Tak sampai beberapa
minit doktor keluar berjumpa Dzariff dan ibunya. Keadaan Dzahim
diperjelaskan, dia perlu dibedah segera kerana pendarahan otak.
Hajjah Azimah hanya mampu menangis memandang Dzariff menandatangani
surat kebenaran pembedahan Dzahim.
Kedua anak beranak
itu sedang berpelukan bila Inspektor Amir tiba bersama seorang lagi
anggota polis. Sudah lama dia berkawan dengan Dzariff, sejak di
bangku sekolah menengah. Jadi bila mendapat panggilan telefon
Dzariff, tanpa berlengah dia bergerak ke hospital itu. Dzariff pula
laju menelefon Dzalia supaya membawa Fayqa balik ke wad kecemasan.
Sambil menunggu Fayqa, sempat Inspektor Amir bertanyakan beberapa
soalan kepada Dzariff. Tidak banyak maklumat pun yang dapat, jadi
bila saksi utama tiba, Inspektor Amir bersiap sedia secara mental
untuk menjalankan penyiasatan.
Fayqa dibawa ke
sudut terpencil di wad kecemasan itu. Kemudian bertubi-tubi soalan
datang dari Inspektor Amir. Nasib baik dia sudah solat tadi, walau
pun dia masih trauma tapi sekurang-kurangnya dapat jugalah dia
menjawab soalan Inspektor Amir.
“Betul awak tak
nampak orang yang pukul Dzahim?” tanya Inspektor Amir buat kali
kedua.
“Fuh.. masa tu,
saya panik tengok ada orang kena pukul. Saya tak tahu pun yang kena
pukul tu Dzahim. Takkan saya nak cabut macam tu je kan, jadi saya
tekan hon kereta saya kuat-kuat. Mula-mula tu, derang macam nak
serang kereta saya. Tapi saya tekan hon tak henti-henti. Agaknya
derang takut ada orang datang, derang naik motor derang, pas tu lari.
Saya turun kereta, nak tolong kan. Masa tulah baru saya sedar yang
kena pukul tu Dzahim. Masa tu darah dia banyak sangat keluar,”
pucat lesi wajah Fayqa semasa dia bercerita.
“Berapa orang
yang pukul Dzahim tu?”
“Empat, lima
orang, macam tu,” berkerut-kerut dahi Fayqa mengingati perkara yang
sebenarnya dia mahu lupakan terus.
“Awak tak nampak
nombor plet motor mereka?”
“Uish, Inspektor,
masa tu kelam kabut sangat. Saya terketar-ketar masa tu. Takutnya,
Tuhan saja yang mengetahui, apa pun saya tak nampak,” jawab Fayqa
berterus terang.
Buat beberapa
detik, wajah Fayqa direnung tajam oleh Inspektor Amir.
“Dazriff, jom....
ada benda aku nak bincang sikit,” ajak Inspektor Amir sambil
bingkas bangun. Dzariff mengikut rapat.
Tiba di sebuah
sudut sunyi, Inspektor Amir membuka mulut, “Betulkah budak tu
dengan Dzahim hanya kawan biasa?”
“Aku pun tak
tahulah. Kenapa?”
“Dia anak yatim,
maknya di Tawau.”
“So?'
“Dia sorang diri
di KL ni...”
“Amir, kau nak
kata apa ni?”
“Baik kau
tumpangkan dia di rumah kau. Ada kemungkinan budak-budak yang pukul
Dzahim nanti akan cari dia.... untuk tutup mulut dia...”
Oh my..baru bab 1 dah menarik cerita ni. Heroin cerita ni lain sikit dari Naz and Una. Ganas and I Like!! Mesti cerita ni dark dark sikit kan.
ReplyDeletetqvm, EM. ganaz? haah bab 1 si Dzariff tu dah kena, yup this story is the darkest among my 3 stories. konon nya nak eksperimen, kita tengok menjadi ke tak ok?
Deletebest sngt n teruja sungguh..
ReplyDeletetqvm dear....i just try and i hope it works :)
DeleteBest.., best
ReplyDeletetqvm RJ
Deleteina, derang 5 beradik, 2 lagi Dzehan & Dzureen, he he.
ReplyDeleteminggu depan tak boleh nak janji lah sebab i pun tak pasti i kat mana masa tu
Lajunyaaaa dah ada cerita baru! Pinjam semangat sikit?
ReplyDeletehe he actually nya citer ni masuk otak dulu sebelum KNK, tapi gatal tangan nak tulis KNK dulu. nak pinjam semangat? fuh fuh fuh! ambik semangat! :)
DeleteThanx nina..nmpk pertemuan yg menarik ni
ReplyDeleteha ha pertemuan yg tak romantik langsung kan?
DeleteAwal2, X romantic x pe, Nawwal-Zaharin & Naz-Khaal pun x romantic juga. But I still like both stories. Kata org save the best for last, x gitu?
Deletei kinda think that Naz-khaal 1st mtg was romantic. but the hero of SF is soooo mamat belia, dok fikir ni camna nak buat romantic scenes...
DeleteMat Belia? Haiyooo, mat Belia ni stok dengar cakap Mak.... Haha... So, make the mother to make him romantic... :)
DeleteAssalam Nina,
ReplyDelete1. Happy to hear KNK will b out soon
2. Permulaan yg sgt interesting for the new novel. Suka dgn heroin yg ala-ala brutal
3. Salute you - very hardworking.
Kak Yang,
Delete1. TQVM
2. ho yeah, Fayqa is the most brutal, Una is super sweet, Naz tu selamba
3. ha ha writing stories is not working for me, its leisure time :) Alhamdulillah
cik nina.. bab 1 pon da mule rase bahang dia ngn penangan fayqa agak2 kdpn lg mmg bole lebam lah hero kne blasah..
ReplyDeleteooo nnt si hero nya pun boleh tahan jg ganasnya....haish nnt SF pun kena label 18sx he he
DeleteI suka si Abang jd hero. Dzariff rite? If so, more adventurous scenes coming!
Deleteooo tanak Dzahim, si adik? dia ni notti2 manja2....
Delete2 reasons x nak Dzahim:
Delete1. Sbb dia dh berkawan dgn Fayqa definitely Fayqa dh kenal dia. Dzariff is a new guy to Fayqa so boleh buat byk unpredictable scenes. Hehe
2. Nama Dzahim quite similar to Zaim Jd hero ur 3rd novel dh nk sama dgn the 2nd one
P/s: After reading the 1st chap my instinct says that u nk buat Dzariff as the hero.
permulaan yang menariks...nampak perbezaannya...
ReplyDeleteiye? if so, i'm glad... komen yg plg suka adalah "beza dari citer lain"... i hope i can achieve it
Deleteiyeee...nanti kita tgk progress nx chapter pulak....tapi ai mmg suka kalau cerita heroin tu x lembik...means she'll fight for her rights/love/etc etc... barulah cool :)
Deletehk, agreed with u. Nina's stories r quite different from others. Another plus point is her heroines. Very strong heroines!!! I like!!
DeleteYeay cerita baru... Like it. walaupun nampak berat dari pms and knk...
ReplyDeletehmm berat donolah tp cuba nak buat yg lain tatau la menjadi ke tak... cuba dulu kan...
Deletecomel2 ! :D
ReplyDelete:D
Deletebest sabgat cite ni kak... mst dzarif ni hero en...
ReplyDeletetqvm WC...dzariff, dzahim, or abg aish...
DeleteGelak sorang2 sbb membayangkan muka Faqya bercerita dgn inspector polis tuh..comel je dia ckp "derang, derang..". Hehe..anyway, gud luck Nina!
ReplyDeletetumpang komen boleh? :)
Deletedear, ganas betullah awek ni. brutal betul2 ni. okey, bab 1. tunggu bab seterusnya.
Pinjam semangat awak... semangat saya dah tinggal suku ni.
ZR, ada reader komen tanak derang, derang.... tq for the wish
DeleteZZ, haah ganas...kuatkan semangat sikit jer tu, pas tu gi lah holiday ke...shopping ke...mkn2 ke....
Love at the first sight! Baru bab 1, dah jatuh Cinta dgn heroine. I think I'm gonna love Fayqa more than the other two. She's different, very tough, polite to elderly n religious.
ReplyDeleteOh Nina, reading your stories buat I berangan jd superwoman pulak. I suka all your heroines sbb not like typical heroines yg biar laki buli, obedient x kena tempat, lembik n cepat nanggis. Haha tetiba rasa geram pulak.
Good luck to u, x sabar nk tgu next chaps!
ha ha and her challenges are different too. ada fighting scene dlm SF, gang fighting scene, still dono how to write it...
Deletepst pst, bila Fayqa pi tumpang rumah the Dzs....expect some hot scenes...
I wonder what kind of hot scenes? :)
Deletewah2..ada hot scenes lah nnt..XD
Deletewahh corak cerita yg berlainan!!! i looiikkee!!! go nina go!!!
ReplyDeleteMmg best x sbr nk tunggu next chapter...
ReplyDeletewow!!! intresting ^^ hehehe.. sbb heroin dia mcm ganas gak... :D bgos2 ... bru je jumpa da gadoh.. :D comel2...
ReplyDeletekeep it up kak kana :D
-Song Hyun Sun-
Fuhhhhhhhhhhhhhh....*hembus nafas*
ReplyDeleteYay!!!!! entri baru. Past entri saya tarik nafas macam tak berapa nk lepas je. *semput* huhu.
Serius saya suka gile karakter heroin ni..
Tapi hero takkan 2 orang kot. Adik abang, twin ke?
Tak kesah la.. yang penting hati saya manyak suka *blink2*
TQVM Sis.
Best dan menarik tapi perkataan 'derang' mungkin boleh diganti dengan 'mereka' rasa macam tak sesuai dengan pengolahan cerita ni dan mungkin ramai yang tak faham...
ReplyDeleteMaaf andai tersalah kata.... #^_^
like..like..
ReplyDeletehaaaaa...kan dah kata mesti salah faham....suke ski dia je nak tuduh faiqa 2 cenggitu....
ReplyDeleteehem3...nak n3 lagi..hahahaha
Yeah...go fayqa go.... mmg patut si dzarif ni kena tendang...
ReplyDeleteCik In...your quote "Definitely bukan macam Manja" made me terkekeh2 ketawa, sensorang. :-)
ReplyDeleteOh Nina....yes, I loike this story. Bestnya Fayqa ni, takdelah kena dera ngan lelaki kalau cenggitu kan? So, adik beradik 'D'....kena hati2lah ye? muehehehe.....
ReplyDeleteDah jatuh cinta ngan fayqa... Hero n heroin sama ganazz...
ReplyDeletehmmmm i was supposed to explain why she is called manja by the hubby tapi tak sempat.... :(
ReplyDeletesalam babe, mmg panassss, ganas yerr...tak pe, i nak pinjam semangat ganas ni coz permulaan 2013 dah ada aura2 ganas kat opis...hahahaha all d best dari sbrang cina selatan!!!
ReplyDeleteGo baby go.... minggu ni sibuk dekat pwtckan , minggu depa masuk n3 tiap tiap hari yeee hahaha
ReplyDeleteBut I really like Manja :-)
ReplyDeleteWow!!! Liked it!
ReplyDeleteBab kena tendang kat celah tu sangatlah syiok, ketawa besar sangat. Cakap lagi "make me" kan dah kena zassssss
suka gan characters heroin you, Nawwal sweet, Naz selamba giler, Fayqa ganas @ brutal. yang pasti semuanya independent and brilliant.
good job Hanina!
Hehhe.. Bagus2.. Ade cite baru.. Cite KNK pn sy dah abih bace.. Mantop!!.la kak nina..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenice story..bab 1 dah fall in love..nawwal sweet, knk pulak kena tunggu 16 feb. 2013 and cant wait to own sf versi novel. good luck and will support u.
ReplyDeleteBest ...... Akak menjadi peminat sis sejak baca Projek memikat suami .... Kemudian kisah naz dan khalish .... Memang x menghampakan ... Teruskan usaha ya .... Akak akan terus menyokong ....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekali ni citer lain skit, heroin gns..bgs ninan...mg idea mcurah2 spt Naz ble mnulis di sg mekong ....
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88