Selepas jenuh menulis KNK dengan penuh sopan, tanduk saya mahu keluar lagi..... Ini percubaan saya untuk kembali notti. What do you think? Just enough naughty, over2 naughty or tak cukup naughty?
Bab 3
“Jim kasi saya
pinjam,” jawab Fayqa perlahan.
“Pasal apa pula
adik saya pinjamkan awak kereta?” Laju Dzariff menyoal, macam loyar
dalam mahkamah.
Fayqa merenung The
Boys, The Boys merenung Fayqa. Diam.
“Awak ni
girlfriend Dzahim ye? Tadi kenapa bila Inspektor Amir tanya, awak tak
mengaku?” mamat sengal perasan loyar bertanya lagi.
Farhan dan Aboy
tersengih bagai kerang busuk. Fayqa jengilkan mata sekali.
Cepat-cepat budak lelaki berdua itu mengemam bibir, bimbang jika
Fayqa meletup.
“Saya dan Jim,
kami coursemates,” jawab Fayqa pendek.
“Kalau
coursemates saja, takkan sampai Dzahim beli kereta dan pinjamkan?”
Dzariff belum habis menubi.
“Encik, saya dan
Jim coursemates, okey,” suara Fayqa sudah meninggi. “Pa'an, kau
boleh tolong bawa Kancil ni ke kedai, tukarkan seat cover?” laju
Fayqa menukar topik.
“Consider it
done,” jawab Farhan, kasihankan Fayqa yang kena tekan dengan abang
Dzahim.
Kunci kereta
dikeluarkan dari poket belakang dan dilambung tinggi. Cekap si Farhan
menangkapnya.
“Kau hantar aku
balik dululah, baru kau hantar ke kedai, boleh?”
Belum sempat Farhan
menjawab, Dzariff sudah menyergah, “Siapa kata awak boleh balik?'
Mata Fayqa tajam
merenung wajah si mamat sengal, dengan suara mendatar dia bertanya,
“Siapa kata saya tak boleh balik?”
Mata Dzariff
mencerun memandang tajam ke dalam mata Fayqa, “Saya.”
“Whoaaaa...”
sahut Farhan dan Aboy serentak, sambil melangkah ke belakang setapak.
Fayqa menarik nafas
dalam-dalam, mamat sengal ini memang cari pasal! Dah kena sedas
semalam pun, masih tak hilang sengalnya. Buat apa hendak dilayan,
cuba cakap elok-eloklah, mana tahu boleh datang balik warasnya.
“Encik, saya nak
balik, mandi, tukar baju, kemudian saya nak balik ke sini semula. Kan
doktor kata 24 jam ini kritikal untuk Jim. Apa hal pula yang Encik
nak halang saya?”
“Ini atas arahan
Inspektor Amir!”
Berkerut dahi Fayqa
and the Boys.
“Apa kena mengena
dengan Inspektor Amir?” tanya Fayqa, semakin yakin keluarga Dzahim
ada masalah iseng di sebelah lelaki.
“Inspektor Amir
tak benarkan awak ke mana seorang-seorang. Dia bimbang kalau
budak-budak yang pukul Dzahim akan cari awak, nak tutup mulut awak,”
serius habis muka Dzariff.
Terlongo tak
terkata apa Fayqa jadinya. Farhan dan Aboy juga.
“Pek...betul juga
kata Inspektor Amir tu. Entah-entah budak-budak tu cam kau. Kalau
derang 'mark' kau, habis kau, Pek,” komen Farhan perlahan dengan
muka yang runsing.
“Pa'an, habis aku
nak buat apa? Menyorok dalam rumah? Tak payah pergi kerja? Aku nak
makan apa?” soal Fayqa, pura-pura berani tapi sebenarnya takut
juga.
“Awak tumpang di
rumah kami,” Dzariff memberi arahan, bukan mempelawa.
“Gila!” reaksi
spontan Fayqa.
“Gila?!” tinggi
suara Dzariff, “awaklah yang gila kalau awak berani merayau ke sana
sini seorang diri walau pun dah polis bagi nasihat. Awak ni dah tak
sayang nyawakah? Awak tak nampak apa yang mereka dah buat pada
Dzahim? Lebih daripada tu mereka boleh buat kat awak tahu?!!”
Seram bulu roma
Fayqa mendengar “lebih daripada tu mereka boleh buat.”
Berombak-ombak dadanya memikirkan apa yang budak gangster lima orang
semalam boleh buat terhadapnya. Sesak di dada, sesak di kepala.
“Pek...aku
rasa....betul juga kata abang Jim,” kata Aboy perlahan-lahan.
“Boy, takkan aku
nak menonong-nonong menumpang rumah orang?” sergah Fayqa.
“Pek, kalau mak
bapa aku ada di rumah, bolehlah aku ajak kau tumpang rumah aku. Tapi
kau pun tahu kan mak bapa aku ada di Dubai. Nanti kang kita kena
tangkap basah, kau juga yang susah, aku ni tak kisah,” pujuk Farhan
sambil bergurau.
“Ceh! Kau ni,”
dengus Fayqa.
“Pek, aku memang
tak boleh bawa kau balik ke rumah. Kau tahulah mak aku kan. Kau nak
tumpang rumah Danny ke?” komen si Aboy pula.
“Aku tak nak
tumpang rumah sapa-sapalah!” Fayqa terjerit kecil, tangannya
berpeluk tubuh.
“You got no
choice, young lady. Awak ada dua pilihan, tumpang di rumah kami atau
awak balik ke rumah mak awak di Tawau. Saya boleh belikan tiket kapal
terbang untuk awak,” keputusan muktamad dari Dzariff.
“Balik rumah
Mama?” hati Fayqa mengeluh.
Tiada pilihan, Fayqa
terpaksa bersetuju untuk menumpang di rumah keluarga Dzahim. Farhan
dan Aboy diarahkan Dzariff untuk menemankan Fayqa untuk mengemaskan
barang-barangnya di bilik sewaannya dan memulangkan kunci kepada tuan
rumah.
Tiba semula di
hospital, beg pakaian dan dua buah kotak berisi buku-buku dipindahkan
masuk ke dalam CRV Dzariff. Fayqa menapak semula ke ruang menunggu
wad ICU dengan senaskah surah Yassin di dalam beg sandangnya.
Di ruang menunggu,
ibu Dzahim menggamitnya. Wanita separuh umur itu dihampiri dan Fayqa
melabuhkan punggung ke kerusi di sebelahnya.
“Fayqa, Dzariff
dah ceritakan pada Achik. Fayqa tumpang rumah Achik ye? Achik tak nak
apa-apa jadi pada Fayqa. Cukuplah Dzahim seorang yang masuk hospital.
Jangan pula Fayqa jadi mangsa nombor dua,” lembut tutur kata ibu
Dzahim, membuat Fayqa teringatkan Mamanya.
Melihat Fayqa yang
diam membisu, ibu Dzahim berkata lagi, “Fayqa jangan segan ya. Kat
rumah tu ada Achik, ada Kak Yaya, ada Kak Yin. Nanti Fayqa boleh
berkawan dengan Kak Yaya dan Kak Yin, ye?”
Dengan tiada
pilihan, dengan suara ibu Dzahim yang lembut, Fayqa tidak boleh buat
apa-apa lagi, hanya mengangguk-anggukkan kepala.
Seharian Fayqa di
ruang menunggu, tidak berhenti-henti dia membacakan Yassin, sedekah
kepada Dzahim. Penyelia restoran tempat dia bekerja sudah dia
telefon, minta cuti kecemasan dua hari. Menjelang lewat malam,
Dzariff menyuruh ibunya dan Fayqa pulang. Kasihan melihat ibunya
keletihan. Dzalia disuruh menghantar mereka ke rumah dengan Suzuki
Swift merahnya. Selepas mandi dan solat, Dzalia kembali ke hospital
menemankan Dzariff di ruang menunggu.
Fayqa disuruh
berkongsi bilik dengan Dzureen di tingkat atas. Ditolaknya lembut
kerana tidak mahu bikin Dzureen tidak selesa dalam bilik sendiri. Dia
lebih rela menumpang di bilik pembantu rumah yang kosong bersebelahan
dapur. Jenuh dilarang Hajjah Azimah, ibu Dzahim, namun Fayqa tetap
berkeras.
Usai mandi di bilik
air bersebelahan dengan bilik yang ditumpangnya, Fayqa bersolat dan
rebah ke katil. Letihnya Tuhan sahaja yang mengetahui. Belum beberapa
saat berbaring di katil dia sudah terlena.
Pukul tiga pagi dia
terjaga, baru tersedar dia sedang tidur di atas sebuah katil yang
asing, dalam sebuah bilik yang asing. Kering pula tekaknya. Sudah
menjadi kebiasaan Fayqa akan membawa sebotol air kosong ke dalam
bilik tidur, buat membasahkan tekak bila terjaga di tengah malam. Dek
keletihan terlampau, dia terlupa membawa air ke bilik tidur.
Fuh! Dahaga
sungguh. Kalau tidak minum, sehingga ke pagilah susah hendak
melelapkan mata semula. Perlahan-lahan dia bangun duduk di tubir
katil. Tangannya meraba-raba di atas dan di bawah bantal, mencari
getah pengikat rambutnya yang terurai. Tak jumpa pula! Rimas betul berambut panjang,
tangannya menguak-nguak rambut yang melekat di leher. Sibuk
menyiapkan tugasan akhir semester dan bekerja sehingga tidak sempat
ke kedai potong rambut.
Perlahan-lahan dia
menapak ke arah pintu bilik. Daun pintu dikuak. Dapur gelap gelita,
hanya ada sedikit cahaya dari luar. Dengan keadaannya yang tidak
menutup aurat, lampu dapur dibiar tidak dipasang. Ke peti ais, ambil
air, minum, balik ke katil, Fayqa berkira-kira. Gelas plastik di
ambil dari rak pinggan di sebelah sinki. Pintu peti ais dibuka, botol
air dicapai, air dituangkan ke dalam gelas. Sambil berdiri, Fayqa
meneguk dengan rakus.
“Ahhhh,”
leganya dapat membasahkan tekak. Sedap berdiri di hadapan peti ais
yang terbuka pintunya, sejuk nyaman. Segelas air lagi dituangkan dan
diteguk rakus.
Baru sahaja Fayqa
hendak berpusing dan menutup pintu peti ais, dia ternampak lembaga
hitam duduk di kerusi makan. Terpelanting gelas plastik di tangan.
Reaksi spontannya tentulah hendak menjerit!
“Jangan menjerit.
Awak nak semua orang bangun?”
Suara itu....dia
kenalkah? Dek kerana masih terkejut, pintu peti ais dipegang kuat.
“Baik awak tutup
peti ais tu. Hilang sejuknya kalau dibuka lama-lama,” tenang sahaja
suara lembaga hitam itu, “dengan awak berdiri di depan peti ais
yang terbuka macam tu, macam-macam benda yang sepatutnya saya tak
tengok, saya boleh nampak.”
Laju Fayqa menarik
nafas, matanya turun ke tubuh sendiri yang hanya berbalut baby-T kain
kapas nipis dan berseluar pendek.
Pintu peti ais
dihempas, Fayqa buka langkah memecut ke bilik tidurnya. Macam orang
lari dari hantu.
Si hantu di dapur
tertawa besar!
comel..dan sungguh mencuit hati..apa sebenarnya yg telah berlaku ke atas zahim tu..dan akak tertanya tanya mengapa dia dipukul sebegitu rupa dan apa yg mamat poyo tu buat kat dapur duk sorang sorang..dan adakah minah ni mmg mengenali mamat mamat yg telah memukul coursematenya itu..
ReplyDeleteidA, tak tidur lagi? kenapa Dzahim kena pukul, itu hanya dia yg boleh jawab, so kena tunggu sampai dia sedar. mamat sengal tu balik sekejap tukar baju, singgah di dapur minum air, terserempak dengan midnight show pula. wa ka ka
DeleteDon't mind the naughtiness... janji best. Heheh
ReplyDeletenotti tu yg best, tak? :)
Deletehehehr...awesome lah----(@ tgh sabar mnunggu knk kluar kt mph
ReplyDeleteharap2 isnin depan kan or better still this wiken :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemesti dzariff si hantu btuah tu..what can i say nina ur SF comfirm will be more naughty then PMS n KNK...haha
ReplyDeletedialah tu...haah mood nak buat citer notti skrg :)
Deletecute jer Fayqa ni...dalam tunjuk berani, ada juga rasa gentar.
ReplyDeletedia nak jadi kuat tp kita semua manusai biasa kan
Deletemcm bayang2 plak si dzariff nie...mn ada feqah, di situ ada dzariff...
ReplyDeletehmm tu lah pasal...cam ada magnet he he
Deletesuka2...cute je dorg buat midnight show...heheh...
ReplyDeletemidnite show yang akan terimbau-imbau :)
Deletehehehehe... suke la. Hope to read the next entry soon. :)
ReplyDeletehmm minggu depan ke or the next week depending on my work :)
DeleteSian apek. ... itu jodoh apek la tu dah nampak aurat kan....
ReplyDeletetu lah, kluar bilik nak dress up elok2, cari minum dalam gelap kunun ahaks
Deletehihi.. nak yg naughty melampau boleh x nina?
ReplyDeletehai pn writer, kata nak slow & steady tulis SF ni tp.... yg pntg i yg untung, jengah2 dah ada bab 3. sukanye hati...
naughty melampau...amboi!! he he
DeleteAwesome babe! Keep it up okey??
ReplyDeletewill try :)
DeleteSuke x sia2 jengah kejap ke sini td
ReplyDeletesian u all terjengah2, will try to update soon
Deletewahahaha... mcmne la hantu dapur tu blh de kat situ...
ReplyDeletehah tu lah dia..dua2 cari minum tgh2 mlm
DeleteHahaha.notti sgt...
ReplyDeleteNina agak2 muka pek ni mcm sape?? Noti3 hehehe
ReplyDeleteas usual LJJ, my heroines mesti sederhana sj physically, tapi personality mesti enigmatic!
DeleteComel n memang notti hahaha
ReplyDeleteLOL, utk suka suki kan
DeleteBest dear.... !! Tersenyum2 i baca nie...boleh gak fayqa nie duk pose depan peti ais .
ReplyDeletehe he nnt lah dia nyesal seumur hidup tu....
DeleteSuka sangat..so cute if they're together..
ReplyDeletewill they? dzeng dzeng dzeng....
DeleteAiyak, pepagi Abang Jim dh dpt tgk free show. Hahah.
ReplyDeletesaje je kan writer notti nih!!
DeleteDzarif mcm garang tp actually dia penyayang and prihatin gak eh?owh dah starts suka kat dia!
ReplyDeleteUntung la dpt free show tgh2 in that stressing moment..
Tp minum air smbil buka pintu peti Ais lg terasa nikmat..haha
apsal, nak try posing depan peti ais terbuka juga ka, wa ka ka!!
Deleteok hanina.. bila boleh publish citer ni... macam nak kena habiskan direct,, tak leh tunggu..
ReplyDeleteuish maiz1912....penat tulis KNK pun tak habis lagi dear....nak tulis SF slow n steady...sbb thn ni bnyk projek kat ofis...
Deletesweet sggh
ReplyDeletehe he
DeleteNina: !!! sweet, so sweet! i like the naughtiness part....
ReplyDeletehaah notti, am planning to push it as far as i can, kira cam experiment larr
DeleteNina: !!! sweet, so sweet! i like the naughtiness part....
ReplyDeleteso sweet that u have to comment twice? LOL, tqvm!!
DeletePagi2 dah buat dosa kering imagine scene kat dapur .. depan fridge pulak tuuu .. hahaha ..
ReplyDeleteI am loving Dzariff already .. notti cik abang sorang ni
Buat dia lagi notti ya, Hanina ..
tsk tsk tsk, sy lah sumber dosa kering tu.... tp minta ditambahkan notti pula? LOL
Deleteahahahhahahahhahahhahahahahahhaha.......nak gelak je....nakal jugak dzariff nih, sengal pon ye gak 2 hahahahhahahahahaha
ReplyDeletennt kita nak buat dia even more nakal and annoying pun ye juga
Deletewah pagi2 dah senyum hehehe
ReplyDeleteso sweet N i like naugthyyyyyyy.
make more notti n sweet
notti makes everybody smile :)
DeleteEeei Notti sgt!!! hehehehe.... next entry please...
ReplyDeletehm nak bikin lagiiii notti!
Deleteakak mmg noti tp your n3 mmg best !!!!
ReplyDeleteaish bukan sy yg notti...dzariff yg notti tak? :)
Deletehahahaha...adoii kant0i plak c fayqa neh...best2!!! truskan kenotian ini!!hahaha =D
ReplyDeletekantoi big time...dah lah baru malam pertama...malam pertama?!!! uish!
Deletehahahaha!!tu la pasal!!! malam pertama???hahahaha
DeleteEuww...naughty Dzariff!!
ReplyDeleteyes, euww euww!
Deleteohhh best la....terima kaseh awak.....
ReplyDeletehahaha..naughty jgak dzariff
ReplyDeletetapi secara overall dia ni skema...nnt kita tengok
Deletenak naughty... :*
ReplyDeleteokayyyy....get ready!
Deleteaaaaaaaaaaaahhhh!!!!!!!! sweeeeetttt!!!!
ReplyDeletesakit gigi nnt kang!
Deletealalalala...comels...ai like notti2 nie..:)
ReplyDeleteok seems like semua suka notti2 :)
Deleteerr..mcm mne actually nk sebut nma2 mreka nie,dzarif dzahim, dzalia. nk sebut dizarif or silent d zarif je,maaf tnye,sje nk taw..
ReplyDeleteyup, the d is silent, sebut zariff, zahim, zalia, zureen n zehan jer....bapa derang Haji Dzulqarnain
Deletesuka2..memang mulut xde insurans si hantu ni..
ReplyDeletemmg kaki torture Apek dia tu!!
Deletesweet n comei jer fayqa nih,terserempak ngan dzarif dlm keadaam cam tuh...heeheee leh gugur n gugup jantung....
ReplyDeletehaah klu boleh SF ni saya nak bagi gugur jantung pembaca wa ka ka!
DeleteHaha adalah best.. next chapter please hihi
ReplyDeletewill try
DeleteHantu Dzariff... apa lah fayqa ni, kata berani rupa-2nyer penakut juga minah sorang nih. Terbaeklah Nina.
ReplyDeleteMmg best. Ala cik writer tak yah la buat kuata bulanan buat la harian ke mingguan ke hehehe. Panasaran nak tgu next entry ni
ReplyDeleteeinielouis....depends on my work load lah dear!
DeleteBest.
ReplyDeletetq!
Deletealahai...rezeki si hantu hensem tgk late midnite show ya. notti yang comel dan kiut ni nina....
ReplyDeleterezeki? he he..siannn apek!
DeleteAlahai....baru bab 3 je..tapi berjaya membuatkan saye excited nak bace sambungan cerita ni lagi...kak nina..sila cepat sikit upload bab 4 ye..hehe.. :)
ReplyDeletewill try..tapi wiken ni cam kering je idea...tu lah notti sangat!
DeleteSi hantu dapur gelak besar..
ReplyDeleteSaya gelak lagi lagi lagi besar. hahahahaha
Boleh agak sape hantu dapur ni..kehkeh
Tapi hantu besar ni amatlah serius konon2 + blagak ni.. tp saya tersangat suka
TQ Sis. love it
hantu yg berlagak, perasan tp sebenarnya sengal...menghuru harakan hidup Apek je
Deleteversi notti nina dah kembali eh.
ReplyDeletetak sabar tgu next chap.
pssstt...KNK belum dapat lagi la.
Assalamualaikum. saya baca saya senyum saya bayang. Uish, nottinya puan writer ni. mujur tak tercuak air dalam mulut, basah baju tu...lagilah tayangan perdana ala VIP tickets kat HBO lak. berdesup lari, kalau cek jantung tu haruslah ala-ala pelompat kijang 10km sejam kut. Hehe. Lambat komen, dan katanya ada entri baru minggu ni eh... saya cuti blog, atau ... tutup trus kah...hahaha. so puan penulis, next please!!!
ReplyDeleteNak lagi......
ReplyDeleteAla.. Tak cukup notti.. Nak notti lg.!! Hahhaha.. Notti.!! Notti..!! (nk meroyan jp memlm nih..)
ReplyDeleteDah start Notti
ReplyDeleteNina, nk bgtau dh dpt KNK beserta stiker :-)) suke bangat!!
ReplyDeleteSF- silalah sambung ye...
bestnya citer ni.....buku knk dah kuar.....huhu.....xtau pun sbb dah lama x online....baby xsihat.....xdpt special sign from nina.....waaaaaa :(
ReplyDeleteMmg notty..sweet jer..tp malu kot..ishh
ReplyDeletemacam bes gile plak cite....ni yg bt saya xley jauh dr lappy duk ngadp cite nie..haha
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88