Sunday, 24 February 2013

Seteguh Fayqa Bab 4 siap


Humph, esok kena bangun awal, mata pula tidak mahu lelap. Kena tinggal van baru tau!!

Niway, ini ha Bab 4 siap. Sebab dah pkl 2 pagi, maka saya tak edit, raw gitu.

Watch out, more sizzling moments between F & si general sengal.

Input needed:
1. perlu dicensor? atau boleh diterima
2. cara Dz tumbangkan F, jelas atau blurr? esp for readers yang tak belaajr silat? LOL



Bab 4


“Di mana Ummi beli nasi lemak ni?” sambil mengunyah sempat Dzariff bertanya.

“Beli apa? Fayqa yang masak. Sedapkan? Ummi tak sangka muda-muda gitu handal masak,” komen Hajjah Azimah.

Terhenti kunyahan mulut Dzariff. Biar betul budak tu yang masak? Sedap tak ingat macam ini? Tak percayalah.

“Iya ke dia masak, Ummi?” mulut bertanya, mata mengerling tukang masak yang duduk jauh di hujung ruang menunggu itu.

“Eh, iyalah. Entah pukul berapa dia bangun masak. Lepas subuh Ummi turun, dah siap di atas meja. Abang, Ummi masuk tengok Adik kejap ye,” kata Hajjah Azimah, lalu terus bangun dan melangkah ke arah pintu masuk wad ICU.

Melihat Hajjah Azimah sudah melangkah, Fayqa cepat-cepat bangun dan mengikutinya. Ceh! Macam menantu misali, dengus Dzariff dalam hati.


Menjelang tengahari kakak sulung Dzahim, Dzehan tiba dari Jakarta bersama suami dan anaknya. Selepas Asar tiba pula Dzureen, juga kakak kepada Dzahim tapi adik kepada Dzehan dan Dzalia.

“Orang dari Jakarta sampai dulu dari orang Tanah Malaya?” perli Dzalia, kena sedas kat hidung Dzureen.

“Orang Jakarta tu naik kapal terbang. Kita ni kena naik bot, lepas tu baru naik kereta,” balas Dzureen, tidak mahu mengalah.

“Naik bot? Dari mana yang naik bot tu, Yin?' tegas suara Dzariff bertanya, “kalau Kuala Trengganu, takkan kena naik bot segala?”

“Kami ke Pulau Perhentian, Abang. Yin tak plan pun, tiba-tiba Mel ajak,” jawab Dzureen, suara sudah teragak-agak. Bimbang kalau abang sulung meletup.

“Yin, walau pun dah besar panjang, Yin tu tetap perempuan. Kalau nak ke mana-mana, bagi tau Abang. Babah dah lah jauh, kan Abang yang bertanggung jawab. Kalau jadi apa-apa, macam mana? Tengok Adik, di KL pun jadi macam tu,” lembut suara si abang menegur.

Terpegun juga Fayqa mendengarnya. Hmm, orang ada abang, boleh lah ditegur-tegur, aku ni siapa yang ada? Makin terasing rasanya dia yang duduk di hujung ruang menunggu.

“Abang, Adik tu buas sangat. Kawan dengan budak-budak yang tak senonoh. Itu yang kena belasah tu,” lancang komen si Dzureen.

“Kau pun apa kurang Yin, si Fareez London tu yang tak semenggah tu yang kau nak kawan,” sedas lagi Dzureen kena dengan Dzalia.

“Kau masih kawan dengan Fareez tu?” soal Dzariff suara sedikit meninggi, “don't tell me you went to Perhentian with him?”

Buat seketika mata Dzureen mencerun ke wajah Dzalia, marah kerana si kakak menyebut nama buah hatinya di hadapan si Abang. Memang saja Kak Yaya ni nak kenakan orang.

“Tak delah, Bang. Yin dah lama tak dengar khabar dia,” jawab Dzureen dengan muka kering, matanya menjeling ke arah Dzalia, memberi amaran.

“Pergi Perhentian tak bagi tahu Abang, satu hal. Kalau Abang tahu kau masih lagi keluar dengan si Fareez tu, Abang ambil balik kunci kereta!” suara Dzariff sudah naik satu oktaf.

Terkedu Dzureen bila sudah kena beri amaran. Kalau si Abang sudah naik suara, lebih baik cepat-cepat diam. Jika tidak, tentu kena nanti.

Mamat ni agaknya cita-cita dulu nak jadi general, fikir Fayqa. Cita-cita tak sampai, itu yang terbawa-bawa sikap suka menyergah orang tu.

Sepanjang hari Fayqa duduk di kerusi di hujung ruang menunggu sambil membaca surah Yassin, hatinya tidak putus-putus mendoakan kesihatan Dzahim. Sekali sekala dengan kebenaran doktor, bila tiada yang menjenguk Dzahim, Fayqa akan masuk ke dalam wad ICU untuk melihat Dzahim yang masih terkujur di atas katil dengan wayar berselirat. Sedih. Sayu. Bimbang. Kasihankan Dzahim yang muda dan sentiasa bertenaga dalam keadaan sebegitu. Berbeza benar dengan keadaannya semasa dia sihat, nakal tidak tertanding, sentiasa mengenakan Fayqa. Namun baiknya tidak terjangka.

Ada juga ibu dan kakak-kakak Dzahim datang berbual dengannya. Bertanyakan tentang apa yang berlaku semalam sehingga letih Fayqa mengulang-ulang cerita yang sama. Dalam bersabar, dia cuba menceritakan sejelas mungkin kerana dia faham mereka masih lagi kebingungan kenapa adik mereka dipukul sebegitu teruk sekali.

Farhan dan Daeng turut sama berada di ruang menunggu. Geram juga Fayqa bila melihat mereka tidak langsung membacakan Yassin buat kawan baik mereka. Sepanjang masa hanya membelek telefon pintar masing-masing. Terfikir juga dia, entah-entah mereka membaca Al Quran yang tersimpan dalam telefon mereka. Bila dijenguk, hampeh, main game rupanya! Malas hendak berleter, dia bukannya mak mereka.... mantra utama Fayqa bila berdepan dengan The Boys bertiga ini. Oh, Tuhan, janglah pula jadi The Boys berdua pula nanti, rintih Fayqa dalam hati.

Menjelang petang, telefon bimbit Fayqa berbunyi, mengejutkannya yang sedang khusyuk membaca surah Yassin. Skrin telefon ditelek, Abang Bad!! Eh, apahal, bukankah penyelia restoran piza tempat dia bekerja itu sudah meluluskan cuti kecemasan dua hari untuknya? Pantas Fayqa bangun, menghayun langkah laju-laju ke arah koridor hospital. Butang hijau ditekan.

“Abang Bad, assalamualaikum. Apa hal, Abang?” tanya bermukadimah panjang, Fayqa terus bertanya. Jawapan Badrul didengar dengan teliti.

“Alah, Abang, semalam Abang kata boleh cuti dua hari. Dua hari saja Bang, ini kes kecemasan. Kalau bukan kecemasan, saya takkan minta cuti Bang. Abang pun tahukan saya ni jarang minta cuti,” balas Fayqa. Lama juga dia terdiam, mendengar alasan Badrul kenapa cutinya ditarik balik.

“Alah, Abang, tolonglah. Memanglah saya minta cuti last minute. Namanya pun kecemasankan....” Nampaknya Badrul memang tiada pilihan. Ada kakitangan yang memohon cuti jauh lebih awal dari Fayqa dan kakitangan itu enggan mengalah.

“Abang Bad, tolonglah, Fayqa minta tolong sangat-sangat ni,” rayu Fayqa, tanpa segan silu Fayqa berbohong, “yang masuk ICU tu boy friend saya, Bang. Kalau kawan biasa tak apalah juga. Teruk dia kena pukul Bang. Ini antara hidup atau mati. Kalau tak serius macam ni tentu saya pergi kerja, Bang. Abang tolonglah, Bang. Dua hari saja, Bang.”

Jawapan yang diterima amatlah mengecewakan, dengan suara yang sayu, Fayqa menjawab, “Okeylah, Bang. Esok petang, Fayqa masuk.”

Telefon dimatikan. Nafasnya dilepaskan panjang. Macam mana nak pergi kerja dengan kepala berserabut begini? Kalau dia banyak duit, tentu dia sudah berhenti kerja! Macam mana nak tinggalkan Jim dalam keadaan begini? Kalau jadi apa-apa pada Jim, tentu dia takkan dapat lupakan sampai bila-bila.

Nafasnya ditarik lagi, belum sempat dilepaskan, ada suara menyergahnya dari belakang, “Kau nak pergi kerja lagi di tempat tu?!!”

Hampir terlompat Fayqa dibuatnya! Tangan kanannya pantas menekap dada. Nasib baik tak luruh jantung aku, fikir Fayqa. Perlahan-lahan dia berpusing, wajah general-tidak-kesampaian itu direnung tajam.

“Awak ni kan, sehari tak sergah orang, tak senang duduk agaknya,” selamba komen Fayqa, matanya mencerun melawan renungan tajam si general sengal.

“I asked you a question,” kali ini bukan sergahan, perlahan sahaja ayat penyata itu keluar dari mulut Dzariff.

“Ini negara bebaskan? Maka saya ada pilihan samada nak menjawab soalan awak atau tidak,” respon Fayqa tenang setenangnya.

Nafas Dzariff ditarik pendek dan tajam, dengan nada tenang perlahan, dia menjawab, “Awak duduk di rumah saya, maka awak menjadi tanggung jawab saya. Jadi bila saya tanya, jawab. Itu saja yang awak perlu buat.”

“Encik, saya bukan tanggung jawab awak. Saya jaga diri saya sendiri. Untuk soalan awak, jawapannya, ya, saya akan pergi kerja di tempat itu esok. Sebab saya jaga diri saya sendiri, maka saya cari rezeki saya sendiri,” balas Fayqa, sekali pun tidak mengerdipkan matanya.

“Awak bodoh,” kenyataan dikeluarkan tanpa sebarang perasaan, “sanggup gadai nyawa untuk kerja yang gajinya entah seberapa....”

Laju Fayqa memotong cakap Dzariff, “Saya. Tidak. Bodoh. Biar gaji saya tidak seberapa, saya tidak pernah mencuri, tidak pernah berhutang......”

Giliran Dzariff pula memotong cakap Fayqa, “Awak tidak mencuri, awak tidak berhutang, awak cuma.....emmm....what's the word? Mencukur? Kaki cukur....so? Mencukur?”

Berapi-api mata Fayqa!! Siapa general sengal ini sedap-sedap mengata aku? Bodohlah! Kaki cukurlah!!

Suara sudah meninggi, “Encik tidak kenal saya. Jangan senang saja mulut hendak mengata! Saya...”

Dipotong lagi! “Kereta kancil adik saya beli, awak pakai. Kancil tu, awak tak curi, awak tak hutang. Awak.....cukur?”

“Jim pinjamkan saya kereta tu!”

Dipotong lagi! “Sebab awak girl friend dia?”

Dengan dada berombak-ombak, “Berapa kali saya nak cakap? Awak tak faham Bahasa Melayu? Saya bukan girlfriend Jim! Nak saya cakap Bahasa Tamil?”

Tanpa sebarang riak muka, dengan suara yang masih bernada tenang perlahan, Dzariff membalas, “Awak tak curi, awak tak hutang. Awak cukur, awak menipu.”

Laju kedua belah tapak tangan Fayqa menunjal dada Dzariff, “Awak ini siapa? Sedap mengata saya!”

Si general sengal yang tidak menjangka tindakan Fayqa, terdorong setapak ke belakang. Refleks balas, kedua belah tangannya pantas cekap mencengkam kedua belah pergelangan tangan Fayqa. Laju ditarik ke depan, menyebabkan tubuh Fayqa berlaga dengan tubuhnya. Tiada jalan untuk melepaskan diri, pergelangan tangannya dicengkam kuat!

“So you wanna play physical?” hanya bisikan, namun berbunyi lebih bagai sebuah ancaman.

Seram bulu roma si gadis yang tidak pernah berada serapat begini dengan mana-mana lelaki. Lutut kanannya diangkat, mencari titik tumpu lemah di tubuh jejaka bertubuh tegap seperti semalam. Once bitten, twice shy! Laju si jejaka menggerakkan pinggulnya ke belakang, mengelak dari serangan si gadis. Kaki kiri mengambil sebuah langkah ke sisi, kaki kanan laju diposisikan di belakang kaki kanan si gadis dan tubuh kurus si gadis dengan mudah ditolak ke belakang.

Ternganga mulut Fayqa, nafas ditarik, paru-parunya amat memerlukan oksigen. Tindak balas tubuh dalam keadaan bahaya. Badannya yang sedang tumbang ke belakang tidak mencecah lantai seperti yang dijangkakan. Si jejaka yang kuat kudratnya, cepat-cepat menampung badan Fayqa dengan tangan kirinya yang diletakkan di pinggang gadis itu. Tangan kanannya pula masih melekap di pergelangan tangan kiri Fayqa.

Sedetik, dua detik, mereka berada dalam posisi yang intim sebegitu. Si gadis belum hilang terkejutnya, hanya mampu melopong, mata buntang memandang si jejaka. Si jejaka pula.... timbul rasa indah memegang tubuh si gadis....fikirannya melayang teringat peristiwa awal pagi tadi. Sewaktu si gadis menghilangkan dahaga di dapar rumahnya....bagaimana tubuh si gadis kelihatan begitu..... seksi....dipancar cahaya lampu dari peti sejuk.....

“Abang?” tegur Dzalia yang mahu ke tandas, terkejut melihat abangnya memeluk erat kawan si adik.

34 comments:

  1. amboi sempat lagi yer fikiran tu melayang layang ingat kisah semalam..

    ReplyDelete
  2. Aduh byk salah faham ni ,teruskan .

    ReplyDelete
  3. Haila, enche' jeneral ni judgemental sungguh!

    ReplyDelete
  4. Hahaha best . mcm aksi slow motion plak pergh!!!

    ReplyDelete
  5. okey... saya dah bayangkan. naper macam ada aksi dalam dancing ice skating? ke terlebih bayang kekdahnya ni?

    ReplyDelete
  6. Geram plak dgn dzariff ni.suka2 judge org...sempat lg gaduh kat spital tu...last2 ha kan dh mcm org dancing...

    ReplyDelete
  7. hahaa.. best best.. macam dancing with the star lak... i can imagine it..

    ReplyDelete
  8. Lol bibit2 cinta dh mula ..hahaha dzarif lawakla

    ReplyDelete
  9. Ce cite lagi , apa jadi selepas itu. .... kot kot le kene pelempang sulung pulak ke hahaha

    ReplyDelete
  10. hamboiiii...melayang jauh nampaknya di Dzarif ni....

    ReplyDelete
  11. waaa suka suka suka... censor? tak perlu kot ni baru kategori suam-suam kuku hehehe.. part move silat tu saya bayangkan mcm ala-ala ballroom dance masa lelaki hold lady mcm nak jatuh tu (ok tak daya imaginasiku. tak overboard kan?)
    semoga idea makin mencurah-curah so nina update lagi cepat-cepat hehehe...

    ReplyDelete
  12. 1st things first .. tak payah censor Hanina .. tango scene tu kalau bagi lebih2 pun tak apa (wink). mmg padan hero & heroin kali ni, dua-dua kepala angin

    ReplyDelete
  13. Cis Dzariff! Sempat ko teringat kisah lampu peti sejuk?! Erm..tak sabar nk tau progress diaorg ni..Dzariff nnt ala2 General lg tak dgn Faqya?

    ReplyDelete
  14. oooo... i like sizzling food.
    add more chilies and spices please? :P

    ReplyDelete
  15. ish3!!x baik tau Dzariff ni wat fayqa cam 2....dosa tau x!!!!!!!!!tau tambah dosa kering je kejenye si general x kesampaian nih...adik kat ICU 2 x dijaga alih2 fayqa yg jd tumpuan dia...adekah love is in the air namanya hahhaa

    ReplyDelete
  16. Wow..best ni..ada babak lomantikus lg..hanina..you mmg best giler maaa..

    ReplyDelete
  17. 1. Everything ok tak perlu censor mana2 part.... :-)
    2. Walaupun tak belajar silat, tp rasa boleh imagine apa yang berlaku....

    Waduh....can't get enough of fayqa n the general.... Derang (hehe) berdua hero dan heroin kan?

    ReplyDelete
  18. censor? not need just nice N beautiful.
    so sweet the general N the brutal lady....
    cepat-cepat sambung

    ReplyDelete
  19. tak perlu censor pun rasanya.... hehehe, geli hati dan perut baca kisahnya si 'general-tak-kesampaian' ni. ala ala dancing wt star lah pulak......

    ReplyDelete
  20. hehehe best best!!! ni jwp utk soalan2 trsebut :
    1. perlu dicensor? atau boleh diterima
    J: x perlu censor!!bole je d terime..xde ape yg melampau p00nn...hehe

    2. cara Dz tumbangkan F, jelas atau blurr? esp for readers yang tak belaajr silat? LOL
    J:hehehe bg saye jelas jerk...siap dpt bygkan!!nk wat demo, kt opis le plak!!!! LoL

    ReplyDelete
  21. ohh my dzariff..dzariff.....aksi tumbang x tumbang tu ...hemm...i dh dok imagine terlebih2 .. hahaha ..:)
    censor? no need...dh cukup "rempah ratusnye" ..

    ReplyDelete
  22. Nina, I wonder general x ke sampaikan ni keje apa la? Lawyer ke? Akauntan ke? Businessman ke? Cakap kalau x sinis x menyindir mmg x sah! Sebenarnya dia bukan nk control Fayqa sgt tu tp lebih kpd bimbang what will happen if she goes to work n will not return sbb dlm hati dh Ada rs suka kt Fayqa. Plus, br tgk midnight free show...

    To me, x de yg perlu dicensor pun Bak kata eniliocious suam2 kuku je. N part dia tumbangkan Si Fayqa tu just perfect. Boleh imagine the scene with your explanation.

    ReplyDelete
  23. SAYASETUJU BAB KOMEN SEMUA ORG.

    ReplyDelete
  24. Suke3....sian fayqa...dituduh mencukur.....

    ReplyDelete
  25. Best2.. Okay ni.. Tak da yg kena censor. Tapi kalau awal2 kat atas nina x ckp dia bersilat, mungkin x tau gak kot apa general tu dok buat.

    ReplyDelete
  26. Haha best2 otak duk bygkan dorg tgh menari hehehe

    ReplyDelete
  27. tak payah nak censor sangat. sangat ok dah ni..
    Hah tuan general sangat kuku besi. garang. tapi saya sangat suka

    ReplyDelete
  28. Nina...,
    Oh...tolongla usah kau censor babak ini,malah boleh ditambah lagi rencah dan perisanya. Saya baru je terbayang2 kalaulah difilemkan dengan Si Aaron Aziz jadi heronya...sure meletop.

    ReplyDelete
  29. So the guy just being a guy..judgemental and annoyingly responsible..
    And I just xleh nak imagine the Silat scene..smpi part celah kangkang je bleh imagine..
    Tp I like fayqa dia mmg teguh la as suggested by the title :)

    ReplyDelete
  30. Best best..up up kan le cepat ye nina...

    ReplyDelete
  31. Oppsss..kantoi..otak ada sedikit kotor ya dzariff..nk kena klorox nih..

    ReplyDelete
  32. pergh..panas baran yg tak boleh disangkal milik mamat sengal ni ..mmg patut dianugerahkan dengan gelaran "jeneral sengal"...ha ha..mmg terbaeklah..
    Chill la..dear..kenapa pula disensor pulak..jgn terlalu rigid bila Nina menulis..let it flow..dengan aliran pemikiran..emosi..U..we are happy untuk menerimanya dengan minda yg terbuka..

    ReplyDelete
  33. Waaaa aura cinta mcm da msuk dlm badan dzariff je tu... okey je ni kak nina...

    ReplyDelete
  34. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete