warning, ending bab ini, wishy washy...tengoklah kut2 bila2 nak edit2 ke. malam ni sy naikkan yg raw punya
Bab 7
Berkat
kasih sayang seorang bapa, Haji Dzulqarnain tiba di hospital sewaktu
azan Asar kedengaran, dan selepas solat maghrib, Dzahim membuka
matanya buat kali pertama sejak peristiwa dia dipukul. Puji syukur
kepada Allah tidak lekang-lekang di bibir semua yang sudah berharian
menunggunya di wad ICU itu. Bergilir-gilir mereka masuk menjenguk
Dzahim.
Reaksi
pertama Fayqa melihat Dzahim adalah lega...lega kerana wayar-wayar
dan tiub-tiub yang berselirat di tubuh sudah berkurangan, hanya
tinggal satu dua. Reaksi kedua, timbul semula rasa bimbang di hati
Fayqa apabila melihat mata Dzahim lesu dan kosong, bagikan tidak
tidak kenal orang yang menjenguknya atau faham apa yang telah berlaku
kepadanya. Apa-apa pun Fayqa memujuk hatinya, one step at a
time....Dzahim sudah buka mata ini pun syukur kepada Allah. Moga-moga
esok lusa, dia akan semakin pulih.
Keesokannya
Dzahim akan dipindahkan ke wad biasa. Kata doktor, jika kesihatannya
semakin stabil, dia akan dibenarkan pulang dalam tempoh seminggu ini.
Pulang ke rumah keluarga Dzahim malam itu, Fayqa menunaikan solat
kesyukuran.
Esok
paginya, awal-awal lagi Fayqa sudah bangun, bihun digoreng untuk
sarapan. Nasi ditanak untuk makan tengahari, lauknya sambal tumis
sotong dan masak lemak kobis. Selesai masak, tidak sabar-sabar Fayqa
dan ahli keluarga Dzahim ke hospital, mahu melawat Dzahim yang sudah
berada di wad biasa. Malam tadi dia ditemani abangnya di hospital.
Di
wad biasa, tiada had pelawat. Semua orang boleh masuk serentak.
Seorang demi seorang menghampiri Dzahim, menegurnya dengan lembut
serta mencium pipinya. Namun matanya masih lesu dan kosong. Fayqa
membiarkan semua ahli keluarga Dzahim menegurnya dahulu. Biarlah dia
yang terakhir, dia hanya seorang kawan.
Bila
tiba giliran Fayqa, perlahan-lahan di bergerak ke sisi katil Dzahim,
dia menyapa dengan lembut, “Assalamualaikum Jim. Alhamdulillah kau
dah sihat...”
Belum
sempat Fayqa habis bercakap, mata Dzahim terbuka luas, bergerak ke
wajah Fayqa dan mulutnya menyebut, “Peh...peh...peh...”
Habis
terkejut Haji Dzulqarnain anak beranak melihat reaksi Dzahim bila
ditegur Fayqa. Dadanya berombak-ombak kencang dan tangan kanannya
menggagau-gagau mencari tangan Fayqa.
“Peh...peh...peh...”
mulutnya tidak berhenti-henti memanggil Fayqa.
“Aku
ada, Jim, aku ada. Bertenang, bertenang. Kau dah selamat. Kau di
hospital sekarang. Family kau semua ada. Bapa kau pun ada ni. You are
okay now, Jim. Jangan takut,” gerak hati Fayqa merasakan yang
Dzahim masih lagi trauma dengan apa yang berlaku kepadanya dan dia
perlu dipujuk agar bertenang.
Tanpa
berfikir panjang, tangan kanan Dzahim digenggamnya. Dzahim perlukan
sokongan emosi sekarang. Halal haram, belakang kira. Kalau tak
ditolong, jika Dzahim mati akibat trauma, bagaimana? Itulah apa yang
Fayqa fikirkan.
Haji
Dzulkarnain segera menghampiri anak bongsunya, dibacakan ayat-ayat
suci Al-Quran dan dihembuskan ke ubun-ubun anaknya. Hajjah Azimah
cepat-cepat menadah tangan, berdoa kepada Ilahi agar anak
kesayangannya diberikan kekuatan untuk menempuhi cabaran yang hebat
ini. Kakak-kakak Dzahim terdiam tak terkata, terkejut dengan keadaan
adik mereka.
Si
abang sulung di hujung katil, berkerut dahi, memandang tangan gadis
yang datang entah dari mana itu.....yang erat menggenggam tangan
kanan adiknya.
Seminggu
Dzahim di wad biasa, langsung tidak mahu berenggang dengan Fayqa. Di
malam hari, sewaktu tidur pun tersebut-sebut nama Fayqa. Sudahnya,
Fayqa dan Hajjah Azimah bergilir-gilir menjaga Dzahim di hospital. Di
waktu malamnya Dzariff, Dzalia dan Dzureen bergilir-gilir menemankan
si adik. Dzehan pula terpaksa pulang ke Jakarta mengikut suaminya.
Bermulalah
rutin baru Fayqa. Sentiasa beringat yang dia menumpang,
pandai-pandailah bawa diri. Pagi-pagi sebelum ke hospital dia
menyediakan sarapan, pasangkan mesin basuh jika pakaian kotor sudah
penuh, tolong sidaikan, siram pokok bunga di halaman rumah, menyapu
lantai dan mengelap perabut. Lebar senyuman Hajjah Azimah dan
anak-anak daranya. Sejak Andak Midah berhenti kerja di rumah mereka,
memang huru hara rasanya hidup. Adanya Fayqa, ahh...lega.
Di
hospital, habis bacakan Al Quran, Fayqa bacakan surat khabar. Semakin
hari nampaknya Dzahim semakin sihat dan kuat. Percakapannya pun
semakin jelas. Cuma manjanya...ya Rabbi!! Siang harinya Fayqa tidak
boleh keluar langsung dari bilik hospital itu. Nak ke bilik air pun
ditanya mahu ke mana. Letihnya bukan main melayan kerenah Dzahim,
mengingatkan kebaikan Dzahim kepadanya membuatkan Fayqa bersabar.
Teringat bagaimana Dzahim and the boys menghantar makanan untuknya
bila dia terbongkang dalam bilik sewa sorang-sorang kerana demam.
Demam kerana naik motor dalam hujan lebat lepas berkerja malam di
restoran. Seminggu juga dia demam teruk. Selepas baik demam, turun ke
tingkat bawah flat tempat dia menyewa, ada sebuah Kancil second-hand
menantinya.
“Aku
pinjamkan kau Kancil ni,” itu sahaja kata Dzahim.
“Thanks
but no thanks,” nak terhutang budi dengan orang? Not my way, getus
Fayqa dalam hati.
“Eh,
Pek, jangan sombonglah. Kau selalu kerja malam. Dengan hujan, dengan
bahaya. Kau pinjam jelah Kancil aku tu. Bukan berapa sen pun aku
beli. Kau demam seminggu, assignment kita tak sempat siap. Bukan kau
sorang saja yang susah. Aku, Pa'an, Deng, sama susah,” membebel
pulak mamat tu.
“Eh,
Jim, aku demam seminggu, yang korang tak demam ni tak boleh siapkan
assignment?” tangan Fayqa bercekak di pinggang.
“Boleh
siap, kalau kau nak C ke, D ke,” jawab Dzahim tanpa perasaan
bersalah.
Malas
nak bertekak dengan Dzahim, kunci Kancil diambil dan semenjak itu
Kancil itulah menjadi kenderaannya ke sana, ke sini. Kalau bergaduh,
berpatah arang dengan the boys bertiga pun, dengan siapa lagi dia nak
buat assignment berkumpulan. Budak-budak perempuan satu kuliah dengan
dia memang tidak ngam dengannya. Fayqa kan sentiasa bekerja, waktu
lapangnya tidak pernah kena dengan waktu lapang mereka, macam mana
nak masuk kumpulan budak-budak perempuan tu. Dengan the boys,
bila-bila pun boleh jumpa untuk buat assignment, waktu lewat malam
lepas kerja pun boleh, sambil lepak-lepak kat mamak. Tapi itulah,
jenuh kena ketuk budak bertiga tu kalau nak siapkan kerja. Itu yang
mulutnya asyik membebel sahaja. Tapi dalam nakal-nakal the boys,
tetap ada baik mereka. Lepas berbincang tentang assignment, Fayqa
mesti diiringi pulang ke bilik sewa. Tak kira zaman dia naik motor
kapcai atau zaman dia naik Kancil.
Tersenyum
Fayqa mengingatkan kerenah Dzahim and the boys. Nak kata jahat ke,
nakal ke, itulah kawan susah senang dia. Wajah Dzahim yang sedang
tidur direnung, segera diiringi doa agar Dzahim cepat kembali sihat
seperti sedia kala. Surat khabar yang dibacakan untuk Dzahim dilipat
dan diletakkan ke meja sisi. Tengahari itu Hajjah Azimah pulang
berehat di rumah sebentar, Fayqa seorang sahaja yang menunggu Dzahim.
Tiada apa yang hendak dibuat, tersengguk-sengguk Fayqa di tepi katil.
Akhirnya, enak kepalanya landing di tilam katil Dzahim.
“I
tak fahamlah kenapa you tak bagi tau I awal-awal. Baru sekarang I
tahu adik you masuk hospital. Sampainya hati you.”
“Bukan
I tak mau bagi tahu, tak sempat bagi tahu. Sesak kepala I masa Adik
dalam wad ICU, kepala tak boleh fikir apa-apa, dahlah Babah jauh.”
“Sorry-sorry,
bukan I nak salahkan you. Cuma, nanti apa kata ummi you, Dzahim dah
lebih seminggu di hospital baru hari ini I datang melawat.”
“You
tahukan ummi I macam mana... dia takkan kata apa-apa.”
“Yes,
ummi you sweet....,” puji wanita itu, cuma tak disambung “macam
you.”
Pintu
bilik dibuka, melihat Dzahim yang sedang tidur dan dan Fayqa yang
sedang lena, terhenti langkah Dzariff dan temannya untuk melangkah ke
dalam.
“Siapa
tu? Sepupu you ke?” tanya Mushrifah Auni.
“Girl
friend Adik.”
“Relaxlah,
Jiff. Adik you dah besar panjang, setahun lagi nak grad. Biarlah dia
ada girl friend,” komen Mushrifah.
“Siapa
kata I marah Adik ada girlfriend?”
“Jiff,
I dah kenal you lama. I tahu bila you marah, bila you suka, okey,”
balas Mushrifah dengan nada miss-know-it-all.
“Aku
marah ke?” tanya Dzariff dalam hati.
Terpisat-pisat
Fayqa bangun, matanya ditenyeh-tenyah. Belum petang lagi sudah ada
pelawat? Selalunya pukul 4.30 petang baru pelawat dan ahli keluarga
Dzahim datang melawat. Matanya dikelip-kelip berkali-kali. Si
jeneral! Menguap sekali, ditutup dengan tangan. Perempuan mana pula
tu? Saudara mara mereka ke?
“Jemputlah
masuk. Saya terlena sekejap. Jemput duduk ye. Saya ke bilik air
sekejap ye, cuci muka,” cepat-cepat Fayqa melangkah keluar selepas
bersalaman dengan wanita cantik itu.
“Okey
apa, Jiff. Nampak baik budaknya,” komen Mushrifah.
“Nampak
baik? Nampak...hmmm......comel, mata berkelip-kelip. Menguap macam
budak tadika.....choi! Apa aku cakap ni?” pelipisnya dipicit-picit.
Fayqa
keluar ke bilik air, tak balik-balik ke bilik Dzahim. Nak duduk dalam
bilik tu dengan si jeneral dan perempuan cantik tu. Buat menghabiskan
karan! Selepas cuci muka dia turun ke tingkat bawah, menjenguk-jenguk
kedai surat khabar dan majalah. Bukan dibeli apa-apa pun, sudah
hampir dua minggu dia tak bekerja, alamat kena ikat perutlah. Nasib
baik sewa bilik dan makan tak perlu keluar duit. Cepat-cepatlah Jim
sihat, boleh dia kerja semula, dengan Kak Yaya ke atau pun cari kerja
lain.
Lepas
jenguk-jenguk di kedai majalah, dia pergi melepak-lepak di taman
kecil di tepi hospital. Jemu juga duduk berjam-jam dalam bilik Dzahim
tu.
Tak
sampai sepuluh minit dia duduk di kerusi taman, muncul si jeneral,
“Dzahim cari awak.”
“Dia
nak apa?”
“Nak
awak,” dalam maknanya.
Wajah
Dzariff direnung tajam. Mamat ni memanglah buka mulut saja, sakit
hati aku.
“Encik
Dzariff, apa saja yang adik awak nak, tak bolehkah awak yang tolong?”
soalannya dilantunkan pelan-pelan, bagi mengajar anak kecil.
“Dia
dah mengamuk nak awak. Ini yang saya tolong, tolong panggilkan awak,”
balasan ini pun dilantukan pelan-pelan.
Pergh!
Si Jim tu pun satu. Kepala kena ketuk sikit, manjanya
berminggu-minggu. Terlepas juga marah Fayqa, agaknya satu minggu
lebih itu had dia dapat bertahan dengan sengal si adik.
Matanya
mencerun ke arah Dzariff. Lagi aku nak elak, lagi aku jumpa. Apa nak
buat dah abang Jim! Dengan hati yang berat, dia bangun dari kerusi
taman dan menghayunkan langkah ke lif, naik ke tingkat empat, masuk
ke bilik Dzahim.
Nampak
sahaja Fayqa, terus Dzahim menjerit kecil, “Pek, aku sakit kepala,
kau ke mana?”
Aik?
Sakit kepala. Dua tiga hari ini okey saja tak ada sakit kepala pun?
Apa pula akal si sengal junior ni?
“Sakit
kepala?” tanya Fayqa prihatin.
Katil
Dzahim dihampiri, wajah Dzahim ditelek. Terkejut dia bila mata Dzahim
dijengilkan ke arah kiri....errr....ke arah perempuan cantik yang
masuk dengan si jeneral tadi.
Kening
Fayqa dijungkit, bagai bertanya, “Kenapa?'
“Pek,
aku sakit kepala,” nada suaranya lemah tapi mata dijengil keras ke
arah perempuan cantik itu.
Apa
ke hal mamat ni? Mata Fayqa bergerak ke arah perempuan cantik yang
duduk di kerusi berhampiran dengan tingkap.
“Jim
sakit kepala pula...,” senyum dilemparkan ke arah perempuan cantik
itu, “eloknya kita biar dia berehat sedikit ye. Maaflah Cik.....”
“Mushrifah.
Mushrifah Auni Dato Haji Dasuki,” jawapn yang diiringi dengan
senyuman persis pramugari.
“Haah,
Cik Musyrifah....kita biarkan Jim lelap mata dulu ye. Kot-kot hilang
sakit kepalanya,” kata Fayqa lembut, “Apa kata Cik Mushrifah dan
Encik Dzariff berbual dulu di luar?”
“Hmm,
Jiff, kes hematoma ni memang begini tak boleh stres sebab nanti ada
tekanan dalam otak...... Adik,” Mushrifah menegur Dzahim, “Kak
Mush duduk kat luar sajalah ye. Adik rehat dulu ye. Jiff? Coming?”
Mata
Dzariff masih lagi memandang ke arah belangkas dua ekor it. Seekor di
atas katil, seekor di sebelahnya. Asyik nak berduaan saja.
“Jiff?
Coming?'' tanya Mushrifah sekali lagi.
“Abang
kat luar,” kata Dzariff sebelum berlalu mengikut Mushrifah keluar.
Tinggal
mereka berdua di dalam bilik itu, wajah Dzahim direnung dalam oleh
Fayqa, “Jim, kau sakit kepala?”
“Haah,
sakit kepala dengan mulut bakal kakak ipar aku tu. Berapa punya
banyak dia nak kasi nasihat kat aku. Baik aku nak semakin sihat, mahu
kena operate sekali lagi kepala aku ni,” selamba badak jawab
Dzarif.
Pap!
Paha Dzahim ditampar lembut, “Amboi mulut! Nampak sangat cedera
engkau tu kat kepala saja Jim. Mulut kau bukan main sihat walafiat.”
“Uish,
sihat mulut aku, tak boleh lawan sihat mulut kak Mush tu. Macam mana
lah abang aku boleh tahan dengan dia?”
Haah,
macam mana si jeneral tu boleh tahan, boleh terpikat dengan anak
Dato' tu? Fikir Fayqa.
mushi mushi...kihkihkih....terkekek2ni sorang2.nasib baik inche hubby takde...i loike this very much nina. tapi itulah...hairan juga camana si dzengal blh sangkut dgn mushi mushi tu ya?
ReplyDeleteoh nnt adalah explanation y dz cam-tersangkut dgn mushi matchy2
Deletehaah. itu miss matchy matchy kah? now u buat i pun curious. mcm mana jeneral boleh syiok dgn miss know it all?
ReplyDeleteoh...nnt ada explanationnya ye
Deleteoohh..jeneral ni ade awek rupenye...tp die cam suke fayqa je..cemane ni..? nak lagi...best...hehehe...
ReplyDeleteawek ke?
Deleteeh eh.....jim dah okaylah.tapi sama dzengal dgn abg general dia lah...nasib baik mmg kawan apek kan?
ReplyDeletekan? kena tunngu dear zalida, coz r/ship apek n jim is gonna get weird
DeleteHaah la kak nina.. Camne leh terpikat..? Ke si jeneral tu dah jd.. Mr dont-bother-at-all.. Hhehe
ReplyDeletehaah, your guess is the closest he he
DeleteI like. .. Ms mushi mushi mushi... So irritating but interesting character. thanks dear nina. .. Now I can zzz in peace xoxo
ReplyDeletemushi2 is making a few more appearance..
DeleteWaaa..sukanya bab ni time fayqa teringat zaman the boys banyak tolong dia. Jim dh sedar ni mana the boys yg lain? Jeneral tu dzeles je sebab jim terlebih manja..kui..kui..kui..
ReplyDeletennt the boys kuar lagi...
DeleteKalau jodoh tak kemana. .... adinda pujaan kanda (teringat lagu P Ramli)
ReplyDeleteha ha ha....intermission ada lagu p ramlee :)
DeleteHahaha best n3 ni
ReplyDeletetqvm dear....seb baik ada u all supporting me...makes me strong
Deleteyeh.. miss matchy-matchy da appear. Annoying nye la makcik ni. step tau everything je. hahaha..This is just gonna get better and better. Cant wait for the next encounter with miss matchy-matchy ni.
ReplyDeletetp kan i'm also curious la like the rest. mcm mane si general yang fierce mcm tu blh tersangkut dgn miss know it all ni. pelik la. Ce cite kak nina. :)
birds of a feather flock together?
Deletehaha.. mcm mne c general bole tepaut dkt mushi2 neh. byk mulot. yg c jim ni,elok plak mulotny shat walafiat ye.. hee dpt gak bce b4 tdo. k le nk tdo. zzzz...
ReplyDeletehmmm....suma org tanya camna jeneral tersangkut dgn mushi2...hmm makes me think...
Deletehahaha
DeleteHaha. Nampak sgt family diorang ni tak berkenan dengan miss matchy- matchy ni. Kena tunggu apa plan si adik berdua tu nak jadikan fayqa kakak ipar.
ReplyDeleteyes...cominggggg
DeleteOk...as usual...saya suka. Dzahim yang comel dan Dzariff yg sengal :)
ReplyDeletebut dzahim is going to get worse soon...sowwwee
Deleteala..fayqa nnti dgn siapakah? terus menjerumuskan diri dgn siapa di hati fayqa. #tetiba. hahaha
ReplyDeleteha ha ha nak tau kena terus baca....part yg jim propose lambat lagi kut...
Deletejim propose ???? tak sabar nak tunggu apa pulak reaksi pek.... dan reaksi general sengal terutamanya...........tak sabar tak sabar.....
DeleteHahahahhaha...comell dzahimmmmm.... Pluss sengallll kakakakkaka.....
ReplyDeleteMushi...mushi.... Kekekek
:)
Deletetu la sebab life is colorful huh
hahahha... semangat kerja pagi ni... syok la pulak layan si Jim ngan Fayqa.. mcm mana agaknye kalau Paan dan Deng tu join sure huru hara hidup Fayqa.. tak sabar nak tau kisah Fayqa and the boys lebih byk lagi sure lawah tak hengat....
ReplyDeletelawak tak hengat tp si jeneral tersangatlah tak berkenan...
Deleteayoyo...baru kena buku dgn ruas kan ..si jeneral sengal and miss matchy matchy ...hahaha
ReplyDeletehmmm, yang, yr comment makes me think...hmmmm
Deletenina...so cute!!! next n3 pls..lol
ReplyDeletetqvm :)
Deletela..ingatkan Dzariff tu x de gf..hahaha...
ReplyDeletegf ke cenggitu?
Deleteamboi siap sebut bapak die dato' ... eeee loya ...loya... loya .... si jeneral tu plak... kecemburuan tu dah makin terserlah....ber ekor2 plak yer ....
ReplyDeleteeh dia dah terbiasa intro herself laik dat... :)
DeleteHa, akhirnya hajat nk kenal miss matchy-matchy kesampaian dlm bab 7 ni. Oh Fayqa, what a good girl! Hardworking, independent, respect the elderly, smart & very helpful. Watak heroin u mmg class La Niña and I really like it!
ReplyDeleteDzeneral dzengal, u will start comparing between Fayqa & your miss know it all after this!
hmm...not yet...so far that i can remember, he will never compare...hmmmm...everybody's comments are making me think to nite
DeleteOk frust menonggeng sbb general dh ada gefren.titik!!!!!
ReplyDelete"Mata Dzariff masih lagi memandang ke arah belangkas dua ekor it. Seekor di atas katil, seekor di sebelahnya. Asyik nak berduaan saja." - General marah? jeles? kakakakaka
gf ke? hmmmm....
Deletehaaaddooooiiiiiiii.....general sengal pon ade senior n junior...hadoyy la...masak2 fayqa mcm ni nak kene mengadap kedua2 general nih....yg cik mush 2 cam mushrom je rasa...baget serba tau la 2..nasib dzariff la kan dapat makwe pon sama sengal cam dia jugak muahahhahaha...abeh huru hara idup fayqa cam ni
ReplyDeletehmmmm....
Deletewow makin meriah SF ni dgn watak2 yg mcm2... sabar ye pek.... mcm ramai je ambik kesempatan kat si fayqa, kat umah kena wat keje umah.. kat hospital kene buli dgn general jr... dah la general sengal asyik nak cari salah je... bab 8 plssss...
ReplyDeletehmmm ...bab 8 ni ada kena mengena dgn kena buli tu
Deletesemakin happening ni:)
ReplyDeletetqvm dear...
DeleteMasyaallah best sgt novel ini,tak sabo nak beli!!!
ReplyDeletePMS & KNDK dah beli...
skrg ni mmg minat penulis nih :)
tqvm... (mode rasa terharu)
DeleteNAK LG.
ReplyDeleteinsyaAllah
Deletengee~~ mush mush.. awal awal lg dah ada rasa tak suka kat anak dato ni.. alahaii jim brapa umo awak? ngadanya kalah baby baru mula nak merangkak! gigit kang!
ReplyDeletejim tu anak bongsu...
Delete4 thumbs up (campur kaki) hehe
ReplyDeletehe he he
Deletetqvm for yr endorsement :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLagi sukaaaa Fayqa dengan si Dzahim >.< Tak nak Dzariff >.<
ReplyDeleteooo very rare to hear this....keep on reading ye!
DeleteBest! Stiap hari new n3 k!
ReplyDeletesetiap hari? tak janji tau...
DeleteJiff? Sweet nyer panggilan manja general nih..
ReplyDeleteI pun mcm Jim, tertanya2 mcm mana Jiff bleh kwn dgn MKIA tuh. Masih lg scene di hospital. I suka btul dgn scene2 kt dapur, sebab Jiff mesti jd sweet ie. tlg basuh pinggan
:) banyak lg scenes kat dapur...kiranya dapur tu jadi port derang...
DeleteMesti penangan mulut Si mush tu yg smpi Si general tu pn mulut laser gak..
ReplyDeleteTp Jim tu mmg sgt amat manja la ngn fayqa tu smpi mak ayah dia pn dia xlyn..Untung la fayqa ni..
untung ke manja2 gitu...cam rimas jer...
Deletentahnye..kalo sy p0n rimas...bg pnampor je nk manje lebeh2!!hahaha
Deletesi jim tu cam ada aty kat si fayka je..tp last skli dpt kat si jeneral tu..haha
ReplyDeleteha ha ...sudah menebak...:)
Deletemestilah kena dapat pada general sengal..tak gitu nina.....jim tu 2nd hero jerk.....
Deletehmmm he he he (evil writer nak gelak jer at this moment)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletefayqa sooo cool....saya suka semua watak heroin dalam cerita nina.
ReplyDeleteyup! i wont waste my time writing weak heroines yg sua muka untuk kena lempang n tadah telinga utk kena maki. ada mulut, jawab, ada kaki, lari. its as simple as that. cerita yg melodrama2 yg bikin heroine lemah and "tabah" to go thru dugaan hidup, kena lempang terajang dan maki, is sending the wrong message to our young ladies!
DeleteSy sokong kata2 hanina......sy tak suka cite yg menunjukkan kaum wanita itu lemah....kena maki hamun sepak menyepak...leh lg setia.....tahap kesabaran pun ada batas gak kan......hehehe terlebih emosi plak.....apa2 pun sy suka cite ni...watak fayqa yg tabah dlm hidup....berdikari.....tak sabar nk bc sambungannya lg....satu lg novel yg buat sy tertunggu tiap2 hari...jatuh cinta dgn novel ni
DeleteKpd Hanina yg sgt² di minati penulisannya...
ReplyDeletesaya mohon sgt² novel ni tak nak lah adik dgn abang bergaduh berebutkan si Fayqa tu..tak brp suka lah konflik mcm tu...
TQ :)
hmmm r/ship between fayqa n dzariff & fayqa n dzahim, kira dah 100% confirmed dalam kepala saya....so Arhanida tengok ye how its going to turn out. hmmm...rasa2nya cerita ini kan turn out typical brothers fighting for a girl tak? (evil ms writer!!)
Deleteamboi adik........ngada-ngda betul.....sikitpun tak nak berenggang ni
ReplyDelete... makin meningkatlah suhu kejelesan si general sengal ni nampaknya......suka-suka....
hmm kan derang ni frens dari sebelumnya...
Deletesi general sengal... si sengal junior..heheeehehe comel
ReplyDeletehe he sama2 sengal, in their own way
DeleteNina....few phrases that I loike from this chapter :
ReplyDelete1.Mata Dzariff masih lagi memandang ke arah belangkas dua ekor itu. Seekor di atas katil, seekor di sebelahnya. Asyik nak berduaan saja.
2.“Dia dah mengamuk nak awak. Ini yang saya tolong, tolong panggilkan awak,”
Ayat2 ni make me senyummmmmmmm nak sampai telinga!
interesting.... i thot bab 7 was kinda weak!
Deleteingat Dzahim hilang ingatan tadi.. hehehe
ReplyDeletehmm nnt dia kena depression.... bukan hilang ingatan
Deleteowh mush ni rupenye matchy-marchy yg dzalia cakap tu... tengok macam baek... tapi xtau la lps ni mcmne karakter dia...
ReplyDeletedia mmg baik lagi skema, cuma annoying sebab tersangat skema
Deletemacam peliks betul..macam mana lah si jeneral yg mulut macam longkang tu boleh berdating dengan minah gediks anak dato lagi...macam otak akak tak boleh nak compute...!!! ha..ha..giler teruja nak tahu macam mana boleh tersangkut..mamat yg perasan bagus tu kan..as what they say..love is blind...
ReplyDeletekelakar giler bila jim tu komen ..yg kak iparnya macam gitu..sah satu famili mmg anti minah tu kot? Teruja pulak nak tahu..kenapa pulak ek si Jim tu pulak semakin manja dengan si fayqa sedangkan mereka hanya BF kan..atau akak miss something ...kat sini..
re: jim, he's traumatized, fayqa saved him, so he feels like he needs F to be close in order to feel safe.
Deletehmmm, matchy2 tak gedik but annoying, will try to clarify her character
Wow! I'm loving it!
ReplyDeleteWow! I'm loving it!
ReplyDelete*dekna lee* kenapa sy suka dzahim? kenapa? knapa? dan kenapa kak nina? explain please? hehehe
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88