humph! selagi tak siap tak mo lena. esok kerja. masak kata burung hantu yg teman saya sehingga 4 pagi.
betul2 free writing, no editing for sense, no editing for grammar.
harap2 makes sense, harap2 enjoyable.
serius, next entry minggu depan, 20hb gitu. S.E.R.I.U.S
Bab 12
Semua
orang pandang Fayqa! Muka terkejut, ada yang terlopong mulut, ada
yang terbuntang mata. Fayqa sendiri terlopong mulut DAN terbuntang
mata. Terhenti jantungnya seketika, otak pula kosong.... blank!!
Bila
otaknya sudah berfungsi semula, perkara pertama yang dia terfikir
adalah malu. Malu besar!! Jim main buat pengumuman sesuka hati dia,
dia tak fikir tentang air muka akukah? Wajah ahli keluarga Dzahim
dipandangnya seorang demi seorang, pijar sunnguh rasanya muka!
“Jim.....
errr..... Jim,” macam mana nak cakap ni?
“Lek
arr, Pekah, family aku cool,” balas Dzahim, tersengih-sengih.
“JIM!!”
hah! Kan dah terlepas! Tak ada control cun!
Semua.
Orang. Terkejut.
“Ehem,”
Fayqa berdehem, tekaknya rasa kering sangat, “Jim, jom kita cakap
kat luar kejap. Pak cik, Achik, saya keluar kejap ye.”
Dzahim
masih lagi tersengih-sengih, kena jegil mata dengan Fayqa baru nak
angkat bontot. Fayqa melangkah ke laman di hadapan rumah, Dzahim ikut
tak kata apa.
“He,
he, he,” mengekek-ngekek Dzalia dan Dzureen ketawa, mata tak lekang
melihat fayqa dan Dzahim.
“Yang
korang berdua ni ketawa kenapa?” sergah Dzariff.
“Fayqa
dengan Adik tu....cute couple la,” komen Dzalia, sengaja hendak
membakar.
“Couple?
Babah.... belajar pun tak habis lagi, takkan nak bagi kahwin?”
jelas sangat Dzariff memprotes.
Dzalia
dan Dzureen berlawan menjungkit kening, kemudian mengekek-ngekek.
Nakal ya ampun! Ketawa adik-adik perempuannya tidak dipedulikan,
Dzariff menunggu komen bapanya.
“Babah
memang tak setuju bernikah sebelum mampu nak sara isteri. Tapi Fayqa
tu.... lain. Kalau difikir-fikirkan, Babah rasa dia saja yang mampu
buat Adik jadi matang. Kita tengok macam mana........,” jawab Haji
Dzulqarnain, kening berkait memikirkan hal anak bongsu dan gadis muda
yang kuat serba serbi itu.
“Ummi
suka sangat Fayqa. Sekarang pun Ummi dah rasa macam anak sendiri,”
sambut Hajjah Azimah.
Huh!
Mendengus kuat Dzariff. Apa kena dengan mak bapa aku ni?
Tiba-tiba
Dzureen terjerit kecil, “Balkoni atas!” bahu Dzalia dicuit, “Race
you!”
Dzureen
sudah tiba di tangga ke tingkat atas, sementara Dzalia pula
menarik-narik tangan si abang.
“Apa
ni?” marah Dzariff pada Dzalia.
“Bang,
jom skodeng... Fayqa terima tak proposal Adik!” si keras hati
Dzalia tak reti mengalah, Abang yang tak bergerak ditolak pula dari
belakang.
Si
abang yang sasa, sengaja membiarkan si adik menolaknya dari belakang,
sebab dalam hati sebenarnya teringin juga nak tahu apa respon budak
perempuan tu.
Haji
Dzulqarnain suami isteri menggeleng kepala melihat karenah anak-anak,
tapi bibir masih tersenyum. Yang si bongsu tiba-tiba nak menikah,
yang perempuan kaypohchi tak ingat orang, yang sulung.... yang
sulung.... sebenarnya yang sulung ini yang sudah tiba masa untuk
mencari pasangan hidup.
Ruang
tamu di tingkat atas gelap gelita. Dzariff menjuling ke langit. Akal
si Dzureenlah ni. Nak skodeng orang di bawah, tempat skodeng mestilah
gelap. Supaya mangsa tak sedar mereka diskodeng.
Si
kaki skodeng nombor satu sudah siap bersila di hujung balkoni, dapat
tempat duduk kelas pertama! Si kaki skodeng nombor dua cepat-cepat
duduk di sebelah. Khusyuk mengikuti siaran langsung dari taman di
bawah. Si abang yang juga teringin nak tahu, hanya berdiri berpeluk
tubuh, bersandar di pintu gelangsar. Mahu tahu tapi mesti maintain
macho depan adik-adik.
Bunyinya
macam Fayqa di bawah sedang basuh Dzahim cukup-cukup. Mamat K-pop tu
selamba ketawa mengekek. Peduli apa Fayqa marah? Memang dah biasa
hari-hari kena marah dengan Apek tu.
“Jim!! sejak bila
kau cintan cintun dengan aku? Macam aku tak tau akal kau..... kau nak
gunakan aku je, supaya senang hidup kau di U.K. nanti. Entah-entah
kat sana nanti aku pulak kena buat segala assignment kau. Nak buat
bini konon!”
Dzahim ketawa
besar, “Kau kenal benar dengan perangai aku, Peqah.”
“Kepala kau tu
memang nak kena ketuk sekali lagi. Suka hati kau je malukan aku depan
keluarga kau. Lepas kau pergi U.K., aku nak pindah keluarlah, nak
cari bilik sewa, macam dulu,” bulat tekad Fayqa, dah malu macam ni
nak tunggu lagi?
“Eh! Tak boleh
Pekah. Aku serius ni, kau kena ikut aku ke U.K.”
“Jim, aku rasa
kau ni memang permanent head damage! Aku tak mau kahwin dengan kau,
habis nak ke U.K. buat apa?”
“Peqah, kalau aku
pergi, kau pun pergi,” gaya bercakap si prebet dah bunyi macam si
jeneral. Menyampah Fayqa!
“Jim, kau dengar
betul-betul. Aku ni bukan adik kau, bukan bini kau. Tak ada sebab aku
nak ikut kau ke U.K.” serius ini cubaan Fayqa terakhir untuk
berbincang baik-baik dengan Dzahim. Kalau tak jalan juga, memang sah
kena ketuk kepala mamat tu sekali.
“Ada...”
berubah nada suara Dzahim, perlahan jadinya.
“Kau cakap apa
ni?” Mulalah nak merepek mamat ni, fikir Fayqa.
Dzahim menoleh ke
belakang, meninjau ke arah rumah, bimbang kalau ada yang memasang
telinga. Wal hal dia tak tahu, penonton-penontonnya ada di atas.
“Sini,” dia
berbisik sambil menggamit Fayqa yang duduk di kerusi batu
bertentangan dengannya.
“Apa?” tanya
Fayqa, malas nak melayan si sengal.
“Sinilah!”
suara Dzahim semakin kuat.
“Apa?!” suara
Fayqa sama naik, sedikit pun tidak bergerak.
Dzahim hilang
sabar, dia berpindah ke kerusi batu di sebelah Fayqa, kepala Fayqa
ditarik rapat. Dzalia dan Dzureen di atas menarik nafas tajam! Adik
nak ….? Dzariff yang bersandar di pintu pun turut mengambil satu
langkah ke hadapan, lehernya dipanjangkan hendak menjenguk karenah
budak berdua di bawah sana.
Rupanya kepala
Fayqa ditarik sehingga telinganya rapat ke mulut Dzahim.
“Hah!!” kuat
respon Fayqa selepas mendengar apa yang dibisikkan oleh Dzahim.
Punyalah terkejut hingga terlupa nak marah Dzahim kerana memegang
kepalanya tanpa berlapik.
“Kau biar betul
Jim?” mata Fayqa buntang besar piring.
“Betullah,”
jawab Dzahim, Fayqa tak pernah tengok mukanya serius sebegini.
“Kalau betul, kau
cakap dengan aku,” muka Fayqa pun serius.
Penonton di atas
sikit lagi mahu jatuh ke bawah, punyalah nak pasang telinga. Si mamat
macho pun dah berada di sebelah Dzalia. Sekali lagi bibir Dzahim
dirapatkan ke telinga Fayqa. Sok, sek, sok, sek, berbisik. Penonton
di atas pasang telinga penuh teliti tapi sidikit pun tak dengar. Tsk!
Kecewa!
“Muhammad Dzahim
Haji Dzulqarnain!!!” Fayqa sudah naik pangkat jadi sarjan mejar.
Penonton-penonton
di atas terkejut macam nak melompat. Apa yang buat Fayqa marah sangat
hingga seru nama penuh si adik?
“Muhammad Dzahim
Haji Dzulqarnain!!!” macam tak cukup sekali menyergah.
Tegak Fayqa bangun
dari kerusi baru. Tangan bercekak di pinggang, matanya dijegil,
rupanya macam singa nak menelan mangsa.
“Aku cakap, kau
kata membebel!! Kau kata aku mak cik kaki bebel! Macam-macam kau
kutuk aku! Sekarang siapa yang susah? Kalau kau sorang yang susah,
aku tak kisah! Ini dengan aku sekali susah!!” Mulutnya membebel tak
berenti-renti, Fayqa berjalan mundar mandir di laman sambil
mencari-cari sesuati di tanah.
“Pek! Kau jangan
marah Pek. Kau tak kesian aku ke Pek?” hilang sudah Dzahim yang
happy-go-lucky, yang jenis selamba tak kisah. Merayu-rayu pula dia
pada Fayqa.
Terhenti Fayqa dari
operasi mencarinya, “Hoi!” jeritnya kepada Dzahim, “Aku lagi
kesiankan diri aku tau! Sengal keturunan kau ni.”
Disambungnya
operasi mencari. Ha! Dah jumpa! Ranting kayu kering kecil sepanjang
dua kaki dikutip. Dihayun-hayunkan sekali dua, bagai pemain pedang
menghayun pedang. Whoosh! Whoosh!
“Peqah! Kau nak
buat apa ni Peqah?!” Dzahim cepat-cepat bangun, nampak gaya macam
nak kena lari ni.
“Nak buat apa?
Aku dah tak mau membebel. Done! Enough! Aku cakap kau tak mau dengar,
biar ranting kayu ni yang bercakap!”
“Peqah! Peqah!
Eh, Peqah! Aku ni bari keluar hospital ni. Mana boleh kau buat aku
macam ni? Apek! Aku jerit panggil Ummi nanti,” nak mengelak dari
libasan ranting di tangan Fayqa, berputar-putar Dzahim lari keliling
meja batu.
“Kau panggillah
mak kau. Panggil, panggil! Senang aku nak ceritakan semua kat dia,”
fayqa macam gajah naik minyak.
“Pek! Pek! Oi,
aku baru baik sakit ni Pek,” terlolong-lolong Dzahim, berlindung di
balik meja batu.
Penonton-penonton
kelas pertama di tingkat atas terlopong tak terkata apa. Terkejut.
Penonton di tingkat bawah yang menjenguk dari balik tingkap bila
terdengar Dzahim terpekik terlolong, sama terkejut. Hajjah Azimah
pandang suaminya, suaminya pandang dia.
aahahaaaa... apaa la agaknya jim dah bisik kat si peqah tu? nak tau jugak..
ReplyDeleteishhhhh.... 20hb...lama tu nak tgu jawapan... garangnye Pek...mengalahkan Achik Azi.....
ReplyDeleteJim cakap Jeneral Sengal syok kat fayqa
ReplyDeleteNina, tq for fulfilling my request... Really appreciate it! Tak nak request apa2 lg... I like this entry although cliffhanging...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteapakah. . ? huhuhu thanks cik writer. . .mesti spanjang mggu ne ternanti2kn general and peqah =)
ReplyDeletependeraan!!!jiwa batin raga bakul.x acilah....huhuhu
ReplyDeletependeraan minda jugak ni sis.. T___T
DeleteHope its a good news for apek n zjeneral... Nina! Kau mendera mental akak! Sampai hati.. Uhukk.. Uhukkk....
ReplyDeleteMmg curious nak tanya ape yang dibisikkan oleh Dzahim tu??? Entah2 plan dia nak kenenkan Fayqa ngan Dzariff, tak?
ReplyDeleteHahaha...kelakarla......lamanyer nak tunggu...S.E.R.I.U.S.....wah...M.E.N.D.E.R.A........he.e.hehheh
ReplyDeleteApa yg si Peqah dgr dr Jim agaknya....
ReplyDeletePasal unsolvd mystery hal kn pukul ke atau dia bg tau pasal si general......haha
haha...best & lawak sgt...
ReplyDeletetak sabo nak taw apelah yg dzahim bisikkan pd pek tu...
tak keruan jdnya nak tggu 20hb nnti..huhu
next entry 20hb.. lamanya .. jantung dah overwork nie.. bkan stakat nak tau apa yg dbisikkan jim.. tp nak tau jugak.. apa respon n pandangan si general tu bila tengok derang bisik berbisik tu...
ReplyDeleteye lah cik nina oiii, jgn lah lamak gilak nak sambung... menangis sik berlagu dah tok... ari-ari kamek buka n baca cerita c pek ni, best gilakkkk. sambung cepat2 k cik nina coz kamek sik sabar nak tau sambungnya. berharap benar c fayqa dgn c abang huhuhhu
DeleteEr, 18hb tak boleh ker? Diskaun sikit? Pleeeeaaaseeeeee...!!!!
DeleteHahahahahahahahaha..besttt n suka sgt entry ni kak nina.... Tergelak tgk gelagat yg teropong dr atas tuee..... Hahaha...
ReplyDeleteXsabar nk tggu next entry likessss
smntara tgu 20hb kena la ulang baca bab 1 smpai 12 byk2 kal i:) :)
ReplyDeleteakak pun rasa mcm tu...bukan setakat kena malah dah W.A.J.I.B dah nie
DeleteAdoi, apalah yg buat si Apek ni geram sangat agaknya?
ReplyDeleteHanina, u make me want more n more. I'm curious here, still can't see the direction of this story. Not complaining tho'. This is good, in fact I would think this is much much more better than ur PMS & KNK. Hope it will sit on my bedside table too (so that I can just grab n read whenever I feel like doing so). Tq.
ReplyDeleteKak nina. Asal lama sangat new entry? Saya tak sabar. :) like like like!
ReplyDeletenina...ai nak tahu jugak apa yang jim sok sek sok sek dkt fayqa tu, sampai naik minyak budak tu. siap nak merotan bagai.....
ReplyDeleteAdoiyai Nina, jahar ar awk ni...tgh best2 lari2 kejar2 awk stop la plak...hu hu hu...x sabar nak tgu next n3...SERIOUS...X SABAR
ReplyDeleteadakah dzahim sudah melibatkan fayqa dlm kejadian itu hari? hmmm.. takpe, i can wait. Sbb baru dpt KNK, so layan KNK dulu hehe
ReplyDeletehahahaha!!!ade je adegan mencuit hati kak nina sajikan (ceh yt bunge2 x bole blah! LoL) apela c jim bisik kt peqa tuh!!! suspended ceiling bt0l!!!
ReplyDeleteeehh...psssst...jim, sini..co ko bisik kat i apa citer nye...nak tunggu 20hb lmbt lagi...dpt i main pedang ngan pekah skali...siap ngan bunyi latar skali - whoosh, whoosh - wa ka ka ka ak adui!!!!
ReplyDeleteHuhu mehla bisik kat aku skali hehehehe
DeleteHaha lucu la korang ni...
DeleteNina, sy ni pon dah jd angau. Lama siot 20hb tu
Nina... Ape agaknya Si jim Ckp kat apek....??? X sabar nie..Good job.. Buat semua orange ternanti2.
ReplyDeleteKak han, lamanyaaaa nak mereveal kan apa yg Jim ckp kat peqah.. Ahhh! 20hb? Boleh kena reader abusee sy!! Heehehe
ReplyDeletesuspen..suspen..apa yg dibisikkan jim kat pekah tu ...
ReplyDeletejgn lah 20th nina...boleh sasau kita org nak tunggu nie ...hehehe
Lama tu 20 hb...tak sabar nak tau apa yg dibisikkan jim tu..fan nak tau reaksi jeneral sengal...
ReplyDeletesweeeeeetnyaaaaaaa dzahimmmmmmmmmmm >.<
ReplyDeleteApe yang Dzahim bisik kat Fayqa? Ok.. sabar menunggu 20hb ni.
ReplyDeleteKakakaka mak pak dia pun tak penah pukul anak , itu yg tekejut semua orang kan hehehe memang sengal la ko adik
ReplyDeleteOmg i likeeee.cita fayqa ni makin berasappppp...uffff
ReplyDeleteHehehe cute betul reaksi Dzalia dan Dzureen, siap nak mebakar Jeneral lagi. Abislah Jeneral, Babah macam tak membantah aje, Ummi pula setuju je. Saya TERDERA ni…….terdera nak tau apa yang Jim bisik kat Apek. Kenapa Jim nak nikah dan bawa Apek ke UK, tak boleh nak fikir. Kalau Jim tu perempuan dan Apek tu lelaki boleh lah fikir plot klise i.e Jim termengandung nak Apek jadi Pak Sanggup tapi Jim tu lelaki. SIGH. Hmmm jangan2 Jim mmg tak nak pergi ke UK, hanya kasi alasan nak bw Apek supaya mak dan bapa dia tak jadi hantar dia. CUTE lah Apek dan Jim ni, they are the cutest BFFs.
ReplyDeleteNina: seriously awesome!!! My,my,my laughing my heart out to these two s.y.t. Being in Hj Dzulqarnain's family must be fun n interesting, full of colors.
ReplyDeleteahahahhahahahahha.....iyes lawak la Nina kuarga Dz sengal ni... seme engal tahap cipan dah hahahahha.....haaaa padan muka si Jim 2 dah mak bapak dia bio Fayqa yang ajo...kene ligan ngan ranting kayu 2,,,,uiiiihhhh 2 kalo kene libas 2 mau berbirat demam seminggu 2 hahahhaha.....Dzariff ooiiii x yah la nak tunjuk macho sangat lah....kalo nak tau cite 2 dok je la skali ngan adik2 2.....tunjuk macho konon...skali bertempek gak ngan adij dia 2 hahahaha
ReplyDeletegud2....20hb pon 20 la...nak wat cam ne kan....
Wakakakaka!!! Kasi hentam saja sama itu prebet. Bnyk sengal dan bnyk songeh.. tapikan dzahimm bisik apa smpai peqah naik hantu?
ReplyDeleteapa yang dibisik oeh dzahimm tu ya sampai fayqa marah,nak lg ya tq.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum...
ReplyDeleteHmm pasal apa eh...agaknya mesti ada kaitan dengan punca Dzahim dipukul haritu. betul tak cik Nina? takpe la lagi 4 hari je utk kita tunggu 20hb tu....we'll wait...thanx a lot sis~~~~
ni mst dzahim dh pakat ngn kakak2 dia nk test si jeneral..sbb tu hepi je bl si dzahim ajk pekah kawin... hahaa.. padan muka jeneral control macho sgt.. yg kn pukul tu mst si prebet tu bgtau yg si jeneral syok nk pekah... haahaaa.. cepat la nina.. xsabar ni..
ReplyDeleteni mst dzahim dh pakat ngn kakak2 dia nk test si jeneral..sbb tu hepi je bl si dzahim ajk pekah kawin... hahaa.. padan muka jeneral control macho sgt.. yg kn pukul tu mst si prebet tu bgtau yg si jeneral syok nk pekah... haahaaa.. cepat la nina.. xsabar ni..
ReplyDeletehahaha...ape nyer tuh prebet,cer lh bisik kuat cikit...sampai naik hantu si pekah tuh!up g dek...mmg mencabar kesabaran btl lh...
ReplyDeleteRahsia apa la ni Jim ni smpi kena pukul..and smpi kena pukul ngn apek ni..
ReplyDeletedah knapa si Apek naik minyak tu??
ReplyDeletehahaa sian Jim apelah yg dibuatnye.
Ninaaaaaa....know what...it's beyond apa yg akak dapat fikirkan..kelakar giler and tahniah..Nina dah buat akak dan juga yr die hard fan kat sini dah jatuh cinta dengan fayqa ni..seorg gadis yg mempunyai strong character..tak mengelabah..very cool..selamba giler...tak pernah nak control ayu bila hati dia panas...bila terasa dia dibuli dan dipermainkan..perasaannya.brutal and always talks what's in her mind ..
ReplyDeleteTak dapat akak nak bayangkan bila dia mengamuk sakan dengan prebet sengal siDzahim tu..kelakar giler dan Dzahim tetap Dzahim kan..anak manja famili tu..yg spoilt brat..kalau dengan famili dia ..segala kemahuannya akan cuba di penuhi oleh mereka but i think with this girl..i think not even an inch she can give away to his demand !!! kebrutalannya ...membuat dia comel..just imagine with ranting tu dia cuba melibas libas mamat sengal tak cukup umur tu..hust to knock some sense into him..terjerit jerit mamat tu minta tolong..akak rasa..mmg very sweet panoramanya kan.. Apa ek..yg kakak kakak Dazhim ..ayah ..ibu..mereka fikirkan..akan keletah mereka berdua..yg seorg mmg macam mak tiri dan seorg lagi mmg mcm budak tak cukup umur..Terujanya akak nak tahu..apa jua perasaan sijeneral bila melihat scene yg tak boleh nak blah tu..kan..ce citer..dik..rasa mmg tak sabar dan jenuh nak menunggu hingga 20 hb..tu..dik..ooi....what's gonna happen to the genius big plan of Dzahim dan apa pulak reaksi si minah tu pulak kan..dan apa pula jeneral itu akan lakukan pula..sedangkan hatinya semakin tertarik dengan siminah poyo tu tanpa dia sendiri sedari yg aura minah tu mmg kuat pada dirinya..
Hahaha..lawak btul fayqa dgn si dzahim ni
ReplyDeleteape la yg jim bisikkn tu smpai apek melenting cenggitu... xsabar ni nak tau...
ReplyDeleteCik Nina suka buat kita tertanya-tanya. X lawak okay, cepat-2 bagitau x sabar nih. CEPAT BAGITAU...eerrrrr...
ReplyDeleteDah macam si Jeneral plak saya nih...heheheeee....
Nina yr n3 x pernah menghampakan....wa tabik lu bby... Wat jantung gugur je bila baca n3 u..cepat le 20hb...awal cikit x leh ke
ReplyDelete20hb ye? No prob...sy out station 18-20..mmg x sempat nk baca2..hehehhh
ReplyDeletememang mendera betul lah cik writer ni..tiap2 bab leh wat jntung gugur...manuskrip teruslah dear..
ReplyDeleteape yg diorg bisikkan tu yer??nak tau jgak.......xsaba ni..next chapter pless....
ReplyDeleteAdeih. Serius tak leh nk teka ape yg djim tu bisik.. Nak lari drpmpuan miang.. Ke djim nk ajak kwin contract.. Takpun djim pinjam ah long.. Tp ape kene mgena plak smpai nk kene kawin kan.. Haihh.. Tp kak nina bukan nk smbung 20hb april kan.. Kan.. Hehe..
ReplyDeletehahahha.....apalah yangsi jim dh buat nie...sampai pek pun naik minyak nie.....tak sabarnya nak pegang buku nie.......bia tu rasa2nya cik penulis yer :)
ReplyDeletewahhh best cite ni..kalu dibukukan mesti sy akan beli..hehehe...
ReplyDeleteSi jim ni..jgn2 dia setuju ke uk dgn apek jd wife sbb kes dia kena belasah tu.takut nak ke kolej. N apek pun turut dilibatkan sama dlm kes tu...masak kari masin2 lemak ko pek!
ReplyDeleteaduh sy dh sesak napas dh ni...sape nk bertanggungjawab ni..
ReplyDeleteap yg diorg bisik2 curious gila.... :D
ReplyDelete-Syira Azmi-