Sebulan lebih Dzahim
kena buli dengan Fayqa. Kena masak, cuci, kemas, benda-benda yang dia
tak pernah buat. Ahli keluarganya pandang sahaja, sudah dikasi amaran
awal-awal oleh Hajjah Azimah supaya jangan masuk campur bila Fayqa
'melatih' Dzahim. Tapi dari Haji Dzulqarnain hinggalah ke Dzureen,
mereka semua hairan apa yang membuatkan Fayqa begitu 'berkuasa' ke
atas Dzahim. Tapi tidak pula mereka berfikiran negatif tentang Fayqa
kerana gadis itu tidak pernah tinggal solat, aurat sentiasa di jaga,
hormatkan orang dan ringan tulang. Jadi syak mereka jatuh pada
Dzahim.... apalah yang mahu disorokkan Dzahim sehingga sanggup buat
apa sahaja yang diarahkan oleh Fayqa.
Hujung bulan Ogos,
Hajjah Azimah sibuk menyiapkan pakaian dan barang-barang untuk Dzahim
bawa ke U.K. Mamat tu masih lagi santai dan tidak kisah. Mericau
mulut ibunya berleter, Dzahim buat tidak peduli. Dek kerana
kasihankan Hajjah Azimah, Fayqa buat keputusan untuk 'mengajar' si
anak manja seorang tu.
“Jim! Jom ke
dapur kejap,” arahan sarjan mejar sudah keluar.
Dzahim yang sudah
biasa mengikut cakap Fayqa sebulan ini melangkah ke dapur tanpa
banyak soal.
“Tu! Mak kau dah
bungkus elok-elok serunding daging,” jarinya menunjuk ke arah
bungkusan serunding daging di atas meja dapur, “dah berbuih mulut
dia suruh kau masukkan ke dalam beg. Agak-agaknya, bila kau nak
buat?”
“Alah, tak
payahlah seruding bagai! Buat susah je. Nanti kena buang je dengan
imigresen kat sana,” jawab Dzahim bena tak bena. Bukannya nak
diambil bungkusan serunding tu, duduk pula dia di kerusi dapur.
“Sekarang kau
cakaplah susah. Nanti sampai sana, baru meleleh air liur kau
teringatkan serunding ni.”
“Eleh, kau cakap
ni kau pernah pergi U.K. Ke?” si manja mengada memperlekehkan
Fayqa.
“Aku taulah aku
ni siapa. Anak yatim miskin yang tak mampu nak pergi belajar ke luar
negara. Kau tak payah nak ingatkan aku, Jim. Sekarang ni kau mau ke
tak, kau ambil ajalah serunding ni masukkan ke dalam beg kau. Susah
payah mak kau pergi beli kat pasar. Kau ni tak boleh ke tunjuk kat
dia yang kau hargai apa yang dia buat? Mak bapa susah payah nak
hantar kau ke luar negara pun, tak reti nak hargai. Mak kau suruh
berkemas barang, kau buat dek saja,” sambil berleter, jenuh Fayqa
menahan keinginannya hendak menunjal-nunjal dahi Dzahim.
Lama juga Dzahim
berdiam diri, entah apa yang difikir. Akhirnya, “Pek, kalau aku tak
boleh survive kat sana, macam mana?”
Ek ena! Si manja
mengada ni takut nak keluar dari ketiak mak, rupanya. Fayqa menahan
senyum.
“Dah besar
panjang, takkan tak boleh survive?” Fayqa melembutkan tutur kata,
cuba nak menjaga hati sahabatnya.
“Alah, kau pun
tahu, Pek. Aku, Pa'an dengan Deng, kalau tak ada kau tentu dah lama
kena tendang keluar universiti. Pasal kau tolong buat assignmentlah
yang kami dapat A.”
“Baguslah kau
sedar, Jim. Aku ingatkan selama ni kau ingat kau dapat pointer 3 ke
atas tu pasal kau pandai,” terlepas juga tawa kecil Fayqa.
“Kau gelakkan aku
pasal aku bodoh ye?” alah...ada hati pula nak merajuk!
“Kau tu bukan
bodoh, Jim. Tuhan bagi otak elok-elok kat kau, kau malas nak guna.
Eloklah bapa kau hantar kau belajar jauh-jauh. Biar kau reti pakai
otak kau tu,” selamba Fayqa menjawab.
“Kalau aku stuck
macam mana, Pek?” Dzahim bertanya dengan suara yang sayu.
Alah, buat drama
syahdu pula mamat ni! Tapi minag brutal buat tak peduli, “Hah! Ini
yang aku kata Tuhan bagi otak, kau tak guna ni, Jim. Kat sana,
pandai-pandailah cari kawan yang boleh belajar sama-sama. Guna
konsep, kau tolong aku, aku tolong kau.”
“Mana nak cari
kawan baik macam kau, Pek?”
“Haaaa, tau tak
pe! Dah nak pergi U.K. Ni barulah kau sedar aku ni baik ye?” bila
lagi masa nak pulang paku buah keras.
“Adeeeh, kau ni
macam pompuanlah, nak puji-puji bagai,” komplen Dzahim.
“Oi, sengal! Aku
ni memang perempuanlah, kau jangan nak hina aku!” sambil bercakap
mata Fayqa mencari senduk ke sudip ke, nak ketuk kepala mamat sengal
seorang ni.
“He, he, he....
kau ni perempuan tak serupa perempuan...”
“Oi! Aku baru je
nak offer.... nanti kat sana kalau susah ke apa, skypelah dengan aku.
Mana-mana boleh tolong, aku tolong. Ini kau kutuk aku... kau ingat
aku ni mak nyah ke? Tak jadi aku nak offer,” naik suara Fayqa.
Sambil ketawa,
Dzahim minta maaf, “Okey, okey, ampun tuanku, patik mohon ampun.
Kau janganlah tak offer nak tolong aku. Nanti aku belikan kau Ipad,
ye. Senang kita nak berskype.”
“Eh, tak payah...
tak payah nak beli Ipad bagai. Nanti aku nak masuk ke bili air pun
kau sibuk nak berskype.”
Terhambur lagi
ketawa Dzahim. Fayqa ni memang menghiburkan! Sedang melayan blues
sebab suspense nak ke U.K., cakap dengan dia boleh gelak ketawa.
Susah nak cari kawan baik macam Fayqa, sampai tahap menggadaikan
nyawa untuk selamatkan kawan.
“Pek......habis
belajar, aku balik nanti, kita kahwin nak?”
Entah apalah dalam
kepala otak si Dzahim. Benda yang terlintas, itu yang dia sebut.
“Aku tak mahu
janji apa-apalah, silap-silap kau ni bawa balik bini omputih. Bukan
aku tak tahu hidung belang kau tu.”
Terbahak-bahak
Dzahim ketawa.
Awal bulan
September, Dzahim berangkat ke U.K. Dengan ditemani oleh bapa
saudaranya Mohd. Nadim yang sememang kerjanya membantu penempatan
pelajar-pelajar Malaysia yang mahu belajar di U.K. Ahli keluarganya,
kecuali Dzehan di Jakarta, semua menghantar Dzahim ke KLIA. Fayqa
pula hanya mahu mengucapkan selamat jalan di rumah. Di KLIA nanti
waktu khusus untuk ahli keluarga yang berpeluk-peluk, bersyahdu
sendu. Kalau Fayqa pergi, tentu dia rasa out of place.
Usai memasukkan
beg-begnya ke dalam bonet CRV abangnya, Dzahim mendekati Fayqa. Ahli
keluarga yang nak masuk kereta berhenti sekejap melihat kerenah budak
berdua tu.
“Bye, Apek.
Jangan sibuk merayau malam, cari mangsa-mangsa yang perlu
pertolongan,” dah nak pergi jauh pun, Dzahim masih nak perli-perli.
“Kau ingat aku ni
Spiderman ke?” laju Fayqa membalas, mengekek Dzahim ketawa.
Sebuah kotak
dihulurkan kepada Fayqa.
“Apa ni?” panas
rasa muka Fayqa, seisi keluarga Dzahim sedang memandang.
“Kau kata kau nak
kasi online tuition kat aku kan?”
“Jim!! Ipad?”
buntang mata Fayqa, “eh, aku tak maulah.”
Malu! Nanti si
jeneral kata dia kaki cukur lagi.
“Alah, ambiklah,”
kotak masih terhulur tanpa disambut, “kau tau aku bagi ni pun sebab
ada udang di sebalik mee.”
Fayqa masih
berpeluk tubuh. Malu sangat-sangat!
“Adik, can we get
going? Nanti lama pula Pak Chu Nadim tunggu,” kan dah keluar arahan
dari si jeneral.
“Pek, kau tak
ambil, aku letak kat sini saja,” Dzahim berkeras.
Perlahan-lahan
Fayqa menyambut kotak hadiah dari Dzahim.
“Bye, Apek. Jaga
diri,” mata Dzahim tajam merenung mata Fayqa, memang dia bimbangkan
keselamatan gadis ini.
Wah! Sedih pula
rasa hati Fayqa. Di tekak rasa macam ada batu. Nak berpisah dengan si
sengal pun sedih macam inikah?
Akhirnya, dengan
mata yang hanya mampu menjeling ke arah Dzahim, keluar juga suara
yang terputus-putus, “Bye-bye, Jimmy Boy.”
Dalam perjalanan ke
KLIA, bergilir-gilir Haji Dzulqarnain suami isteri memberi nasihat
kepada Dzahim. Si Abang yang memandu kereta berdongkol-dongkol
hatinya. “Bye-bye, Jimmy Boy?” Dengan suara seksi begitu? Dengan
jeling-jeling manja begitu? Tak tahu malu ke dengan seisi keluarga
memandang? Huh!
Bab 14
“L!”
Ha? Terkejut
Dzariff, baru saja nak buka T-shirt yang basah dengan peluh. Sempat
jogging sebelum ke pejabat.
“is for the way
you look at me.”
Siapa dalam bilik
air aku ni? Terpinga-pinga Dzariff seketika.
“O! Is for the
only one I see.”
Sejak bila bilik
air aku ada in-house singer? Dia menapak perlahan-lahan ke bilik air,
skodeng time!
“V! is very,
very, extraordinary.”
Di muka pintu bilik
air, dia berhenti. Oh! Konsep dua-dalam-satu, penghibur dan pencuci
bilik air. Tangan memeluk tubuh, tubuh disandarkan ke jenang pintu.
Mata menikmati pemandangan yang amat menarik!
“E! is even more
than anyone that you adore can
Love is all that I
can give to you.”
Pemandangan si
gadis comel penghuni bilik tidur di tingkat bawah, sedang berlatih
vokal sambil mencuci bilik airnya.
“Love is more
than just a game for two
Two in love can
make it”
Terlalu khusyuk
menyental lantai dan dinding bilik air hingga tidak sedar sudah ada
penonton tidak berbayar.
“Take my heart
and please don't break it”
Air di dalam baldi
disiram ke dinding, menghilangkan buih-buih pencuci.
“Love was made
for me and you”
Kerja mencuci
selesai, berus dan botol pencuci dimasukkan ke dalam baldi, badan
dipusing hendak melangkah keluar.... dan barulah tersedar si jeneral
yang berpeluk tubuh, bersandar di jenang pintu bilik air.
T.E.R.K.E.J.U.T.
Bila pula mamat ni
ada dalam bilik dia? Bukan dia sudah ke pejabat ke? Mata bertentang.
Sedetik, dua, baru Fayqa tersedar, seluar tracknya yang digulung
hingga ke lutut. Dia pandang ke kaki sendiri, si jeneral turut
memandang. Mata Fayqa laju ke wajah Dzariff. Ayo! Tak berkelip dia
pandang kaki aku yang terdedah aurat. Cepat-cepat baldi dilepaskan ke
lantai dan Fayqa menurunkan gulungan seluar kembali ke buku lali.
Tajam matanya
menjeling Dzariff, bagai memarahi lelaki itu yang tidak menjaga
pandangan mata. Selamba Dzariff membalas pandangan Fayqa. Siapa suruh
masuk bilik tidur aku? Aku nak pandang, aku punya pasallah.
Tangkai baldi
dicapai dan bakul baju kotor di tepi pintu diambil, kelam kabut Fayqa
melangkah keluar dari bilik tidur anak teruna orang.
“Awak!”
Terhenti langkah
Fayqa bila mendengar Dzariff memanggil, nak apa lagi? Di depan pintu
bili tidur, dia berpusing.
Perlahan-lahan baju
T yang basah dengan peluh dibuka dan dicampakkan ke dalam bakul yang
masih dipegang Fayqa. Buntang mata Fayqa, mamat ini apa hal buat
strip tease depan aku pula? Dah hilang akal ke apa? Aku pun hilang
akal juga kah? Pandang body dia tak berkelip-kelip mata.
Lebar senyuman
Dzariff, sedar dia jahat sangat mengusik anak dara orang. Siapa suruh
dia masuk bilik aku? Jari-jarinya sudah memegang pinggang seluar.
Makin buntang mata Fayqa! Makin lebar senyuman Dzariff.
Tunggu apa lagi
wei!! Badang dipusing, tombol pintu bilik diputar, Fayqa angkat kaki!
Dzariff dalam bilik ketawa terbahak-bahak.
Lepas mandi sambil
bersiap, sempat Dzariff mencari lagu 'Love' di Youtube. Lagu nyanyian
asal Nat King Cole, diberikan nafas baru oleh pelakon-pelakon Glee
dimainkan di telefon pintarnya. Sambil memakai tali leher, bibirnya
tersenyum memikirkan gadis comel yang diusiknya tadi.
Turun ke bawah
untuk sarapan, tidak nampak kelibat si gadis. Sudah ke pintu depan,
memakai kasut barulah keluar si dia, hendak mengemas meja makan.
“Two in love can
make it
Take my heart and
please don't break it
Love was made for
me and you”
Sambil
menyanyi-nyanyi kecil, matanya menjeling ke arah si gadis. Langsung
tidak memanggung kepala. Dzariff melangkah ke kereta dengan senyum
lebar.
“Amboi! Baiknya
mood Abang hari ini, jarang dengar dia menyanyi,” komen Dzalia yang
masih di meja sarapan, bukan dia tidak sedar si Abang asyik menjeling
si gadis manis. Dan kenapa pula si gadis manis ini merah mukanya
macam buah epal China? Sesuatu ni, Dzalia mula curiga. Mencerun mata
sambil berfikir......
ngee.. TERKEJUT! sama lak dengan pekah ye... lagu tu. abislah...:)
ReplyDeleteNat king cole. ....i like the song so much
ReplyDeleteCome on dzalia! New plan higher intensity! Nmpk gaya si jeneral masih kukuh btan. Sarjan mejar plak dok blur lg..
ReplyDeletesob sob sob Jim akan dirindui, saya tak memilih Jim sebagai jodoh Peqah, tapi Pek dan Jim are very2 cute together. Lebih seronok sebab closeness Peq dan Jim tu seing disalah erti oleh Jeneral dan membuatkan Jeneral cemburu tak terkira. Jim will be missed dearly
ReplyDeletehmmmm nak tengok camne Jeneral nak mengayat Peqah lepas ni. Kalau dia go ahead usha Peqah-tak guna punya abang, GF adik pun nak curi hehehehe
DeleteJOm nyanyi..!!
ReplyDeleteteasing around ye jeneral? gosh!!
ReplyDeleteWakaka.... Suddenly lagu tu sound so romantic..... Mcm love ballad Pulak!! :)
ReplyDeleteMiahahaha... berani usik Pek?? Siap ler...
ReplyDeleteLove is made for me and you...... i hope so... hahaha
ReplyDeleteMerah muka macam epal cina.. bila dgr... love was made for you and me...hahaha.. twit twit twit ;)
ReplyDeletenak kena download ni... nak senyum2 jugak cam general.. ;)
ReplyDeleteYuuhuuuu !!!!! Dia dah mai
ReplyDeleteHahahaha best giler..._ala Jim dh pergi ke? Sedih betul...haha dh mula misi c jeneral nk ngorat fayqa
ReplyDeletegila cute ahhh dua orang ni!!! not dzahim lah. heee lagiii!! =DD
ReplyDeletehahahaha...sweet la plak bab 14 nih...bler la jeneral ni nk jadik charming man......msti fayqa cair tahap petala kn...hehehehe
ReplyDeleteAngau overboard... Bila la nak mula scene ayat mengayat ni.
ReplyDeletebest........
ReplyDeleteSedey la plak jim dah pegi.... Wah general skang pandai plak usik ank dara org ni...
ReplyDeleteAwwwwww.... Dalam hati dah ada taman botanical...mcm2 ada.. Bunga, herba2..
ReplyDeletedzalia..siasat dzalia..jgn x siasat ..hahaha
ReplyDeleteT.E.R.K.E.J.U.T. jugak sbb dzariff berani wat scene tease 2 kat anak dara owang huhuhu nakainya dia....mencicit lari fayqa hahahhaha....mesti penat fayqa nak layan kerenah jeneral 2 pasni...n pasti penat jugak dia nak layan kerenah junior sengal yg nun jauh di UK 2. tpkan dzariff 2 xde fanatik fan ke...cam x caya je owang yg leyh macho, kental cenggi2 xde sesapa jatuh cintun...hmmmmm
ReplyDeleteHahaha...suka Biler general dh kembali kpd mood romantic n sweet dia!! Btul2 tak sabar nk tau strategi general mengurat sarjan mejar..Nina, bila nk kuar bab2 kt dapur nih
ReplyDeletewah wah wah!!! ape jd lpas ni?? x sbor. xdpt tgkap lgu neh. nk cri kt youtube. heh. jeneral da pndai nyanyi jeling2 plak dah...
ReplyDeletedah pandai men'teasing' anak dara orang ya dzengal ni...but i loike....sweet je. senang hati kot pasal jim dah jauh. tak perlu lagi tgk scene yang menyakitkan mata dan telinga dia kan. L.O.V.E I.S I.N T.H.E A.I.Rx-(
ReplyDeleteNina: my fav song ni!!! Thank u, you....
ReplyDeleteL.O.V.E
ReplyDeleteBagus betul ade adik yang suka menyiasat ni.. jeng jeng jeng..
Go Dzalia Go
Ngeeee..... pandai ngusik dah general sorg ni
ReplyDeleteLove is in the air...kemain lagi jeneral, siap cari kat youtube bagai. Haha.
ReplyDeletesweet nye la along dzariff ni...hehe..suke2...
ReplyDeleteadesss.... malu giler pekah terkantoi menyanyi kt bilik air jeneral... jeneral plk mcm angau je...
ReplyDeletehahahahaaa....suka2 bab ni...kelakar....cpt sambungan ye///
ReplyDeleteHa ha ha...suka baca n3 ni...10q, Nina. More scenes comey2 like this please ! Mesti Fayqa cair tahap petala kne ushar dek Abg Jeneral macho
ReplyDeletechomel. (^.^)
ReplyDeleteWah, dlm hati sudah ada taman. Hehe.....
ReplyDeleteBest2...tunggu n3 baru...
ReplyDeleteAmboi amboi amboii... Siap nyanyi2 lg gitewwww
ReplyDeletehihihihi :) suka sgt2 bila nak smbung??? cant wait....
ReplyDeleteaigooo nina dah buatkan saya cari lagu tu..hahahahah x sabarnya nak tunggu cerita cinta jeneral dengan fayqah..mesti sweet gilerrr.. :)
ReplyDeletethree of them are cute. i can't deny... love you kak nina... <3 so much! love this chapter. well written... and... so cute... i love the song. thanks :)
ReplyDeleteBest sgt2! Tapi pendek sgt lah :(
ReplyDeleteJeneeral is sooooo cute!!!kah kah kahhhh...
ReplyDeleteSanggup menggoogle smata2 nak usik pekahh... Haishhhh...
Maybe its true love is in the airrr..
kikikiki...hahahahaa.
ReplyDeleteDan berkumandanglah lagu Love dlm pc ini.. pekah & dzariff punya pasal lah ni lol!
ReplyDeleteahak...akak pun sama, jangkit penyakit dzariff.....:)
ReplyDeleteKak jua begituu...dgr sambil senyum2 sensorang...
ReplyDeleteAmboi adk bradik ni asyik kna kan fayqa je
ReplyDeletelagu feberet nih..baca sambil sengih2 depan lappy..amboi2 jeneral ke main lagi usik2 nak dara orng plak...
ReplyDeletewah...wah.... da start da..... :D
ReplyDeleteLove was made for me and you”
yer... tuan Jeneral :D hahhaha...comel....boleh byang :D
-Syira Azmi-
alaaaa...macam mana ni..rasa sedih pulak kan..bila Dzahim hendak pi UK melanjutkan pelajaran ..macam mana pula rasa fayqa pulak ek..selalu membuli mamat tu..mesti dialah yg rasa sangat kehilangannya..apa pula reaksi si Dzahim pulak ya..bila berjauhan dengan familinya..dan yg penting bila dia terasa yg fayqa tidak bersama sama dengannya yg selalu diberikan semua kertas kerjanya untuk diuruskan oleh minah tu..kini dia bersendirian untuk melunaskan kesemuanya..adakah dia akan balik keMsia dan memujuk familinya untuk dinikahi minah itu untuk membuatkan hidupnya senang disana..dan apa pula terjadi pada fayqa bila dia tinggal disitu pula..bagaimana pula perasaan sigeneral sengal tu melayani minah tu pulak selepas peristiwa tertangkap berduan dibiliknya..
ReplyDeleteWaaa..cannot sleep..can't wait for the next chapter...moga Allah kurniakan hanina idea yg mencurah2 to complete the whole novel...x sabar..nak beli...PMS dah baca KNK dah dlm tgn tggu SF pulak...faitin aaa
ReplyDelete