Friday, 1 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 5 siap


Khas untuk pekerja bank yang setia membuat laporan untung rugi negara, walau pun di hujung minggu yang damai.

Apa pendapat pembaca2 yg budiman tentang adik2 General Dzengal yang nakal tu? Komen pls 


Bab 5



Laju Dzariff menarik tangan Fayqa supaya gadis itu kembali berdiri. Ya Allah! Apa aku dah buat? Kenapalah budak ni selalu buat aku sakit hati, marah sampai tak ingat apa yang aku buat. Macam-macam sumpah seranah dihadiahkan untuk diri sendiri.

“Abang?” tegur Dzalia sekali lagi, teragak-agak.

“Hah?” tanya Dzariff.... apa lagi ni?

Kening Dzalia terjungkit, bibir dimuncungan ke arah tangan si abang...... yang masih menggenggam erat pergelangan tangan kiri Fayqa.

“Eh!” Dzariff dan Fayqa sama-sama terkejut! Dzariff segera melepaskan tangan Fayqa, Fayqa pula cepat-cepat menarik tangannya. Rasa malu, rasa canggung, dia berpeluk tubuh.

Terdiam seketika. Apa orang tua kata? Malaikat lalu? Baguslah malaikat lalu, catat satu dosa kering aku, fikir Fayqa. Thanks to this general sengal! Senang pegang orang, peluk orang. Dulu ingatkan si Dzahim nakalnya Ya Rabbi, rupanya abang dia lagi jahat!

“Ehem,” Dzalia berdehem sekali, susah nak mula bicara. Apa nak kata ya? Nak tanya kenapa Abang peluk Fayqa?

“Ehem,” Dzalia berdehem kali kedua.

“Yaya cari staf baru, kan?” tiba-tiba Dzariff bertanya.

Terkejut Dzalia dibuatnya, dia masih tercengang-cengang dengan perangai luar alam si abang, yang si abang pula bertanya pasal....staf?

“Yaya! Cari staf baru, kan?” Dzariff bertanya sekali lagi.

“Haah,” itu saja yang boleh dijawab, kepalanya masih berkira-kira ke mana hala tuju pertanyaan abangnya.

“Ni ha! Dia ni pun nak cari kerja. So, Yaya ambil saja dia kerja kat butik Yaya,” senang sahaja Dzariff mengarah adiknya.

“Err... interview dululah Abang...” Dzalia cuba bertolak ansur.

“Nak susun baju, nak cek stok, nak kemas butik. Dia ni belajar kat kolej kan? Tentu dia boleh buat. Nak interview apa lagi?”

Fayqa mengerling ke arah si general sengal. Dari pagi ke petang kerjanya mengarah orang sahaja!

“Tak apalah, Kak Yaya. Interview dulu pun okey,” komen Fayqa, kasihan tengok Dzalia kena paksa kerana dirinya.

“Kita interview seminggu lagi ye, Fayqa. Kita tengok dulu macam mana keadaan Jim,” Dzalia cuba berlengah. Dalam seminggu ni bolehlah tengok macam mana perangai si Fayqa ni, elok ke, teruk ke. Takkan nak ambil kerja menonong macam tu saja. Silap-silap haribulan buat pening kepala!

“Okey, set! Interview minggu depan. Telefon bos awak, kata awak berhenti kerja hari ni juga. Jangan degil, bahaya awak kerja di sana. Budak-budak jahat tu mungkin menunggu awak di sana.” kali ini arahan untuk Fayqa pula.

“Faham?” tanya Dzariff bila dilihatnya Fayqa berdiri mematung tidak berkata apa-apa.

“Yaya, she works with you. Pergi balik kerja sama-sama. Her safety is our responsibility,” arahan untuk Dzalia pula.

Lepas memberi arahan, general sengal masuk balik ke ruang menunggu. Sedikit pun tak mengerling ke arah Fayqa. Perasan bagus!! cemuh Fayqa dalam hati.

“Kak Yaya, sebenarnya Kak Yaya tak perlu ambil saya bekerja. Saya boleh cari kerja kat tempat lain,” memang pegangan hidup Fayqa tidak mahu menyusahkan orang.

Nice, she's not pushy. Mudah memahami orang lain, puji Dzalia dalam hati.

“Don't worry. Apa-apa pun kita buat interview dulu. Deal?” bibir Dzalia tersenyum lebar. Gerak hatinya berkata si Fayqa ni baik budaknya.

“Deal! Thanks Kak Yaya,” senyum disambut senyum, permulaan titian persahabatan.

Bermula rutin Fayqa tinggal di rumah keluarga Dzahim. Setiap hari ke hospital, tunggu di ruang menunggu, baca Yassin sebanyak yang mungkin, sekali sekala masuk ke dalam wad ICU menjenguk Dzahim. Lewat malam pulang ke rumah bersama Hajjah Azimah, ibu Dzahim. Esok paginya bangun awal, masakkan sarapan dan makan tengahari, masukkan ke dalam bekas untuk di bawa ke hospital. Sementara menunggu rombongan Cik Kiah ke hospital, sapu sampah mana yang sempat, wajib siram pokok bunga. Menumpang di rumah orang, pandai-pandailah bawa diri.

Keluarga Haji Dzulqarnain, yang baru sahaja kehilangan pembantu rumah berasa lega sangat sejak hadirnya Fayqa di rumah mereka. Andak Midah, pembantu rumah mereka yang bertahun-tahun menjadi orang kanan Hajjah Azimah baru sahaja bersara, tinggal bersama anaknya yang anggota polis di Larkin, Johor.

Nak-nak sedap bukan main masakan Fayqa. Sudah tentu lebih sedap dari masakan Hajjah Azimah sendiri yang jarang masuk ke dapur, almaklumlah kan selama ini ada Andak Midah.

“Fayqa, di mana belajar masak? Sedap siot!!” puji Dzureen, anak dara malas Haji Dzulqarnain sambil menyuap nasi berlauk ayam masak lemak cili api masakan Fayqa.

“Saya pernah kerja kat kedai makan masakan kampung. Jadi tukang siapkan bahan-bahan, kira macam pembantu tukang masak,” lurus jawab Fayqa.

Timbul sekejap rasa insaf di hati si dara pemalas, kesian juga Fayqa ni, jenuh dia bekerja, dahlah belajar lagi. Anak yatim dengar khabarnya. Untung juga aku, masih ada ummi dan babah. Belajar sepenuh masa, tak perlu bekerja. Kereta pun dapat sebiji untuk ke kampus.

“Lepas tu kerja di restoran piza?” tanya Dzalia pula.

“Haah, saya nak belajar tentang sistem francise ni,” jawab Fayqa dengan muka yang polos.

“Sistem francise?” Dzali dan Dzureen sama-saa kehairanan.

“Hm, kedai masakan kampung tempat saya bekerja tu, makanannya punyalah sedap. Tapi dari segi pengurusan, macam huru hara sikit. Saya nampak macam tak berkembang. Kalau boleh buka cawangan kan bagus? Lepas dah belajar masak, saya kerja di restoran piza pula, nak belajar cara pengurusannya, pemasaran, benda-benda macam tu.”

“Oooooh!” melopong sekejap dua beradik tu. Tak sangka rupanya Fayqa ni gadis berwawasan.

“Kenapa, Fayqa nak buka restoran ke?” soal Dzalia lagi.

“Kira-kira camtulah, Kak Yaya. Saya ni memang minat berniaga tapi kena cari modallah dulu. Baguskan berniaga buka kedai makan? Sebab tiap-tiap hari orang perlu makan. Kalau masakan kita sedap, tentu tiap-tiap hari orang datang,” sambil cakap sambil tersenyum Fayqa, mengingatkan cita-citanya yang satu itu.

“Ooooh,” sahut anak-anak dara Haji Dzulqarnain lagi.

“Eh, Kak Yaya buka butik, pun tentu syok. Perempuan sekarang sentiasa nak lawa,” komen Fayqa.

“Kalau kita minat, tentulah syok. Tapi saingannya boleh tahan juga,” balas Dzalia.

“Strive to be the best, tentu saingan kita kalah,” komen Fayqa dengan penuh keyakinan.

I like her.... a lot! Fikir Dzalia, yang memang minat berniaga, macam bapa dan abangnya. Kepala batu macam Dzalia mana boleh kerja di bawah tangan orang.

“Apa masakan yang Fayqa pandai masak?” korek si Dzureen, kut-kut Fayqa pandai masak makanan kegemarannya.

“Tak delah pandai, Kak Yin, boleh gitu-gitu je. Masakan Melayu, sebab saya teringin nak buka kedai makan masakan melayu, terutamanya masakan kampung.”

Muda-muda dah yakin apa dia nak buat, fikir Dzureen. Aku ni dah nak siap buat Master's degree pun, belum tahu nak kerja apa. Itulah si Dzureen, telur separuh masak, digelar kakaknya.
Habis licin disapu Dzalia adik beradik makanan yang dibawa Fayqa dari rumah. Nak makan di kantin hospital, erk! Tahu sajalah betapa “sedapnya” makanan kantin hospital. Nak pergi cari di kedai-kedai luar, malaslah pula, parking bukannya senang nak dicari.

“Kak Yaya, kan baik kalau Fayqa ni duduk terus di rumah kita,” Dzureen mencucuk Dzalia.

“Anak orang Yin, takkan kita nak paksa duduk di rumah kita selama-lamanya,” balas Dzalia. Dzureen ni memang, banyak sangat idea sejengkalnya.

“Dia kan girl friend Adik? Kalau jadi, kita dapat adik ipar yang superb, Kak Yaya. Pandai masak...baik pun boleh tahan juga kan?”

“Kau ni, sampai ke situ pula. Merepek lah,” marah si kakak.

“Merepek apa Kak? Kalau jadi adik ipar kita, kan kita kena jumpa selalu. Nak-nak kalau duduk serumah dengan kita. Labih baik si Fayqa yang baik ni dari entah awek mana-mana,” Dzureen masih melekat dengan idea sejengkalnya.

“Eh, ikut sukalah Adik nak kahwin dengan siapa yang dia suka,” malas Dzalia hendak melayan sengal si Dzureen.

“Oh, habis tu yang Kak Yaya menyampah sangat dengan Miss Matchy-matchy tu? Kata ikut suka Adik nak kahwin dengan siapa pun. Habis girlfriend Abang, pandai pula Kak Yaya tak berkenan,” sedas kena batang hidung Dzalia.

“Ish, Miss Matchy-matchy tu annoying tahap tak boleh tahan tahu. Miss Skema, Miss Dia Saja Yang Betul, Miss Puteri Harapan Bangsa,” kan dah berbakul-bakul gelaran yang dikurniakan kepada buah hati si abang.

Berdekah-dekah terhambur ketawa Dzureen. Kak Yaya kalau mengutuk Miss Matchy-matchy memang amat menghiburkan. Dah jadi macam hiburan keluarga pula mengutuk awek seorang tu.

Kena jengil dengan Hajjah Azimah, terdiam Dzureen serta merta. Entah apa-apa anak dara seorang ni, orang lain sedang sedih dia ruang menunggu, dia pula ketawa berdekah-dekah.

“Yin!” bisik Dzalia, tangannya mencuit lengan adik. Matanya mencerun bagai memikirkan sesuatu.

Ha...sudah mari akal Kak Yaya. Kalau mukanya dah begini, adalah benda yang dirancangnya. Seriyau juga Dzureen dengan idea-idea kakaknya. Ada yang brilliant, ada yang ...err... buat jadi bahan kena marah dengan Babah. Macam idea Dzalia jadi sengau bila Mak Ngah Raudhah datang ke rumah bawa anak lelakinya berkenal-kenal dengan Dzalia.

“Apa kak?” tanya Dzureen teragak-agak.

“Bagus juga idea kau tu, Yin. Agaknya inilah faedah Babah bayar yuran kau belajar buat Master's tu,” komen Dzalia, penuh kriptik.

Ceh! Kakak aku ni, dalam memuji, sempat juga mengutuk, dengus Dzureen dalam hati.

“Amende, Kak? Buat saspen je.”

“Idea kau nak buat Fayqa tu jadi ipar kitalah!” balas Dzalia dengan nada tak sabar. Buat Master's, tapi bengap, sempat dia mengutuk si adik.

“Tadi Kak Yaya kata biar Adik buat pilihan sendiri,” konon hendak menembak si kakak.

“Sapa kata untuk Adik,” balas Dzalia, kriptik lagi.

“Jadi ipar kita, kalau bukan kahwin dengan adik, kahwin dengan siapa lagi?” Dzureen bertanya, hairan sungguh.

Dzalia memandang adiknya, dengan pandangan yang bagai berkata, “Apasalah kau bengap sangat?”

Kemudian keningnya dijungkitkan ke arah si abang yang sedang berdiri berpeluk tubuh, bersandar ke dinding.

“Haaaaa? Dengan Abang?!! Kak Yaya biar betul?” terlopong mulut Dzureen.

Kening Dzalia dijungkitkan sekali lagi, bergerak dari si abang di hujung dinding sana ke arah Fayqa yang sedang duduk selonggok dengan Farhan dan Daeng.

Makin buntang mata Dzureen, matanya bergerak, dari Dzariff ke Fayqa, dari Dzariff ke Fayqa. Memang betul abangnya itu merenung si gadis tak berkelip mata langsung.

“Abang dengan Fayqa?” bisik Dzureen ke telinga Dzalia. Kening Dzalia berjungkit dua kali.

“Wah! Skandal....cinta tiga segi....syok ni Kak Yaya,” bisik Dzureen sudah teruja.

“Lagi syok dari drama di TV,” balas Dzalia, kening terjungkit nakal.


88 comments:

  1. Haha encik general dah msk fasa jeles ke tu?

    ReplyDelete
  2. mmg confirm lagi best dari drama TV!!!! yeh!!! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he terbuat ayat cenggitu, nnt org kata writer perasanlah pulak!!

      Delete
    2. hehehehe... tp mmg all ur stories lagi best frm the tv dramas. :) Now i cant wait to meet Miss Matchy-Matchy. ahahahahaha....

      Delete
    3. she's so skema but annoying like hell. just like the lady who's office is across from mine...shhhh...ha tu yg kena stay anonimes ni..

      Delete
    4. Ish2 Nina... Looks real. Now I know your colleague is that Miss matchy-matchy.. :)

      Delete
    5. comel la nina bila u talk abt Miss Matchy matchy and want to stay anonimes ni..mcm budak sekolah yg nakal...

      Delete
  3. Best3x...Kisah Naz N Khalish dah khatam hope seteguh fayqa dapat dakap around Aug or sept. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aug or sept? mrs z!!! adoyai!!!

      Delete
    2. setuju setuju setuju...wa tunggu bulan lapan ah....

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Yehh..suke2.. Adik beradik bkomplot cr jodoh utk abg... Buat cite yg hard to get la kaj nina.. Eh.. Tp KNK, si naz tu dah play hard to get.. Buat cite lawan2 romantik plak la.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawan2 romantik tu dear, omputih kata slap n kiss, hmmm within Islamic boundaries...tu yg saya kena experimen tu :)

      Delete
  6. Best best....Cepat Cepat hanina... Can't wait any longer.....

    ReplyDelete
  7. hmm very interesting.... i like it
    your story make me smile all the way
    general sengal N overprotective will star it engine soon right nina
    can't wait for the next n3

    ReplyDelete
  8. Dz ladies memang awesome. Idea memang brilliant.
    Tak sbar nak tgk apa planning diaorang nak kasi kawin abang ngan apek.

    p/s: amboi general...tak berkelip mata memandang eh. itu mesti macam2 kata kerja yg difikirkan dalam kepala tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he he's so attracted to her but he couldnt believe it himself

      Delete
  9. Bila nak masuk fasa mengayat ni? Nak tgk gak how si general dhariff ni mengetest power dlm kegoannya yg menggunung tinggi? Whoaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roz....sorry general ni tak de mengayat2, terjah terus. ha kalau kena kat u, u pun marah kan

      Delete
  10. Dah ada bunga2 nak suka tu..hehe
    Si dua beradik tu pn otak geliga gila..
    Btw I just habis kan KNK.superb awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm for yr support, am glad that u enjoyed knk. kita tengoklah apa nak jd dgn keluarga dz nih :)

      Delete
  11. General dah berpunya nina?... Wow menarik nie... I rasa fayqa is not easy to handle lah... Kepala batu.. Mesti stress nanti abg general... Selama nie semua ikut cakap dia...tp jatuh cinta plak ngan org yang degil...part jim dah sedar tu next chapter erk? Keep it going nina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. j...nnt u tengoklah what kind of r/ship dz has with miss matchy-matchy..its kinda weird...jim sedar? 2, 3 bab lagi kut...

      Delete
  12. ohoooo!!!! i like it A LOT!!!! adik2 general sengal best!! mcm2 karekter.. just imagine bila fayqa jd kakak ipar dorang.. she's younger tapi matang :)... uuuiiii berpikiran jauh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm fayqa is definitely more mature than dzureen telur separuh masak tu. dgn yaya nnt dia jd bff...ooops...sy ni mulut tempayanlah

      Delete
    2. keke...nina si mulut tempayan..ai likeeeee...lagi ? lagi? haha

      Delete
  13. WAH MEMANG SYOK PUN.KAK SAYA BARU HABIS BACA N&K NANTI NAK ULANG LG.

    ReplyDelete
  14. Amboi...adk bradik planning baik pnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he hanya kerana derang tak tahan dgn miss matchy2 yg annoying...

      Delete
  15. I like her.... a lot! - me toooooooo - Fayqa sangat best. disukai ramai. peh3 makan susu lemak berkrim. hehehe

    “Wah! Skandal....cinta tiga segi - gile gile..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha..heroines mesti org suka, kalau heroines org tak suka, sapa nak baca cerita ttg pompuan yg annoying...

      haah dzureen ni pun sengal, isim dan yg sewaktu dgnnya... annoyingly stupid pun ye, nnt ada selit sikit citer cinta dia

      Delete
    2. gile gempak adik beradik. best!!

      Delete
  16. Sangat sangat suka adik general dzariff. Cayalah. Ni kira projek rekrut kakak ipar la ni ye nina? Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha projek rekrut kakak ipar....anything just to get rid of miss matchy2

      Delete
  17. Sengal sangat! haha, next.

    ReplyDelete
  18. Hanina...best ler rencah ratus Dz's family niii.....best cara 2 bradik prempuan DZ tuu nj kenen kat abang derang kan...byk2 rencah lagi supaya tmbh superb...well done...looking forward to next n3...very very muc....walla..

    ReplyDelete
  19. besttt!! haha bgus Dzalia&Dzureen ni. Skong la n do smething spaya Fayqa jd ipar korg soon~~ saya skong ngan Dzariff(first choice) or Dzahim jd scond hero je. tp ksian jugak adik bradik brebut prempuan yg sma :/

    -Alia-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really2 luv u kak Nina. u jnji nak upload full entry bab 5 hari ahad.ni baru hari sbtu. likeeeeeeeee :p

      Delete
    2. berebut ke? nnt kita tengok...si jim sengal out of this world punya...

      Delete
  20. Ekeekekekee.. Woww! Bagusnya fayqa nihhh..

    Wlpn merapu rncngann dua bradik tuu.. Tp leh thn jugak llaa

    Xsabo nk tgu aksi gado2 jeneral wif miss kepalla batu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mmg gaduh je... tak de goda2... ada jugak mamat cenggini

      Delete
    2. but i've read u said SF is more n moresssss extreme than PMS?
      im waiting for it.. :D

      Delete
    3. tak de goda2, bak kata Lena Abdul, terus frontal confrontations

      Delete
  21. Yeay....10q 4 keeping ur promise. Ngeh...ngeh...ngeh....usyar2 yer...x sabar nak tgk general bercinta...mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bercinta pun tak serupa org bercinta...ish2 ish susah nak tulis ni

      Delete
  22. bijak btol idea dzalia... Dzariff n Fayka... mcm best je kalo dorg bersama... dua2 xblh nak mengalah...

    ReplyDelete
  23. Cepat cepat sambung sesepen nyaaaa

    ReplyDelete
  24. Adeyh.... Sy msh confius watak byk. .. My mind went elsewhere gamaknya nih. .. Help!!! tp one thing for sure bg seorg yg lambat pick up mcm sy. .. Nina know what i mean. ... Sy pastinya suka direct approach. ... Result cpt dpt yes or no nothing in between

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lupa nak cakap karektor kawan dzahim, dari 3 org jd 2 org sbb readers kata konfius..

      Delete
  25. Adoi, harapnya plan si dua beradik tu takde kaitan dgn tangkap basah ya. Takmau..takmau..

    Patutlah tajuk seteguh Fayqa. Character build nmpk agak strong. :)

    ReplyDelete
  26. Nina, I suka bc bab Yaya n Dzureen bergosip n plan utk matchmake Abg dgn Fayqa. Mcm real je. I kalau dgn my sis pun bergosip mcm ni jugak. Hahaha... So boleh imagine cara derang dok bisik2 n gelak2 tu.. This story is totally different from a normal story n your other two. Good job Nina!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi nnt dzalia ada own sub plot, dzureen pun ada own sub plot, so jadi cam panjang la pula novel ni, awak pun sedia maklum, sy ni tak de stamina...

      Delete
  27. Wah nina...wlau bru smpai bb 5 je tpi sy dh tau dh msti sf ni diantre crite ksygn sy nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, hope so, insyaAllah I will try to make it entertaining :)

      Delete
  28. Wah nina...wlau bru smpai bb 5 je tpi sy dh tau dh msti sf ni diantre crite ksygn sy nnti

    ReplyDelete
  29. uwaaaa.....bagus jugak adik2 Dzariff ni bergosipping ahhaha....tapi kalo betul la jim 2 ade ati ngan fayqa mmg akan jd lagi hot dari telenovella la kan...tp kite lagi ske kalo dia ngan general segal walaupun mamat 2 sengal x hagak hahhaha...uiiii hari ni dapat resepi nasi berlauk seyhhh....esok3????

    ReplyDelete
    Replies
    1. r/ship fayqa n dzahim ni pelik sikit, rapat sangat tp.... jarang lah ada r/ship cam ni dalam citer tp sy biasa ada dlm hidup sy, so dono whether readers boleh terima ke tak

      Delete
    2. pd kite boleh je....n mmg ade pon r/ship cam ni...bukan seme istilah lelaki n perempuan x leyh jd bestfren dgn alasan sowang akan tersungkur...chilll .....ntah pe2 kite merapu ni tp siyes kite boleh terima

      Delete
    3. platonic ye juga...tp nnt dia jg yg propose...

      Delete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. eh? mai celah mana plak miss matchy-matchy ni? sengal la dzalia ngan dzureen ni.. derang rupenye yg create all this plot.. heh padan la adik beradik. mcm general jgak. suka memerintah maka adik2nya suka mengarah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he dzalia n dzureen nnt derang tambah perisa nya... haah entah apa punya family :)

      Delete
  32. hehehe...abg kantoi... ke nostalgia peti ais ker.... nostalgia silat tak menjadi...

    ReplyDelete
  33. Ha ha ha, suka giler! Love the naughty sisters

    ReplyDelete
  34. hahaha baru abis baca...mmg sengal...tapikan, life ni byk surrounded by kesengalan kan,kan,kan :)

    ReplyDelete
  35. hahaha!!!! suke babak neh >>mate dzureen bergerak, dari Dzariff ke Fayqa, dari Dzariff ke Fayqa...haahha...ble dzariff nk start ngorat2 neg nina???lmbat lg ke agk2??haha

    ReplyDelete
  36. laaa .. adik-beradik dz ni rupanya semua satu acuan .. sengal !!!
    can't wait to read how 2 girls outsmart & outwit their dzengal big brother .. hahaha
    keep it up, hanina ..
    i am in love with dze dzengal stori mori already ..

    ReplyDelete
  37. Tenung jang tenung anak org tu , dah bekenan ke? Dz girl tolong sikit abg ko org ni parah sudah

    ReplyDelete
  38. Nampaknya dalam hati General sudah ada taman. itu siap usar si gadis manis. Kalu lah si adik yg accident tu tahu, macam plak yea. Dah mcm drama swasta kat TV daaa...

    ReplyDelete
  39. ohh...dzukanya dgn kisah adik beradik yang dzakal dan dzengal ni. thumbs up!

    ReplyDelete
  40. salam nina..love to read all the comments from yr die hard fan..kelakar giler dan of coz yr comment pun buat akak tergelak gelak..
    tell U d truth i love d story..watak faqya yg selamba dan boleh goes along with mamat sengal siapa lagi kalau tidak siDzariff..

    ReplyDelete
  41. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete