Panas nya malam ni. Dah kalau tak boleh tidur tu, apa lagi, menulislah!
Apek & general sengal dating di dapur lagi weyh....
Bab 6
Hari keempat Dzahim
di wad ICU, Dzariff menerima panggilan telefon yang Haji Dzulqarnain
akan tiba di Kuala Lumpur keesokan harinya. Bersyukur panjang Hajjah
Azimah sehingga menistiskan air mata. Dipeluknya anak sulung, yang
selama ini menjadi tunggak keluarga semasa ketiadaan suaminya. Anak
yang baik, yang sentiasa memastikan ahli keluarga semua sejahtera,
membantu menjalankan tanggung jawab bapa yang pergi mencari rezeki.
“Abang, peti
sejuk kat rumah dah kosong Ummi rasa. Asyik ke hospital, hal dapur
apa pun Ummi tak ambil tahu. Abang tolong ke pasar, belikan
barang-barang dapur. Babah nak balik ni, kesian dia balik dari jauh,
kena makan di kedai pula,” anak yang sakit nak difikir, suami yang
bakal pulang pun perlu difikir.
“Tak apalah Achik
Zi, biarlah Fayqa saja yang pergi pasar,” Fayqa menawarkan diri.
Sudahlah menumpang dan makan minum percuma dia di rumah Hajjah Azimah
tiga, empat hari ini.
“Awak reti ke
beli barang-barang dapur?” tanya Dzariff sombong.
“Saya pernah
kerja di kedai makan, kerja pergi beli barang-barang tu saya pernah
buat,” jawab Fayqa, selamba kering.
“Ummi, Dzariff
pergi dengan dia sajalah. Pergi berdua cepat balik,” cadang
Dzariff.
Terkejut Fayqa
mendengar idea si general sengal. Hah? Nak pergi pasar dengan dia?
Oooi, kalau boleh aku ni nak duduk 100 meter jauh dari mamat sengal
ni. Kalau dekat, ada saja yang dia nak sergah! Shopping together?
Sekurang-kurangnya sejam tu, mati kejung aku.
Melihat wajah Fayqa
yang sudah masam mencuka, Dzalia cepat-cepat mencelah, “Fayqa,
terima kasih banyaklah tolong keluarga kami. Dahlah tolong selamatkan
Adik malam tu. Sekarang ni banyak tolong di rumah sementara kami ni
libang libu menunggu Adik tu.”
Dah beria-ia orang
ucapkan terima kasih, takkan nak kata, “saya tak jadi tolonglah!”
Sudahnya, Fayqa menurut sahaja Dzariff dari belakang, ke parkir
kereta. Dzalia dan Dzureen sempat buat “high five,” Hajjah Azimah
yang memandang tidak faham apa-apa. Kenapa pula bertepuk bertampar
budak berdua ni?
Sepanjang
perjalanan ke pasar, si pemandu diam, si penumpang pun diam. Tiba di
pasaraya, Fayqa mengambil sebuah troli, menonong menghala ke kawasan
barangan basah, beli ayam, ikan, udang, bawang, kunyit, halia, cili
kering, macam-macam. Nasib baik si sengal di sebelah diam sahaja,
macam laki bini bermasam muka pun iya juga. Lalu di bahagian makanan
kering, sempat Fayqa sambar tepung gandum dan tepung beras. Dah lama
tak makan cucur.
Di kaunter juru
wang, Dzariff bayarkan semua. Lega hati Fayqa, bukan dia tak ada duit
untuk bayar, tapi dia perlu berjimat, sementelah sekarang dia sudah
tidak bekerja. Dalam hatinya dia berdoa agar Dzalia cepat-cepat
mengambilnya bekerja.
Tiba di rumah,
rajin pula si sengal tolong mengangkat barang-barang ke dapur. Cekap
tangan Fayqa bekerja. Sebelum ayam, ikan dan udang dimasukkan ke
dalam peti sejuk, siap dia pecah-pecahkan ke dalam bungkusan yang
kecil. Senang, sekali nak masak keluarkan satu bungkusan sahaja,
tidaklah susah untuk didefrostkan nanti.
Selesai berkemas,
mahu tak mahu, Fayqa terpaksa buka mulut, “Saya nak masak kari
ikan. Nanti boleh dibawa ke hospital, buat makan malam. Awak nak ke
hospital, pergilah dulu. Nanti saya minta Pa'an datang ambil saya.”
“Tak apa, saya
tunggu awak,” jawapan pendek si general.
Kalau nak tunggu
pun, pergilah tengok TV ke belek komputer ke apa. Ini tercongok di
dapur, apa hal? Eeee, tak selesanya bekerja dengan ada orang
memerhati. Nasi ditanak dalam periuk elektrik.
“Awak nak kopi?
Teh?” tersembul juga pertanyaan, rimas Fayqa bila mamat tu duduk di
kerusi dapur dan memerhatikan segala tindak tanduknya.
“Kopi boleh
juga.”
Kopi dibancuh dalam
teko kecil dan diletakkan di atas meja dapur dengan sebiji koleh.
Ralit Dzariff
memerhatikan Fayqa bekerja. Ikan yang sudah dipotong di pasaraya tadi
dibersihkan. Bawang merah dan bawah putih dikupas dan dimayang.
Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air. Bawang ditumis dengan
sedikit halba dan jintan. Bahan tumisan dikacau
perlahan-lahan supaya tidak hangit. Harum bau tumisan kari menusuk
hidung Dzariff. Automatik Dzariff bangun, periuk berisi tumisan kari
dijenguknya.
“Kenapa?”
tanya Fayqa, hairan.
“Wangi,”
itu sahaja jawapan Dzariff, terus berdiri di sebelah Fayqa.
Rimas
Fayqa semakin berganda. Apalah yang menarik sangat dalam periuk ni?
Tumisan yang sudah pecah minyak, dimasukkan santan cair, dikacau
sebentar. Kemudian dimasukkan ikan, tomato dipotong empat dan kacang
bendi. Dzariff masih berdiri disebelah Fayqa, sekilas Fayqa menjeling
si teruna.
Mata
bertembung, automatik Fayqa bertanya, “Apa?”
“Muka
awak penuh dengan peluh,” jawab Dzariff, mata masih di wajah Fayqa.
Cepat-cepat
Fayqa lap peluh di muka dengan lengan T-shirtnya. Yelah, satu,
berpeluh sebab dapur ni panas. Dua, berpeluh sebab general sengal
berdiri di sebelah....erk?
Entah
sebab rimas, entah sebab canggung, Fayqa cuba berjenaka, “Orang
kata, peluh tukang masak masuk ke dalam lauk, itu yang sedap tu,
masin-masin lemak.”
Baru
Fayqa nak buka mulut ketawa, cancel! Tak jadi! Si general sengal
mukanya serius seperti biasa.
“Mental
note to Fayqa: jangan nak buat lawak depan dia. Dia ni spesies tak reti gelak,” sempat Fayqa berdialog dengan diri sendiri.
Sementara
menunggu ikan masak, Fayqa memotong bawang dan sayur serta mengupas
udang.
“Nak
masak apa lagi tu?” tanya Dzariff.
“Sayur
campur,” dahi Fayqa sudah berkerut, kenapa mamat ni? Nak belajar
masak?
Ikan
dalam periuk sudah masak, santan pekat dimasukkan. Siap kari ikan,
udang dan bawang ditumis dalam sebuah kuali besar. Sayur campur dicampakkan masuk, dikacau-kacau sekali dua. Masukkan garam, Kacau lagi, rasa. Dah siap! Bekas-bekas
makanan dikeluarkan, Fayqa mula hendak menyenduk makanan ke dalam
bekas.
“Saya
nak makan di sini.”
Bukan
suatu permintaan. Fayqa mula nak naik bengang, penat-penat dia masak,
si sengal ni asyik nak bagi perintah saja.
“Tentu
sedap makan berhidang di meja.”
Okeylah-okeylah,
kasi can. Kesian pula Fayqa pada si general seorang ni. Tiga, empat
hari ni makan bertabur di ruang menunggu hospital.
Laju
Fayqa menghidangkan nasi dan lauk di meja. Nasib baik si general
tolong ambilkan jag air dan gelas. Kalau tidak nak juga Fayqa laser
barang sedas, macam bos besar tunggu semuanya dihidangkan.
Sebagai
finishing touch, Fayqa keluarkan sepiring sambal belacan dan sedikit
ulaman dari peti sejuk, lalu diletakkan di atas meja. Siap,
cepat-cepat dia melangkah ke bilik air, mahu berwudhu dan solat asar.
“Makanlah
sekali.”
Uiks!
Berhenti langkah kaki Fayqa.
Pusing
mengadap Dzariff, “Makanlah dulu, saya nak solat. Nanti saya makan
di hospital saja.”
“Makanlah
dulu. Dah mengadap makanan ni.”
Fayqa
masih tidak bergerak.
“Temankan
saya, please.”
Okey....please....I
like please, fikir Fayqa. Sebiji lagi pinggan diambil dan punggungnya
dilabuhkan ke kerusi. Pinggan Fayqa diambil Dzariff dan diisikan
dengan nasi. Hmm, satu markah, bisik Fayqa dalam hati.
Pinggan
diletakkan di hadapan Fayqa dan tanpa diminta Dzariff membacakan doa
makan. Satu markah lagi, fikir Fayqa.
Rupanya
lapar juga dia, walhal tadi sudah makan tengahari di hospital.
Agaknya sebab makan berhidang di meja begini, lebih selesa. Fayqa
makan tanpa memandang ke arah Dzariff. Terfikir juga dia, eh, aku
berdua sahaja dengan dia dalam rumah ini, kena tangkap basah, kan
naiya!! Ish, nauzubillah!!!
“Hmm,
betul kata awak, ada rasa lemak-lemak masin,” tiba-tiba terpacul
komen dari mulut Dzariff.
Terbuntang
mata Fayqa memandang wajah si general sengal. Dia ni....baru buat
lawak ke? Takkanlah kut? General sengal ni mana tahu buat lawak...
Selesai
makan, cekap Fayqa mengemas. Tak nak lama-lama berdua-duaan dengan si
sengal ini.
Baru
sahaja dia nak basuh pinggan, Dzariff berkata, “Awak nak solat,
pergilah. Saya cuci pinggan.”
Macam
tak percaya Fayqa mendengarnya, wajah Dzariff ditenungnya.
“Adillah,
awak masak, saya cuci pinggan,” sambung Dzariff, masih dengan wajah
serius, tidak beriaknya.
“Okey.
Thanks,” jawab Fayqa, laju-laju melangkah ke bilik air bersebelahan
dengan dapur.
“Budak
ni buat kerja apa pun, semua laju. Cekap buat kerja, untung Dzalia
dapat staf macam ni,” fikir Dzarif yang memandang Fayqa melangkah
pergi.
Elok
habis sahaja berdoa di tikar sembahyang, telefon cap ayam Fayqa
berbunyi....Farhan! Ajak ke garaj mekanik, sarung tempat duduk
belakang Kancilnya sudah siap ditukar. Sekejap lagi Farhan akan
datang jemput, nak bawa dia pergi ambil Kancil. Cepat-cepat Fayqa
berkemas, telekung dilipat, tudung disarungkan ke kepala. Tak perlu
berbedak bergincu, bukan nak ke mana-mana.
Baru
melangkah ke dapur, telefonnya berbunyi lagi. SMS dari Farhan, dia
sudah sampai, ada di pintu pagar.
“Saya
jalan dulu, Pa'an datang ambil. Nasi dan lauk awak tolong masukkan ke
dalam bekas ye,” Fayqa maklumkan Dzariff yang sedang menghabiskan
kopinya di meja dapur.
Tiba
di pintu pagar, Fayqa rasa macam nak hempuk kepala Farhan, “Oi,
yang kau bawa motor apasal?”
“Malaslah
aku nak bawa kereta, lambat. Naik motor, boleh cilok-cilok,”
selamba jawab Farhan.
“Pa'an,
kau pun tahukan, aku pantang naik motor dengan mana-mana mamat,”
kata Fayqa, topi keledar yang dihulurkan Farhan tidak disambut.
“Kau
ni banyak songehlah, Apek. Naik ajalah! Aku dah hantar kereta kau
tukarkan seat cover tu dah cukup baik.”
“Eee,
jatuhlah martabat aku, jadi awek motor!” Fayqa masih berkeras.
“Keh!'
Farhan ketawa pendek, “kau jadi awek motor?”
“Eleh,
bukan aku tak tau trick korang, bawa awek naik motor, pecut
laju-laju. Saja nak buat awek tu peluk kuat-kuat kan?” Fayqa sudah
bercekak pinggang.
“Apek,
kau ni BFFlah, bila masa pula jadi awek?” kata Farhan, tersenyum
sinis.
“BFF,
konon. Tak hingin aku jadi BFF korang.”
“Pek,
boleh tak kau berhenti membebel? Naik ajalah, kejap lagi Maghrib kan.
Kau ni pantang ada kat luar waktu maghrib, kan? Cepat naik, kita
pergi ambil Kancil kau, lepas tu kita pergi hospital sebelum
maghrib,” Farhan tidak mahu berkompromi, topi keledar dihulurkan
sekali lagi.
Dengan
muka yang masam mencuka, topi keledar Farhan disambut kasar. Farhan
yang memandang Fayqa memakai topi keledar, tersenyum lebar. He, he,
tentulah motornya akan dipecut laju nanti. Nak tengok, Apek ni macam
awek-awek lain tak.....
Dzariff
yang mengintai dari dalam rumah melihat Fayqa memanjat naik motor besar Farhan, “Sayang, pandai masak,
ringan tulang, solat tak tinggal....tapi tetap awek motor!”
U ni kan memang buat I jatuh cinta dengan dapur over and over again! Ha ha ha...
ReplyDeletewasnt planned....entah kenapa, datang ilham where the dapur is going to be main stage. Watch out for more midnite datings in the dapur! LOL. satying up writing ke? am off to bed...
DeleteYup...panas sungguh malam ni. Tak boleh tido. Jadi menulislah...
DeleteSweettttt sgt n3 ni kak nina.... Hahaha... Fyqa n general masukk dapur... Suka sgtttt....
ReplyDeletewah! dapur sudah jadi tempat depa pula. more dapur scenes to come :)
DeleteDak bajet a.k.a general tu patut kena buli dgn fyqa kaw2 kak...agak2 kalau ajim dah sedar apa laa perasaan mr general erk... Walaupn general but amy dah makin suka... Konon ego hahahah
Deletewah...jim sedar nnt lagilah bengkek je si general ni, sbb fayqa asyik melayan jim yg manja...
DeleteXsabar tggu scene tu.. But..but... Biar laa skrg scene apek n general... Kasi peeling meeling.... Kakakaka....
DeleteMelting sudeyy dgn general nie... Fyqa slumberr jerr dia... Likess
lepas ni, terikatlah perut si general dzengal tu ya..i loike.....
Deletedzariff cepat sangat buat konklusi
ReplyDeletesebab dia nak menidakkan hatinya yang bergetar, he he
DeleteNina... U nie goda i lagi... Kan sekarang i pulak x leh tido asyik script lemak2 masin tu...good job as usual...xoxo
ReplyDeletetak de goda2...its just that i cant sleep, but will go to bed now
Deletewah..banyak markah general dpt..baguih2..enzim2 diujung jari apek dah masuk jd darah daging..suka2
ReplyDeleteheh...enzim2? bukan peluh masin? :)
Deletealaaa...sempat ke fayqa naik motor tu???
ReplyDeleteSweet sangat bab kali ni... xsangka general sengal rajin cuci pinggan...
ReplyDeletewalaupun si dzariff ni general sengal saya still rasa dia ni sweet dgn si apek tu! bukan dzalia je bertuah dpat staf mcm fayqa tu awak pon bakal bertuah dpat buat fayqa tu jadi bini dzariff ooiii!!!
ReplyDeleteAlahai Fayqa ni,yang dia pergi naik motor dengan Farhan tu kenapa???
ReplyDeleteKan tak pasal2 kena label awek motor.... -_-#
Awek motor, awek motorlah.. Yg penting ada hati yg sudah bergetarrr...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum.. :)
ReplyDeleteTak sangka jugak kan general sengal offer basuh pinggan. ingtkan x pndai bwt kerja rumah! mmg dzariff dh trpaut la kn dh observe dlm diam tu. mnusia x prfect la encik general sengal~ada kkurgn n klebihan. lgpun fayqa naik motor tu kn baru x ni. dia cpat je judging
-Alia-
good job dear... segar bugar pagi ni nak mula kerja hehehe...
ReplyDeletewell Dzariff ni mmg nak kene luku tau.. sesuka je stamp awek motor kat fayqa... yang nyata lagi jelas si general tu jeles tahap petala langit ke tujuh hahaha.. Duo Dzalia and Dzureen dah mula melancarkan gerakan merekrut cayalah.
wahhh nina... sangat sangat sengal si general.. penat penat masak peh tu kena chop awak motor.... so very the kureng si mamat sengal... anyway i LIKEEEEE... A LOTTTTTTT......come on nina,, chapter 7 and terus siapkan manuskrip,,,, hahahahhaa
ReplyDelete150 juta kali 10q for the n3. Wah!!! Makin best cite ni. Nanti ada free time upload lg ya
ReplyDeleteadoi,...psal masak tu tak boleh bla..
ReplyDeletelauk jd sedap bila peluh masuk..hahaha...
Dzariff ni dh mula suka Fayqa ke?
Go go go En general. ....setakat motor apa la sangat , saya ni minah rempit cool jen En suami ngorat hahaha
ReplyDeleteGeneral dh taubat melazer & menyinis ke? Siap please lg... Buat lawak dgn Fayqa & ajak mkn berdua. Mcm loving couple pulak...
ReplyDeleteNina, u mmg pandai buat romantic & sweet scenes in the kitchen.
Note to General Dzariff (x nk letak sengal sbb in this chap kesengalan Dzariff nearly zero) please wake up! Admit je yg u r starting to like Fayqa. Kalau Jim dh sedar nanti, you hv another competitor.
Nina, I wonder what say Babah abt Fayqa nanti?
nina, i rasa cerita ni pun bakal meletups nanti.
ReplyDeletedah jatuh cinta dengan watak Fayqa n Dzariff.. muahahhaha
Wakakakaka lawak la dzariff ni....hahahaahahaha citer ni best ohhhh! Good job kak hanina! FIGHTING!
ReplyDeleteIsh2 dzariff bkn untung dzalia jer.. Untung lg u kalau fayqa jd wife hehehe... Best...
ReplyDeleteNina,silalah sambung..makin menarik!
ReplyDeleteNk bgtau jugak, KNK dh beli n kak berjaya dpt yg versi berstickerr!! :-)) terasa mcm Nina yg sign n sukke sgt coz yg novela 1st pun dpt auto nina, skrg tunggu yg bakal mendatang ni....
hehehe...dating kt dapur lg..tp ble fayqa nek moto, cpt benor c dzariff ni buat spekulasi!!haissyy c general neh!!!!
ReplyDeleteUiks..cepat betul general tu buat ulasan x benar ttg Apex. X baik tau General, Apex x macam tu.
ReplyDeleteXpe, Xpe, kita ttgu siapa yg jatuh tersungkur nnt. Masa tu kita tgk General dah angau dekat minah yg dia gelar 'awek motor.'
Adohhh..knp la si pa'an ni dtg naik mtor plak? Kn dh tk psl2..tpi klau awek mtor naik kpcai jer lah whai si general..
ReplyDeleteAdohhh..knp la si pa'an ni dtg naik mtor plak? Kn dh tk psl2..tpi klau awek mtor naik kpcai jer lah whai si general..
ReplyDeletehihi.. dlm x sedar si general sengal dah puji 3 kelebihan fayqa... 3 baik vs 1 KO... still fayqa menang lagi...
ReplyDeletehaaammmoooooiiii generalllll...x sayang mulut nampak....2 namanye pakse rela tau....kalo x xde makne nye si Fayqa 2 nak ikut si pa'an sengal 2...yg hang ye cerdik pandai 2 awat x tawrkan diri nak anto fayqa 2 sendiri...men intai2 celah langsir pas2 wat tanggapan sendiri pe kessss....x gentlement la bro!!!!
ReplyDeleteape ke bengap dzariff ni.. suka wt andaian bukan2..
ReplyDeleteingatkan dia nak p tolong hantar
acu
Baca citer ni dah terasa cam tgk tv plak.. Cepat lah next episode hehe.. Btw, Fayqa ni sbenarnya duduk dgn sapa before this? Dia mmg sorang2 ke?
ReplyDeleteDzariff jeles! Mmg tak sabar tunggu Jim blk. Nk tgk camane general tu behave plak bila Fayqa dok lyn Jim je. Mesti berebut2 kan, mesti nnt Fayqa pun pening nk kena lyn mn satu dulu. Tak sabar, tak sabar
ReplyDeleteOh la la..senyap2 nak dating ek general?pndai je marah2 depan2 tp sbnrnya suka kat fayqa.
ReplyDeleteAnd u hanina ni bkn slow thp siput tp laju tahap rabbit dah..well not that I'm complaining or what..I'm happy with it instead..
May u have loads of idea and definitely time to finish another awesome story of yours.:)
oh saya suka bila panggilan 'aku' bertukar jadi 'awak'
ReplyDeletebestnye nina...bukak2 je dh ada n3 baru ...mintak2 besok lusa pun ada n3 baru ye ..
ReplyDeleteAlaa..ingat dzeneral dzengal nak rescue 911 tadi.. dah si Fayqa jadi minah motor la pulak. Aduyaii..
ReplyDeleteNina:many beautiful things do happened in the kitchen..trust me..no joke
ReplyDeletecewah dating. pandai general ambik kesempatan. *tetiba nak jd mcm fayqa pandai masak*
ReplyDelete“Temankan saya, please.” - ok sy cair bile general yg cakap camtu kt fayqa.
Dalam ketegasan general ada terselit kelembutannya. saje tak nak tunjuk ea..
“Sayang, pandai masak, ringan tulang, solat tak tinggal....tapi tetap awek motor!” - demm!! harap2 x sempat naik motor. kakakaka
TQ Sis Nina
Laju je si general ni nk judge si fayqa..ish3..
ReplyDeleteBEST ...
ReplyDeletewah laju... tq :D
ReplyDeleteBest... Setakat ni, hanya blog ini dan blog anjel layan sj yg saya suka kunjungi... Cerita2nya bikin saya tersenyum memanjangggg.
ReplyDeletesalam Nina..nampak harmony sahaja mereka ini bila berdua..adakah d cat got yr tongue EN jeneral bila keluar berdua bersama sifayqa membeli belah barang dapur? Macam pelik pulak bila mamat tu tidak mengutuk dan melontarkan kata kata yg sinis pada gadis itu..just not like him..kan.. Adakah siJeneral itu sedang menguji siFayqa dalam urusan rumahtangga dan juga peribadi siminah tu..dan adakah minah tu sudah melepasi piawaian nya walaupun di digelar awek motor oleh mamat sengal tu?
ReplyDeleteI've read yr 2nd novel..it's awesome and thanks ..rasa terharu for the mukadimah d muka depan Novel KNK rasa terharu kerana Nina telah merakamkan penghargaan dan menobatkan kami yr die hard fan disitu..
ReplyDeleteBottomline i love d character Pn Sri Frieda d cool nyonya mansur..dalam tak sukanya pada Naz ..she's d best mother in law lah..once U get to know her..and i hate Khaalish at one point macam nak takzirah kat dia panjang panjang..pasal atitude dia yg kurang matang bila berdepan dengan ex GF yg gediks yg buat fitnah..kan..kan..kalau sape nak tahu ..plz belilah novel KNK ni..tak rugi ..Nina really buat emosi you macam roller coaster..mcm iklan Astro.."Semua Ada"..!!! kan Nina..
Syabas..and akak rasa it's gonna b another best seller Novel spt Projek memikat Suami..and hope Fayqa will be coming out soon :)
kan kak Ida kan...terkezut 2 x yah ckp la....terharu 2 pon x leyh nak cite dah....x expect pon....sowi lambat wish terima kasih kak Nina atas penghargaan 2....tp part yg paling kite geram 2 yg nak2 last 2 yg si khaal sengal 2 boleyh gaya cam x pecaya kat isteri sendiri...percaya je pompuan 2 berdrama kat c2 hishhhhh.....ckp sayang cinta bagai pas2 x percaya kat isteri sendiri....hentak kepala dia kat dinding 2 baru tau
Deletethannnkkkkkssss Nina really adore your storiessss
betul2.. suka sgt.. siap promo kat member2 suruh beli KNK & ofcoz nak show off nama kita kat dpn tu.. rasa sangat2 dihargai. TQ nina dear..
Deletetulah smpai je nvel aritu trus bce dedikasi..wah wah wah...sume name pengomen tegar kt blog nina ade dlm tu..walaup0n awl2 nina da mention x dpt nk senarai semua tp sy anggap name sy tesenarai dlm yg x tersenarai tuh!!hahaha (nak jugeekk...phuii!!! =P ) nina sgt menghargai followers dia...go nina go!!! =)
DeleteOwhh hikmah mlm yg panas.. mlm ni panas lg tak? Heheehehe
ReplyDeletenak lagi plesss....hahaha...
ReplyDeleteBESTTT
ReplyDeletebaca novel kak nina boleh blajar masak skali..hehee
best.....best......luv u nina......sambung lg tau
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88