Mengantuk tersengguk2, tutup laptop. Tak jadi, buka semula, taip habis dan postkan. Kalau tidak, nnt tak senang hati nak tidur.
Ke mana hala tuju cerita SF? Ada hala tuju, bab 8 ni meandering sikit.
What say you?
Bab
8
Selepas
dua minggu di wad biasa, barulah Dzahim dibenarkan pulang. Lega hati
ahli keluarga Haji Dzulqarnain. Letih sungguh berulang alik ke
hospital setiap hari menjenguk Dzahim. Siang hari Hajjah Azimah dan
Fayqa bergilir-gilir menemani Dzahim. Sebelah malam pula Dzariff,
Dzalia dan Dzureen yang bergilir-gilir.
Beberapa
hari sebelum Dzahim pulang ke rumah, jenuh Haji Dzulqarnain mencari
seorang pembantu rumah, untuk meringankan beban isterinya, mana nak
uruskan hal rumah tangga, mana nak jaga Dzahim. Namun tidak berjaya,
kemasukan pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia sedang digantung
oleh kerajaan Indonesia. Manakala dua, tiga agensi pembantu rumah
Filipina dan Kambodia hanya menaburkan janji palsu.
Fayqa
menawarkan dirinya untuk membantu tetapi cepat-cepat ditolak oleh
Haji Dzulqarnain. Katanya, sementara menunggu agensi mendapatkan
pembantu untuk mereka, semua ahli keluarga perlu saling membantu
dengan kerja rumah.
Tanpa
perlu temuduga, Fayqa dipelawa bekerja di butik Dzalia di Taman Tun
Dr Ismail. Waktu operasinya pukul sepuluh pagi, jadi disebelah pagi
sempatlah Fayqa menyiapkan segala kerja rumah. Akhirnya keluarga Haji
Dzulqarnain yang tiada pembantu rumah, tidak berasa susah langsung,
semuanya Fayqa yang siapkan.
Di
butik Dzalia pula, sibuk bukan main. Kebetulan staf kanan Dzalia
meletakkan jawatan beberapa hari sebelum Dzahim kena pukul. Maka
sekarang Dzalia sedang bercatch-up dengan segala tempahan, bayaran
dan sebagainya. Fayqa yang tidak tahu apa-apa perlu macam bidan
terjun terpaksa menjadi front person Dzalia's Couture. Bukan tiada
staf lain tapi nampaknya mereka kurang gemar melayan pelanggan yang
rata-rata dari golongan kaya raya yang terkenal dengan ragam yang
memeningkan. Sepatutnya butik Dzalia tutup pukul enam tetapi minggu
itu sebelum pukul sembilan jangan mimpilah nak balik.
Bukan
pelanggan-pelanggan butik Dzalia sahaja yang banyak karenah, Dzahim
yang sudah pulang ke rumah pula menjadi-jadi perangainya. Jika di
hospital dia kelihatan semakin sihat dan kuat, pulang ke rumah dia
menjadi muram dan pasif. Pening kepala Fayqa melihatnya. Kasihan
sangat pada Hajjah Azimah yang terpaksa berhadapan dengan kerenah
anak bongsunya itu.
Hujung
minggu pertama Dzahim berada di rumah, Dzehan dan anak kecilnya, Shana, turut pulang dari Jakarta. Rindu hendak melihat adik bongsu
katanya. Bila seisi keluarga berkumpul, Hajjah Azimah teringin hendak
memasak sesuatu yang istimewa. Masakan kampung pilihannya sebab dia
tahu suaminya yang baru pulang dari Pakistan sudah jelak makan nasi
ala-ala Timur Tengah. Pulang dari butik petang Sabtu itu, Fayqalah
yang sibuk membantu di dapur. Dzehan sibuk dengan si kecil, Dzali
sibuk dengan buku-buku akaun butiknya, Dzureen sibuk dengan tesisnya.
Selesai
solat maghrib berjemaah, Hajjah Azimah dan Fayqa sibuk berhidang.
Bila ahli keluarga Haji Dzulqarnain mengambil tempat duduk
masing-masing di meja, Fayqa berasa sangat canggung. Terasa benar dia
orang asing di situ. Untuk menghilangkan rasa canggungnya, dia
menyibukkan diri menyediakan minuman, membawa jag dan gelas-gelas ke
ruang tamu.
“Sudahlah
tu Fayqa, duduklah. Kita makan,” lembut Hajjah Azimah menegur
Fayqa.
Dengan
wajah yang hanya mampu memandang ke bawah, Fayqa duduk di kerusi
paling hujung, paling hampir ke dapur. Usai bacaan doa makan oleh
Haji Dzulqarnain, masing-masing sibuk mencedok lauk-pauk ke dalam
pinggan masing-masing. Menu malam itu ikan patin masak tempoyak,
kerabu kacang botol, pari bakar cicah air asam, ulam-ulaman dan
sambal belacan. Sambil makan, macam-macam cerita yang keluar, cerita
Haji Dzulqarnain tentang Pakistan, cerita Dzehan tentang Jakarta,
cerita Dzalia tentang pelanggan-pelanggannya, cerita Dzureen tentang
Pulau Perhentian. Tinggal hanya Fayqa dan Dzahim yang diam, hanya
mendengar.
Sambil
mendengar mereka bercerita, sebak juga dada Fayqa teringatkan bapanya
sendiri yang sudah hampir sepuluh tahun meninggal dunia. Teringat dia
dahulu mereka tiga beranak makan malam bersama-sama sambil Papa
bercerita tentang hal pejabatnya, Fayqa tentang hal sekolah dan Mama
tentang hal rumah tangga.
“Zi,
tambah nasi....sedapnya lauk malam ini. Hmm, malam ni barulah Babah
puas makan. Anak-anak Babah semua ada,” komen Haji Dzulqarnain
sambil menunggu isterinya mecedok nasi ke dalam pinggan.
Sambil
menghulur pinggan kepada suaminya, sempat Hajjah Azimah memuji,
“Semua ni Fayqa yang masak, dia masak lagi sedap dari Andak Midah
rasanya...”
“Hmm
memang sedap Fayqa masak,” sokong Haji Dzulqarnain, “itulah...
Babah masih menunggu, bila anak-anak Babah nak masakkan sedap-sedap
macam ni untuk Babah?”
Agaknya
tujuan Haji Dzulqarnain mahu mengusik anak-anak perempaunnya atau
perli....Fayqa kurang pasti. Tapi bila mendengar apa yang Haji
Dzulqarnain ucapkan, sebak di dada makin bergumpal-gumpal membuatkan
dia tidak mampu lagi untuk menelan nasi. Tubir matanya sudah terasa
panas. Sayu hatinya, dia sendiri tidak pernah berpeluang masak untuk
Papa. Papa pergi sewaktu dia di Tingkatan Satu.
Dari
malu dilihat menangis oleh keluarga Dzahim, segera Fayqa bangun,
“Achik Zi, Fayqa tak sedap perutlah. Fayqa baring di bilik dulu ya,
Achik.”
Tanpa
mengunggu balasan dari Hajjah Azimah, laju Fayqa melangkah ke arah
dapur, pinggannya diletakkan di sinki, tangan dibasuh, masuk ke dalam
biliknya, badannya dihempaskan ke katil, menangis sendirian
teresak-esak, rindu pada Papa, Tuhan sahaja yang mengetahui.
Fayqa
menangis sehingga terlena. Terjaga entah jam berapa, matanya berasa
pedih. Bila ditenyeh, semakin sakit rasanya. Kepala pula
berdenyut-denyut, bahana terlalu banyak menangis. Diingat-ingat
sendiri, sudah lama dia tidak menangis mengenagkan Papa. Dia pegang
kuat pesanan Papa, namanya Fayqa, bermakna cemerlang, jadi Papa mahu
dia jadi seorang yang cemerlang....bukan cenggeng, bukan lemah, bukan
mengalah.
Bangunlah,
Fayqa! Cuci muka, cari air, makan ubat hilangkan sakit kepala,
ye....esok Ahad, tapi takkan nak bermalas-malas atas kati. Menumpang
di rumah orang, buat cara menumpang.
Baru
nak buka pintu bilik, baru dia teringat nak capai tudung. Semalam dia
tertidur dalam baju kurungnya. Pintu dibuka, tangan teraba-raba
mencari suis lampu dapur. Jumpa dan tekan, dapur disimbahi cahaya
menyilau mata yang bengkak. Terkebil-kebil Fayqa buat seketika. Bila
matanya dapat melihat dengan jelas, bagaikan ulangan mimpi ngeri, dia
melihat si jeneral sengal duduk terconggok elok di kerusi dapur!
Rasa
macam nak patah balik ke dalam bilik!
Belum
sempat dia pusing, si jeneral bertanya, “dahaga?”
Perlahan-lahan
Fayqa menganggukkan kepala.
“Air
kat situ,” dahi digerakkan ke arah peti sejuk.
Sengal!
Aku tahulah air kat situ, tak payah nak bagi tahu. Saja nak ingatkan
aku tentang peti sejuk tu!
Mata
Dzariff tidak lekang merenung wajah Fayqa.
Nak
cabar aku? Terdetik dalam hati si gadis. Ceh! Apa takut nak ambil air
dari peti sejuk? Perlahan-lahan dia melangkah ke arah sinki, gelas
diambil, ke peti sejuk pula. Tiba di hadapan peti sejuk, berdebar
pula dadanya. Sempat menjeling sekilas ke arah mamat tu. Ceh! Tak
habis-habis pandang aku!!
Malu
ya amat nak buka peti sejuk, teringat peristiwa dahulu. Nafas
ditarik, cepat-cepat pintu peti sejuk dibuka, botol minuman diambil
dan pintu ditutup! Si sengal dijeling lagi, ada senyuman sinis di
bibirnya! Kurang asam betul!
Gelas
diletakkan di atas meja, penutup botol dibuka, air dituang ke dalam
gelas. Botol diletakkan, gelas diambil dan Fayqa mahu kembali ke
bilik.
Zap!
Pergelangan tangan kanannya disentap! Terhenti langkah Fayqa.
“Apa
ni?” protes Fayqa, wajah Dzariff direnung tajam.
“Kenapa
menangis?” mukanya langsung tidak beriak.
“Mana
ada?” sangkal Fayqa.
Genggaman
dikuatkan.
“Let
me go!” gigi diketap, hanya bibir yang bergerak.
“Saya
tanya, awak belum jawab.”
“None
of your business,” marah tangannya dipegang, bahasa Fayqa sudah
menjadi kasar.
“My
house, my business.”
“My
tears, my business,” berlawan merenung mata.
“Sedih
kena buli?” menebak.
“Buli?”
tanya Fayqa, kehairanan.
“Kena
buli buat kerja rumah semua,” tiada pun riak simpati di wajah sawo
matang itu.
“Jangan
merepeklah,” dengus Fayqa, cuba merentap tangannya.
Dengan
genggaman yang semakin kuat, Dzariff menekan, “We can stay like
this the whole night, or you answer my question.”
Memang
tidak boleh melepaskan diri, Fayqa megalah, “Saya rindukan Papa
saya!!”
Automatik
tangan dilepaskan, terkejut dengan jawapan yang diberikan. Tidak
sangak. Mata Dzariff semakin tajam merenung wajah Fayqa. Sudah ada
manik-manik jernih ditubir mata.
“Kalau
saya kena buli pun, bukan kena buli buat kerja rumah, tapi kena buli
dengan awak. Memang suka sakitkan hati saya!” sembur Fayqa kemudian berlalu
pergi. Gelas berisi air di tangan kiri dibawa bersama.
Suka? Sedih sebenarnya. Sedih, pedih, melihat
mata budak itu berair. Simpati?
Perception general terhadap awek motor akan berubah x lama lagi.... But I like.. Can't wait for the next entry... Type slow slow nina.. Xoxo
ReplyDeletealahhh.. pendek sangt.. x puas.. kih kih.. nway ai like.. kalu sy kat tmpat fyqa pun sedih kottt.. tp serius, susah idup menumpang.. tp syok lah dia mnjawab ngan general tuh... ptutnya smash teruk2 lagi fayqa... ai bab melawan, mmg like sangat amatt..
ReplyDeleteHuhu general ni x abs2... Tp suka..dzariff ni caring betul... Fayqa sedih pun dia tau
ReplyDeleteya la...baru perasan...palcik ni caring orgnya
DeleteBest sgt..!!!
ReplyDeleteLps baca bab 7 ternanti2 bab 8....haha
Sian kat Fayqa trigtkn arwah ayahnya..
Suka la watak general ni....suka cari psl dgn fayqa
Aduihhh tak sabo nak tggu bab 9 plk hehe
hmmmmmmm......ni mesti tulih pon dlm ngantuk2 jugak kan ejaan byk yg salah sampai ade yg i x tau maksud (sangak)hahahhaha. bab kali ni x leyh nak komen ape sbb rs cam mendatar je...isi penting xde...(dak ni x sayang tangan ni taip cenggini) hihihi...
ReplyDeleteHuk alah, Encik general sengal ni memanglah. Baik dalam kejam. Haha. Tapi kesian fayqa. Sobs sobs..
ReplyDeleteSweet! Word yg describe entry ni..
ReplyDeleteSi general mcm dah xde negative view towards fayqa..it's good but when he actually concern psl fayqa but asyik guna statement my house my business yg wat dia mcm a lil bit annoying
"kalau saya kena buli pun, bukan kena buli buat kerja rumah tapi kena buli dgn awak" hambik kau jen. sengal org sdg sedih gi kacau buat apa.
ReplyDeleteBab kali ini walaupun mendatar tapi mampu membuat saya rasa sedih...cuba meletak diri sendiri dalam diri fayqa.....huhuhuhu mmg sedih teramat sangat.
haila jeneral, awat suka noo duk kat dapur dlm gelap? port rasmi jeneral ke? LOL
ReplyDeletemamat suka suka bgn tahajud rasanya...selalu jumpa kat dapur dlm gelap.tempat kesukaan dia tu rasanya kan. bab ni tunjuk dia caring dlm sengal.
ReplyDeleteHehe...kimia kuat antara mereka ni...asyik terserempak je kat dapur
Deletexpe... dapur tu tempat ada rezeki... mana tau ada rezeki depa berdua. eleh setakat ada gf belum tentu blh sampai hujung nyawa lagi kan.[tukang hasut]
DeleteZZ, citer ni mmg Fayqa & Dzariff la... Wah2 confident, mcm I pulak writer... Anyway dlm asyik dok bertegang lidah mereka mmg Ada chemistry...
Deletekitakan tukang hasut writer gitu gini... ngee... org kata sayang jagn terlebih karang jadi benci, benci pun jangan terlebih karang jatuh sayang... betuilah tu kata hukamak
Deletepergh..Zarra..hang mmg ada bakat jadi batu api..ha..ha.. akak suka ..menceriakan ..
Deletedalam sini aje kak ida..kat luar zz baik...[erk, ap kes]
DeleteEn. Jen ni caring lah. Fayqa nangis pun dia sedar. (Or maybe mata minah motor tu dah macam panda, so senang nak detect.) Lol.
ReplyDeleteEn. Jen sudah tangkap cintan ka sama itu Fayqa? Woot*woot. :)
Tq daling..... awak buat Mata saya beair ..... sedihkan bila ingat n rindu dgn keluarga tersayang. .....Oooooooo mamamiya sedih
ReplyDeletehehehe...mcm dah ada bunga2 yg sedang tumbuh di hati general sengal nmpknye...hemm..
ReplyDeletenina sayang, nxt n3 pls... :)
Assalamu'alaikum :)
ReplyDeleteSince kak nina bg hint bab8 ni ada hala tuju sikit ertinya first hero dia mesti Dzariff kan? yeay~~ Nak tnya kat kak nina. knapa wktu diorg mkn bsama tu tak ada nma Dzariff eh? dia outstation ke?
-Alia-
suka dgn jeneral sengal.... sweet and caring....
ReplyDeleteI like it very much but don't you think is a bit to shooort.
xpela byk typo p0n tp ktorang phm jerk...hehe
ReplyDeletealala sebak bace...kbetulan plak same smlm lps maghrib tbe2 sy rndu sgt dgn arwah abah... sob sob.. hurmm dzariff sudah mule tersentuh hatinye...kikiki
Sedih plak, sama2 nangis ngan Fayqa. Jiff, cepat pujuk Fayqa ye, Fayqa pun mesti lapar jgak tu. erm, mmg Jiff akan jd sweet bila di dapur. Erm, dia mmg tunggu Fayqa terjaga ke? Alahai, so sweet!!
ReplyDeleteDZ general mst tgg fayqa ni..alololo suweet..alaa..rindu ayah jgk..huhuhu
ReplyDeleteahakz!!sengal tp caring.. bab cam sedih.. tp knp mulut ni ttp tersengih2 aa??hehe
ReplyDeleteGeneral sengal 4 faqya mesti yg buruk je....slowly it will change....
ReplyDeleteKak nina...like...like...
General sengal 4 faqya mesti yg buruk je....slowly it will change....
ReplyDeleteKak nina...like...like...
Ishk ishk ishk sian nye Fayqa. X byk yg blh komen tapi at least tauFayqa asal dr keluarga yg baik2. Tu sbb general sengat akan jatuh gedebuk gedebak ngan kepeibadian dak Fayqa
ReplyDeleteOmg omg omg dzariff dh jatuh cinta kah ??
ReplyDeleteYg bgs pasal jeneral nii dia sgt prihatin. 10point disitu!
ReplyDeleteAdakah dia mmg bajeet fayqa akan p dapor mlm tu.. "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮
Dah si jim tu naper pulak? Muram sbb xlehh bemanja nggn fayqa ka.
Sedih aku pedih..
ReplyDeletemengundang sebak didadaku
TQ sis
si jeneral ni ego terlebey plak...
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeletenina....nak nangis bila fayqa nangis sbb rindu papa dia kan. but the best part is....dzengal tahu fayqa nangis! wahhhh...nampak sangat mmg dia dok peratikan fayqa masa kat meja makan tu kan? hmmm....suka suka suka.
ReplyDeletepergh..ada juga d other side si jenaral ini yg kita tak nampak ek..dia mmg peka dengan keadaan diri si Fayqa tu kan..mcm tak percaya pulak dia sanggup dok menunggu kat dapur tu..hingga minah tu terjaga dan menanya kenapa gadis itu berkeadaan begitu..mengapakah dia sanggup melakukan itu sedangkan dia boleh biarkan minah itu begitu kerana bagi akak dia tiada kepentingan untuk gadis itu..bukan GF dia pun..yg patut susah hati adalah adiknya si Dzahim tu..kan..dan adakah Fayqa mmg datang dari keluarga miskin atau dia berkelana kerana ingin mencari pengalaman berkerja dan belajar ..dan teruja nya nak tahu kesinambungan citer ni..apakah didalam hati Dzariff ada Fayqa..
ReplyDeleteOoo, men are sometimes more complicated than the women. Jeneral Dzengal, come right out and say that you love Fayqa...
ReplyDeletesetiap kali sesi luahan ht si general sengal mesti ht kita pun berdetik & mencengkam.. maknanye smpi ke hatilah. best..
ReplyDeletejeneral ni perasan je mata fayka bengkak... betol2 amek berat tuuu... walaupun bab kali ni nampak pendek, WC tetap suka :))
ReplyDeletekesian fayqa tak sangka masa silamdia sedih sngt.. wah ada hati lg rupanya jeneral sengal tu.. ingtkan dah jadi cyborg dah..
ReplyDeleteFayqa+Dzariff= cintakah?
ReplyDeleteSian fayqa.. teringat papa plak..mama dia mn?
ReplyDeleteNAK Fayqa+dzariff
ReplyDeleteNAK Fayqa+dzariff
NAK Fayqa+dzariff
NAK Fayqa+dzariff
:D
akak...cepat la sambung...can't wait la...huhuhu -_-
ReplyDeleteAlalala.. Sweet la pulak general sengal ni ;-)
ReplyDeleteowhhh..memori peti sejuk lah pulak..konpius skit..masa mkn tu dzarif pi mana..
ReplyDeleteah kak nina !!! suka gile ending mcm tu...ouch~ menusuk jantung...lol
ReplyDeleteterharu sgt.......siannya fayqa. Agak2nya lepas ni sampai hati lagi tak si jen nak buli si pek ni....
ReplyDeletenina...x sabar nak tunggu versi cetak. Lambat benor nak habisnye. Seriously, to wait is the worst case of anxiety..lol
ReplyDeleteAdoi Nina!!! Bila lg new n3?
ReplyDeletesuka sgt bab ni..i loike ....
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88