Mtg sampai ke mlm u ollz. Sy naikkan SF bab 9 yg raw2 gitu. Tulis pun curi2.
Bab
9
Mulai
malam itu ada sedikit perubahan di rumah Haji Dzulqarnain. Dzalia dan
Dzureen mula membantu dengan kerja-kerja rumah. Dzariff pun. Terkejut
Fayqa melihat Dzariff membantu mengutip kain di ampaian pada petang
hari. Namun kerja masak memasak, masih lagi Fayqa yang uruskan.
Fayqa
pula semakin seronok bekerja di butik Dzalia. Bukannya susah macam
kerja pelayan di restoran yang menggunakan banyak kudrat. Di butik,
kerja utamanya melayan pelanggan-pelanggan kerana Dzalia sibuk
menyelia di bahagian produksi. Pelanggan cerewet? Fayqa sudah masak,
pelanggan di restoran pun boleh tahan banyak karenahnya. Cuma
pelanggan-pelanggan di butik karenahnya lain macam. Fayqa cuba
memahami perasaan mereka, butik Dzalia menjual busana-busana mewah
untuk acara-acara istimewa seperti majlis perkahwinan, pertunangan,
makan malam korporat, maka tidak hairanlah semua pelanggan mahu
busana yang betul-betul membuatkan mereka kelihatan cantik bergaya.
Tambahan pula harga pakaian di butik itu boleh mencecah ribuan
ringgit, itu yang membuatkan para pelanggan jadi cerewet. Jadi tukang
jual, memanglah kena banyak bersabar. Tapi bila jualan meningkat,
rasa puas hati sangat-sangat, tambahan pula Dzalia tidak lokek
memberikan komisyen bagi setiap jualan yang dibuat. Pendapatan Fayqa
berlipat ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan gajinya dulu
sebagai seorang pelayan resoran.
Walau
bagaimana susah pun melayan karenah pelanggan-pelanggan yang maha
cerewet di butik, tidaklah seteruk melayan karenah Dzahim di rumah.
Selepas sebulan pulang dari hospital, perangainya masih tidak
berubah-ubah. Manjanya semakin menjadi-jadi, memang menguji kesabaran
betul. Dan yang membimbangkan, semenjak dua tiga hari kebelakangan
ini, timbul pula masalah lain, keluar dari bilik pun dia tidak mahu.
Suatu
malam, usai makan malam, Haji Dzulqarnain suami isteri, Dzariff dan
Dzalia masuk ke dapur. Nampak gayanya bagai ada mesyuarat tergempar
keluarga. Kopi dihidangkan, lalu Fayqa menyambung kerja-kerja
mengemas. Rupa-rupanya si Dzureen ditugaskan untuk menemankan Dzahim
menonton TV di ruang keluarga di tingkat atas. Mereka tidak mahu
Dzahim turut mendengar apa yang dibincangkan.
Isu
tergemparnya.... si Dzahim mahu berhenti belajar! Terhenti Fayqa dari
membasuh pinggan. Apalah bodoh si sengal seorang ini? Nak belajar pun
kan hanya tinggal setahun lagi! Bagaikan tidak percaya, Fayqa menoleh
ke belakang, ke arah meja dapur. Uiks! Rupanya si jeneral sedang
merenungnya yang berdiri membasuh pinggan di sinki. Mata bertembung
seketika, cepat-cepat Fayqa pusing balik mengadap sinki.
Mamat
tu asyik perhati aku je....dia ingat aku nak pasang telinga kut?
Sudahnya, Fayqa tidak berani menjeling ke belakang lagi.
“Abang
tanya kawan Abang yang kerja doktor, katanya Adik ni mungkin trauma
lagi, teringat-ingat peristiwa dia kena pukul,” kata Dzariff.
“Kita
bawa berubat secara Islam, pulihkan semangatnya,” cadang Hajjah
Azimah.
“Bawa
jumpa pakar psikologi pun bolah juga,” cadang Dzalia pula.
“Boleh,
berubat secara Islam boleh, jumpa pakar psikologi pun boleh. Sekarang
ini kita kena fikirkan tentang pelajaran Adik. Takkan nak biarkan dia
berhenti belajar?” komen Haji Dzulqarnain.
“Boleh
minta tangguh pengajian setahun, Babah,” Dzariff memberikan idea.
“Babah
rasa sudah tiba masanya kita ajar Adik untuk berdikari,” Haji
Dzulaqarnain memberikan pendapat.
“Macam
mana, Babah?” tanya Dzalia.
Aiseh,
masa itu jugalah selesai kerja-kerja mengemas dapur! Takkanlah pula
Fayqa nak menyibuk-nyibuk pasang telinga di situ. Tangannya dilap
dengan tuala kecil, tuala digantung balik, dia melangkah ke bilik
tidurnya.
Setakat
itu sahaja yang Fayqa dengar, sudah masuk ke dalam bilik, nak buat
apa lagi? Tutup pintu bilik sajalah....
Keesokan
harinya, hari Ahad, Dzahim buat hal lagi. Fayqa masak nasi lemak
kegemaran semua orang untuk sarapan, Dzahim makan corn flakes. Bila
waktu tengahari, langsung dia tidak keluar bilik. Tidak lapar,
katanya. Jenuh ibu dan kakak-kakaknya memujuk. Fayqa yang memandang
sudah hangat hati. Sengal junior sudah menjadi-jadi.
Akhirnya,
Dzahim minta ibunya masakkan bubur nasi. Sudah susah payah orang tua
itu masak, dia tak mahu makan pula. Agaknya, sudah jemu memerap dalam
bilik, selepas Asar, si anak manja itu keluar mangambil angin di
taman di halaman rumah.
Elok
sangatlah tu, dengus Dzalia dalam hati. Memang ditunggu-tunggu
peluang untuk “membasuh” si anak manja tak sedar diri sorang ni.
Semangkuk bubur nasi disenduk Fayqa, dibawa ke
taman. Hajjah Azimah yang perasan apa yang dibuat Fayqa, mengikut
dari belakang. Tiba di pintu gelangsar, Hajjah Azimah berhenti,
hendak melihat apa yang akan dibuat oleh Fayqa.
Mangkuk
diletakkan di atas meja batu, tempat Dzahim sedang termenung,
“makan!” perintah Fayqa.
Mangkuk
bubur dipandang sesaat, kemudian Dzahim meneruskan aktivitinya petang
itu, termenung.
“Eh, sengal, kau
dengar tak ni?” tangan kiri kanan di pinggang, suara Fayqa sudah meninggi.
Penonton di pintu gelangsar sudah bertambah menjadi tiga orang,
campur Dzalia dan Dzureen.
“Aku tahu kau tu.
Anak manja, sukalah semua orang melayan kau macam putera raja, walhal
kau dah sihat pun. Enjoy sangat tengok mak dan kakak-kakak kau
merayu-rayu suruh kau makan ye!? Makes you feel powerful huh? Kau
boleh suruh derang buat apa-apa saja yang kau nak! Kau nak makan ke
tak? Eh, Jim! Aku cakap dengan kau ni! Kau nak makan ke tak? Kau
pekak ke?” Nada suara Fayqa makin meningkat.
Penonton di pintu
gelangsar bertambah seorang lagi, Haji Dzulqarnain. Di balkoni
tingkat atas, seorang lagi penonton, Dzariff mendapat tempat kelas
pertama.
Bahu Dzahim ditujal
Fayqa. Bahunya dielakkan, tapi terlambat, muka Fayqa direnung tajam,
sakit hati Dzahim. Mak-cik-kuat-membebel ni kacaulah!
“Aku tak jawab tu
maknanya aku tak mahu makanlah! Tak ada selera! Kau terpekik-pekik
depan aku, lagi aku tak ada selera,” jawab Dzahim malas.
“Kau ingat aku
ada selera ke nak layan kau ni? Nak layan perangai kau yang perasan
jadi Putera William ni?”
“Tentulah kau ada
selera, kalau tidak dah lama kau chow. Ini masih lagi dok terpekik
terlolong depan aku.”
“Oh, kau kata kau
tak sihat, tekak tak selera, tapi mulut kau sihat pulak. Dah laser
seperti asal.”
Dzahim tidak
menjawab, cuma sebuah senyuman nakal yang dihadiahkan kepada Fayqa.
“Oh, kau ingat
aku macam mak dan kakak-kakak kau ye? Kau tengoklah Jim!”
Nafas Fayqa ditarik
dalam-dalam, macam bersedia untuk berperang. Kemudian dia duduk di
kerusi batu, betul-betul di hadapan Dzahim. Wajah Dzahim direnung
dalam-dalam.
“Inche' Muhammad
Dzahim, saya beri peluang terakhir untuk awak buka mulut dan makan.
Jangan kata saya tak bagi amaran,” perlahan-lahan, sebutir-sebutir
Fayqa sebut.
Senyuman Dzahim
semakin lebar, semakin seronok dia mengusik Fayqa.
“Satu.......,
dua.......,” Fayqa mengira.
Mulut Dzahim sudah
terbuka untuk melepaskan deraian ketawa, tapi bila dia melihat sudu
berisi bubur sudah disuakan oleh Fayqa, cepat-cepat dia menggumam
bibirnya rapat-rapat. Dadanya berombak-ombak, menahan ketawa yang
tidak dapat dilepaskan.
“.......tiga!”
Sepantas kilat, Fayqa memicit kuat hidung Dzahim. Kawan baiknya itu
terkejut, mulutnya terbuka untuk bernafas. Fayqa tidak membuang masa
terus menyumbat masuk sesudu bubur ke dalam mulut Dzahim.
Dzahim yang
terkejut dengan taktik Fayqa terus ketawa sehingga tersembur keluar
bubur yang baru saja masuk ke dalam mulutnya. Habis Fayqa terkena
semburan bubur di muka!
“Kurang asam kau,
Jim! Ini betul-betul taktik kotor ni,” dengus Fayqa dengan bubur
yang mula meleleh turun dari mukanya.
“Kah! Kah! Kah!
Peqah, bab-bab taktik ni kau memang masih kena menuntut dengan aku,”
Dzahim menyambung ketawa. Sejak dia keluar dari hospital, inilah
peristiwa yang paling kelakar! Hilang juga kebosanan terperap dalam
rumah.
“Eh, kau ingat
kau terror sangat? Nah, ambik kau,” Fayqa sudah geram.
Lantaklah mak kau
nak kata apa, Dzahim. Dengan pantas dia mencedok sesudu bubur dari
mangkuk, dan dilemparkan bubur itu ke muka Dzahim. Ketepek! Tepat
kena muka Dzahim. Mati terus ketawanya.
“Peqah, aku sakit
ni. Mana boleh layan orang sakit macam ni. Kau ni awek brutallah!”
sambil bercakap, dia cuba menyapu sisa-sisa bubur di mukanya. Belum
habis dia bercakap, satu sudu bubur sudah melayang dan hinggap di
mukanya.
“Peqah! Apa ni?
Hoi! Kotorlah aku!”
“Kau tak mahu
buka mulut ya? Kau tak nak makan, kau mandi bubur sajalah!”
“Hoi! Aku cakap
dengan mak aku nanti!”
“Ish, ish,
kesiannya dia. Kena buli dengan budak perempuan sampai kena report
dekat emak!” Fayqa mengejek. Gedebush! Gedebush! Hujan bubur tak
berhenti-henti.
“Okey! Okey! Aku
makan, aku makan....,” Dzahim mengalah. Nombor satu, bergaduh
dengan Fayqa bukan mudah hendak menang. Nombor dua, memang dia lapar
pun.
“Eloklah kau nak
makan, kat dapur tu ada seperiuk besar bubur Mak kau dah masak!”
bebelan terakhir, tanda kemenangan.
Si sengal junior tu
tak mahu mengalah, mulutnya dingangakan, minta disuap!
“Eeee, sabar
sajalah! Manja macam budak tadika!” marah Fayqa.
Sambil ketawa,
mulut Dzahim masih lagi dingangakan. Dengan kasar Fayqa menyuap.
Penonton-penonton
di pintu gelangsar tersenyum lega melihat Dzahim makan. Penonton
kelas pertama di balkoni mengerut dahi.
hahahahahahha lawak ler dzahim ni...hahahahahhaah perangai takleh belah! eh jangan cakap yg penonton kelas pertama tu jeles sudahhh...hihi...
ReplyDeletehe he he sj nak torture itu jeneral :)
Deletesuke2 :)
ReplyDeletesy suka bila awak suka
DeleteHahahaha... Sengal betul!!!
ReplyDeletetu lah pasal!
Deleteah haaaa...si jeneral sudah ada rasa jeles kah??hikhikhikk
ReplyDeletehi hi hi getaran berganda....
Deleteauwww...getaran bganda...awesome...wink..wink
DeleteAsyik kerut dahi jer jeneral nih...
ReplyDeletetu ah, dia ni serius jerr, abg sulung katakan....
Deletegeneral sengal kerut2 knp la plak? jgn emo ye? jeles ngan apeq n jim ! hahaha
ReplyDeletejeles? (angkat2 kening) :)
Deletehohohoho...general sengal jeles ke?
ReplyDeleteAlhamdullilah makan juga si Jim....macam org mogok lapar je mamat sorang nie
Jim ni tak tentu arah after the trauma...
Deletelambat ke lagi si jeneral sengal memulakan langkah???
ReplyDeletehk, bab 10, dia serang lagi, pastu bab 11 dia TERKEDU!!
Deletekekekekekek... apa kes si jeneral mengerut dahi plak...hehehh
ReplyDeletehaah apa kes kan?
DeleteHahahahahahahahahahahhahaha.....lawak3..... Amikkk ajimm kena sound dgn apek.... Hahahaha.... manja x bertempat sungguh..... suka entry nie... Lawak3...
ReplyDeletehmm kat 1/2 atau 3/4 citer gitu....hubungan Jim dan Fayqa berubah!!
DeleteHahaha memang sengal , kesian encik jeneral jadi penonton saja ye.... lain kali apek suap ok
ReplyDeleteTq Nina, sibuk sibuk pun ingat kami tq tq Tqvm
he he he jeneral pun nak suap ye?
Deletesokay, my way of escapism jg
best....
ReplyDeleteDalam kegembiraan & ketawa riang Fayqa & Dzahim pasti ada hati yang....
ReplyDelete(ape ea? merana/menangis/cemburu/terluka/turut gembira) aku bkn cik writer mane tau ape yg jeneral rasa... kakakaka
TQ sis
sedikit cemburu yg merasa di hati si penonton kelas pertama....hahaha
Deleteha ha ha sy suka terma "si penonton kelas pertama". bab 10 ada citer ttg balkoni lagi....tunggu.....
Deletex sabr2 ksah aku,dia dan balkoni...LOL
Deletekahkahkah!!!! lawak gler!!amek ko dzahim mandi dengan bubur!!! yg penonton kelas pertama tu amacam??? ada rasa cemburu kaaa???hahaha
ReplyDeleteha ha ha "penonton kelas pertama"....pun dzengals LOL
Deletehahahaha
DeleteHa ha haaaaaaa cutelah n3 nie. mmg brutallah feqa nie..
ReplyDeleteI like it. cptlah sambung tak sabar.....
why jeneral sengal tu mengerut dahi???
jeneral jeles kot....hehehe
Deleteajeje, ikut hati mmg nak sambung...tapi kerja pun tak siap lagi...
DeleteComel peqah nie... Hehehe..
ReplyDeletei agree, comel dalam brutal, camana tu? eh, cam yr sis pun ada kan? entah2 you pun...ha ha speku....
DeletePenonton kelas pertama kenapa kerut dahi? Tak puas hati ke apek dpt pujuk adik manja makan?
ReplyDeletetak puas hati dgn CARA apek pujuk kut..... nnt kan kat hujung citer keluar lagi citer psl suap ni....
Deletepergh..giler brutal lah minah ni..n ai love the character..nampaknya minah ni tak kisah kalau satu keluarga mamat sengal junior ni akan memarahi dirinya..dahlah dia dok menumpang..kan..
ReplyDeleteAkak dapat rasakan walaupun minah ni brutal tapi dalam hatinya mmg ada sifat setiakawan pada kawan dan tidak akan meninggalkan kawan kawan yg memerlukan kudratnya ..pertolongan..dari dirinya..dan dia akan menolong seikhlas mungkin..tak ada agenda dalam memberikan pertolongan..kepada keluarga yg telah menganggapnya lebih dari tetamu yg menumpang dirumah mereka.
Anak manja yg dijerkah sesuka hati dan ditakzirah tanpa kata kata yg sopan santun mcm gadis melayu yg terakhir..dan agak peliks juga mamat tu mengikut rentak telunjuk gadis ini..
Just wonder dalam kekalutan famili ini untuk memujuk anak manja itu yg enggan sambung belajar lagi kerana trauma takut dijejaki oleh pembulu pembuli tegar yg masih lepas bebas ..apakah strategi yg akan dilakukan pula oleh gadis poyo ini untuk memaksa anak manja ini menghadapi realiti dan meneruskan kehidupannya seperti biasa..
Apa pula pandangan si jeneral sengal itu bila melihat cara yg kasar dilakukan oleh gadis itu utk knock some senses pada adiknya yg mmg patut dijetus jetus kepalanya kalau tiada kesabaran dalam diri dan keluarganya..dan apa pula persepsi sijeneral sengal itu pada gadis yg serba boleh ini..yg bukan plastik orangnya dan pada pandangan dirinya terlalu misteri orangnya..ce citer Nina..can't wait for the next E3..
Idaaaa, seperti biasa komen awak panjanggg n berisi. (Bukan spokesperson utk nina tp saje nk mencelah) :)
DeleteSaya rs Fayqa lebih mengenali Jim berbanding Adik beradik dia yg lain. Sbb tu Fayqa boleh pujuk Jim. Plus, Fayqa kwn susah senang Di kolej, org yg terakhir dia lihat sblm koma dan juga org yg menolong dia Serta menjaga dia Di hospital. Bg sesetengah perkara kita lebih senang berkongsi dgn kawan/teman/sahabat berbanding ahli keluarga. Kerana kita byk habiskan ms dgn mereka, punyai tanggungjawab yg sama(belajar), umur sebaya jd keserasian & kesefahaman mudah wujud.
Sy nmpk, Fayqa dan Jim sebagai kwn rapat dan Fayqa buat semua tu Atas rs tggjwb sbg sahabat baik dan juga ingin menolong keluarga Jim yg hampir berputus asa dgn Jim.
Wah panjang la pulak. Kita tgu apa kata Niña.
idA, apa strategi si gadis utk paksa si poyo sambung belajar....hmmm, i bet bila u all baca "what" will make Dzahim sambung belajar u all akan pitams. rasa2nya di bab 11. nnt lepas sy tulis bhg ni, idA komen ye. sy enjoy baca komen idA yg panjang dan kupas dgn teliti :)
DeleteAomori, betul 200%, dgn family dia, dia rasa derang nak dia buat sesuatu yg dia tak boleh buat, kesan trauma yg dah mcam nak terbit depression pulak. Fayqa pula his saviour kan, dan approach Fayqa yg unconventional tu berjaya geletek hatinya. tqvm, Aomori :)
Delete..terharu akak...Nina...
Deleteterbaeklah Aomori..kita mmg sekepala kan ..bila baca citer Nina..kita seakan menjadi heroinnya lah pulak...terlebih emosi dan menjiwai watak...ha..ha..
yup3 kite sokong komen2 kak Ida ngan Aomori sbb itu yg kite rasa sepanjang kite telusuri kisah hidup fayqa ngan famili dz ni...di sini juga kite boleh nampak ketabahan fayqa melayari hidup dia di semenanjung ni seorang diri tp dia mempunyai teman2 yng setia n terbaik spt dzahim 2...dan sekarang secara x langsung dia pon ade keluarga juga skunk ni sbb 2 agaknye dia boleh je layan kerenah dzahim 2
DeleteJgn dzahim sambung belajar hanya jika dia dikawinkan dgn fayqa sudah.. me want fayqa & dzharrif hehe.. ke dzahim suruh fayqa dgn dzharrif kawin? ahaa.. that one i loike hhehe
DeleteIdA, kata omputih great minds think alike... Haha so perah-santan kan2? Mungkin kita terlalu menghayati cerita2 Hanina dan melihatnya Dari perspektif yang sama. I like her stories due to 2 vital factors, no 1: the heroines, no 2: the storyline, very different. The sentences are also precisely and perfectly in place!
DeleteDon't worry idA, kalau Ady Putra offer nak beli citer Niña I cdg u jd pelakon ya! :)
waaaaaaaaaaa!!!! suka sangat-sangat!!!!! lagiiii...
ReplyDeletelagiiiiii? tungguuuuuu.......
DeleteYea,yea,yea (^0^)/ dia jeles~
ReplyDeletemusti jeneral tu nak 'duduk' tempat adik dia sekarang (^,^)ngeeeee
tai dia skrg kan "kelas pertama"?
Deletealamak kak..penonton kelas pertama tu mesti jeles. hehehe. kerut dahi terus mesti grrrrr...kihkih
ReplyDeletegrrrr grrrr GRRR GRRR, gigit nnt kang, kata dia....he he he
Deleteaahahahhahaha Dzariff jelez....dah kerut2 dahi weyhhh....sab je la ye....hampeh nye sengal junior...sakit pon leyh wat men hadoyyy...dah fayqa pon jd sengal jugak dengan mknan pon leyh wat men...siap baling2 agi 2 huhuhu (pesanan utk adik2 jgn ditiru aksi ini di rummah yo...x baik) keh3
ReplyDeleteF geram abis dgn sengal junior lah tu.....
Deletecannot tahan kena komen juga kat sini
ReplyDeletei like i like i like
m glad m gald m glad
DeleteLike like like...nk lagi2 huhu
ReplyDeletenak lagi, tunggu laaa, kita siapkan kerja dulu ek
DeleteKak Nina, I love it!! Thanks for your entry! n_n
ReplyDeletewelcome :)
DeleteWah.. aura kejelesan telah mula menghampiri zon2 bahaya.. huhuhuhu i like la reaksi penonton kelas pertama tu =)
ReplyDeletebab 10, dia meletup u...hmm apa apek buat yg dia meletup tu
Deleteentry paling lawak tahap guling-guling ni, sukanya. Macamana lah apek ni boleh tahan ngan budak sengal tak cukup umur ni punya perangai yer. penyabar sungguh!
ReplyDeletedlm geram, kesian ttp ada, dzahim kan hampir nak mati kena pukul
DeleteEhh penonton kelas pertama tu kenape? jeles lettew!
ReplyDeletea ah la kan?
Deletesaya suka..tq nina bz2 pun dpt naikkn n3 baru...best la heroin brutal cam ni..
ReplyDeletesekali sekali brutal ah...una kan dah sweet, naz...sempoi!
Deletemengada tul la si dzahim nih..patutnya biar dia lapar..tanak sgt mkn..ala siannya..jd penonton first class tp hati tak senang ngan drama tu..
ReplyDeletewoooi, penonton kelas pertama tp tak puas hati dgn drama....bestnya ayat tu, len kali nak copy paste
Deletethis is very entertaining.....saya tadi sebelah dzengal kat first class seat. muehehee.....
ReplyDeletehe he he yr komen la plak yg entertaining to me LOL
Deletewakakakaa mmg lawak hokey...best2....
ReplyDeleteBab 10 plss ;)
bab 10 hopefully before end of this week...
Deleteyeaay!! TQ Hanina...
Deletesejak meminati karya u,setiap hari musti tgk blog nih dulu.. kalo tak tgk rase tak lgkp hidup ni..ecewahhh haha!
fayqa je yg larat & terror layan Dzahim ni..
ReplyDeleteawek perkasa dia....
Deletehehe..kelakarnya..ketepek!!!!
ReplyDelete:) tu kira sound effect bubur landing kat muka arr
DeleteYa Allah, fayqa ni sabar sngguh. Nasib babysitter jeneral jr.tu apek. Kalau kau dpt aku jim utk babysit kau, seminggu lpas tu komfirm msuk hspital blik..
ReplyDeletehe he he rupanya awak lagi brutal dari apek, fuyyo...
Deletehahahaha...lawak..suka sebenarnye..
ReplyDeletehaaahaaaaaaaa mmg best giler...
ReplyDeletetqvm, NMY!
DeletePergh!! Brutal!! Berkerut dahi Jiff ye, mesti fikir takkan la itu pun nk kena suap kot si Jim ni. Manja2 la sgt ko Jim dgn Fayqa tu, yg pasti Fayqa tak suka lelaki mcm tuh. Suka btul la dgn Jiff, Jiff sentiasa sweet bila di dapur.
ReplyDeleteerrrkkk!! sy tak suka pet name Jiff tu.....tunggulah dalam bab 12 or 13 nnt, ada isu psl pet name Jiff tu...he he he petname pun jd isu, apek n jeneral ni
Deleteha ah...saya pun x suka nama jiff tu. bunyi macam pencuci dapur lah pulak.
Deletesungguh tak sabar nak baca entry seterusnya..
ReplyDeleteooo kna la sabar...sbb sy ni penulis part time je...
DeleteIni la bakal Novel yg heroin tak tertunduk malu....hhhahaa. I like....Sangat Sangat like......go go Nina...
ReplyDeleteooo...yess to strong heroines!!!
DeleteHaha sgt lawak dan sian ngan si dzariff... Hehehe sian3 sabar ye general...
ReplyDeletecyah, bab 10 dia meletup!!
DeleteDlm byk2 scenes, I suka part general tlg angkat kain... Aduh Ada Tokoh jd suami mithali... Bab cuci pinggan pun ok, very responsible, caring... Daring je belum lg...
ReplyDeleteooo nak yg daring ke? hmm bab 10 ada sikit kut. (hmm nak daring sangat, boleh ke?)
Deletenina, daring byk2 pun xpe..i loike :P
Deletethe daringER the better! *ok...I merosakkan bahasa!*
Deletealooo..manje la pulak si dzahim ni..tapi sweet....dalam kegembiraan orang laen pasti ada yang terasa...haha...kesian si jeneral.. :)
ReplyDeletesian...sian... :)
DeleteTuan jeneral intai dari atas sambil makan hati ke?
ReplyDeleteKak Yang, sy sudah baca cerita "Saat kau Lafazkan." It's good. Sy cadangkan Kak Yang buka FB acct utk promote citer ni, sayang kalau tak ada yg baca.
Deleteakan lebih meriah klu si general ikut sama dalam babak dzahim and faqya tu...
ReplyDeletewahhh general sengal penonton kelas pertama makanya sakit hati, sakit jiwa, sakit mata pon kelas pertama gak lah kih kihkih.. patutnya family sengal junior ni bagi standing ovation kat fayqa.. best entry kali ni Nina, nak lagi nak lagi pretty please....*wink wink*
ReplyDeleteaduhai cik nina...rasa2 nya dis yr i yg sbnrnya 'siput-slowcoach' kahkahkah, terkejar2 baca...nsb citer SF ni sengal & klakar giler kalu tak mmg depression tul wakaka maintain d kesengalan & kelakaran (ada ke dis words hahaha) coz i really need wat-ever-lil-dose-of-escapism d virtual reality can offer...thks dear:)
ReplyDeletealahai,sapa ye dgn fayqa nanti?.best crta nie.. :)
ReplyDeleteaik... i terlepas bas la.. dah 100 komen baru baca... x pe, x pe... general sengal sabo ye.. hihi
ReplyDeleteCpt la jeneral bukak langkah..cpt2 ayat si fayqa tu!
ReplyDeletenina...suka bab nie.. :) fayqa yg brutal... best
ReplyDeleteAlooo Cik Nina. Sempat gak curik2 menaip ya, klass gitu.
ReplyDeleteJeneral sengel mula jelous bila si adik dpt lebih perhatian darinya.
Sempoi gile Fyqa nieh.. Cite nie makin lame makin menarik :)
ReplyDeletenina..kita nak fyqa dgn jeneral... hahahah... suka ah ngan watak jeneral..
ReplyDeleteNina : all ur leading ladies in all ur novels have strong characters. Leading men, icy cold zahrin, romantic Khalis n Sengal Dzariff!.... General Sengal blurr n slow but naughty. I like
ReplyDeleteAda orang jeles... Haha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah...best-best....bagus pek......budak manja mmg macam tu cara psyco dia.....
ReplyDeletegood luck untuk apek nak melayang si sengal junior tu.....:)
tak sabar nak tgk apa lagi peel org sakit yang sorang nie :)
Ko x nk wat mkn ko wat mandi jim... Hahahahaaa...
ReplyDeletewakakaka... padan muka jim... mengada ngada sangat xnk mkn kan da kena hujan bubur... mesti ada aura jeles kt dalam hti jeneral ni... sampai berkerut2 dahi...
ReplyDeletetiga watak berbeza dlm setiap novel penulis tahniah x sabar nk simpan koleksi yg ke 3
ReplyDeleteBetul..betul..betul! Nak jugak yang ni. Ninaa..nak yang ni jugakk..
DeleteDzahimmmm ! =D
ReplyDeleteDearest Nina,
ReplyDeleteToday is my lucky day indeed ! Selepas kne ambush dek bos yg suh buat keje emergency sy trus hilang mood arini...camne tah masa otw nak g keje td sy saja2 singgah ke shopping mall...konon2 nak ceriakan diri sendiri. Then, terjumpa la plak dgn buku yg sy tercari-cari selama ni...KNDK...yea!!! Sambar trus !!!!
walaweh.... jeneral first class jealous lu sulah mali maaa... hahahhaha
ReplyDeletebest gila chpter nie :D
-Syira Azmi-
Kak Nina!!!plssssss bt versi cetak..pls pls pls
ReplyDeletepenonton class ptama sure tgkp sedes ...huhuhu..
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88