Thursday, 4 July 2013

Dia Seadanya Bab 3 b... siap!

(akhirnya siap...enjoy!! dan komen ya!)

Toyota....itu jenama kereta 'antik' yang dibawa oleh Tareq. Kereta yang usianya lebih tua dari usia tuan yang memandunya itu bagaikan ketuhar, alat penghawa dinginnya sudah rosak. Nasib baik cermin tingkapnya boleh diturunkan, masuklah angin meredakan kepanasan melampau ketuhar bergerak itu.

Tuan pemandu mengerling seketika ke arah penumpangnya yang diam sedari tadi. Tak banyak cakap, tak kompelin langsung. Kalau perempuan lain entah malu nak naik kereta buruk datuknya itu.

"Tunjukkan saya jalan? Saya tak biasa," pinta Tareq.

"Okey."

Memang dia ini pendiam atau sombong atau jual mahal? Well, we'll see. Semalam dia menghantar sms kepada si dara di sebelahnya itu. Nak ke mana kita esok? Tiada salam, tiada tanya khabar. Dan jawapan yang diterima pun tiada bersalam, "Bukit Kledang."

Dan Tareq yang sudah begitu lama tidak pulang ke kampung halaman terpaksa bertanyakan Encik Google apa yang ada di Bukit Kledang. Tempat riadah rupanya, naik bukit. Wouldn't guess she's the type who climbs. Dari rupa nampak macam awek yang suka memerap di rumah, memasak dan mengemas. Stok baik-baik, itu yang Mama berkenan sangat-sangat. Dari hari pertama dia menjejakkan kaki ke tanah air, nama Emmalyn sudah disebut. Sedar dan tahu yang mencarikan jodoh buatnya adalah agenda utama Mama, Tareq ikutkan sahaja. Tapi rasanya dia akan pulang ke Qatar dengan tangan kosong. Perasaannya tetap sama, hambar....tiada keinginan langsung hendak berkenalan dengan mana-mana gadis.

Tapi kenapa pula aku ajak awek ni keluar hari ini? Sebab sunyi agaknya, sudah dua minggu dia hanya berkepit dengan ahli-ahli keluarganya. Sudah jemu mendengar cerita yang sama. Tapi keluar dengan awek ini, tiada cerita apa pun yang dia dengar.

Gadis di sebelah dikerling lagi.... memang dia minat aktiviti lasak atau pilih Bukit Kledang hanya untuk menduga? Well, we'll see.

Masuk ke pekan Menglembu, teringin pula dia hendak mencari Restoran Salim. Dia yang kebosanan bercuti di Ipoh, bandar yang dia langsung tiada kawan melainkan saudara maranya. Maka Pak Cik Google sudah menjadi teman baiknya. Dicarinya restoran-restoran yang direbiu sebagai bagus di internet dan apabila kebosanan, dia akan pergi menjamu selera bersama Mama dan Papa  dan adik beradiknya. Sekurang-kurangnya tercapai juga objektif utama dia balik bercuti di Malaysia, makan puas-puas! Objektif mencari jodoh tu, itu objektif Mama, bukan objektif dia sendiri.

Berbalik kepada Restoran Salim, ada dia terbaca ini antara restoran terbaik untuk kari kepala ikan. Belum apa-apa, air liurnya sudah meleleh. Bila dia membelok ke sana sini, si dara di sebelah hanya mengerling kehairanan. Bertanya pun tidak, pendiam sungguh ke dia ini?

Akhirnya jumpa juga Restoran Salim, rezeki pagi Ahad!! Kereta tua diparkirkan. Parkir pun banyak, belum ramai pelanggan pagi itu.

"Jom, makan dulu," dia mengajak tanpa bertanya samada okey ke tidak restoran itu.

Emmalyn sebenarnya tidak berkenan. Nak naik bukit di Malaysia ini, seeloknya awal-awal pagi supaya dapat mengelak bahang panas tengahari. Sudahlah, datang pun lambat mamat ini, sekarang nak singgah makan pula. Jenis mat redah ni. Ah, lantaklah, lepas ini memang takkan jumpa lagi dah, fikir Emmalyn.

Budak itu diam menurut. Turun kereta, masuk restoran dan duduk semeja. Memang yang jenis tidak banyak songeh ke? tanya Tareq dalam hati. Bagus juga tak banyak songeh, aman hidup. Tapi kalau pendiam sangat, boring pun iye juga.

Datang pelayan restoran, Tareq memesan kari kepala ikan dan tiga keping capati. Teh tarik kurang manis untuknya dan si gadis? Air kosong jawab Emmalyn.

Sementara menunggu pesanan tiba, kedua-duanya tidak teringin hendak berbual-bual. Tareq kononnya hendak menjual mahal dan Emmalyn pula memang semula jadi pendiam. Telefon di tangan dibelek-belek. Ada sms dari BFFnya, Una, Pet dan Atai. Tersenyum Emmalyn sambil membaca dan membalas.

"Boy friend?" tanya Tareq.

"Ha?"

"Awak sms dengan siapa? Boy friend ke?" soalan yang sama dihuraikan lebih panjang.

Boy friend? Kalau aku ada boy friend, tak adalah aku keluar dengan kau. Apa punya soalan ni! Er...ooo....soalan yang bukan soalan, tetapi lebih kepada cabaran? Entah! How would I know about games people play during their dates? I don't know and I don't want to know.

"Kawan-kawan baik saya. Saya tak ada boy friend," jawab Emmalyn. Tak nak main games, nak berterus terang sahaja. Biar tak pening kepala.

"Duduk di U.K. tiga, empat tahun tak ada boy friend?"

Aik! Dia ni tak percaya ke apa? Ada ke pula?

"Ya, tak ada." Dah memang aku ni plain jane, apa nak heran.

Selamba sahaja dia menjawab tak ada boy friend...

"Kenapa?"

"Ha?" Tanya soalan pendek-pendek, dia ingat aku boleh baca minda dia ke, getus Emmalyn dalam hati.

"Kenapa tak ada boy friend?"

"Sebab tak ada yang minat kat saya dan saya pun tak ada yang minat kat sesiapa." 

Hmm, yang bahagian awal tu memang 100% benar, yang bahagian akhir tu...er....kurang kebenarannya..... Sebenarnya sewaktu tahun pertama di Southampton, Emmalyn minat sangat-sangat dengan seorang senior tahun akhir...Zulfahmi. Abang senior yang sentiasa imamkan solat berjemaah mereka, yang sentiasa bacakan doa dalam semua kenduri kendara di sana. Tapi takat minat sajalah sebab umum sudah tahu yang Zulfahmi bakal bertunang dengan seorang senior tahun akhir undang-undang di Newcastle. 

Sepatutnya, bila dia sudah tanya aku pasal boyfriend aku, aku boleh tanya dia pasal girl friend dia. Tapi nak tanya buat apa... apasal pula nak kisah dia ada girl friend atau tak. Nampak gaya macam lelaki yang banyak girlfriend saja. Dia ini samada player atau.... atau.... gay! Kalau tak, kenapa masih membujang tua-tua begini?

Pesanan capati dan kari kepala ikan tiba. Sekeping capati diletakkan ke atas sebiji pinggan dan diletakkan di hadapan Emmalyn. Ish, getus Emmalyn lagi, aku tak kata pun aku nak makan. Kan tadi dah makan nasi lemak Uda Jah.

Tareq pula makan bagai tak ingat dunia. Fuh! Memang sedap betul kari kepala ikan di sini. Balik Qatar, boleh teringat-ingat ni kari kepala ikan ni. Gadis kat depan ni? Dengan pendiamnya, tiada apa yang outstanding tentangnya....sheesh....definitely forgetable!

"Makanlah, rezeki dah di depan mata," jemput makan pun tanpa perasaan. Kau nak makan, makan. Tak nak makan, sudah.

Betul juga, dah di depan mata, rasa sajalah. Entah bila nak datang ke restoran ini lagi. Bangun, cuci tangan di sinki. Balik ke meja capati di pinggannya dikoyak dua, sebelah dicampakkan ke dalam pinggan Tareq. Kuah kari dicedok, dan isi ikan dikaut sedikit.

"Hmm...sedap sungguh," puji Emmalyn. Tareq menjungkitkan keningnya.

Habis isi ikan di dalam pinggannya, Emmalyn mencedok tambah. Habis capati di separuh dalam pinggannya.

"Nak balik?" tanya Tareq sambil memuncungkan mulut ke arah capati separuh yang dicampakkan Emmalyn ke dalam pinggannya tadi.

"Tak nak. Nak ratah ikan."

Kata nak ratah ikan, dia ratah sungguh. Sampai terpegun Tareq tengok Emmalyn makan. Rasa macam nak kata, eh! simpan sikitlah untuk saya. Akhirnya berebut-rebut meratah isi kepala ikan. Sedap... timbul rasa kesedaran di kepala Tareq, sedap kari kepala ikan, lebih sedap bila makan berebut. Hm...sebab inilah agaknya manusia ini dijadikan berpasang-pasangan.

Habis licin kari dalam pinggan, Tareq bangun untuk membayar. Kemudia masuk ke dalam kereta, senyap sunyi macam biasa. Lepas Tareq hidupkan enjin kereta, Emmalyn hulurkan bekas kecil berisi gula-gula getah. Diambil Tareq dan dimasukkan ke dalam mulut.

Tiba di kaki Bukit Kledang, kereta diparkir dan dikunci. Emmalyn mengeluarkan krim sun block dan menyapunya ke muka dan tangan. Kemudian dihulurkannya kepada Tareq. Tareq yang nakal dahulu mungkin akan meminta si gadis yang tolong sapukan ke muka. Tetapi Tareq versi sudah-insaf ini hanya menyapu krim sun block ke muka tanpa apa kata.

Emmalyn pula mengeluarkan cermin mata sportsnya dan cermin mata biasanya disimpan ke dalam bekas cerin mata dan dimasukkan ke dalam back pack. 

Berubah habis wajah si gadis seorang ini, dari wishy washy wallflower bercermin mata boring kepada gadis yang ranggi. Hanya kerana cermin mata hitam outdoor Oakley bertaraf professional. Tareq mula memandang dengan minat.

Dikeluarkan pula, topi floppy trekker kegemarannya. Ke mana-mana merayau, memang sangat selesa memakai topi trekker. Tidak panas berkuap macam kebanyakan topi dan yang penting melindungi dari panahan terik matahari.

"You are well-equipped," komen si Alpha Male.

"Protection is important. So is comfort," balas Emmalyn sambil melangkah naik bukit.

Bukit Kledang tidaklah begitu mencabar sangat jika dibandingkan dengan puncak-puncak lain di Malaysia. Bagi yang mahu jalan mudah, ikut sahaja jalan berturap tar naik ke atas. Tapi bagi Emmalyn yang sukakan alam semulajadi, dia memilih denai hutan. Lebih redup dan ebih hijau, nyaman mata.

Selepas setengah jam mendaki, Tareq perhatikan gadis yang mendaki bersamanya langsung tidak tercungap. Steady sahaja langkahnya.

"Boleh tahan fit awak ni. Selalu panjat bukit?" terbit juga soalan kepada gadis yang sebelum ini disangkanya membosankan.

"Sekali sekala."

"Bukit mana?"

"Bukit inilah."

"Tak naik bukit, gunung lain?"

"Belum explore, baru dua bulan balik." Sejak balik memang emak dan bapa Emmalyn sebolehnya anak mereka berkepit di celah ketiak sahaja.

"Then how come you are so fit?"

"Gym." Jawapan sepatah yang agak memeranjatkan.

"Awak pergi gym?" soalan bagai tak percaya, gadis bertubuh kecil ni seorang gym rat? Eh, tak percayalah!

"Hm hm, apa lagi nak dibuat di Ipoh ni. Seperti bandar-bandar Malaysia yang lain, aktiviti utama adalah makan dan shopping. Pergi gym lagi best."

Wah, tak sangka minat kami sama! "Buat routine apa kat gym?"

"Weight training sikit. Untuk cardiovascular, treadmill."

Bersembang tentang gym, baru terasa bagai boleh jadi kawan. Tak sangka Tareq yang Emmalyn ini tahu serba serbi tentang senaman.

"Bila-bila saya nak ikut awak ke gym. Dah hampir dua minggu saya tak exercise, cuma jogging saja."

"No problem, di gym saya, member boleh bawa tetamu."

Naik bukit disambung tanpa rasa canggung. Tak ada jodoh, boleh jadi kawan fikir Emmalyn. Lepak kat gym sama-sama.

Di pertengahan jalan, ada anak sungai kecil, Emmalyn mengangkat wudhu. Tiba di atas bukit, dicarinya sudut terpencil, ditebarkan tikar plastik, lalu dia menunaikan solat.

Usai solat, dia menawarkan tikar plastik kepada Tareq, "Nak pinjam?"

Lalu jejaka berbadan tegap itu menunaikan solat. Usai solat dilihatnya Emmalyn duduk di atas seketul batu sambil makan. Tareq melabuhkan punggungnya di batu sebelah. Emmalyn menghulurkan sebungkus plastik berisi kurma, kismis dan kacang. Kemudian dihulurkan juga sekeping high protein bar.

Duduk di atas batu yang keras, mengunyah makanan ringkas untuk mengganti tenaga yang hilang. Penat mendaki hilang bila mata disajikan dengan pemandang yang indah.

Habis makan, Emmalyn bertanya, "Awak ada air?"

"Ada."

Maka tak jadi dia hendak menawarkan air kosong yang dibawanya dari rumah.

Selepas dua tiga teguk, terbit soalan yang tidak disangka dari mulut si Alpha Male, "Emmalyn, apa rancangan masa depan awak?"

Aik? Apa hal nak tanya tentang rancangan masa depan aku pula?

"Macam orang lain juga. Kerja, jaga mak bapa, kahwin kalau ada jodoh, beranak-pinak"

Macam orang lain juga.... aku ni boleh ke nak merancang macam orang lain? Kahwin...beranak pinak? Duduk jauh di Qatar... jaga mak bapa pun tidak.... nasib baik ada Sohail, abang sulung, dialah yang boleh diharap untuk menjaga mak bapa.

"Awak?" dah dia tanya aku, aku pun nak tanya dia....fikir Emmalyn.

Tak berjawab, tapi muka macam orang yang sedang memikirkan jawapan. Apa susah sangat ke nak fikir? Kerja, kawin, beranak, balas jasa mak bapa. What's so complicated?

Malas hendak menunggu jawapan si Alpha Male, Emmalyn menyambung, "Satu lagi.... saya nak merantau seluruh dunia. Ini rancangan kami."

"Seluruh dunia?" terkejut juga Tareq mendengar, "Rancangan dengan siapa?"

"Dengan BFF saya. Kami merancang setiap tahun, wajib ke luar negara. Tahun ini nak berjalan ke belah-belah Asia sahaja."

Sembang-sembang disambung dengan cerita geng Emmalyn merayau ke sana-sini. Rupanya bila kena dengan topiknya, baru dia banyak cakap. Dan merantau ini memang satu passion baginya.
Seronok mendengar cerita orang yang passionate tentang sesuatu. 

What am I passionate about? tanya Tareq kepada diri sendiri? Seluruh masanya dihabiskan dengan bekerja. Bukan kerana dia passionate sangat tentang kerjanya, tetapi ..... itu saja yang dia adakan?

Baru tersedar dia... gadis ini, dia fikir seorang yang membosankan kerana rupa dan perwatakannya yang sederhana tetapi gadis ini, hidupnya jauh lebih menarik dari hidup aku. Apa yang aku ada? hanya kerja, kerja, kerja. Bosan bekerja dia ke gym.

"Jom turun, gelap pula langit tu," ajak Emmalyn sambil mengemas. Bungkusan yang masih berisi makanan ringan dimasukkan ke dalam back pack. Bungkusan kosong dimasukkan ke dalam poket sisi back pack. Jumpa tong sampah nanti boleh dibuang.

Semakin lama semakin gelap langit. Emmalyn tidak bimbang basah kena hujan, kerana semasa rambling di Sutherland  dan Inverness di Scotland, memang kerap kena hujan. Tapi dia tahu keluarganya mesti bimbang jika hujan lebat dan dia masih belum pulang dari mendaki bukit.

Langkahnya dilajukan tetapi baru turun separuh jalan, hujan turun selebat-lebatnya. Kelam-kabut, Emmalyn mengeluarkan baju hujannya. Baju hujan dipakai, hood ditarik menutup kepala. Siap! Dengan baju hujan rambling jenama Columbia itu, setitis hujan pun tak akan mengenainya. Kasut hikingnya pula waterproof. Cuma silapnya dia tidak memakai seluar waterproof.

Puas hati dia tidak akan basah, Emmalyn mendongak memandang ke arah teman daki bukitnya. Way....lah! Apa kena si Alpha Male ini? Hilang waras ke apa? Mata terpejam, kepalanya didongakkan ke langit dengan tangan menadah air hujan. Senyum lebar di bibir.

Dia waras tak waras satu hal. Tapi aku yang melihat dia begini pula yang boleh hilang waras! Mana tidaknya, kemeja T nipis berwarna putihnya sudah basah lencun, melekap ke tubuhnya sehingga jelas kelihatan otot-otot kekar di dada dan bahu. Dagu Emmalyn terasa berat, dadanya terasa perlukan oksigen. Bernafas melalui hidung sahaja sudah tidak mencukupi, maka dia bernafas melalui mulut.

Selepas beberapa ketika, si Alpha Male tersedar dan membuka mata. Si gadis rupanya melopong memandangnya. Sah dia fikir aku ini gila, sengih di bibir semakin melebar.

"Sedap kena hujan... dah bertahun saya tak tengok hujan. Apatah merasa mandi hujan," kepada gadis diberi penerangan, bimbang jika dia berlari memonong turun bukit kerana memikirkan teman mendaki bukit sudah hilang waras.

"Enjoylah puas-puas. Jangan jatuh sakit sudah," aku pula sudah-sudahlah enjoy memandang tubuh dia, ingat-ingatlah dosa, Emmalyn!

Sudahnya mereka turun bukit, seorang memakai baju hujan, seorang lagi sengaja membiarkan tubuhnya basah ditimpa hujan. Hujan lebat pula tu. Tiba di kereta, selamba Tareq masuk dengan tubuhnya yang menitik-nitik dengan air hujan. 

Melihat wajah prihatin Emmalyn, dia jelaskan, "Kereta Atok tak ada siapa yang pakai. Balik nanti saya lap."

Belum sempat Emmalyn menjawab, Tareq membuka baju T-nya yang basah. Mulut Emmalyn melopong besar, lebih besar dari tadi. Duduk dalam kereta yang sempit, hujan lebat di luar dan mamat di sebelah buka baju. Huuu, boleh kena heart attack!

Selamba si Alpha Male membuka tingkap separuh, baju T-nya diperah di luar tingkap. Beketul-ketul otot lengannya bila dia memerah baju. Jantung Emmalyn bagai mahu melompat keluar.

Baju T separa kering, dilap keseluruh badan rambut. Rambut Tareq yang basah lokos, kering dan mencacak. What is he doing? fikir Emmalyn, mulut ditutup, liur ditelan. Nak goda aku? Ish...nak goda aku buat apa? Jangan perasanlah Emmalyn.

Baju T dicampak ke belakang. Enjin kereta dihidupkan dan kereta buruk itu dipandu ke arah rumah Emmalyn. Makan setengah jam, naik turun bukit tujuh setengah jam, rehat di atas setengah jam. Hari sudah hampir pukul enam tetapi disebabkan hujan yang lebat, di luar kelihatan bagai sudah malam.

Sepanjang perjalanan, Emmalyn memandang terus ke hadapan. Sesaat pun dia tidak menjeling ke sebelah. Jaga pendangan mata wei.... ingat dosa....

Lima ratus meter dari rumah Emmalyn, dia meminta Tareq menghentikan kereta di tepi jalan. Kereta dihentikan dengan kerutan di dahi.

Kereta berhenti, Emmalyn membuka baju hujannya dan dihulurkan kepada Tareq.

"Pakai," gesa Emmalyn bila Tareq hanya memandangnya kehairanan.

"It's not raining in the car, Emmalyn," si gadis diperli tapi baju hujannya dipakai juga.

Kemudian kereta disambung pandu ke rumah Emmalyn. Masuk sahaja kereta ke dalam halaman rumah, belum sempat enjin dimatikan, berduyun-duyun kerabat Ngah Balom keluar ke beranda rumah, termasuklah mak bapa Tareq.

"Get ready, ribut taufan kat dalam tu nanti," bisik Emmalyn kepada si Alpha Male.










87 comments:

  1. Tak baik bg harapan palsu kat reader. Zzzzzzzz:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf...bukan niat nak kasi harapan palsu....sy tulis sedaya mungkin... bila dah ngantuk sampai terlena ngadap lappy, baik saya tidur saja kan... klu keep on type pun merepek2 je

      Delete
  2. Aik...baru nak masuk gear 2 baca n3 ni dah kena N,aduh nina.....

    ReplyDelete
  3. emmalyn bff una kn..haha..bru je abs bce nvel tu

    ReplyDelete
  4. Alaaaa sket nyaaaa nk lagi kak hanina....hehe~

    ReplyDelete
  5. Best baca citer you nih...buat peneman turun naik train...hehehe....kali ni pi dating kat bukit kledang buatkan I teringat ms first date ngan asben....aku heret dia ke bukit kledang...pelik lak dia...slalu org ngedate kat wayang ke, shopping mall ke....anyway i'm the true ipohrean....hahaha.....keep it up nina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ipohrean.... is taht how u say it? hmm
      nnt boleh sy minta tips ttg bkt kledang...bkt ni jadi bkt temu jodoh ek?

      Delete
    2. Ipohrean tu term ms skolah2x dulu...especially kalo ade sports tournament....perak ade several districts...we all yg duduk kat ipoh nih walaupon main sukan sayur jek kene buli ngan daearah lain, tp tetap bangga ngan daerah kinta...hahaha...semangat je lebih...bkt kledang tu sgt nostalgia tau...sbnrnya I nk test hubby ms tu...dia rela pi dating panjat bukit tak...hehehe...

      Delete
  6. Hanina suka main tarik tali eekkk... Skejap hulur pastu d rentap semula. Sy baru nak duduk bersila, eh... Tau2 sambung esok. Janji esok ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lerr bukan sengaja nak tarik2 tali... sy curi2 masa tulis citer, tup2 ngantuk...

      Delete
  7. laaaaaaaa.......[tu dia pjg la nye] x sempat enjin nak panas, dh hbs...ish...ish...ish..baru nak lompat bintang td ...hahaha

    ReplyDelete
  8. alamakkkkkk...........x sempat nak feeling...huhuhu

    ReplyDelete
  9. adehhhh...ciputttt...klakar la tetiba kuar ayat " dia akan pergi menjamu selera bersama Mama dan Papa yang ... nnt esok2 sy sambung...mata dah layu la plak..."....ingatkan ye la sambungan ape yng tareeq dok fikir lam otak dia tp rs cam pelik plak...fikir2 balik owhhh rupanya Nina yng ngantuk nak sambung cite ni sok2 hahahahhaha...lawakla

    ReplyDelete
  10. You ni notty ye nina. Suka mndera perasaan. Itu yg buat i likeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sengaja nak jadi notti. memula x boleh tidur...tapi bila ngantuk tu tak boleh tahan sangat2

      Delete
  11. Boleh plak gitu..keh3..sabo jelah dgn pn writer ni..

    Awas..jgn lupa janji...hahah (gurau saja!)

    ReplyDelete
  12. Potong stim laaa... waaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  13. Terbaik la part ending ni..Hahahaahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he minta maaf ye...dilanda ngantuk part tu...

      Delete
  14. huaaa...... boleh pulak ending dia nanti esok2 saya sambung.......
    2 3 kali akak baca, sbb tak percaya mcm tu ending untuk n3 nie.......

    ReplyDelete
  15. Adoi...kne bersabar la ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan slogan saya...kayuh pelan-pelan...

      Delete
  16. Aiseh....biar betol nina ni.. org baru nk tau depa pergi mana sbb Menglembu tu dekat kg org..aleh2 dia boleh tido!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, nnt kalau ada apa2 fakta yg tak kena, bg tau sy eh!

      Delete
  17. Hihihihi. ..cik nina....mula2 bc sy bdebar2....tiba2 opocot....abis dah....hihihihi. ..tqvn cik nina.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngantuk punya pasal lerr ni..

      Delete
    2. Jantung sy pn bgai nk meloncat keluar spt emmalyn saat alpha male lencun dek hujan....pastu siap tyg2 lgk....walah...walah....senyum.....senyum....debar...debar.tqvm cik nina....hihihihi

      Delete
    3. Inda...sy pernah melalui keadaan ni, itu yg saya tulis. tp yg buka baju depan saya tutak kekar badannya montel aja...he he he

      Delete
  18. Wah rindunya baca citer ni....sambungan bila nak up kan?
    Seteguh Fayqa dah siap tak? Heeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm saya ni ...susah arr nak tetapkan deadline, tulis ikut sempat je..

      Delete
  19. lah...kita punya bersemangat...alih2 dia yg ngantukkk adoiii...saja tau cik nina nih...iskh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x saja, mula2 mata tak nak lena. so sy pk...tulis lah sikit...pastu tup2 tersengguk2 dpn laptop..

      Delete
  20. Dear I notice... PMS ader kereta antik... Knk pun ader proton cabuk SF ade.kancil now Toyota.. Hmmm trademark kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ek? seh...tak kreatif lerr saya ni...

      Delete
    2. Eh... Masih kreatif dear.. I notice because I baca berkali 2 buku2 you.... Don't worry... Different situation. . I am still a big fan...

      Delete
    3. Eh... Masih kreatif dear.. I notice because I baca berkali 2 buku2 you.... Don't worry... Different situation. . I am still a big fan...

      Delete
    4. nasib baik kali ni nama Tareq.. bukan Zhareq hehehe

      Delete
    5. findingsyafi...Tareq...Dzariff, cukup cukuplah dgn hero nama mula huruf z kan...

      Delete
    6. juslyn... sy perlu pastikan tiada yg berulang2 dlm citer sy...tp mmg ada tendency nak ulang2...nama pun manusia....banyak limitations.. :)

      Delete
  21. Wah really enjoy...
    Tu tareq..sombong x kna tmpt..bila dh knal emalyn br tau org tu mcm mn

    ReplyDelete
    Replies
    1. sombong? hmm agaknya....cuma hati dia dah tertututp.... nnt bila dia kenal em, br dia tahu bahawa isteri juga boleh jadi kawan yg paling baik!!

      Delete
  22. hahaha. mcm2 hal c emalyn dgn tareq neh. amboi tyg2 body. da mcm 'sexy goatee' kikiki... =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamba badak je tareq tu...almaklum dah bertahun hidup sorang2 :)

      Delete
  23. suka2..best idea cik writer kesinambungan dr PMS..novel kesayangan tuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nak menumpang populariti pms tp masa sy tulis ttg em, yg pendiam dan sangat sederhana dalam pms, i said to myself ...seronok kalau buat citer budak ni... :)

      Delete
  24. Selamba badak je budak tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg mana tareq ke em? tareq eh? main buka2 baju pulak

      Delete
  25. Emmalyn selamba , Tareq pun selamba...mmg padan la derang ni...
    X sabar nak baca kisah derang bercinta ngan selamba...camne agaknye ek
    As usual...10q, Nina...4 the amazing love story

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome dear...love stories...warm our hearts kan...

      Delete
  26. best lh nina...psgan yg mjalani khidupan yg b.beza...syok maaaaa..

    ReplyDelete
  27. akhirnya...thanks Nina :D...best la nama hero...mcm macho n sexy...huhuhu

    ReplyDelete
  28. Hehe comel....oh xsabar lak tgu next part!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. next part...derang kena ambush!! dgn siapa? dgn clan Ngah Balom lerr...

      Delete
  29. alhamdulillah akhirnya.....terima kasih miss writer.....aduhaiiiii la si tareeq....tayang body lak kat emm yer....agaknya strategi kot....nak wat emm jatuh hati kot....x sabor nak baca seterusnya....apa agaknya jadi bila diorang sampai umah emalyn....mesti uda jah dah tunggu ngan senyum lebor tu....hehehe (suka sgt buat spekulasi nyer....)

    ReplyDelete
  30. hahhahaha....adeh laa....masak la Emm kene soal selidik guna mesin gun M16 dah x men guna pistol dah...kesian3...yg si mamat Alpha mele neh saje je tayang body ketak2 dia 2 kat Em...nasibla Em neh tahan godaan...sesak napas den hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sesak napas!!! minta nayawa! minta nyawa! LOL

      Delete
  31. ni major hunk yg pet dgn una kate tu kan..
    agreed,mmg major hunk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...major hunk...Alpha Male...tup2 heroinenya wall flower!!

      Delete
  32. Citer2 nina mmg boleh buat saya melekat kat blog n buku.
    Kali ni abt Perakian pulak. Keep it up. Rasa mcm rumah
    Emmalyn tu sebelah rumah saya jer.

    Salam Ramadan untuk nina n all the readers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo zue org peghak ye? org peghak ni mmg tersangat2 loving!

      Delete
  33. Good job..teruskan, x sabar nak menghayati perasaan emalyn

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, mmg saya pun sangat rindu nak tulis pasal emmalyn tp....masa tersangat limited

      Delete
  34. terima kasih sangat2 berhenti kejap. Banyak betul part2 sesak nafas. Akhirnya dapat hirup oksigen. Hahaha fighting kak nina! All the best and salam ramadhan :) -mm

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he lepas ni ada lagi tak part sesak nafas?

      Delete
    2. uish lepasni makin sesak dada ni rasanya. haha jangan dera saya kakk. Kalau ada apa2 berita SF post tau akak :D saya tunggu sepenuh hati.

      Delete
  35. kak Nina..putus nafas saya baca part Alpha Male !

    da macam Twilight Zone lak Hhahaha
    !

    Best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he suka! suka sangat buat readers putus napas!! :)

      Delete
  36. salam ramadhan nina.dh lama xkomen kt sini.lps PMS tertnggu2 kisah yg mendebarkan hinggalah muncul DS. i like it!bukan SF xbest tp lebih suka PMS lg hehehheh, kena ngn jiwa.DS ni pn kena ngn jiwa gakzz.tahniah nina n terus berkarya ye.xsabar nk tnggu next n3.

    ReplyDelete
  37. Whoaaaaa...makin menarik.....hehe

    ReplyDelete
  38. Whoaaaaa...makin menarik.....hehe

    ReplyDelete
  39. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete