Sunday, 14 July 2013

Dia Seadanya Bab 4


Salam Ramadhan....

1) tak pendek (ha ha defend dulu sebelum kena tembak) hampir 5ms ye.

2) baca betul2 ada jalan cerita yg akan muncul semula di pertengahan cerita nanti...

Seteguh Fayqa? belum ada majlis perkahwinan lagi setakat ini, he he...


Bab 4



Berduyun-duyun tu sebenarnya hanya keluarga Emmalyn, Hajjah Khadijah dan mak bapa Tareq. Tapi bagi Emmalyn kalau ada Hajjah Khadijah a.k.a Uda Jah tu, maknanya seisi kaum kerabat Ngah Balom bagaikan hadir kerana apa yang berlaku dalam split second sahaja satu clan Ngah Balom boleh tahu. Uda Jah pakai Samsung Note II, senang saja dia boleh akses Facebook, Twitter dan Instagram. Kepada orang, Uda Jah cakap dia guna telefon canggih itu sebab skrinnya besar, senang matanya yang semakin rabun hendak membaca. Alasan!!

            “Eh! Andak Mah, Andak Aziz pun ada? Bila sampai?” sambil bersalam dengan Hajjah Asmah, Emmalyn cuba beriak selamba.

Sebenarnya turun sahaja dari kereta, dia sudah rasa semacam. Mama dan Papa bimbang dia naik bukit dalam hujan lebat, itu dia faham. Tapi ini…. tak tahu apa, but there’s something not quite right.

Hajjah Asmah dan Haji Abdul Aziz cuba membalas senyumannya tapi nampak jelas senyum terpaksa. Mama dan Papa pun nampak tak selesa. Hailer Uda Jah pun tak berbunyi. Apa kes ni? tanya Emmalyn dalam hati. Susah hati sangatkah keluarga dia dan Tareq? Hanya pasal naik bukit dalam hujan?

Nasib baik Puan Suhaila pandai menyelamatkan keadaan, “Melin dengan Tareq mandi hujan ke? Dah, pergi naik atas, mandi, tukar baju. Emil, tunjukkan bilik air kat Tareq. Pinjamkan baju kamu.”

“Kami naik atas dulu, ye. Nak solat asar sekali,” balas Emmalyn, lega boleh escape dari suasana yang terasa pelik itu. Kemudian laju dia mengikut abangnya, Emil, naik ke tingkat atas. Tareq yang diam tidak berkata apa, menurut naik ke atas.

Masuk ke dalam bilik, sepantas kilat Emmalyn mandi dan solat. Rimas hendak duduk lama-lama di atas bila dia tahu ada tetamu di bawah. Tentu Mama sibuk melayan mereka di bawah. Usai solat, dia memakai baju kurung kain kapas berbunga kecil berwarna hijau dan tudung rona sedondon. Pada mukanya disapu bedak nipis-nipis dan bibir pula lip gloss berwarna nude. Turun ke tingkat bawah, rupanya tetamu sudah selesai menjamu selera dengan Mee Siam dan teh panas.

“Duduk makan, Melin,” Uda Jah dah buat macam rumah sendiri, dia pula yang mempelawa Emmalyn. Sepinggan mee dicedok dan diletakkan di hadapan Emmalyn, “kami dah makan. Kamu tentu lapar, hujan-hujan kerabat bukit.”

“Masa kami naik tu, cuaca elok je, Uda,” Emmalyn cuba mempertahankan diri. Mana mamat Alpha Male tu? Tak siap bersolek lagi? Aku sorang saja kena tembak ni.

“Kamu ni, Melin, kami tahulah kamu tu belajar luar negara. Tapi tak bolehkah buat perangai macam anak-anak dara Melayu lain. Deme berdating pergi shopping complex. Yang kamu ni kerabat bukit,” haaa…. Uda Jah sudah mula berleter.

Selalunya Melin sengih sahaja, tak sampai hati nak melawan leteran Uda Jah. Dia hidup sebatang kara sejak suaminya meninggal lapan tahun lalu. Kalau tak berleter dengan anak buah, takkan nak berleter dengan dinding di rumah.

Mee dalam mulut ditelan, rasa malu ditahan, Emmalyn menjawab juga, “Alah tu baru bukit, Uda, bukan gunung pun.”

“Amboi! Anak dara zaman sekarang, menjawab! Menjawab! Habis lepas ni kamu nak kerabat gunung pulak ke?” wah… nampak gayanya hailer Uda Jah sudah mahu keluar.

“Kalau nak naik gunung, kena jadi isteri dulu, Uda,” tiba-tiba ada yang menjawab dari tangga.

Eee… mamat Alpha Male ni, pandai-pandai sahaja menjawab yang bukan-bukan, gerutu Emmalyn dalam hati. Tapi geli hati pun ya melihat si Alpha Male memakai kain pelikat dan T-shirt Emil. Comel pun ya juga. Ish, Emmalyn, mamat badan setegap ini kau kata comel? Kalau kucing, iyalah comel.

“Kalau dah jadi bini kamu, ikut suka kamulah nak angkut ke mana, Tareq. Ini hujan-hujan, gelap-gelap, kamu angkut anak dara orang naik ke bukit, ke tempat jin bertendang,” dah si Alpha Male itu pula menjadi sasaran Uda Jah.

Mereka sepupu sepapat memang sudah terbiasa dengan leteran Uda Jah, tapi Emmalyn perasan riak muka Hajjah Asmah dan Haji Aziz  sudah berubah.

“Melin yang ajak Tareq ke sana, Uda. Susah nak cari kawan naik bukit tu. Bukan selalu pun Melin dapat naik,” cubaan Emmalyn untuk meredakan keadaan. Kepada Tareq dia mempelawa, “Jemputlah duduk,” sepinggan mee siam dicedokkan untuk teman naik bukitnya.

Penuh meja makan berkerusi lapan di rumah Puan Suhaila dengan suaminya, Hajjah Asmah suami isteri, Hajjah Khadijah dan Emil. Tareq dan Emmalyn makan, mereka menonton.

“Andak, Melin ni memang kaki merayau. Kami di sini ni, kejap-kejap dapat poskad dari Peranchis, kejap dari Turki. Gunung-ganang kat England dan Scotland tu habis dia dah panjat,” panjang lebar Puan Suhaila bercerita. Kalau betul nak dibuat menantu biar diberitahu baik buruknya.

“Kerabat bukit, kerabat gunung, memang handal anak kami ni. Tapi masak nasi, masak lauk, tak berani nak jamin,” Encik Ehsan berseloroh, pecah ketawa di sekeliling meja. Keadaan yang agak tegang tadi terus jadi santai selesa.

…. kecuali pada Emmalyn. Mukanya merah, lebih merah dari sos tomato dalam botol di atas meja. Mama dan Papa ni rupanya lagi teruk dari Uda Jah!! Sibuk nak suruh orang kahwin, tapi habis semua diceritakan. Sempat juga dia menjeling si Alpha Male, tunduk tekun dia menjamah mee tapi Emmalyn nampak juga senyum simpulnya.

“Alah, kalau segala ilmu akaun boleh belajar sampai lulus, apa susahnya nak belajar masak nasi, masak lauk. Berguru dengan mak mertua pun boleh,” Hajjah Asmah turut berjenaka.

Wah! Lebar senyuman Hajjah Khadijah. Memang betul firasatnya, Hajjah Asmah suami isteri memang sesuai berbesan dengan Suhaila suami isteri. Si Emmalyn pula memang sesuai dengan Tareq. Kalaulah nanti sejarah lama Tareq ni muncul semula, rasanya Emmalyn takkan melatah menghadapinya. Antara anak-anak buah perempuannya, Emmalynlah yang paling tenang orangnya.

Emmalyn sudah tidak tahu mahu ke mana nak disorokkan mukanya. Si mamat Alpha Male pula selamba makan bagai tidak faham apa yang dibualkan.Usai minum petang, jenuh Puan Suhaila sekeluarga mengajak Hajjah Asmah suami isteri untuk makan malam di rumahnya. Lain kali sajalah, itu jawapan Hajjah Asmah yang sebenarnya terasa malu kerana menerjah rumah orang yang diharap bakal menjadi besannya hanya kerana bimbang anak terunanya membawa anak dara mereka naik bukit ketika ribut taufan di luar.

Hajjah Asmah sekeluarga diiringi hingga ke anjung depan. Emmalyn berbelah-bagi, nak hulur ke tidak, nak hulur ke tidak? Kalau dihulur nanti jenuh kena usik. Tapi kalau tak dihulurkan, nanti teringat-ingatlah pula.

Akhirnya, dihulurkan juga, “Tareq, nah, in case kalau tak sedap badan.” Panadol sepapan.

Lebar senyuman semua orang yang memandang, sudah boleh bau nasi minyak. Hajjah Khadijah tidak mahu kalah, “Ha! Macam tulah orang, dah kamu heret dia naik bukit tengah-tengah hujan, pandai pula bagi ubat.”

“Thanks,” ubat disambut dengan senyuman. Good, she’s caring. “Gym esok, on?”

Ha?! Dah gym pula? Ada janji ke? Tak perasanlah pula. Jawab je, “Oh! Okay.”

“Leeee….. deme ni, ape-ke-hei? Pergi dating, naik bukit, masuk gym. Tareq, ini kau belajar cara dating dengan orang Arab sanun ke?” hailer sudah keluar….

“Apa pulak dating, Uda. Pergi gym sajalah,” bantah Emmalyn.

Gym pun gymlah, fikir Hajjah Asmah. Asalkan budak berdua ni mahu berkenal-kenal. Bimbang hatinya bila Tareq tak kahwin-kahwin. Macam cerita lama dulu masih lagi menghantuinya. Kahwinkan dia, pujuk suruh balik kerja di Malaysia. Biar beranak pinak di depan mata. Sampai bila nak bawa diri ke tanah Arab sana nun?

Honda Accord dan Toyota buruk keluar meninggalkan halaman rumah Encik Ehsan. Mak si teruna sempat berdoa moga ditemukan jodoh anaknya dengan gadis baik pendiam bernama Emmalyn itu.

Masuk sahaja ke dalam rumah, baru Emmalyn hendak mengemas meja makan, Uda Jah bertanya, “Apa seronok pergi ke gym tu Melin?”

Sudah! Wartawan-tak-berbayar Ngah Balom clan ini nak ikut ke gym ke esok? Parah! Fikir  Emmalyn.

74 comments:

  1. Hikhikhik... Suke tgk laki pakai kain pelikat ngn tshirt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg bujang je la tp.. Hahaha..

      Delete
    2. Tareq pinjam pelikat Emil sbb seluar Emil dia tak muat, kan dia badan sasa. Hep! jgn renung2 bujang2 yg pakai pelikat ye...

      Delete
  2. hm...memang tak pendek...tapi tak panjang jugak...huhuhu~ tapi, takpe la...asalkan ade...hari2 saya dok visit blog kak nina, tengok ade entry baru ke tak..hehe~
    tQ kak nina.... :)

    ~nadharis~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad...paling kerap pun seminggu sekali je...dgn nak siapkan SF nya lagi kan...

      Delete
  3. Oh my! Pegi gym pulak! So different yet so sweet..cepat2 la kahwin haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. em rasa dia bukan tareq's type of girl so she's just going along as a friend.

      Delete
  4. Gym kes....kita tunggu!! Nina..antara Emm ngan Una sepa lg comel ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi rupa tentulah Una menang sebab dia manis. Em ni tersangatlah biasa dari segi rupa....sy cuba buat dia stand out dari segi personality.... sama macam Una, she's very very kind. Ingat tak Una sentiasa nak buat semua org gembira..birds of a feather flock together kan...

      Delete
    2. rindu kat una.. x sabar nak tgk drama..

      Delete
    3. norana, dlm DS ni nnt una n z akan muncul..

      Delete
    4. best, best, best... geng kaki rayap pun ada x? hihi

      Delete
    5. Ingat! Ingat! Una mmg da best! Hehehe....

      Delete
    6. norana & renn, nnt una n pet kuar dlm citer ni kasi support kat derang punya BFF

      Delete
  5. Ada bau nasik minyak ni! Snif snif....
    Pegi Gym tu alasan Tareq nak date Emm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau pun dia kesepian...tak de kawan kat Ipoh?

      Delete
  6. alahaiiii sweet couple..... greattt n3 sis nina.... mmg lain dr yg lain diorg ni dating hihi... sekepala lak tuee...

    ReplyDelete
  7. Tak boleh bayangkan kalo saya ada mak sedara mcm uda jah ni.. huhu..

    btw,sis.. agak2 bila SF bakal keluar ek?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun bkn mak sedara betul tu, tp mak sedara pupu2... uda jah tu lonely, hubby dah tak ada, anak pun tak ada, so nak hilangkan sunyi, dia menyebok hal anak2 sedara...but she means well

      Delete
  8. apalah sejarah silam si tareq ni.. misteri sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah! org pertama yg tertanya.....

      Delete
    2. nina, norana.... i just wondered the same! apa yang pernah si alpha male lalui ya sampai macam tu sekali tindakan mak ayahnya?

      Delete
    3. hmm just a twist to make the story interesting....

      Delete
  9. assalam hanina,

    okay lah walaupun tak panjang...setidak-tidaknya dapat juga melepaskan rindu kat cite2 hanina, sementara menanti SF..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat langsung nak tulis SF, DS nya pula awal2 ni baru simple je story line nya

      Delete
  10. Bwk aje le uda jah..blh bina body..bior mulut tu senyap ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) I'm quite fond of Uda Jah, i have many aunties cam ni. Nnt kat tgh citer, you will see how supportive is Uda Jah of her anak buah...

      Delete
  11. Gee: saya setuju 200% ... ha ah lah rindu kan SF tp ada melin dan tareq ok juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) InsyaAllah, seminggu sebelum raya, saya cuti, saya akan tulis SF banyak2 (janji dicapati)

      Delete
  12. Teringat dalam PMS,Si Alpha Male menjeling Si Gadis, bila dia hanya diperkenalkan sebagai sedara,agaknya masa tu, dah ada bunga-bunga dalam taman hati Si teruna ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha Puan Mawar, masa sy tulis part tu dlm PMS, dah muncul idea citer pasal Em. Saja nak buat dia dtg ke kenduri tu dgn possible love interest. Em plak saja nak divert kawan2 dia dari mengusik, ngaku kata Tareq tu sedara, whcih is true, though sedara bau2 bacang je

      Delete
  13. Teringat dalam PMS,Si Alpha Male menjeling Si Gadis, bila dia hanya diperkenalkan sebagai sedara,agaknya masa tu, dah ada bunga-bunga dalam taman hati Si teruna ye.

    ReplyDelete
  14. Haha..comel giler..sejarah Tareq agak misteri sbb bawak diri bertaun-taun tu ceq..hee

    ReplyDelete
  15. oh noooooooo....uda jah....alamak,......kompom ada wartawan x de gaji ikut g gym nie..... hehehe....puan writer...saya suka sgt baca bila si tareq tunduk makan sambil senyum simpul bila mak ayah si melin bercerita pasal melin....aduhhhh....diam2 pasang telinga....hati berbunga2 ke si tareq tu....hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he senyum simpul? haaa...nanti kita tengok kat gym dia masih senyum simpul atau tarik muka masam :)

      Delete
  16. adeh la...kite dah mula rasa bengang ngan Uda jah yng banyak songeh neh...mmg tabek salute la ngan Em sbb dia leyh thn ngan perangai Uda Jah...kalo kite mintak ampun mintak maap le...x koso den do..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ada ramai aunties cam tu so kita dah biasa..... tp dlm kecoh2 tu aunties tu la yg sayang kita macam anak dia sendiri.... :)

      Delete
    2. a'ah kote pon sama...that's how they're showing their love to us right???? kalu depa x tegoq x bising2 cam 2 kite mungkin x sedor diri ngeeee

      Delete
  17. ape agaknya kisah lama si alpha male yer?...n kenapa semua buat pelik masa em n tareq sampai rumah...erm...thinking2...xpe la...let it go with the flow...thanks nina.

    P/s: bila nina nk bagi teaser sf lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear Wan, tareq's dark past hmmm masuk bab 18, 19 cenggitu baru terburai kut!

      teaser SF? akan cuba taip banyak2 hujung puasa and put 1 up masa raya ye

      Delete
  18. hahaha..... cute lah wartawan tak bergaji dia.....sian si Em nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Em ni sian sebab dia ni pendiam and 'forgetable' cam kata Tareq, but later 2nd half of the story you will se she is so strong!

      Delete
  19. cute la...pergi gym pulak ke? Omg. memang kelass kau Tareq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih saspek...dia bukan interested in Em, saja ajak ke sana ke sini sebab sunyi kat Ipoh tu tak de kawan kan?

      Delete
  20. wah xsbr tgu babak2 di Gym..Super lah nina...

    ReplyDelete
  21. lps pergi gym, dating kat mana plak melin.. rerdah sungai plak..kayaking

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...so far tak de pulak plan nak redah sungai...tp terjun pokok tu ada la juga :)

      Delete
  22. Thanks nina. Luv una & emm so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dah jd macam kawan2 kita kan?

      Delete
    2. yup boleh jadi kawan2 kita. lepas ni emm belajar masak dari una dan cara memikat suami sbb dia ni blur sikit hehe

      Delete
  23. I wonder what happened to Tareq. seems like the parents are so eager to get him together with Em.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, they are definitely eager and Uda Jah chose her to pair with Tareq out of her many nieces sebab dia "yg paling tenang'............hmmmmm. PJ, nak tau kena tunggu till bab 18, tho I may let the cat out of the bag earlier!

      Delete
  24. Tareq ni betul ke ni nak kawin2 ni? ntah2 in the end.. jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada kemungkinan jeng jeng jeng ni , he he

      Delete
  25. haha... suwiitt ape dating nek bukit, g gym. len dri yg len..hehe. Suke suke.. banyakkan lg loghat 'Peghakk' kak..anak jati perak neh! (>,^)V

    p/s:kak bole x senarai pndekkan watak2 atau kaum kerabat Emmalyn dgn Tareq? Ramai benor kaum kerabatnya. Kekadang lupe org ni sape, org tu sape...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tulis salasilahnya ye... akan diusahakan...

      Delete
  26. pelik sesi perkenalan diaorg ni..tp unik...

    ReplyDelete
  27. suka benor membawa diri watak hanina ni yer... mcm tuan dia gak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. membawa diri...mmm u mean si tareq membawa diri ye? cam si naz dulu bawa diri?

      Delete
  28. ha...mana bab baru? tunggu2. bukan tiap minggu ada bab baru ke

    ps: nak pergi gym ngan tareq gak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he ada reader kata "kak kat mana saya boleh jumpa dgn Khaalish? I want him" he he

      Delete
  29. Nak bab baru lagi... Btw,bila SF nak publish?? Tak sabaq nak beli ni..

    ReplyDelete
  30. Nak bab baru lagi... Btw,bila SF nak publish?? Tak sabaq nak beli ni..

    ReplyDelete
  31. Salam Cik Nina,

    Dlm bz pun masih sempat karang SD. Progress SF macam mana? x sbr nk tahu perkembangan seterusnya. Rindu plak kat Si General n Fay yg suka sgt bergaduh.

    Salam lebaran wat Cik Nina sekeluarga, Time raya jgn mengada-2 nak menulis, sambut lebaran dulu baru continue menulis. Kami setia menunggu..hehheeee

    By the way, cinta Em n Tareq (si alpha Male) memang terbaek dowh..

    ReplyDelete
  32. Yup...lelaki berkain pelekat :D

    ReplyDelete
  33. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete