Hello all, minggu yang macam2 bagi saya. Bottom line tak produktif langsung. Siap bab 5 ni rasa macam achieve sesuatu juga.
Aomori Sakura, you nak I tukar tajuk DS, how about Projek Ketiga? LOL
What do you all think of this chap? Moga terhibur!
Bab 5
Esoknya, seharian
Emmalyn sibuk di pejabat bapa saudaranya, kerja hingga tak panggung kepala kata
orang. Makan tengahari pun cuma makan nasi bungkus di meja sambil menyemak
akaun syarikat. Syarikat kontraktor bersaiz sederhana, kerjanya memang kurang
mencabar, hanya tugasan rutin yang tidak mencabar minda. Tapi bagi Emmalyn, itu
yang sesuai baginya sekarang. Sementara ibu bapanya masih ada, dia mahu bersama
mereka sementelah dari usia 13 tahun dia pergi jauh nun ke selatan tanah air
untuk belajar.
Yang seronok
tentang kerjanya, tepat jam lima petang, dia sudah boleh pulang. Kerja memang
tidak pernah habis tetapi dia masih mampu mengejar deadline. Ipoh pun tidak
sebegitu sibuk seperti Kuala Lumpur. Dalam tempoh lime belas minit, dia sudah
tiba di Senses Gym & Spa, yang sudah menjadi rumah keduanya di Ipoh.
Emmalyn sukakan gym ini, terleta di kawasan yang kurang sesak, tempat perkir
yang luas, kelas-kelas senaman yang pelbagai dan peralatan yang terkini. Memang
selesa!
Laju Emmalyn
menukar pakaian, baju kerjanya disimpan ke dalam beg yang dimasukkan ke dalam
lokar berkunci. Kunci digantung di leher, di dalam baju T. Sedang elok sahaja
dia masuk ke dalam bilik senaman dan muzik pun bermula. Senaman yang dipanggil
zumba, memang menjadi kegemarannya. Dengan muzik, yang dipasang kuat, Emmalyn
melupakan segala stres kerja dan stres keluarga yang sibuk mencarikannya jodoh.
Kaki dan tangan dihayun mengikut arahan instruktor. Jika dia bergerak seperti
orang sedang bersenam, memang dia cepat pancit. Tetapi jika gerakannya ditambah
dengan lenggok tarian, kurang pula rasa letih. Itu yang menyebabkan zumba menjadi
pilihannya.
Selepas fasa warm
up, senaman zumba masuk fasa kedua, muzik yang dimainkan semakin rancak, lagu
yang dimainkan adalah Hips Don’t Lie nyanyian penyanyi Amerika Latin, Shakira. Asyik
melayan muzik dengan gerakan-gerakan yang meliang liuk serta goyangan pinggul,
langsung Emmalyn tidak sedar sepasang mata yang tidak berkelip-kelip
memandangnya dari luar tingkap cermin. Sang jejaka, tuan punya mata pula,
hampir luruh dagu ke lantai melihat gerakan-gerakan seksi si gadis.
“My…. she can
move….. she can definitely move…” hanya itu yang tersembul di mulut sang
jejaka. Walau pun ralit menonton tarian si gadis, sempat juga terlintas di
hatinya, “Kalau bini aku, mati hidup balik aku tak bagi masuk kelas senaman
macam ini.”
Sejam masa berlalu
terasa bagai sepuluh minit. Selepas fasa cooling down dengan
pergerakan-pergerakan stretching, sesi zumba tamat. Instruktor yang cekap
mantap diberikan tepukan penghargaan oleh mereka yang mengikuti senaman itu.
Semasa Emmalyn meneguk air dari botol minumannya untuk menghilangkan dahaga,
seorang jejaka kacak berbadan tegap menghampirinya. Bukan main mesra mereka
berbual-bual. Jejaka di luar yang memandang melalui tingkap kaca tertanya-tanya
siapa teman si gadis itu, berbual bagai teman rapat!
Emmalyn dan teman
gymnya, Rizairil bersama-sama melangkah keluar dari bilik senaman. Terkejut
besar melihat jejaka peneman naik bukit semalam, berdiri terpacak di luar.
Macam pak guard!
“Eh! Awak datang
hari ini? Awak tak call, saya ingat awak tak jadi datang,” terkejut betul
Emmalyn, bukan dibuat-buat.
“Semalam saya ada
cakap, jumpa di gym hari ini kan?” mulut menjawab, mata sempat mengerling ke
arah jejaka di sebelah Emmalyn.
“Oh..ler…. minta
maaf. Hmm…. Saya dah habis bersenam, awak nak saya tolong awak daftar masuk
sebagai tetamu saya ke hari ini?” Sebenarnya Emmalyn sendiri tidak tahu apa
yang Tareq mahukan.
“Tak apa, saya dah
daftar sebagai ahli untuk tiga bulan.”
“Tiga bulan? Awak
bercuti tiga bulankah?” Lamanya cuti… adakah kerja yang cuti tiga bulan, hairan
juga Emmalyn.
“Saya pun tak pasti
saya cuti berapa bulan.”
Kriptiknya jawapan,
lantaklah dia nak cuti berapa bulan pun, apa aku gaduh? Tiba-tiba Emmalyn
tersedar Rizairil masih lagi berdiri di sebelahnya. “Eh, lupa pula. Tareq, ini
Rizairil. Riz, ini Tareq, sepupu saya.”
Kedua-dua jejaka
berbadan tegap itu bersalaman.
“Kerja di mana?”
tanya Rizairil, sekadar berbasa-basi.
“Qatar,” jawab
Tareq sepatah.
“Jauhnya…. Balik
bercuti?” Rizairil cuba menjadi kawan.
“Ya,” sepatah lagi,
nampak benar Tareq tidak berminat untuk berkawan.
Emmalyn menarik
nafas dalam, kasihan pada Rizairil, “Riz, jumpa esok ye?”
“Kick boxing
class?” ajak Rizairil.
“No, thanks,” jawab
Emmalyn sambil sama-sama tertawa kecil dengan Rizairil. Jejaka itu tak
henti-henti mengajaknya mengikuti kelas kick boxing, walau pun sudah berkali-kali
Emmalyn menolak. Dia langsung tidak berminat dengan senaman yang menggunakan
gerakan-gerakan menumbuk dan menendang.
“Okeylah, zumba
lagi Rabu ini?” Rizairil mengalah.
Sambil tersenyum,
Emmalyn bersetuju, “Insyaallah. See you.”
Rizairil berlalu ke
bilik menukar pakaian. Emmalyn dan Tareq yang masih tegak berdiri di koridor
saling berpandangan. Timbul rasa janggal.
“So, awak nak pergi
bersenam sekarang?” usaha untuk hilangkan rsa janggal.
“Esok sajalah. Awak
dah nak balik?”
“Haah. Mandi, lepas
tu baliklah.”
“Jom dinner.”
Ajak dating ke ni?
Err … nak jawab apa? Dinner? Makan je pun.
“Bila?”
“Pick you up malam
ni?”
“Lepas maghrib?”
“Okey.”
Balik ke rumah,
bila Emmalyn memberitahu ibunya yang dia akan keluar makan malam dengan Tareq
malam itu, lebar senyuman Puan Suhaila. Emmalyn pula tidak sedap hati. Tareq
sekadar mengajak keluar makan, ibunya sudah menaruh harapan? Kalau tak keluar
makan, nanti Uda Jah dengar, tentu kena bebel. Keluar dengan Tareq, salah. Tak
keluar, salah. Semuanya serba salah.
Emmalyn menarik
nafas dalam-dalam. Bayangannya di cermin direnung. Seluar jeans, baju T tangan
panjang dan tudung bawal bercorak. Ringkas, itulah dirinya.
Melangkah turun ke
tingkat bawah, Emmalyn mengingatkan dirinya… apa yang dia sendiri katakan
kepada Tareq. Berkenalan, kalau tidak serasi, jadi kawan sahaja. Siapa suruh
buat semuanya jadi complicated? Jodoh Tuhan yang tentukan, bersangka baik
dengan Tuhan, akan ada jodoh yang baik untuknya.
Sesi kaunseling
diri sambil turun tangga membuatkan Emmalyn tersenyum senang hati. Tiba di
tingkat bawah, rupanya si Alpha Male sudah menunggu, sedang bersembang dengan
bapa Emmalyn.
Tareq memanggung
kepala memandang si gadis. Ringkas, ceria ….. menenangkan.
Emmalyn memandang
Tareq. Kacak, hebat ….. misterius.
“Ah, Melin dah
siap?” Bapanya bertanya benda yang terang.
“Dah, Papa. Kami
jalan dulu ye,” tangan Papa disalam.
“Eh, tak tunggu
Mama ke? Dia di atas tu.”
“Tak apalah, Papa.
Cepat pergi, cepat balik,” jawab Emmalyn sambil melangkah ke pintu depan. Laju
sahaja memakai sneakers merahnya.
Tiada pilihan,
Tareq bersalam dengan Encik Ehsan dan meminta diri. Emmalyn sudah berdiri di
tepi kereta Toyota antik datuknya. Pintu dibukakan untuk si gadis. Masuk ke
dalam kereta, tanpa apa kata-kata, kereta bergerak meninggalkan rumah keluarga
Emmalyn.
Ini boleh dikira
datingkah? Apa takrif dating pun bukannya aku tahu. Mana aku pernah dating. Di
Southampton, ke mana-mana pun, dengan kawan-kawan. Tak pernah berdua dengan lelaki
begini. Hentam sajalah, Labu. Habis cuti dia balik Qatar, aku ke Beijing ke,
Kyoto ke dengan BFF. Hidup tidak perlu complicated.
“Cepat pergi, cepat
balik?” Dia ni keluar dengan aku sebab terpaksakah? Hmph, Tareq… dulu hotsuff,
enam tahun tak pernah keluar dating, sekarang perempuan dating dengan aku
kerana terpaksa? Hmm, skill sudah berkaratkah?
Kereta berhenti di
hadapan deretan kedai. Keluar dari kereta, Tareq bertanya, “David’s Diner
okey?”
“American? Saya
ingat awak nak qadha makan masakan Melayu?”
“Teringin juga nak
cuba makanan American. Di Qatar susah nak jumpa makanan American yang
autentik.”
Melangkah ke
David’s Diner, mereka memilih meja di luar. Makanan di pesan. Tareq memilih Mexican
Burritos dan Emmalyn yang masih libang-libu walaupun sudah membuat keputusan
untuk tidak membuat hidupnya complicated, memilih Grilled Salmon.
Berlalu sahaja
pelayan, Tareq membuka mulut, “Kita ni sepupukah?”
“Hah?” Itu pula
yang dia tanya?
“Kita ini
sepupukah?”
“Ermmm, Uda Jah
cakap moyang kita dulu sepupu. So datuk kita dulu, dua pupu. Bapa kita tiga
pupu. Makanya, kita empat pupu,” panjang lebar Emmalyn bersogheh.
“Habis, kenapa awak
cakap dekat Rizairil kita ini sepupu?” aik macam naik separuh oktaf pula suara
si Alpha Male ini?
“Saya cakap kita sepupukah?”
Mana aku nak ingat?
“Yes,” offensive
saja bunyinya.
“Well, technically,
kita empat pupu. Tapi boleh jelah kata sepupu tak?” selamba Emmalyn menjawab.
Apa masalah si Alpha Male ini pun dia tak faham.
“Sepupu tu macam
kita ni rapat sangat.”
Apa punya statement
ni? “Okay, if you object, lain kali saya akan kenalkan awak sebagai EMPAT pupu
saya.”
“Emmalyn…. Saya tak
maksud macam tu…” baru nak perbetulkan salah faham si gadis, ada
mamat-entah-dari-mana berdiri di tepi meja mereka.
“Melin!! Lamnya tak
jumpa.”
“Eh! Abang Rudy!”
‘Abang Rudy’
memandang sekilas ke arah ke arah jejaka berbadan tegap di sebelah Emmalyn,
“Dating ke? Kalau dating, Abang tak mau kacau.”
“Eh! Tak adalah,
Abang. Mehlah, join kami. Ini Tareq, EMPAT pupu Melin.”
Rudy tertawa kecil,
tanganya dihulurkan kepada Tareq, yang menyambut dengan tidak begitu mesra.
Sambil menarik kerusi untuk duduk, terlintas di kepala Rudy …. Emmalyn ni
memang tidak banyak cakap tetapi bila buka mulut, banyak yang lucu yang keluar.
“EMPAT pupu?”
“Haah, Bang. Moyang
kami dulu sepupu.”
“Terror family
Melin, boleh trace balik sampai ke moyang-moyang.”
“Dah kalau
berkumpul tu, aktiviti utama, makan dan bersogheh. Eh, kami dah order, Abang
orderlah.”
Rudy memesan
makanan. Makanan yang dipesan sampai. Sambil makan, Rudy yang banyak bercakap.
Bercerita tentang pengembaraannya terbarunya ….. Trans-Borneo Big Bike
Challenge, menaiki motorsikal besar beramai-ramai dari Kuching, Sarawak ke Kota
Kinabalu, Sabah.
Emmalyn yang gila
merayau, mendengar cerita Rudy dengan penuh minat. Tentu best gila kalau boleh
merayau dari satu hujung Borneo ke hujung yang lain. Tapi nak menonggek atas
motor besar tu, err… sorrylah!
Tareq dengar dengan
hati yang mendongkol, aku ajak dia keluar, dia pergi ajak mamat-entah-datang-dari-mana
duduk semeja pula! Apa katanya? Berkenalan dulu? Kalau tak serasi, jadi kawan.
“Hang on a minute….
Is this what I am doing? Berkenalan dengan dia? Hm? Betulkah? Berkenalan?”
Wajah Emmalyn direnung. A simple girl. 180 darjah jika dibandingkan dengan
Inessa. Stop! Kenapa perlu banding dengan Inessa? Stop it, Tareq!
Habis makanan di
pinggan, Rudy mula bercerita tentang rancangannya untuk mengembara menaiki
motor sikal besar di Mongolia pula.
“Mongolia, Bang?
Wow!”
That’s it! “Rudy,
kami minta diri dulu ye,” Tareq meinta diri
“Hah?” terkejut
Emmaly
“Haah, tadi awak
yang janji dengan Papa awak kan? Cepat pergi, cepat balik,” Tareq bangun,
cukup-cukuplah mendengar cerita hebat si Rudy.
Emmalyn tiada
pilihan, terpaksa turut bangun, “Bang, lain kali kita cerita pasal Mongolia ye,
Bang.”
“Sure, sure. Melin,
kalau nak ikut, ekspedisi ini ada 4 wheel drive juga.”
“4 wheel drive?”
wah…teruja Emmalyn!
“Emmalyn, saya
pergi bayar bil,” Tareq sudah tidak sabar, tidak sempat lagi hendak menunggu
pelayan datang membawa bil.
“It’s okay, it’s
okay. Dinner is on me. Bukan senang nak jumpa Melin,” celah Rudy.
Malas hendak
mengadap muka Rudy lagi, Tareq membalas, “Thanks, see you.”
“Bang, terima kasih
ye,” eh, mamat tu sudah sampai ke kereta? Panjangnya kaki dia! Laju-laju
Emmalyn mengejar si Alpha Male.
Masuk ke dalam
kereta, kereta bergerak, macam perjalanan datang tadi, diam sahaja. Emmalyn
tidak kisah, kepalanya berangan-angan tentang Mongolia. Tak pernah terlintas
nak ke sana. Tapi kalau dia, Pet dan Atai sewa sebiji 4 wheel drive, ikut Abang
Rudy, tentu gempaq!
Tareq pula memang
kisah, lalu membuka mulut, “Rudy tu siapa? Pupu-pupu awak juga ke?”
“Hah?” dari Mongoli
ke pupu-pupu?
“Rudy?”
“Oh, Abang Rudy….” Ish,
macam mana nak cerita?
“Macam dalam
Facebook, it’s complicated ke?” Tareq menembak.
Entah kenapa
Emmalyn cukup alergik dengan perkataan complicated. Falsafah hidupnya nak hidup
seringkas yang mungkin.
“Rudy tu projek
pertama Uda Jah.”
“Projek pertama?”
“Uda Jah nak match-make
saya dengan dia dulu,” berterus-terang, tak complicatedkan?
Projek pertama?
Habis aku ni projek kedua? Errr… keduakah?
projek ketiga, nina? siapa yang kedua? misterius... macam si alpha male juga.. :)
ReplyDeleteprojek 1, mamat motor besar. projek 2, mummy's boy. projek 3, si Alpha Male he he
DeleteNina, tang bab u kata Projek Ketiga tu, it's so hilarious! Now I understand why u wanna put the tajuk as Projek Ketiga!!! Well done Nina tho u claimed the week as not productive as before I think this chapter is good. Cukup rasa gitu. Re the tajuk Akan dipertimbangkan. Heheh (kata ardent reader yg perasan nk jadi advisor)
DeleteHaha alpha male da mula jeles la tu hehehege
ReplyDelete...tapi dia tak sedar...
Deletebest!! :) Tareq dh mula cemburu...Melin yg slumber...seronok!
ReplyDeletehmm, heroines citer sy sume slumber kan?
Deletehaahaha. tareq tak senang duduk. there's always 'something' bout kak nina's hero.. hurm.. menggoda i guess. :D
ReplyDeletelerr ingatkan husna razali mana...rupanya dekna kita he he. ooo hero yg menggoda...wajib!!
DeletePatut la terasa nak ziarah blog ni...ada n3 baru rupanye....baru tau Melin tu menarik ??? Tu la Tareq...cpt bebeno buat conclusion
ReplyDeletemelin tu outside nampak boring...mousy wallflower la katankan, but her mind and her personality...vavoom!
DeletePatut la terasa nak ziarah blog ni...ada n3 baru rupanye....baru tau Melin tu menarik ??? Tu la Tareq...cpt bebeno buat conclusion
ReplyDeleteuiks tekan 2 kali ek?
Deleteem...tajuk projek ketiga pon cam best gak kak nina...hehe~ bunyi die lebih menarik... ahh~ automatically teringat kat PMS. rindu kat una n abang zack...huuu~
ReplyDeletetapi kalau taruk tajuk projek ke3, nnt kang citer em kena overshadow by citer una pula...kita tengok dulu ek...citer em ni as strong as citer una tak...
DeleteNice nina.... Hahaha... Terhibur I... Sangat lurus Dan specific mellyn nie...
ReplyDeleteJR, ist time dengar heroine being described as specific, he he. em just wants to lead a simple life
DeleteHa..nk tnye sgt tareq...skali dpt jwpn sakit..padan muke
ReplyDeletehe he kawn dgn em kena tahu la dia tu lurus....straight je to the point
DeleteAda aura2 tercabar n cemburu ....
ReplyDeleteTareq, hang tu projek ketiga...pertama, motor..kedua anak omak....
P.s: tareq nie playboy ke dulu?
sj...lebih drpd playboy....
Deleteaik..dh ada bunga2 cemburu ker..haha lucu la tereq ni..dh tu apa lg tareq..say ok to uda jah la
ReplyDeleteish jue baru bab 5...err...bab berapa ye tareq nak kata dia interested?
Deletehaha. EMPAT PUPU... PUPU-PUPU. ha ha hadoii la kak nina. Memg cte2 akak ni wat sy thibur,gelak bdekah2 smbil baring2 neh! =D nmpk gaya c alpha male da ada angen2 cemburu gtu.. hehe. aah kak, tjuk projek ketiga pn best kak. npk catchy mcm PMS, KNK. Projek ketiga... hew hew, memg trus bygkan PMS. Hehe
ReplyDeletehaha. EMPAT PUPU... PUPU-PUPU. ha ha hadoii la kak nina. Memg cte2 akak ni wat sy thibur,gelak bdekah2 smbil baring2 neh! =D nmpk gaya c alpha male da ada angen2 cemburu gtu.. hehe. aah kak, tjuk projek ketiga pn best kak. npk catchy mcm PMS, KNK. Projek ketiga... hew hew, memg trus bygkan PMS. Hehe
ReplyDeletewwaaa mentang2 ckp ttg 4 pupu...awak pun respon 4 kali wa ka ka
Deletehaha. EMPAT PUPU... PUPU-PUPU. ha ha hadoii la kak nina. Memg cte2 akak ni wat sy thibur,gelak bdekah2 smbil baring2 neh! =D nmpk gaya c alpha male da ada angen2 cemburu gtu.. hehe. aah kak, tjuk projek ketiga pn best kak. npk catchy mcm PMS, KNK. Projek ketiga... hew hew, memg trus bygkan PMS. Hehe
ReplyDeleteseghiyau nnt klu taruk tajuk projek ke 3 nnt kang citer ni overshadow by pms...
Deletehaha. EMPAT PUPU... PUPU-PUPU. ha ha hadoii la kak nina. Memg cte2 akak ni wat sy thibur,gelak bdekah2 smbil baring2 neh! =D nmpk gaya c alpha male da ada angen2 cemburu gtu.. hehe. aah kak, tjuk projek ketiga pn best kak. npk catchy mcm PMS, KNK. Projek ketiga... hew hew, memg trus bygkan PMS. Hehe
ReplyDeleteerrrrrrrkkkkkkkkkk projek pertama???? aduhhhhaiii bukan si tareq jer yg terkujat....saya pun dah nak pengsan nie puan nina.....huhuhu....kesiannya melin.....rajin pulak uda jah nie ye match make tuk melin........
ReplyDeleteyup moto uda jag, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya...tu yg melin lemas tu..
Deletehehehehe.....bagus nya uda jah nie....nak tgk sgt melin kawin.....harap2 berjaya lah kali nie....
DeleteHikhimhik.. Boleh la kak nina projek ketiga.. "Projek pertama ko tolak.. Projek kedua ko tepis.. Projek ketiga ni uda jah gerenti ko naik pelamin.." kata uda jah dlm hati..
ReplyDeleteFR, nak naik pelamin pun ada cabaran nya...teka hanimun kat mana? mwa ha ha ha
Deletekat Mongolia?hahaha...
Deletehaa.. bukit tinggi pn ok.. kehkehkeh.. (ke ade hati nk panjat gunung kinabalu?)
DeleteHikhimhik.. Boleh la kak nina projek ketiga.. "Projek pertama ko tolak.. Projek kedua ko tepis.. Projek ketiga ni uda jah gerenti ko naik pelamin.." kata uda jah dlm hati..
ReplyDeletehaha FR pun tertekan 2 kali
Deleteaik.. hari tu nmpak kuar satu je.. (tp takpe la.. wat semak skit.. hahah)
Deletehaha..mr alpha male jangan pandang melin xad mate ye..anda projek ketiga tau.!haha..mendapat la ko!hehe
ReplyDeletehaah si homely girl ni dah 2 kali reject org....
Deletehahah projek kedua?
ReplyDeletealpha male da rasa tercabar kan ! hahha
makin best ?
kakNinan, Zumba tu best ke? macam nak join la ....
ke3 sebenarnya...
Deleteyup, saya suka zumba...
Nina,
ReplyDeleteProjek Kedua??? Apa agaknya reaksi Si Alpha Male kalau tahu dia 'Projek Ketiga'.hihihi...
Awak buat cerita apapun best je.Selalu ada istilah yang agak luar biasa.
Akak suka sangat baca novel-novel yang watak-watak di dalamnya ada hubungan. Buat melepaskan rindu,pada hero n heroin dlm novel sebelumnya.hihihi.
Pasni,buat cerita Zayd Alimin pulak ye,rindu ngan Una dan Z. Bila baca SF, akak suka juga bayangkan Ummi dgn Babah tu, Una dan Z, dan Si Jeneral sengal tu, Zayd Alimin.
pn mawar,, nnt di bab depan2 una and the gang including zahrain n kak nora akan kuar...bestkan?
DeleteHanina, thanks for the new updates. Suka sgt. I just adore the new tagline => empat pupu..... Hihihi....
ReplyDeleteha ha ha AA, nnt i will be known as the writer with tag lines :)
DeleteSelamber badaknya si Melin nih. Kan dah keluar aura jeles EMPAT PUPU dia tu! Nice....
ReplyDeletehe he he dari si Alpha Male jadi mamat empat pupu, asal jgn mamat kupu-kupu dah... :)
Deletewah.....tareq dah naik cemburu dah.......
ReplyDeleteprojek ketiga ????? tareq ni projek ketiga uda jah ke nina ????
haah, no 1 mamat motor...abg rudy tu. no 2 hafizi ke nama eh, mummy's boy
Deleteheheheh...menarik2 tajuk 2...projel ketiga...sah2 la sangkut kat si tarik mangsa projek ketiga hahahaha...tareq hang x yah nak jeles meles sgt la...buang karan je hahaha
ReplyDeletehaah buang karan jg sbb melin ni bukannya perasan pun
Deletehahhahah tau xpe...sendiri majuk sendiri pujuk la muahhaha
Deleteheh, bab ni buat saya ketawa :D
ReplyDeleteyr comment is so refreshing...sbb saya pk bab ni boring...
DeleteZumba tuh...seriusly diorang akan dok jumpa dalam gym yang sama selalu ke? segannya.
ReplyDeletejumpa lah tp tareq tak berzumba...tu yg dia jeles riz tu dok berzumba dgn em
Deletememang misterius tareq ni..ntah ape la dlm fikiran mamat tu...
ReplyDeletehmm dia sendir pun kekadang tak tau apa dlm kepala hotak dia...LOL
DeleteProjects ketiga... by the way akak nak tariq ye x nak projects petama dan kedua tu...
ReplyDeletehe he he, ok, tp nnt projek 1 dan 2 akan kuar jg dlm citer ni...sj nakkasi torture si tareq
DeleteWah x sabarnya menunggu.penampilan istimewa pelakon2 tersebut
DeleteHik3
Best. Tersengih2 teman bacernya. Abg Rudy kacau
ReplyDeletedaun ler.
(Tang Zumba tu mcm boleh nampak lenggok
Melin n mulut ternganga Tareq)
Omg! Mcm cite PMS sikit tang menari ala shakira tu.. Hahaa suka! Suka! Tak sabar nak baca seterusnya.. Sambung lagi hanina dear.. Esuk? Kekeke
ReplyDeleteEm belajar kat selatan tanah air? STF ke nina hehe
ReplyDeletetareq pjk ke 3??tau tareq dia pjk ke 3 uda jah...mau hangin dia...jgn xpcaye dh kali 2 melin rejct udah jah punya pjk...
ReplyDeleteNina, kak suka je membayangkan gaya rupa Tareq spjg episode ni yg asyik "terkena" saja dgn Emlyn ( Emlyn relax je.. ) cepat2 la sambung...tak sabor teman nk bace lagi...tima kaseh.
ReplyDelete~ Aminah AR
salam...saya ada jual produk shaklee..jemput la tgk kt sini
ReplyDeletehttp://intan-mohamad.blogspot.com/2013/07/shaklees-product-prices.html
klu tajuk nye Projek Uda Jah bole? ekeke.. kak nina cpt la sambung.. da x sabar nk tgk kecemburuan so Tareq tu.. hahah over tau.. jealous2 manje gitu.. hahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAduhai, bertuahnya jd emmalyn. 3 projek at one go
ReplyDeleteN still continue. Nina, pilihan saya Tareq dgn Emmalyn.
Boleh gitu? : D :D
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88