Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Terima kasih di atas sokongan semua terhadap penulisan saya.
Cuti raya ini, makan macam-macam, ilham tidak juga datang, Baca komen pembaca di entry terdahulu yang mereka tiap2 hari menjenguk blog kalau2 ada entry terbaru memaksa saya menyiapkan juga bab 7 ini. Saya tidak suka buat orang ternanti2 tapi ilham ini bukan bagai paip air, tinggal pulas buka (bak kata Tareq). Itu yang Seteguh Fayqa lambat sangat progresnya. Apa-apa pun saya takkan give up, ok?
Komen saya tentang Bab 7 di bawah, sebuah bab yang gentle sahaja. Em dan Tareq masih lagi testing the water, cara merekalah...masuk gua bagai... Enjoyz!
Bab 7
Ahad kedua merayau-rayau dengan
Tareq, fikir Emmalyn. Second date, kata clan Ngah Balom….. dan tentulah
diiringi dengan senyuman lebar. Susah betul ada keluarga besar ini, keluh
Emmalyn. Tetapi cepat-cepat dia mengingatkan diri, sekali-sekala menyusahkan
tetapi selalunya ceria dan bahagia. Bukan salah mereka jika mereka mahukan
jodoh yang terbaik untuknya. Kesimpulannya, ikut pelan asal. Explore the
relationship. If there is no chemistry, no fireworks, stay as friends.
Masalahnya, Cik Emmalyn, memang ada
chemistry, memang ada fireworks, pada engkaulah! Pada dia? Penat bertazkirah
kepada diri sendiri, Emmalyn menarik nafas panjang. Sah! Tareq bukan macam Rudy
atau Hafizi sebab dia memang sudah terpikat dengan mamat Alpha Male itu.
Walhal, entah-entah pada si Alpha Male, keluar dengan dia hanyalah sekadar
mengisi masa lapang waktu cuti, juga untuk memuaskan hati ibunya.
Tarik nafas dalam-dalam, Emmalyn,
don’t complicate things! Keluar dengan Alpha Male sebagai teman, habis cerita.
Okay, settled!
Turun ke tingkat bawah, rupanya si
Alpha Male yang difikir-fikirkan sudah tiba. Dek kerana sibuk bertazkirah
kepada diri sendiri, Emmalyn tidak dengar bunyi enjin kereta antik datuk Tareq.
Santai sahaja Tareq bersarapan dengan ibu bapa Emmalyn.
“Papa ingat Melin bersiap sakan, lambat
sangat turun, rupanya pakai T-shirt dan seluar track sahaja,” Encik Ehsan
mengusik anak daranya.
“Kami hendak pergi merayau saja,
Papa. Bukan nak ke majlis mana-mana,” terasa pula si anak dara. Bihun goreng
sudah sedia disendukkan Mamanya. Tinggal hendak tuang teh sahaja.
“Merayau lagi! Ke mana pula kali
ini?” si ibu bertanya.
“Ke Gua Tempurung, Achik Lila,” jawab
Tareq dengan nada lelaki budiman.
Ibu bapa Emmalyn saling berpandangan,
prihatin anak dara mereka akan merayap ke dalam gua dengan seorang lelaki bukan
muhrim. Kalau diikutkan hati tua mereka memang mereka akan melarang. Tetapi,
mereka sedar, zaman sudah berubah, generasi sekarang bersusah payah masuk ke
pelosok gua, walhal berlambak tempat-tempat istirehat yang santai ceria di
bandar Ipoh. Entah apalah seronoknya.
Sedar ibu bapa si dara kurang selesa
dengan ideanya, Tareq cepat-cepat berkata, “Saya sudah tempah seorang
professional guide, Achik. InsyaAllah selamat.”
“Jangan lupa baca Bismillah dan Al Fatihah
sekurang-kurangnya, nak masuk tempat-tempat yang keras macam tu,” nasihat bapa
Emmalyn, kira bagi lampu hijualah tu. Rupanya tahap kepercayaannya kepada si
Alpha Male in tinggu juga ya, fikir Emmalyn. Kalau Hafizi yang nak bawa dia,
agak-agaknya Papa benarkan tak? Ceh! Emmalyn, buat apa fikir yang
merepek-repek?
Santai sahaja Tareq bersarapan, entah
pukul berapa dia berjanji nak jumpa guide masuk gua tu. Emmalyn malas hendak
bertanya, dia yang buat rancangan, pandai-pandailah dia atur masa. Fikir si
gadis, dia hanya hendak bawa badan sahaja. Lepak! Hujung minggu hendak
meminimakan penggunaan otak. Senyum…
Sambil menjamah nasi goreng kampung
yang dihidang, sambil berbual dengan ibu bapa si gadis, sempat Tareq mengerling
ke arah Emmalyn. Tersenyum sendiri, apalah yang difikirkan tu…
Panjang betul sembang ibu bapanya
dengan Tareq. Siap bersarapan, pinggan mangkuk sudah dibawa ke dapur dan dicuci,
sempat lagi Emmalyn melangut mendengar borak mereka. Topik yang disembangkan
adalah topik mengerjakan umrah dari Qatar, susah senangnya, murah mahalnya,
segala macam.
Puas berborak, baru Encik Ehsan
tersedar, “Eh! Pukul berapa tareq berjanji dengan guide tu?”
“Pukul sembilan.”
“Eh, ini dah pukul lapan setengah ni.
Dari sini nak ke Gopeng, setengah jam, eloklah bertolak sekarang. Nanti
terkocoh-kocoh pula memandu, merbahaya,” nasihat bapa si gadis.
“Tak apa, Pak Cik. Saya sudah book
dia untuk sehari ini.”
“Eh, berapa lama masuk ke dalam gua
tu?” tanya Puan Suhaila, suaranya berbunyi cuak.
“Sampai pukul empat petang.”
“Lamanya…,” tersembul juga komen dari
mulut Puan Suhaila, tidak faham apa yang nak dibuat dalam gua berjam-jam.
“Kalau Emmalyn letih, boleh
dipendekkan. Bagi tau pada guide tu je,” cepat-cepat Tareq membalas.
“Tengoklah, yang pentingnya solat
macam mana. Solat kat dalam guakah?” komen Emmalyn pula.
“Okey, kita minta guide bawa kita
keluar sebelum masuk waktu asar,” Tareq membuat keputusan.
“Ha, kalau macam tu, cepat-cepatlah
bertolak,” gesa Encik Ehsan.
Selepas bersalam dengan ibu bapa
Emmalyn, tambah cium pipi kiri kanan bagi Emmalyn, mereka bertolak. Seperti
biasa, diam tiada sembang apa-apa sepanjang perjalanan. Tareq yang memandu
Emmalyn buat kali kedua, membuat konklusi, gadis ini memang pendiam orangnya.
Bagus juga, aman damai hidup.
Tiba di Gopeng, mudah sahaja mencari
Gua Tempurung. Tiba di kawasan gua, penunjuk jalan mereka sudah sedia menunggu.
Mereka bersetuju untuk memilih pakej Grand Tour. Tareq yang pilih, Emmalyn
tidak banyak songeh.
Ini kali pertama Emmalyn masuk gua. Bukan tidak ada gua di England dan Scotland, tapi tiada siapa pun di antara
kawan-kawannya yang berminat untuk masuk gua. Una langsung tidak suka rambling,
Pet dan Atai mahu juga ikut dia rambling di kawasan desa England dan Scotland.
Pet, sebab dia suka ambil gambar, Atai sebab kena paksa ikut oleh Pet.
Nasihat bapa dituruti, sempat Emmalyn membaca beberapa surah pendek sebelum menjejakkan kaki ke dalam gua itu. Mula-mula tu rasa biasa sahaja,
tetapi makin dalam mereka masuk, Emmalyn sudah rasa lain macam. Bila keadaannya
gelap gelita memerlukan lampu suluh untuk melihat jalan dan bila udaranya
menjadi semakin sejuk, nafas Emmalyn menjadi semkin pendek, dadanya rasa ketat
bagai kurang oksigen. Namun digagahnya juga.
Mereka berjalan dalam sungai yang
cetek sehingga buku lali, habis basah kasut mereka berendam dalam air. Kemudian
perlu mendaki pula, agak susah sebab kasut sudah basah dan batu-batu yang perlu
didaki licin pula. Selepas mendaki, perlu turun ke bawah pula. Tareq yang
prihatin sentiasa berada hampir dengan Emmalyn, bimbang jika dia tergelincir.
Tiba di suatu tempat, betul-betul
perlu menggelongsor turun. Aduh, sakit juga bontot dibuatnya.
Tareq yang menunggu di bawah, sempat
memberikan kata-kata semangat, “You can do it, Emmalyn. Saya tunggu di bawah.
Kalau awak jatuh, saya sambut.”
Eeeiiii, sampai nak
bersambut-sambutlah pula, dengus Emmalyn. Fokus Emmalyn, pelan-pelan, jangan
pulalah sampai si Alpha Male itu perlu sambut aku. Akhirnya sampai juga Emmalyn
ke bawah. Bontotnya sakit, tak payah ceritalah. Balik nanti mesti lebam. Kena
cari minyak angin balik nanti.
Emmalyn fikirkan menggelongsor turun
ke bawah itu bahagian yang paling sukar. Tetapi bila tiba di sebuah lubang
kecil, ternganga Emmalyn dibuatnya. Ha! Nak kena masuk ke dalam lubang kecil
ni? Muatkah aku? Si Alpha Male berbadan tegap tu muatkah? Kalau tersangkut,
macam mana? Kena panggil pasukan penyelamatkah? Ish! Apa seronoknya masuk gua
ni? Taubat, ini kali pertama dan terakhir!
Melihat cuak di wajah Emmalyn, Tareq
bertanya lembut, “Awak okey tak?”
“Er… okey, okey,” jawab Emmalyn, cuba
berlagak macho. Habis takkan nak nangis, ajak balik?
Penunjuk jalan mereka sudah masuk
dahulu ke dalam lubang kecil itu. Kata Tareq, “Awak masuk dulu, saya ikut di
belakang.”
Eeeiii muatkah? Dengan mulut yang
tidak berhenti-henti membaca Al-Fatihah, Emmalyn memasuki lubang kecil itu.
Nasib baiklah lubang itu tidak panjang mana, lega rasa Emmalyn bila tiba di
hujung lubang itu. Tareq menyusul di belakangnya. Muat juga mamat berbadan
tegap ini.
Sebelum keluar dari gua itu, sekali
lagi mereka mengharungi sebuah sungai yang cetek. “Jom ambil wudhu di sini
sajalah. Keluar nanti terus solat,” ajak Emmalyn. Tanpa komen, Tareq menurut cadangan
Emmalyn.
Tiba di luar gua, jam menunjukkan
hampir pukul empat petang. Sempat lagi nak solat Zuhur. Sejadah diambil dari
kereta dan mereka bergilir-gilir menunaikan solat. Kemudian penunjuk jalan
mereka memberikan panduan jalan ke sebuah homestay untuk mereka mandi dan
menukar pakaian. Alang-alang mandi, mereka terus menunaikan solat Asar. Senang,
kalau ada apa-apa di jalanan, tidak perlu gusar sebab solat sudah ditunaikan.
Usai solat, perut mereka memang lapar
tahap tidak boleh tahan lagi. Beberapa ratus meter dari homestay tempat mereka
mandi, terdapat sebuah gerai makan. Tanpa soal jawab, menonong mereka berdua ke
sana. Nasi goreng dan minuman panas dipesan. Sementara menunggu pesanan mereka
siap dimasak, pisang yang diletakkan di atas meja dimakan dahulu. Memang
sangat-sangat lapar, sementelah bersejuk, berendam air di dalam gua tadi.
Tiba kopi panas yang dipesan, Emmalyn
menuangnya ke dalam piring supaya cepat sejuk. Tanpa segan silu, dia minum kopi
dari piring. Lantaklah kalau si Alpha Male hendak mengata dia kekampungan.
Memang aku budak kampung and I’m proud of it!
Tersengih Tareq melihat gelagat
Emmalyn, teringin pula dia hendak mencuba minum dengan cara yang sama. Kopinya
juga dituang ke dalam piring dan diminum. Lucu sungguh seorang lelaki berbadan
tegap minum bagai anak kecil. Pecah juga tawa kecil Emmalyn, disambut dengan
tawa kasar Tareq.
“Baru merah sikit muka awak. Tadi
pucat lesi, toreh tak berdarah,” komen Tareq.
“Sejuk,” komen pendek Emmalyn seperti
biasa.
“Bukan takut?” usik Tareq.
“Pun iya juga. Saya punyalah bimbang,
takut kalau awak tersangkut kat lubang kecil tadi,” kering sahaja wajah Emmalyn
bila bercakap.
Tareq pula yang tertawa, “Iyakah
bimbangkan saya? Awak sedikit pun tak takutkah?”
“Hmm hmm, macam claustrophobic juga
tadi,” Emmalyn mengaku, “Awak sudah biasa masuk guakah?”
“Nope. Ini kali pertama,” jawab
Tareq. “Nak cuba lagi?”
“No, thanks. Saya lebih sukakan open
air. Masuk gua sekali seumur hidup, okeylah.”
“Okey, minggu depan, saya cari hiking
trail di kawasan terbuka, yang cantik pemandangannya.”
Oh! Date yang ketiga? Dalam hati
sajalah, takkan perigi nak tanyakan timba. Tidak tahu apa yang nak dibalas,
Emmalyn menjamah nasi goreng yang dihantar ke meja. Laparnya, Tuhan sahaja yang
mengetahui. Tidak sampai beberapa minit, licin pinggan mereka.
“Jom, kita balik,” ajak Tareq.
Dalam perjalanan, kedua-duanya asyik
menganalisa teman masuk gua mereka. Tareq: memang dia tak banyak songeh.
Walaupun dia cuak nak mengelongsor turun ke bawah, nak masuk lubang kecil,
sedikit pun dia tidak kompelin, tidak mengeluh. Dia berani mencuba sesuatu yang
baru, yang tidak pernah dialami. Steady sahaja dia, puji Tareq dalam hati.
Seorang teman yang amat menyenangkan. Teman sahaja atau teman hidup?
“In three words, how would you
describe the experience?” duga si jejaka.
“Dark, mysterius and challenging,”
spontan jawab Emmalyn. “Macam awak,” itu dalam hati.
misteri mcm awak...♥♥♥
ReplyDeleterasa macam nak jawab komen ni dgn nada suara jalaludian hassan he he he
DeleteCer try nak tgk. hehe
DeleteHehehe
ReplyDeletehmm geli hati ek?
DeleteTerubat rindu di hati sikit....sikit jer..... hihihi....
ReplyDeletealah Double A, sikit jer? seh kena kerja lebih keras canggini..
Deletegopeng tu kampung ayah saya.. hehe sweet!
ReplyDeletegopeng tu kampung ayah saya.. hehe sweet!
ReplyDeleteerk bukan kg awak juga? kehairanan
Deleteerrr.. ok ... kampung saya juga.. :) tp tak pandai cakap slang perak/rawa coz my father is Rawanian (is there such word?!)
Deleteawaiting for chapter 8 :) issokayyy take ur time sista!
Breakfast em bihun goreng breakfast tareq nasi goreng kg. Mmg mak em masak dua2 ya. Hehehe makanan juga yang saya perasaan. Tq for the latest chapter
ReplyDeletehe he he tq editor tak berbayar, taim tulis ni dah pkl 2 pg so kejap bihun kejap nasi...he he
Deleteaah 2la. pasan jugak. xpela pk mak em msak dua2 tu kot. haha. raya2 ni npk mkanan jerk =P
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteNina..
ReplyDeleteTQ...saya suka...suka...suka...Novel Dia seadanya mmg mcm open air....saya bernafas dgn tenangnya....hati sama2 explore kisah em N tareq....rama2 dah start berterbangan N bunga2 dah nak start kembang....lain dari novel yg terdahulu.
tu larr Pn Z, citer skrg banyak gaduh2 brutal kan, then jatuh cinta secara brutal jg LOL. DS ni kalau boleh semua nak gentle. gaduh pun tak de jerit2, banyak diam...makan dalam gitu LOL again
Deletedalam diam2...dalam dok mengelak...rupa2nya udah ada benih2 bunga bertunas yer EM....hehe...alhamdulillah...emm udah jatuh chenta ngan tareq....pandai ekk cover2 gitu.....tareq cam ne lak cik puan writer??? hehehe....adakah sama ngan cik munga yg dah berbunga2 dalam hati....sesungguhnya....udah x sabar nak tunggu seterusnya.....sambil2 dok tunggu Faye ngan Dzariff....rindu lak kat depa berdua tu.... (errrkkk ....sowi yer cik puan writer...cam banyak jer pemintaan nya kali nie....hehehe)
ReplyDeletejawapn untuk soalan pn ada di bab 9, jeng jeng jeng..
Deletebtw HEM tu apa ma'ananya?
Haha..suke la dieorang ni..redah sane sini rase macam nak join je!haha..em da sangkut dkt alpha male la..takutny..!
ReplyDeletewoi badan dia tough you!! kekar cam tu, sapa tak berkenan? tetapi adakah ini semua physical attraction semata2?
DeleteDark, mysterius and challenging...suke...
ReplyDeletehmm sy plan nak rungkaikan misteri si tareq di bab 15 dan terus berhenti di blog...the lagi 45 bab di buku :)
DeleteEmmm...suke2...rasa2nya tareq faham tak yg em komen tu adalah diri dia
ReplyDeleteblum lagi rasanya...dia blum sedar em ni jenis tersirat punya org, bukan tersurat
Deletengeeeee....happy giler bukak2 cuti terus dapat n3 kisah cintun si alpha male ngan em heheh...em dah ada taman astakona dalam ati ohhh...soooooooooooooo suwiiitttt...
ReplyDeletetaman what? astakona? ini copy right cik stroberi ke? kut2 la sy nak pinjam :)
Deletenak pinjam???? sila2 tarahal punye...my copi right neh hahha
DeleteReally enjoy your story dear writer .. keep it up!
ReplyDeletem glad :)
Deletehooyeeeaahhh ada sudah pasangan projek ke3 ni...suka suka. lepas ni byk lg tak scene 'macam awak' tu, cik nina? hehe suka..
ReplyDeletelebih dari tu pun ada...
Deleteeh masyaAllah..typo error baru perasan *pasangan* pttnye *sambungan* haha punye la sonok baca sampai typo. ok yg lebih2 tu la buat x sabar ni :) cik nina
Deleteheheehh macam dah serasi je
ReplyDeletesuka ..suka..suka..
selo selo couple ni ... cuma harap tak de reader yg zzz plak
DeleteLama ya tungguuuu...tq ya
ReplyDeletehaah dgn musim ry ni...cam ilham merajuk ler
Deletemacam awak... kehkhe... berdesup jantung rasa... kalaulah tareq tahu...
ReplyDeletedlm hati sudah ada taman lah!
Deletemcm bse. best! mysterious... mcm awk. hehe.nak lagi kak!!!
ReplyDeletedark, mysterious, cahllenging...betul lah tu kan?
Deletebet0l2! =)
Deletemacam awak...
ReplyDeletehehe. berangan jadi melin. eksaited perasaan yang dipendam. look&see. suka tapi kena tunggu respon si dia. adeh gini la kalau jadi heroin...
ps: jgn stress. raya-raya juga eh. x tnya selalu dah. tp sbb terbiasa tiap minggu ada entri. rasa spt drama tv tergendala sebab beri laluan pada rancangan bola live pulak. dan sy xberapa minat bola sangat...heh :)
atau rancangan bual bicara politik yang tak faham hujung pangkal.
Deleteerk rumah saya ada tv, tapi tak hook up ke mana2 stesen, buat anak2 tengok kartun guna CD je.. itu yg boring2 tulis citer tu.
DeleteSalam Aidilfitri Nina. Owh....memang padan lah Em tak.cukup nafas ya...bukan pasal masuk gua je tu, tapi sebab si alpha male ada sama tu. And tak sangka rupanya taman hati Em sudah nak masuk spring ...suka.
ReplyDeletespring sprang sprong you.... wah next wiken nya, hiking lagi tuh!! nanti blurb buku ni kita boleh tulis....kisah cinta hiking sana sini... LOL
DeleteMenanti kisah seterusnya dan kisah fayqa juga.....
ReplyDeletepenantian suatu siksa yang tidak terperi....(ada lagu puisi kan?)
Deleteahak.....suka suka.....sbb em dah suka....harap2 hiking nanti lagilah penuh sekebun bunga perasaanya.....
ReplyDeleteHumph si Em tu dari mula lagi sudah berkenan dari fizikalnya, mamat macho badan tough kan? he he
Deletetak puas baca...mcm pendek sgt
ReplyDeleteDear Tini, biar pendek asalkan gerak. Klu bercita2 besar sangat, tak tercapai dek anganku :)
DeleteNina..tq......ingatkan n3baru rupanya..saya yg xsabo sabo...kalo ari ari buka....mana x nya naik hafal baca bab 1-7...
ReplyDeleteSf pun sama.....nina magnet awk kuat le..
Keh keh
he he he magnet kutub utara kutub selatan...jemput baca teaser sejemput SF di atas... Maaf ye dear Lily, sy ni sibuk tak hengat dunia, saja2 lupakan kerja dan taip citer2 dongeng ini untuk hiburkan hati :) Maka nak upkan seminggu satu pun kadang2 tak tercapai...
Deletehoho.. teringat mase blaja dulu.. kene masuk gua.. nama gua tu 'gua merangkak'.. kt pahang.. ingatkan kene merangkak je.. rupenye kene menerap skali.. kalo tak tak lepas punyer.. kalo montot ala2 jenifer loper konfem calar skit la.. heheh..
ReplyDeletedah lame tak buat aktiviti gini.. tp kite takut pacat.. acaner tu.. huhu)
comellah citer ni..
ReplyDelete