Happy Birthday, Aziera Yusof! Terima kasih kerana membaca nukilan saya.
Hampir 5 ms. Yup pendek pun pendeklah dari tak ada kan. Ha ha tahu nnt ada yg kata pendek sangat, baru nak tangkap feel dah habis...
Cuba teka siapa ye jejaka kurus tinggi tu?
:)
Bab 10
Selain dari kenduri-kendara, Ngah
Balom clan juga berkumpul apabila ada yang sakit demam. Dua hari lalu, Olong
Besah rebah di dalam bilik air dan dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Sejak dia
masuk wad, tidak putus-putus kunjungan dari ahli keluarga besarnya.
Tareq
yang sedang bercuti, tanpa perlantikan rasmi menjadi pemandu untuk ibu bapanya.
Sambil memandu kereta ke hospital untuk menziarahi Olong Besah, teringat dia
kepada si pemandu Peugeot merah. Selepas bernasib baik sempat membrek sebelum
Peugeot itu untuk mengelak dari mencium bontot kereta hadapan, gabra sungguh
Emmalyn sepanjang jalanan. Nasib baiklah tiba juga ke rumah Acu Jijahnya. Dua
tiga kali juga tersilap masuk simpang. Melihat Emmalyn yang begitu gementar,
tidak jadi pula Tareq untuk melanjutkan bicara tentang “berkahwin dengan projek
ketiga.” Cutinya masih berbaki dua bulan, masih banyak masa untuk explore hala tuju perhubungan mereka.
Jika tidak cukup dua bulan, tidak payah sambung kontrak kerja dengan majikan di
Qatar. Cari sahaja kerja di Malaysia, jurutera Oil & Gas berpengalaman seperti dia tentu mudah sahaja mencari
kerja di sini.
Menetap
di Malaysia? Hmm, sudah lama tidak terlintas di minda mahu bermastautin di
tanah air sendiri. Kahwin? Dengan Emmalyn? Memang tidak dijangka, tetapi terasa
macam satu keputusan yang melapangkan dada. Mindanya terbayang bahagia. Sudah
lima malam dia menunaikan solat istikharah. Walaupun tiada mimpi sebagai tanda,
namun hatinya semakin damai memikirkan tentang berkongsi hidup dengan Emmalyn
Mohd. Ehsan. Subhanallah!!
Tiba
di wad tempat Olong Besah menerima rawatan, orang pertama yang dia lihat adalah
Encik Ehsan, bapa Emmalyn. Mesra senyuman Tareq bila bersalaman dengan lelaki
yang sangat peramah itu. Dikerlingnya sekeliling, kelihatan Puan Suhaila sedang
duduk di birai katil sambil berbual dengan Olong Besah.
“Emil
tak datang, Ayah Cik?” si abang yang ditanya, wal hal hati digaru-garu mahu
bertanyakan Emmalyn.
“Emil
katanya mahu singgah bila balik dari pejabat petang ini,” jawab Encik Ehsan,
sengaja tidak mahu menyebut tentang Emmalyn.
Segan
pula Tareq mahu bertanya tentang Emmalyn. Dalam sembang keluarga nanti tentulah
muncul nama Emmalyn atau tuan punya badannya sendiri. Takkanlah dia tidak
menziarahi Olong Besah, ibu saudara sendiri. Bersabar dia menanti, hampir sejam
juga keluarga besar mereka bersembang, tidak juga muncul gadis itu.
Ibu
bapanya dan ibu bapa Emmalyn sama-sama meminta diri untuk pulang. Tangan Olong
Besah disalam dan dicium. Wanita tua itu diingatkan supaya jangan bangus
sendiri untuk ke bilik air, perlu berteman, bimbang jika rebah lagi di bilik
air.
Tiba
di kereta bapa Emmalyn, Tareq sedang berkira-kira untuk membuka mulut untuk
bertanya. Baru hendak membuka mulut, ibu Emmalyn pula membuka cerita, “Si Melin
tu pergi merayau lagi. Apalah hendak jadi dengan anak dara kami tu.”
Dia
merayau? Ke mana? Tegak telinga Tareq hendak mendengar.
“Melin
ke mana?”
Terima kasih Mama tolong tanyakan, bisik hati Tareq.
“Pergi
ke Chieng Mai dengan kawan-kawan.” Maklumat yang dinanti dari ibu Emmalyn.
“Eh,
biarlah dia berjalan, Lila. Penat-penat bekerja, sekali sekala pergi bercuti,”
komen ibu Tareq. Sudah berkenan sangat dengan Emmalyn, apa yang dibuat pun
tidak nampak salah.
“Kalau
pergi makan angin tu, tak apalah Andak Mah. Ini pergi terjun pokok!” bagi Puan
Suhaila, cacat cela anaknya biar diceritakan semua. Bimbang nanti kemudian hari
sudah jadi menantu baru tidak berkenan.
“Terjun
pokok?!!” Hajjah Asmah bertanya tetapi ketiga-tiga beranak terjungkit kening.
“Apa
yang Emmalyn sebut, Abang?” Puan Suhaila bertanya kepada suaminya.
“Zip-line,
kalau tak salah saya,” sahut sang suami, bukan arif sangat tentang
aktiviti-aktiviti lasak prang-orang muda.
“Zip-line?”
ualng Haji Abdul Aziz kehairanan.
“Pasang
tali, bergayut dari pokok ke pokok, Papa,” si anak memberikan penjelasan.
“Bergayut
dari pokok ke pokok?” tanya Hajjah Asmah, bukan hairan lagi dah, terkejut!
Dah
jadi macam Tarzanlah pula anak dara aku ni, keluh Puan Suhaila. Dalam hati
sahajalah. Nak disebut malu, anak dara sendiri.
“Selamatkah
zip line ini, Ehsan?” tanya bapa Tareq kepada bapa Emmalyn.
“Selamat
Papa,” Tareq pula yang tolong jawabkan. Dia tidak pernah berzip-line tetapi dia
pernah terbaca mengenainya di internet. “Peralatannya memang terjamin selamat
dan petugasnya terlatih.”
“Orang
muda sekarang pelik-pelik ye, belajar tinggi-tinggi, pergi bergayut kat pokok
pula ye,” terlepas juga komen dari mulut Hajjah Asmah.
“Itulah
anak dara kami, Andak,” balas Puan Suhaila lemah.
“Tak
apa tu, lepas kahwin nanti, pandai-pandailah suaminya jaga,” komen Haji Abdul
Aziz pula, hendak menyedapkan pasangan yang diharap akan menjadi besannya.
Habis
sahaja Haji Abdul Aziz bercakap, empat pasang mata memandang ke arah Tareq.
Terasa segan, terus sang jejaka bertanya, “Bila dia balik, Achik Lila?”
“Esok petang di LCCT.”
“Biar
saya pergi jemput dia. Nanti Achik bagi tahu waktu tiba dan nombor flight dia
ya,” tanpa dirancang meluncur tawaran dari Tareq.
Lebar
senyuman Puan Suhaila dan Encik Ehsan. Satu, tidak perlu lagi bimbang Emmalyn
mengambil bas dari LCCT yang hanya akan tiba di Ipoh pada waktu malam. Dua,
lelaki muda kacak bersopan santun ini sanggup memandu lebih dari 500 kilometer
pergi balik untuk menjemput anak dara mereka? Hmm, dah nak sampaikah jodoh
mereka?
Esoknya Tareq tidak terasa jauh
perjalanan ke LCCT. Memang selesa memandu Honda Accord bapanya. Tapi tidak
terasa jauh kerana sudah tidak sabar hendak bertemu dengan Emmalyn, gadis yang
gabra bila ‘projek ketiganya’ mengajak kahwin. Tersenyum Tareq mengingat
tingkah Emmalyn pada hujung minggu yang lalu. Selepas balik dari menjemput Acu
Jijah, mencicit dia menyorok di dalam rumah Ayah Chor Razak. Agaknya malu… dan malu
gadis Melayu inilah antara ciri-ciri Emmalyn yang dia suka.
Tiba
di LCCT, kereta bapanya diparkir lalu dengan santai Tareq berjalan ke terminal
ketibaan. Pesawat Emmalyn dari Chieng Mai dijangka baru mendarat, sementara hendak
melalui pemeriksaan imigresen, mengambil bagasi dan melepasi pemeriksaan
kastam, Tareq pasti dia mempunyai banyak masa lagi.
Hampir
setengah jam juga dia menanti betul-betul di luar pintu balai ketibaan. Supaya
senang nampak Emmalyn, supaya tidak terlepas.
Tidak
terlepas? Tidak terlepaskah?
Itu
dia gadis Melayu jati yang dinanti, berjalan keluar dari balai perlepasan…
berjalan beriringan dengan seorang jejaka Melayu kurus tinggi yang menolak
troli berisi dua beg kecil. Beg mereka berdua, fikir Tareq.
Berjalan
beriringan menolak sebuah troli berisi beg mereka berdua, sambil leka berbual, bergelak tawa. Persis bagai pasangan
yang baru pulang dari percutian bersama, atau seperti baru pulang dari berbulan
madu?
Bibir
seksi Tareq yang tidak putus mengulum senyuman sepanjang perjalanan dari Ipoh
ke Sepang menjadi kejung. Hilang sinaran gemilang cahaya bintang yang disebut Emmalyn.
Aku terpedaya sekali lagi?
Ala mesti si atai tu
ReplyDeleteha ha ha ha, habis....mana Pet?
DeleteIzzahmdshah, terus kenal, ni sure dah baca PMS :)
DeleteBetui..betui...betui...
ReplyDeleteHahaha...tareq belum jumpe atai lg... Hihihi... Relax braderr... Tu baru atai...
ReplyDeleteAtailah tu...pet balik terus ke Malaysia timur....hehehehehe...jeles tareq tu huk huk huk...
ReplyDeleteAtai la tu..siapa lg geng emm?
ReplyDeleteBerapi la tareq tu...
ReplyDeleteDengan atai..le tapi dorangkan bbf...masa tu..pet afa ke x ekkk
ReplyDeleteAlolo mamat ni...ngan si atai yg kurus tu pun nak jeles...relex ar. Tp klu dh pndai jeles tu kan tandanya dh jatuh sayang la kan ?
ReplyDeleteP/s: eventho x knal boss awk ttp rasa geram bila dia suh Nina dtg keje weekend cam ni
Nina sila samb cepat...cepat utk kegumbiraan bersama yeee
ReplyDeleteOh.. pg ngan atai... pet ada kat washroom.. lambat lagi nak kluar.. hahaha kesian tareq yg jadi nujum pak belalang...
ReplyDeleteOh.. pg ngan atai... pet ada kat washroom.. lambat lagi nak kluar.. hahaha kesian tareq yg jadi nujum pak belalang...
ReplyDeleteYe ke ni 5ms *garu dagu* hahaha. Atai eh tu..ptt la masa majlis anak una si atai tu cool je part em nk dtg dgn kawan..atai tau dah eh...aaiikk pulak tu tak kan tareq pn sama mcm suami nye una tu hehe nak jeles kat atai jg?? Jgn risau lah tareq..em mmg kau yg punye..kompom!!..ceewaahh. Suka.
ReplyDelete(pssttt...nina tq tq tq besday wishes kat atas tu hahaha *blushing* best!!!! Slmt berusaha nina!!)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteatai la tuh..... mcm zahrain mula2 nmpak atai.... dia jealous kejap ap.. tpi lpas tau atai tu best friend dgn diorg baru dia lega..... klau tnya mna pet.. mayb pet tgh pregnant ke? tu yg x ikot diorg....<<< hahahhaah tetiba :D
ReplyDeletehaha!!! atai
ReplyDeletehaha!!! atai
ReplyDeletehah..atai..hehe tareq jeles..
ReplyDeleteadoi..akaun en somi lagik
DeleteOh dear...eeeeee...minta-mintalah tu atai....blum ade lelaki baru kan....mungkin in the next chapter "tetiba terdengar suara pat memanggil lelaki kurus itu"....
ReplyDeleteadakah lelaki itu atai??atai kan...suspen tol..
ReplyDeleteWo ho ho..siapa itu jejaka yg bisa mengkejungkan senyuman si Tareq?.
ReplyDeleteIsh ish ish Melin gemor benor buat org tu terkezut.
Ahaks, kalau atai kesianla. Dengan una pun terkena hahaha. The green eyed monster reveals itself
ReplyDeletekehkehkeh... gabra jugak si tareq ni yaaa.. releks brader brader releks...
ReplyDeleteatai kn? dlm scene ni pet x de kn?first time una n pet jumpa tareq masa majlis ank una tu....suka tareq jeles...cemburu tanda sayang..hehe
ReplyDeleteadeh.....nanti jadi cam zahrain jugak ke tareq ni? jeles ngan atai...hehehe..itulah, masih belum kenalkan?
ReplyDeleteadeh.....nanti jadi cam zahrain jugak ke tareq ni? jeles ngan atai...hehehe..itulah, masih belum kenalkan?
ReplyDeleteala.....nie mesti si atai ni.... mana pergi si pet......tak kan pet tak ikut pergi zip-line.....aduss.......mesti rasa frust gila sialpha-male nie....
ReplyDeleteohohoho....atai mmg seorang yg berjaya teramat....dalam membuatkan lelaki2 dalam hidup kengkawan nya jeles....hehehe..........pet balik sabah ye....kesian tareq ye puan nina...ingat nak surpriseeeeeeeeee tapi sendiri yang kene...hehehe....agak2nya tareq majuk bape lama ngan emm yer....kui3
ReplyDeleteNina suspen sgt nie....next n3 cpt2 yer....x sabar sbr dah nie...hihihihi...
ReplyDeletecam kompem je semua ni atai kan? ish2 dah boleh baca fikiran kak nina dah ni.
ReplyDeleteHaila..itu atai la..si pet tu terus balik sabah..mr tareq tolonglah..beliau xsame la..
ReplyDeletealaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. tolong la kahwinkan tareq dan em.. uhuk
ReplyDeleteYes yes yes..sy sokong!!!!
DeleteBEST...
ReplyDeletemenanti jemputan...ahaakkksss!!!!!
ReplyDeleteuikkkksssss....mana pulak komen i neh...rasanya dah drop komen tp ilang muahahhaha....dia pon pening cam tuan dia jugak...seme dah ting tong..pc, lappy n tuan dia jugak hahaha....ape3 pon x yah nak jeles sgt tareq oihh....tgk je ape yng jadi pas ni
ReplyDelete