Teaser lagik!! Usik mengusik membawa bahagia.....enjoyz! Good news, PMS siiiikit lagi nak siap!!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Dia terus
menyarungkan baju yang dipakainya semalam sebab dia datang hanya
sehelai sepinggang. Sebelum tidur semalam, pakaiannya itu dihantar
untuk dicuci. Apa susah, keluar nanti belilah sahaja pakaian baru
tiga empat pasang. Sambil melangkah keluar dari bilik hotelnya dia
menelefon Adira.
“Darling!
Where are you?” jerit girang Adira menyambut panggilan darinya.
“Here,”
jawabnya pendek. Kan aku dah kata, any woman would kill to be with
me. Budak cengeng tu sahaja yang bodoh!
“Here,
as in Hong Kong, Baby? You're in Hong Kong? You are really here?
Darling, thanks for coming. I really could do with some support. Job
malam ni ramai international designer yang involved. I really want to
wow them!!”
Zahrain
membiarkan sahaja Adira menceceh-ceceh untuk beberapa minit lagi.
“Got to
go shop for my suit tonight. So I pick up the ticket for the show in
the foyer? Right. See you,” panggilan telefon dimatikan.
Maka
malam itu Zahrain menghadiri pertunjukan fesyen pakaian rekaan
pereka-pereka terkenal dunia. Walau pun model-model yang berjalan
mundar mandir di atas pentas itu tergolong di antara wanita-wanita
tercantik dunia, kepalanya masih lagi teringatkan isteri di rumah.
Isteri yang manis, yang sentiasa mendahulukan keperluannya, isteri
yang pandai mengambil hatinya. Tetapi isteri itu jugalah yang
menyakitkan hatinya dengan aksi manja mesra dengan “kawan baiknya.”
Selesai
pertunjukan fesyen, Adira merengek-rengek mengajaknya ke post-party.
Zahrain sudah kehilangan mood sebenarnya. Apa kes berasak-asak di
dalam dewan yang sesak dengan orang ramai, yang bising dan penuh
dengan asap rokok? Kalau duduk berehat di rumah bukankah bagus?
Dengan isteri yang sanggup menurut apa sahaja untuk membuatkan dia
gembira. Ceh! Budak itu lagi!
Pening
jugalah kepalanya dengan kilauan-kilauan dari kamera juru-juru gambar
yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar model-model,
pereka-pereka serta orang-orang kaya lagi ternama. Adira girang bukan
kepalang, dipautnya tangan Zahrain, kepala melentok manja dan senyum
yang tidak lekang-lekang di bibir. Dia memperkenalkan Zahrain sebagai
boy friendnya kepada semua orang. Zahrain pula hanya berdiam diri.
Dia rimas sebenarnya, everything is so superficial!
Terfikir
juga dia, “What am I doing here? In a room full of strangers? Untuk
Adira? Well, she doesn't need me. She has everything she needs in the
world: talent agents and the papparazzi!”
Sememangnya
Adira seboleh-bolehnya mahu gambarnya diambil oleh semua juru gambar.
Sibuk sungguh dia bergaya. Sekejap sahaja Zahrain sudah ditinggalkan
entah ke mana. Targetnya adalah untuk berjumpa dengan semua
agen-agen model di dalam dewan itu. Dia akan pastikan mereka
terpesona dengan gayanya dan menawarkan kontrak bernaung di bawah
agensi mereka. Today Hong Kong, tomorrow the world!
Selepas
beberapa minit memandang Adira yang tak henti-henti terlentok ke
sana, terlentok ke sini bergambar, Zahrain angkat kaki pulang ke
hotel tanpa berpamitan dengan si supermodel.
"Dari jadi pak pacak di
party tu baik aku balik tidur."
Macamlah
boleh tidur! Kepala asyik teringatkan isteri. Isteri yang manja dan
sudah pandai menggoda. Tapi bila teringatkan isteri, teringat pula
budak kurus si teman baik konon. Hangat hati sungguh! Her smile, her
gaze, her laugh, should only be for me! Bini aku tu memang manja
mesra dengan semua “teman baiknyakah”? Siapa lagi budak tu?
Secret admirer dari Southampton tu? Abdul Razak? Humph!
Terkebil-kebil
Zahrain di dalam bilik gelap itu. Bilalah mata nak lelap? Buang masa
aku sungguh asyik dok memikirkan budak tu!
Esoknya
dia terbabas solat subuh lagi. Heeee.....Sejak kahwin ni subuh dah
tak pernah miss sebab budak tu sentiasa kejutkan dia. Ini budak tu
tak ada, miss subuh dua hari berturut-turut.
Baru dia
tersedar, celik-celik mata sudah teringatkan bini. Semalam sebelum
tidur pun tak habis-habis ingatkan bini. Apa nak jadi dengan aku ni?
Dengan budak mentah tu pun aku boleh angau tahap kronik macam ni?
Bangunlah,
buatlah apa-apa aktiviti yang boleh lupakan dia. Sudah tengahari pun.
Makan. Alang-alang dah sampai Hong Kong ni, belilah apa-apa yang
patut. Baju ofis ke, dinner suit ke. Beli lingerie tambah collection
budak tu pun bagus juga, nanti aku juga yang enjoy.
Ceh!
Zahrain menampar dahinya. Fikir pasal budak tu lagi! Takkan setiap
dua minit teringatkan dia kut. Dah! Dah! Bangun,
mandi, makan, ambil teksi ke Harbour City.
Sedang
dia makan, telefonnya berbunyi. Humph...Adira! Yang budak itu pula
tak reti nak telefon suamikah? Tak nak tanya, suami dah makan ke
belum. Selamat ke tidak? Dah dua malam aku tak balik rumah, dia tak
kisahkah? Telefon yang berdering diam sendiri.
Tak
sampai sesaat diam, telefonnya berdering lagi. Adira lagi! Bini
sendiri tak reti nak telefon aku, baik aku jawab sahaja.
“Darling....you
pergi mana semalam? Sampai hati you tinggalkan I sorang-sorang kat
party tu.”
Mendengar
suara Adira, Zahrain mula sedar, she is such a whiner. Kenapalah aku
tidak sedar sedari dulu.
Apabila
tiada balasan dari Zahrain, Adira sudah mula cuak. Anak jutawan ni
marahkah, aku sibuk networking semalam sampai abaikan dia?
“Jenuh
tau I mengelak men making passes at me. Kalau you ada tentu dia orang
tak berani,” rengek Adira, cuba membuat Zahrain cemburu.
“Hmm,”
itu saja respon Zahrain.
“Darling,
where are you? Let's spend the day together ye? Kalau kat KL, you
sibuk saja dengan bini you, bukan ada masa untuk I,” rengek Adira
lagi.
“I will
be in Harbour City in twenty minutes,” jawab Zahrain dan terus mematikan
talian.
Di hujung
sana, Adira ketawa seronok, “Yes! Shopping time, finally!”