adoyai...what do i know about teasers....rasa macam tv channel la pulak ada teaser segala. tapi saya ni jenis org yg tak reti nak say "no"....maka terimalah teaser dari saya...(erkk...saya tak tau teaser ni patutnya berapa panjang)
BAB 32
Zahrain
bergegas ke kereta yang diparkirnya di laman kondo, hidupkan enjin
dan memandu tanpa hala tuju. Tup-tup, sudah sampai ke KLIA. Agaknya
sebab memang dia pulang awal dari pejabat tadi kerana mahu mengajak
Husna mengemas baju ke Bali, belated honeymoon konon. Tiket kapal
terbang ke Bali yang ditempah oleh setiausahanya terdampar di atas
tempat duduk penumpang keretanya. Keretanya dipandu memasuki anjung
Hotel Pan Pacific KLIA.
Selepas
kunci keretanya disambut oleh staf valet parking, dia menapak ke arah
lobi hotel. Telefonnya dikeluarkan dan nombor pejabat ditekan.
“Rasyidah,
get me a ticket for the earliest flight to Hong Kong, returning on
the evening flight Sunday” laju dia mengarahkan setiausahanya.
Rasyidah
di pejabat sana terpinga-pinga. Eh! Tadikan baru beli tiket ke Bali?
Senangnya jadi orang kaya, sekejap nak ke Bali, sekejap nak ke Hong
Kong.
“For
two, Boss?” tanya Rasyidah agar tidak tersilap.
“I said
a ticket,” jawab Zahrain dengan nada tidak sabar. Perkataan “a”
itu ditekankan.
Makin
hairan jadinya Rasyidah, bukankah Bos hendak ke Bali bersama
isterinya? Ini nak ke Hong Kong seorang-seorang pula? Pening aku
dengan perangai Bos ini! Baik jangan di tanya banyak-banyak, nanti
aku kena marah, percuma sahaja.
“Okay,
Boss,” ringkas jawapan Rasyidah.
“Get
Jamal to email me the ticket, then call me when it has been emailed.
I will print it out here,” arah Zahrain. Jamal tu travel agentnya.
Ticket itu boleh dicetak di business center hotel ini saja, tak sabar
dia nak tunggu budak pejabat hantar tiket hardcopy.
“Okay,
Boss,” jawab Rasyidah. Apa yang diarah, iyakan saja, senang hidup.
“Get
Zaki to come to Pan Pac KLIA to pick up my car, a.s.a.p. My spare car
keys are in my office safe. And
Rasyidah, jangan sibuk nak report kepada Mama saya. If you do, I will
get you transferred to our Miri branch.”
“Understood,
Boss,” jawab Rasyidah, sedikit panik.
Panggilan
dimatikan. Tiket ke Bali dicampakkan ke dalam tong sampah berdekatan.
Zahrain melabuhkan punggungnya ke atas kerusi empuk di dalam lobi
hotel itu.
“Hong
Kong? Humph, mana-manalah, asalkan jauh dari budak cengeng itu!
Menyakitkan hati,” dengus Zahrain dalam hati. Walaubagaimana kuat
pun dia cuba melupakan apa yang dilihatnya di restoran tadi, otaknya
tidak berhenti-henti mengulang tayang babak-babak mesra di antara
Atai dan isterinya.
Terngiang-ngiang
di telinga apa yang diucapkan Nawwal kepada Atai di restoran tadi,
“Atai, kau ni wonderful sangat, kau tahu? Bertuahlah perempuan yang
dapat jadi isteri kau. Aku cakap betul-betul tahu. Apalah kau nak
merendah diri sebab miskin. Kebahagiaan hidup bukan dijamin oleh wang
ringgit.”
Sambil
bercakap, Nawwal merenung Atai dalam-dalam. Ahhhh! Macam kena tusuk
sembilu hatinya masa itulah, terus dia keluar dari The Nook. Tapi
hatinya hendak juga tahu apa yang dibuat si isteri bersama “kawan
baiknya”. Maka dia mengintai dari luar restoran, kelihatan Nawwal
bergelak tawa dengan Atai. Lagak manjanya membuatkan darah Zahrain
tersirap!
Dan
selepas keluar dari The Nook, bukan main lagi mesra berebut-rebut
telefon. Nasib baik dia tidak menumbuk Atai di situ sebab genggamnya
memang sudah ringan-ringan hendak hinggap di muka budak kurus itu.
“I will
not lower myself to fight over a woman! Why should I, when I can get
any woman that I want!” bisik Zahrain kepada dirinya.
“Eh,
manalah tiket ni. Nak emel tiket pun berjam ke?” dengus Zahrain
dalam hati.
Walhal
tidak sampai 15 minit pun dia menunggu. Tika itu jugalah tiba
panggilan dari Rasyidah memberitahu dia yang tiket sudah diemelkan.
Zahrain bangun dan menapak ke arah business center hotel itu untuk
mencetak tiketnya.
----
Setiba di
Hong Kong, Zahrain terus mengambil limosin ke hotel. Selepas check
in, dia terus mandi dan cuba tidur walaupun otaknya masih lagi
teringat-ingat peristiwa yag berlaku siang tadi. Entah pukul berapa
dia terlena pun dia tidak pasti.
Esoknya
hampir tengahari baru dia tersedar. Subuh pun terbabas. Perut lapar,
dia menempah makanan melalui room service sahaja. Lepas makan, dia
berendam dalam tab jakuzi sambil menonton tv berskrin besar di bilik
air. Begitulah dia bermalas-malas dalam bilik hotel yang serba
selesa. Hampir petang satu SMS masuk ke telefonnya.
“Nawwal?
Dia nak minta maafkah? Nak pujuk aku?”
Telefonnya
dicapai dan peti pesanan ringkas dibuka. Humph, SMS dari Adira
rupanya. Dia di Hong Kong kerana ada job malam ni.
“...are
you coming to support me, Darling?”
Baru dia
teringat, minggu lepas Adira telefon mengajaknya ke Hong Kong hujung
minggu ini. Dia ingat lagi bagaimana dia menjawab panggilan telefon
Adira acuh tidak acuh. Masa tu dia sedang asyik masyuk dengan budak
cengeng itu.
Pasal
Adirakah aku terbang ke Hong Kong ini? Bukan pasal menyampah dengan
isteri dan teman-tapi-mesranya? Otaknya yang bergeliga bab-bab
perniagaan sudah tidak boleh mencari jawapan untuk persoalan yang
satu ini.
“Ah,
jumpalah saja dengan Adira. Bertapa dalam bilik ni lagi bengang aku
dibuatnya!”
Moga zahrain x 'telajak' dgn adira d hongkong...full manuscript dh siapke? Xsbr tggu buku ni
ReplyDeletealahai....siksanya penantian...bila jangka nya boleh dpt printed novel ya...hehe
ReplyDeletetau pon sakit ati tgk nawwal ngan lelaki laen keke
ReplyDeletesyarp: terlajak...erkkk
ReplyDeleteliza: adoyai, menulis ni curi2, kerja hakiki menimbun2, dgn out stn tak renti2, will do my best dear
wan: bagus jg dia jeles kan, buatnya dia dont care, haru juga
Kak, xmola zahrain terr ngnn adira .. Sembangg biase2 dh ar.. Adehh, sian una! Kata xsuka tp cembburu gila tahap dewa!! Eii..
ReplyDeleteMudah2an zahrain ingat lg yg dia jjenis xkan berhabis utk pomppuan yg sia2 cm adira tu!
ekcelli banyak jg dia berabis for that woman :(
Deletekak, berhabis duit ke saya ok lagi.. jgn tergadai body sudah ar.. looking frwd somtin' different from u kak..
Delete:)
setuju ngan mizz acu...jgn le terlajak apa2 lak ngan adira tu......cemburu gak tp ...kn better trs trg ngan una..ni lari cmtu...adeh......nnt info2 bila nk ada kt pasaran novel PMS....hrp cite ni ada kelainan dr novel2 yg dah ada....
DeleteJangan sampai zahrain tergadai body dengan adira dah ler kat HK nanti...
ReplyDelete~w.t~
oh oh tergadai hati juga
DeleteBuat apa Zahrain jumpa Adira lagi...
ReplyDeleteZahrain patutnya bincang elok-elok dengan Nawwal,ni tak main lari-lari pula dah mcm perempuan pula....
he's confused coa he didnt realize that he has strong feelings for his wife
Deletecemburu tu bagus Zahrain, nampakla awak tu ada perasaan. tp tolongla jgn buat tindakan bodoh disebabkan rasa cemburu tu. kesian kat Husna.
ReplyDeleteMudah2an zahrain masih waras dah tak terjebak dengan adira tuh.
mr Z tu dia ego, dgn isteri sendiri pun susah nak terjebak
Deletebila nak dibukukan nie? ala, apakata cik writer buat nawwal g HONG KONG pjuk zahrain. PLeasssse! xnak adira ad dalam watak nie.
ReplyDeleteHarap br je dia nak kuar nak g jmpe adira.. Una da terpacak kt depan dia.. Biar zahrain ego+belagak tu immpress!
Delete91 and mizz...sori Una still kat KL. shh shhh
Deletealaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Deletetunggulah what happen after HK....mmg una torture abis. tp tu la their marriage ni macam roller coaster. part yg una agresif tu best juga...bab berapa ek? 40 lebih gitu he he
Deleteciter ni mmg best & lain dr yg lain..tp bila bc teaser 32....oh pleaseeeeeeeeeeee la..klu zahrain berbabas ngan offer adira tu..dah jd klise dah citer ni & boleh guess dah where the story goes...xde beza dah ngan nvl2 lain..x sesuai utk watak zahrain tu..such a loser ada la..
ReplyDeletesorry yer writer..emo plak..adrenaline naik dh ni sbb suka sgt nvl ni...high expectation...
Stuju! Harap laen plot citernye.. Bongekla kalo zahrain g jugak jmpe adira kucing gatai tu
Deletehe he tengoklah apa jadi nanti ye, skrg dah sampai ke bab 51
Deletezahrain cemburu gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr........
ReplyDeletebezzzzzzzzzzzzz......................
yes i think so too
Deletex sbarnyer nak bli novelnie..best sgt2.. hrap2 zahrain x t'jebak dgn adira tu .. i hate adira.. kesian husna
ReplyDelete:)
Deletesaya percaya yg Nawwal lain daripada yg lain ;) which will encounter what ever tindakan yang Zahrain buat. Nawwal is a woman who knows how to flirt his husband. Hanina, tak sabar nak baca ur full writing! keep up dear ;)
ReplyDeleter u the evelyn who wrote the wedding breaker? i loike :)
Deleteeleh.. makan hati plak zahrain ni..
ReplyDeletehe he he
Deleteamboiiii...Zahrain cemburu Nampak?? sabor je la..huhuhu... PMS mmg Best la..lain dri yg lain, hehehe... kak Hanina ade FaceBook tak, nak add Boleh..hihihi
ReplyDeleteaiseh nak update blog pun tak de masa, no fb la. hari ni lepak kat rumah abg ada internet laju tu yg boleh reply semua komen
Deleteoooh.. takde FB ye, tak pe la klu mcm tu... just nak taye agak2 ye bile PMS ni nak di terbitkan.. hehehe...
Deletehai awak... biar la dia trlajak smpai trjelepuk trus dkt adira tu... hikhikhik then kta tgk, apa yg si bijak pandai mr z tu nk buat... entah2 adira tu ada STD ker, dier kan active... ewwwwww... nak cri msalah sngt ek mr z? saya kipas susah mati nawwal jer.... dh cukup bguslh nawwal tu nk jdi istri dier, mr z dgn adira tu seswai sngt la..... mngeletis jer x habis2.... merajuk smpai ke hong kong, then nk cri pompuan simpanan dia pulak, such a loser... sya harap nawwal sowang jer happy dlm crita ni.....tq awak...
ReplyDeleteye lah ada guys tu yang think with their johnnies, nak rupa je, perangai tak kisah. mr z ni one of them la. lepas tu kita tengok apa jadi. don't worry abt una/nawwal, dia tu mmg lembut tapi kan dia ada master ji, side kick dan BFFs yang tlg dia jadi kuat
Deleteyeayy! sukanya dapat baca teaser ney! thanks akak! lve it!
ReplyDeletetak pandai la nak taruk2 teaser ni. nampak gaya kena siapkan mauskrip cepat2, susah hati nnt u all suruh letak teaser lagi he he
DeleteKak Nina.. bila ye PMS nak kluar? Xsabar dahh nii.
ReplyDeletetak siap lagi manuskrip, sikit je lagi. nnt siap i ckp ye
Deletependek sgt n3 u ni.. boleh sakit dada i baca.. nak tggu pulak bab yang seterusnya.. betul2 buat i sakit jantung.. anyway.. mmg best and i loike.. <3
ReplyDeletesian...teaser ni utk usik2 je. tq for liking pms
Deletegoodness me, this story make me anxious and inquisitive ....good writing language. Good luck Nina, looking forward to see the novel on the bookshelf soon.
ReplyDeleteme looking forward too so i better write write write
Deletesy tak berapa nak sabar dah tggu buku ni keluar......
ReplyDelete~all the best!
me too, tqvm for the wish
Deletebest2...cpt la kau nvel neh..x puas bce teaser..eeii eii geraaammmmmm dgn zahrain!!!huhh!!!!
ReplyDeletegeram, geram..sayang? wink wink
Delete*kua
ReplyDeletex best lar, pendek sgt n3 kali nih. Teruja nak tahu apa endingnya.. Hanina, lek cepatkan skit tak? x sabar lah beb.
ReplyDeletehas, hari2 nulis lepas habis kerja. sorilah keja banyak beb
Deletebiarkan mr z tu tejelopok dpn una, kalu blh dgn si miang adira skali! pastu una blh lah buat super-macho-girl act, kasi lenyek abis2 2 ekor tu...ish ish ish emo lah pulak aku. sori ye nina, ni lah penangan pms nina...all d best. cant wait for pms to be out in print
ReplyDeleteuna lembek mcm typical young girls but shes learning to be strong. zoora, i cant wait for pms to be out too but i need to finish it first la :(
Deleteteaser pun teaser lah..asal update..best! TQ Nina :D
ReplyDeletehappy u liked it
Deletegrrrrrr
ReplyDeletemeow meow :)
DeleteAlahai merajuk sampai bawak diri.. Tak sabar nak tau camna nawwal nak pujuk zahrain.. hehehehe
ReplyDeleteUrgghhh bilalah novel ni nak ada kat pasaran. Novel ni lain drp yang lain.
hanis, hari2 saya menulis ni. tp klu dah hari2 kerja tak de rehat maka nulisnya pun slow. m glad u say its different :)
Deletependek sgt~~~
ReplyDeleteteaser ni mmg kerjenya utk tease sj. usik2 gitu he he
Deletesalam perkenalan dik..membaca karya adik di Penulisan2 mmg akak jatuh cinta dengan citer ini..watak watak yg adik ketengahkan mmg sempoi giler dan akak mmg jatuh hati sekali lagi dengan watak utama dalam citer ini minah comel yg sungguh uptodate Nawwal yg cuba sedaya upaya memikat suami yg dia tidak cintai tetapi kasihnya pada kedua ibubapanya untuk menyelamatkan bisness papanya dia sanggup berkawin ngan maamat yg akak gelar poyo ego giler..zahrain..yg mengelar minah tu budak cengeng..sungguh serasi pada kaca mata dan pandangan akak. Zahrain actually mmg dah jatuh head over heels kat minah cengeng tu cuma kerana ego yg tinggi dia cuba menafikan kehadiran nawwal yg semakin hari semakin dekat dijiwa hati dan perasaannya apatah lagi dalam mindanya..akak rasa pemergiannya ke Hong Kong tidak akan membawa maksud apa apa pada diri Nawaal kerana baginya mmg sikap asben dia mmg gitu so dia dah dapat adaptkan dirinya begitu dengan mamat poyo perasaan bagus tu..Tapi bagi akak sebaliknya berlaku kepada zahrain keranan wajah manja mengoda nawwal tidak lekang jauh disisinya walaupun adira ada didepan mata...akak rasa mamat poyo tu akan berlari balik pada isterinya. Akak sungguh teruja dengan perjalanan citer ni dan mengharap agar adik dapat mensiapkan manuskripnya dan mengharap agar novel karya adik ini dapat menemui kami asap. Tahniah dik...nanti war warkan pabila ia berada dipasaran.
ReplyDeleteida, ekcelli una bengang jugak ahhh, sip baik ada master-ji dgn side kick kasi advice baeeekkk punya
DeleteAwat rasa berdebar-debar baca teaser nie??
ReplyDeleteSi zahrain ni pon bukan xkenal si Atai.. Jeles x bertempat.
Haisshh..
Plss duk diam2 kat bilik..
ayu, he did go out :(
Deletehmmm...kak naina...PMS nie btol2 mmbuat sy tergoda..dh giler nk tau smbungan PMS nie...
ReplyDeleteerr...saya tahu sambungannya tapi last 4 chaps masih dalam draft ;)
Deletenina...da lama teaser bab 32...bile nk kuarkan full n3 bab 32 plz??windu gila nina...tension saya
ReplyDeleteNak beli novel ni nanti! nak sngaaaaatt!!! Good job, dear writer! :D
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2Ec260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88