on the other hand, balik rumah, lega...dapat internet yg laju rasa macam dapat oksigen.
drive balik rumah tadi ditemani Inche Anuar Zain, drowning in the blues with him. lagi blues bila wiken ni kerja lagiiiii!
disebabkan bab 10 entah bila boleh disiapkan, saya naikkan dulu, senin ni ke saya siapkan ye, hope u all will enjoy it.
inche hubby sudah balik, dinner time, ciao!
_______________________________________________________________________
Bab 10
Tiba
di Putrajaya, mereka makan angin sambil memandu-mandu ke
sekeliling. Sekali-sekali kereta diberhentikan kerana Reham mahu
bergambar. Melihat pasar malam di Presint 2, mereka berhenti lagi.
Entah berapa ratus keping gambar yang diambil Reham, gambar sayur,
gambar kuih, semuanya menarik baginya. Mulutnya tak berhenti-henti
bertanyakan itu ini dengan Naz. Khaalish hanya mengikut dari
belakang. Melihat makanan yang dijual, kalau boleh semuanya hendak
dibeli. Akhirnya, Naz membeli sebungkus nasi dagang, sebungkus nasi
kerabu, sebungkus nasi lemak dan sedikit kuih muih.
“Is
this dinner?” tanya Khaalish dalam hati. Tak ditanyakan kepada
Naz kerana tahu tentu dia akan disindir jika bertanya.
Usai
membeli makanan, mereka bergerak ke Masjid Putrajaya untuk bersolat
maghrib. Meraya-merayau juga, solat tetap tak tinggal. Insaf juga
Khaalish dibuatnya. Dia sendiri kalau ada business trip atau bercuti,
jarang bersolat dalam perjalanan.
Keluar
dari masjid, makanan yang dibeli tadi diambil dari kereta dan dibawa
ke tengah-tengah dataran masjid. Surat khabar dibentangkan dan
makanan di letakkan di tengah-tengah. Duduk bersila. Tangan dibasuh
dengan air mineral. Doa makan dibaca. Naz makan nasi lemak, Reham
makan nasi dagang. “Tuna rice” katanya.
Khaalish
masih lagi memandang nasi dagang di hadapannya. Tidak selesa makan
duduk bersila di tengah hiruk pikuk orang ramai. Tiada
selera dengan makanan pasar malam. Naz pura-pura buat tidak nampak.
Ikut tidak diajak, nak makan, makan, tak nak makan sudah.
“Yummy!”
kata Reham, “Hairan juga saya lihat orang-orang Malaysia tidak
gemuk. Kalau saya tinggal di Malaysia, tentu berat saya naik sepuluh
kilo!”
Mahu
tak mahu, terpaksa juga Khaalish menyuapkan makanan. Baru sahaja
hendak mengunyah, Reham menjerit kecil, “Swap! Clock-wise.”
Bungkusan
nasi Reham dihulurkan kepada Naz. Bungkusan nasi Naz dihulurkan
kepada Khaalish. Bungkusan nasi Khaalish ditarik oleh Reham. Sudu
masih di tangan masing-masing.
“Musical
chair dinner,” kata Naz kepada Khaalish sambil
menjungkit-jungkitkan kening. “Cepat makan, nanti swap
lagi.”
“This
is the weirdest dinner I have ever had,” fikir Khaalish sambil
menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulut.
Habis
ketiga-tiga bungkus nasi, mereka makan kuih muih pula sambil
melepak-lepak. Azan Isya sudah kedengaran, Naz dan Reham tadi sudah
solat jamaq. Khaalish yang masih tidak bergerak ke masjid hanya
dibiarkan Naz. “Sah, bukan stok untuk dibuat suami,” bisik
hatinya.
“Saya
rasa idea Malaysia membina kawasan lepak di hadapan masjid perlu
ditiru oleh semua negara-negara Islam di dunia,” ulas Reham,
“Seronok melepak di sinikan, melihat keluarga dan kawan-kawan
bersantai bersama-sama. Baguskan, boleh luangkan masa bersama
keluarga dan kawan-kawan, solat pun terjaga. Hablul minnas dan Hablul
minAllah, seiring.”
Mendengar
kata-kata Reham, Naz memandang-mandang ke sekelilingnya. Cemburu
melihat ibu bapa yang rajin melayan kerenah anak-anak mereka. Ada
yang berbasikal, ada yang bermain bola. Dia teringat waktu kecilnya,
Papa sibuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk membawa mereka ke
mana-mana.
“Khaalish,
nak air?” tanya Reham sambil menghulurkan sebotol air mineral.
“Saya
suka dengar Reham sebut nama awak. Makhraj sebutannya elok saja,”
puji Naz.
“Oh,
saya lebih suka bila awak sebut nama saya,” balas Khaalish.
“Hah?”
Hairan Naz.
“Sebutan
awak lebih romantik,” bisik jejaka kacak di sebelahnya, sudah mula
menjual minyak.
Merah
padam muka Naz, bukan pernah ada mana-mana jejaka flirting
dengannya, dia tiada pengalaman. Sebenarnya selama ini kalau ada yang
flirting pun, bukannya dia sedar, oblivious sahaja Naz
dengan spesis berlainan jantina.
“Reham,
do you know what's missing?” tanya Naz cepat-cepat untuk
mengubah topik.
“Coffee!”
sebut Naz dan Reham serentak, sambil menyeringai tersengih. Mengopi
sambil berborak kan lagi terangkat!
Tak
ada kopi pun berjam-jam mereka berborak. Khaalish yang mendengar pun
hairan, tak lenguh-lenguh ke mulut awek berdua ni? Tapi perbualan
mereka memang menarik, tentang penulisan mereka, tentang keluarga
Reham di Jordan, tentang Hamza Ayach si jantung hati Reham sudah
tentunya, tentang pengajian Reham yang belum siap. Macam-macam
topiknya tapi tentang kerja baru Naz langsung tidak disentuh.
“Awak
bosankah?” tanya Naz kepada Khaalish.
Khaalish
menggelengkan kepala.
“Dah
dua tahun kami tak berjumpa, esok dah nak berpisah. Entah bila pula
boleh melepak-lepak macam ini lagi,” keluh Naz.
“Reham
balik esok?” tanya Khaalish.
Naz
mengangguk.
“Awak
pula bila terbang?” tanya si jejaka dengan penuh harapan.
“Lusa.”
Lega
hati Khaalish mendengar jawapan Naz, masih ada masa untuk dia
menyiasat destinasi Naz selepas ini.
Sudah
berjam-jam berbual, habis kebas bontot dibuatnya.
“Jom
pusing-pusing, cari kopi,” ajak Reham.
Sesiapa
yang pernah tinggal di Seattle pasti akan jadi kaki kopi sebab
Seattle adalah bandar asal usul Starbucks, kopi terkenal di seluruh
dunia. Waktu Naz mula-mula menjejakkan kaki ke Seattle, hampir
terkejut dia melihat kedai kopi di setiap jalan di sana.
Jenuh
juga mencari restoran yang masih buka lewat-lewat malam sebegitu.
Akhirnya, apa lagi, mamaklah jawabnya. Sambil mengopi, berborak lagi.
Mak aih! Memang kaki borak awek berdua ni, fikir Khaalsih. Ada-ada
saja topik yang nak dibualkan. Asyik dia menumpang dengar.
Habis
dua gelas kopi diminum, Khaalish terfikir, “Hei, takkan nak minum
hingga tiga gelas?”
“Naz,
jom pusing-pusing,” ajak Reham.
“Tak
reti nak tidurkah derang ni?” dengus Khaalish, esok dia perlu ke
pejabat. Mana boleh ponteng hingga dua hari.
Naik
kereta mereka berpusing-pusing sekitar Putrajaya. Tiba di sebuah
jambatan berhampiran Putra International Convention Center, Reham
minta Naz memberhentikan kereta.
“Apalah
pula awek ni?” tertanya-tanya Naz dan Khaalish dalam hati.
“Reham,
janji jangan terjun okey. Kalau awak terjun, seronoklah awek-awek di
Melbourne sebab Hamza single semula,” usik Naz.
“Excuse
me!” balas Reham sambil membuntangkan mata.
“Nuts,
kita di atas sebuah jambatan....” Reham membuka kata.
Naz
meletakkan tangannya ke dahi Reham.
“Apa?”
tanya Reham, sakit hati.
“Just
to make sure that you are okay. Ini memang jambatan, habibti.
Awak ingat piring terbang ke?” senda Naz. Terkekek ketawa Khaalish.
Awek berdua ni memang sengal, fikirnya.
“Nutter,
dengar dulu boleh tak? Don't spoil the mood,” marah Reham.
Naz pun sudah mula mengekek, sedar Reham sudah masuk mood sastera
hiperbolanya. Dah berkawan dengan orang sastera, tadah telinga
sajalah!
“Boleh
saya sambung?” sindir Reham.
“Sila
oh sila!” jawab Naz sambil mengetap bibir.
“Jambatan
ini simbolik untuk saya dan Hamza. Dia di Melbourne, saya di Seattle,
terpisah beratus-ratus ribu kilometer. Jambatan yang menghubungkan
kami hanyalah hati dan perasaan kami. Perasaan yang tak boleh dilihat
tetapi tetap utuh, seutuh jambatan konkrit ini. Datanglah badai,
ribut taufan, jambatan ini tidak akan bergoyang. Begitulah perasaan
kami berdua!”
Sudah
biasa melayan kerenah Reham, Naz menadah tangan, memejam mata dan
dengan sepenuh perasaan berkata, “Amin!”
Mata
dibuka, Khaalish dijelingnya sambil kening dijungkit.
“Amin!
Amin!” sahut Khaalish. Naz menyembunyikan senyumannya. Comel
sungguh! Bisik hati Khaalish.
“Jadi,
Nuts, malam ini, malam yang penuh berkat. Lihatlah Putrajaya! Penuh
dengan jambatan-jambatan. Bagai memberi isyarat kepada saya untuk
melafazkan ikrar cinta saya buat lelaki bernama Hamza Ayach!”
“Jambatan
yang indah! Seindah perasaan saya dan Hamza! Jadilah saksi ikrar
cinta kami!”
Suara
Reham sudah semakin kuat, matanya dipejamkan, kepalanya didongakkan
ke langit, kedua belah tangannya didepangkan ke atas. Mata Khaalish
pula sudah hampir terjojol, “Awek Arab ini hendak buat apa?”
Naz
pula sudah sibuk memandang ke kiri dan kanan. Nasib baik sudah lewat
malam, hanya mereka sahaja yang berada di atas jambatan itu. Dalam
hatinya dia berdoa jangan pula ada polis yang meronda. Kalau ada
polis pun, harap-harap anak Tan Sri ini boleh membantu.
“Hamza, my love!!"
(to be continued.....)
thanks babe, appreciate it!!!
ReplyDeletekhakhakhakha cute siot partial n3 ni...pj bridge a scene from titanic???? hai reham,reham....side-kick from heaven....
ReplyDeleteerr...its gonna get worst! he he kelopak mata dah tak larat angkat, z z z z z z
DeleteThanks for new entry Nina.
ReplyDeleteThanks for new entry Nina.
ReplyDeletewelcome! nnt siap bab 10, dtg baca lagi ye :)
Deleteya..thks ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
ReplyDeletewlcm luv, HA
Deletelamanya rasa tunggu n3 diowang 2 nih uhuhuhu
ReplyDeleteahhh musim bz dah sampai cik stroberi.... watudu
Deletebest!!!..TqVM for update...
ReplyDeleteKhaalish dok dgr je pmpuan2 gosip..hehehe
nnt dah siap bab 10, tell me what u think ya
DeletePERGH..AS ALWAYS..D BEST..
ReplyDeletepergh...Ida...puji melambung! tersipu2 saya he he
Deletetq nina syg... berbaloi check mlm ni... hihi nak lg..
ReplyDeletehaah sy pun tak sabar nak siapkan bab 10 ni...nak laju2 kan sikit KNK ni
DeleteBest.cptla khalish ngorat naz
ReplyDeletengorat? nnt bab 10 siap, sy nak dengar apa komen syarp ;)
Deletehehehe gelak memang tak ingat dunia.... #^_^
ReplyDeleteReham baca puisi or ikrar untuk si Hamza tu?????
Kalau orang lain nampak gerenti memang dapat masuk Hospital Bahagia.....hahaha XD
tulah saya ni ramai kawan2 yg weng cenggini...
Deletereham lucu...
ReplyDeletethe real reham pun lucu, tp menakutkan org lelaki, sampai skrg still single coz she is so intense
Deletehahaha! saspenss.. saspenss! cant wait for the next part! bestlah kalau ada kawan macam reham! hihi
ReplyDeleteyes... i love the real reham :) nnt dah siap bab 10, i teringin nak dengar yr komen. miss....apa cerita nada hanan??????
Deletesenyap ajer khaalish. bila agaknya dia nak lancarkan siasatan destinasi naz yang seterusnya.
ReplyDeletezue, coming soon. tp talk abt lancar ni....bacalah apa yg khaal lancarkan at the end of bab 10 he he
DeleteReham ni klaka tau!
ReplyDeleteoja....dah dpt dah pms?
DeleteNina..i dah dapat dah..terus baca hokey!! dan terus berada di awang-awangan..hahahaha (^_^)
Deleteyeay untuk partial chapie 10.. i dah beli dah PMS.. besttttt~ that's the only word that i can say.. tapi mula2 agak malu sebab bila kawan tengok saya borong buku dekat popular, dia tengok ada buku title projek memikat suami.. huhuhu.. jenuh jugak la nak terangkan yang buku tu buku cerita.. bukan buku motivasi untuk memikat suami.. huhu.. BTW, keep up the good work.. hehe
ReplyDeletehe he ada reader yg segan gak, so dia balut pms dgn kertas bunga2. saya pun segan sampaikan terus nak stay anonimes, supaya boleh tulis notti2 story lagi wa ka ka
DeleteSy pn trsebut sama nama khaalish terikut reham kikiki
ReplyDeleteoh yeah, jom kita seru ramai2 ha ha
Deletehi sis nina u know what? nama characters dlm PMS and KNK ni ada yg sama dengan nama husband saya n anak saya.. nazari dan nawrah.. cuma ejaan je lain..what a coincedence.. hehe.. love to read your writing.. x penah lagi jmpa a writer who writes like u.. x sabar nk tunggu next chapter.. semoga Allah murahkan rezeki awak with alot of fresh ideas.. ;)
ReplyDeleteape diaorg nk buat kat jambatan tu..
ReplyDelete