Dzariff yang sudah makan tengahari tadi dipujuk-pujuk untuk menemankannya makan, atas alasan segan makan berseorangan. Akhirnya Dzariff mengambil sedikit nasi mandey dan diletakkan di atas pinggannya. Sukanya Musyrifah! Selalunya makan dengan Dzariff di pejabat dan di restoran. Kali ini makan berdua di dalam rumah. Oh, beginilah indah rasanya bila berumah tangga dengan buah hati ya. Rasa bagai berada di syurga.
Sambil makan, panjang sembang Musyrifah. Sedia maklum yang Dzariff suka berbincang tentang bisnis, maka topik itulah yang dibukanya. Sambil meneman Musyrifah makan, Dzariff teringatkan isterinya di tingkat atas. Okey agaknya, sebab tadi dia kata dia mahu tidur. Takkan hendak dihalau Musyrifah balik?
Usai makan, lambat-lambat Musyrifah mengemas. Setiap butir nasi yang bertabur dikutipnya. Meja dan kaunter kabinet dilap sehingga bersih berkilat. Puas Dzariff menghalangnya, sebagai tetamu Musyrifah tidak perlu berkemas bagai. Tetapi si rakan kongsi niaga sebenarnya hendak berdua-duaan selama mungkin dengan buah hati.
Sudah habis semua pinggan, mangkuk, gelas dicuci dan dilap kering. Meja, kaunter kabinet dan sinki dilap bersih, habislah modal Muyrifah untuk tidak bertolak balik ke pejabat. Lalu dicari idea lain, “Jif, you nak minum kopi? Kalau di pejabat, you selalu minum kopi selepas makan nasi.”
“Eh, tak payahlah, Musy. Dah pukul berapa ni? You tak nak balik ke pejabatkah?” Dzariff menolak.
“Er.. tak apa. Alah, berapa minit sangat nak bancuh kopi seteko,” sebuah senyuman manis dilemparkan. Setiap saat dengan buah hatinya, dia mahu pastikan yang Dzariff hanya berasa bahagia.
Tak reti Dzariff hendak menyuruh tetamu pulang, namun teringat Fayqa di atas, “Bukan I tak nak hidangkan you kopi, Musy...”
“Tak apa, walau pun ini rumah you, biar I yang hidangkan,” potong Musyrifah.
“No, what I mean is that... I need to go and check on my wife upstairs,” Dzariff menuding ke atas menggunakan ibu jarinya.
“Eh, you go ahead and check her. Biar I buat kopi, nanti you turun minum sahaja,” seperti biasa Musyrifah tetap gigih mencari peluang.
“Tak apalah, Musy. I think I want to spend some time with her. Kut dia nak I picitkan kepala dia ke apa,” selembut-lembutnya Dzariff memberikan alasan.
“Oh..ya...haah lah...,” tak ada modal lagi untuk bertahan di rumah buah hati, “apalah I ni, asyik berbincang hal kerja, lupa yang isteri you tak sihat. So thoughtless of me.” Senyum manis menyembunyikan hiba di hati. Isteri juga yang diutamakan.
“No-lah, Musy. Bukan thoughtless, you ni cuma obsessed pasal kerja. You should take it easy, you know.”
Dalam hati Musyrifah berbisik, Jif, I'm obsessed with you, actually. Sedih sungguh, buah hati di depan mata tetapi tak dapat bersama. Ya Allah, ku mohon Kau kurniakan ku kesabaran dan kejayaan dengan kasih sayangku terhadap lelaki yang hebat dan istimewa ini.
Si rakan kongsi niaga dihantar cuma hingga ke pintu depan. Selepas berpamitan, laju langkah Dzariff ke tingkat atas. Mahu memastikan isterinya okey. Rasanya sedang lena tu.
Bila pintu bilik tidur dibuka, Fayqa tiada. Dzariff mencari isterinya di dalam bilik air, pun tiada. Hairan. Di bilik TVkah dia? Sebelum ke tingkat bawah, dia mencari Fayqa di dalam tiga lagi bilik tidur yang masih kosong di tingkat atas. Tiada. Laju kakinya melangkah ke bawah. Fayqa dicari di bilik TV, juga tiada! Jantungnya bagai terhenti beberapa saat.
Nombor telefon isteri didail. Lima, enam, tujuh kali. Tiada jawapan. Dzariff merengus. Sabar Dzariff, mungkin ini akibat trauma yang dia lalui. Sabar. Nafas ditarik dalam-dalam.
Where can she be? Jim. Of couse, Jim.
(p/s: SF tak sempat keluar semasa PBSKL ni )
wahhh.. like3
ReplyDeleteRindunya kat cite nie...dh ada di pasaran ke?
ReplyDeleteAlamak....apa dah jadi ni..tak nak lah yang buruk buruk happen yea Nina..happy ending tau...even beribu dan berjuta rintangan yang nenimpa...
ReplyDeleteEh ehhh apakah cik mushy matchy ni??? I need to get my hands on the book like right now!
ReplyDeletekacau betullah Musyrifah ini. Zariff pun x kanlah x reti nak menolak... boleh pula biarkn Si Tipah tu buat mcm rumah sendiri.
ReplyDeleteX pa Nina.... janji lepas itu ada di rak kedai buku... kami sedia menanti dlm erti kata laun nak cepat2 peluk Fayqa
Bestnyemr..cepat2lah keluar novel ni
ReplyDeleteIngat kan sempat kuar masa pesta buku ni...
ReplyDeleteAkhirnya penantian bakal berakhir...cpt la SF..dh lme btol tunggu nie
ReplyDeleteLor musy musy ni xleh terima kenyataan ker?? Laki org tu oiii.
ReplyDeletetrauma faye tu ada kaitan ngan musy ke?? eeeiiii geram plak ngan musy ni....
ReplyDeleteBila nvel ni nk kluar ek? Xsbr nk baca ni. Selalu skodeng blog ni tp xada pkmbgn tkni lg. Bila bka lg skali ada teaser wau bestnya
ReplyDeleteWahhhh......suka..suka.... Er...Fayqa merajuk? Merajuk dan lari?
ReplyDeleteWAHHHHH...BESTNYA.
ReplyDeleteha ahla.. bila nak ade novelni...
ReplyDeleteakhirnya terubat rindu pada dzarif n fayqa.........
ReplyDeletetak sabar nak peluk dah nie......huhu
akhirnya..setelah lama menanti...bila leh baca penuh ni..oh pelissss k.nina
ReplyDeleteakhirnya ada jugak entry terbaru..bila nak jadi novel ni? tak sabar nak beli novel yg ada sign author..pssttt; saya dah balik *wink*
ReplyDeletePBSKL ke PBAKL. Typo~typo. Dalam hati harap bukan PBAKL. Nak baca yang ni.
ReplyDeleteCik Nina Sayang....
ReplyDeletebila nk kuar nih, dah lama tunggu. X cian ke kat kita-2 peminat setia SF. By d way, cite Projek memikat suami kat Astro dah abih, rasa tak puas pula sebab x panjang citenya. Apa komen Cik Writer?
Nina...bila nak keluar buku ni...teman x sabo dah ni....
ReplyDeletefrust nyer akk nina...ingt leh rembat di pbakl..dpt lh berdate ngan SF namun huhu...
ReplyDeleteaduh..............siksanya jiwa n raga akakkkkkkkkk......
ReplyDeleteNina... bertambah suspen mana fayqa pergi...bila nak kluar citer ni?
ReplyDeletelaa...ingatkan kuar masa pbskl ini...frustnya...
ReplyDeleteSalam Nina, mana sudah hilang lama x nampak?
ReplyDeleteDah ada bukunya di pasaran ke?
Assalammualaikum WBT Cik Puan Penulis Nina, lama takde update.ada jugak teaser, alhamdulillah, terima kaseh!! ..tak sempat bulan depan bulan berikutnya kah? atau bulan seterusnya? :-) takpe leeee...teman saborr menungguuu...
ReplyDeleteMemang rezeki teman malam ni
ReplyDeleteBlog walking n dapat baca teaser
Berakhir sudah penantiannnnn.... :), bile nak keluar kat pasaran ni, nak cop dulu eh
ReplyDeleteBerakhir sudah penantiannnnn.... :), bile nak keluar kat pasaran ni, nak cop dulu eh
ReplyDeleteRINDUNYAAAAAAA...TQ
ReplyDeleteRINDUNYAAAAAAA...TQ
ReplyDeleteCIK NIIIIIINNNNNAAAAAA......WHENCE ART THOU?????
ReplyDeleteTd pegi pbakl..wah mata ligat cari kot2 ada SF. hampa....x ada. Dah lama x buka ni. Balik terus buka...oooo rupanya dah siap2 pesan xsempat eh :( nyway tq teaser ni sobsobsob
ReplyDeleteNina.....bila nk keluar novel ni.....bg bayang sikit.....x sabar dah nk baca...
ReplyDeleteSdehhhhhh...... jiwa kacau
ReplyDeleteRindu kat cerita ni
ReplyDeletethanks for this post. This post makes a great point about focusing your efforts.
ReplyDeletefingerPrint Plus Card provider in bhubaneswar
Cik writer dah tak layan blog ni lg dah.. sesihnya..
ReplyDeleteTerus terang saya nyatakan bahawa sebelum ni jarang baca buku cerita genre begini. Tapi, i must say; Cik Hanina seorang penulis yang berbakat & kreatif.
ReplyDeletesaya telah pun beli kedua-dua buku Hanina.
I look forward to reading more blog updates and of course your new book !
Well done !
Hi! I am just done commemoration your advertisement and I rather enjoyed it. I had some questions in the starting of the commodity though, but I captivated on commemoration and I am adored I did. Able arresting posting, blogger! Accumulate publishing and I'll in adeptness be abashed shortly.
ReplyDeletewholesale Jewelry
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88