especially untuk kawan2 yg minta teaser. namanya pun teaser kan, so ini untuk usik-mengusik ye. ha! jgn kata pendek, ini 4 ms ni (sambil cekak pinggang he he). also sy ni copy paste sambil ber mesyuarat ni, so apa yg sempat je lah.
so get ready to read abt Una menggoda Mr Z lagi!!~
__________________________________________________________________
“Next,
beli ikan.........untuk pancing suami, he he he, dan kali ini takkan
ku lepas ikan ni, nasiblah kau ikan...”
Petang
itu untuk pertama kali dalam tempoh hampir dua minggu, Zahrain pulang
awal. Dia naik ke atas untuk mandi dan bersiap-siap ke rumah Mama dan
Papanya. Masuk ke dalam bilik, budak itu sudah siap berbaju kebaya
nyonya. Humph, nak dilarang pakai, bukankah aku ni tak mahu bertegur
sapa dengannya. Maka, dibiarkan sahaja isterinya berkebaya nyonya
yang seksi di pandangan matanya.
Husna
mencium tangan suami dan berkata, “Saya tunggu di bawah, nak
siapkan bahan-bahan yang nak dibawa ke rumah Mama.”
Banyak
juga bahan-bahan yang dibawa ke sana, ikan beberapa ekor di dalam
kotak ais, sebekas air asam, sebekas sambal belacan, sebekas sambal
kicap dan ulam-ulaman.
Tiba
di rumah mertuanya, mereka bersolat maghrib berjemaah. Selepas itu,
Husna menyanggul rambutnya tinggi. Boleh guna alasan panas sebab
membakar ikan. Keluar ke laman, Papa dan Zahrain terkial-kial hendak
menyalakan api di dalam set barbeku.
“Kesian,
Papa, letih baru balik dari pejabat. Biarlah Una buatkan. Papa
pergilah duduk.”
Bila
Tan Sri Zainal duduk berehat, dapatlah Husna berdua-duaan dengan
suaminya. Senyum nakalnya disembunyikan.
“Hm,
I am stuck with her here,” getus Zahrain dalam hati, tidak
sedar dia sedang diprojekkan oleh si isteri.
Takkan
nak ditinggalkan isterinya membakar ikan seorang-orang, tak gentleman
la pulak. Budak itu menyusun semula ketulan-ketulan arang, di
bawahnya diletakkan beberapa ketul fire starter. Maka, mudah
sahaja api menyala. Bini aku ini semuanya dia siapkan, sehinggalah ke
fire starter, puji Zahrain, mahu tidak mahu di dalam hati.
Api
yang menyala dipadamkan sehingga arang tinggal membara. Ikan yang
sudah dibersihkan dan dilumur dengan ramuan-ramuan di letakkan di
atas api. Cekap sahaja budak itu bekerja, ralit Zahrain memandangnya.
Lama kelamaan, dia mula sedar, bukan api atau ikan yang dipandangnya,
tapi si isteri yang seksi berkebaya. Hmmm........pinggangnya....so
small.....ringan sahaja tangan Zahrain mahu menyinggah ke sana.
Jenuh ditahan diri sendiri sehingga perlu dia mengingatkan diri
kenapa dia berperang dingin dengan isterinya. Kenapa ya?
Errr....emm.....sebab teman-tapi-mesranya itulah!
Setia
Husna menjaga api, berpeluh-peluh dahinya sehingga menitik-nitik.
Kasihan pula Zahrain melihatnya.
“Panasnya,
Abang,” komen Husna, dagunya didongak ke atas sambil
mengipas-ngipas lehernya, “Fuuuuuh. Abang tak panas?”
“Panas?”
fikir Zahrain, berdegup-degup jantungnya.
Kecur
air liur Zahrain. Bukan disebabkan oleh enak bau ikan yang sedang
dibakar tapi dek leher jinjang gebu isterinya. Matanya melekat ke
leher gebu budak itu. Bibirnya rasa bagai hendak melayang-layang
hinggap di sana, menurunkan cop-cop mohor seperti dulu. Zahrain
menelan air liur.
“Ish,
Abang pun dah berpeluh-peluh. Kesian Abang. Meh, Una lapkan peluh
Abang,” pelawa budak itu.
Belum
sempat dia mengelak, Husna sudah merapatinya dan mengelap dahi dan
lehernya dengan tisu. Dekat sungguh badan Husna sehingga Zahrain
dapat mencium bau haruman badan yang dipakainya. Hmm....sudah lama
tidak tercium bau ini, ingatannya segera melayang kepada
memori-memori indah mereka berdua. Kedua belah tangannya hinggap juga
ke pinggang budak itu.
Tan
Sri Zainal yang melihat aksi suami isteri itu mencuit bahu isterinya
yang sibuk menghidangkan nasi di atas meja. Bila terjungkit kening
Puan Sri Maimun, Tan Sri Zainal memuncungkan mulutnya ke arah anak
dan menantu mereka.
“Macam
dah okey saja, Bang,” komen Puan Sri Mai.
“Harap-harap
macam tulah, Mai,” jawab Tan Sri Zainal, sedikit lega. Sejak
peristiwa Hong Kong yang lalu, anak lelakinya masam sahaja di
pejabat. Sehingga habis menikus semua staf, takut kena libas dengan
Boss.
Husna
masih berhempas pulas memikat suaminya. Macam mana aku cekap membakar
ikan-ikan ni, macam tu jugalah aku perlu cekap memancing ikan besar
di sebelah aku ini.
“Abang,
cuba Abang tengok, ikan salmon untuk Abang ni Una ingat dah
masaklah,” katanya sambil membuka bungkusan kepingan tipis
aluminium yang mengandungi ketulan ikan salmon. Berkepul-kepul asap
keluar dari bungkusan itu. Diambilnya garfu, sedikit isi ikan salmon
dicucuk, ditiup-tiup, lalu dihulurkan ke bibir suami. Zahrain
bagaikan sudah dipukau, automatik sahaja membuka mulutnya.
“Sedap
tak Abang?” tanya Husna sambil menjilat garfu yang digunakan untuk
menyuap suaminya itu. Mencerun mata Zahrain melihat aksi isterinya.
“Tawar,”
itu sahaja yang dapat Zahrain jawab.
“Tak
apa, nanti kita tambah perisanya,” bisik Husna sambil tersenyum
seksi. Zahrain menelan cebisan salmon di dalam mulut bersama liurnya.
“Fuuuh,
so hot! What? The night? Me? Or her?” fikir Zahrain. Matanya
tidak berkelip-kelip memandang budak itu.
“Abang,
ikan-ikan ni sudah masak. Kalau dibiarkan lama-lama, nanti hangus
pula. Una pegang pinggan besar ni, Abang tolong angkatkan ikan ye.”
Berhati-hati
Zahrain mengangkat ikan-ikan yang sudah masak dengan penyepit besi.
Bila tiba masa hendak mengangkat ikan terubok yang besar itu, dia
terpaksa menggunakan kedua belah tangan, sebelah kanan menyepit
dengan penyepit besi, sebelah lagi tangannya untuk memegang ikan.
“Aduh!”
terjerit kecil Zahrain dibuatnya, ikan itu masih lagi panas!
“Sakit,
Bang?” tanya Husna, cepat-cepat dia meletakkan pinggan yang
dipegangnya.
Tangan
kiri Zahrain dipegangnya lembut dan dihembus-hembus untuk meredakan
sakit. Kemudian dimasukkan jari Zahrain ke dalam mulutnya dan
dihisap-hisap lembut. Satu demi satu jari suaminya dibuat begitu.
Zahrain yang sudah lama menjauhkan dirinya dari si isteri mula
berdebar-debar. Lama dia terpaku memandang tingkah laku isterinya.
“Dah
okey, Abang?” tanya si isteri lembut.
“Jari
okey, tapi aku ni okey ke?” tanya Zahrain dalam hati.
“Kalau
tak okey, Una ambilkan minyak angin,” cadang Husna.
“Okey,
okey.....ehem I'm okay,” cepat-cepat Zahrain menjawab. Alah,
kena ikan panas sikit, apalah sakitnya. Sakit hati dengan isteri yang
susah nak diubat, getus dia dalam hati.
“Jom
makan, Abang. Una laaapar sangat,” Husna memberikan sebuah lagi
senyuman seksi.
“Lapar.
Lapar? Haah, lapar nak makan,” jawab Zahrain.
Ish,
apa yang aku merepek ni? Pinggan besar berisi ikan dibawa oleh
Zahrain dan mereka melangkah ke meja makan di beranda di sisi rumah.
“Tan
Sri, Puan Sri, dinner is served,” Husna membuat pengumuman
ala-ala pelayan di restoran mewah.
“Baguslah,
Papa dah tak tahan lapar ni. Bau ikan bakar kamu Una menggoda
sungguh, kan Mai?” puji Tan Sri Zainal.
“Menggoda.
Memang, memang menggoda sungguh,” bisik Zahrain dalam hati tapi
bukan ikan yang difikirkannya.
yeayyyy!!! suka..suka..suka...anyway tahniah sebab akhirnya awak dah siapkan manuskrip PMS. so lepas ni boleh la berehat dan pegi bercuti ke moscow ye.. :D
ReplyDeleteHahahahhaahhaa... Good job una!
ReplyDeleteAdehhh cemburu gilak xhbs2! Mulut ada xmo tanya..herm!
Kak, thanks... Next teaser mr z lak goda una ek ;)
woi mana ada lagi teaser!!! tunggu PMS terbit. (he he he) korang ni dah bagi teaser, nak teaser lagi, mentang2 i ni jenis cant say no (bab ni i mmg macam Una) :)
Deleteha.. ni teaser kat sini, bila mr z menggoda...ada ais krim...yum yum
DeleteItu bkn teaser.. Tu ayatt penyata jer!
DeleteAlaaa..bln 8 tu lmbt lg.. Sempat la satu teaser lagik. Kehkehkeh...
Bolehh la penulis yg chummell ;) pls *wink*
kwang kwang kwang kwang....
Deleteais krim????? o_O wowwwwwww
Delete*gelak gatai*
Nina... Kasi lg la sayang bucuk intan payung.... Baca teaser ni tetiba rasa mcm gatai jgk nk bakar2 ikan ehhh....
DeleteEskremmm? Wooohooooooo.... X sabarnyeeeeee.... Cik nina comeiiiii, kasi la teaser bab tuuuuu....
Tema di sini adalah.....gatai! Teaser nnt lah i pk2
Deleteboleh la cik writer.....bg la teaser lg...
Deletehaah, kalau laku lah novel ni, duitnya buat bercuti ke moscow ha ha ha. sy terkilan dulu ke sana tak sempat nak bergambar depan st basil's cathedral tsk tsk tsk
ReplyDeletemakin x sabar nak tunggu PMS keluar :D
ReplyDeleteah... bila seorang penulis komen mcm ni besar hati saya (blush blush)
Deletekak hanina..........
Deletekat kedai, novel pms dah start jual ke??
kalo dah boleh saya tahu berapa harganya?/
hehe
Refresh yg Ada hasil Kali ni :)
ReplyDeleteThnx for the teaser ya!
Nnt exact date PMS kuar heboh2 kan la ye
Bolh pegi bkampung kat bookstore awal2
macam hasil pancingan ye? he he
Deletehuahuahua. so hotttt! haha. pandai una menggoda ye? mr z yg ego tu pun mcm dh nk tewas dh tu.
ReplyDeletethanks Hanina! =)
well.....some like it hotttt
ReplyDeletesempat jugak ku landing kat sini...sexy and desirable...hahahahaha
ReplyDeleteooo kuching chomel sudah mareyyy :)
DeleteNina, u melt my heart with this entry!
ReplyDeletehe he but the ending of this chap is...not...so....well, nnt u bacalah (he he ni betul2 teasing nih)
Deleteyeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...x baca lagik nie tapi nak express my feeling....yabedabeduuuuuu
ReplyDeleteoit nak jadi bini flinstone ke? har de har har
Deletewah, thanks cik penulis coz post teaser PMS . sy xsbr mnunggu PMS keluar. dh keluar info eh ? :)
ReplyDeletekatanya ogos tp sy ni tgh blur2 ni
DeleteBilalah nak dapat intai2 part zahrain plak menggoda una nih...
ReplyDeleteSian una, asyik dia jer yang ekna mengalah dan berusaha...
Zahrain nih senang2 jer dia dok makan umpan yang disuap...
Bagi lagi teaser bab zahrain plak memasang umpan yer...
Nak tengok una nih senang nak termakan umpan yang disediakan...
~w.t~
oit! tak bley, tak bley...sebab part ni la yg besh... he he he. resipinya ada ikan mackarel, ada cili, ada ice cream...macam2 ada!
DeleteAlamak! itulah part yg x tahan nk dengar tuh. agak-agaknya bila boleh kluar last teaser yg part Mr Z pikat hati una pula..
Deletezahrain ni dah macam alpha heroes.... arrogant n ego..... i wonder if mr z ni betul2 cintakan una or maybe nafsu dia jer. husna aii tetap sokong u wlupun aii rimas tgk hubby u... u go girl
ReplyDeletehaah alpha male! yum yum! tunggulah bila una dah snap... kalut plak mr z tu buat investigation
Deletecinta vs nafsu, itu ada nnt kang derang bincang! dan mr z tak dapat bagi una jawapan yg memuaskan, so he was made to work hard ehem ehem
pergh..nak pitam sekejap...rasanya mamat poyo tu kan..bini punyalah xomel giler dan akak tabik kat Una yg pandai memikat dan memasang jerat utk suami..part yg akak tak tahantu..dia tau yg suami dia akan tergoda kalo dia pakai kebaya..dan part yg mmg akak tabik bila dia sengaja mendongakkan lehernya utk tease suaminya..kelakar juga bila una ngan sengajanya merapatkan diri dan menyuruh asben dia merasa ikan dan selepas tu menjilat garpu yg digunakan..apatah lagi bila dia menjilat jari jari asben dia tu..dengan tak sengaja dia telah betui betui menaikkan perasaan keinginan suaminya yg tahap beku tu kat dirinya..teruja nak tahu..babak babak yg U cakap tu Hanina..sabar ja la akak ngan teaser ni..sbb dia betui betui membuat kita tak sabar nak membaca novel ini.
ReplyDeleteHa'ih Una ni pandai betul goda si Zahrain...#^_^
ReplyDeleteoooooo...dok baca teaser ni buatkan lagi rasa tak sabar nak tunggu bukunyer. :-)
ReplyDeleteKak Hanina! Bila keluar buku nih? Nak simpan duettt :DDD
ReplyDeleteWohoooooo the best!!!!!!! Sweet giler..dh senyum smpai ke langit baca n3 ni...nk lagiiiiii
ReplyDeletebila buku ni akan keluar dipasaran Nina dh tak sabar dh nk baca.
ReplyDeleteHarap jgnlah terpaksa menunggu lama sgt baru buku ni keluar dipasarankan?.
mengancan habis!!!!!!!!! mmg mengancam dan terancam cite ni!!!! confirm beli!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteooh cter ni sangatlah x sesuai dibaca oleh kanak2 bwah 18 thun..
ReplyDeletealert yee adik2.. ble dah beli buku nie mmg kne smpan je dalam bilik.. tkot adek amek bce.haha
kan3...x seswai gitu untuk bacaan umum hahahhahahaha
DeleteIsh takkan sy nak buat citer utk kanak2 ribena plak. Tak thrill la
DeleteTo me x teruk pun bab 18SX nyer... I'm ok with it & pembaca haruslah menilai sendiri. Yang paling penting pengajaran & knowledge yg boleh diambil dr novel PMS ni. Great job Nina! Ichi-ban suki!
Deletewakaka pndai sungguh una ni psg taktik keke
ReplyDeletemr Z punya kubu xkuat mne kot bila una dh stat jadi ala2 ulat bulu pnjat daun keke
Thank you dear writer :) Tak sabo nak beli :D
ReplyDeleteekekkeke..notty eh una.. kasi goda sama zahrain cukup2.
ReplyDeletebestt!!
tq nina :)
kalo daku kucing dah lama kene ngap si Una nih hahahhahahhahaha.....blushing3!!!!!
ReplyDeleteMr Z dah kemaruk sbb 2 mggu lancarkan perang. Sekarang nih biar Una goda tp in between main tarik tali. I like it! suka tgk nnt bila Mr Z pulak nak goda Una balik, masa tu baru dia tahu betapa berharganya Una dimatanya. X sabar nk tggu Mr Z goda Una pula, Mr Z a.k.a si ais ketul pula pasang perangkap. Kita tengok sama ada si kucing atau si ikan yang mengalah... tggu dan tggu itulah yg sy rasakan sekarang ini. PMS by Hanina is the best and different from other novel..
ReplyDeleteSy pun setuju dgn awk Has. Memang tak sabar menunggu Mr. Z pulak lancarkan 'projek memikat isterinya' tu. Cik Nina,nak la teaser bab ni,ya..ya...ya. Lambat lagi tu bulan Ogos. Menunggu sehari pun dah rasa mcm sebulan dek penangan PMS ni. So....,sementara menunggu versi cetak, harap sangat2 ada lagi teaser buat pengubat rindu.
ReplyDeleteAwk pun fikir begitu ke Hamidahmawar. Sy mmg dh teruja sgt dgn PMS. X sabar-sbr nk tggu bln Ogos ni, Macam dah melambai-lambai pula PMS diruang mata.
DeleteHarap-2 sgt Nina boleh bagi teaser bab Mr Z pikat Husna pula... bolehla ye nina (dgn muka ala-2 kucing puss in the boot lar pulak)hehheeee
Puss in the boot??hehehe...dah terbayang-bayang muka comel awk tuh. Memang ye, kalau boleh nak je pergi merayu kat penerbit PMS suh cepat publish buku ni.
DeleteAmboi derang ber2 ni lancar kempen nak teaser lg ye. Honest, i x pandai nak buat teaser. Bab mr z goda una ni banyakkkkk so i tatau nak ambik yg mana. Haip! But ekceli sy tak plan nak buat teaser lagi tau :p
DeleteJgnlah mcm tu cik writer, cian kt kita org brdua nih. Dh nk meroyan lagaknya, sumer gara-2 PMS.
DeleteOh my PMS bila nak kuar nih, dh nazak kita org yg kt luar menantinya.. bagilah kita org treaser yg akhir pon xpe, please Cik Nina laling, I luv u tau (23 juta x tau)...
betul2... best lh citer ni... n x sbr nk baca mcm mana mamat tu pikat una plak... biar una plak jadi ais ketul.. hehehhe.... best! Two thumbs up for you Nina...
ReplyDeleteUna dah tak larat...so dia stone jek
Deletehahaha...memang mengoda betul la..tak sabar plak tnggu ogos nih.. im still curios, napa una tak cari husband dia yg time kat hongkong tu? sbr jelah, nanti baca prntd versn? klau tak terjawab nanti stdby answer, kite tagih kat nina. hehe. oh btw, nak pngil nina; akak, adik, or nama je? umur nina brapa ye? dah kawin ke? nak interview author kjp ;) thanks a lot
ReplyDeleteKan husband dia kt sijil nikah doesnt mean una boleh minta hourly report
DeleteHe he jgn la interbiu author sbb author ni shy shy cat. ...meow
Deletecan't wait fr the novel. Una is sooooooo cute. Good job. :))))
ReplyDeleteI pun cute (he he enter frame jap)
DeleteOh My!!! (terbeliak mata hehehe..:)
ReplyDeletebestnyerrrr....chomel sgt
tp apasal lmbt sgt nak kluar novel dier,
iskk..publisher ni,patutnya kluarkan cpt2
sementara tgh HOT ni, jiwa sdg berkobar-kobar hehehe
tak tahan sungguh menunggu
penantian satu penyeksaan adusss...
btw thanks Nina for this N3..
besssssttttttt....terubat rinduku pada Una n Mr Z
Bab terbeliak mata tu oh so funny
Deletex sbr nak beli bku,,, best ^_^
ReplyDelete:)
Deletelambatya......kesianlah....tak sabar sanngat ni rasa mace nak demam ni menunggu PMS ogos ni
ReplyDeleteSy yg menulis pun rs nak demam he he
Deleteha...boleh pakai gak idea Una pikat MrZ.nk trylah to mu hubby..
ReplyDeleteNnt reportla kat sini menjadi ke tak...he he
DeleteNina, u ada praktik x taktik una ni? Menjadi x? Rase nk pegi beli lingerie dah ni... Nk beli seluar yg ketat, sgt ketat x sesuai lak ank2 tgk apa ke hal nye mama ni kannn... Kikikikikiiii...
ReplyDeleteTaaaaaak....i ni boring jek.
ReplyDeletemdh-mudhan menjadi kot.....
ReplyDeleteamin!
Deletebile nak kuar pms ni??huhuh..next teaser la...yang da baik2 jek...y romantik2...
ReplyDeletedengar kabarnya ogos. teaser...tak tau nak pilih part mana. sib baik part bakar ikan tu ok juga kan?
Deletealah....bagi la cikit teaser nina...plz..lama woo nak nunggu ogos tu..ntah2 masa tu ai tgh dlm pantang...dosa taw u buatkan preegy woman mcm ai ni tertunggu2....huhuk..plz...at least ptg ni 1 teasar yer...plz!!
Deleteakak, PMS under publication apa?
ReplyDeletesebumbung dgn karya seni tapi bukan karya seni, nnt kalau confirm i will announce here, ok?
DeleteI book PMS ni ngan u trus leh x cik writer? siap ade signature u....
ReplyDeletehe he he, agaknya boleh kut (tak sure sebab tak pernah buat). sah saya kena minta tlg sapa2 handlekan sebab sy ni bab ke pej pos, bank in bank in, ni amat blur
Deletex sabonya nk tggu novel nih
ReplyDeleteinsyaAllah kalau ada rezeki seminggu lagi
Deletecomelnya cover..okey, simpan duit utk beli PMS...
ReplyDeletecek 10hb ni ye
Delete