Ramadhan Kareem saya ucapkan kepada rakan2 semua. Moga Allah beri kelapangan dan kesihatan untuk kita menjalani ibadah di bulan mulia ini.
Kisah Naz dan Khaalish bersambung, tapi tajuknya belum ada. Malas nak fikirkan saya nak minta kawan2 punya cadangan boleh?
Enjoyz!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Bab 2
Keesokannya,
selepas solat subuh Naz dan Reham tumbang semula ke atas katil,
penangan bersembang sehingga larut malam semalam. Pukul lapan pagi
bila terjaga semula, mereka bermalas-malasan di atas katil. Namanya
pun cuti! Kalau tidak cuti sudah berdesup macam lipas kudung, bersiap
untuk pergi kerja.
Sambil
bermalasan mereka berbual tentang jejaka-jejaka teman bersembang
mereka semalam. Di mulut Reham, tidak putus-putus, “Hamza, Hamza,
Hamza!” Hamza yang baik, Hamza yang manis, Hamza yang periang,
Hamza yang macho!!
Naz
sudah menjeling ke langit, “Nampak gayanya ini bukan hanya holiday
fling! Ini sudah fling, fleng, flong!” fikir Naz sambil ketawa
dalam hati.
“Silap-silap,
aku terbang ke KL sorang-sorang ni,” Naz sudah menebak-nebak.
Reham
di katil sebelah sibuk berbalas-balas sms dengan buah hati barunya.
Baik aku mandi dulu, getus hati Naz. Keluar dari bilik air, dengan
muka yang bersalah, Reham memberitahu Naz yang Hamza mengajaknya
bersiar-siar di Bali pada hari terakhir mereka di sini.
Maklum yang merpati dua sejoli tu mahukan privacy, cepat-cepat Naz berkata, “Eloklah dia temankan awak bersiar-siar, boleh saya lepak di hotel dan menulis.”
Maklum yang merpati dua sejoli tu mahukan privacy, cepat-cepat Naz berkata, “Eloklah dia temankan awak bersiar-siar, boleh saya lepak di hotel dan menulis.”
“Thanks,
Nutter! I can't ask for a more understanding friend!” Reham
bersorak kecil.
“Humph,
bodeklah tu!” cemuh Naz dalam hati.
Usai
bersiap, mereka melangkah ke balai makan di hotel itu, sebuah ruang
yang hanya berbumbung dan dikelilingi oleh lanskap Bali yang
mendamaikan. Tiba di balai itu, terlopong Naz melihat teman
bersembangnya semalam santai-santai duduk di meja sarapan sambil
membelek telefon pintarnya.
“Well,
well, well, it looks like it's not just me who's having a holiday
romance,” bisik Reham kepada Naz.
Agaknya
menyedari kehadiran mereka, teman bersembangnya semalam mendongakkan
kepala. Bila matanya bertembung dengan mata Naz, tiada senyuman di
bibir, cuma pandangan tajam yang menusuk kalbu. Jantung Naz sudah
berdegup kencang. Apa kata Ahmad Dhani? Berdetak lebih kencang, bagai
kenderang mahu perang!
“Buat
apa dia di sini? Last night was a coincidence. Hari ini pula?
Apa yag dia mahu? Dia sudah ingat siapa aku? So what kalau dia
ingat, lantaklah, bukannya kami ada apa-apa lagi,” berputar-putar
kepala Naz bertazkirah kepada diri sendiri. Bibirnya dipaksa senyum
seperti biasa.
“Eh!
Bukan hotel you di Kutakah?” Naz membuka bicara, biar
straight-to-the-point.
“Ya,
saya datang cari awak,” tenang sahaja jawab Khaalish,
berterus-terang.
“Ambik
kau, Naz! Mamat ni memang tak gentarkan apa-apa. Kau pula? Kenapa
jantung kau berdebar-debar? Ah, tenang sajalah. Bukan dia boleh buat
apa-apa kat kau.”
“Ada
apa?” tanya Naz, mengikut rentak Khaalish, biar heads-on.
Punggungnya dilabuhkan ke kerusi.
“Nak
sambung bersembang dengan awak,” ringkas jawapan jejaka itu.
“Pelik,”
komen Naz.
“Kan
awak kata perkara-perkara yang pelik mendatang ideakan untuk awak
menulis,” kilas si jejaka.
“Ada
saja jawapannya, macam loyar. Bercakap dengannya takkan menang, lain
kali ingat tak perlu bertekak dengannya,” Naz mengingatkan dirinya,
“Eh, ada “lain kali” ke? Apa? Kau nak jadi buddy-buddy
dengan dia? Hmm, kau sendiri yang hati-hati, Naz.”
Reham
menghampiri meja mereka dengan dua pinggan sarapan, satu untuk Naz
dan satu untuknya, “Breakfast is served, my lady.”
Aik,
dia pula jadi pelayan di sini? Ini mesti nak bodek sebab dia nak
tinggalkan aku sorang-sorang hari ni, fikir Naz. Dia sudah masak
dengan perangai kawan baiknya itu.
“What's
the rush?” tanya Naz, bila dilihatnya Reham makan
terkocoh-kocoh.
“Hamza
is already on the way,” nampak sangat Reham sudah tidak
sabar-sabar hendak berjumpa dengan buah hati barunya, si jejaka
berketurunan Lubnan dari Australia.
“What
have you got planned today?” tanya Khaalish.
Reham
kalau sudah teruja, cakapnya macam machine gun. Laju sahaja
mulutnya menyebut satu-satu destinasi di Bali yang sudah dirancang
mahu dijelajahi dengan Hamza.
“Awak
ikut?” soalan Khaalish ditujukan kepada Naz.
Berdebar-debar
dada Naz, “Apa yang dia hendak buat ni?” Kepalanya
digeleng-gelengkan.
“Duduk
hotel sahaja?” tanya Khaalish lagi.
“Oh,
mamat ini memang tak reti nak give-up!” getus hati Naz.
Kepala
diangguk-angguk.
“Menulis?”
Angguk
lagi.
“Saya
temankan,” pandai-pandai dia buat keputusan.
“Ish,
buat apa? Nanti awak bosan,” Naz cuba mengelak.
“I
don't think so. Semalam bersembang dengan awak, sekali pun saya
tidak rasa bosan.”
“Semalam
bersembang, hari ini saya hendak menulis,” sekali lagi Naz cuba
mengelak.
“Awak
menulis tak bersembang langsung?”
“Tak,
perlu fokus seratus peratus kepada penulisan,” Naz jual mahal.
“Okey,
tak apa, saya duduk diam-diam temankan awak,” dalam lembut Khaalish
berkeras.
“Perangai
dia sama dengan perangai Papa, mau menang saja,” bosan Naz dengan
tingkah laku Khaalish, maka didiamkan sahaja.
“So?
Done with your discussion? Khaalish, you're gonna be with
Nutter right? That's gonna make me feel so much better about
leaving her behind to go gallivanting around with Hamza,” macam
bertih jagung mulut Reham, pandai-pandai mengatur hidup temannya.
“Dua
kali lima, lima kali dua. Semua nak ikut kepala derang sahaja. Aku
pula yang jadi Pak Turut. Ah, lantaklah, mamat ni nak buat apa.”
Reham
tak habiskan pun sarapannya. Muncul saja Hamza, tergedik-gedik dia
pergi mengikut jejaka kacak anak tuan punya restoran di Melbourne
itu.
“Make
sure your cell phone is on!” jerit Naz, mengingatkan kawan
baiknya. Reham yang sudah sampai ke pintu gerbang hotel mereka
menegakkan ibu jarinya ke arah Naz.
Itu
memang amalan mereka semasa travelling, telefon bimbit mesti sentiasa
boleh dihubungi. Kalau ada apa-apa musibah, senang berhubung. Tapi
naluri hati Naz positif saja tentang Hamza, jejaka itu nampak ikhlas
berminat dengan Reham. Nalurinya tentang Khaalish yang tidak jelas,
apa sebenarnya yang dia mahu?
Usai
bersarapan, tanpa berkata apa-apa kepada Khaalish, Naz bergerak ke
arah sebuah waqaf yang terletak bersebelahan sawah padi. Di Bali,
waqaf disebut 'bale.' Hotel mereka memang dikelilingi sawah padi. Naz
duduk bersila, laptopnya dibuka dan dia mula menaip. Khaalish yang
mengekorinya, turut duduk bersila di atas waqaf sambil tidak jemu
merenung ke arah Naz. Bukan tidak Naz sedari tetapi sengaja dia buat
tidak tahu. Penat duduk bersila, Khaalish mengambil kusyen yang
diletakkan di atas waqaf dan berbaring. Matanya tidak lepas-lepas
merenung Naz. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dari sawah
padi, dengan kusyen yang empuk, ditambah lewat tidur semalam, kelopak
mata Khaalish menjadi semakin berat dan terus dia nyenyak terlena.
Lega
hati Naz melihat Khaalish sudah terlena. Peluang diambil untuk
menatap wajah jejaka kacak itu puas-puas. Siapa sangka terserempak
semula dengan mamat sombong ini? Di Bali pula tu! Memang dia sangat
kacak, fikir Naz. Ada harta, dari keluarga ternama. Total package!
But totally not for me.
Nafas ditarik dalam-dalam dan Naz rasa ketenangan meresap masuk ke seluruh dadanya. Selepas apa yang telah berlaku selama ini, Naz berasa dia mampu untuk menghadapi apa-apa kemungkinan di masa hadapan. Percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmahNya!
Nafas ditarik dalam-dalam dan Naz rasa ketenangan meresap masuk ke seluruh dadanya. Selepas apa yang telah berlaku selama ini, Naz berasa dia mampu untuk menghadapi apa-apa kemungkinan di masa hadapan. Percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmahNya!
Selepas
sejam dua menaip, matanya pun semakin berat. Huruf-huruf yang
dipandang sudah kabur terang-kabur terang. Diambilnya kusyen,
konon-kononnya hendak baring barang seminit dua. Bila kepala sudah
cecah ke bantal, belayar pula dia ke Pulau Lena.
Khaalish
yang sudah hampir dua jam melayan mata, perlahan-lahan terjaga. Fuh!
Sedapnya tidur di atas waqaf di tepi sawah, nyaman dibuai angin
sepoi-sepoi bahasa. Mengeliat-ngeliat dia menghilangkan lenguh-lenguh
badan. Di carinya Naz. Lah! Sudah tumbang dia. Timbul segarit senyum
kecil di bibir Khaalish bila melihat betapa nyenyak Naz tidur. Letih
bersembang sehingga lewat malam lah tu. Wajah comel si gadis direnung
lama-lama. Sungguh dia tidak ingat di mana dia pernah bertemu Naz.
Entah-entah gadis comel ini hanya mengakal dia.
Matanya
berpindah pula ke laptop Naz, seperti tuannya sudah “lena” tetapi
tidak bertutup. Tanpa rasa bersalah, diambilnya laptop itu dan
ditekannya space bar. Laptop menyala dan mata Khaalish laju
meniti perkataan-perkataan di skrin.
Si
gadis menulis tentang pengalamannya mengikuti Ubud Writers Festival
yang tamat semalam. Betapa dia teruja bertemu penulis-penulis
tersohor dari seluruh dunia yang sekali gus membuat dia terasa
kerdil. Banyak yang ditulis mengenai Andrea Hirata, penulis popular
Indonesia dari Pulau Belitung. Nampaknya Naz begitu meminati penulis
ini yang katanya mempunyai bakat menulis tentang orang biasa-biasa
yang mengalami peristiwa biasa-biasa secara luar biasa sekali. Oh!
How I wish I have his talent! tulis Naz.
Ayat terakhir tulisan Naz membuatkan Khaalish membacanya berkali-kali:
Ayat terakhir tulisan Naz membuatkan Khaalish membacanya berkali-kali:
And to meet him
again...here, of all places...is....what? Karma? Serendipity? I can't
find a word to describe it because I don't know what it is....
Gerak
hati Khaalish menyatakan 'him' yang dimaksudkan di sini adalah
dia sendiri. Kenapa Naz terkejut bertemu dengannya? Kenapa Naz begitu
terkesan bertemu dengannya? Bertambah misterius gadis ini.
Laptop
diletakkan semula dan Khaalish merebahkan badannya ke lantai waqaf.
Berbaring disebelah Naz dalam gaya yang jika di Malaysia memang sudah
kena tangkap basah. Apatah lagi berbaring rapat-rapat di tengah hari
rembang di tempat yang terbuka pada pandangan mata orang di
sekeliling. Tapi ini Bali, tumpuan pasangan berbulan madu, aksi-aksi
romantik di pulau ini sudah menjadi perkara biasa.
Dalam
tidurnya pun Naz terasa seperti diperhatikan orang. Lalu dibuka
matanya perlahan-lahan. Dalam terpisat-pisat itu dia melihat sepasang
mata yang sedang merenungnya dalam.
“Aku
ni mimpikah? Apa mamat ni buat di sini?” otaknya masih tidak boleh
berfungsi dengan betul
“What
the....!!!!” Naz terjerit kecil sambil bingkas bangun bila
mindanya sudah jelas.
Si
jejaka temannya berbaring tertawa kecil melihat aksi si gadis comel.
“Kalau
di Malaysia, pasti kita sudah kena tangkap basahkan?” selamba
sahaja komennya.
“Choi!!
Minta simpang malaikat empat puluh empat. Tangkap basah, tangkap
basah ni jangan sebutlah,” kata Naz sambil mengurut dada. Cukuplah
aku pernah terlepas dari dia sekali!
“Hmmm....berlambak-lambak
perempuan yang sanggup kena tangkap basah dengan aku. Kenapa, aku ni
tak cukup hensem ke di mata dia?” fikir Khaalish sambil masih
merenung Naz.
hmmm maybe perasaan sya je kot, tpi ayat kali ni mcm agak skema, hahhaha kalo skali baca mcm ayat org dulu2 kot... cumel jer. suspen sungguh, n mcm misteri nusantara.. nice.. aii like. tq
ReplyDeleteMmg sy concious tak nak dkatakan citer ni sama je dgn pms. Pms mmg lite2 gitu. Citer ni kunun2nya darker (tak tau la menjadi ke tidak) bnyk2 elemen2 yg sama dgn pms..strong heroines n travelling he he
Deleteweweewee..still x bleh predict hbngan antra naz ngan khaalish.. kak nina apa ye?
ReplyDeleteKlu kat ujung bab 3...full exposure kat bab 4.....tungguuuuuuuu :)
DeleteTunggu tu mmg tunggu nina, tp tlglah jgn lama sgt.. sesak nafas tau nak tau cite strusnya...
Deletehe he he
Deletejust can't wait for the next one :D update as soon as possible ya sis :)
ReplyDeleteX brani janji dear..so far bab 2 pong tak siap lg
Deletelike..like..like! :)
ReplyDeleteHe he he
Deletecepatlah update
ReplyDeleteCiter ni slo2 dear... Ade ke plak ms bc doa after solat tarawikh dtg idea he he
Deletefollowwwwwwwwwwwwwwwwwww
ReplyDeleteTenkiuuuuuuuu
Deletesalam membaca E3 ni..akak teruja pula nak tahu..mereka pernah kena tangkap basah ke..dan bagaimana pula boleh telepas? Persoalan yg bermain diminda akak ..kenapa ek mamat tu boleh lupa..atau mamat tu kini hilang ingatan..kerana wajah tidak boleh menipu seseorg utk mengingati pristiwa pahit yg pernah berlaku dalam hidup..seseorg? Atau disebabkan dia banyak kali kena tangkap tetapi disebabkan papanya org yg ternama ..kes nya dapat ditutup?..Betul betul nak tahu kesinambungan citer ni..By d way selamat menyambut ramadhan..dan muga bulan ini memberi rahmat pada adik dan uolz yg membaca blog ini..
ReplyDeleteRamadhan kareem to u too dear ida. Rs mcm nak ckp plak apsal khaal x ingat naz tp nnt spoil d saspen...so tunggu ye :)
Deletekak Ida.....hamoi3 banyak tol soklannye yeh....agak2 kalo kak Ida yang tulis cite nih mesti lagi banyak miterseri kan kak ahahahhaha....ehem2 jangan marah nina yeh gurau je
Deletemisterseri? aik perkataan baru ye?
Deleteayark!!!!!jgn la nina...ni yang nak nyorok bawah selimut nih huhuhuhu...blushing3!!!!
DeleteWitty n 'notoriously-skema' hehehe mcm bace buku cinta zmn auntyku dulu2 kehkehkeh salam ramadhan from purrr city!
ReplyDeleteSeh... Skema ke??? I want sexyyyyyyy....nnt diusahakan
Deletex sangka hari ni ada n3 baru... seronok sgt... yup agree memang ada kelainan sikit cara u tulis cite ni nina. BUT still sama je impact dgn PMS, mesti tersenyum2 sendiri sambil baca cite u... good job sayang...
ReplyDeleteSenyum2 is good. Awet muda...welcome dear. Tq for rdg n lvg a comment
DeleteOh my, mesti ada something bad happen between them before. Kalau dah kutuk Khaalish sombong tu mesti Khaalish pernah menyombong agaknya dgn Naz ni. Hehe.
ReplyDeleteSetuju dgn zm, gaya bahasa macam agak skema sikit. Hihi. Tataula, mungkin awal lagi nk judge pun. Anyway, thanks Hanina. :)
Something bad, yes. Sombong, yes. Skema, aiseh!
Deletekak nina.. mati-mati la kite igt tajuk cite ni "This is not a good idea" heheh..
ReplyDeleteTlg la carikan tajuk 4 me ye
DeleteHurmmmm suspen betul,,,,,best2..... Byk tanda tny and agak lain dr lain gk arr citer ni...like3...
ReplyDeletetq tq, saja je kasik tanda tanya tu
DeleteNina sayang, I followwwwww.....
ReplyDeleteBanyak suspen dlm cite ni. Tajuk? masih question mark ke...
Salam Ramadhan to you dear.
Ramadhan Kareem, has! tlg arr pk kan tajuk. bab 4 semua suspense settled :)
Deletei followwwwwwwwww jugakkk...
ReplyDeletemulamula wonders ubud tu apakah. tak prna dngar. rupanya over the sea rpanya.indonesia lokasi mereka kan.hehe
ReplyDeleteboleh x beli novel PMS direct from you. coz nak dptkan tanda tangan you ;)
ReplyDeleteoh..persoalan mana Naz jmpe khaalish ni masih x terjawab rs nyer..hehehe..
ReplyDeletesuke2...biarkan pembaca tertanya2