Semalam hanya sempat siapkan separuh shj. Nnt sy cuba siapkan separuh lagi malam ni ye.
Siapa ek yg kata Bab 36 ni minta cool down sikit? Wanie kut. So mmg bab ni cooling down part.
But be warned, Bab 37 is something else. Bab 37 sy plan nak naikkan may be 1/3 sj, then I have to focus on finishing the manuscript!
Err...boleh caya ke saya boleh siapkan manuscript?
Bab
36
Mata
Tan Sri Kamaruzzaman tidak lepas-lepas memandang ke arah wajah anaknya.
Kasihan! Bapa mana yang tak sayangkan anak. Anak tunggal pula tu. Sakit anak,
bapa pun rasa. Dicarikan ubat, dicarikan doktor. Anak kecewa? Anak putus cinta?
Nak tolong carikan ganti? Kes Nazrahani Idora ini tak sama macam kes Ilsa, buah
hati pertama Zaim Khaalish. Dulu lepas putus dengan Ilsa, tanpa lengah Khaalish
mula keluar dengan gadis-gadis lain. Hingga pening Tan Sri Kamaruzzaman hendak
keep up dengan teman-teman wanita anaknya. Tak sempat nak ingat nama, sudah
keluar dengan yang lain pula.
Tapi kali ini, putus dengan
Nazrahani Idora, tak sekali pun Khaalish keluar dengan mana-mana wanita. Mana
dia tahu? Ha! Puan Sri Freida ada rangkaian spy yang mantap di pejabat anaknya.
Sepanjang hari Khaalish hanya kerja, kerja, kerja. Sehingga perlu dihalau
pulang oleh Daddynya. Hujung minggu, kata spy Puan Sri Freida, anaknya ke
kuliah ugama pada hari Sabtu dan ke kelab golf pada hari Ahad.
“Kuliah ugama? Sejak bila?” tertanya-tanya Tan Sri
Kamaruzzaman dalam hati, “Krisis Nazrahani Idora ini ada juga hikmahnya.”
“Khaal, dah berapa lama tak pergi jenguk
Idora di Luang Prabang?” Tan Sri Kamaruzzaman membuka topik.
Khaalish yang sedang bersedia untuk
menghayun kayu golf terhenti seketika. Agak terpempan dengan soalan Daddynya.
Tumpuannya kembali kepada bola golf. Kayu golf dihayun.
“Dua bulan setengah,” jawab Khaalish
sambil matanya melekap pada bola golf yang sudah terbang.
“Kenapa tak pergi jenguk dia?” Tan
Sri Kamaruzzaman menduga anak tunggalnya.
“I’m giving her space,” jawab
Khaalish tenang sambil menunggu bapanya pula untuk membuat pukulan.
“Space? Bunyi macam orang mengaku
kalah saja? Love is just like business, you see what you want, you go get what
you want,” Tan Sri Kamaruzzaman berkongsi falsafah hidupnya yang mudah dan
straight to the point.
“She’s not like most girls. They are
easily hooked with expensive gifts, jewelleries, good time,” balas Khaalish
dengan suara yang bosan.
“How do you plan to hook a girl like
her, then?” bapanya menduga lagi.
“Kesabaran dan kesetiaan,” jawab si
anak, plop! bola yang dipukul bapa sudah masuk bunker.
Tan Sri Kamaruzzaman hanya ketawa, “Bunyi macam Rukun
Negara pula.”
Khaalish sendiri tidak dapat menahan
diri dari tersengih.
“Pendapat Daddy, kalau Khaal nak
terimalah. Sabar dan setia saja tak cukup. Perlu gandakan usaha,” nasihat si bapa
yang terkenal dengan sikap workaholicnya.
“Gandakan usaha pun sudah, Daddy.”
“By staying here, while she is
there?” tanya bapanya hairan.
“Usaha secara berdoa, solat hajat.
Kalau dia baik untuk Khaal dan Khaal baik untuk dia, InsyaAllah, Allah akan
makbulkan doa Khaal,” kata Khaalish yang sudah melangkah ke arah bunker.
Terpegun juga Tan Sri Kamaruzzaman
dengan anaknya. Tak sangka dalam tempoh dua bulan setengah sahaja anaknya sudah
berubah. Sudah pandai bercakap tentang doa dan solat, dengan penuh yakin pula
tu.
“Kan aku dah kata, aku suka budak
Idora tu,” kata Tan Sri Kamaruzzaman kepada dirinya sendiri.
Seperti
biasa Tan Sri Kamaruzzaman dikalahkan oleh anaknya lagi, seperti minggu-minggu
sebelumnya. Sedikit pun dia tak kisah
kalah main golf; dapat luangkan masa
dengan anak, berbincang tentang masalah, merapatkan hubungan, itu yang penting.
Usai permainan, mereka mandi di
bilik persalinan, kemudian naik ke atas ke bilik khas yang mereka tempah setiap
hujung minggu. Puan Sri Freida sudah lama menunggu. Kaki tangan kelab menghidangkan
juadah makan tengahari, selalunya makanan Barat sebab itulah kepakaran cef di
kelab itu.
Anak dan bapa bermain golf di pagi
Ahad, diikuti dengan makan tengahari sekeluarga di kelab sudah menjadi rutin
mingguan keluarga Tan Sri Kamaruzzaman. Kesibukan bekerja sepanjang minggu
menyebabkan mereka kadang-kadang susah untuk berjumpa, tambahan pula bila
Khaalish berpindah ke penthousenya tiga tahun yang lalu.
Bila Khaalish mula terbang menjejaki
Nazrahani Idora di Luang Prabang dua minggu sekali, Puan Sri Freida sakit hati
bukan kepalang. Sudahlah anak seorang sahaja, angau hingga terbang ke entah
ceruk mana. Tinggallah dia suami isteri tercotok-cotok makan tengahari berdua
di kelab. Sangka Puan Sri Freida, bila Khaalish tidak lagi terbang ke Laos,
tentulah dia akan gembira kerana mereka sekeluarga dapat meluangkan masa
bersama-sama setiap hujung minggu. Tapi bila dia melihat anaknya sekarang yang
banyak diam dan tidak ceria, Puan Sri Freida tersedar yang dia sudah tersilap. Macam
mana tak sedar, suaminya entah berapa ratus kali menyatakan Nazrahani Idora
adalah calon isteri terbaik untuk anak mereka. Hampir setiap hari mereka
bercakap tentang buah hati anak tunggal mereka itu.
“Tak ada apa yang menarik tentang dia,
pakaiannya memalukan, tiada gaya langsung. Mekap pun tak pakai, kalau dia tu
natural beauty, satu hallah juga, ” hujah Puan Sri Freida mengenai Naz.
“Dia bijak, awak tak baca
buku-bukunya. Dia matang, tidak mudah melatah. Yang penting Khaalish sayangkan
dia dan yang lebih penting lagi, saya rasa dia boleh bersabar dengan kerenah
awak,” selamba sahaja balas Tan Sri Kamaruzzaman.
“Bandingkan dia dengan Ilsa yang
kebudak-budakan, yang bertindak tanpa berfikir, yang langsung tak mahu beralah
dengan awak, yang fikir Khaalish hanya miliknya seorang,” sambung suaminya,
mengingatkan Puan Sri Freida tentang mimpi ngerinya yang bernama Ilsa.
“Bandingkan juga dengan girl friends
Khaalish dulu, ada yang bijak, kurang agama; ada yang cantik, kurang sopan; ada
yang baik, lembap pula. Pasal Idora’s grooming, eh, awak kan pakar tentang
grooming, takkan menantu sendiri tak boleh dibantu? Luaran boleh ditukar Manja,
dalam tu yang susah,” nak tukar pendirian isterinya kena ada unsur-unsur bodek.
Sudah berpuluh tahun berkahwin dengan Freida Dato’
Sulaiman, dia sudah masak dengan perangai isterinya. Puan Sri Freida
menimbang-nimbang kata-kata suaminya. Matanya menjuling ke langit bila dia
teringatkan girl friends Khaalish yang berderet-deret. 90% plastik! Kalau
Khaalish tu bukan anak jutawan, hanya anak pemandu lori, apa mereka masih
tergila-gilakan Khaalish?
“Saya suka apa yang dia katakan hari
tu, Manja. Bila Khaal kahwin, kita bukan hilang anak lelaki. Tapi kita dapat
anak perempuan. Saya fikir-fikir, kalau saya ada anak perempuan, saya nak yang macam
Idora tu,” kata Tan Sri Kamaruzzaman sambil tersenyum mengenangkan gadis yang
manis tingkah lakunya.
Puan Sri Freida memandang anak
tunggalnya makan. Chicken cordon bleu di kelab itu amat terkenal keenakannya.
Khaalish makan macam tidak berselera. Nampak gayanya, penangan Idora tidak sama
dengan penangan Ilsa.
“Khaal,” Puan Sri Freida membuka
mulut.
Khaalish memanggung kepala,
memandang ibunya.
“Mummy minta maaf pasal Idora,”
walau pun susah, diucapkan juga.
“Bukan salah Mummy,” santai balasan
Khaalish.
“Mummy terlalu keras dengan dia…”
“Mummy, dia pergi bukan kerana
Mummy, tapi kerana Khaal,” anaknya berterus terang, kasihan ibunya yang berasa
bersalah.
“Mummy dah takutkan dia…”
“Mummy, seriously, she has problems with me, not you,” balas Khaalish sambil menggenggam jari jemari ibunya.
“Susah Mummy nak percaya, anak Mummy
ni perfect package, apa lagi yang Idora nak?” timbul semula rasa tak puas hati
Puan Sri Freida terhadap Naz.
“Tak memenuhi spesifikasi, Mummy,”
cubaan Khaalish untuk berjenaka namun hanya senyum tawar yang muncul di
bibirnya.
Kepala Tan Sri Kamaruzzaman
terteleng ke sebelah, isterinya pula menjungkitkan kening.
Sedar ibu bapanya mahukan
penjelasan, Khaalish menyambung, “Dia nak suami yang tak tinggal solat, suami
yang tak ada girlfriends.”
Laju ibunya membalas, “You have not
been out with anybody in ages. Dan sekarang Mummy tengok Khaal tak tinggal
sembahyang.”
“I’m trying my best, Mummy,” pendek
saja jawapan Khaalish.
“But does she know this?”
“Allah tahu, Mummy. And Allah knows
best,” tenang Khaalish menjawab sambil menyuap makanan.
“Tak macam Ilsa dulu,” bisik hati si
ibu.
Sangat menarik, adakah ini pengakhiran konflik? Takkan mesti ada lagi. Ni pihak Khaal belum pihak Naz...suspen...:-)
ReplyDeletePart 2 of Bab 36 is abt Naz yg monyok tepi Sg Mekong...pastu dok merenung open tiket tu. Is she going to use it? jeng jeng jeng
DeleteNaz..dunala open ticket tu....
Deletejeng jeng jeng!!! use it!! use it!! hehehe
DeleteDah bg preview ek...taip laju2 pn writer...ujan2 ni nk layan reading jers
Deleteuse it! use it! use it! he he
Deleteplz..OMG..plz use it..!!!
Deleteha ha ha u all are so cute n funnee, u guys really lite up my days n nites :)
DeleteHuaaa nak nangis ni... Aku dah jatuh chenta dgn khaalish...
ReplyDeletejaga2 nnt lagi baca lagi chenta sama ini mamat bcoz he is sooo sweet!
Deleteam falling for Khaal......Naz please come back....please....
ReplyDeleterayuanku! :)
DeleteAlhamdullilah khaal dah jumpa jalan yg lurus..
ReplyDeleteTouchin, sweet.. Sume ada..
Thanks nina :)
welcome, glad that u like it!
DeleteHanina, ya,,cepat2 siapkan versi cetak ye...kak tungguuu....K&N!
ReplyDeletewill do my best, doakan ye!
Deletewah khaal dhberubah..cmne la plak ngan naz kt sane ea???serious nk tau cmne smbungan cite nie....
ReplyDeleteklu nak tau kena baca and errr tunggu versi cetak kluar :)
DeleteAla cian2 mucuk2 bacin2 cayang.... Khaal tgh menanggung rindu sambil cuba bertabah ler tu....
ReplyDeleteA little bit of time apart would do good to both Khaal & Naz... ops silap.... to all of them...
Ada masa utk diaorg berdua bermusabahah diri dan merindu.... Pun bermunafaat kat Pn Sri - dpt ler dia tau betapa kuatnya penangan non-beauty attributes of Naz.... Tan Sri pulak boleh tanam jarum utk melembutkan hati Pn Sri terhadap Naz....
Alamak... emo sgt ke diriku? hihihi.....
haah kan AA, the time apart is good for EVERYBODY to reflect, a fresh perspective!
DeleteWohoo... I never expected this! Usaha cara inilah yang terbaik. Sebab yang di atas sana tu yang paling tahu what's the best for us, kan? Good for you Khaal. Ingat ya. Istiqamah.
ReplyDeleteNina, bab 37 tu jgnlah buat cliff hang. Hahah...takut hati makin tak sabar nak tunggu buku. Anyway, all the best Nina!
serius, you didnt expect this? i thought you would, being a writer yr self.
Deletebut i lurve dishing out the unexpected :)
Ini baru mendekati spesifikasi. Khaal, you did it... Yes, Allah tahu :) Parents khaal pun sangat comel. I love imagining them having the conversations during lunch.
ReplyDeletehaah, kan. we shld be more like them, spending time with our loved ones...and having nice meals together...(making a mental note to myself)
Deletebesnye kalau naz dah lembut hati but still main tarik2 tali dengan khaal.. of coz before this pun still nampak mcm main tarik2 tali tp kali ni biar Naz pulak yg trying to make things sweet...
ReplyDeletebole ke cemtu? hihi
bole2!!!setuju cik adik manis...hehe
Deleteha ha ha lps ni tak de main tarik2 tali dah, naz akan terkam Khaal macam una terkam Zahrain dulu wa ka ka
Deletewah wah wah!! i looiikkeee!!!!! =D
DeleteOMG!!!! ohohohohoho :p
Deleteha ha ha this is the gang for proactive women ok!!
DeleteReally nina?? Sukenya naz blk ke pangkuan khaal...
DeleteBila tu? Tak sbr nak baca part tu...hoho i dpt byngkan
Mcmana sweetnya derang itu masa heeeee....
kahkahkah!!!bru bace komen nina!!! =D
DeleteMacam ni rupanya bila dah putus asa. Semuanya serahkan pada Allah kerana dia yg maha mengetahui. Khaal dh semakin matang dan tak macam dulu.
ReplyDeleteNaz patut bagi peluang kat Khaal baiki kesilapannya, sbb tak semua manusia sempurna. Selalunya, kesempurnaanlah yang melengkapkan pasangan itu.
hmmmm....true, true...pastu ada lagi cabaran datang :)
Deletebukan putus asa tu..pasrahhhhh..
DeleteNina ( if I may call you so :) ) ,
ReplyDeleteApa kata bab 37 naikkan 3/3 ...hehehe
Am happy that your Tan Sri is level headed . Puan Sri pula ? A typical mother :) protective of her infant ...she's cute in her own ways though that Nyonya Mansoor of yours :)
Shall wait for 37 1/3 pun 1/3 lah :)
Walau Naz yg di Sg Mekong , I pula rasa akan gundah gulananya ;)
And Ya , kami percaya you boleh habiskan :)
<3 :)
ha ha Lena sorry gundah gulanakan you... rasa guilty sangat..
Deleteish tak bley la 1/3 jer, ni pun dah bab 37 ni. nnt tinggal ciput kat versi cetak (kata penulis yg kedekut)
suspen giler!!! next entry kak nina with BIG PLEASE!!!
ReplyDeletejap jap ptg ni baru boleh tulis...insyAllah mlm up, tgh mlm sikit sebab nak kluar dinner lagi
Deletei wish i could my life on hold sekejap while i finish KNK
Nina pelan2 kayuh...kang laju sgt takut momentum turun....ni kn mcm peaks dah kn....may naz was thinking and realizing that kes termenung kat sg mekong tu sbb hati tu dr tk rasa apa2 dah start terasa something
DeleteNina, tak tahu kenapa my comments in chap 35 x der... huhu panjang i tulis... but it's ok dapat chap 36 ni dah terubat...
ReplyDeleteSemakin lama semakin suka dgn Khaal, i can say that Khaal is a very tolerant boyfriend... giving time and space for Naz to really think how far their relationship has gone? how deep her feeling over him? how strong she will be after choosing Khaal? She really needs her own time to consider these. Wise choice Khaal! Good for Khaal too, becoz he needs to give time for himself to improve and learn more, muhasabah....
Khaal menderita di sini, Naz menderita di sana! Ayooo, dua2 dah suka tapi Naz masih sangsi. Is Khaal the best for her? Istiqarah la Naz. Tapi jangan jadi "di sana menanti di sini menunggu". Naz should make a move if she has decided becoz i dont think that Khaal will go to her... Hehe betul ke?
Nina, so far you tak pernah mengecewakan. Mesti ada you selitkan ilmu yg penting dikongsi dlm penulisan u. Saya suka bila u selitkan kepentingan tunjang agama dalam setiap perhubungan, Rasa saya ini mesej yg paling besar dalam karya u! And this is very important, menulis sambil berdakwah walaupun dalam cerita cinta.
Good luck to you. Kesian pulak dekat u when u hv to meet the dateline. I still remember, dulu you said you want to write KNK slow2 sbb u nak savour it. But it's ok Nina, keep it for Seteguh Fayqa ya!
AS, i think this is at least the second time it happened to you, posting and tak kluar, kesian u.
Deletehave to admit that i dont like to write the obvious, biar mesej tu unknowingly serap ke jiwa readers, not me spelling it out "You should live yr life like this" cenggitulah
eh eh seram sejuk bila u tulis KARYA, waaa cam hebat gitu, apa yg i tulis ni picisan je, syok sendiri (honest opinion, not being typical malay merendah2 kan diri)
Nina, two things:-
Delete1. I love your stories becoz they are realistic! Dlm sweet-cute-romantic main roles yg u buat tu masih logik. Tak de la heros and heroines yg ala2 too good to be true which byk yg i jumpa dlm novels. Selalu buat i fikir ada ke org perfect mcm ni??
2. Pujian tu bukannya saje2 tp sbg recognition utk u and i hope you take it as a sort of encouragement for you to write more good stories. Frankly, you deserved the compliments! Entah, semenjak 2 menjak ni, kalau i jumpa perempuan melayu muslim yg buat benda hebat i rasa nak puji dan bg galakkan kat mereka. Semangat "kekitaan" tiba2 kuat la pulak.
p/s: Bila bc entry kali ni, teringat dah 3 tahun x makan chicken cordon bleu.
AS,
Delete1. Fayqa nanti lagi down to earth
2. ok, hidup semangat kekitaan!! :)
p/s: kat West Chicken cordon bleu 100% tak halal, yg i mmakan home cooked. Kat Mesia tak jumpa kat mana.
p/p/s: amende soklan yg u nak tanya in january tu? woish lama nya lagiiii
Nina, last i makan chicken cordon bleu kat KL near SOGO tp restaurant ape lupa sbb my friend yg bwk tu kaki makan. That was in 2009 few months before i pegi Tokyo. Kat situ mmg halal sbb my friend ni religious sikit so kalau ikut dia mkn dim sum ke apa ke mesti i confident sbb dia particular bab2 makan ni. Tapi baru ni masa kami lepak dia ada cakap byk tempat kami suka pegi mkn2 dh tutup specifically x pulak dia sebut which one.
Deletepasal soklan tu nanti i tanya ya. I will PM or emel u. x der kaitan dgn saper2 pun. kita2 je. penting tp i can wait sbb jawapan tu i nak guna january onwards. hehehe kasi saspen kat u....
hahah ...best nya Khal...sungguh menyentuh hati...satu anjakan paradigma yang sungguh hebat....
ReplyDeleteNaz..Oh naz..macam mana la dia tahan tak jumpa Khalish 2 bulan setengah..Khalish dah separuh nyawa da h tu.
naz pun separuh nyawa tuh, dah jadi penunggu sg mekong
Deletetak sabar nak tunggu cite selanjutnya...
ReplyDeletebest la pulak khalish dah berubah..
the only constant thing in life is change!
Deletealahai, ciannya Khaal. But that's the way to go - return to Sang Pencipta. Allah tahu, yes, I like it.
ReplyDeleteNak part 2, nak full chapter 37.
Go Nina, go Nina. Nina mesti boleh!
tq my dear cheer leader, much appreciated.
Deletechap 37, 1/3 sajeeeee, jgn maraaaah!
yeayyy!!! eh wanie ade 2 plak kt cni!!!hehe ape2p0n mekaseh sbb bg cool blik...=) tp x puas hati lg selagi khaal x jmpe ngn naz...lame tuu 2 bln stgh!!!huhu..suke2 khaal da byk berubah...tp jgn berubah semate2 krn naz dahla...=) ermm bab 37, 1/3 jerk??aloor.... xpelah akan ku sabar menanti sebuah buku yg amat tertarik kau memang da bo0oommm ini!!!hehehe (>_^)V
ReplyDeletehaah ada 2 wanie kan, saya pun tak perasan, ingatkan org yg sama.
Delete2.5 bulan lama? eeee adam dan hawa 8 tahun u!!!
kamu sabar menanti, saya kena lajukan jari!!
hehe...lain2..saya wanie wanieZ...ada Z kt blakang + profile pic..hehe.. aah kan adam hawa smpai 8 thn..alahh tu pesen novel dlu2..skrg kasi kejap2 je tamo lame2 sgt nt give up!!hehehe..ye sy akn sabar menanti..ngehh~~ go nina go!!! laju lagi!! laju lagi!!!
Deletep/s:pn write, ade facebook taaakkkkkkkk??? (gaya johara =P )
ye la Khaal bagi time n space to Naz, doesnt mean he's going to give up. yerlah, kalau bini dah lari 3 bulan gilah cari n do something abt it, cam Zahrain kan gi siasat sana siasat sini, call biras kat Europe, then pergi kejar kat jogja...live only once, be proactive larr...
Deletebt0l2....=)
Deleteini bukan cooling down, dah tahap tear drop. iskh3.. serious, bertisu2 bagai ni nangis...ciannye khaal.. sabar & amat memahami.. tahniah khaal, kematangan & perubahan khaal sendiri yg membuka hati mummy utk terima naz.
ReplyDeletehmmm nampak sangat matang dia kan. i think dulu dgn Ilsa dia tak matang
Deletehm betul kematangan ni yg buat mak dia terbuka hati nak terima Naz
nice guy Khaal!
dah baca berulang2 ni.. mmg khaal matang + cool sgt.
Deleteserious dok bayangkan drama.. si khaal (kamal adli / iqram dinzly) releks sambil suap makanan, mummy (maria farida) & daddy (arash mohd)lak concern kat ank teruna.. ohh... hope wish come true.
ha ha ha ni sorang lagi nak buat i veranganz citer i jadi derama...
DeleteKna dgn approach mmg jadik...mcm warkah cinta berbau syurga pn dpt jd drama
Deletejyeahhh... ini memang part cooling down. I like itu ^___^
ReplyDeleteglad that u like it!
Deleteagak2 bila siap full version novel ni?.
ReplyDeleteerrk! soalan cepu mas tu!! full version, publisher nak hujung bulan ni, dear. lagi 11 hari!!! huwarrrrghhh
DeleteGo Nina... saya sapot awak!
Deletesapot jgn tak sapot! i sapot u too 3, 4, 5....
Deletesangat teruja...same like masa tunggu PMS hari tu...
ReplyDeletesebut PMS, saya mesti senyum lebar, because writing it was so sweet.
DeleteDgr pms je...ganbatte...kn2
Deletepms......now!!
Deletekeh keh keh
inarshad,
ReplyDeletenehi, nada zilch.
true, i pun sama, jarang jumpa org yg 100% jahat or 100% baik. tp banyak citer tu yg jahat jahat sangat, yg baik baik sangat. bila hero heroine too perfect, jadi bland, jadi boring IMHO lah.
Dear, it's I-L-S-A, not Lisa :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteexcited..saya suka sangat..seperti mana saya tak sabar tunggu PMS dulu, sama la juga dengan si Naz & Khaalish..
ReplyDeleteWish u all the best, cepat2la siapkan manuscript biar dapat cepat peluk cite ni.
am trying, am trying....
Delete2 bulan lebih x gi LP!!...kesian naz...how could u ...hehehe
ReplyDeletehow cld u sapa? naz ke khaalish?
Deletekan khaalish nak bagi dia space....hmm nnt kita tengok ye
Apa yang jadi pada Khaalis ada hikmahnya.... #^_^
ReplyDeletesetuju!
DeleteOMG!!!!!!!!! SERIOUSLY OHSEM !!! FREAKING OHSEM !!!!! JEONGMAL DAEBAK!!!!!!!!!!!
ReplyDeletedaebak!! daebak!! :)
DeleteWah..sukeeeeeee khal yg br ni...
ReplyDeleteIstiqamah btul dia...
i bet nnt2 lagiiiii suka!
Deleteina
ReplyDeletepergh... terasa ada air mata yg bergenang ditubir mata..membaca E3 ni...a new image of Khaalish emerge .. mencari kekurangan diri..bila dia menerima penolakan dari Naz..bermunasabah diri dan melihat diri dari kacamata gadis idamannya .. apa maunya gadis ini dan sekiranya dia ditempat Naz .. .. bagi diri Naz wealth means nothing..for her..yg jelas ..dia mahukan seorg jejaka yg beriman yg boleh membawa dirinya ke jannah..lelaki yg beriman tahu tanggung jawab sebagai seorg suami..sahabat karib..seorg ayah dan juga pelindung . Mahar untuk mendapat dan dituntut oleh seorg gadis bernama Naz mmg tidak ternilai harganya.. dia kena berubah ..kalau itulah yg boleh membuat Naz menerima dirinya seadanya without any string attached.. Bila dia bermunasabah diri ..baru dia dapat melihat dengan jelas dan memikirkan dan cuba memahami ketakutan gadis itu dengan masa silamnya.. of coz lah dia tidak boleh mengundur masa tetapi apa yg dia mesti lakukan adalah pengisian dari segi Rohani.
Perubahan mendadak ..anak tunggalnya selama 2 bulan setengah kerana kehilangan dan penolakan dari Naz dapat dilihat impaknya dengan jelas oleh Puan Sri Freida..betapa tidak bermaya anaknya..dan betapa kecilnya dunia anaknya .kini..dia .menghabiskan masa hanya dipejabat..dirumah dan juga menghabiskan masa bersama diri dan suaminya.. kejutan bagi dirinya dan juga suaminya akan .. perubahan sikap mendadak anak tunggalnya..no more clubbing..no more girls..tetapi pencarian dan pengisian secara Rohani..yg dibuat oleh anaknya tanpa disuruh dan dipaksa..
Akak suka dengan cara Nina mengarapkan story line ini bila Nina mencoretkan bagaimana parents khaalish walaupun sekaya mana mereka dan sesibuk mana mereka tetapi mereka ada masa untuk anak tunggal mereka..dan mereka sama sama menyelami keperitan yg dirasai Khaalish akan kehilangan Naz..dan mereka juga cuba untuk meringankan penderitaan anaknya dengan spend some time together.
Betapa sebagai ibu..dia melihat ada kesungguhan dalam diri anaknya untuk memilikki seorg gadis yg bernama Naz sebgai suri hidupnya apatah lagi bila suaminya juga mengharapkan restu darinya untuk menyatukan Khaalish dengan gadis idamannya.
Terujanya akak nak tahu ..apa pula perasaan minah sengal tu di Luang prabang pula ya..ada kah rasa hati yg memberat pada keadaan Khaalish yg telah disakiti dan dirobek hatinya dengan kata katanya yg tajam bagi pisau belati menghiris hiris hati jejaka idaman hatinya yg cuba mengapai hatinya sedangkan nama itu telah lama terukir dihatinya.. alahai gunakanlah logik akal ..tiada orang yg perfect dan melihatkan ayahnya Khaalish..tak mungkin perilaku akan serupa dengan ayah kandungnya kerana mereka adalah individu yg berbeza dari kalangan yg berbeza...seperti kata Khaalish perbezaan dan kekurangan mereka itu lah yg akan mewarnakan kehidupan mereka..so..girl..gunakan ticket tu..one way journey tu..and there is no turning back..
ha ha ha kan dah kena panggil minah sengal...dia sengal ngilu sampai ke hati, idaaaa
Deletehmm tulah, dia tengok cara mak dia kena layan dgn ayah dia, walau pun tak bercerai berai...tp torture gak...
penangan Naz....Khaal sanggup melakukan ape saja untuk memenuhi syarat yang diperlukan oleh Naz untuk menjadi imamnya dengan tabah...sanggup 2 2 bullan stengah bertahan x jumpa Naz deni nak beri masa dan ruang untuk Naz mencari kebahagian dalam diri dia 2....terkagum ngan semangat yang ade pada Khaal ni ari ni...ni la baru dia semangat binezmen (ada kene mengene ke?) hahhaa...nampak gayanya "Manja" dah lembut ati 2....dah mula terima hakikat yang Naz x sama cam perempuan2 yang penah jd girlfriends anaknye dulu yeh...satu perubahan yang bagus...harap2 kalo la depa 2 ni bersama Naz akan dapat kasih sayang ibubapa yang x penah dia rasa sebelum ni dari kedua orang 2a mertua nya nanti....kalo jadi kawen la kannnnn...hihihi....
ReplyDeleteokies...Ganbatte!!!
as i like to say, the only constant thing in life is change...khaal changes, manja changes, naz? pun change kan. 4 thn dulu dia gadis timid yg ikut cakap bapa, skrg dia wanita yg kuat & independent.....so? adakah naz bersdia utk change lagi...menjadi seorg isteri?
DeleteAde tak Khaalish version reality? Nk suro my parents masuk meminang. :) am totaly in love with this guy. Da bukan melting or melted ni da evaporated da ni.
ReplyDeleteKak nina I truly believe u can finish this. :) go!go!go!
Tanya nina..ada tu tk 100% sama pn rasa close enuf mesti ada
Deletesunny dear, i was at this charity golf event, there was this guy..so damn gojes, played golf, ceo of a big company, he wore black polo t-shirt. after he showered, he walked into the luncheon hall with droplets of water in his hair (by this time i was carefull to make sure that my jaw was not on the floor arredi) dono la whether he's a gentleman like Khaal but physically he was. i guess he inspired Khaal's character. he's in his late 30's or early 40's and he's a CEO. he was supposed to sit at the VVIP table and he was surprised sampai blushing, muka dia jadi merah!! OMG, am glad inche hubby doesnt read this blog LOL
DeleteOMG!!!!! Kak nina!!!! Hahahhahahahaha.... Droplets of water in his hair eh... I practically imagine every word u said. You got me dreaming for a moment.Hahahahhaah...
DeleteOk I have the perfect hero(to me la) to act as Khaal. Shah Iskandar. N Naz I'll agree to watch Sharifah Amani as Naz. ;)
Sori...shah iskandar tu sape??
DeleteDie tak la popular sgt. Currently acting dlm cerite runtun qalbu tu. Dalam nora elena pun ade. :)
DeleteWatch out nina!! i will ask your hubby to read aboved comments... btw, my hubby pun baru tahu i pakai nama ni utk geng2 novel. ABUNAI YO! BAHAYA2. skrg ni nak kena clear cache/ browsing history sbb takut hubby tiba2 check n spotted my actvties. hahaa...
Deleteyou mean salivating over gorgeous heroes kinda activity? yup! bahaya! :)
Deletedear...ur killing me with suspense, whta's the question u wanna ask. PM me larr
kelakar la U all..but come to the gorgeous man yg Nina cakap..akak dapat bayangkan..pergh..mesti tangkap cintan kan..Sape nama..boleh kita org google sat..
DeleteBoth drama tk tgk...nk kna google lh gaya nya
DeleteSalivating over gorjes heroes? Sounds like I'm so noty... Eeee... I baik u... hehehe...
Deletemmg cool down abes la entry ni...owh make me fall in love for thousand times dh ngan khaal ni...yes i like ur writing!!
ReplyDeletep/s: nk puji kak nina for such a wonderful piece...make it in full piece manuscript asap eh??hehe..
tqvm dear, am working hard to complete the manuscript :)
Deleteoh nina.....rasanya naz mesti tgh termenung tepi sg mekong ni. sdg memikirkan kenapa khaalish dah lama x dtg LP kan. yalah, khaalishkan pencetus idea naz utk menulis. ooohhhhh pity her. cepatlah guna open ticket tu.....go and get your love, girl....chaiyok!
ReplyDeleteFinally saya mula sukakan Khaalish. Sebelum ni rimas dgn cara dia, asyik nak control Naz je. oklah Khaal sekarang since dia dah berserah dengan Allah untuk menentukan jodoh dia dgn Naz. I respect him now. So I approve Khaal and Naz hehehe. BTW saya menangis baca bab yang sebelum ni, bukan sedih Khaal dan Naz nak berpisah tapi sedih sangat part ayah Naz ambil passport dia...terasa seakan passport saya pula di ambil orang dan saya tak boleh travel lagi.
ReplyDeleteCaiyok nina....agaknya bila versi cetak ada d psaran ek?....hehehe kalau lambt pe kata nina keluarkan sendiri novel mcm acik lana wat...(nmpak sgt gelojoh nk peluk k&n)...phewwww
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2Ec260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88