Friday, 21 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 36 (part 2)


Ahhhh...mood melankolik y'all.


Jangan dibakar blog saya ini ya!


Sy akan sambung tulis Bab 37 sebab yg 1/3 yang saya nak naikkan (the lastest to be uploaded here ok), saya nak naikkan secepat mungkin, kemudian fokus kpd Bab 38-Bab 60. Naik keter api ekpres lah kita!!


Bab 36 (bhg 2, siap)

Sungai Mekong sudah mendapat seorang penunggu yang setia. Kalau dulu Naz hanya ke tebing Sungai Mekong pada setiap hujung minggu, sekarang hampir setiap petang dia akan ke situ. Tidak menulis pun sebab ideanya entah sudah terbang ke mana.

            Pulang dari Kuala Lumpur tempoh hari, hatinya bagaikan kebas, tidak terasa apa-apa. Dua, tiga hari begitu, makan tak lalu, tidur tak lena. Pada hari ketiga, dia sudah tidak tahan, lalu dia ke tebing Sungai Mekong dan di situ air matanya mengalir sederas sungai itu. Pada hari ketiga, dia sudah tidak mampu menipu diri sendiri lagi, perasaan kasih, cinta, rindu mencurah-curah masuk ke dalam kalbunya.

            “I love you, Zaim Khaalish, but in all honesty, I don’t think I will be happy with you,” bisiknya kepada diri sendiri, sambil air mata berjujuran di pipi.

            Lalu difikirkan beberapa strategi untuk melupakan jejaka yang bernama Zaim Khaalish. Kerja, kerja dan kerja, sehinggakan Ahjan Sirirat dan Dr Surachek terpaksa menyuruh dia untuk slow down. Sangka mereka Naz mahu segera menyiapkan projek penyelidikan mereka kerana mahu pulang bernikah dengan Zaim Khaalish. Mendengar tekaan mereka, Naz hanya mampu tersenyum hambar.

            Kerja juga tidak mampu melenyapkan wajah Khaalish dari ingatan Naz. Sudah menjadi ritual pula, sebelum tidur, tiket terbuka penerbangan Luang Prabang-Bangkok-KL di renung-renung. Diikuti dengan keluhan lemah, tiket disimpan di dalam laci meja, dan lampu ditutup.

            “Kan bagus kalau ada suis macam suis lampu yang boleh aku tekan, kemudian terus lupa tentang dia,” keluh Naz atas katil.

            Segala jaringan sosial di internet ditutupnya; Facebook, Skype, Google Hangout, Whatsapp. Pantang dipasang sahaja, si kaki leter, Reham akan menyergahnya.

            “Naz, you are self-destructing, macam mesin pesanan suara dalam filem Mission Impossible tu,” Reham mula berkhutbah.

            “Reham, boleh tak kita cakap pasal benda lain?” balas Naz malas.

            “Habibti, awak bernasib baik tahu, kita ni jauh beribu-ribu batu. Kalau saya di sana, sudah lama saya ketuk awak sampai pengsan dan bawa awak menikah dengan Khaalish.”

            “Sahkah pernikahan orang yang sedah pengsan?” nak berbincang tentang hukum Feqah konon.

            Reham sudah menjuling ke langit, sambungnya lelah, “Apa yang awak takutkan, Naz?”

            “Reham, deep down inside, my feeling is telling me that what we have will not last,” Naz cuba untuk buat Reham faham.

            “That feeling, do you know what it’s called?” Reham pasang perangkap.

            “What?” tanya si lurus.

            “Fear.” Straight-to-the-point!

            “Reham, I am being realistic. Kalau saya dah yakin yang kami tidak boleh kekal bahagia, buat apa nak cuba?”

            “Naz, when are you going to realize? Four years ago, Khaalish was the worst thing that could have happened to you. But now, he’s the best thing in your life,” Reham sudah naik geram dengan Naz yang keras hati.

            “Empat tahun dari sekarang?” Naz mencabar, “will he still be the best thing in my life?”

            “Habibti, kita tak boleh hidup dengan takutkan apa yang akan berlaku. Ya, semuanya Tuhan sudah tentukan. Tapi kan Tuhan suruh kita berusaha. Marry him and make the marriage work,” nasihat Reham.

            “If it doesn’t work? What if he breaks my heart into small tiny pieces?” air mata sudah meleleh di pipi Naz.

            “Number one, he’s a sweetie, he won’t break your heart. Kalau awak masih tak sedar hingga sekarang, awak memanglah buta. Number two, if he does, you can proudly say that you have given it your best shot, pick up the pieces of your heart and go explore the corners of the world that you have always wanted to. Berjuta-juta manusia patah hati,  tak mati pun mereka. Tapi awak yang hidup ni pula, nak biarkan hati awak mati. Kalau hati awak mati, awak buatlah apa pun, awak takkan gembira.”

            Naz yang ralit memandang Sungai Mekong, teringat-ingat kata-kata Reham, “Cis, awek Arab tu sumpahkan aku ke?”

            Sebab sekarang memang buat apa pun dia tak rasa gembira. Difikir-fikirnya, “When was the last time I felt happy?”

            Jenuh juga memikirkan jawapannya.

    Kalau dulu, duduk di tebing Sungai Mekong boleh bikin hatinya tenang, sekarang hatinya rasa kosong, sekosong Gurun Namib yang dia lawati tahun lalu. Mata Naz tertancap ke Sungai Mekong, bagaikan mencari jawapan kepada masalah hatinya di situ. Sungai Mekong mengalir deras, tidak pernah berhenti. Sentiasa mengalir, merentasi gunung, dataran, kampong, pekan.

  Air yang mengalir itu mengingatkan Naz kepada kata-kata seorang penulis, “Don’t stay in one place too long. It was the only way to stay ahead of sadness.”

            “Sorry, Luang Prabang, it’s time for me to move on.”

             

76 comments:

  1. “I love you, Zaim Khaalish, but in all honesty, I don’t think I will be happy with you?? istikharah lah naaaaazzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la Naz ni, tak istikhrah pun...

      Delete
    2. ahaks haah la cik nina, sapa tah writer... haha jkjk

      Delete
    3. hmmm dia tak istikharah sebab dia mmg takut nak kawin dgn Khaal?

      Delete
  2. wah...naz nk blk mesia for good ke? harap2 dia terima la khalish tu..

    ReplyDelete
  3. wah dora dtg lagi heheheh ... syukran kalau dora dah sedar kesungguhan khal bestnya :) lelaki yg macho lagi hensem caring.. sungguh khal nyatakan :) dora menjerit ... malaysia !!!! aku kembalai!!!! :) thanks hanina ...

    ReplyDelete
  4. erkk.. you all Naz nak lari ke tempat lain.... sebab dia nak "stay ahead of sadness"

    ReplyDelete
  5. Khaal, I'm coming for youuu.... Yabedabedu... yahooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aomori, things are going downhill in Chapters 35 to 37. 38?

      Delete
    2. Nina, that Yabedabedu is actually yahoo-ing in advance for Khaal. When Naz keeps on moving to other places, eventually she will find out that she is like a rolling stone. No moss gathered. In the end she will choose Khaal jugak. x logik cepat sgt dia balik pada Khaal becoz your sentence "I love you, Zaim Khaalish, but in all honesty, i dont think that i will be happy with you". She's not yet confident!

      Delete
    3. i misunderstood yr yahooing ...he he

      Delete
  6. menanti utk n3 yg seterusnyeee...<3

    ReplyDelete
  7. erkkk .... nampaknya saya perlu rewrite bhg terakhir tu? Naz nak lari ke lain... dia nak jadi macam air Sg Mekong, mengalirrrr jeee, tanak duduk satu tempat...sebab kalau dia stay satu tempat, dia akan teringatkan ZK dan dia akan rasa sedih..

    Alamak maksud saya tak sampai...ooo...need to re-write!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont think so... Itu just gimmick nk bg tau u to stop torturing us... Argh...

      Delete
    2. No need to re-write. The following chap will make us understand that. my 2 cents...

      Delete
    3. hmm ye ke? so in return, now u all are torturing me..?

      ha ha talking abt tortures, this couple pun macam kena tortured.

      keyword of bab 36 - torture!!

      -sadistic writer!

      oh oh RJ, wait till you read Bab 37 TORTURE, semua huruf besar!

      Delete
    4. Aomori...nnt after you read the 1/3 of Bab 37, you tell me pls, whether I need to re-write..

      wah dah jd consultant ni, kena kasik complimentary copy of KNK nih

      Delete
    5. Nina, can i nego tak? This 2 chap jer u torture us..., lps ni nk sakit gigi nyer sweet.. Aci tak?

      Delete
    6. will do that. dont make it too straight forward. some chapters u need to end it with question marks baru ada excitement n eagerness for the following chaps.

      Delete
    7. RJ, sakit giginyer sweet jauh ke depan lagi. sweet2 ter over dose karang org nyampah pula (macam saya sendiri nyampah kalau baca buku terlebih gula cenggitu)

      so ready huh for TORTURE huruf besar dlm bab 37? keh keh keh

      Delete
    8. Aomori, hmmm... ur right
      Dear!! What's the question...now ur torturing me!

      Delete
    9. Ayooo dearie, no intention at all to torture u. Sori2... I nak tanya pasal Jogja je... (terpaksa jugak cakap becoz of feeling guilty) Takut ganggu u nk berkarya pulak.. so, Jan i tanya ya!

      Delete
  8. hmmmm... i think i can understand her fear. Its a question i would ask myself too. "4 yrs from now?" What will make that fear disappear i would really like to know. :)

    And i like that last sentence very very very much. "Don’t stay in one place too long. It was the only way to stay ahead of sadness.”

    ReplyDelete
  9. Sambil hadap laut, sambil baca entri ni dan sambil nangis (because I just finish writing a break-up scene and feeling tu terbawa2 bila baca perasaan Naz). The coolest person in this scene is Reham. Nasihat dia mmg terbaik. Go home Naz. Face your fear.
    Nina, I like where this story is heading.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fara, help help. after reading the last sentence, you fikir Naz nak balik ke Mesia ke atau dia nak lari ke lain?

      Delete
    2. I wonders too? But, 1st perception is. Is she going back to MY?

      Delete
    3. Farahiyah, so the sentence is not clear...hmm...sy fikir2 dulu ye

      Delete
    4. aft reading it my perception was that she's nt gg bc to malaysia but somewhr else. For LP holds too many memories of them.

      Delete
    5. Erk...bukan dia nak balik Msia ke? I ingat dia nak balik dah sbb kat bahagian atas tu dia fikirkan pasal nasihat Reham. So I assume dia dah absorb nasihat Reham tu dan decide nak balik.
      Lol! Kalau salah anggapan, sorry. Maybe you can include her thoughts yg menunjukkan dia perlu get away to other places to forget Khaal.

      Delete
    6. yup, fara (brp banyak fara daaaa...tiru cam style Sudin cakap) that part is not that clear!! Tsk!

      Delete
    7. It's oklah. Faham yg u kena taip laju2. Less than 2 weeks nak siapkan tu. Masa editing process nanti u bagilah terang bahagian mana yg patut.

      Delete
    8. I read it as " nak escape" to another safe haven ...if it helps ;)

      Delete
    9. tqvm Lena...it does help me think ;)

      Delete
  10. naz - if i were you - i wud regard khaalish as a new venture, a new territory to be explored, new wonders to be discovered. just my 2-cents, hanina. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, yes! Zaim Khaalish is the 8th wonders of the world ;)

      Delete
  11. besttt3x...smbung g cpt2x...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jesse, secepat jari2 sy dapat tekan key boards ;)

      Delete
  12. What if ni bahaya...life is full of surprises...take a chance in love and in life....nazrahani idora ni running away again...4 years pulak lh ni br jumpa...itu pn kalau zaim khalish cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa tak? ZK pergi cari tak mcm Zahrain?

      Delete
    2. Kalo betol berubah dn tk menjadi penunggu kt msia...definately mencari reham lg dan tanya trus ada puzzle lg kna jwb and google lg for answers...

      Delete
  13. Nina.. To me naz said move on..i would think she will be heading the other way.. She love him but because of what happent 4 years ago it distruct her self confidence.. By bet is she will be going else where to rebuilt her self before she face reality... But will it be too late then? But i bet sweetie khal will still be waiting.... Cant wait..

    Cepat2 lah habiskan.. U know what nina.
    walaupun belum jumpa ending.. I rasa episod2 dlm nie i dah baca berulang kali.. And the thing i really love about your writing is.. U bring my imagination travel with u all the time.. Thanks for writing a wonderful masterpiece..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah master piece...sy ni tahap biasa2 sj, n i'm ok with this coz nulis utk suka2, enjoy :)

      ooo i love travelling!

      Delete
  14. Assalamualaikum..kawanbaek.
    Seperti yang dijanjikan, zarra tunggu bab penuh baru nak komen walaupun harus bersilat dengan talian internet. Jurus berapi kelawar buta warna namanya.
    Akhirnya Naz mengakui bahawa hatinya sudah jatuh chenta dengan Khal. Masalahnya sekarang, Naz terlalu takut untuk berhadapan dengan masa depan. Tidak sanggup untuk memperjudikan masa depannya bersama dengan lelaki yang agak 'keterlalun' masa silamnya. Naz mungkin terlupa satu hakikat, hidayah Tuhan bukan urusan kita untuk menidakkan ke atas siapa yang Dia berkehendakkan.
    Khal, cahaya hidayah kian menyinar. Hikmah kehilangan Naz telah membuatkan Khal kembali ke pangkal jalan semula. Hakikat hidup sebagai seorang Islam. Setuju dengan kata-kata papa Naz. Usaha, doa dan tawakal. Jadi sekarang Khal dalam status doa. Masih belum lagi ke arah tawakal. Kerana untuk menuju ke arah tawakal itu, Khal harus betul-betul persiapkan hatinya. Redha jika tuhan menetapkan Naz bukan pilihan hatinya.
    Apa yang kita minta tidak semestinya terbaik. Dia bagi pada kita apa yang kita perlu. Apa yang kita rancang takkan sesempurna perancangan Dia, kerana Dia adalah Pemilik hati dan alam ini.
    Khal di atas sejadah, Naz di tepi sg Mekong. Siapa lagi bertuah. Khal atau Naz? Sungguh, dua-dua bertuah. Pesan pada Khal, bila dia rindukan Naz sila letak tangan di dada, baca alfatihah. Moga rindu ini sampai pada Naz. Petua dah bagi. Moga-moga ada kekuatan pada Naz untuk menerima Khal. Bukan memperjudikan masa depannya, cuma memberikan peluang atas izin Tuhan. Itulah sebaiknya. Langkah pertama adalah penentu kepada langkah seterusnya.
    Kawanbaek,
    perjalanan KNK di blog bakal tamat dan kami sebagai pembaca menunggu dengan setia. Sangat berbeza antara PMS dengan KNK. Kerana jalan cerita dan watak yang ditonjolkan. Kelancaran jalan cerita dalam KNK sampai bila baca tau-tau sudah sampai di hujung jalan cerita.
    Jadi kawanbaek, zarra zuyyin sudah melunaskan janji-janjinya. Selamat meneruskan hikayat KNK.
    Daa

    jadi.kelawar.sebab.kawanbaek.cabar.siapkan.mss.haiyoooh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow mana belajar petua rindu tu? nak cuba lah!
      naz tu cuak betul2 tu yg dia tak nak buka hati dia utk cuba bersama Khaal.
      tp nnt?...ish ish ish, sy ni suka nak pecah rahsia....

      tqvm for sharing the KNK experience, tanpa u all yg bagai cheer leaders...tentu tak bersemangat sy nak nulis

      good luck with yr 3 stories too

      Delete
    2. Ada ustaz bg.dh lama....silalah cuba.ngeee.byk lg ni u nk petua apa

      Delete
    3. amboi...bnyk nya petua dia...terror nih

      Delete
  15. Ninaaaaaaaaaa :) where is she off to next ?

    Would be serendipity again if wherever she's heading she bumps into he "who she is in love with but trying to run away from :)"

    I hope when she realizes that Khal is THE ONE ...it hits her hard. Kasi layang hati dia and hati we all ok ;) kasi kejar itu Khal ....well love makes people do cray stuffs occasionally pun hehehe

    Thank you for the upload dearie :) one more chapter to go ....and I shall wait patiently....not ;) for the story to unfold...

    Nite Babe ... Get a good rest too Nina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suffice to say, Khaal's strong , dependable chest will shock her into realizing that he is her safe haven.

      Khaal's chest? haaa writer terlampau ni buat dah!!!

      (you did read PMS kan? so KNK....)

      Delete
    2. LIKE ! ( re : chest scene ;) ....more to physched up actually hehehe

      LOVE ! ( your PMS - ...smitten :) )

      Delete
  16. Naz..take ur time but pls dont take too long..same goes too cik nina..hehe jgn marah ye cik writer <3

    There is only one happiness in life
    to love and be loved
    Love,like pure magic,bcoz it is life's sweet mystery..
    rite cik writer?..lalalaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. to love and to be hurt is better than to never be loved at all....ini sy percaya 50% sj ngeeee

      Delete
  17. saya pun ingat dia nak balik msia, dok pikir takkan cepat sgt, tak pe naz pegi la mana2 dulu cari ketenangan tapi kalau tiba2 dia jumpa khaal kat tempat lain tu camna? oh no i keep imagining things for them camna nak sabar tunggu knk ni publish

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiba2? hmm mmg betullah tiba2...ini dalam bab mana huh? 38 ke 39?

      Delete
  18. Naz...nak g manager lg?wherever u ...sadness n emptiness will follow u...

    ReplyDelete
  19. Cik Nina,

    Naz is stupid. coz dia ingat bila larikan diri masalah akan selesai. But dear I don't think so, deep down in Naz heart still got Zaim Khaalish name. So, why not Naz terima Khaalish dan hidup bahagia. Asyik larikan diri, sampai bila nak bahagia.

    Wake up Naz, cinta tak akan datang berkali-kali. So hargailah cinta yang datang bersama package yg tidak terduga...

    Sorry cik Nina, mood geram kat Naz tak habis-2 lagi..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. has...
      nak tambah bara u...sampai ke sudah dia tak pakai tiket tu ha ha ha

      Delete
  20. like it! million zillion goliath times! for me, d last part indicate dat she's moving on to next destination but not coming back to malaysia yet. bab nih si Naz to baru sampai tahap 'realization' belum tahap 'acceptance'... mana tau kot mummy ala-ala nyonya mansur yg p cari naz hujung dunia bawak balik nak bg kat anak teruna dia tuh.....hehehe

    all d best, slmt menulis

    -zunairah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm realization not acceptance....hmm ckp org berilmu nih....

      psl mommee monster tu in a way u r right...

      Delete
  21. inarshad (sbb susah nak spell yr new nick) ckp dari pengalaman ye? :)

    ReplyDelete
  22. salam...please don't change any parts of wat u hve written (apart from tidying up here n there). Sapa cakap tadi 'tak syiok'...i agree...bila baca buku we blh flip n TADA...cik zunairah wrote above 'to realize' is a level, but 'to accept'...it is hard n sometimes we don't make d rite decision at all...but naz is lucky to have reham who can knock-some-sense into dat beautiful-confuse-head of hers...run s she may but wen it is time 4 her to stop n face, dats wen she has to 'accept' her fate - pasrah, redha & tawakkal...u knw wat, i just wish daddy naz is d 1 dat brings her home, both confronting wats in their head & heart, kan sama2 keras kepala...hhhmmmm

    ReplyDelete
  23. Naz still tak ada jawapan lagi ke????

    ReplyDelete
  24. Salam Nina

    This is what i thought of nak kasi Takzirah sikit kat Naz ni..yg jiwa kacau..

    Alahai ..melepak dan memikirkan apa yg bakal terjadi pada satu hubungan yg belum pasti ..pada 4 tahun yg mendatang sekiranya Khaalish berlalu pergi dari hidupnya pada pandangan akak memang sengal minah ni..seakan tidak mempercayai Qadak dan Qadar yg telah ditentukan dalam hidupnya...

    Jiwa kacau betul la minah..ni..Kenapa mesti mengingati cerita sedih nya 4 tahun yg lalu yg merupakan kenangan lalu. Naz perlu mencari satu dimensi kehidupan baru ..Membezakan antara masa sekarang dan masa lalu ..keadaan itu dapat memberi peluang dan ruang untuk dia move forward dan tidak hidup ..terperangkap dalam dunia semalam.

    Dia harus belajar untuk open up herself dan runtuhkan dinding ketakutan untuk menerima Khaalish. Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan didalam dirinya....

    Bagi akak apabila percintaan tidak berkekalan mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dengan org yg salah sebelum kita dipertemukan dengan org yg sepatutnya menjadi belahan jiwa hati kita.

    Sekiranya ditakdirkan perpisahan berlaku juga, janganlah di tangisi perpisahan dan kegagalan dalam perkawenan itu karena pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu, dan atas limpahan kasih-Nya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkan Naz berfikir kebesaran-Nya itu? Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggung jawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.

    It's one of those things that people say, you can't move on until you let go of the past, letting go is the easy part,it's the moving on that's painful. So sometimes we fight it..try and keep things the same..Things can't stay the same though. At some point you just have to let it go..move on..because no matter how painful it is..it's the only way..we grow.. so Naz..fikir dengan logiknya bukan dengan perasaan...so apa citer ni..tiket dah kat tangan..the decision is yours to make...!! Nina plz ...tlg sampaikan kat Naz..ek..ayat kejam giler..kan..tapi..mungkin boleh membuka mata minah sengal ni...

    ReplyDelete
  25. just follow yr heart n jgn fikirkan apa yang akan berlaku kemudian hari sbb kite x tau apa yang telah tertulis untuk kite...buat yang terbaik dalam kehidupan kite so that kite x kan menyesal di kemudian hari jika apa yang kite buat itu gagalkan?

    nak jugak komen walaupun lambat skit sbb ke'bz'an hihihihi
    GANBATTE!!!!

    ReplyDelete
  26. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete