Wednesday, 9 October 2013

Dia Seadanya Bab 15


Maaf kepada Sasimala dan Ibu Hadif, jika mereka tunggu Bab ini semalam. Sedang taip tiba2 saya terlelap.


Saya mohon maaf awal2 ye, selepas Bab 15 ini, saya akan berhenti naikkan DS di blog. Ini adalah kerana saya perlu perlu perlu siapkan Seteguh Fayqa. 

Niway about bab ini, saya sukerrr sangat endingnya (abaikanlah writer perasan seorang ini ye!! LOL)


Bab 15


Dua buah beg besar siap sedia tersusun di sebelah pintu utama rumah. Sebuah back pack erat digenggam Tareq. Back pack diturunkan ke lantai seketika. Tangan bapanya diraih dan dikucup.

“Tareq minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki Abah. Halalkan makan minum Tareq.”

Riak wajahnya serius dan suram. Sebak juga dada si bapa yang sentiasa cool. Ibunya tidak perlu cerita lagilah. Dari semalam berendam air mata, sejak kepulangan Inessa dan anaknya.

Tangan ibunya pula diraih dan dikucup. Ucapan yang sama diulangi. Semakin kuat esakan Hajjah Asmah. Tubuh tegap anak tengahnya dipeluk erat.

“Tareq, kali ini dengarlah cakap Ummi. Tak payahlah balik ke sana lagi. Cari sahaja kerja di 
sini. Ummi boleh pergi ke rumah Emmalyn…”

Rayuan ibunya dipotong, “Ummi, sudahlah… tak payahlah sebut nama dia. Dia pun tak lalu agaknya nak tengok muka saya.”

“Tareq, Emmalyn bukan perempuan yang cepat melatah. Cubalah Tareq jelaskan elok-elok padanya….”

Sekali lagi cakap ibunya dipotong, “Ummi, baik kita jangan panjangkan cerita. Biarlah Tareq balik. Inessa pun tak akan datang lagi, Ummi dan Abah pun tenang hidup.”

“Tenang apa, Tareq? Kamu tu jauh beribu batu. Kalau pendek umur Ummi, Ummi nak anak-anak Ummi ada dengan Ummi,” puju rayu tak jalan, Hajjah Asmah gunakan emotional blackmail.

“Ummi, janganlah cakap macam ni. Ummi sihat lagi. Nanti Tareq hantar tiket, Ummi dan Abah datanglah jenguk Tareq kat sana macam selalu,” ada sahaja jawapan Tareq. Hatinya sudah bulat mahu pulang ke Tanah Arab. Fikirnya Inessa tidak akan mengganggu hidupnya dan hidup keluarganya lagi, tapi dia salah.

“Kalau kamu gemar sangat duduk kat sana, baliklah. Tapi sebelum balik, nikah dulu dengan Emmalyn. Sekurang-kurangnya hidup kamu di sana berteman. Bila lagi nak bina keluarga? Kamu tu bukan muda lagi,” seperti si anak, si ibu pun tidak mahu mengalah.

“Ummi, anggap sajalah kami berdua tiada jodoh,” lemah jawapan Tareq kali ini.

“Apa pula tiada jodoh, kamu tu yang cepat mengalah. Cuba buka mulut dulu dengan Emmalyn, dengan mak bapanya. Deme tu orang baik-baik,” bersungguh-sungguh Hajjah Asmah memujuk anaknya.

Ummi…..rintih hati Tareq, sebab mereka orang baik-baiklah, saya ini tak sesuai untuk Emmalyn.

“Tareq… betul cakap Ummi kamu tu. Jangan terburu-buru. Moh, kita pergi berjumpa dulu dengan mak bapanya. Belum berbincang, kamu udah mengalah,” Haji Abdul Aziz pula dengan tenang memberikan nasihat.

“Tak apalah Abah, biarlah dia dapat jodoh yang lebih baik dari saya. Nanti-nanti tu adalah Uda Jah aturkan,” sambil bercakap kakinya melangkah ke pintu. Lebih lama dia di rumah ini, lebih kuat rayuan mak bapanya.

Sebelum anaknya melangkah keluar, Hajjah Asmah mencuba sekali lagi, “Tareq! Cubalah kali ini kamu dengar cakap Ummi. Jangan balik ke sana, cari kerja di sini. Ummi dan Abah akan pergi cakap elok-elok dengan mak bapa Emmalyn. InsyaAllah, dia jodoh terbaik untuk Tareq.”

“Ummi, biarlah Tareq balik ke sana. Jodoh Tareq biar Allah yang tentukan,” sambil bercakap, kedua-dua beg diangkat, sebagai isyarat kepada ibunya supaya berhenti berharap.

Buat beberapa detik, Hajjah Asmah memejamkan matanya, tangannya di dada, menahan sebak. Hampir sembilan tahun baru Tareq pulang ke tanah air, ini mahu pergi lagi. Entah bila dia akan jejak Tanah Melayu lagi.

“Tareq, biar Abah hantar sampai ke KLIA,” lembut Haji Abdul Aziz memujuk. Pujuk suruh tinggal di Malaysia tak mahu, pujuk untuk hantar ke lapangan terbang pula. Kasihan melihat anak naik teksi ke sana, macam orang tak ada keluarga.

“Tak apalah Abah, kejap lagi teksi tu sampai. Kalau Abah hantar ke KLIA, penat Abah nak patah balik ke sini,” sekali lagi pujukan bapanya ditolak. Biarlah dia pergi sekarang. Jika Abah hantar, nanti Ummi ikut pula, dan dia terpaksa menahan telinga mendengar pujuk rayu Ummi sehingga ke KLIA.

Degil budak ini, cemuh Haji Abdul Aziz di dalam hati, entah ikut perangai siapa!

Beg-beg diletakkan di beranda sementara Tareq duduk memakai kasut. Belum siap kasut dipakai, sebuah Peugeot merah bergerak masuk ke halaman rumah bapanya.

“Emil? Buat apa abang Emmalyn ke sini? Nak marahkan aku kerana kecewakan adiknya?” tertanya-tanya Tareq.

Tetapi bukan Emil yang memandu kereta merah itu. Bila kereta berhenti, Emmalyn yang keluar. Terlopong Haji Abdul Aziz anak beranak.

Tareq diam membisu, hanya matanya tajam melekap ke wajah Emmalyn, bagai ingin menebak apa akal gadis ini muncul lagi di rumah ibu bapanya.

Haji Abdul Aziz yang sentiasa tenang pula yang menegur, “Dari mana Melin?”

“Dari rumah, Andak. Mama dan Papa kirim salam,” jawapan Emmalyn setenang soalan Haji Abdul Aziz.

“Mama Papa kamu tak ikut sekali?” Haji Abdul Aziz terus berbasa basi.

Heh, bersembang macam tak ada apa-apa yang berlaku, Emmalyn dengan Abah ini memanglah sekepala, getus Tareq dalam hati.

Mendengar suara perempuan di luar, Hajjah Asmah melangkah ke beranda. Melihat Emmalyn, wajahnya bercahaya mengalahkan mentol 100 wat, 

“Eh, Melin! Kenapa datang tak beritahu?”

Aaah, Ummi pun sama! keluh Tareq. Aku ni bagai menonton sandiwara.

“Oooh, nak datang rumah Andak Mah kena buat appointment dulu ye? Macam orang KL!” seloroh Emmalyn. Haji Abdul Aziz suami isteri menyambut dengan ketawa hambar.

Kasut siap dipakai, Tareq bangun. Manalah teksi ni? Cepatlah sampai supaya aku cepat boleh bergerak. Tebal mukanya bila mengingatkan apa yang Emmalyn saksikan di rumahnya semalam.

“Dah siap?” tanya Emmalyn.

Tareq membalas dengan kerutan di dahi. Emmalyn ini nak apa sebenarnya?

“Kalau dah siap, jomlah saya hantarkan,” tenang suara Emmalyn, setenang wajahnya yang dihiasi senyuman kecil.

“Hantarkan?” tersembul soalan, terkejut sebenarnya Tareq. Haji Abdul Aziz suami isteri sudah terlopong.

“Yelah, tak payahlah awak naik teksi ke KLIA. Macam orang tak ada sedara saja.”

“Emmalyn, tak payah susah-susah. Nanti pukul berapa awak sampai balik ke Ipoh,” bunyi macam sombong sungguh.

“Saya dah telefon Una. Lepas hantar awak ke KLIA, saya tumpang tidur di rumahnya,” senyuman manis masih di bibir.

“Esok tak kerja?” sang jejaka mencari jalan untuk menolak pelawaan si gadis.

“Dah minta cuti.” Case closed.

Emmalyn melangkah ke belakang kereta abangnya dan boot kereta dibuka. Haji Aziz dan Hajjah Asmah hanya menjadi pemerhati. Terkejut melihat Emmalyn muncul masih belum hilang. Apalah rancangan gadis ini? Mereka tertanya-tanya.

“Beg awak besar, saya tak larat angkat,” kata Emmalyn.

Kalau masuk beg-beg ke dalam boot kereta Abang Emil, langkah pertama rancangannya kira berjaya. Sebenarnya, sehingga waktu itu, rancangannya hanya ada tiga langkah: beg-beg masuk kereta, kemudian tuannya masuk kereta, kemudian bergerak ke KLIA. Lepas itu dia sendiri tidak tahu apa dia nak buat. Merayu kepada Tareq? Ish malulah, macamlah desperate sangat. Tapi…desperate tu…iyalah juga.

“Emmalyn, saya sudah tempah teksi,” tegas suara Tareq, mahu berdegil dengan gadis ini seperti dia berdegil dengan mak bapanya.

“Tareq, what’s the big deal? I drive you to the airport, we say good bye. Kalau ada rezeki, nanti saya dan geng saya boleh merayau ke Qatar. Ni dah ada port baru,” Emmalyn memangkas cakap Tareq.

Bila Emmalyn cakap begitu, kalau dia menolak, nampak sangat macam dia buat perangai budak-budak. Tareq mengetap gigi, boleh tahan akal budak ini!

“Pukul berapa flight awak?” Emmalyn berlagak selamba.

“Eh, takkan Uda Jah tak bagi tau awak?” sinis Tareq memerli.

“He, he, he,” Emmalyn tertawa kecil, “Uda cakap pukul 10.50 malam ye?”

“Dah tahu, kenapa tanya lagi?” wah! tarak kasi muka Tareq ni!

“Eh, kena confirmlah. Silap nanti kang, awak terlepas kapal terbang pula,” balas Emmalyn, sedikit pun tidak marah walau kena ‘smash’ percuma dengan si Alpha Male.

“Pernahkah Uda Jah beri maklumat tak betul?” Tareq masih belum puas cari pasal.

“He, he, he, maklumat Uda Jah selalunya 99% betul. Dia tu sepatutnya kerja dengan Special Branch,” Emmalyn membalas dengan jenaka.

Tergerak sedikit bucu bibir Tareq, tapi dikawalnya. Apa akal budak ini? Emmalyn direnung tajam, ingin mencari jawapan kepada soalan sendiri. Malunya dek peristiwa semalam masih berbekas tetapi perangai Emmalyn ini betul-betul pelik. Dia tidak marahkah dengan peristiwa semalam? Lelaki yang berjanji mahu meminangnya sudah ada anak dengan perempuan lain? Takkan dia tidak marah? Kalau perempuan lain tentu aku dah kena sumpah seranah.

Tetapi Emmalyn Mohd Ehsan masih tersenyum kecil sambil bersandar di kereta abangnya. Bila melihat Tareq kaku tidak bergerak, kedua belah jari telunjuknya menuding ke arah beg-beg Tareq dan digerakkan ke arah boot kereta Emil. Arahan diberi tanpa suara!

“Flight pukul 10.50, check in pukul 7.50. Ipoh – KLIA, 2 jam setengah. Saya bawa kereta 3 jam setengah. Berenti makan lagi…”

Nampak gaya aku tak boleh menang, fikir Tareq sambil mendengar Emmalyn mengira-ngira waktu. Beg-beg diangkat dan dimasukkan ke dalam boot kereta Emil.

Yeay! Yeay! Jerit hati Emmalyn. Rasa macam nak bercha-cha tiga empat langkah. Tapi tentulah tak bercha-chakan. Nanti kang si Alpha Male kata aku baru keluar dari Tanjung Rambutan.

Tangan ibu bapanya disalam dan dikucup sekali lagi. Kali ini disertai dengan dakapan erat. Air mata Hajjah Asmah mengalir lagi. Kasihan betul Emmalyn melihatnya. Tangan wanita separuh abad itu disalam dan dikucup.

“Kami jalan dulu Andak Mah, Andak Aziz,” pamit Emmalyn.

“Bawa kereta baik-baik, Melin,” nasihat Hajjah Asmah.

“Tak pe, Melin bawa 80 je..,” dengan sekali lambaian, Emmalyn masuk ke dalam kereta.

“Nak saya drive?” tanya si Alpha Male, suaranya masih sedikit kasar.

“Nope, I’m okay,” jawapan beserta senyuman manis.

Enjin dihidupkan, doa dibaca dan Peugeot merah bergerak meninggalkan rumah keluarga Tareq. Hajjah Asmah dan Haji Aziz berdiri di beranda, memandang Peugeot merah bergerak sehingga hilang dari pandangan. Dalam hati berdoa agar Emmalyn dapat melakukan suatu keajaiban untuk buat Tareq menetap di Malaysia.

Sepanjang perjalanan tiada gurau senda, tiada apa cerita. Hanya sesekali si pemandu bertanya jika sang penumpang mahu ke bilik air atau makan. Bukan main fokus lagi Emmalyn ke jalan raya. Bawa kereta pun 80 kilometer sejam sahaja. Agaknya bimbang jika terjadi apa-apa pada kereta kesayangan abangnya. Entah bila akan sampai KLIA, Tareq mengeluh.

Sang penumpang sendiri pun lebih selesa tidak membuka mulut, bimbang jika si pemandu bertanya tentang sejarah lama hidupnya. Tetapi si pemandu tidak pula bertanyakan apa-apa. Maka sepanjang perjalanan dari Ipoh ke KLIA, Tareq tertanya-tanya bila Emmalyn akan bertanya tentang Inessa. Dan bila soalan itu tidak kunjung tiba, hairan juga jadinya Tareq. Gadis ini memang lain dari yang lain.

Memang benar bagi dikata Emmalyn. Perjalanan 2 jam setengah menjadi 3 jam setengah bila dia yang memandu.

Bila kereta Emil menghampiri KLIA, Tareq mengarah, “Turunkan saja saya di depan departure hall.”

Menjawab tidak, berkutik tidak, kereta Emil dipandu terus melepasi balai perlepasan menuju ke laman parkir.

Wajah Emmalyn direnung sinis, “Emmalyn, just drop me off. Tak payah nak parking bagai. I hate long good byes.”

Mata Emmalyn melekap ke jalan raya, renungan si Alpha Male tidak dibalas, mulutnya menjawab, 

“Saya nak solat maghrib dulu. Kemudian baru bertolak ke rumah Una.”

Habis, Tareq nak jawab apa? Takkan nak berhenti solat pun tak boleh. Sampai di balai perlepasan, mereka ke surau dahulu untuk solat bergilir,  beg-beg besar Tareq perlu diperhatikan, takut dikebas orang. Usai solat, Tareq terus hendak mendaftar masuk.

Fikir Emmalyn selesai urusan mendaftar masuk, Tareq akan mengajaknya makan malam dahulu. Sudahlah berhenti di RnR tadi pun hanya untuk solat Asar. Tapi si Alpha Male menonong berjalan ke eskalator menuju ke pemeriksaan imegresen.

“Tak nak makan dulu?” tanya Emmalyn penuh harapan.

“Saya makan kat terminal sajalah,” pendek jawab Tareq.

“Dah check-in,  kenapa kelam kabut nak ke terminal?” suara Emmalyn ada nada berjauh hati. Hai! Penat-penat aku memandu dari Ipoh, sekurang-kurangnya belanjalah makan.

Bukan tidak disedari si Alpha Male, tetapi bukankah dia sudah kata tadi dia tidak suka “long good-byes” dan jika makan malam bersama tentu timbul cerita Inessa. I have enough drama to last me for a life time!!

“Look, Emmalyn. Terima kasih susah payah hantar saya ke KLIA. I’m sorry for what you had to witness yesterday. But let’s just leave it at that, shall we?” nafas dihela dalam-dalam lalu kata-kata diteruskan, “Maaf saya janji mahu ke rumah awak, berjumpa mak bapa awak. Nampaknya saya tak dapat nak tunaikan janji saya. Kita berdua…..,” jeda seketika memilih kata-kata, “…hingga di sini sajalah.”

Ternganga Emmalyn mendengar kata-kata Tareq, buntang matanya tidak berkelip. Boy! Talk about being straight to the point! Dia tidak menyangka Tareq akan berterus terang sedemikian sekali.
Back pack dibuka, pasport dan boarding pass diambil, wajah Emmalyn direnung sekali lagi, 

“So, Emmalyn, I guess…this is… good bye.”

Nak sambung kata ‘hope to see you again’? Sebaiknya tidak, dia berjanji dengan Emmalyn dan dia tak dapat tunaikan. Buat apa hendak bertemu lagi? Biar sahaja perhubungan manis mereka sebulan dua ini tinggal hanya kenangan.
Dengan hati dan langkah yang berat, Tareq berpusing dan menapak ke arah pegawai polis yang memeriksa dokumen perjalanan.

“Abang!”

Abang? Berkerut dahi Tareq.

Abang? Tanya hati Tareq sekali lagi. Berpusing semula mengadap Emmalyn yang berdiri kaku bagai patung cendana. Cuma dada Emmalyn jelas nampak berombak-ombak.

Emmalyn menghela nafas dalam-dalam. It’s now or never, Emmalyn!!

“Abang,” kali ini nadanya lebih tenang, wajah kacak Tareq direnung tepat dengan mata yang tidak berkelip, “will you marry me?”

106 comments:

  1. haaaaaaaaaaaa will you marry me , wow !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy suka! sy suka pompuan yg tahu apa dia mahu dan usaha utk dapatkannya :)

      Delete
  2. Ending yg buat ai teruja...yessss!!! You go girl! Sgt berani!

    ReplyDelete
  3. saje je bikin panas.... bila ada sambunganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mmg pun tak de keje kan...he he he...bila sambung...seh itu yg susah nak jawab tu sbb sy penulis separuh masa....kerja2 wajib didahulukan...seperti bg mkn anak2 he he he

      Delete
  4. And I fainted with the proposal, hahahaha

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Nina: ya Allah sweet giler....harus fainted!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh...sorang lg nak pengsan...u all are too cute!

      Delete
  7. Abang,” kali ini nadanya lebih tenang, wajah kacak Tareq direnung tepat dengan mata yang tidak berkelip, “will you marry me?”.....oh...ohmai...ohmai...Melin make a move...can we have a cha Cha dance???!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he cha-cha, rumba dan fox trot sekali...(err sy ni mmg suka (tengok) ball room dancing)

      Delete
  8. uwaaaaaaaa!!!!!!!!!SHABASH BETTEI SHABBASHHHH!!!!!! ahahhahahhahaha....x rebut lagi peluang yng terbentang di depan mate ni x tau la kite nak ckp ape lagi pasai si Alpha male sekor 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. shabash bette itu line elyasa', adik melin yg tak kuar2 lagi...bila entah dia nak kuar...time kenduri nnt kut....ooops!! he he

      Delete
  9. Alpha Male PMS and he thinks he's not good enough for her. Nasib baik emmalyn bold hehe. Aww Kak Nina, terpaksa puasa from your stories lah ni. Takpa, I think SF will be amazing. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq...sian SF lama kena peram...nak buat cemana kerja bertengkek-tengkek...

      Delete
  10. hah..jatung macam nak pecah rasanya...plzzzzzzzzzzzzzzz sayyyyyy yesssss.... really love it....jangan lama2 tinggal nnt kita rindu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap nak pk...tareq said yes tak? hmmmm...alamak.....

      Delete
  11. yeahhhh!! saya suka.. saya suka!! (lompat bintang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat buat lompat bintang ni...sy pun patut buat sama :)

      Delete
  12. Abang! Jangan pegi..waaa...sedih wooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he kekadang sedih...kekadang happy...such is life

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. ayark..nnt mlm termimpi2 la kat dorang nih sbb tak sempat nk jawab 'yes i do'. moga pn writer diberi kelapangan utk menyudahkan mss ni secepat yg boleh..

    ReplyDelete
  15. Kt n3 ni nmpak Em yg macho coz Tareq cam nak lari takut kne reject dek Emmalyn.
    Tp kan Nina, u mmg suka tulis cam ni kan...part yg best tu la u stop...geram sgt kt u...cam nak cubit2 jer rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adus adus...jgn arr cubit...ini penderaan penulis nih...he he sy nak jd queen of cliffhanger

      Delete
  16. Oh my....cik writer leh sambung n3 tak...x tido mlm cam nie....heheheh....pls..pls...pls...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dear....sy nak fokus on SF, sian Fayqa tergantung2 nun

      Delete
  17. Wooo.....u go girl!!!
    Tareq, pls pls say 'I do, I do' plsss.....

    ReplyDelete
  18. kalau pagi tadi, penyegar mata ....la ni jantung pulak yang berkata2....aduhhhhh...tak tau nak kata aper......

    ReplyDelete
  19. Wooo.....u go girl!!!
    Tareq, pls pls say 'I do, I do' plsss.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. penulis masih lagi sdg pk.... nak taruk jawapan tareq giman...

      Delete
  20. Em yg tanye "will you marry me?" sy pulak yg berdebar...hahahaha... as always sis... i can never guess whats going to happen next. it could be a yes frm Tareq it could be a No. hmmmm....i can't wait for this one to be out. :) thank you for the wonderful story line. good luck in SF.

    p/s: tulis abt Pet and Atai next...buat trilogy. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu x brani nak tulis psl pet sbb ada reader dr east msia yg sound sbb pet converted to Islam.... lagi pun kisah cinta pet n atai cam ada dlm kedua2 pms n ds...

      Delete
  21. Waaa...nape melin yg propose...? haha...tp suke gak kalu dorg kawen...hehehe...

    ReplyDelete
  22. Erkkkk sakit jantung! Deng.
    Abang will you marry me??
    Woohoo ayuh lompat bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha kita buka kontinjen lompat bintang!!

      Delete
  23. oh mai ! will u mrry me?i tlg jdi trq "yea!yes! let get mried?!

    ReplyDelete
  24. Allah...melin yg melamar nya ha...hadoiii...Tareq weh rugi kalau kome tolak wehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah teman pun pikio ghupa itu (seh betul ke perakian ku yg berkarat)

      Delete
  25. Cha cha cha... will miss melin n tareq. Hope too see fayqa soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup me to.... help help fayqa muncul kan dirimu...

      Delete
  26. Cha cha cha... will miss melin n tareq. Hope too see fayqa soon

    ReplyDelete
  27. Wah....sukanya....yessss..go for it melin

    ReplyDelete
  28. Wah....sukanya....yessss..go for it melin

    ReplyDelete
  29. Wah....sukanya....yessss..go for it melin

    ReplyDelete
  30. Wah....sukanya....yessss..go for it melin

    ReplyDelete
  31. walawehhh!!!! suke suke suke!!! tp jgn nt areq tolak pulaak...hurm lmeny nk tgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolak ke dia? klu tolak...cam tolak tuah je...

      Delete
  32. Say yes Tareq!!!!Huhuhuhhuhu...Citer ni terhenti disaat cornflake penuh tanda tanya muncol bukan honeystar penuh bahagie yg muncol..Huhuhuhu..Btw x sabo nk beli SF n DS ..Chaiyokk,Kak Nina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh...cemana keluar breakfast cereals pula ini? he he he

      Delete
  33. Histeria saya!!! Jerit-jerit-jerit. Ahhhhhh! Kak Nina memang bijak memainkan perasaan. Slow-slow baca apalah rancangan Melin ni...alih-aih. emmmmmmmm....ish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he sy mmg suka mengusik perasaan org :)

      Delete
  34. oooooooooomeeeegeeeeeee!!!melin memang awesome!! tareq anda harus tersentap!!harus!!wajib!! melin da propose ang tu!tolong la bukan senang pompuan nak buat lagu tu tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup hanya pompuan yg strong mcm melin kuat buat cenggini...strong n silent.... tp syg nanti dia break down jg

      Delete
  35. pergh...emmalyn lamar tareq...sukeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh!!! melin mmg superb (kt writer perasan)

      Delete
  36. Emmalyn (jerit nama dia kuat2) "Abang, will you marry me?"... aduh...kalu x cakap skrg bila lagi kan.... tak rugi.....go girl...yey..yey
    hanina luv your writing...can't wait novel2 from you.... Bittawfeeq

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun cant wait, he he he, tp bak kata debater otai...masa begitu mencemburui kan kita...

      Delete
  37. yessssssssssssssssss.....................senyum sampai telinga neh.....bagus3 emmalyn...caya lah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy bahagia bila anda bahagia....

      Delete
    2. hehehe....terima kasih kerana berbahagia sama.....senyum masih lagi sampai telinga nie....walaupun mood nak raya x brapa ada nie....tp mood DS tetap ada....

      Delete
  38. sukaaaaaa.......
    thanks nina.bab ni mmg best. go melin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha writer perasan ni pun sukakanendingnya...

      Delete
  39. hi, saya ada buat novel juga, baru belajar menulis, hehe , sila la melawat yaa http://emmatalkingtoyou.blogspot.com/
    kak nina, tumpang promote jappppp

    ReplyDelete
  40. Arggggggghhh!!
    Damn much like this story..
    Make me feel wanna fly when melin say " Will u marry me""
    Thanks writer..
    Im glad to come here again for the next chapter..
    Keep it up the good writing and the wonderful story..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm dear....i like to please ppl, n when ur pleased, im pleased :)

      Delete
  41. yeeeaaayyyy girl-power...terbabas pink lipstick i...while-reading-buat-calitan-d-bibir wakakaka blink2-wink2...

    ReplyDelete
  42. heheheheh.. i like chap15's ending but i dont like the fact that i have to face long wait again. takpe la, harus bersabar ;)

    ReplyDelete
  43. hohoho....go...go...girl.... (sambil menari cha cha)....really2......speachless x blh nak cakap...

    ReplyDelete
  44. Perigi ke...timba ke...hati dah sama-sama jatuh cinta!!! Go Melin! :)

    ReplyDelete
  45. OMG! OMG! OMG!
    Ustaz Azhar Idris kata tak ada istilah perigi cari timba. Yesssss!

    ReplyDelete
  46. good job k.nina...hehe..x sbr nk tggu seteguh fayqa plk..

    ReplyDelete
  47. Oh No!!! Emilynn u r the best. Apa la Tareq ni. Past is past but for future you must grab the girl who is suit to you. Just explained what had happen before, then see the girl acception. If she accept you the way you are. there is a true love. ;D

    ReplyDelete
  48. Oh Nina.....saya suka dengan darjah 'keperasanan' Nina tentang ending of this chapter, sebab saya pun suka! Wallahhh....go Melin! Seems Tareq betul- betul down ye? Kesian dia, so it's Melin's job now to brings him up! Hugs & kisses for you Nina sebab menceriakan pagi Jumaat saya ( sebab saya sedang migrain ni! ) :(

    ReplyDelete
  49. aarrgghh rasa nak tumbuk meja...eh apa2 la yang boleh di tumbuk sbb geramnye nak kena tunggu lagi..waaaaaaa :)

    ReplyDelete
  50. Kak Nina... orang jatuh kerusi baca ending part ni.. ahhahahhaha... punyala stress esok ade datelines conference paper kena submit... try bukak page akak... skang baca sikit punya suspen n kusyuk... tang will u marry me... tak perasan duk hujung kerusi da sebab eksaited... kebabommm terus I you.. ahahhahahhahahha... hilang stress 2 minit setengah.. ahahhahaha.. thanks Kak.. u made my day... LOL

    ReplyDelete
  51. Bergegar jantung tareq bila malin kuarkan kata2 keramat. Huhuhu

    ReplyDelete
  52. sgt2 lah best.. tp kenapa smpi bab 15 je.... sedeynye.. n lah lg...

    ReplyDelete
  53. Pergghh...siyes bestttt!!! Xyah naik flight tu dh coz kaki dh off d ground..!!! ;))

    ReplyDelete
  54. omg!! serius unexpected scene

    ReplyDelete
  55. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete