Monday, 30 September 2013

Dia Seadanya Bab 14


A few hours before Oct 1st huh? Bagi yg nak tau apa hubungan antara Tareq & Inessa, awal2 sy minta maaf jawapannya di Bab 15, yg mungkin bab akhir DS di blog.


Mohon input dari teman2, sy budak br belajar...


Bab 14


Perempuan cantik itu namanya Inessa. Siapa Inessa? Kenapa semua orang nampak terkejut dan bagai tak suka Inessa ini datang? Soalan ini berlegar-legar di kepala Emmalyn. Takkan nak ditanya, kalau tanya pun tak pasti ada yang sudi menjawab. Sudahnya Emmalyn menjadi penonton, hanya memerhati Inessa memimpin anak kecil itu, melangkah ke arah beranda rumah Haji Abdul Aziz.


“Apa khabar Uncle dan Auntie?” sapa perempuan cantik itu. Sudahlah cantik lemah lembut pula. Tidak dijemput masuk, dia hanya berdiri di tangga, tangannya erat memegang tangan si kecil.


“Tareq dah lama balik? Kenapa tak bagi tau Nessa?” selembut pertanyaan, begitulah lembut sapaan mata Inessa ke arah Tareq.


Tareq menyepi, Hajjah Asma pula yang menjawab, “Tak ada sebab kenapa Tareq perlu bagi tau kepada awak ke mana dia pergi.”


Tersentak Emmalyn! Inilah kali pertama dia mendengar Hajjah Asmah bercakap dengan nada yang kasar dan bongkak. Drama apa ini?


“Tak adalah Aunty, kalau Nessa tahu Tareq balik ke Malaysia, awal-awal lagi Nessa dah bawa Aeril jumpa Papanya.”


Dagu Emmalyn jatuh ke lantai! Aeril jumpa Papanya? Papanya tu…. Tareq? Ye lah kan? Takkan papanya tu Andak Aziz!


“Melin! Jom tolong Uda basuh pinggan kat dapur!” suara Uda Jah yang memetir pun tidak dapat menggerakkan Emmalyn yang terkejut, masih tegak jadi patung cendana terbuntang mata merenung Inessa.


“Melin! Moh kita ke belakang,” tangan Emmalyn ditarik Uda Jah dengan kuat.


Bagai zombie Emmalyn melangkah ke dapur. Di telinganya terngiang-ngiang kata-kata Inessa, “….awal-awal lagi Nessa dah bawa Aeril jumpa Papanya.”


Uda Jah menyeret Emmalyn hingga ke sinki dapur, kemudian arahan diberi, “Basuh pinggan mangkuk tu, Melin!”


Sekali lagi bagai zombie, Emmalyn menurut arahan Uda Jah. Pinggan diambil, disental dengan span dan dibilas. Kepala masih terfikirkan tentang Inessa…dan ….anaknya….dan Tareq. Tareq suami Inessakah? Atau duda beranak satu? Kan betul aku kata hari tu… Tareq ini dark, mysterious and challenging!


“Aeril ikut Opah ye, nanti Opah bagi ais krim,” suara Uda Jah…. Siapa yang dipujuk? Laju Emmalyn berpaling ke belakang. Uda Jah masuk ke dalam dapur memimpin tangan si comel Aeril.


Melihat wajah Emmalyn yang terpinga-pinga, Uda Jah berbisik, “Orang-orang tua bertikam lidah, tak elok budak-budak dengar.”


“Melin, ambil ais krim dalam peti ais, kasi ke Aeril ni,” mengarah sahaja kerja Uda Jah. Lepas mengarah, dia berpatah balik keluar dari dapur.


“Uda! Uda nak ke mana tu?” Sungguhlah hairan Emmalyn….., dengan perangai Uda Jah, dengan perangai Tareq sekeluarga.


“Hush! Dendiam, Uda nak pegi tengok apekehei kat depan nun,” peringatan Uda Jah beserta jari telunjuk di bibir. Laju Uda Jah melangkah  ke hadapan, almaklumlah dia kan Angah Balom Clan – Online, nak pergi buat liputan beritalah tu!


Sudahnya tinggallah Emmalyn berdua dengan si comel bernama Aeril. Kau pandang aku, aku pandang kau. Bibir bawah Aeril sudah muncung terketar-ketar, tubir mata sudah berkaca. Entah apalah yang dilihatnya, didengarnya di hadapan tadi? Bergaduhkan mereka di beranda depan? Timbul rasa simpati kepada anak kecil ini. Walau siapa pun Papanya, dia tidak berdosa, malah menjadi mangsa drama orang dewasa.


Emmalyn merapati anak comel itu, lalu duduk punggung bertopangkan tumit di hadapan Aeril. “Jangan nangis sayang, Auntie Melin bagi ais krim ye. Aeril nak ais krim apa? Coklat? Stroberi? Eh, jom kita tengok dulu dalam peti ais ye. Apa agaknya ais krim yang ada. Auntie Melin suka coklat. Aeril suka ais krim apa?”


Cubaan Emmalyn untuk memujuk Aeril separuh berjaya. Soalannya terbiar sepi tidak berjawab oleh anak comel itu tetapi sebak di wajahnya sudah hilang. Laju tangan Emmalyn membuka pintu peti ais, sebekas kecil ais krim ditemui. Dengan cekap ais krim dicedokkan ke dalam sebuah mangkuk kecil dan diletakkan di atas meja. Tangan Aeril diraih dan anak kecil itu dibawa duduk di kerusi.


“Makan, sayang. Sedap ais krim coklat ni,” pelawa Emmalyn.


Aeril tidak berkutik, wajah Emmalyn direnung dengan mata bundarnya yang tidak berkelip.
Tidak biasa dengan aku agaknya, fikir Emmalyn. 


“Makanlah Aeril. Sedaplah ais krim ni,” pujuk Emmalyn.


Aeril masih tidak berkutik, matanya masih merenung wajah Emmalyn tanpa berkelip. Hairan Emmalyn. Agaknya anak comel ini sudah kenyang? Sudah makan sebelum sampai tadi. Atau…. dia anak manja yang perlu disuap?


“Auntie Melin suapkan, nak?” Emmalyn mencuba.


Angguk tidak, geleng tidak. Eh, budak ini tak reti bercakapkah? Terlintas di hati Emmalyn. Namun tangan Emmalyn bergerak juga, sesudu ais krim dicedok dan dihulurkan ke mulut Aeril. Tanpa banyak songeh, Aeril membuka mulutnya.
Eh, mahu pula dia makan, fikir Emmalyn. Berkerut dahinya memandang Aeril. Ais krim habis ditelan, Aeril kelihatan seperti menunggu lagi. Emmalyn mencedok sesudu lagi ais krim dan menghulur ke mulut Aeril. Seperti tadi, anak comel itu membuka mulutnya.


“Budak ini pendiam agaknya,” fikir Emmalyn.


Tiba-tiba terdengar nada suara-suara yang semakin meninggi dari hadapan rumah. Sekali lagi dahi Emmalyn berkerut. Macam semakin panas sahaja di luar sana.


Kerana tidak tahan ingin tahu, Emmalyn bangun dan berbisik ke telinga si comel, “Aeril makan ye, Auntie Melin nak ke depan. Kejaaaap je, okey?”


Bagai mata-mata gelap, Emmalyn menapak perlahan-lahan ke ruang tamu. Matanya meninjau-ninjau ke arah beranda. Terdengar suara kuat melengking Tareq dan esakan sendu Inessa.


“Dari dulu saya suruh awak buktikan! Awak yang tak mahu, tetapi awak tak habis-habis nak malukan saya dan keluarga,” kedengaran suara Tareq sedang marah.


“Tareq, sampai hati awak buat saya begini. Saya tak sangka betul lelaki yang saya sayang dan saya sanjung, sanggup buat saya begini,” balas Inessa, suaranya tenggelam timbul di celah-celah esakan.


“Tak habis-habis hendak tuduh anak saya. Kan saya dah katakan kalau awak tiada bukti, jangan datang cari Tareq, jangan datang cari kami!” boleh tahan keras suara Hajjah Asmah.


“Bukti? Bukti apa?” tanya si penyibuk Emmalyn.


Prang!! Bunyi benda pecah di dapur. Emmalyn yang mahu memasang telinga di sebalik tingkap terkocoh-kocoh berlari ke dapur. Apa sudah jadi pada Aeril? Dalam hati Emmalyn berdoa agar anak pendiam itu tidak apa-apa.


Tiba di dapur, kelihatan mangkuk ais krim sudah berderai pecah di lantai, manakala pakaian Aeril pula sudah kotor tertumpah ais krim cair. Mungkin kerana terkejut, mata Aeril buntang ketakutan, bibirnya sudah terketar-ketar. Siapa yang melihat pasti berasa kasihan!


“Tak apa, sayang. Tak apa, mangkuk pecah, Aeril bukan sengaja buatkan? Accident…nak buat macam manakan? Aeril jangan menangis ye sayang, Auntie Melin ada. Nanti Auntie Melin buang kaca pecah, cuci lantai. Aeril jangan nangis,” sambil memujuk, belakang Aeril diusap-usap. Rasa hati bagai nak peluk sahaja anak kecil yang ketakutan itu tapi bajunya kotor, penuh dengan ais krim cair yang tertumpah.


“Hmm..baju Aeril kotor, kita bersihkan dulu. Meh, Auntie Melin dukung Aeril ke bilik air.”


Dengan berhati-hati mengelakkan kaca pecah di lantai, anak comel itu didukung Emmalyn perlahan-lahan dan dibawa ke bilik air bersebelahan dengan dapur. Bimbang hendak suruh Aeril berjalan ke bilik air, bimbang jika anak comel itu terpijak kaca.


Di bilik air, Emmalyn menyuruh Aeril membuka pakaiannya dan mandi. Sementara itu, dia kembali ke dapur, mengutip kaca pecah dan mengemop lantai. Selesai kerjanya, dia menjenguk Aeril di bilik air. Astaga! Anak comel itu hanya berdiri kaku, pakaian yang kotor pun belum dibuka. Agaknya anak manja orang yang kaya yang semuanya dibuatkan oleh pengasuh, fikir Emmalyn.


Buat apa hendak dimarah, budak kecil! Lalu Emmalyn membantu Aeril membuka bajunya dan mandi. Usai mandi, Aeriil dibalut dengan tuala sementara Emmalyn membilas pakaian anak kecil itu dan dimasukkan ke dalam sebuah beg palstik untuk dibawa pulang.


Aeril yang hanya berbalut tuala dipimpin ke hadapan. Dari bunyinya, pertengkaran di beranda masih belum selesai. Emmalyn membuat keputusan untuk menerjah sahaja. Takkan hendak dibiarkan Aeril separuh bogel berbalut tuala sahaja.


Muncul Emmalyn dan Aeril di beranda, terdiam semua yang berada di sana. Terlalu sibuk “berdebat,” mereka bagaikan sudah terlupa yang Emmalyn dan Aeril ada di dapur.

Teragak-agak Emmalyn membuka mulut, “Baju Aeril kotor terkena ais krim tumpah. Saya mandikan dia. Bajunya saya sudah bilas, ada dalam beg ini,” beg plastik berisi pakaian Aeril dihulurkan kepada Inessa.


“Aeril!!” seru Inessa, tubuh anaknya segera diraih dan dipeluk. Wajahnya cemas bukan main. Agaknya bimbang anaknya terluka kena kaca pecah, fikir Emmalyn.


“Aeril tak apa-apa?” buat seketika tubuh anak dibelek, lalu selendang di kepala ditanggalkan dan digunakan untuk membaut bahagian atas tubuh Aeril yang terdedah.


Tareq yang melihat, berdengus dan melangkah masuk ke dalam. Terpinga-pinga kedua ibu bapanya serta para tetamu, baik yang diundang serta yang tidak diundang. Belum sempat sesiapa pun berbuat apa-apa, Tareq muncul semula dan gugusan kunci kereta di tangan.


“Ma, Tareq nak keluar. Tak boleh tengok muka perempuan ini lama-lama, terbakar hati saya,” Tareq membuka mulut. Nada suaranya masih keras dan tinggi.


“When I get back, you better be gone. Aku tak mahu tengok muka kau sampai bila-bila. Kau baliklah ke rumah kau dan esok aku balik ke Qatar. Jangan diungkit-ungkit lagi cerita basi kita. Sudah-sudahlah kau burukkan nama aku dan keluarga aku,” keras suara Tareq, bagai petir menghentam bumi.


“Tareq! Tareq! Don’t leave me again, please I need you,” rayu Inessa, sambil cuba meraih tangan Tareq yang laju meninggalkan beranda rumah ibu bapanya.


“Tareeeeeq… please, you are my only hope….” Inessa meraung bagai sudah hilang akal.


Emmalyn yang memerhati, terlopong mulut. Mata terkebil-kebil dan hati tertanya, “Dia nak balik ke Qatar? Esok?”

46 comments:

  1. Alamak! Makin mystery cerita ni...

    Tak sabar..tak sabar..

    ReplyDelete
  2. Alamak! Makin mystery cerita ni...

    Tak sabar..tak sabar..

    ReplyDelete
  3. fuhhhh...panas berapi bab ni....kipas kipas.....
    Tareq nk blik Qatar? jangan la....
    nape dgn Aeril? autism kah?

    ReplyDelete
  4. OMG, so the plot thickens, jeng jeng jenggggg.... the reader here pun terkebil-kebil baca Tareq nak balik Qatar cepat... pulak doh. tapi kesiannya kat Aeril tu...

    ReplyDelete
  5. Serius sgt curious...tareq bapak pd anak luar nikah ke???....tpkan kalu difikirkan tareq mmg 'happening' kan masa couple nessa..rasa2nya adalah mention sblm nie...

    ReplyDelete
  6. oh no..marah btul tareq ni...inessa ni btul la buat kecoh...

    ReplyDelete
  7. Arghhh...geram...geram....hish...

    ReplyDelete
  8. wujud Persoalan... yg memerlukan jawapan....

    ReplyDelete
  9. Okeh.. Esk jgk melin ngn tareq nikah.. Hehehe..

    ReplyDelete
  10. Kesian Emmalyn. Mcm tak wujud jer dpn mata Tareq lps jumpa Innessa

    ReplyDelete
  11. Nk balik Qatar esok???? Tidakkkkkkkkk...... unless bwk melin sekali nikah at Qatar la.

    Pandai2 buat cerite sendiri...hehehehehe

    ReplyDelete
  12. Alaaaaa nina.... jangan leeee 15.... kasi le sampai 20....... Please. ...Please ...Please. .... ini bab...bab.yg tak diduga ni...... Please hunny bunny

    ReplyDelete
  13. alamak! tareq dah macam singa yang menakutkan saja.
    sabar la emm.
    banyak sangat persoalan and you leave us with another cliffhanger.
    :(

    ReplyDelete
  14. napa sikit sangat...teruja...teruja..tiba2 dah titik continue...ahhhhhhh..nak nangis je.. plzzzzzzz......tareeeeeq....plzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  15. As mysterious as my new hand phone...waaaa:/

    ReplyDelete
  16. Adoi la...bunga2 cinta br nak berputik dtg la plak pest yg tak diundang....isk isk isk...geramnye!!!!
    p/s: 10q Nina...awal sehari dr yg dijanjikan...luv u...muah...muah...muah

    ReplyDelete
  17. Lor..ko tareq melampau kut..dh tarik hati melin semudah ABC je ko nak blah balik qatar mcm balik kg je kan..myampah! Bdepan kisah silam..yg mungkin jd ms hadapan ko abaikan bodo2 je ye.. How could you tareq ank andak aziz!!??? Sudahh..ai plak emo..pehal?

    ReplyDelete
  18. wah mencabar jugak kisah cinta si em ni.

    ReplyDelete
  19. wah apa ceta disebalik ini smua. tolong lah sambung smpai episode 25. Lg 1 episode rasa sgt tak cukup n tak dpt nk urai apa yg blaku.

    ReplyDelete
  20. Tetiba dan2 esok gak nak balik Qatar. Heh!! Sayang Melin nak campak mane si alpha male oiii??
    Aiii pulak yang lelebih marah ni. Ku rasalah si inessa ni mesti ex-chenta hati tareq yg buat buat mamat ni tak kawen sampai la ni.. ntah2 1st love pasai tu susah nk lupa. Arghhhhh mencik2. And Aeril is ???? Arghhhh malas nak pikir. Kesian budak kecik tu...

    ReplyDelete
  21. Balik Qatar esok? Sian Melin. Kata nk bincang pasal diorang berdua. Nak jumpa mak ayah. Mesti Melin kecewa, sedih etc.

    ReplyDelete
  22. Hurmm...is that inessa ni ex-gf yg curang n cuba nk jadikan tareq pak sanggup?huhu...

    ReplyDelete
  23. Adoi, bawa hati lagi ke Tareq, janganlah gitu kalau bukan anaknya buat jer ujian dna, lagi pun takkan nak biarkan si Melin tu gitu macamana dengan projek ketiga tu.

    ReplyDelete
  24. aduhai......gugur jantung nie mcm jantung melin jugak....

    ReplyDelete
  25. janji ditepati..time kaseh tuan tanah..hehe..tp kenape 15 je??alaaa..ad kemungkinan kami boleh pelok x ni??hehe..cite da jadi complicated la..haila..haila..tareq da xnampak melin la ni..die nampak nak lari dari inessa je tu..haila..haila..

    ReplyDelete
  26. Anak tareq ???? biar betik....mcm tak percaya jerk.... si nessa ni dah tak ada org lain ke nak tuduh (sakit hati nie...)

    ReplyDelete
  27. ohhohohohoootttt.....TWISTED!!! dwi-novel yerrr cik nina wakakakaka

    ReplyDelete
  28. bukan anak Tareq la tu.. isk mengada la pompuan Inessa ni.. dah la raise anak manja.. anak lelaki lak tu dah kalau manja x tau nak buat apa dah besar ape nak jadi? ish emo la.. Tareq mesti nak balik Qatar tp menikah dlu dengan Em kan kan? ekekekeke..

    ReplyDelete
  29. cerita ni nanti terbit dalam bentuk novel tak?

    ReplyDelete
  30. oh my..oh my..oh my....apakah yg akan berlaku seterusnya..tareq. .jgn nak mengada2 nak tggl melin..geram ni..

    ReplyDelete
  31. adeh..tareq..jgn buat keputusan melulu..ingat ada yg disayangi kat sini..

    ReplyDelete
  32. Ni yg tak sabor nak baca hard copy version.
    BTW chapter ini mmg agak suspense skit Nina.

    ReplyDelete
  33. Alaaa.....tak sukanya bila Tareq nak lari balik Qatar. Itu namanya nak lari dari masalah tu. Janganlah macam tu, kesian Melin. kan dah janji nak meminang kan? Harap-harap Tareq selesaikan dulu masalah dia dengan Inessa tu kan....kesian Melin lah Nina!

    ReplyDelete
  34. haissyyy...alahh lg 1 je lg bab???wuwuwuwu ;(

    ReplyDelete
  35. errrr balik Qatar??? Esok????? abes Em cam ne???? adeh deh dehhhhh

    ReplyDelete
  36. Adoh...sis u giler mndera jiwa la..

    ReplyDelete
  37. nina..last chap kat blog? oh no...kasi panjang panjang sikit aaaaa.......

    ReplyDelete
  38. AHHHHHHHHHHHHH Sungguh tak sabar for this piece and Seteguh Fayqa to be published. Kak Nina, I need more. They're my drugs ;___;

    ReplyDelete
  39. tiap2 hari mai blog ni..check..kot2 ad entry bru..hukhuk..mabuk sudaa

    ReplyDelete
  40. Tiba2 rasa sgt kesian dan sedih tgk budak kecik tu.. kesian kat Inessa pun ye jugak.. kat melin pun mmg lah lagi kesian.. dan tiba2 berasa sangsi kat tareq.. tareq ni betul ke tak? ohh..

    ReplyDelete
  41. akak... suka baca novel akak... kalau boleh buat la cerita part hiking banyak banyak lagi.. memang excited baca..

    ReplyDelete
  42. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete