Oh saya terlewat sehari ye? Sorry B&B yg saya duduk tiada wi-fi. GTG, enjoy! p/s: hingga minggu depan saya tiada update, tak tercapai wi fi rasanya.
Bab 13
Mengeliat panjang Naz, semalam dia hanya tidur selama tiga
jam. Hujung-hujung minggu sebegini, dia mengambil peluang untuk
berjaga malam menulis kerana siangnya tidak perlu bekerja. Sunyi sepi
rumah pagi itu, sehinggakan dia boleh mendengar perutnya
berkeriut-keriut minta diisi. Cepat-cepat dia mandi, menukar pakaian,
beg dicapai dan dimasukkan laptopnya yang nipis dan ringan.
“Sarapan pagi kopi dan croissant, lepas tu menulis hingga
ke malam,” dengan senyuman lebar, Naz berkira-kira dalam kepalanya,
“seronoknya!”
Sambil menyarungkan kasut, bibirnya tersenyum memikirkan buku yang
sedang ditulisnya. Ilham sedang mencurah-curah, laju sahaja dia
menaip semalam sehingga lengguh jari-jarinya. Pintu rumah dikunci dan
dia menghayun langkah ke arah pintu pagar. Baru selangkah dua,
kakinya terhenti apabila dia melihat lelaki itu di pintu pagar rumah
sewaannya.
“Mamaikah aku sebab kurang tidur semalam?”
Matanya dipejamkan kuat-kuat lalu dibuka perlahan-lahan. Lelaki itu
masih berdiri di situ. Gosok mata pula, buka, dia masih di situ.
Sahlah, Zaim Khaalish Kamaruzzaman sudah berjaya menjejakinya.
Reham! Mesti ini angkara perempuan yang sedang mabuk cinta itu. Dia
jatuh cinta dan dia mahu satu dunia jatuh cinta sepertinya.
Sedang Naz masih bertazkirah dengan dirinya supaya tidak perlu takut
dengan mana-mana lelaki sekali pun, Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek
sudah tiba di pintu pagar. Kelihatan mereka bertegur sapa dengan Zaim
Khaalish. Pintu pagar dibuka dan Zaim Khaalish membontoti kedua orang
ahli akademik itu masuk ke perkarangan kecil rumah sewa mereka.
“Naz, awak ada tetamu hari ni. Jauh datangnya dari Malaysia,”
kata Ahjan Wayuppa lembut dengan senyuman manisnya.
Naz hanya mampu membalas dengan senyuman tawar.
“Kamu sudah sarapan? Saya dan Surachek bersarapan di pekan tadi.
Kami tidak pula beli apa-apa untuk kamu sebab kami fikirkan tentu
kamu sedang tidur sekarang. Ish, macam manalah kamu boleh tidur dua,
tiga jam sahaja?”
“Inilah saya hendak keluar cari sarapan, Ahjan. Saya jalan dululah
ya. Sabai de!”
“Sabai de!” balas Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek.
Naz berjalan terus tanpa menegur lelaki Melayu itu, “Buat tak tahu
sahaja, lama-lama jemulah dia hendak mencari aku,” itu strategi
yang disusun.
Sedar kedatangannya tidak disukai, Khaalish berjalan beriringan
dengan Naz tanpa berkata apa-apa juga.
“Dari fikir tentang dia, baik aku fikir hendak sarapan di mana,”
getus hati Naz, “JoMa Cafe atau ke Saffron Cafe?”
Malas untuk berjalan jauh ke JoMa Cafe, Naz menghayun langkah ke
Saffron Cafe sahaja.
Tiba di kafe itu, dia memesan secawan kopi tempatan dan sebiji
croissant panas. Belum sempat dia mengeluarkan wang untuk membayar di
kaunter, Khaalish lebih laju menghulurkan sekeping not sepuluh dollar
Amerika kepada juruwang.
“Humph, nak bodek!” getus Naz dalam hati, “lantaklah kau!”
Cawan kopi dan pinggan berisi croissant dibawa ke sebuh meja kosong.
Beberapa minit kemudian Khaalish tiba dengan kopi dan croissant
juga. Dengan selamba dia duduk semeja dengan Naz. Sebaik sahaja
duduk, Khaalish terus meneguk kopi yang baru dibelinya.
“Hmm, tak sangka kopi di sini sedap,” puji Khaalish sedikit
terkejut.
Tiada respon. Gadis misterinya bersarapan bagaikan dia hanya
berseorangan di meja itu. Khaalish menyapu sedikit butter ke atas
croissantnya, dicubit dan dimasukkan ke dalam mulut.
“Wow, sedapnya. Siapa sangka, tempat terpencil, tapi pastri sedap
macam kat Paris,” sekali lagi Khaalish terkejut.
Masih tiada respon. Sambil menjamu selera, Khaalish menjamu mata
juga. Sudah hampir dua minggu tidak melihat Naz, nyaman rasa jiwanya
bila dapat melihat gadis ini dengan mata kepalanya sendiri.
Harap-harap malam ini dapatlah dia tidur lena setelah dua minggu
tidak senang duduk dibuatnya, asyik terfikirkan gadis ini. Nasib baik
dia berjaya dengan permainan Reham. Kalau tidak, mana mahu cari
gadisnya ini?
Habis kopi secawan dan croissant sebiji, Naz bangun. Belum sempat
dia melangkah, pergelangan tangan kirinya digenggam Khaalish.
“Naz, duduklah sekejap,” pinta jejaka itu lembut.
Tangan kirinya direntap dan tanpa sebarang kata, Naz berlalu pergi.
Khaalish bangun dan mengikuti Naz. Sangkanya Naz mahu pulang, tetapi
gadis itu berjalan ke arah berlawanan dari rumah sewanya.
“Sekurang-kurangnya dia tidak marah,” bisik hati Khaalish lega.
Di hujung jalan, kelihatan sebatang sungai yang besar dan di tebing
sungai itu, berbaris-baris kafe yang masih belum dibuka. Masih
terlalu awal, kafe-kafe di tebing sungai ini selalunya dibuka untuk
makan tengahari dan makan malam.
Naz duduk di meja sebuah open air cafe yang masih belum
dibuka, dikeluarkan laptopnya dan dia mula menaip.
Khaalish turut duduk bersamanya, sungai besar itu dipandang, “Sungai
apa ni?”
Gadis misterinya memanggung kepala, merenungnya tajam, “Mekong.”
Nada suaranya bagai tidak percaya, sungai yang
beitu terkenal di Asia, itu pun tak tahu?
Tersengih Khaalish mendengar suara gadis yang dirindunya. Dapat
maklumat dari Reham, dia terus menempah tiket kapal terbang. Tidak
sempat dia hendak buat “homework” tentang destinasinya. Selama
ini dia mengkaji bandar-bandar di Laos, sungai-sungai tidak pula
dikaji.
“Sungai yang ketujuh terpanjang di Asia.
Mengalir merentasi 7 buah negara di Asia, bermula dari Dataran Tibet,” Khaalish cuba mengingati
fakta Geografi yang dipelajarinya di sekolah.
Kali ini tanpa memanggung kepala, dengan suara yang mendatar, Naz
berkata, “Okey, awak dapat A untuk Geografi Asia.”
Meledak ketawa Khaalish! Naz, kalaulah kau tahu dua minggu ini
memang aku menjadi pengkaji Geografi Asia. Bukan lucu sangat pun
tetapi dia gembira Naz masih mahu bercakap dengannya. Masih ada
harapan!
Si gadis pula bukan main tekun menaip. Dia sendiri pun hairan,
kehadiran tunang olok-oloknya tidak sedikit pun mengganggu kelancaran
ideanya untuk menulis. Bahkan ideanya mengalir deras, sederas Sungai
Mekong. Lenguh jari jemarinya menaip, dia memanggung kepala memandang
jejaka yang bikin dia patah hati empat tahun dahulu. Zaim Khaalish
kelihatan ralit menikmati pemandangan di tebing sungai. Pelbagai
jenis bot berlabuh di tebing sungai itu, ada yang menurunkan dan
mengambil penumpang - pelancong-pelancong Barat juga
penduduk-penduduk tempatan yang perlu menyeberangi sungai yang besar
itu dan ada juga yang menurunkan binatang-binatang ternakan untuk
dijual di bandar.
“Tak ada kerjakah? Duduk melepak sahaja tepi sungai ini?” dalam
hati tertanya-tanya tapi tak ingin dia membuka mulut bertanya
dengan tuan empunya badan.
“Abaikan dia, pura-pura bagai dia tidak wujud. Lama-lama mesti dia
cabut,” yakin sahaja Naz dengan strateginya.
Walhal dia tidak tahu, si jejaka yang mengejarnya itu sudah berazam
untuk menuruti nasihat Daddynya: jangan gelojoh! Sudah empat tahun
mereka bertunang, apalah susahnya kalau perlu tunggu empat bulan
lagi. Dalam jangkaannya, paling lama pun dia hanya perlukan tiga
bulan untuk memecahkan tembok kubu hati gadis pujaannya ini.
Menginjak waktu makan tengahari, pekerja-pekerja mula datang untuk
membuka kafe. Mereka menyusun kerusi-kerusi dan memasang alas meja
untuk pelanggan-pelanggan yang bakal datang. Seorang wanita
pertengahan umur datang menghampiri mereka. Naz merapatkan kedua
belah tangannya ke paras ke dada dan mengucapkan “Sabai de.” Agak
Khaalish wanita ini adalah tuan punya kafe. Dia menghulurkan sebuah
menu kepada Khaalish. Naz pula tanpa perlukan menu terus memesan
salad telur.
“Salad telur sahaja?” tanya Khaalish.
Naz hanya membalas dengan menjungkit kening. Khaalish memandang menu
di tangan dan jelas kelihatan tidak banyak pilihan halal yang ada,
lalu dia juga memesan salad telur.
Bila makanan mereka tiba, sesudu salad telur disuapkan ke dalam
mulut, buat pertama kali Khaalish merasa Salad
Luang Prabang, “Wow! Sedapnya. Tak sangka!”
Barulah melebar senyuman Naz, “Ini adalah salad yang paling sedap
di dunia! Hari-hari makan pun tak jemu.”
“Dan awak adalah gadis yang paling manis di dunia, hari-hari
pandang pun tak jemu,” sahut Khaalish, cuma dalam hati.
“Luang Prabang ni penuh dengan kejutan. Terpencil tapi punya kopi
sedap, pastri sedap dan salad yang sedap. Ada apa lagi?” Khaalsih
memancing gadis berlagak sombong didepannya untuk membuka mulut.
“Orang-orang yang baik. Saya rasa orang Luang Prabang antara orang
yang paling spiritual di dunia. Setiap sepuluh langkah di
bandar ini terdapat sebuah wat. Punya banyak wat sehingga tak
terkira!” jawab Naz, sudah terlupa akan strateginya untuk buat-buat
tidak endah dengan tunang olok-oloknya.
“Macam di Bali jugakan, setiap rumah mempunyai pura sendiri,”
Khaalish membuat perbandingan.
“Hmm, betul tu, saya pun tak terfikir,” balas Naz. Teringat dia
akan rumah-rumah di Bali yang pasti akan ada sebuah pura atau pun
tempat beribadah dalam halaman masing-masing.
“Nak tahu apa lagi yang awak tak terfikir?” si jejaka mula
memasang jerat.
Tersedar yang dia sudah “terlayan” jejaka yang mahu dilupuskan
dari mindanya, Naz tidak menyahut, hanya merenung wajah tampan itu.
Dia pasti jika dia tidak bertanya pun, jejaka bossy macam
Khaalish ini akan memberitahunya juga.
“Awak tak terfikir untuk beritahu saya ke mana awak akan pergi.”
“Tak ada sebab saya perlu beritahu awak,” cepat sahaja Naz
menyanggah.
“Iya? Awak dah lupakah, awak tu tunang saya,” Khaalish membuat
kenyataan dengan wajah yang selamba.
Tersembur keluar salad dari mulut Naz, tersedak-sedak dia jadinya.
Cepat-cepat dia minum air untuk menghilangkan perit tekaknya.
Reda perit tekaknya, dia terus menyerang, “You are
unbelievable! Kita ni bertunangkah?”
“Cik Nazrahani Idora, keluarga saya meminang awak, keluarga awak
terima. Sehingga kini, tiada pihak yang meminta pertunangan ini
diputuskan,” selamba sahaja jawapan Khaalish.
“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang kebenda?
Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya,
you dare say that we are still engaged?” Haaa...kan dah
habis bertabur strategi Naz untuk buat-buat tidak endah dengan tunang
olok-oloknya!
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we
are still engaged.”
“Technically? Technically?!!” suara Naz sudah naik
berganda-ganda oktafnya.
Matanya buntang, keningnya terangkat dan tangannya sudah ringan
hendak mencekik jejaka yang masih cool di depannya.
“Banyak punya hensem
muka dia! Bertunang 'secara teknikal' konon! Apa dia ingat seronok
sangat ke bertunang 'secara teknikal' ni?!” Membebel-bebel Naz
dalam hati, membara!
“Awak ni terbang beribu-ribu batu, hanya untuk menyakitkan hati
saya? Tak buang tenaga, masa dan duitkah?” Naz menyerang!
“Saya datang untuk menjenguk tunang saya, nak pastikan dia
selamat. Apa pula buang tenaga, masa dan duit?” nada suara Khaalish
masih tenang dan terkawal.
“Zaim Khaalish, cut the crap,” dengan kesabaran yang
sudah nipis, Naz menggunakan bahasa kasar, “kita ni bukan tunang.
Semasa mak awak meminang, dia bukan ikhlas nak ambil saya sebagai
menantunya. Saya ni hanya decoy untuk jauhkan entah perempuan
mana dari awak. Awak pula bukannya sedar pun kewujudan saya! It
was not a bona fide engagement.”
“Bona fide, tak bona fide. Kita orang Melayu, ikut
adat kita, kita ni memang bertunang!”
Cewah main sebut-sebut adatlah pulak mamat ini! Macamlah selama ni
dia hidup menjunjung adat sangat, cemuh Naz dalam hati.
“Okey, nanti saya telefon bapa saya untuk putuskan,” balas Naz
sombong.
“Awak fikir bapa awak akan setuju?” kilas si jejaka.
Astaghafirullahil azim, mimpi buruk empat tahun lalu berulang
semula? Naz sedar bapanya takkan melepaskan peluang untuk berbesan
dengan Tan Sri Kamaruzzaman, jutawan tu!
“Encik Zaim Khaalish, awak ni kacak, kaya, etcetra, etcetra.
Saya pasti berlambak-lambak perempuan lain yang mahukan awak. Kenapa
awak nak jadi tunang kepada perempuan yang tak mahu jadi tunang awak?
Tak logik, tahu?” balas Naz, tidak mahu mengalah.
“Cik Nazrahani Idora, sejak bila cinta itu logik? Kalau cinta itu
logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke
Luang Prabang,” jawab si Encik Zaim Khaalish dengan tenang.
Hah? Cinta? Siapa? Bila? Pening! Naz sudah terpinga-pinga.
besttt...!!! hahahha....lawak arr d0rg nie...siap nma pnuh g 2...hahahhaha
ReplyDeletetqvm dear
Deletehohoho so sweet of them :)
ReplyDelete:) he he gaduh2 syg?
Deletekeke de pon en3,.nk lgi cik writer keke
ReplyDeleteseh...musim out stn dah bemula ka cik wan. tetiap wiken keje, tak sempat nak siapkan the next chap
DeleteHailah Naz ni takkan tak perasan lagi yang si Khaalish ni dah jatuh cinta dengan dia sampai sanggup kejar dia yang jauh berbatu-batu... :)
ReplyDeleteerr....dlm kepala naz, tak mungkin lelaki yg tak ambil peduli hal dia dulu tiba2 buat 180 degree turn..
DeleteAla.... Pendeknya.... Tak puas baca lagi ni.... Anyway, lega naaa sbb dah tau tempat persembunyian naz... Puas ku google.... Hihihi....
ReplyDeleteKhaalish tgh cuba menjual minyak urat sebaik mungkin... Ambik kau... What goes around comes around..... Hihihi....
next chap panjang, auntie. terlalu panjang sampai tak siap wa ka ka. auntie gugel Luang Prabang ke? he he. dah jd geog lesson la pula. the coming around is coming around real soon he he
Deletex kisah la lewat sehari ke brp hari nina...janji ade n3 baru...thank u dep2 okies...hihihi
ReplyDelete:) sibuk giler dear
Deleteeh eh eh...sama lah...sy pun camtu kalo marah kat org...mmg sebut nama penuh....tp ske ske so much....its a worth waiting for...chewah cam lagu lah pulak..nnt up lagi yer cik nina :D
ReplyDeleteha ha ingatkan saya sorang je, klu maran siapa nama penuh dgn bin, binti, dgn nama atuk nenek sekali :)
DeleteTp anak2 sedara sy dh tk takut taktik tu dorang siap buat muka lg...anyway...good luck 4 next chapter...dah ada tajuk ke knk nih??
Deletesgt2 cool...biar naz jual mahal2 skit ngan khaalish...
ReplyDeleteoo i like cool!
Deletealahai.. naz, khalish dah syok kat u la.. jgn la blur sgt. tp nasihat akak, even dia direct terus terang pun jgn dilayan.. biar padan muka dia.. hihihihi... confident je 3 bln leh dpt tmbt hati naz.. nina, torture si khaal ni lebih2 lagi..
ReplyDeletehaah mamat ni confident jer 3 bulan kan, siap bajet lagi. meh kita tengok ye ke 3 bulan LOL. tentu la naz blur, dulu mamat ni langsung tak pedulikat dia tup2 meh cari sampai ke lubang tu, tu yg dia fonkius tu
Deletesalam dik..semalam ternanti nanti juga E3 nina ni.. rasa gembira tak terkata bila ari ni dah ada posting...
ReplyDeletePergh.. nampaknya permainan telah bermula ... Mat kassanova aka playboy ..khaalish.. sedang mencuba bakatnya untuk menawan hati perawan yg telah memilikki hatinya.. Pada pandangan akak ..pusingan pertama ini nampaknya seakan berpihak pada mamat sengal tu..kan..
What say U nina.. adakah minah poyo tu..tak terharu..dengan kesungguhan tunangannya itu untuk memikat dirinya..
Mmg awesomelah dik.. E3 ..kali ni..akak suka cara adik menghidupkan watak watak adik..mmg mencuit hati..
ida, sy nak cuba buat kelainan dari segi naz react to the whole thing, eg what happened 4 yrs ago and what is happening now. so jom la kita tengok, menjadi ke tak :)
DeleteKalau cinta itu logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang Prabang...
ReplyDeleteawwww...seriously melting!
awwww...jomlah kita melting sama2. hidup skrg ni susah nak cari melting moments, bz sokmo. so kita melting in fiction :)
Deletewrite more melting moments kalau gitu, ok? :)
DeleteCeritera K&N ni sexy in it's own way. Your 'melting moments' tu pun dah kira sexy tau. This is from my POV lah. xD
haa kan Naz dh meletup...bagus Naz..jgn asyik pendam je, nanti makin berdarah2 hati tu..hehe..
ReplyDeleteNina, agak2 Naz marah lama lg x? hehe
langsung tak lama. bab 15 akan citer panjang lebar ttg marah2 ni, err bab 16 kut
Deletebetul la nina, akak dah jatuh suka kat Luang Prabang. waterfall dia cntk gile.. mcm harmoni je live kat sana kan.. iskh3 nak kena plan holiday ni.. :)
ReplyDeletedono la dear, its not a typical place for malays to holiday. malays kan suka bandung and vietnam, for shopping. LP ni penuh dgn anak2 muda mat salleh looking for adventure. its charming in its own way. atmosphere dia sama macam bali, i like
DeleteAla.. ayat khalish power betul!!! melting nie!!!! bila the next entry kak nina? Jgn la lama...
ReplyDeleteyay, jom melting sama2. i'm afraid lama kut dear sebab musim bz sudah mareyyy
Deleteooo so sewiiiiiitttt, sambil pangku dagu atas meja dan blink2kan mata.. berangan2.....
ReplyDeleteblinking is good :) yes KNK is sweet, not sexy like pms. hmmm (garu2 dagu...how to make it sexy and hottt?) he he
Deletetu dia.. bila khaalish dh start berpujangga... “Cik Nazrahani Idora, sejak bila cinta itu logik? Kalau cinta itu logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang Prabang,” .... khaalish dh jd gentleman ni.. Naz, lame2 nanti mesti die cair punyer... Chaiyok khaalish, teruskan usaha memikat naz... dh mcm big fan khaalish pulak ni... ape pun naz tetap sempoi... kak, lame lg ke part dieorg nk kahwin ni... heehehehe.. xsabar pulak rasenyer sy... tp kak kite ragging khaalish cukup2 ni utk denda kes 4 tahun lepas... hehehehe... tqvm my dear sis for the nice story... :)
ReplyDeleteeh eh confident je derang kawin? haw haw haw, kalau derang tak kawen mau ngamuk suma org. dgn mamat yg confident cam khaal ni, selagi tak dapat selagi tu lah dia kejar. but ada 1 moment tu dia pun give up
Deleteso sweet..like ayat khaalish byk2...
ReplyDeletecool jer khaalish...bt Naz gila dgn ayat Khaalish..
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”..
cewah..cukup ke masa 3 bulan Naz nk menilai???
klu ari2 mghadap muka Khaalish blh jatuh cinta OOoo..
hm hm zahrain mamat sombong ketul ais, khaalish mamat romantik ngeletar lutut he he
DeleteDear NIna,
ReplyDelete- hhhmmmm..smooth and steady aje si khaalish ni...boleh buat jiwa naz kacau ni..
- next entry please, pendek sangat la entry kali ni, tak pusa baca..
- naz, please jangan buat-buat blur pulak tu....ha..ha..ha..
- cinta di depan mata dah ada....apa lagi rembar aje laa...
bagi naz, mmg blum nampak logik tu, dulu dalam tak sedar khaal dera dia, skrg cinta? fonkius u!
DeleteLawak betul kan si Khaalish ni, buat Naz jadi pening. Apa-2 pun Khaalish aja aja figthing, kena berusaha untuk dapatkan Naz kembali. hehheeeee
ReplyDeletehmm bhg berusaha tu yg best tu.... :)
DeleteHanina memang pandai mengusik hati pembaca. Hati ini makin excited...excited..ted..ted...
ReplyDeleteeh eh kita pulak yg mengusik jiwa? bukan si khaalish, smooth operator tu? ;)
Deleteok..kali ni x sabar dah nak tgu novel ni publish..alahai from 1 chap to another hati asyik tertanya-tanya apa jadi next? apa jadi next? huhu..
ReplyDeletep/s: Nina, masukkan nama i dlm order list buku "KNK" ni ye..
oh dearie... i hv a feeling this book is going to take a long time to write. publisher taruk deadline bulan 2, can arrr?
DeletePernah tak makan aiskrim yang saaaangat sedap? sampai setiap kali letak dalam mulut, kita akan pejam mata dan nikmati rasa aiskrim tu....(^^,)/
ReplyDeleteDear writer, your story buatkan saya macam makan aiskrim;i'm enjoying it, till every single word that you've typed matters!! Keep it up!! heheh
dear, the word is savouring....hmmmmm
Deletebtw, yr comments remind me of the part una makan ice cream dgn zahrain he he.
org asik kata pms is too sexy, he he derang tak tau, i habis restrain my self tuh LOL
Hahaha best sangat2 dah tersenyum x leh nak control ni...:-)
ReplyDeleteeh senyum tak payah lah control, smile and be happy! we all deserve it!
DeleteSalam Nina....saya pun terlambat sehari lah..hua hua hua...
ReplyDeleteanyway...sweetnya entry yang ini, bergula bergetah semua ada. I likeeeee..... Zaim Khaalish is soooo coool. Bagus bagus bagus....
oooo yes, dia mengayat perrrghhh!
Deletelogik mmg logik....
ReplyDeleteReham mencari cinta smpai ke Melbourne
Khaalish lak kaji geog dan terbang ke Prabang semata2 tuk mencari cinta...semoga berakhir sudah pencarian cinta Khaalish
logik eh? at this moment belum lagi for naz. and naz the over-thinker....lama tak nampak logic tu :)
Deletenina, tks for the entry.
ReplyDeleteit's like a speacial birthday gift for me.
soooo sweet
oh its yr birthday? happy belated birthday dear.... am glad that u like my gift :)
Deletehahaha!!!best2!!nak lagi!!! (>__^)V
ReplyDeletetrying dear wanie...tp next chap tak siap2 lagi
Deletesalam cik nina...salam "nina-niansss"!!!! hahahaha i rinnndddduuuuu sgt(byk222laaa)...byk nye nak bace..........
ReplyDeleteoh where have you been? bz much?
Deletegosh... terlambat baca your n3 kali ni nina.
ReplyDeletenaz was so cool..i like that. give khaal a cold shoulder a bit.
mcm boleh terbayang jer naz n khaal kat cafe di tepi sg. mekong tu.
nina..rasa teringin nak makan salad telor la untuk lunch esok. :D
google up luang prabang salad....serius salad paling sedap. tho sehari dua ni tgh gila greek salad
Deletenganganaz...oh..tetiba rasa khalish ni sgt sweet...
ReplyDelete