Tuesday, 9 October 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 14



HAH! FINALLY! (capital letters lagik!)

Akhirnya siap juga  bab 14 yg super duper panjang ini! 11 muka surat ok, harap2 u all tak tertidur membacanya he he.

Wah! Cabaran betula menulis bab ini. Betul2 writer-on-the-run, out stn sy kali ini lama dan packed! Balik ke ofis kerja menimbun dan bukannya nak siapkan kerja tapi saya siapkan bab 14. Ooo i sure have gotten hooked on writing!

BTW, BTW, saya rasa saya dah jumpa tajuk untuk citer ni. Oooo-key.....drum roll..... eye roll (lol)...it's KAU SEMPURNAKAN AKU.

Well, whaddaya think? Cheesy much? As cheesy as Tom Cruise in Jerry McGuire? FYI, I never liked Tom Cruise.

So, kalau mendapat restu kawan2 semua, may we switch to this title? (Have to say that this title excites me)


Bab 14




Seharian Naz duduk di kafe di tepi sungai itu. “Tunang”nya yang duduk bersama tidak dipedulikan. Malas nak bertekak, orang kata tidak bertunang, dia kata bertunang. Lepas tu sebut cinta-cinta pula. Dia ingat aku ni anak kucing ke? Sekejap ambil buat tunang, lepas tu buat tak peduli, lepas tu kata cinta pula. Membebel-bebel cuma dalam hati sebab Naz sudah patah balik kepada strategi asal iaitu jangan pedulikan mamat yang bercakap bagaikan loyar buruk itu.

Yang hairannya, walaupun tunang olok-oloknya itu duduk tercatuk di hadapannya, merenungnya tidak berkelip-kelip, berkajang-kajang pula Naz boleh menulis. Ilhamnya masih seperti Sungai Mekong yang mengalir deras. Sehingga lewat petang, Khaalish masih selamba duduk bersamanya, sekali sekala ralit membelek telefon pintarnya.

“Tak solatkah dia? Ish, rimas betul dengan umat yang tak solat ini. Dia tak bersolat, aku pula yang rasa bersalah? Kenapa? Dia tu bukannya tunang aku pun,” getus hati Naz.

Tak tertahan dek rasa rimas, Naz mengemaskan laptopnya.

“Dah nak balik?” tanya Khaalish.

“Hmm,” Naz jawab sombong.

Dia bangun dan terus berjalan pulang. Zaim Khaalish pula menjadi bayang-bayang yang mengikuti setiap jejak langkahnya. Tiba di rumah sewanya, Zaim Khaalish bagai teragak-agak untuk melangkah masuk ke perkarangan rumah itu.

“Reti juga malu, ye?” cemuh Naz dalam hati.

Namun di mulutnya menjemput, “Masuklah.”

Terkejut Khaalish seketika, fikirnya, “Biar betul? Wah, ini sudah bagus. Tak sangka Naz jenis perempuan yang okey jika lelaki masuk ke rumahnya. Nampak Islamik sahaja orangnya.”

Tiba di dalam rumah, Naz membawa Khaalish ke biliknya, “Ini bilik saya.”

Sekali lagi terkejut besar Khaalish dibuatnya. Dia tidak sangka Naz jenis perempuan yang bawa lelaki ke bilik tidur.

“Bilik air di situ. Saya bentangkan sejadah. Solatlah, boleh jamaq qasar. Saya tunggu di luar.”

Khaalish ditinggalkan sendirian di bilik kecil itu. Terlopong juga anak jutawan itu dibuatnya. Sejujurnya, dia jarang solat. Dia solat bila ada acara! Bila sekali sekala Daddy ajak solat Jumaat, solat sunat Hari Raya, solat yang gitu-gitu.

“Apa dia kata? Jamaq?”

Telefon pintarnya dikeluarkan, ada isyarat wi-fi. Solat jamaq ditaip di laman carian Google.

Selesai dia solat jamaq qasar, Khaalish melipat sejadaz Naz dan meletakkannya di atas katil. Di sebelah katil terdapat sebuah meja tulis. Ada sebuah bingkai gambar, diambil Khaalish dan dibeleknya. Gambar Naz dan Reham, Naz dan sebuah keluarga kecil Melayu dan gambar-gambar Naz dengan rakan-rakan di Amerika Syarikat. Tiada langsung gambar keluarganya.

Khaalish membelek-belek buku-buku yang tersusun rapi di atas meja tulis Naz. Di samping sebuh naskah terjemahan Al-Quran, terdapat buku “Purification of the Heart” karya Hamza Yusuf, beberapa buah buku Karen Armstong, Tareq Ramadhan, dan Pramoedya Ananta Toer.

Dia melangkah keluar, Naz sedang duduk di sofa bersama-sama dua orang yang Khaalish temui di pintu pagar rumah sewanya pagi tadi.

“Ahjan, Dr, ini Khaalish. Khaalish, ini Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek,” Naz memperkenalkan ringkas.

“Hello, nice to meet you. I am Naz's fiance,” sambung Khaalish dengan suara selamba tak habisnya.

“Oh, Naz tak ada bagi tahu saya yang dia sudah bertunang!” agak terkejut Ahjan Wayuppa dibuatnya.

“Naz ni kadang-kadang dia ada amnesia,” Khaalish cuba berjenaka.

Muka Naz masam mencuka, tapi hairannya tetap manis di mata Khaalish. Sahlah, ini cinta!

“Naz, sekejap lagi saya dan Dr. Surachek hendak keluar makan malam. Apa kata awak dan tunang awak ikut sama. Bolehlah kami berkenalan dengan tunang awak,” pelawa Ahjan Wayuppa.

Baru sahaja Naz mahu membuka mulut, laju sahaja Khaalish menjawab, “Thank you for the invite, we'll come along.”

“Pandai-pandai saja dia ni....sabar jelah,” bebel Naz dalam hati. Nak disanggah malu pula dengan Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek.

Mereka berjalan kaki sahaja ke restoran selepas mereka bertiga mandi dan bertukar pakaian sementara Khaalish selesai solat jamaq Maghrib dan Isya.

Tiba di sebuah restoran, Ahjan Wayuppa meminta pendapat Khaalish, “Restoran ini okey dengan kamu, Khaalish? Dr Surachek and I, we are vegetarians.

“Oh, okey saja, Ahjan,” jawab Khaalish yang baru tahu bahawa Ahjan itu bermaksud “Guru” dalam Bahasa Thai-Laos.

Di dalam restoran, Dr. Surachek memesan nasi, kangkung goreng, sup cendawan dan tofu Jepun. Naz yang sejak dua minggu ini sering kali makan dengan Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek, biasa sahaja makan nasi tanpa berlauk. Khaalish pula walau pun tidak puas makan nasi tanpa berlauk, disabarkan sahaja. Ada misi yang perlu dijalankan.

Maka sambil makan, dia pun menjalankan misinya: berpura-pura berminat dengan kerja ahli akademik berdua itu walhal tujuannya adalah untuk mendapat maklumat mengenai gadis pujaan hatinya! Lepas satu, satu soalan yang ditanya sambil muka berlakon sangat berminat dengan apa yang dibincangkan.

Akhirnya dia berjaya mengumpul maklumat A hingga Z mengenai kerja Naz di Luang Prabang. Si dara pujaan bekerja sebagai pembantu penyelidik kepada Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek, dua orang ahli akademik dari Universiti Khon Khean, di timur laut Thailand. Ahjan Wayuppa, yang berusia lewat lima puluhan adalah seorang pakar Sastera, manakala dan Dr Surachek, yang berusia pertengahan tiga puluhan pula adalah seorang pakar Linguistik. Mereka sedang menjalankan kajian mengenai penggunaan sastera untuk menggalakkan perkembangan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid sekolah di daerah Luang Prabang.

Bukan main rancak Khaalish bersembang dengan Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek. Bukannya Naz tidak sedar, Zaim Khaalish sedang mengorek maklumat tentang dirinya. Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek pula dengan bahagianya menceritakan segalanya. Fikir mereka tunang si Naz ini berminat dengan penyelidikan yang mereka jalankan.

“Berapa lama tempoh penyelidikan Ahjan di sini?” Khaalish menyoal.

“Empat hingga enam bulan, bergantung samada kami cepat kumpul data atau tidak.”

“Empat hingga enam bulan.....hmmm....taklah lama.... No worries, good things come to those who wait,” Khaalish berkira-kira dalam hati.

Sambil mereka menikmati mangga dan pulut bersantan, sejenis pencuci mulut yang popular di Thailand dan Laos, sempat juga Khaalish bertanyakan tentang keluarga Dr. Surachek. Ahli akademik yang lemah lembut itu tersipu-sipu malu menjawab yang dia belum berkahwin.

Mendengar jawapan Dr. Surachek, Khaalish mengerling ke arah Naz. Awek selamba itu hanya menjungkit keningnya sekali, bagaikan berkata, “So what?”
Makan malam itu, Khaalish yang belanja. Jenuh Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek membantah kerana Khaalishkan tetamu mereka, namun Khaalish dengan lembut tetap bertegas untuk membayar makan malam mereka.

Usai makan malam mereka berjalan pulang. Jalan utama di Luang Prabang, Jalan Sisavangvong sudah dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual beraneka barangan seperti beg, pakaian, kraf tangan, hiasan batu-batu aked dan sebagainya. Sememang setiap malam jalan ini bertukar menjadi pasar malam, tempat masyarakat tempatan mencari rezeki menjual barangan buatan tempatan kepada pelancong-pelancong.



Tiba di pertengahan jalan, Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek meminta diri kerana mereka ingin menempah makanan untuk disedekahkan kepada sami-sami keesokan harinya. Bersedekah kepada sami-sami adalah satu amalan yang dianggap mulia dalam ugama Buddha. Setiap hujung minggu, Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek, penganut ugama Buddha yang taat itu pasti akan bersedekah kepada sami-sami.

Maka Naz dan Khaalish meneruskan perjalanan tanpa berkata apa-apa. Tertanya juga Naz akan destinasi mamat stalker di sebelahnya itu tapi malas pula mahu bertanya di mana hotelnya. Tiba-tiba Naz berhenti di sebuah gerai yang menjual cincin, gelang dan rantai yang dibuat dari batu-batu aked. Lama dia berdiri di gerai itu sehinggakan Khaalsih menyangka dia meminati barangan perhiasan aked.

Hairan, Naz minat dengan barang hiasankah? Tanya Khaalish dalam hati. Walhal Khaalish tidak nampak sebarang perhiasan pun di tubuh badan Naz. Bila direnung betul-betul, barulah dia perasan mata Naz bukan ke arah barang hiasan aked, tetapi sebenarnya dia asyik mengintai kanak-kanak perempuan di gerai sebelah yang sedang membuat kerja sekolah sambil menjaga gerai yang menjual cadar dan kusyen. Apa yang menarik di situ? Hairan juga Khaalish dibuatnya.

Menyedari Khaalish sedang memandang wajahnya, Naz berbisik, “Orang-orang di sini walaupun hidup susah tapi sentiasa nampak gembira kan? Tengok anak kecil tu, sambil belajar sambil bekerja, agaknya membantu keluarga. Saya admire semangat mereka. Saya pun nak jadi manusia yang kurang mengeluh dan sentiasa positif.”

“Khaalish, saya nak kirim buah tangan dengan awak untuk Mak Long dan kawan saya di Malaysia, boleh?” tiba-tiba Naz membuat permintaan.

“Hah? Err..sure, no problem,” jawab Khaalish kehairanan. Kenapa tiba-tiba sahaja Naz nak kirim barang bagai?

Naz melangkah ke gerai yang menjual cadar dan kusyen itu lalu membuka mulut, “This...” katanya sambil menunjuk ke arah sehelai cadar sulam tampal canti berwarna biru, “how much?”

Anak kecil dalam lingkungan usia 10 tahun itu menekan-nekan sebuah kalkulator kecil lalu menyuakan kalkulator itu kepada Naz.

“310, 000 Kip!” ujar Naz, berbunyi terkejut, “Waaahh!! Expensive!”

Memang kanak-kanak itu tidak faham perkataan “expensive” tapi dia faham ekspresi muka Naz. Laju saja dia menggeleng-gelengkan kepala dan menggoyang-goyangkan tangannya, bagai menyangkal kata Naz.

Naz pula mengambil kalkulator dari tangan kanak-kanak itu, menekan-nekan beberapa angka, menyuakan kalkulator itu kembali kepada tuannya sambil berkata, “190,000 Kip!”

Berkerut dahi Khaalish yang sedari tadi hanya menonton karenah Naz dan budak kecil itu, “Eleh, 120 Ringgit pun nak bertawarkah? Bukannya 1,200 Ringgit pun!” getus hatinya. Bosan dengan benda remeh temeh seperti tawar menawar. Seumur hidupnya dia tidak pernah tawar menawar. Beli barang pun jarang sekali dia memeriksa tanda harga. Berkenan, rembat sahaja!

Perempuan-perempuan Laos yang berniaga di gerai-gerai sebelah sudah mula merapati gerai budak kecil itu. Agaknya mahu memastikan sibudak kecil itu tidak ditipu oleh pelanggannya. Mericau mulut mereka memberikan nasihat kepada budak itu.

Semakin galak Naz tawar menawar sehingga budak perempuan itu bersetuju untuk menjual satu set cadar sulam tampal dan bersulam dengan harga 230,000 Kip atau 90 Ringgit.

“Two,” kata Naz sambil menunjukkan ke arah sehelai lagi set cadar yang sama tetapi berwarna hijau, “how much?”

Khaalish sudah hilang sabar, fikirnya, “Dah nak tawar menawar untuk cadar kedua pula! Buat buang masa saja!”

“Naz, biar saya yang bayarkan okey?” laju sahaja dia berbisik di telinga Naz.

“Hush!” kata Naz sambil mengibaskan tangan ke arah Khaalish.

Makin sakit hati si anak jutawan itu! Mana ada perempuan yang pernah menyuruh dia diam!

Sekali lagi budak kecil itu menekan-nekan butang kalkulator dan menyuakan kepada Naz.

“460,000 Kip?!” Naz terjerit kecil dan membuat mimik muka terkejut.

Sambil mendengus, dirampasnya kalkulator itu dan menekan-nekan beberapa angka, “Final offer!” katanya.

Terlopong mulut budak kecil itu apabila dia melihat angka-angka di kalkulator, dipandangnya muka Naz, kemudian dia mengaru-garu kepala. Naz pula sudah ketawa terbahak-bahak.

Mak cik-mak cik di gerai sebelah sudah bising bertanyakan soalan, agak Khaalish mereka ingin tahu berapa harga yang ditawarkan oleh Naz. Bila budak kecil itu memberitahu mereka, mereka juga terdiam seketika dan kelihatan hairan. Kemudian sibuk mereka mengeluarkan kalkulator masing-masing dan membuat kiraan. Semakin kuat Naz ketawa sambil memegang perutnya.

Khaalish juga kehairanan lalu bertanya kepada Naz, “Berapa yang awak offer?”

“520,000 Kip,” bisik Naz ke telinga Khaalish.

“Hah?” itu yang keluar dari mulut Khaalish. Mana ada pembeli yang menawar dengan menaikkan harga barang! Muka Naz direnungnya. Dek kerana terlalu banyak ketawa, mengalir air mata Naz dibuatnya.

Tak cukup kalkulator, budak itu mencongak menggunakan jari yang ditulis-tulis di tapak tangan.

Jenuh Naz mengemam-ngemamkan bibirnya menahan dari ketawa lagi, “Okay?” tanyanya kepada budak kecil itu.

Sibudak kecil yang masih kehairanan itu mengangguk-anggukkan kepala dan cepat-cepat memasukkan dua set cadar ke dalam sebuah beg plastik besar, lalu dihulurkan kepada Naz. Beg berisi cadar itu disambut oleh Khaalish. Sambil tidak henti ketawa, Naz mengeluarkan dompet dari beg sandang. Khaalish yang sudah terbiasa bersifat gentleman, menyeluk sakunya untuk mengeluarkan dompet.

“Jangan! Tak payah, ini buah tangan saya,” tegah Naz lembut.Wang Kip bertukar tangan.

“Khawb jai,” kata Naz sambil menundukkan kepala tanda hormat.

Naz dan Khaalish mengatur langkah meninggalkan gerai itu. Mak cik-mak cik gerai sebelah tidak habis-habis lagi membincangkan harga belian Naz dengan sipeniaga kecil tadi. Naz berpaling ke belakang memandang ke arah mereka, memandang wajah Khaalish dan ketawa lagi. Seronok sangat dapat mengusik si budak kecil yang tersangat comel itu.

Lama Khaalish merenung wajah Naz yang bercahaya, “One word to describe her …..enchanting! Simply enchanting!”

Mereka meneruskan perjalanan mereka, berjalan perlahan-lahan kerana seperti biasa ramai pelancong yang mengunjungi pasar malam itu, terutamanya pelancong-pelancong Barat. Ada kalanya mereka terpaksa menyelit-nyelit di celah-celah pengunjung pasar malam itu.

“Kak Azi ada tiga orang anak, dua perempuan, seorang lelaki,” tiba-tiba Naz berkata.

Belum sempat Khaalish bertanya siapa 'Kak Azi,' Naz sudah bertinggung di hadapan seorang perempuan Laos yang sedang meriba anaknya yang kecil. Ibu dan anak sama-sama kelihatan comot. Di hadapan perempuan itu terbentang sehelai plastik kecil dan tersusun barang-barang jualannya seperti beg-beg kain kecil bersulam, bekas pensil dan barang-barang mainan yang diperbuat dari kain. Khaalish tidak berkenan langsung dengan pilihan Naz. Banyak lagi gerai-gerai yang lebih besar yang menjual barangan yang sama tetapi menawarkan lebih banyak pilihan. Gerai perempuan comot yang di pilih Naz.

“Entah-entah barang jualannya penuh berkuman,” fikir Khaalish, snobbish.

Naz bertanyakan harga dan tanpa menawar, dia membeli dua bekas pensil dan tiga ekor gajah comel yang diperbuat daripada kain. Perempuan itu memulangkan beberapa Kip kepada Naz tapi Naz pula memberikan wang itu kepada anak kecil di atas ribaan ibunya. Lebar senyuman si ibu dan mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Naz.

“Bye-bye, baby,” ucap Naz lembut kepada bayi kecil yang menemani ibunya berniaga.

Sekali lagi mata Khaalish tertancap ke wajah Naz. Dia tidak pasti apa yang mempersonakan tentang gadis yang serba serbi sederhana ini, senyumannya atau …..peribadinya. Atau kedua-dua sekali.

Sambil meneruskan perjalanan, Naz berkata, “Bila saya melihat perempuan itu, saya bersyukur dikurniakan akal yang baik, dapat belajar dan dapat kerja yang elok.”

“Kerja yang elok? Di ceruk ini?” fikir Khaalish, “bukankah lebih elok bekerja di Qatar? Di sana tentu gajinya lebih besar. Awek ini memang pelik. Enchanting but definitely strange.....or.....strangely enchanting!”

Apabila mereka tiba di pintu pagar rumah sewa Naz, Khaalish tidak dapat menahan dirinya daripada bertanyakan suatu soalan yang bermain di mindanya sejak mereka berada di restoran lagi, “Memang selama awak di Luang Prabang ini, awak akan tinggal serumah dengan Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek?”

“Hm hmm.”

“Kenapa tidak menyewa rumah yang lain?”

“Sewa rumah lain? Buat apa?” Terhenti langkah kaki Naz sebentar mendengar pertanyaan Khaalish.

“Dr. Surachek tu kan lelaki, tak elok awak tinggal sebumbung dengannya,” kritik Khaalish.

“Saya rasa lebih selamat tinggal dengan Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek. Kalau jadi apa-apa, kan senang. Lagi pun kami selalu bekerja sehingga malam,” jawab Naz dengan hati yang mula mendongkol, hayunan langkah diteruskan.

“Dia fikir dia siapa? Pandai-pandai nak suruh aku pindah rumah. Sedarlah diri, awak tu tunang hanya 'secara teknikal',” dalam hati dia sudah membebel.

“Takkan tak ada rumah sewa lain yang selamat? Walaupun awak di luar Malaysia, hukum hakam kena ikut juga kan? Haram awak tinggal serumah dengan lelaki yang bukan muhrim. Walaupun ada Ahjan Wayuppa, dia bukannya ada ikatan dengan awak,” Khaalish tidak dapat menahan lidahnya, dia memang tidak berkenan Naz tinggal dengan lelaki lain. Walaupun dia sedar Naz mungkin tidak suka dengan apa yang diperkatakannya, dia tetap mahu mengingatkan Naz. Bukankah Naz ini tunangannya?

“Wah! Saya tak sangka awak begitu arif tentang hukum agama. Tapi hairan juga saya, awak ke Bali dengan perempuan tak cukup kain itu, okey pula dari segi agama ya? Oh, tak perlulah awak nak sangkal, saya ini bukan budak kecil yang bodoh. Awak pergi bercuti di Bali dengan perempuan itu, bukan terserempak di sana. Tak perlu nak tipu saya. Menipu itu haramkan?” Naz sudah melancarkan serangan balas.

“Naz....Kassandra is nothing to me,” keluh Khaalish. Bukan niatnya untuk bertengkar dengan Naz, hanya sekadar untuk menasihati.

“Oh...baguslah! Islamik sungguh ya, usung perempuan ke hulu, ke hilir, tapi masih boleh kata dia itu bukan apa-apa bagi awak. Jadi fungsi perempuan itu hanya sebagai bahan hiburan awak ya? Oh, nasib baiklah saya ini tunang 'secara teknikal' awak, sekurang-kurangnya saya masih berstatus tunang. Perempuan itu pula, apa? Gundik 'secara teknikal'?” Siapa suruh kacau sarang tebuan!

“Naz...boleh tak awak dengar apa yang saya nak cakap ni?” suara Khaalish dilembutkan supaya bara hati Naz reda.

“Okay, shoot!” jawab Naz sambil berpeluk tubuh.

“Saya ini lelaki... saya faham naluri lelaki, okey? Dr. Surachek itu, melainkanlah kalau dia 'gay,' tiap-tiap hari serumah dengan perempuan cantik macam awak, tentu akan terdetik suatu perasaan dalam hatinya,” lembut Khaalish menerangkan, tapi di telinga Naz, nada suaranya tersangatlah patronizing!

“Encik Zaim Khaalish, ya, awak lelaki. Tapi awak tak boleh gunakan diri awak sebagai kayu pengukur untuk lelaki lain. Ya, awak tu memanglah, tengok perempuan cantik, pasti perasaan mula 'terdetik' .......”

Terus dipotong oleh Khaalish, “Naz, boleh tak awak jangan putar belitkan apa yang saya kata....”

“Hah! Awak kata saya ini kaki putar belit?!!” suara Naz sudah meninggi. Nasib baik lorong di hadapan rumah sewa Naz itu tiada siapa-siapa.

“Naz, stop...stop... saya tidak tuduh awak. Apa yang saya nak katakan, mudah sahaja, elakkan dari mendekati maksiat.”

“Hah?!! Awak tuduh saya dan Dr. Surachek buat maksiat? Awak tahu tak apa yang kami buat setiap hari? Kami baca buku, kami pergi mengajar murid-murid miskin, kami kumpul data, kami tulis laporan. Oh ya, semasa menganalisa data tu, sempatlah juga kami buat maksiat!” sinis sungguh kata-kata Naz, maklumlah hati sudah sakit.

“Naz! Sorry, sorry okay. Let me rephrase myself. Awak ini perempuan. Naif pula tu. Orang lelaki ni, tak kiralah sebaik mana, tidak boleh dipercayai 100 peratus!”

“Awak kata saya naif? Sekarang saya nak tanya awak.... awak pernah dengar Brahmacharya?” Naz mencabar.

“Bahma-what?” Terlopong Khaalish dibuatnya. Apa benda pula ni? Apa kena mengena dengan Dr. Surachek?

“Dengar sini, Encik Khaalish. Brah-ma-char-ya,” perkataan Sanskrit itu di sebut perlahan-lahan, “Go find out what it is!”

Gedebum! Pintu rumah sewa Naz ditutup kasar. Khaalish yang masih di luar terkebil-kebil.

“Brahmacharya? What the heck is that? One thing I do know is, no woman has ever slammed a door on me!”

Dalam rumah pula, Naz menghempas beg plastik yang dibawanya. Mulutnya menyumpah seranah.

“Lelaki Melayu memang menyakitkan hati! Papa dengan hati keringnya dan mamat stalker tu dengan mulut berbisanya. At least Papa duduk diam sahaja di Malaya. Aku lari, dah tak payah mengadap mukanya. Si mamat ni pula datang mencari sampai ke ceruk ni. Honestly, apa yang dia nak? Empat tahun dulu, dia sakitkan hati aku, sekarang pun nak sakiti hati aku lagi. Aku...buat maksiat dengan Dr. Surachek? Apa dia ingat aku ni desperate sangat ke? Choi!”


83 comments:

  1. bbeesttt...!! t'baekkk...!! puas bca...heheh...thx sis...hehehh...(^^,)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. jesse.. u r often the first to comment! makes me wonder where yr location is?

      Delete
  2. Yeay... Good one. Love the title too. Pernah dengar lagu Liyana Jasmay, Cinta Bersatu? That song really suits your story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...will have to google it! btw, i think ur mom and daughter team is cute :)

      Delete
  3. Alamak fire2....
    Thks Nina....

    ReplyDelete
  4. Alamak...lupa...I loike tajuk tu

    ReplyDelete
  5. Ttbe je skit ati ngan Khaal,. Jual mhl ckit Naz hehe
    Tpi rse cam tajuk y ada tu dh ok hehe,.tpi klu majoriti nk tjuk baru,.sy ok je keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ttg jual mahal tu... i wonder if you would be disappointed with whats gonna happen in Bab 15, hmmmmm....

      Delete
  6. Oo yey...memg pnjg tp kejap je bc ha ha...samb jgn x samb :)^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mesti sambung sbb i dah ketagih menulis :)

      Delete
  7. Kau Sempurnakan Aku (KSA)...hmmm i like...ayork la Naz nih...dlm bijak dia rupanya naif jugak eh...owang ckp len dia paham len adoyyaaiii...tp nak wat cam ne kan pengalaman 2 mengajar dia supaya lebih berhati2 dgn khal...kesian2 khal u have 2 work harder man kalo nak pikat Naz...chayok2!!!

    Nina kenapa kote rasa pendek je n3 nih yeh? ni namanya baget nak en3 lagi miahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cit! mana ada pendek!! hmmm next chap sederhana panjang rasanya

      Delete
  8. wahhhhh best2 hari tunggu n3 terbaru heheh

    ReplyDelete
  9. Best...sampai cari gak maksud Brahmacharya dlm encyclopedia, no wonder Naz tak kisah duduk ngan dia orang tu..info gak ni thanks Nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha hari tu geog lesson, now lesson in diverse faiths la pulak ye? what is this? a love story ke nat geo? wa ka ka

      Delete
    2. ok per..tak semestinya novel perlu berkisar pasal cinta je..tak ramai penulis yg macam ni tau :).. Semlm baca novel "Urusan Cinta Belum Selesai" karya Imaen sangat best. Temanya memang berkisar pasal cinta tapi diselitkan gak isu semasa n info agama dll lagi.

      Delete
    3. hmm ye its a balance kan? between being fun and being informative. and writing is a balancing act. Alhamdulillah so far writing has been fun for me. Have read Imaen once, tak brp ngam dgn jiwa saya :) Am too much of a floozie he he

      Delete
    4. Hmm..yup kena balance baru la kick. :) saya pulak boleh msk sume genre...janji garapan dan gaya bahasa menarik. Setakat ni saya enjoy ngan gaya penulisan Nina tak sabar pulak nak tggu versi cetak..:)

      Delete
  10. Zaim Khaalish, awk cemburu ye sb sang doktor tu rupa-rupanya belum berkahwin?dah tu pulak, Naz bukan saja bekerja bersama-sama dengannya, bahkan tinggal serumah.mahu empat lima bulan lagi pulak tu. makan hati ulam peparu la awk ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ulam peparu. jeles mamat tu.... nnt kan pn mawar....dia sampai jadi posessive giler...oooops dah terlepas....ngee ngee

      Delete
    2. apa nk jeles dgn dr surachek tu, dia kan dh celibate, mcm mn nk celebrate...

      Delete
  11. khaalish sudah 'paranoid' takut kehilangan Naz lagi. tulah, masa 4 tahun dulu tak hargai. Sekarang baru nak tunjuk lagak baik konon, it's already too late Mr Zain Khaalish.

    Naz, jgn mengalah, kenakan Khaalish cukup-2 baru terima dia kembali (kalu ada jodoh lah..)

    To Khaaalish, aja-aja fighting. Kalau nak terus bersama Naz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha yg lelaki nak, yg pompuan tak nak... kalau dua2 nak, seh tak de la pula cerita nya kan :)

      Delete
  12. Tajuk ok sangat. Entri pun ok sangat-sangat. And I did google Brah-ma-char-ya...lol! Tak sabar nak tau reaksi Khaalish bila dia tahu.
    Btw, you should't mention Tom Cruise. Aiyarkkk...ada disturbing image of mr shorty in my mond while reading KSA. Haishhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. f, after he found out he will make a notti joke, much to the chagrin of naz he he. yes! yes! we are soul sistahs, mr cruise does bring abt disturbing images to me too...
      btw thanks for the vote re the title!

      Delete
    2. betul..betul...betul.. (ala-ala upin ipin lagi..heeeeheee)

      Delete
  13. Wah, suka.... Entry terasa mcm pendek jer walaupun hanina tulis bhw this chapter is 11 pages long. Saya baca dgn teliti sekali dan perlahan2 utk "menikmati" jln cerita. Hihihi....

    Ini pandangan peribadi saya. Saya rasa tajuk Kau sempurnakan aku is so unlike your storyline. Tajuk yg biasa jer sedangkan your story is always fun, vibrant dan spontaneous. Just like what u had written - too cheezy for my liking. I secretly hope that u cld come up with a title as interesting as PMS. See the accronym itself is catchy mcm premenstruation syndrom! Hahaha... Enough said....eeerrgh... Not said but written.. Peace...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seh, auntie, re: the title...so far its the best i can come up with. it cant stay KNK forever can it? ha ha, pms tu i pun tak sengaja tau, bila i abbreviate the title barulah eh eh pre menstrual syndrom and i loike! he he
      tqvm, dear auntie, i love yr comments: fun, vibrant, spontaneous! ehem, ur actually describing my personality, he he, perasan sungguh saya!

      Delete
  14. hehehe... start googling Mr. Khaalish!!! Best.. nak lagi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan, being with Naz dia asyik kena gugel jer...

      Delete
  15. Best!!! Bgs betul la khaal ni... Skang br rs x selamat eh?? Tajuk rasanya cam ok jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, this mamat stalker mmg kaki jeles. remember ozzie? jeng jeng jeng!
      also thanks for the vote re: the title

      Delete
  16. xcited nye ada n3 baru... siap melompat nmpk bab 14, hihihi.. like the title "Kau Sempurnakan Aku" sound sweet. kita pun x minat tom cruise.. rasa mcm geli2 gitu.. nak goggle brahmacharya ni, nak tau jugak apa ke benda nye tu.. hihhihi.. nina syg, bab 15 lak ye.. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. N, ok to gugel brahmacharya tapi jgn praktiskan ok, marah en suami!! wa ka ka

      Delete
  17. salam nina..
    E3 yg mengajak kita..mari mengenali sisi lain Naz dari kaca mata Khaalish.. apa yg dapat dikaji dari persepsi dirinya yg

    baru 1 hari lepak dengan Naz adalah

    1. gadis ini amat misteri dan sungguh sempoi dari segi penampilannya

    2. gadis ini tidak menjaga penuturan kata katanya ..terlalu cynical bila bersama dengannya ..tidak berpura

    pura untuk menunjukkan wataknya yg sebenar membenci dan tidak mahu terikat dgn dirinya..yg ada hanya penolakan kehadiran

    dirinya..adakah pAtut Naz ignore dirinya ..sehari suntuk mengadap wajah naz untuk melepaskan rindu dan lelahnya ..setelah 2

    minggu seperti orang giler mencari lokasi gadis pujaan yg telah menghuni seluruh hatinya dan..walaweh.. sedangkan gadis yg

    dipujanya dengan rasa tidak berdosa duduk membuat kerjanya seakan akan dia adalah halimunan..!!

    3. gadis ini tidak terjejas dan terharu dengan ayat ayat powernya yg manis utk memikat..dibiarkan saja bila

    dia menyatakan cintanya pada sigadis yg duduk didepan matanya..bolehlah pulak dia argue ..dan suruh dirinya mencari gadis

    lain..tak makan saman betul diri gadis ini..

    4. gadis ini tidak memandang pada kekayaannya dan penampilannya..selamba dek..dia menghempas pintu dimukanya..

    5. gadis ini seakan dipinggir oleh keluarganya dan hidup kesorgan walaupun hidup keluarganya mewah dan ternama

    dan gadis ini juga seperti tidak kisahkan keluarganya..tidak rindukah gadis ini pada keluarganya ..


    6. gadis ini langsung tidak terpikat dan rasa terharu dengan tindakannya yg menjejak gadis ini hingga ketempat yg terpencil ini

    7. gadis ini dengan bijak telah mengajar dirinya mengenai tuntutan beragama iatu mengutamakan solat ..tidak

    memaksa..tapi dengan cara yg berhemah dan dengan tidak menjatuhkan airmukanya..

    dan kesimpulan pada kaca mata si Khaalish buat gadisnya ini..sesungguhnya mengenali gadis ini adalah satu keseronokan yg
    tidak boleh diucapkan dan untuk memelikki sekeping hati gadis ini semula seakan susahnya Raja Melaka meminang Puteri Gunung Ledang..

    Teruja nak tahu..kesinambungan citer ni Nina..Adakah tak cair cair lagi..hati gadis ini bila telah mengenali Jejaka yg bernama Khaalish ini dari kaca matanya..bahawa ..Khaalish ini tidak lah seteruk mana..kerana sepanjang hari bersama dengannya ..dia telah melihat sisinya sifat Khaalish yg sungguh berbeza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaaaaaaa.......!!! what a loooooong response and I lurve loooong responses! awak ni patut jadi pengkritik novel :) susah bagi Naz nak terima Khaalish sebab peristiwa 4 thn hari tu hampir memusnahkan maruah dirinya. peristiwa 4 thn dulu akan kita ketahui dgn lebih mendalam dalam bab 16. tqvm Ida, bila i baca yr response macam helped me to analyse balik watak Naz. 1 thing for sure, I can say that I am glad that Naz is different from Una. Saya bimbang kalau watak heroine saya samaaa je sokmo. 2nd half of the novel ada parts ttg keluarga dia dan juga keluarga Khaal esp his witch of a mother!! he he nantikan macam mana Naz handle mak Khaal, I betcha its gonna be interesting (wah statement perasan lagi! TQVM Ida I so appreciate yr detailed comments, as I said bantu sy melihat watak Naz dalam perspektif pembaca!!

      Delete
  18. best!! eh nina biase travel ker? or google?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pernah ke sana dan insiden mengusik budak kecil yg menjual tu sebenarnya saya sendiri yg mengusik :)

      Delete
  19. Dear Nina,

    Entry yg best....and your writing brought me to think about life, love and humanity. Again, I had to open the dictionary to find the meaning of Brahmacharya.... kalau satu entry satu new word yg kita belajar best juga tu :)

    Good job nina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi mrs zack, what a deeep response. hai kalau lah betul saya made u think abt life love and humanity, alangkah happynya saya! (just to share with u sy br je kena syarahan sebab tulis psl pornography dlm pms, kalau sempat nnt sy share di blog ini. one new word per entry, i like, persoalannya mapukah saya (teringat cute comments abt the word 'abysmal' dalam pms)

      All words are pegs to hang ideas on- HW Beecher

      nice, huh?

      Delete
  20. Dear Nina,

    - ambooiiii..garangnya si Naz ni..kesian kat Khaalish tau..
    - nina, please hurry for next entry please...
    - akak baca story ni kalau boleh nak baca satu buku terus..tak sabar tau..
    - good job nina.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh kak fadz, cepatnya "masuk kem" si Khaalish! :)
      he he writing progress nya slowlah sebab asyik out stn, ptg ni pegi lagi.... abis bila la nak taip new chap? sian sy

      Delete
    2. nina ni keje apa dik? o/stn memanjang.. sruh org lain lak g la... bkn apa sian kitaorg ni tertunggu2 n3 baru. hihihi.. mmg dsr follower pntgkan diri sndri. hahaha...

      Delete
    3. Dear Nina,

      - ha..ha..ha..nak tau kena apa akak dah masuk geng khaalish...sebabbbb...malunya nak tulis..ha..ha..
      - sebab akak telah membayangkan yang si khaalish ni
      seorang yang caring, daring, sopan santunnya, romantiknya, penyayangnya dan macam-macam lagi lah.....feeling habis ni....ha..ha..ha..
      - adakah akak ni kategori pompuan kurang siuman ??? ha..ha..ha..

      Delete
    4. kak fadz, i swear, lepas rahsia khaalish terpecah, lagilah akak akan fall in love dgn dia.... sweet in an indirect way.... ( wah komen perasan seorg writer terhadap tulisannya sendiri)

      Delete
    5. seh norana, sy ni bukan bos, mana boleh suruh2 org...he he. apa2 pun dah sendiri teringin nak nulis, pandai2 lah kena cari masa kan :)

      Delete
  21. oh my....best lah dek!amek kau khaalish,no woman has ever slammed a door on me!!!so naz be the first woman......hehe caye lah naz!!!nak g dek cepat2 tempek yeeer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. NMY, next chap kita baca falsafah Naz ttg anger, he he

      Delete
  22. best best!!eh 11 muka ke??mcm sket je rase...(tanda mtk lg pjg ;P) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh..u all ni semua tak percaya 11 ms? iye 12 font, TNR, 1.5 spacing :)
      next chap, rasanya tak panjang kut, ngee ngee

      Delete
    2. hahahaha..pepep0n bestt!!!cpt sket naik next n3..=) bukukan yg ni jugak!!!! (>_^)V

      Delete
    3. wanie, skrg sibuk tahap langit ke 7.... wiken ni sy cuba tulis ye. oh yes, nak sangat bukukan KNK ni, tapi tengoklah kalau ada rezeki

      Delete
  23. Orang kaya tak main wifi kut... Telpon pintr derang mmg lengkp dgn tenat paling laju 24 hours..

    I luv ur cerita n pengalamn d tmpt2 negara lain... Siap dgn gambr lg... 1 pengalamn bg sy jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah good point abt the wi fi. yg sy tulis gitu sebab kat LP, hotel cinonet pun wi fi punya lah laju. tak padan dgn tempat ulu. terror telekom derang

      Delete
    2. lupa lak nak respon psl pengalaman di tmpt org tu. sy ni mmg kaki travelling. tp sumpah novel ke3 takkan ada citer ttg travelling (1. respons terkeluar tajuk 2. prasan akan ada novel ke3) he he

      Delete
    3. wahhh ade nvel ke3!!???x sabor x sabor...(menyebuk tetibe kt cini c-; )

      Delete
    4. he he idea utk novel no 3 ni menggoda2 say. tulis lah aku, tulis lah aku, katanya.... mana boleh kena fokus satu2

      Delete
  24. Tq 4 d en3....br jer tanya tajuk novel kt chapter lps...chap ni dh guna title baru...its perfect...luv2 it so much...just nice 4 my reading...ur book make me google to all those places...tetiba rasa nk jumpa nina lah...eh eh here's an idea since ni mcm book club nina why not buat meeting jumpa kami2 ni..kta set ah date cantik2 diskusi bwh pokok kt mana2 mesti fun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mmg tak sabar nak bg tau zoey abt the new title. ekcelikan sy ni jadi penulis secara eksiden. tak sangka pun PMS tu org nak publish. masa derang offer nak publish sy pk pk, sy kena stay anonimes le disebabkan oleh periuk nasi saya he he. kan kat ofis saya ni ada singa betina sekor. nnt kang dia tau sy tulis love story, dia kata kerja sy tak sipa sbb asyik nulis plak. begitulah ceritanya. ada reader yg suggest suruh buka FB, sedang consider nih. isu utama adalah masa...

      Delete
  25. i dont know why but i think i love kisah Naz & khaalish is better as a title..suits the cerita more than kau sempurnakan aku.. x tau la.. because.. ermm.. hahah.. ok fine.. KSA as the title indeed sounds cheesy.. but its ok coz its ur story.. so x kesah la kakak nk letak title ape pun.. if i see ur name, I KNOW I WILL READ UR BOOK.. (sila belanja aiskrim) :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear dah 3 kali gi out stn yr book i tak post2 lg. tengok2 minggu ni kena gi kursus la pulak...seh cemana nak tulis creatively?

      Delete
    2. x pe.. i dah baca PMS.. just nk a copy of it adding up to my novel collection.. heheh..jgn lupa sign

      Delete
  26. Hi Nina... Lama betul i jd your silent reader. Really sorry that tajuk doesn't sound catchy and very2 common... Haha bab mengomen memang pandaikan? But still no suggestion from me. Actually i hv a few tajuks but will email to u... tak tau i taip n saved kat mana...Godek2 my phone n my lappy but still couldn't find the tajuks... Good luck to you Nina! I donno but I feel that my eagerness waiting for the next chaps, KNK still cannot beat PMS... Maybe PMS is a sweet-romantic story unlike KNK... just donno why? Doshite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi aomori...was wondering where you've been. bz i guess. knk is definitely different from pms. i wanted it to be sexy, but end up macam tender n reflective (i can just hope). naz's life is more challenging than una's

      Delete
  27. Cik Nina...thanks for this entry, suka. New title macam kurang catchy sikitlah... but okaylah. Apapun taitel dia, I will always support you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm title oh title! i really hope a good catchy titke will come soon. tqvm for reading knk :)

      Delete
  28. Nina..Nina..Nina...hohohoho, sgt hilang stress sy bila Nina update KNK ni. Baca novel bersiri Nina ni buat sy bersemangat utk terus kerja dgn sekor singa betina (same like komen Nina..hahaha) kt opis baru sy. Sy nk jd sekuat Naz dlm mhadapi dugaan hidup. Sgt teruja dgn watak Naz, betul2 kuat bg seorg perempuan..x pernah goyah dgn dugaan yg datang dlm hidupnya sama ada dugaan itu baik @ buruk. Nina pls teruskan menulis sbb walaupun novel awk ke 1000 sekalipn sy pasti akan baca...komen semangat ^_^.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kita serupa sy menulis citer utk menangani singa, awak baca citer utk menangani singa. tqvm for yr support, its much needed coz skrg ni sy bz tahap gaban. nak be creative pun tak sempat. hmm hmm naz is strong, nnt second half of the novel dia sedar ada juga benda yg dia buat tu tak betul...kiranya dia ni reflective gitu. susah nak tulis citer yg ada thinking heroine.... sy harap sy berjaya

      Delete
  29. salam nina.

    mula tadi panjang juga yang ditaip (mcm2 ada). lepas edit2, pendek pulak jadinya. rasanyakan sejak kenal KNK nih,,,saya dah menggoogle 2 - 3x jugalah cari info. mana ada orang baca novel sambil google2 ni kan. ehehe.

    psal tajuk tu kan nina,,,maybe at the moment we keep it to KNK.
    sesuai gitu. manalah tau nanti dapat ilham dalam mimpi ke. :p

    btw...y la u dont like tome cruise?? hensem maa...but shorty jer. haha. but of coz khaal is taller n better looking than tom cruise.
    malay look not campuran. betui tak? betui tak?



















    ReplyDelete
    Replies
    1. biar je lah komen yg panjang, sy suka sangat komen yg panjang2. alamak readers kena dera menggogle...nanti merajuk pula :)
      tak suka tom cruise bukan sebab dia shorty tp sbb dia tu over he he
      yes, khaal muka pure malay tp kulit cerah ikut maknya, naz plak kelabu2 gitu he he. kan naz ni sederhana looking...tak striking langsung

      Delete
    2. Alahai Nina...awatnya dibayangkan Naz tu kelabu2 gitu...cuba bagi hitam manis ke....adaaaaa jugak manisnya hi hi hi...

      Delete
    3. he he kununnya si Naz ni physically mmg tak outstanding langsung....biasa2 sj

      Delete
  30. alamak...naz dh naik angin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tiap kali jumpa khaal naik angin je kan. next chap dia berazam tak nak marah lagi....menjadi tak? :)

      Delete
  31. Luang Prabang area mana kt Laos tu ye? dekat tak dengan Vientianne?

    ReplyDelete
  32. apa maksud brahmacharya? xdpt cri pun gna google..

    ReplyDelete