Aduhai, saya sudah kena penyakit. Namanya menulis. Sanggup berjaga sehingga jam 2 menyiapkan bab ini. Walhal esok ada mtg sepenuh hari! Mtg yg kena perah otak. Urrgh!
Mrs Zack, apa perkataan baru dalam bab ini? :)
Bab 15
Pagi esoknya, awal-awal lagi Khaalish sudah bangun. Semalam
selepas bertikam lidah dengan Naz, menapak dia pulang ke hotel. Tidur
pun susah. Lalu pagi-pagi dia sudah bangun. Selepas membersihkan
diri, dia berdiri di balkoni hotelnya. Lalu terlihatlah dia sebuah
pemandangan yang unik. Sudah banyak kota-kota di dunia yang dia
lawati, tidak pernah dia melihat pemandangan sebegini. Ralit dia
berdiri di balkoni Ancient Luang Prabang Hotel memandang arus kuning
yang mengalir tenang di jalan-jalan utama pekan bersejarah itu.
Sekali pandang, di awal pagi yang cahayanya masih berbalam-balam,
memang kelihatan bagai arus kuning yang mengalir memenuhi jalan-jalan
utama Luang Prabang. Dua kali pandang barulah tersedar bahawa arus
kuning itu sebenarnya adalah beratus-ratus orang sami-sami yang
dibaluti kain kuning berjalan dengan langkah-langkah tenang. Di
pinggir jalan pula penganut agama Buddha bersimpuh di atas
tikar-tikar kecil, bersedia dengan makanan seperti pulut dan pisang
untuk disedekahkan. Apabila sami-sami itu tiba di hadapan mereka,
tangan kiri dan kanan dilekapkan di paras dada sebagai tanda hormat
dan makanan dimasukkan ke dalam bekas yang dibawa oleh sami-sami
tersebut.
Teringat Khaalish yang semalam Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek
menempah makanan untuk disedekahkan kepada sami-sami. Tentu mereka
sekarang berada di tepi jalan sedang bersedekah makanan kepada
sami-sami seperti ramai penduduk Luang Prabang ketika ini. Tanpa
melengahkan masa, kunci hotel, telefon bimbit dan dompet dicapai dan
dimasukkan ke dalam poket seluar. Kalau ada Ahjan Wayuppa dan Dr
Surachek di tepi jalan, kemungkinan besar Naz juga ada. Laju sahaja
hayunan langkah kaki Khaalish menuruni tangga hotel.
Khaalish tidak perlu menapak jauh, 300 meter dari hotelnya kelihatan
Naz sedang duduk di atas tangga kedai memerhatikan kedua orang
majikannya sedang duduk bersimpuh di atas tikar kecil yang
dibentangkan di kaki lima, bersedekah makanan kepada sami-sami. Dagu
ditopang di atas tangan, siku ditopang di atas lutut dan matanya
tidak berkelip-kelip memandang sami-sami yang melintasi di
hadapannya. Khaalish pula tidak berkelip-kelip memandang gadis yang
terlalu ralit menyaksikan istiadat Pindacara, sehingga tidak sedar
yang dia sendiri sedang diperhatikan.
“Tidak akan pernah jemu memandang dia,” lintasan hati Khaalish.
Dan seperti sebelum-sebelumnya, timbul rasa hairan kenapa gadis yang
begitu sederhana mempunyai tarikan yang beitu kuat. Tiada jawapan.
Yang dia tahu, memandang Naz, timbul suatu ketenangan di dadanya. Dan
bagai kunang-kunang, dia melangkah merapati sumber cahaya yang
didambakan. Sehingga Khaalish melabuhkan punggung di sebelah Naz,
gadis itu masih tidak menyedari kehadirannya.
“Khusyuk sungguh..... apa yang awak fikirkan?” tanya si
kunang-kunang.
“Hah?!” terkejut Naz dibuatnya.
Mata mereka bertembung. Khaalish mencari jika ada sisa-sisa marah
dalam mata hitam bersinar itu. Tiada, lega.
“Apa yang awak fikirkan?” soalan diulang.
“Falsafah yang menjadi landasan hidup.”
“Whoaaa....this is deeep,” fikir Khaalish, takut mahu bertanya
lebih lanjut. Tetapi jika tidak ditanya, bagaimana pula mahu memahami
wanita yang bakal menjadi pasangan hidupnya?
“Bagaimana tu?”
Nafas ditarik dan refleksi diri dikongsi, “Sami-sami Buddha,
setiap pagi berjalan mengelilingi kota, menerima sedekah dari
masyarakat setempat untuk mengisi perut. Rasa rendah diri, humility,
apabila menerima sedekah dianggap baik, sebagai satu langkah untuk
menuju nirvana, di mana rasa sedih, marah, hampa, semua tiada. Cuma
ada ketenangan.”
Memang dalam sangat kata-kata Naz, sehingga terdiam Khaalish, tidak
tahu apa yang hendak dibalas.
“Apa awak rasa bila melihat sami-sami ini beratur, seorang demi
seorang, menerima sedekah?” tanya Naz sambil merenung lembut wajah
Khaalish.
“Sudah! Ini trick question ke? Apasal tak bagi soalan yang
ada pilihan jawapan: A, B, C, atau D?” fikir Khaalish dalam hati,
gusar untuk memberi jawapan.
“Tak perlu fikir dalam-dalam, gut reaction saja,” gesa
Naz, tapi tetap lembut.
“Saya rasa.....errr,” mata memandang sami-sami tersebut buat
seketika, “saya rasa....tak selesa,” itulah gut reaction
Khaalish.
Naz tersenyum manis.
“Itu jawapan yang betulkah?” tanya si tunang teknikal.
“Soalan ini, tak ada jawapan yang betul atau salah. Saya pun kali
pertama melihat istiadat Pindacara ini berasa tak selesa.
Tertanya-tanya..... berbaloikah hidup serba daif macam sami-sami ini,
kenapa mereka tidak mencari rezeki sendiri, untuk sesuap nasi pun,
terpaksa bergantung kepada ihsan orang. Rasa macam tidak betul
sangat. Kita orang Islam, agama kita menyuruh kita berjuang
memperbaiki nasib sendiri. Berusaha mencari rezeki sendiri. Hina
hidup meminta sedekah. Beza 180 darjah kan?”
Sedar mata sepasang hitam bersinar itu merenungnya, Khaalish
cepat-cepat mengangguk. Betul, itulah yang dia rasakan.
“Dua falsafah landasan hidup yang betul-betul berbeza, tapi
objektifnya sama. Mahukan ketenangan dalam hidup, salam, aman damai.
Saya lihat sami-sami itu kelihatan tenang. Jadi saya tanya diri saya,
kenapa saya sebagai insan yang berusaha menjadi Muslim sebaik
mungkin, tidak berasa tenang. Mungkin sebab saya tidak redha dengan
ketentuan hidup saya? Maka saya tanam azam, hendak mencapai
ketenangan dalam hidup.”
Lama mereka berdua terdiam, hanyut dengan fikiran sendiri. Khaalish
yang tadi takut dengan refleksi diri Naz yang dalam, terikut sama
mencermin diri sendiri. Sedar dia sendiri tidak tenang. Atas apa yang
dia lakukan empat tahun lalu. Sedar atau tidak, gadis sederhana di
sebelahnya ini hilang ketenangan hidup angkara dirinya sendiri. Tidak
cukup dengan itu, semalam, dia mengocak lagi ketenangan hidup gadis
ini.
“Naz,” akhirnya Khaalish membuka mulut.
“Hmm?”
“Saya minta maaf tentang semalam.”
“Okey,”
“Ikhlaskah maafkan saya?
“Kalau tak ikhlas, saya tak maafkan awak.”
“Ini kali kedua saya minta maaf dengan awak, dan macam kali
pertama, awak maafkan dengan mudah sekali. Itu yang buatkan saya rasa
macam awak tak ikhlas.”
“Ada
pujangga berkata, bagi setiap minit yang kita marah, kita kerugian 60
saat ketenangan minda,” balas Naz dengan senyuman yang tenang.
Wajah Naz direnung dalam-dalam. Memang nampak tenang. Timbul lega di
hati Khaalish.
“Friends?” cubaan kedua.
“Let's not. I want to forgive and to forget,” nada suara Naz
berbunyi muktamad.
Baru beberapa saat tadi, dia berasa lega. Sekarang, seram sejuk pula
rasa perutnya, “Tak boleh jadi ni. Mana boleh dia nak lupakan aku
begitu saja...”
“Okeylah, kalau itu yang awak mahu...,” balas Khaalish sambil
merangka-rangka cari jalan untuk buat Naz forgive but not forget.
“Saya rasa itu yang terbaik,” jawab Naz masih dengan mukanya
yang tenang. Jiwa Khaalish makin bergelora.
“Saya pula fikir elok kita jadi kawan walau pun kita ini bertunang
supaya nanti bila sudah berkahwin, kita bukan sahaja jadi suami
isteri tetapi juga best friends.” Usaha untuk mengocak ketenangan
di tasik hati Naz.
“Apa yang awak mengarut ni? When I say no to being friends, I mean
no to being engaged, no to being married!” suara Naz masih terkawal
namun matanya sudah bersinar-sinar marah.
“That's more like it,” bisik hati Khaalish. Dia lebih
suka dengan Naz yang marah-marah dari Naz yang tenang dan mahu
melupakannya.
“Aku marah, dia pula tersenyum-senyum,” getus Naz dalam hati,
belum sedar yang dia sudah terlupa kata-kata pujangga yang marah
boleh mengganggu ketenangan minda.
“Sabai de, Khaalish,” tegur Ahjan Wayuppa, mematikan serangan
balas Naz.
“Eloklah kita berjumpa pagi ini. Semalam awak belanja kami makan
malam, apa kata pagi ini saya belanja awak sarapan pula,” pelawa
Ahjan Wayuppa yang rupanya sudah selesai bersedekah kepada sami-sami.
“Ahh, sudah, Ahjan ini ajak pulak mamat jengkel ini makan sekali,
buat spoil sungguh!” Naz mengeluh dalam hati. Tapi tidak
mungkin dia hendak menahan Ahjan dari mengajak Khaalish makan
bersama. Buat malu sahaja hendak tunjukkan orang Islam kaki bergaduh,
sedangkan Ahjan dan Dr Surachek tidak pernah keras bila berkata-kata.
Lalu mereka ke kafe di tingkat bawah hotel Khaalish, Kafe Ancient
Luang Prabang. Diam mendongkol Naz sepanjang sarapan. Kopi tempatan
pekat hitam yang enak diteguk tidak terasa nikmatnya. Pastri Danish
yang ranggup di luar manis di dalam terasa bagai kertas keras pahit.
Marah dengan Khaalish yang tidak habis-habis menyebut tentang tunang,
tentang kahwin.
“Kahwin dengan Zaim Khaalish? Sah seumur hidup aku tidak akan
tenang!!”
Usai bersarapan, Ahjan Wayuppa, Dr Surachek dan Naz melangkah
pulang. Eh! Si tunang teknikal pun ikut sama!
“Apa pula yang dia mahu ini?” tertanya Naz dalam hati.
“Awak hendak ke mana?” tanya Naz dalam Bahasa Melayu supaya
bosnya berdua tidak faham.
“Ikut awak balik,” sengaja jawapan separa yang diberikan,
meneruskan misi menyakitkan hati si tunang.
“Buat apa?” berusaha keras Naz untuk mengawal nada suaranya.
“Kan semalam awak kata hendak kirim barang kepada Mak Long dan
kawan awak? Cadar dua set itu ada pada saya. Awak belum berikan
alamat kawan awak itu.”
Naz terasa bagai hendak menepuk dahi sendiri! Lupalah pula.
“Tak payahlah, saya tak jadi nak kirim.”
“Naz, kalau pun awak marahkan saya, teruskan juga niat awak nak
beri tanda ingatan pada Mak Long dan kawan awak tu. Tentu Mak Long
dan kawan awak gembira sebab awak ingat pada mereka. Gajah mainan
yang awak beli semalam pun ada pada awak kan? Flight saya tengahari
ini.”
Sedar lelaki di sebelahnya itu tidak akan pergi selagi tidak
mendapat alamat dan gajah-gajah mainan yang dibeli semalam, Naz
membuat keputusan untuk cepat-cepat berikan apa yang dia mahu.
Tiba di rumah sewanya, alamat Kak Azi ditulis di atas sekeping
kertas dan dimasukkan ke dalam beg plastik berisi gajah-gajah yang
diperbuat daripada kain dan beg-beg pensil. Beg dihulurkan kepada
mamat jengkel itu tanpa sebarang kata-kata.
“No goob bye? God speed? Au revoir?” bisik hati Khaalish, senyum
nakal sudah timbul di bibir.
“Saya dah google apa makna Brahmacharya.”
“Baguslah, kalau dah tahu makna, eloklah awak amalkan,” jawab
Naz sinis.
“Ish, tak mahu saya, nanti Nabi tak mengaku umat!”
“Oh pasal tu, baru nak ikut sunnah Nabi ye.”
“Kalau saya amalkan Brahmacharya, gigit jari awak nanti,” kata
Khaalish, senyum nakal semakin melebar.
“Apa kena mengena dengan saya pulak?”
“Eh, takkan awak nak suami yang celibate?”
“Ceh! Siapa kata saya nak kahwin dengan awak?”
“Kalau awak bertunang dengan saya, tentulah awak akan kahwin
dengan saya.”
“Huh, balik-balik alasan lapuk ini yang dia pakai!” getus Naz
dalam hati.
“Awak tahu tak? Ada satu pepatah moden tentang tunang lanang ni,”
topik ditukar. Topik untuk mengena!
“Pepatah apa?” Tunang teknikal sudah masuk jerat.
“Sedangkan kapal terbang boleh dirampas, inikan pula tunang
orang.”
“Saya tak akan biarkan sesiapa pun merampas tunang saya,” tunang
teknikal sudah mahu marah.
“Saya dengan suka rela menawarkan “tunang” saya untuk
dirampas,” balas Naz, dia pula yang senyum nakal.
“Awak ni comel betul!” komen Khaalish sambil ketawa
terbahak-bahak.
“Awak! Saya serius! Saya tak nak kahwin dengan awak,” sambil
memprotes, Naz menghentak-hentakkan kakinya, macam budak kecil yang
merajuk. Dia hendak Zaim Khaalish marah, bukan ketawa! Makin kuat
tawa Khaalish.
“Naz sayang, dengar baik-baik ye, saya nak petik kata-kata
Shakespeare...,” lembut ucap si tunang.
Naz sudah ternganga menunggu, fikirnya, “Eh, pak we ni ada baca
Shakespeare kah?”
“The lady doth protest too much, methinks...” bisik Khaalsih
rapat, bibirnya terlalu rapat dengan telinga Naz.
“Ceh!! Awak! Awak.....,” punyalah marah Naz, sampai tidak mampu
nak fikir apa kata makian yang nak dihamburkan kepada lelaki yang
sangat, sangat menyakitkan hati ini.
Khaalish hanya berlalu pergi dengan sisa tawanya, “See you soon,
sayang!”
“Yang pasal kapalterbang kena rampas tu!” jerit Naz pada
Khaalish yang sudah tiba di hujung lorong, “saya harap kapalterbang
awak terhempas!” akhirnya itulah sumpah seranah yang tersembur dari
mulut Naz.
Alahai comelnyalah couple-mouple ni.... Naz cuba bersinis dan khaalish cuma ketawa... I like....
ReplyDeleteAuntie!!!! Tak tidur lagi ke? Waaa saya insomnia la, agaknya sebab minum teh Rooibos. Malam esok nak minum teh camomile
DeleteSo sweet la. Hahahaha...nk lagi. Nk lagi. *hentak2 kaki jugak la mcm Naz* :).
ReplyDeletedear, i ni tak boleh tido, dah pukul berapa ni, mata masih tak nak pejam, seh!! btw, bab ni satu para pun belum lagi....
DeleteArghhhhhhhh best3,,,,, bila diorang nk kahwin eh ??? Heheheh
ReplyDeleteerr konfiden ke derang kawin? he he, kalau derang tak kawin rasanya tak de siapa nak beli novel ni he he. tapi lambat juga lagi derang nak kawin, sowiii
Deletesweet couple ala sinis namanya ni..
ReplyDeleteNanti kpl trbg khalish tehempas br naz nk nyesal eh...
ReplyDeletesyarp, sy takkan tulis novel melodrama sbb hidup sy sendiri pun dah banyak drama! :)
Deleteahahhahhaha.....dashat tol penangan Naz ni kat Khal....ada plak doakan plain terhempas...terhempas betoi karang ada yang meraung x hhengat nih....mulut je kate benci 2...jauh dilubuk hati 2 mesti sayang sangat2 kat khal kan3...
ReplyDeletedia geram sangat tu yg mulut dia cakap cenggitu :)
DeleteHummm tak tahu nak ckp apa..bestnya I loike.....tq hanina ;)
ReplyDeleteso sweet lah dek!dalam marah,usik2,tau2 naz tangkap leleh ngan khalish so sape nak so jawab!!!tk baek tau dek doa kan org cam tu,nanti sndri yang ngalir ayak mata.....benda cam ne tak leh nak elak tup2 naz fall in luv kat khalish....hehe best sngt ur story lah dek..
ReplyDeletetq dear!
DeleteWaa....best2 ari ni cari makna celibate pulak...:)Rasanya citer ni lagi best dari PMS la.. suka suka suka
ReplyDeletetulis celibate, sebab tak tau apa perkataannya dalam bahasa melayu...errr...ada ke perkataannya tu? he he
DeleteSaya rujuk kat sini :-
DeleteWorld English Dictionary
celibate (ˈsɛlɪbɪt)
— n
1. a person who is unmarried, esp one who has taken a religious vow of chastity
— adj
2. unmarried, esp by vow
3. abstaining from sexual intercourse
[C17: from Latin caelibātus, from caelebs unmarried, of obscure origin]
'celibacy
— n
Cari kat Dewan Bahasa & Pustaka online dia punya maksud tak detail :)
Kamus Bahasa InggerisIstilah MalaysiaIstilah MABBIM
Kata Takrif Sumber
celibate adj membujang: a ~ life, hidup membujang. Kamus Inggeris-Melayu Dewan
akim, celibate=hidup membujang tak samalah. membujang tu macam nnt bila dah kawin tak celibate lagi dah. tp celibate ni macam mmg ada nawaitu nak avoid se*. haaa dah jadi penkaji bahasa lah pulak he he
DeleteNina, I hv a funny story about celibacy that my prof shared in one of his lectures... But seriously i can't put it here!!! Haha... Will email to u...
Deleteaomori, ha ha now i am wondering what yr area of expertise is.....sexology? LOL (jgn marahhhhhh)
DeleteOh nOOO!!!!
ReplyDeleteNampaknya Naz betul-betul marah dengan Khaalish sampai menyumpah-nyumpah....jangan apa yang Naz cakap jadi betul dah lah....
he he takkan hero mati awal, nnt kena buat hero no 2 pula
Delete"2 deep 2 handle"...frm brahmacharya 2 hamlet...wat else? cant wait...dont no'bout others but byk nostalgia bace KNK ni...not sexy now (lom lagi kut), BITTER-SWEET, mirror-image of things dat we did and never do...take lightly daily, sub-conciously pushing it aside.....blurrrrrr or mayb i'm just still recuperating yesss KNK is definitely bitter-sweet (think pure dark choc n maple syrup dripping from its source!!)on a lighter note new title sounds 2 "melayuish-drama" (sori,sori,sori!!!!!)gtg,ttyl hahahaha
ReplyDeletek, k i gotcha on the title babe, give up dah fikirkan title ni.
Deletetu la am worried that KNK is too cranial for Msian readers, what say u dear? not too heavy horr?
true KNK is dark choc while PMS is cotton candy? nope2 PMS is like m&ms
eh, recuperating from what?
ala...khalish jgn la balik dulu>>>>
ReplyDeleteha ha, anissa, saya rasa komen awak adalah komen yg paling cute. bab 16 nnt tak de Naz :(
DeleteMannnnnnnn! Just the type of writing style I love!!
ReplyDeleterhyz dear, what do you mena by style? i ni belasah jerr. elaborate la sikit so that i understand, tq dear
DeleteHanina dear,
DeleteI always admire writings with info. Penulisan yang 'berisi' dan bukan sekadar hiburan. It shows that the writer is someone knowledgeable either from countless readings or travelling and research was done. In your case, I reckon it came from these three things.
Hence, you managed to bring to us the feelings as if we were there too, from the way you described the place, the atmosphere, the people, the settings, the everything :)
i'm way too much into reading English books for ages (ehemmm.. that doesn't mean i'm old ya. LOL!) that i'm pretty much influenced by those writers. I find it hard to come to like or admire our Malaysian writers. But now i do, and you're one of them.
So that's it. My definition of the writing style i love. :)
ooo, now i get it. good that u feel like this. sebab saya bimbang juga kalau isi saya terlalu berat utk pembaca Msia. kan PMS tu lite2 cenggitu. ooo perasannya bila u kata u admire me as a Msia writer, waaaaa....niway rasa sy belum sampai ke tahap tu sebab kan baru 1 novel kluar and a very lite2 one at that,
Deletetqvm for yr support, really appreciate it :)
p/s: reading, travelling, research: actually sumbernya adalah travelling and living. ha ha most of the characters are based on my friends. khaalish based on siapa ye? he he sedihnya not my hubby LOL. eh eh come to think of it adalah sikit2 (ceh prasan buat kali ke2!! wa ka ka)
sekali khaalish bg ayat Shakespeare.... x terkata Naz...Kak, the best thing about this story is kak buat kita feel mcm kita pun ada ada dkt tmpt yg Naz pergi.. situation yg berlaku dkt laos akak cerita detail sampai boleh tergambar keadaan dekat sana mcm mana... TQVM again for the nicer story.... part yg last tu naz and khaalish nmpk comel sgt... sweet jer..
ReplyDeletehaah ayat shakeapeare tu nak jawab cemana tuh? mmg ayat perasan tahan petala!
Deletennt sy citer apsal Naz tanak balaik ke Mesia
Fuh! garang betul Naz sampai doakan flight Khaalish terhempas. Udah-2 le Cik Naz, nanti betul-2 kapal terbang tu terhempas baru menangis tak berlagu hang.
ReplyDeleteSweet sgt conversation dia orang sebelum khaalish nak balik. Thanks Nina for this new n3.
tq dear!
Deletedia geram sangatlah dgn Khaal tu :)
Alahai mengamuk pula naz nie? bila naz ngam khaalish nak berbaik nie? btul ckp has_1309 conversation diaorang sweet sgt.. suke!!!. Next entry please kak nina...
ReplyDeletetq dear! waaah next entry baru 1 paragraph je gitu
DeleteWah naz x baik ckp camtu kata2 tu kan satu doa... Ish2 sampai camtu marah naz hehehehe
ReplyDeletedalam keadaan marah lerr tu
Deleteahaks...babe...i baca chapter ni ngan kamus kat tangan....hahaha....tp gerun tu seranah naz....kang jd doa menangis air mata darah ooOooo
ReplyDeletedah dia tatau nak balas apa kan, so dia pun sumpah cenggitu. dear, you think bahasa KNK ni heavy sangat ke? sia sampai kena guna kamus. bimbang jg kalau too heavy for Msian readers, komen pls
DeleteBkn heavy nina...tp new words yg kta jarang guna..its a good thing...menambah vocab
Deletemasa tulis pms dulu pun ada reader kata good sebab tambah vocab. kalau tak salah sebab i guna perkataan "nympho" ha ha
Deletekerana mulut badan binasa Naz!
ReplyDeleteNina, I love KNK. There's something about this story that makes me...arghh! I can't find the right word!
Anyway, can't wait to see where this story headed. All the best to you. I doakan ilham you melimpah ruah untuk habiskan cerita ni. Sungguh mahukan ia dalam bentuk buku. peace!
pls do find the right word, wa ka ka. ada yg kata like my style. scratching my head, tatau apa style yg dimaksudkan. tq for the dua for my ilham to dtg mencurah2 (apalah bahasa rojak!) coz am too bz now that creativity is out of the window. am glad that you want it to be printed. ada publisher offer...tp skrg senyap jerr he he he
Deletedah nak balik ke khal??? x pe, next week dtg jenguk Naz lagi kan? hihihi.. alahai nina.. terasa kerdilnye diri ini baca tulisan kau dik... nasib baik MR. Google ada.. hahahaha... tp serius hotel tu cantik gile.. tgk luar mcm cikai je tp dlm, mabeles..
ReplyDeletenorana, minggu depan dia tak dtg....siyes!
Deletehotel tu actually simple je, ada lg yg lebih grand. tp hotel ni betul2 tgh pekan, mlm2 katanya bising sbb pasr mlm betul2 dpn hotel tu. masa sy kat sana, saya duduk hotel murah jerr, rm8o per nite, share 2 org plak tu he he
Dear Nina..
ReplyDelete- alahai kesian si Kahaalish ni...naz pun jangan la marah-marah..
- nina, akak dah google tau hotel tu, very nice..ni nak kena pi honeymoon lagi ni...ha.ha..ha..
- nina, bagi la si naz tu cepat-cepat balik malaysia..
- alah naz tu mulut aje kata biar kapal terbang si khaalish jatuh terhempas tapi jauh di sudut hatinya mendoakan agar khaalish selamat tiba di malaysia.....kan nina kann...
ha ha kak fadz kan peminat setia khaalish. nnt ada part citer why naz tanak blk mesia.
DeleteSalam Nina...as usual, memang best giler. Hari ni baca siap ada dictionary kat tangan...ha ha ha...memang BERILMU betul lah cerita Cik Nina... dari dictionary ke Mr Google....seronok. Rasa macam back to school pun ada.... :-)Thank you sooooo much!
ReplyDeletehaaa seken person yg kata kena pakai kamus bila baca knk. der, heavy sangat ke KNK? do i need to simplify? ur glad to learn, bimbang kalau majority kata too much
DeleteTak heavy pun sebenarnya. It's just that I ni jenis yang sedar diri (my English is not good), so Little Oxford is always by my side. Dont worry, karya anda boleh diterima.
Deleteha ha ada pulak kata sedar diri, funny.
Deletebest3x.. suka baca karya Nina. blh dpt bnyk ilmu .. hehehe
ReplyDeletetqvm dear
DeleteDear Nina,
ReplyDeleteAs usual good entry...a lots of info. Kali ini most words yg digunakan dah biasa baca but saya sgt suka setiap Quotes yang digunakan.
Ayat dibawah ini adalah yg terbaik didalam bab ini. Kita hendaklah redha dgn ujian dari DIA disamping berusaha jadi yg terbaik..betul Tak :)
"Dua falsafah landasan hidup yang betul-betul berbeza, tapi objektifnya sama. Mahukan ketenangan dalam hidup, salam, aman damai. Saya lihat sami-sami itu kelihatan tenang. Jadi saya tanya diri saya, kenapa saya sebagai insan yang berusaha menjadi Muslim sebaik mungkin, tidak berasa tenang. Mungkin sebab saya tidak redha dengan ketentuan hidup saya? Maka saya tanam azam, hendak mencapai ketenangan dalam hidup.”
TQ utk perkataan istiadat pindacara -----> boleh bagi tahu anak akak selama ini just cakap "mereka bagi makanan kat sami budha"
Teruskan berkarya tak kiralah apa gayanya janji ada isi....InsyaAllah karya Nina dapat diterima oleh kami rakyat Malaysia.
ayat yg u pilih tu kan Mrs Zack, yg paling susah nak tulis. kalau deep sangat tapi readers tak get it pun tak boleh. kalau superficial sangat pulak kang, nanti jadi macam falsafah budak sek rendah aja. so its always a balance. and life is always like that kan... a balancing act. so in balancing ni, i just have to use my judgement. guna instinct, kalau instict kata tulis, tulislah, another ingredient is joy, kalau tak ada joy in writing, cannot write larr
Deleteyr comments now are soooo thoughtful!!! really appreciate them :)
naz x baikkkkk... but i wish to be her.. hmm..
ReplyDeletetakkan heroine nak perfect jerr kan. psst psst nnt kan bila naz kawin, dia tak jadi macam una.... ini kes gagal!! he he,
Deleteglad that u wish u cld be like her. but wait a minute, takkan u nak jadi pompuan yg kena tinggalkan tunang? he he
owh kak.. i've been there.. ex-tunang i penah tinggalkan i dlu...but kitorang memang tak get along well pun dah lama.. wahhhh bukak cerita lapuk..hahaha
Deletei nak jadi setabah naz.. wishing to stay abroad and berdikari.. heheh
hmmm kalau tunang tak jadi better jgn go on, nnt lps kawin merana kang. hmmm...agaknya itu yg Naz pegang tak?
Deletesalam Nina..
ReplyDeleteE3 yg membuat kita berfikir..begitu jauh Naz melarikan diri..rupanya dia mencari ketenangan untuk dirinya..dan mungkin untuk melupakan peristiwa 4 tahun yg lepas..yg memberikan impak yg mendalam dalam dirinya..
Peristiwa 4 tahun yg lepas..apa sebenarnya yg dah berlaku yg mebuat hati gadis ini penuh dengan kemarahan pada dirinya Khaalish dan hatinya mengeras seperti batu yg sukar untuk ditembusi..sedangkan pertunangan antara dia dan Naz hanyalah decoy sahaja..yg diatur oleh mummynya tetapi kenapa kini hatinya seperti telah terpetri dengan namanya Naz dan terlalu sukar untuk dinyahkan dari minda maupun dari hatinya... berjumpa dengan gadis yg bernama Naz ini pun ..membuatkan seluruh perasaannya panas membara kerana dia tidak sangka bahawa penolakan demi penolakan yg dia terima dari Naz.. membuat kita tertanya tanya ..apa sebenarnya yg berlaku disebalik pertunangan itu dan ada peristiwa yg tragis ke yg berlaku menyebabkan sigadis ini melarikan diri dari familinya dan sanggup hidup seperti nomad ..bersendirian mengembara dan kita tertanya tanya..mengapa gadis ini terlalu tegar meninggalkan familinya tanpa memberitau kedudukan nya seperti dirinya tidak mempunyai apa apa kedudukan dalam famili yg bergelar Datuk itu yg mempunyai segala nya dari bentuk kemewahan..
Adakah Khaalish akan mengupah PI untuk mengetahui latar belakang gadis yg bernama Naz ni yg begitu mencabar egonya..kalau dia hendak tanya mummynya atau papanya ..mungkin dia tidak akan mendapat jawapan yg dia kehendakki.. tapi tidak kah khaalish mahu membongkar misteri mengenai kehidupan Naz sebelum berlaku peristiwa pertunangan mereka.
Adakah Khaalish sudah give up dengan response naz pada dirinya .. kenapa dia mahu kembali ke KL sedangkan misinya untuk menjerat Naz menjadi miliknya masih jauh lagi gayanya..
Teruja nak tahu kesinambungan citer ni.. adakah kehilangan dan ketiadaan Khaalish akan mejadikan gadis ini resah gelisah..dan ingin juga akak tahu dari kaca mata Khaalish ni..siapakah Naz dihatinya..adakah dia mengejar Naz kerana hatinya mmg telah jatuh cinta atau kerana egonya tercalar ...
idaaaaaaa......my favorite commenter!! sebab selalu komen yg panjang dan puas baca ha ha. tulah saya cadangkan ida tulis novel. eh eh jap saya gi check kut2 ida pun ada tulis novel...
Deletettg kisah 4 tahun lalu akan dirungkaikan dalam bab 16.... cant wait to read yr comment abt it.
macam2 dia buat. kemudian ada kemuncak perkara yg dia buat sampaikan naz ... bak kata omputih "swept off her feet" (all together now....AHHHHHHH!) he he he
pastu Naz dah, again bak kata omputih "has made her bed and now she has to sleep in it"
literally.....jeng jeng jeng....persoalannya adalah in the bed with whom? wa ka ka!
Salam Nina,
ReplyDelete180 darjah. sangat noticeable. u noe y? i can say that most writers will write it as 360 degree. correct me if i'm wrong. kalo dah ke 360 degree maknanya ia akan kembali to the same position. than, it makes no difference right? no changes whatsoever.
saya suka bilamana nina gambarkan watak khaal sebagai melayu tulen manakala naz pula kelabu2 gitu. barulah rasa berpijak di bumi yang nyata. hehe.
tak der lah pan asian jer yang cun melecun. tak gitu cik nina?
again saya mengoogle selepas membaca previous chapter, google about brahmacharya. tapi baca skit jer..
tak sabar tgu chapter 16. very curious to find out 'in the bed with whom?' heh heh...senyum ala2 joker nih tau.
Yup betul zue, mostly wrote 360 degree.. memang sah2 turn to the same point.. but 180 degree memang ke arah yg bertentangan.
Deletenak request nina ni lau boleh jgn la kasi gmbr2 watak naz & khal.. let us imagine ourselves ye.. hihihi
zue, yg in bed with who tu bukan dalam bab 16, lambat lagi, bab berapa ye? haah ada beberapa kalai saya baca writers tulis 360 degrees and i agree with u kalau 360degrees nanti balik semula to where it started, kalau bertentangan mestilah 180degree. wah ini dah kaji maths la pula, funny betul. macam2 dikaji...
Deleteish ish norana, sy ni mana lah ada masa nak cari gambar hero heroine, so dont worry. nak tepek cover pms kat side bar tu pun tak sempat :)
Deletenina. psl khalish n naz i dh dpt imagine dia mcm mn..
ReplyDeletetp i xdpt imagine lg u mcm mn..
i rs mcm nk knl sgt2 ttg u la nina..
ttg u pnye background,smpi kn u mmpu be a great author..my fav author.. :)
ish ish irene, manalah saya ni a great author, accidental writer ye lah (thanks to penulisan2u, the website)
Deletesaya kena anonimes kerana kerja. org pejabat tmpt saya kerja tu sy rasa tak dapat terima staf yg tulis novel cinta. sy pun bimbang nnt derang kata oh tak meet deadline sebab tulis novel :)
ttg saya: gila buku & travelling, tak suka & tak reti masak, org kata outspoken, saya kata terus terang he he, fizikal tersangatlah biasa, entah macam mana terjadi workaholic, dah berkeluarga, tinggal di kg, errr...feminist (again depending on yr definition of what feminist is), kaki lawak dan kaki gelak (extrovert gila!) and not forgetting kaki makan.
hehe..xksh la kne anon pn..yg penting ad entry baru, novel baru.. u berbakat..syg klu sia kn :)
Delete