Ini cerita Emmalyn (best friend Una PMS) dan Tareq. Tajuknya Dia Seadanya.
Seteguh Fayqa? Belum bergerak pun. Ye, mmg saya teruk sangat!
Bila SF nak siap? Hmm setakat ni belum ada jawapan. Bila nak sambung DS? Pun belum ada jawapan....
Sorry ye, to leave you all hanging like this... tapi cenggitulah hidup saya sekarang....hanging. So, let's hang together!!
Dia Seadanya Bab 1a
“Nak tumpang solat, kat mana ye?”
“Eh solat apa pukul 11 tengahari ni?” belum sempat tapis,
soalan sudah tersembul.
“Solat Dhuha.”
“Oh,” respon automatik dari Emil, bibir sudah tersenyum
lebar. Tanpa berlengah dia mengajak lelaki berbadan tegap itu naik ke tingkat
atas rumah Ayah Ngahnya dan dibawa masuk ke dalam bilik Ikmal, anak bongsu Ayah
Ngah.
“Bilik air kat situ,” tangan digawang ke arah pintu bilik
air, kemudian diambilnya sejadah lalu ditebarkan ke atas lantai.
“Terima kasih,” ucapan bersama huluran tangan untuk
bersalam.
“Sama-sama,” jawab Emil, salam disambut, lalu melangkah keluar.
Sambil merapatkan pintu bilik tidur Ikmal, dia teringatkan
Emmalyn, “He he he, kali ini kau dapat Pak Arab Ya Habibi, rajin solat pulak tu,
nak tolak jugak ke? Mat motor besar, kau tak ngam. Anak manja mak, kau tak
berkenan. Ini saudagar minyak, badan tough, muka macam pelakon drama ….. kalau
kau tolak juga adik, kena bawa pergi periksa matalah nampaknya.
Sengih belum habis, sudah kena sergah dengan kakak sepupu,
“Emet, kau pergi mana? Mak Lang cari, nak minta kau pergi ambil talam kat rumah
Olong Besah.”
“Ler, Melin kan ada, suruh ajalah dia pergi, semuanya aku.
Kalau gini, tiap kali sepupu bertunang, aku yang patah pinggang!”
“Ish, usah kacau Melin, hari ni dia kena jadi perempuan
Melayu terakhir. Kan Uda Jah nak kenalkan dia dengan anak best friend dia? Udah
sampai orang itu, Melin sibuk melayan tu.”
“Mati kejung ler Melin, kena berlakon ayu!” selamba Emil
mengutuk adik sendiri.
“Kau ni, Met, mengutuk Melin je kerjanya. Bukan nak bagi
moral support,” marah Rukayyah, si kakak sepupu.
“Moral support ke apa, Kak Yah. Lepas satu, satu, dia tolak.
Aku yang nengok pun penat.”
“Habis tu kalau tak berkenan, takkan nak terima jugak kut,”
Rukayyah cuba menyokong Emmalyn.
“Tak pe Kak Yah. Aku rasa kali ni dia berkenan,” kata Emil
separa berbisik, bibir sudah tersengih-sengih.
“Napa? Hemsem ke?” tanya Rukayyah, perkataan handsome
disebut ‘hemsem’ gaya Opah dulu.
“Ish, lebih dari hemsem, Kak Yah. Akak belum tengok ke?”
seronok Emil tengok kakak sepupunya sudah teruja.
“Belum, akak ada kat dapur tadi masa deme sampai.”
“Ada kat atas kak. Kat bilik Ikmal, tengah solat Dhuha.”
“Ooo, solat Dhuha…. Berganda-ganda naik saham ni,” balas
Rukayyah, sudah terhinggut-hinggut ketawa bersama Emil.
“Kak, aku bet jadi kali ni kak,” yakin Emil buat pernyataan
sambil menjungkit-jungkitkan kening.
“Melangkah bendul lah si Melin,” usik Rukayyah.
“Dengan rela hati kak. Tapi nanti aku dapat cincin, kan?”
“Ceh!” hinggap penampar sedas ke bahu Emil, “cincin ke hapa,
Met, kamu tu jantan, bukan orang perempuan!”
Terhinggut-hinggut Emil ketawa, “Aku nak juga kak. Kalau tak
dapat, jangan harap dia nak dapat adik aku.”
“LAAAAA…. di sini rupanya kamu Melin? Jenuh Uda mencari! Kan
Uda suruh kamu tengok-tengokkan kawan Uda tu, yang kamu menyorok di sini apa ke
halnya?”
Aiseh, sampai ke atas ni Uda datang mencari aku? Bukan dia
sakit lututkah? Larat pulak panjat tangga naik ke atas ni…
“Melin pergi bilik air, Uda,” bohong sunat, walhal dari tadi
dia duduk melepak diam-diam di ruang keluarga di tingkat atas rumah Ayah Ngah.
Menyorok dari Uda Jah dan best friendnya.
“Udah tu, turunlah. Deme tu datang nak tengok kamu!”
Astaga, Uda Jah ni….. kenapa tak ambil saja hailer Mak Ngah
dan buat saja pengumuman, biar satu taman ni dengar…. Hajjah Asmah datang nak
recce si Melin, nak buat menantu! Haish!
“Panaslah kat bawah khemah tu, Uda. Melin nak duduk bawah
kipas ni kejap,” bohong sunat lagi.
“Alah… tahanlah panas kejap. Bukannya boleh pengsan. Kamu ni
tak reti ke nak mengambil hati best friend Uda tu, untung-untung jadi mak
mertua kamu!”
Untung-untung? Ke rugi-rugi? Tanya dalam hati sajalah. Mana
boleh tanya pada Uda, kecil hati mak sedara kesayangannya nanti.
“Uda ni…. seganlah!”
“Lerrr… segan kenapa? Nak dirikan masjid, bukannya buat
maksiat!”
Tu dia! Kuatnya suara Uda… memang tak payah pakai hailer
sekolah Mak Ngah. Nasib baiklah semua orang sibuk di tingkat bawah. Kalau tidak
buat malu saja.
Melihat Emmalyn tidak menjawab, Khadijah menyambung, “Kamu
tak tengok kah Melin, segak budak Tareq tu, kalah Fahrin Ahmad….”
Emmalyn berpura-pura menggaru hidungnya, nak tutup mulutnya
yang tersengih mendengar mak saudara menyebut nama pelakon terkenal itu. Uda Jah,
pelakon-pelakon di Malaysia semuanya dia ingat, pelakon-pelakon luar negara pun
dia ingat. Sejak Uda Tamrin meninggal lapan tahun dahulu, dan kerana tiada
zuriat, hidup ibu saudaranya itu kesepian. Lalu segala drama di TV dihadapnya.
“Betul tak Uda kata? Lagi segak dia dari Fahrin Ahmad kan?”
nak juga Khadijah mendengar jawapan si Emmalyn.
“Haah, Uda,” jawab Emmalyn dengan patuh. Di kepalanya
terbayang wajah Tareq yang sempat dijelingnya sekejap tadi.
Lebar senyuman Khadijah, “Ha… Uda, kalau nak cari calon
untuk kamu, tentu yang bagus-baguskan? Kamu tu je Melin, memilih sangat!”
Bagus-bagus? Laju ingatannya hinggap kepada Eddie, si mamat
motor besar, calon pertama yang dikenalkan Uda Jah dua bulan selepas dia balik
dari Southampton. Nak bertenggek di belakang motor besar yang berdesup 210
kilometer sejam di atas lebuh raya? Eee, baiklah aku sayangkan nyawa aku
sendiri. Dahlah awal-awal lagi mamat tu dah sound, naik motor seeloknya jangan
pakai seluar baggy sebab nanti seluar tersepit di celah tayar motor. Haish! Nak
pakai seluar ketat-ketat, tayang bontot kat semua orang atas highway tu?
Eeee……. Idak lerr aku desperate benor nak cari laki!
Calon kedua, Hafizi, si anak manja Mak. Nak buat apa pun
kena tanya Mak dulu. Tak apalah kalau dia nak jadi anak yang soleh, go ahead.
Tapi masalahnya dengan Emmalyn sendiri kena ikut cara Maknya.
“Melin, tak elok panjat-panjat gunung ni. Mak saya tak
berkenan… entah jin apa, puaka apa, buat tersampuk nanti kang.”
Yang ini maknya tak berkenan, yang itu maknya tak berkenan.
Kalau kawin nanti, sah aku jadi menantu hantu.
“Melin!” pehanya ditampar, “kau dengar tak Uda cakap ni?!”
“Ha?”
“Lerrr berbuih mulut Uda bercakap, kamu dengar ke idak ni?”
“Dengar,” bohong sunat lagi.
“Iyalah tu! Kalau kamu dengar, cuba cakap dengan Uda, si
Tareq tu berapa umurnya?”
Aik, Uda ni buat pop quiz la pula. Ingatkan masa belajar
dulu sahaja yang ada pop quiz.
“Dua puluh tujuh,” tembak Emmalyn.
“Tiga puluh satu!” pintas Khadijah.
Mak aih, Uda. Tua bebenor …….
“Tiga puluh satu, Uda? Apasal tak kahwin lagi? Gay ka?” dek
kerana terkejut, terlepas pula kutukan sedas.
Di belakang pintu bilik Ikmal, jejaka yang menjadi topik
bualan tidak dapat menahan senyuman. Baru dia hendak melangkah keluar tadi bila
terdengar namanya disebut-sebut. Segan pula hendak menunjukkan muka, lalu dia
berdiri sahaja di belakang pintu.
“Astaghafirullahilaziiiiiiim! Tak baik kamu ni menuduh tak
tentu hala. Dengar kat tuan punya badan, kecil hati dia! Takkanlah badan serupa
jantan gitu, gay pula jadinya…..” kan dah membebel Uda Jah. Melin rasa macam
nak gigit saja lidahnya yang terlepas sebut tadi.
“Iyalah, dah tua-tua tak nikah apahal Uda?” tanya juga sebab
hairan.
“Tareq tu udah seronok kerja kat Arab sana, gaji besar.
Sampai udah tak teringat nak balik, itu yang Anjang Asmah nak carikan menantu,
bolehlah Tareq cari kerja kat sini. Kana da Petronas, Shell semua?”
Oooo…. Aku ni nak dijadikan gula untuk tarik si Tareq balik
ke Malaysia! Tarik si Tareq? He he lucu juga. Amende makna nama mamat ni?
Tareq? Itulah taruk nama Tareq, macam nama Arab, langsung tak nak balik ke
Tanah Melayu ni.
Anyway… aku ni sesuai ke jadi gula? Kalau Wawa Zainal ke,
Neelofa ke nak dijadikan gula nak ‘tarik si Tareq’ balik ke Tanah Melayu
barulah masuk akal. Ini aku ….. Emmalyn Mohd Ehsan? Mousy wallflower? Uda Jah
ni memang betul sudah over estimate kemampuan anak saudaranya.
“Dah, dah! Moh turun ke bawah. Deme dah nak hiding nasi tu.
Kita orang rumah, makan dulu. Kalau idak nanti, nak nunggu makan dengan
rombongan belah sana, lapar kita nanti karang. Moh pergi tolong berhidang….”
Sambil bercakap Uda Jah sudah mengangkat bontot.
“Yelah, Uda, yelah,” di mulut, tapi bontot masih melekap di
sofa. Berat benar hati Emmalyn mahu turun ke bawah, macam berat bontotnya
terparkir di sofa. Tapi berapa lama hendak menyorok di atas ini. Saudara mara
sibuk di bawah, takkan dia hendak buat berat tulang. Mahu tak mahu, Emmalyn
bangun juga. Tarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan. You can do it, Em! Senyum
dan hiding saja makanan. Bukannya nak kena kahwin pun dengan Tareq tu. Takkan
dia terpikat dengan kau pun. Mamat Alpha Male cenggitu nak dipadankan dengan
aku, si mousy wall flower, heh!
Bangun, pusing nak menghala ke tangga, panggung kepala…..
lah!!! Siapa lagi kalau bukan si Tareq, jejaka idaman Malaya yang diwar-warkan
oleh Uda Jah, sedang bersandar di jenang pintu bilik Ikmal!
Mak aih! Sudah berapa lama dia berdiri di situ? Apa dia buat
dalam bilik Ikmal, mengendap aku dan Uda Jah? Memasang telinga? Soalan demi
soalan menerpa ke kepala Emmalyn. Malu tak usah cakap lah!
Melihat muka Emmalyn yang sudah merah-merah dek kerana malu,
tak tahan Tareq hendak mengusik, “Emmalyn, saya ni bukan gay.”
Mak!! Boleh tak aku nak lari balik ke Southampton
sekarang!!!
tak sabar nak baca seterusnya...
ReplyDeletehahHa baru 1 n3 da addict !
ReplyDeleteuna da settle ! EM PLAK !
Nina:awesome....more pls. Tungguuuuuuu
ReplyDeleteLove :)
ReplyDeletemenanti dengan 'sabar'nya...
DeleteOh loving the start!!!!
ReplyDeleteYes...yes...yes...!Finally something from Nina.Last night br je jengah blog ni dok ulang baca SF, pg ni dh ada yg br lak.
ReplyDeleteMesti best gak yang ni...tq, Nina.
Cite kawan una yg coolio tu eh..
ReplyDeletebest best :) :)
ReplyDeletenice intro....love <3 ...
ReplyDeletenak lagi... n lagi...
nina...jgn lama sgt peram SF...rindu jeneral sengal n apek.
hahaha... so sweet
ReplyDelete1b pleaseeeeee....... Pretty please... Hehe
ReplyDeletehahaha...tareq dengar....
ReplyDeletenak lagi..sweet je dorang ni..
ReplyDeletelama tunggu citer baru nina...superb commence k
ReplyDeleteberusahalahhhhhhh nina!! hahaha!
ReplyDeletedia seadanya..
ReplyDeletekalau 'seadanya dia' pun cool kot :)
hahahahahaah.... tu diaa kantoii depan tareq... kahkahkahkah....
ReplyDeleteala tomelnyeee
ReplyDeleteBEST LA KAK.
ReplyDeletewah permulaan pun dah boleh buat senyum nie.....:)
ReplyDeleteyeay ader cerita baru.. dah rindu dengan your stories dear...
ReplyDeletebest2...smbg seterusnya...kena bace blk la PMS nt..tak igt da emmalyn ni...
ReplyDeletehihi.comel ! :D
ReplyDeleteWakaka best gilerrrrrrr huaaaa daebakkk
ReplyDeleteLove it, love it, love it! Dah tergelak-gelak sorang-sorang ni.
ReplyDeletewah!!! ada citer baru. best nampak gayanya.
ReplyDeleteteman suker. ater miker cakap Peyghak pulak ya.
nanti romantik mcm PMS juga ke nina...heh heh
kita suka.
Waaaa!!! Cerita baru. Tareq si hensem dengan Em si comel? Okay aje.... tukang karut lah yang tak okay agaknya...asyik kena 'hang' aje ye? Kesian Nina...dan kesian kat kami juga yang setia menanti update dari Nina.
ReplyDeletePart hujung tu mmg kelakar. Nina....settlekan Seteguh Fayqa pliz...asyik dok teringat jer ni
ReplyDeleteMemang semua cerita c hanina ni buat sy senyum memanjang je... best gila. Next...next... Pls
ReplyDeletehahah!!! i loiikkee kak!!! masuk cakap perak yg lg best tuh!!! hehe =)
ReplyDeleteAlpha male.. Asal sy cm terbayangkn beruang je? Hahaha..
ReplyDeleteBest rase mcm wujud lak Una n Emm...x pe i ttp setia tunggu Faye n Dzariff.. So sambil tggu SF di cetak kite layan dulu DS
ReplyDeleteHoyea!!!! Sangat suka....,. Suka ada n3 baru suka ada cerita baru suka cerita pasal Em pulak..
ReplyDeleteSelalu x sabar nk tggu n3 bru. Cpt2la smbg
ReplyDeletesf jgn peram lma sgt
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak lagiiiii
ReplyDeleteLike....like....like...
ReplyDeleteemmalyn sy bkn gay ..pergh...ayat..mmg bt sentap...i loike..apa2 pun rindu kat faye n dzariff..jeneral sengal tu...
ReplyDeleteAssalamulaikum. After reading kndk, I am your new fan. :)
ReplyDeleteTbayang muka shukri yahya n iezah (sahabat) utk tareq n em
ReplyDelete