Maka....kita sudah tiba di saat Seteguh Fayqa berhenti bersiaran di blog ini. Saya akan cuba siapkan secepat mungkin. Secepat mana? Wallahua'lam. jadual kerja saya tidak dapat dijangka..
I am going to miss you gals so much! Seronok tahu sambil menulis dapat feedback dari you all semua. Tulis sorang2, rasa sangat sepi....
Nasihat dari rakan2, kata mereka jangan letak entry banyak2 di blog, nanti bila dibaca versi cetak, tidak puas pula. Maka, saya akan pegang nasihat ini
Jika ada apa-apa sumbang saran, mohon komen di bawah ye... Again, I am going to miss you gals so much. Keep in touch via FB ye!!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
“Hoi
Jim! Kau lari balik eh? Kau dah tak nak belajar kat sana?” tanya
Dzureen straight-to-the-point, wal hal Dzahim belum lagi sempat nak
duduk melepaskan letih.
Yang
lain terdiam menunggu jawapan Dzahim. Kalau betul tekaan Dzureen,
alamatnya rumah Haji Dzulkarnain huru hara lagi ankara perangai si
bongsu manja mengada.
Selamba
Dzahim ketawa sambil menghenyakkan punggungnya ke sofa empuk di ruang
tamu, “Orang cutilah Kak! Christmas break.”
Lega
semua orang mendengarnya, termasuklah juga Fayqa yang masih tercegat
di pintu dapur.
“Berapa
minggu cuti, Adik?” tanya Hajjah Azimah sambil duduk di sebelah
anak kesayangannya, juntaian rambut di dahi Dzahim dikuak ke
belakang.
“Dua
minggu, Ummi.”
“Dua
minggu pun kau balik, Jim. Lagi seronok kalau berjalan-jalan ke
Eropah,” komen Dzalia.
“Berjalan
apa? Sejuk beku kat sana, baik balik Malaysia, lagi syok. Boleh
berkepit dengan Ummi,” si anak manja tidak segan silu memeluk
ibunya di sebelah.
Berkepit
dengan mak? Yelah sangat tu, fikir Fayqa, matanya mencerun merenung
Dzahim dari jauh. Bukan aku tak tahu dengan siapa kau nak berkepit!
“Buka
beg, buka beg!” jerit Dzureen, “bawa balik apa untuk Kak Yin?”
“Dzureen,
biarlah Adik berehat dulu,” tegur Haji Dulkarnain.
“Adik
dah makan?” tanya Hajjah Azimah.
“Makan
atas flight tadi, bukan sedap pun Ummi. Nasi ada tak? Adik laparlah,”
bersambung aksi manja Dzahim.
“Biar
Fayqa hidangkan, Achik,” celah Fayqa, dengan wajah masam mencuka
dia melangkah ke dapur.
“Sementara
tunggu Fayqa menghidang tu, Jim, bukalah beg cepat. Kalau tak ada
buah tangan untuk Akak, jenuh kau,” kata Dzureen sambil menggeledah
beg sandang Dzahim.
Tergeleng-geleng
kepala Haji Dzulqarnain suami isteri melihat gelagat Dzureen. Mata
Dzahim pula tertancap ke pintu dapur. Bukan dia tidak perasan, Fayqa
langsung tidak menegurnya. Dzariff dan Dzalia pula tidak lepas-lepas
memandang Dzahim. Di kepala terfikir, kenapa budak berdua ini. Kata
best friend, ini berjumpa selepas tiga bulan, beku semacam sahaja?
Angin musim sejuk dari U.K. sudah sampai ke Kota Damansara ke?
Keesokan
harinya bukan sahaja Dzariff dan Dzalia yang perasan, Haji
Dzulqarnain suami isteri pun mula berasa pelik dengan perangai Fayqa
yang langsung tidak bertegur sapa dengan Dzahim. Bila Dzahim
menghulurkan sekotak coklat sebagai buah tangan dari U.K., cuma
“Thanks” yang dijawab Fayqa. Bila Dzahim duduk untuk makan di
meja, cepat-cepat Fayqa bangun pergi ke sinki mencuci pinggan. Bila
Dzahim ke dapur, Fayqa terus keluar sidai bajulah, ambil serailah.
Bila Haji Dzulqarnain sekeluarga duduk bersembang-sembang selepas
makan tengahari, Fayqa terperap di biliknya, menyeterika baju.
Sikap
sejuk beku Fayqa terhadap Dzahim berterusan sehingga ke petang. Bila
datang Farhan dan Daeng, barulah Fayqa membuka mulut menegur budak
berdua itu. Tapi bila mereka melepak di beranda, Fayqa terperap di
dapur, sibuk dengan entah apa-apa.
Selepas
Maghrib, Dzahim, Farhan dan Daeng meminta diri mahu makan di luar.
Eh! Tak malu pula Fayqa tersembul dengan beg sandangnya, mahu
mengikut budak bertiga itu.
“Fayqa
keluar sama, Achik,” selamba muka awek seorang tu memaklumkan
niatnya kepada Hajjah Azimah.
“Tak
elok orang perempuan merayau malam-malam ni, Fayqa,” tegah Dzariff.
“Biarlah
Abang, dah lama Fayqa tidak keluar dengan kawan-kawan dia,” jawab
Hajjah Azimah.
“Kamu
bertiga tengokkan Fayqa, tahu?” Haji Dzulkarnain mengeluarkan
arahan kepada budak bertiga itu.
Siapa
nak tengokkan siapa, sebenarnya? dengus Fayqa dalam hati.
Nak
tengokkan Fayqa? dengus Dzariff dalam hati.
“Jangan
balik lambat, Adik,” Haji Dzulkarnain mengingatkan.
Malam
itu, sekali lagi Dzariff bertugas menjadi jaga-tak-bergaji.
Melepak-lepak di ruang tamu rumah walau pun ahli keluarga yang lain
sudah naik berehat ke atas. Bila Dzahim dan Fayqa pulang pukul
sebelas lebih malam, barulah dia naik ke tingkat atas, mengekori
Dzahim.
Hari
Ahad esoknya, sikap sejuk beku Fayqa terhadap Dzahim berterusan.
Berbisik-bisik Hajjah Azimah dengan anak-anak daranya, berbincang
tentang hal Fayqa dan Dzahim. Bergaduhkah? Merajukkah? Ish, pening
dengan perangai orang muda sekarang, keluh Hajjah Azimah kepada
Dzalia dan Dzureen.
Sebelah
petang, Fayqa dan Dzahim memerap dalam bilik masing-masing. Waktu
maghrib, mereka keluar bersolat jemaah bersama keluarga Dzahim.
Selepas solat makan malam, keduanya diam membisu.
“Tak
keluar dengan Farhan dan Daeng malam ini, Adik?” tanya Hajjah
Azimah.
“Tak,
Ummi, rehat kat rumahlah malam ini. Letih semacam,” jawab Dzahim.
Fayqa
merenung wajah Dzahim dalam-dalam. Dzariff, Dzalia dan Dzureen pula
mencuri-curi menjeling wajah Fayqa. Sesuatu betul!! Apa agaknya yang
sedang berlaku dengan budak berdua ini?
Selepas
makan malam dan solat Isya berjemaah, Haji Dzulqarnain suami isteri
duduk bersembang dengan Dzahim dan Dzariff di ruang tamu. Fayqa ke
dapur untuk membancuh teh dan kopi. Dengan riak bersahaja Dzalia dan
Dzureen mengikut Fayqa ke dapur. Di dapur, Fayqa yang sedang
membancuh air dikepung oleh dara dua beradik.
“Pekah,
apahal kau dengan Jim tu? Korang bergaduh ke?” Dzureen dulu yang
membuka mulut.
“Bergaduh?
Tak adalah Kak Yin,” jawapan diberi dengan riak muka yang selamba.
“Habis,
kenapa langsung tak bertegur sapa dengan Jim?” Dzalia menyoal bagai
ahli penyiasat PDRM.
“Laaaa
Kak Yaya, penat bersembang dengan dia semalam masa kami keluar. Habis
semua kisah dia di U.K. dah saya, Pa'an dan Deng dah korek,”
mukanya masih selamba bagai tiada apa-apa.
Jelas
sangat Fayqa tak mahu ceritakan apa-apa. Akhirnya, Dzalia dan Dzureen
mengaku kalah, melangkah semula ke depan. Tangan Dzalia menatang
dulang berisi teko dan cawan. Dzureen pula menatang sepinggan biskut
dan kuih. Fayqa pula melangkah ke bilik tidur.
“Fayqa
mana?” tanya Hajjah Azimah.
“Lipat
kain di bilik,” jawab Dzureen, kopi dituangkan ke dalam cawan untuk
ahli keluarganya.
Sambil
menghirup kopi, dahi Dzariff berkerut. Tak boleh jadi ni! Kes budak
berdua ni mesti dikorek hingga ke akar umbi, dia memasang azam.
Hatinya tidak sedap.
Haji
Dzulqarnain sekeluarga bersembang hingga ke larut malam. Letih
bersembang, mereka masuk tidur. Di dalam bilik tidurnya, Dzariff
terkebil-kebil memikirkan si adik bongsu, yang pulang tiba-tiba dan
'kawan baik si adik' yang sangat pelik perangainya sehari dua ini.
Dia pasti ada sesuatu yang mereka sorokkan.
Selepas
sejam lebih Dzariff cuba melelapkan mata, tiba-tiba telinganya
terdengar pintu pagar rumah dibuka. Kemudian terdengar pula suara
orang berbisik di laman rumah. Memang elok sangat bilik tidurnya
mengadap halaman hadapan rumah, senang nak skodeng adik-adik.
Terhendap-hendap Dzariff menjenguk ke bawah. Jelas kedengaran suara
orang berbisik-bisik. Walaupun orangnya tidak kelihatan, Dzariff
dapat mengecam suara Fayqa dan Dzahim! Tetapi tidak jelas pula apa
yang dibisikkan. Tak boleh jadi ini, fikir Dzariff. Pintu biliknya
dibuka dan perlahan-lahan dia melangkah ke tingkat bawah.
Pintu
hadapan rumah tidak berkunci, Dzariff mengendap keluar. Kelihatan
Dzahim memegang sebuah topi keledar dan Fayqa sedang cuba
merampasnya.
“Jim,
kau dah janji dengan aku kan?” walau pun berbisik, nyata kedengaran
nada marah.
“Pekah,
I have to go!” balas Dzahim, jari jemarinya cuba meleraikan
genggaman Fayqa pada topi keledar.
“Jim,
sampai hati kau. Aku dah kata kan, kalau kau pergi jumpa dia juga,
kita putus sampai bila-bila!” makin meninggi nada suara Fayqa.
“Pekah,
drama queenlah sangat kau ni,” balas Dzahim dengan nada suara
bosan.
“Drama
queen? Drama queen kau panggil aku? Kau tu yang macam budak-budak,
otak kau letak kat mana hah?” sergah Fayqa separa berbisik.
“Okey,
okey, aku bodoh, aku mengaku. So kau tak payahlah nak kisah aku yang
bodoh ni,” balas Dzahim, nada suaranya sama marah seperti Fayqa.
Tidak
lagi berlemah lembut, topi keledarnya direntap dari genggaman Fayqa.
Besar-besar langkahnya ke arah motosikal yang terparkir di anjung
rumah. Laju Fayqa mengejar, dipautnya Dzahim dari belakang, kedua
belah tangannya kejap melingkari pinggang pemuda itu. Jari-jemarinya
tersulam erat, pipinya berlabuh di belakang Dzahim. Terbeliak mata
Dzariff yang sedang mengendap, ternganga mulutnya.
“Astagahafirullahilazim,”
sempat si abang mengucap.
“Pekah!”
marah Dzahim, cuba memboloskan diri, “let me go!”
“Jim!
Jangan pergi. Toy dah jumpa aku, dia suruh aku kasi warning kat kau!”
cuba mengeratkan lingkaran tangannya di pinggang Dzahim.
“Pekah!
Lepaslah!” marah Dzahim, sedar yang dia perlu pergi secepat mungkin
sebelum ahli keluarganya tersedar apa yang berlaku. Dibuatnya Fayqa
menjerit, habis bocor rahsianya.
“Jim!
Kau tak boleh pergi Jim. Aku takkan bagi kau pergi,” jawab Fayqa.
Walau apa pun yang berlaku, Dzahim tidak boleh dibiarkan pergi.
“Jim!
Faye! Apa ni?!” sergah Dzariff, sudah tidak dapat menahan sabar.
Terkejut
Dzariff dan Fayqa dibuatnya. Di saat itulah Dzariff mengambil
kesempatan, sekuat hatinya jari jemari Fayqa dirungkai dan gadis itu
ditolaknya. Fayqa terdorong ke belakang dan jatuh terduduk. Enjin
motorsikal dihidupkan dan dengan satu ngauman kuat, motorsikal itu
memecut keluar dari halaman rumah.
“Faye!”
jerit Dzariff sambil meluru ke arah gadis itu.
Fayqa
yang sedang bangun menolak tangan Dzariff yang cuba membantu, lalu
berlari masuk ke dalam rumah. Terkebil-kebil kebingungan Dzariff
jadinya. Apa yang sedang berlaku ini? Belum sempat dia berbuat
apa-apa, Fayqa meluru keluar rumah ke arah Kancilnya. Enjin kereta
dihidupkan, lampu dinyalakan.
Tanpa
sempat berfikir, Dzariff membuka pintu Kancil dan melompat masuk,
“Apa ni, Fayqa? What is happening?”
“Jangan
banyak tanya, kita tak ada masa,” jawab Fayqa. Gear ditukar, pedal
minyak ditekan dan Kancil dipecut keluar dari laman rumah.
“Adik
nak ke mana tu?!” tanya Dzariff. Apabila soalannya tidak dijawab,
dia bertanya sekali lagi, “Fayqa! Jawab! Dzahim nak ke mana?”
“Saya
nak cepat ni. Jangan tanya boleh tak?” mulut menjawab, mata fokus
ke depan, kaki menekan pedal minyak hingga ke lantai.
Kancil
dihentikan di sebuah simpang. Sementara menunggu lampu trafik
bertukar kepada hijau, Fayqa menyeluk poketnya, dikeluarkan telefon
bimbit. Laju jarinya mendail. Lampu trafik bertukar ke warna hijau.
Pedal minyak ditekan lagi. Sebelah tangan memegang stereng kereta,
sebelah tangan lagi memegang telefon ke telinga.
“Pa'an!
Tolong aku, Pa'an! Jim keluar nak pergi jumpa Sakinah. Aku takut dia
kena pukul dengan Toy!” panik sungguh suara Fayqa.
Pa'an?
Sakinah? Toy? Berkerut dahi Dzariff cuba memahami butir-butir
perbualan antara Fayqa dan Farhan.
“Kita
cari derang di kawasan rumah Sakinah. Bandar
Manjalara. Kita cuba cari dia di Taman Tasik di situ. Cepat
Pa'an! Bawa Deng sekali.”
“Fayqa,
siapa yang nak pukul Dzahim?!!” sekali lagi Dzariff bertanya bila
Fayqa mematikan telefonnya.
“Abang
girl friend dia!”
Girl
friend? Girl friend Dzahim? Jadi, yang Fayqa peluk Dzahim tadi? Kes
cinta tiga segi ke ni?
Telefon
Fayqa diambil, jari Dzariff laju mendail. Bila panggilan dijawab,
Dzariff berkata, “Amir, ini aku ni, Dzariff. Ada hal emergency, aku
nak minta tolong ….”
Kancil
Fayqa membelok masuk ke Bandar Manjalara.
Cekap dia mencari rumah Sakinah. Sejak dia tahu yang Dzahim dipukul
oleh abang Sakinah dulu, semua hal tentang Sakinah disiasatnya. Tiba
di hadapan rumah Sakinah, sunyi sepi sahaja. Sudah pukul 1.30 pagi,
tentulah semua orang tidur.
“Ini
rumah Sakinah?” tanya Dzariff, Fayqa mengangguk, matanya
tertinjau-tinjau ke arah rumah teres itu.
Tiada
motorsikal di laman rumah, maknanya Toy tiada di rumah? Dada Fayqa
semakin berdebar-debar. Kancilnya dipecut ke arah sebuah taman
berhampiran rumah Sakinah. Dua kali Kancilnya mengelilingi taman yang
besar itu, barulah ternampak motor Dzahim. Tanpa berlengah, Kancilnya
diparkir disebelah. Terkocoh-kocoh Fayqa dan Dzariff keluar.
“Itu
motor Toy,” kata Fayqa menuding ke arah sebuah motorsikal yang
terparkir di sebelah motorsikal Dzahim.
Tanpa
menunggu Dzariff, Fayqa berlari ke arah taman.
“Fayqa,
tunggu!” jerit Dzariff sambil mengejar Fayqa.
Nasib
baik ada lampu-lampu dalam taman itu, tidaklah Fayqa teraba-raba.
Gerak hatinya menyatakan Dzahim berjumpa Sakinah di taman permainan
kanak-kanak dalam taman itu. Laju kakinya berlari ke arah taman
permainan itu.
Nasib
baik tekaannya tepat. Dari jauh, Fayqa ternampak Dzahim, Sakinah
dan... Toyyib!! No!! Toy sudah jumpa mereka! Semakin laju Fayqa
berlari.
“Aku
dah katakan, jangan main-main dengan adik aku,” sergah Toyyib.
Tangan kirinya mencekak kolar baju Dzahim, tangan kanan dihayun ke
arah perut Dzahim.
Gedebuk!
“Abang!!
Sudahlah tu!” jerit Sakinah.
Fayqa
yang masih jauh pun boleh mendegar bunyi tumbukan Toyyib.
Astaghafirullah! Tanpa berfikir, dia meluru ke arah Toyyib.
“Toy!!
Jangan!” larang Fayqa, sambil memegang tangan kanan pemuda
berbadan tegap itu dengan kedua belah tangannya.
Dilarang
menumbuk Dzahim, tangannya dihayun ke arah Fayqa. Gedebuk! Fayqa pula
yang jatuh tergolek.
“Faye!!”
cemas bukan main Dzariff apabila melihat Fayqa terbaring di tanah.
“Kurang
ajar kau,” lelaki yang menumbuk Fayqa diserangnya, “perempuan pun
kau pukul!!”
10q Nina....kan dh ckp Abg Long mesti ada punyer...tp sedih la ni last n3....type laju2...readers sume x sabar nak tgu novel kuar
ReplyDeleteLajunya Fara komen.... InsyaAllah, saya akan taip laju2... tapi banyak lagi ni. Kurang2 nya ada 32 bab lagi nih! :)
DeleteTaip jgn henti2, x sabar menunggu ni
DeleteAduh..sentap trs abis n3...ni yg wat assumption sndri ni sblm dterbitkn.ahhaa..cpt ckt ye ninaaaa..
ReplyDeleteSedihnya tapi lega sb dzahim ada aweks rupanya...
ReplyDeleteOk ler hanina, semoga cepat buku ini boleh dicetak... Ayat skema sbg tanda pasrah.... Sob...sob..sob.... Hihihi....
ReplyDeleteadehhhh....Faye dah kene pukui la plak....sudah perlu ucapkan selamat tinggal dah kat dowang2 neh...walaupun x rela huhuhu...tp kan tapikan Nina x kan sayonara cam 2 je ...biasanyakan ade teaser kan3 sebelom betul2 berpisahkan??? adekan2???
ReplyDeleteHuhuhu...sedihnya..bab akhir di blog... apa2 pun harap cik writer dpt siap kan manuskrip SF dlm thn ni n terbit pun dlm thn ni gak
ReplyDeletesalam babe...all d best...will always ada here n everywhere...bila fresh out of the oven, you know where to tinkle me!!!
ReplyDeletegud job nina...adakah kisah akak nak menyambut raya berulang kembali spt tahun lepas sekiranya buku ni diterbitkan time bulan puasa seperti pms dulu...orang dok sibuk kacau rendang, akak dok sibuk mentelaah pms...
ReplyDeleteSama la kita, sementara menunggu rendang masak, siap khatam PMS. harap2 sambut raya tahun ni meriah la pulak dengan SF ye. Nina..., akak taknak duit raya, tapi akak nak SF, pliissssss.
Deletesalam Nina..really loves d story...mengharapa agar dicetak secepat cepatnya...adakah Dzahim ni tidak serik serik lagi bila bercinta dengan anak dara yg abang nya dah pukul sampai koma tapi masih mengejar cinta budak itu lagi..adakah cinta itu membutakan dirinya sehingga tidak dapat berfikir secara betul lagi.. dan kenapa kalau siDzahim tu cintakan Sakinah ..tidak dipinangkan anak dara itu buat dirinya..sudah pasti kejadian ini tidak akan berlaku dan kemungkinan kejadian sebelum ini pun tidak akan terjadi..Siapakah Toy sebenarnya..adakah dia mat samseng jalanan dan apa akan terjadi selepas ini adakah minah fayqa itu akan duduk bersama emaknya kerana hubungan anak ibu ni ..akak rasa sudah eluk dan terjalin balik kan..apa apa pun war warkan kepada kami semua bila dah ada keversi cetak...dan good luck to U dan hopefully Nina tak kekeringan ida utk menghabiskan MSS ni..
ReplyDeleteAdeh sakitnya apek jatuh...... cinta punya hal sanggup ambil resiko ....anak manja nyaaaa.....hadoooiiiiii seb baik ada abg macho huhuhu
ReplyDeleteaduh jim ni tak serik2..org dh larang..degil jgk..kesian faye, tak pasal kena jgk..
ReplyDeleteOhhh.. Hero gwe..!! Berdegup jantung bace.. Tombok die.. Tombok die.. Tendang tonet die kak nina.. Bese sgt pukul pompuan kan..
ReplyDeleteAlamak faye kna belasah..sian nyer...
ReplyDeleteEh Faye pun kena sekali? Goodluck Nina..
ReplyDeleteTeruskan menulis.. kiteorang menunggu dgn pnuh kesabaran. Tapi jangan lame2 tauu.
Rajin2 lah bagi teaser nanti. Rindu SF..
Sian Faye ! Kn belasah !
ReplyDeleteWish u luck on your 3rd novel !
Can't wait !
All the best sis. Kalau free2 upload la teaser k. hehehehehe... semoga semuanye berjalan dengan lancar. :)
ReplyDeletespekulalat saya:
ReplyDeletetoy mungkin giler minat faye, tapi faye tolak kaw kaw punya dan disupport oleh Jim....skali dunia nie bulat,Jim crush dgn Sakinah, tu yg dendam kesumat x ingat....hehehehehe...
dan yg pasti nya, tentu perlakuan Faye peluk Jim akan diungkit oleh jeneral....hahahaha..jeles3.....
tapi apa2, tangguh lbh selesa dah jd tangguh lbh SEKSA.... arggghhhh...siapkan lah novelnya secepat mungkin....saya pastikan novel SF akan dlm genggaman...
thx Nina...doa u mendapat idea yg mencurah2.....
yes...along dzariff tumbuk mamat yg tumbuk fayqa....best la along ni...
ReplyDeletekena doa byk2 so the printed copy akan keluar cepat2 sebab penantian tu satu penyiksaan..tgh sedih ni.. :(
ReplyDeleteCepat2 Sy mau Peluk Printed Version. " Sesuatu Betul"
ReplyDeleteoooo itu rahsia jim... nsb baik abg general ikut.. good luck nina, x sabar nak peluk cium baby ke3 u... :)
ReplyDeleteDah jatuh cinta ngan crite ni ..
ReplyDeleteTamat bersiaran sudah??? Ohh tidakkkkkk!!! Tak sabar nak tunggu SF ni dibukukan.
ReplyDeleteBtw rasa macam ada sedikit kekeliruan, masa dzariff sergah dzahim dgn fayqa tu, kenapa dzariff yang terkejut pulak? bukan patut dzahim ke yang terkejut, pastu cepat2 rungkai tangan fayqa tu?
Ohhh...sedihlah pulak 'bercuti' baca kisah Faye & Jeneral. Good luck Nina! Harap Nina dpt idea mencurah-curah & best utk dibukukan nanti. Give ur best effort! Jgn rushing sgt. Yg penting novel ke 3 Nina berkualiti sama spt karya2 b4 ni. Luv u Nina!
ReplyDeleteJeneral dtg sebagai penyelamat. Habislah Toy, mahu lebam muka tu dibelasah si jeneral. Dayus pukul perempuan tau! Dan lebih teruk lg bila si abg dtg balas dendam dek perkara yg lalu... Cik Nina, jgn lambat sgt tau. Kita org kat luar ni dh tertanya-tanya. Ada teaser x? Heheeee... Gud luck dear
ReplyDeleteDah berakhir tapi agak lega sebab xtinggal tanda tanya sangat..hehe..tenkiu cik penulis..^_^
ReplyDeleteAhhhhh apa dh jadi??? A
ReplyDeleteDh jadi?? Wow dzarif the hero...lol
Suspen biar tergantung erk? Tulis slow slow... Janji siap good luck nina.m XOXO.. Dah siap announce k... - Juslyn
ReplyDeleteSmoga sebest PMS....
ReplyDeletewow... jeneral sengal nak mengamuk...
ReplyDeletego nina...semoga dpt siapkan buku SF cepat2 :)
Nina wat le tebal cikit...mintak mintak before raya dah kelo...x sabo ni
ReplyDeletebest....
ReplyDeletebest tak sabar nak peluk novel nie kalau boleh cepat2
ReplyDeletepublish. Go go go girl.
salam nina....memang awak kena taip laju laju ni. Lepas ni kurang sikitlah aktiviti saya menerjah laman nina. Tapi harapnya akan ada teaser ya nina. Thanks.
ReplyDeleteyup betoi tu ...kalo ada teaser...dpt mengubat rindu kat pekah & dzariff...
ReplyDeletegonna iss u faye...general sengal....huhuhu....jim, sakinah, toy.....adoiii ape kes plak nieeee.....keliru la plak...nape faye nak putus ngan jim??? faye ngan jim bercinta ke??? huhuhuhu.....melepas la si sengal.....
ReplyDeleteputus kwn la mksud die...
Deletegud luck u too..mmg akan tertunggu2 novel ni.nnt up kan pulak teaser cover dia sekali eh.gonna miss general sengal a lot
ReplyDeleteaduh!!! tumbuk kt mane 2? tang perot ke? sy plak trase2 sengalnye! kohajo pye toi!pmpuan pn die pkul!bsar pgrbnan pekah utk kwn die. huwaa x sbr tgu buku neh! sdeyh n3 last. hope ada teaser2 ciput2 pn xpe kt fb ek kak nina.. ~_~
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehuhu...sedih..... dah nak stop ke......nanti miss lah dengan general sengal dan faye nya..... huhu.....tak sabarnya nak pegang buku nie......
ReplyDeleteI'm little bit late to give comment...tp actually da byk kali bace bab ni...sediy le x dpt berangan about faye n ziff...but anyway nina..gud luck..good try and hope sgt dpt bace edisi faye yg brcetak...kabo2 kan ye bile da confirm...
ReplyDeleteI'm little bit late to give comment...tp actually da byk kali bace bab ni...sediy le x dpt berangan about faye n ziff...but anyway nina..gud luck..good try and hope sgt dpt bace edisi faye yg brcetak...kabo2 kan ye bile da confirm...
ReplyDeleteWah best nya Nina... I'm gonna miss Faye and Jeneral... n as ussual... kalau di dramakan... sapa pelakonnyer...
ReplyDelete1. Dzahim - Izzue Islam
2. Dzarif - Adiputra tp mcm contras plak dgn Izue Islam yg cerah
3. Fayqa - Izara Aisyah / Nelydia Senrose
4. Dzalia - Tiz Zaqiah
5. Dzureen - Fathia
6. Abg Iz - Iqram Dinzly
yup agree dgn senarai pelakon...
Deletenina kitaorg sentiasa advance tau, novel lom kuar tp dah siap senarai pelakon. hihihi
salam...maaf menyampuk....kalau dzarif tu kan dilakonkan aron aziz kan best....hehe
DeleteBila kuar ni? Tak sabar nak menunggu. Nak beli yg ada with your autograph. Hehehe
ReplyDeleteSalam nina....dah kuar buku bgtau ek....nak beli direct ngan u....hihi.....xsabar nak tau kisah faye & jeneral sengal seterusnya.....
ReplyDeletecptlh kuar novel ...
ReplyDeletegoodluck finishing this novel! tulis sorang2 perlukan jiwa kental mmg sunyi.
ReplyDeleteStory yg sangat menarik. Saya terjumpa tajuk Seteguh Fyka ni di FB dan tertarik nak mengetahui perjalanan storynya...mmg best. Saya akan pastikan buku ni ada dalam koleksi sy. Thank you cik writer for the best story. Wish u luck.
ReplyDeleteKelanjutannya g dipublish disini lg?
ReplyDeletePenasaran bgt.
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88