Minta maaf bagi yang menanti Fayqa. Manuskripnya sedang diusahakan. (Rasa cam nak ambik cuti dan tulis Fayqa sampai habis).
Ini citer Em dan Tareq. Terus bab 2, tak de bab 1b. Kan saya kt sy weng these days, LOL!
Bab
2
Matanya
tidak dapat mengelak dari mengerling ke arah si gadis yang sibuk menghidangkan
makanan. Tekun sekali dia bekerja. Tergarit lagi senyuman di bibir Tareq. Tahu
si gadis tekun bekerja sambil tekun menyekolahkan mata agar mengelak bertembung
dengan mata Tareq. Belum habis hilang lagi merah di pipi. Bukan merah dek
kerana palitan alat solek. Tapi merah dek kerana malu terlajak cakap tadi.
Semakin lebar senyuman sang teruna mengingatkan tingkah Emmalyn pabila tersedar
yang tuan punya badan terdengar tuduhan sumbangnya.
Masih ada gadis yang tersipu-sipu
malu di Tanah Melayu ini ye? Tareq sendiri sudah tidak ingat bagaimana biasanya
tingkah laku gadis Melayu. Maklumlah sudah hampir sembilan tahun tidak
menjejakkan kaki ke tanah air. Kalau disebut gadis Melayu, yang terakhir sekali
pernah dia rapat adalah Inessa. Dan kerana Inessalah dia tidak pulang ke
kampong halaman sejak tamat belajar di U.K. enam tahun dulu.
“Sampai bila kau nak ingatkan
Inessa, Tareq? She is hostory, why not focus on this blushing one?”
“Mana si Melin ni?” tanya Uda Jah
yang sudah mengambil tempat duduk semeja dengan keluarganya, “Melin! Melin!
Sini!”
Semua mata tertumpu ke arah Emmalyn,
semua bibir tersenyum simpul. Tersedar Tareq yang seisi keluarga besar Emmalyn sudah
tahu usaha “murni” Uda Jah untuk memadankan Emmalyn dengannya. Semakin merah
pipi gadis itu. Terbit pula rasa simpati Tareq kepada Emmalyn, juga rasa
bersalah. Dek kerana ibu sudah tidak tahan berjauhan dengannya, gadis ini
dijadikan ‘denak’ untuk menjinakkannya pulang ke kandang.
Malu namanya dijerit berkali-kali
oleh Uda Jah yang bersuara lantang tanpa perlu menggunakan hailer, mahu tak
mahu, Emmalyn melangkah ke meja keluarga Tareq. Matanya teguh mengelak
bertembung dengan mata Tareq.
“Melin, ini meja Anjang Asmah ni
belum ada nasi. Tolong ambilkan,” arah Uda Jah. Patuh tanpa kata Emmalyn
mendapatkan semangkuk besar nasi, lalu disendukkan ke dalam pinggan Anjang
Asmah suami isteri, Tareq dan Uda Jah.
“Sendukkan pinggan kamu sekali,
Melin,” Uda Jah mengarah lagi, “duduk sekali di sini. Kamu ni, bukan selalu
Anjang Asmah datang, cubalah duduk bersogheh-sogheh dengan dia. Onyang Anjang
ni sepancaran dengan onyang bapa kamu tahu.”
Disuruh sendukkan nasi, Emmalyn
sendukkan. Disuruh duduk, dia duduk. Sebab dia tahu kalau dia tak ikut,
‘hailer’ Uda Jah akan keluar. Tapi bab-bab bersogheh tentang susur galur
keluarga besarnya, Emmalyn awal-awal surrender. Selepas sekolah rendah, dia
menyambung pelajaran ke sekolah menengah berasrama di Johor Baharu.
Selepas SPM, sambung buat A-Levels di
Rawang. Maka sejak berusia 12 tahun, dia cuma pulang ke Ipoh untuk bercuti.
“Melin kerja dengan Andak Usop ke?”
tanya Hajjah Asmah.
Oh! Sesi interview menantu sudah
bermula, Emmalyn. Pay attention! Satu demi satu soalan dilontarkan kepada
Emmalyn. Satu demi satu jugalah yang dijawabnya, tak kurang, tak lebih. Sekali
sekala Hajjah Asmah menyelitkan maklumat mengenai Tareq, sekolah di mana,
sambung belajar di mana dan sekarang bekerja di mana. Kiranya sesi
berkenal-kenallah, tanpa Emmalyn atau Tareq yang bertanyakan soalan.
Sambil menjawap soalan-soalan Hajjah
Asmah, Emmalyn berkira-kira apa strategi yang patut dia ambil. Fikir punya
fikir, dia buat keputusan tak perlu strategi apa-apa. Bukannya Tareq berminat
dengan dia pun. Macam bapanya, Haji Sulaiman, Tareq hanya diam seribu bahasa,
sekali sekala menjawab bila ditanya ibunya. So, Emmalyn, jawab sahaja
soalan-soalan dengan hormat dan senyum. Lepas ini Hajjah Asmah sekeluarga balik
ke rumah, selesailah sesi telangkai Uda Jah ini. The end.
Usai makan, Emmalyn bersama-sama
sepupu sepapatnya membantu mengemaskan meja. Nanti selepas zohor, pihak sebelah
lelaki akan datang dan akan dihidangkan makan tengahari selepas upacara
pertunangan. Bila terdengar azan zohor, ahli keluarga lelaki terus mendirikan
solat berjemaah di ruang tamu rumah bapa saudaranya. Kemudian, orang dapur
sibuk menyiapkan pinggan mangkuk untuk tetamu, sementara ibu-ibu saudara
termasuk Uda Jah dan Hajjah Asmah sibuk membantu dengan persediaan hantaran.
Elok siap sahaja persediaan, rombongan
pihak lelaki tiba dan disambut oleh ahli keluarga Emmalyn. Mereka dijemput
masuk untuk upacara peminangan. Malas Emmalyn untuk turut masuk ke dalam. Nak
buat apa? Nak buat sibuk-sibuk dengan barang hantaran? Dengan si anak dara?
Sudah cukup ramai ‘pakar’ di dalam. Tambahan pula kalau nampak batang
hidungnya, tentulah nanti ada komen-komen ‘bernas’…. Haa… hujung tahun giliran
kamu pula, Melin! Hmph! Baik duduk di luar ini sahaja.
Punggungnya dilabuhkan dan telefon
pintarnya dibelek. Kawan baiknya, Nawwal Husna, sejak berkahwin ni banyak
berubah. Risau dia dan Faith, kawan baik mereka seorang lagi yang lebih
dikenali dengan nama mesra Pet. Jadinya dia dan Pet asyik berbincang tentang
Nawwal Husna. Pet di Kuala Lumpur setia memberikan perkembangan terkini
pengantin baru itu.
Sedang asyik membelek telefon, ada pula
yang menegur, “Tak masuk ke dalam?”
Kepala dipanggungkan. Oh! Jejaka Alpha
Male dari Tanah Arab. “Tak,” jawapan pendek seperti kebiasaan Emmalyn.
Kerusi berdekatan Emmalyn ditarik Tareq
dan dia melabuhkan punggungnya di situ. Aik! Nak beramah mesra pula ke? Hairan
Emmalyn.
“Kenapa tak masuk?”
“Dah cukup ramai kat dalam tu.”
“Maaflah, kalau soalan-soalan Ibu saya
merimaskan awak,” perlu juga Tareq membuka mulut tentang hal ini kerana memang
panjang lebar sesi soal jawab Hajjah Asmah tadi. Kagum juga Tareq melihat
Emmalyn melayan soalan-soalan ibunya dengan penuh hormat dan sabar.
“Tak apa.”
“Betul tak apa?” soal Tareq sekali lagi.
“No harm done,” jawab Emmalyn ringkas.
Tapi itu yang sebetulnya kan? Orang tanya jawab sahajalah, habis cerita. Tak
perlu emo-emo.
“Panjang lebar ibu saya bertanya tadi,”
balas Tareq bagai belum puas meminta maaf.
“Saudara mara kita memang macam tu, kan?
Itulah bersogheh namanya,” jawab Emmalyn dengan senyuman kecil.
Terpesona Tareq seketika. Gadis di
sebelahnya ini memang terlalu sederhana, tiada apa-apa yang istimewa
tentangnya. Tetapi personalitinya agak menarik, humor pun ada.
“Bersogheh… itu perkataan orang Perak ke?
Saya tak pernah dengar sebelum ini,” bertanya soalan untuk memanjangkan
sembang.
“For sure bukan perkataan orang Arab
kan?” balas si gadis dengan senyuman kecil.
Ha! Tu ha! She has wit! Gadis ini buka
mulut hanya untuk menjawab yang wajib tapi dengan ayat yang pendek pun terserlah
kecerdasannya. Menghiburkan.
“That’s for sure,” jawab Tareq, senyuman
sudah lebar di bibir dan dibalas Emmalyn dengan senyuman yang semakin mesra.
“Tak cari kerja di KL?” Hmm, ini
sambungan sesi interview pilih menantu ke?
“Tak.”
Jawapannya sentiasa pendek, terpaksalah
ditanya lagi, “Kenapa?”
“Nak duduk celah ketiak emak puas-puas.”
Jawapan pendek itu disambut dengan ketawa
kecil Tareq.
“Iyalah, orang baru balik dari luar
negara, tentulah nak berkepit dengan emakkan, nak melepaskan rindu,” komen
mengusik dari Tareq.
“Awak habis belajar kat U.K. dulu terus bekerja
di Qatar?”
Soalannya mudah sahaja, tapi sesak juga
dada Tareq untuk menjawab. Chilllah, bro. Dia Tanya soalan biasa saja. Bukan
ada makna tersirat apa-apa. “Hmm hmm.”
“No wonderlah Anjang Asmah nak suruh awak
balik. Nak suruh awak duduk celah ketiak dia.” Senyuman dikongsi lagi.
“Ibu bimbang nanti saya jadi bujang
terlajak.”
Kali ini senyuman Tareq tidak disambut
Emmalyn. Hanya renungan dengan kerutan kecil di dahi. Tareq menjungkitkan kedua
belah keningnya. Dibalas Emmalyn dengan mengangkat kedua belah bahunya,
membikin Tareq ingin tahu apa dalam minda gadis di sebelahnya ini.
“Apa?”
“Itukan pilihan sendiri?” Nak kahwin cari
sajalah calon, awak lelaki, apa susah?
“Yup, susah nak jumpa calon yang sesuai.”
Sekali lagi jawapan Tareq disambut dengan kerutan kecil di dahi Emmalyn.
“Apa?” sekali lagi.
“Hard to believe.”
“Apa yang hard to believe?” Hailah awek
ni, cakap sekerat-sekerat, cubalah cakap habis satu-satu ayat.
“Dengan rupa awak, susahkah nak cari
calon?” ha! Ambik kau, tanya lagi!
Wah! Dia ni direct habis. Timbul pula
keinginan di hati Tareq untuk sama direct seperti Emmalyn.
“Entah, saya tak berkenan dengan wanita
Arab.” Berkerut lagi kening Emmalyn.
“Emmalyn, cakap sajalah apa awak nak
cakap. Awak berkerut kening bukan saya faham” sambung Tareq.
“Pilihan awak terhad dengan wanita Arab
sahajakah?”
Tersembur ketawa Tareq. Padan muka aku,
dah suruh dia cakap sahaja, sekarang terima sajalah.
“Lebih mudah bagi orang lelaki. Kalau nak
kahwin cari sahaja calonnya,” itulah Emmalyn, tiada berselindung-selindung,
tiada berbelit-belit. Nak kahwin carilah calon, settled!
“Kalau orang perempuan?” Ayat mencabar
kerana terasa diri tercabar.
“Masyarakat kita juga yang cipta pepatah
perigi mencari timba.”
“Sekarang kan dah ada pili air, pulas
buka sajakan?” Gotcha, bisik sang teruna.
“Pulas buka? Tak semudah itu….,” balas
Emmalyn perlahan. Jawapan yang lemah, tapi itulah sebetulnya.
“Kan? Tak semudah itu,” suka juga hati
Tareq bila dia berjaya membuat Emmalyn mengalah.
“Tapi tak juga susah, melainkan kalau
diri sendiri yang buat jadi susah.” Oh tak mahu mengalah dia.
“Macam mana nak buat supaya tidak jadi
susah?” cabar Tareq. Cakap senanglah, cik adik oi!
“Berkenal dulu, kalau sesuai, take the
next step. Kalau tak sesuai, stay as friends.”
Amboi, cik adik? Ye ke senang macam tu?
Belum puas mencabar, soalan ditanya, “Emmalyn, esok awak free?”
Oh my! Terkedu cik-adik-buat-bagi-senang.
Menyekolahkan mata! Lol
ReplyDeleteEh Em srikandi gak ke? Ahem timmy oh timmy...
Tareq sekolah mana. Hope bukan mcgaygay ooops lol
yup...sekarang pulas buka sahaja...
ReplyDeleteso sensei ina n cik far, marilah kita pulas....pulas pili...pulas telinga cik abang...eh eh...kenapa daku begitu ganas ya? ha ha
ReplyDeletePili rumah kosong tau. Jangan pulas pili rumah orang. Ooops ;)
Deletewooops!! eating very deep one, sensei!!
Deletemueheheheheheheheheheh emmalyn tak senang ...
ReplyDeletenih alin-A yang ni senang banget esok
keep it up sis!!!
hu hu hu nak date dgn tareq ke?
Deletehahahahhaa... tareq u so brave man... sukaaaa diorg mcm ni... main2 tarikkk lakkk.... em..em..em... haahah... nice n3 sis nina...
ReplyDeleteehem2... good luck for mss Seteguh Fayqa sis... ^________^
ooo i need reminders for SF. skrg tgh penin dgn hal kat ofis. hujung minggu ni boleh fokus on SF, insyaAllah
DeleteMenghiburkan...senang nak cari paip... Tapi selayang nie air banyak yang keruh lah nina....yang air x tercemar susah kot nak jumpa... Hehe...
ReplyDeletehaah pulas je pili tu, tp belum tau yg kluar tu air jernih atau keruh kan....
DeleteHampeh la hidup kalu dapat air keruh, berlintah lagi..
Deletetu la ila, basic mesti ada, solat...hormatkan org tua etc
DeleteSy buat yg perigi cari timba tuh jeng jeng jeng....
ReplyDeleteasalkan tak kacau org, tak salah dalam Islam
DeleteNina, klu u weng pun sy x kisah sbb bila awak weng cite awk sure best
ReplyDeletetanak arrr weng selalu2, letih woi! nak ambil cuti pun tak leh, kenot close shop
Deletehihi.. free je kalau en abg yg ajak.. ;)
ReplyDelete:)
Deletehihi.. free je kalau en abg yg ajak.. ;)
ReplyDeleteyup...why not kan?
DeleteNina..ade spelling error 'hostory'...best la depa berdua ni direct je..superb story
ReplyDeletetq, mmg main taip dan upkan je...nnt klu dah jd manuskrip br edit sekali lg
DeleteLike...3x
ReplyDeletetq ...3x
Deletewahhh.. cerita baru... pulun akak... pulunnn
ReplyDeletecari penyakit tulis citer baru ni dear...
DeleteAda aura ala-ala si bawal jugak rupanya melin ni ya...dah berkawan lama, mestilah kan? Nina, cuba cari letak gambar melin dengan tareq sikit, so bila baca feeling tu lain sikit.
ReplyDeletezalida...aura macam mana? hmm seeloknya jgn sama dgn Una kan. Em ni wall flower...Una kat Soton popular jg kan dgn seniors minat. Em ni kira tak sapa pandang
Deleteni cerita baru erggg???
ReplyDeletesemua citer nk di cetak ke?
tak de free reading utk pembace & followers yg setia?
writers yg lain ade jugak bagi followers dia cerpen & novel mini as a 'present' for readers yg support dorang.
itu tanda penulis menghargai pembace yg setia sokong sejak dari awal berblog. Hargai lh pembace yg tetap berdiri di belakang.
sekali sekala bagi lh cerita habis di blog - lepas tu cetak. Sebab kalau cerita best - penulis jgn takut, pembace tetap beli versi cetak.
penulis & pembace kena support one another - give & take.
tak tahu nak kata. angan2 nak dicetak tp SF pun tak habis lagi. SF ni sy rasa akan jadi lebih panjang dari yang dijangka... yg ni pula, hentam taip je, tapi jln citer ni dah clear dlm kepala dan agak panjang jg. pk2 sy ni cam tak reti nak tulis cerpen atau mini novel. nak habis di blog pula sy rasa penerbit tak benarkan. bukan tak hargai pembaca tapi... sy tulis2 ni pun on the run je
Deletehahaha....kan dah kena emmalyn...org lelaki ni pantang dicabar....tp saya suka watak tareq tu straight 2 the point...keep it up k'nina....
ReplyDeletehe he he cam tercabar si tareq ni...
Deleteekekek....tulus btul emmalyn ni
ReplyDeletemcm saya (eceh!) sy pun straight je tak de bengkok2 sebab penin kalau bengkok2
Deletehahaha...pulas buka saja...bt0l, x semudah itu..huhu
ReplyDeletekalau lah semudah itu...tapi tak, so we do our best. kalau ikhlas berkenal dulu....tp seeloknya dgn izin keluarga...
Deletebtol2 kak =)
DeleteSolute la Nina.. wish i had your talent ;)
ReplyDeletebiasa2 sj, nulis sebab fun bila u all komen :)
Deleteda kenapa saya plak yang jatuh cinta kat melin ni plak da kak nina? ahhahahhahahhaha
ReplyDeletehe he all my heroines are adorable huh...cam writernya (ciskek! perasan!)
DeleteI like all your stories...Hanina...all the best!
ReplyDeletetqvm....yes, nak cari masa to write tu i need ur well wishes
DeleteKalu ada butang like, mcm utube mungkin sy dah like 100 kali setiap novel2 u hanina. Fighting!
ReplyDeletetqvm ila, for the moral support. mmg kena cari semangat nak siapkan SF sebab bnyk sangat cabaran nya ...fighting!!
Deleteahahahhaha....tarq dah start injin nak mengurat em dah 2...x yah nak bengkang bengkok sangat...straight guna highway je senang cite hahaha
ReplyDeletedia pun sebenarnya at this point bukanlah minat sangat dgn em...tp kata2 em tu bikin dia tercabar....later on dia jatuh minat ke?
DeleteWAH... enche tareq ni berani ek...ada berani tu nak ajak melin yang ala-ala garang ayu gitu :)
ReplyDeletehmm..melin ni tak garang... cuma very polos
Deletesuka2 watak tareq..terus terang je ... guna jln highway lg bgs dr jln kg ..
ReplyDeletehmm highway? ...to heaven? he he...kita tengok ye
Deletehamek..skali trus ajak kuar..
ReplyDeletealamak..terguna akaun en somi lg..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteninaaaaaaa...dah mula dah..dia mai dah....awwwwwww...pls tulis novel trus bleh???...hahaha..
ReplyDeleteSaya tersangat berkenan.bca 1 chapther je..trus sangkut. caya lahhh!!
ReplyDelete