Janji hari Rabukan, sorrylah terlambat sikit. Taip punya taip, panjanglah pula Bab 6 ni. Subuh tadi baru siap.
Projek no 2 muncul pula, kome! Dan si Alpha Male dengan cekapnya memerangkap si gadis yang asyik mengelak... jeng jeng jeng!!
Bab 6
Esoknya, hari
Selasa, Tareq ke gym lagi. Sementelah sudah jadi ahli, kata mindanya. Tapi bila
tiba di gym, matanya liar mencari Emmalyn. Akhirnya ternampak si gadis sedang
berlari di atas treadmill, dengan lelaki metroseksual, si Rizairil berlari di
atas treadmill sebelah.
“Humph, semalam dia
kata hari ini nak ke kelas kick boxing? Aleh-aleh melekat pula dengan si
Melin?” ngomel Tareq dalam diam. Kemudian baru tersedar, “Apa hal pulak aku
kisah?”
Kisah tak kisah
sambil buat senaman memanaskan badan, matanya asyik menjeling ke arah Emmalyn
dan teman rangginya. Ceria sentiasa! Seperti biasa, Emmalyn menjadi pendengar,
temannya yang banyak berceloteh. Mana tak rajin berceloteh, si pendengar asyik
tersenyum lebar.
Bila Emmalyn dan
Rizairil bergerak ke arah stesen dumbell, baru si gadis tersedar kehadiran
Tareq. Sekali tangannya melambai, bagaikan menyapa, kemudian terus memulakan
senaman untuk bahagian atas badan, bicep dan tricep. Sambil bersenam
menggunakan dumbell, tak habis-habis Rizairil berceloteh, Emmalyn nampak bagai
terhibur dan sekali sekala terlepas tawa kecil.
Selepas lima puluh
minit, Emmalyn dan Rizairil menamatkan rutin senaman mereka. Sambil melangkah
keluar bilik senaman, sekali lagi tangannya melambai ke arah Tareq. Kali ini
Rizairil turut melambai, mahu tak mahu, Tareq terpaksa membalas. Hati
mendongkol melihat mereka melangkah pergi bersama. Rasa pelik kenapa dia berasa
begini malas dia nak fikirkan.
Keluar dari bilik
persalinan perempuan, terkejut Emmalyn melihat si Alpha Male berdiri
betul-betul berhadapan dengan pintu, bersandarkan dinding, tangan berpeluk
tubuh. Sempat Emmalyn menjeling otot-otot kekar di tangannya. Jaga pandangan,
Melin! Mata dilarikan ke atas, hinggap di wajah nan macho. Dada pula
berdebar-debar semacam. Habis nak terngok ke mana? Akhirnya dia tercegat di
hadapan si Alpha Male, mata tertancap ke lantai.
“Dinner?”
Okeykah pergi
dinner dua malam berturut-turut? Was-was, manalah Emmalyn tahu hukum berdating,
sebab tak pernah dia berdating sebelum ini. Kalau diiyakan sahaja, tak nampak
macam murah sangatkah? Perlukah jual mahal? Jual mahal? Jual apa? Argghh! Pening!
“Dinner?” kali
kedua.
“Errrmm… errrmm…
malam ni saya dah janji dengan Mama nak tolong dia buat goodie bag untuk
kenduri berendoi anak sepupu saya,” bohong sunat, memang Mama minta tolong,
tapi Emmalyn tak ada berjanji pun, lagi nak mengelak adalah. Jemulah dengan
aktiviti keras tangan macam tu, kalau merayau tu anytime!!
“Oh, tomorrow night
then.”
Di telinga Emmalyn
terdengar macam ayat penyata, buka ayat soal. Confident je si Alpha Male ni,
dia ingat aku ini apa. Malas nak bertelingkah, Emmalyn hanya tersenyum hambar.
“Bye,” tangan melambai
separuh hati, kaki melangkah pergi.
Sang jejaka
berbadan tegap memandang tak lepas-lepas hingga tubuh comel si gadis hilang
disebalik pintu utama gym.
Petang esoknya sang
jejaka ke gym lagi, terus ke bilik senaman, si gadis tiada di situ. Ah! Hari Rabu….zumba!
Langkah dihayun ke bilik senamtari, namun di sana hanya kelihatan si mamat
metroseksual, Rizairil. Dia tak datang hari ni? Tak sihat? Telefon pintar
dikeluarkan, jarinya laju menekan-nekan skrin.
“No gym?”
Hampir setengah jam
baru jawapan diterima. Telefon bergetar di dalam poket. Dumbell diletakkan,
skrin dibelek.
“Goodie bags belum
siap.”
Goodie bags lagi?
Ye ke? Atau si gadis nak mengelak? Bukan kata nak-buat-senangkah? Huh! Tipikal
orang perempuan, kata saja nak-buat-senang. Ini apa? Dia sendiri yang
buat-tidak-senang. Okay….we’ll see, dia nak-buat-senang atau nak-buat-susah.
Kalau nak-buat-susah, tak payahlah! Biarlah aku hidup bujang sampai ke tua.
Setiap petang Tareq
ke gym tapi Emmalyn tiada. Dia pasti kalau dia sms, jawapannya mesti goodie bag
belum siap. Humph! Kalau dia nak mengelak, biar sajalah dia mengelak. Tareq
tiada niat hendak mengejar. Dari dulu hingga sekarang, Tareq Abdul Aziz tidak
pernah mengejar perempuan.
Baru Tareq hendak
melangkah keluar dari bilik persalinan lelaki, berselisih pula dengan Rizairil,
“Eh, Emmalyn tak nampak minggu ni ye? Hari Isnin saja dia datang. Selalunya
hampir tiap-tiap petang dia datang.”
“Sibuk, ada kenduri
keluarga katanya,” soalan Rizairil dijawab. Soalan di minda sendiri turut
terjawab. Sah, si gadis mengelak!
Hujung minggu, hari
Sabtu, bila tinggal dengan keluarga, aktiviti utama adalah berkenduri. Hendak
mengelak, sudah sembilan tahun dia tidak berkenduri-kenduri ini. Tiga tahun
semasa belajar di U.K. dan enam tahun semasa bekerja di Qatar. Memang tidak
dapat mengelaklah kerana semasa kenduri beginilah emaknya dapat menjalankan
projek mencari jodoh untuknya.
Biarlah Mama,
asalkan dia bahagia. Cukuplah enam tahun Mama berendam air mata kerananya.
Biarlah Mama perkenalkan dia dengan anak dara itu, anak dara ini. Tareq hanya
buat muka selamba. Jodoh? Itukan Tuhan yang tentukan. Ha, ha, Mama berusaha,
Tuhan yang tentukan.
Turun dari kereta,
melangkah ke khemah, orang pertama yang dia nampak adalah Uda Jah, telangkai
paling gigih di Ipoh. Dari jauh, Uda Jah sudah melambai!
“Mah! Sampai juga
kau, ingatkan tak datang,” punyalah girang menyambut kawan baiknya.
“Ate…. dah pencen,
apa lagi nak buat? Tak datang kenduri, tak berdunialah dengan orang,” jawab
Hajjah Asmah.
Si Tareq pula
berkira-kira, kalau ada Uda Jah, tentulah ada…. Ha! Tu dia, si gadis yang tekun
mengelak darinya sepanjang minggu. Baru keluar dari rumah, berjalan ke arah
khemah, dengan seorang anak kecil dalam dukungan. Terserlah aura keibuan,
terpesona Tareq dibuatnya.
“Hoi! Tenung anak
dara orang, tak berkelip-kelip mata!” sergah Uda Jah, pecah terburai tawa orang
di sekeliling. Bebahang wajah Tareq.
“Melin! Sini!” ha,
dah keluar siren semulajadi Uda Jah, “Andak Mah dah sampai ni.”
Emmalyn yang kalau
boleh nak berpatah balik masuk ke rumah tiada pilihan lagi. Dah kena jerit nama
begitu, semua orang sudah memandang ke arahnya, terpaksalah terus melangkah ke
khemah. Tiba di meja keluarga tareq, dia bersalaman dengan Hajjah Asmah.
“Anak siapa ni, Melin?” tanya Hajjah
Asmah, anak kecil dalam dukungan Emmalyn dicubit-cubit pipinya.
“Anak Kak Yah, cucu Alang Esah.”
“Oh, dah bercucu si Esah ye?”
Soalan Hajjah Asmah hanya dijawab
dengan anggukan.
“Mah, moh ler kita masuk ke dalam,
majlis nak mula dah,” ajak Uda Jah.
Belum sempat Uda Jah dan Mama Tareq
melangkah masuk ke rumah kenduri, nama Udah Jah dikelui, “Jah! Oh Jah!”
Semua mata berkalih ke arah seorang
wanita pertengahan umur yang anggun bergaya.
Oh! No! Mak Chu Rida! Dan di
belakangnya mummy’s boy, Hafizi! Emmalyn tidak dapat menahan dari menjeling ke
langit. Si Alpha Male di sebelah yang bermata tajam sempat menangkap aksi si
gadis. Apa hal pula ni?
“Jah! Lamanya tak jumpa, susahnya nak
jumpa, macamlah duduk di London,” tegur Puan Norida sambil bersalam bercium
pipi kiri kanan.
“Eh, dia yang asyik naik ke KL,
manalah nak jumpa dengan kita,” jawab Uda Jah sambil memandang Puan Norida
bersalam dengan Hajjah Asmah, “ini Asmah, sepupu sepapat kami juga.”
“Ha! Emmalyn, bila nak datang ke
rumah Mak Chu? Fizi kata dah banyak kali dia ajak,” Emmalyn, calon utama
menantu perempuan tunggal disapa.
“InsyaAllah, sampailah nanti Mak
Chu,” jawab Emmalyn, tanpa berjanji yang konkrit.
“Eh, jom masuk ke dalam, orang dah
nak marhaban tu,” ajak Uda Jah.
Maka tinggallah di meja itu, Emmalyn
bersama projek kedua dan projek ketiganya. Ya Allah! Dia tidak berhenti-henti
berdoa, janganlah yang kedua dan yang ketiga tahu tentang hal ini. Matanya
melilau-lilau mencari jalan nak lari dari khemah ini. Habis kalau lari, anak
Kak Yah ini nak ditinggalkan dengan siapa?
“Lama tak dengar berita awak, Melin,”
Hafizi yang dahulu membuka mulut.
“Sibuk,” pendek jawab Emmalyn.
“Buat goodie bag,” sambung Tareq
dalam hati.
“Err… ini Tareq, anak Andak Asmah.
Tareq, ini Hafizi, anak Mak Chu Rida,” takkan tak perkenalkan, walau pun kalau
boleh memang Emmalyn tidak mahu yang kedua dan yang ketiga berkenalan.
“Hafizi,” tangan dihulurkan.
“Tareq,” huluran tangan disambut.
“Melin, kenapa tak nak minta pun
kerja tu? Kan Fizi dah kata Fizi boleh rekomen?” soalan ditanya kepada Emmalyn,
tapi Tareq turut tekun mendengar.
“Malaslah.” Pendek, trademark
Emmalyn.
“Malas? Come on, Emmalyn! Syarikat tu
antara firma akauntan terbesar di Malaysia. Gajinya vavoom!”
“Kerja saya di sini pun okey.”
“Okey? With all due respect to your uncle,
but surely a graduate from abroad like you could do better!”
Bibir Emmalyn tersenyum tawar. Buat
masa ini dia tiada perancangan langsung untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.
Biarlah gajinya tidak setanding gaji di syarikat-syarikat besar di KL, tetapi
dekat dengan keluarga yang sudah lama terpisah. Lagi pun dia lebih gemar dengan
kehidupan di Ipoh yang tidak sesibuk KL, kerja tetap kerja tetapi masih ada
masa untuk ke gym di sebelah petang dan makan bersama keluarga setiap malam.
Dan boleh berkumpul dengan keluarga besarnya pada hujung minggu.
“Minta kerja tu ye?” bagai merayu pun
iya.
“Fizi, buat masa ini saya selesa di
Ipoh.”
“Atau Melin tidak mahu kerja di KL
kerana Fizi ada di sana?” elok terbit soalan itu, Emmalyn sempat mengerling ke arah
wajah Tareq buat sedetik. Jelas riak muka si Alpha Male itu sudah menangkap
bahawa ada ‘sesuatu’ antara Emmalyn dan Hafizi.
Apa lagi yang boleh dibuat, soalan
perlu dijawab. Hafizi sebiji seperti emaknya selagi tidak dijawab, soalan itu
akan diulang-ulang. “Tak, Fizi. Memang sebelum balik dari U.K. lagi saya sudah
buat keputusan hendak bekerja di Ipoh.”
“Fizi boleh minta kerja di Ipoh,
Melin.”
Kening Tareq sudah terjungkit
sebelah. Emmalyn menarik nafas dalam-dalam, “Eh, kerja Fizi kat sana kan vavoom
gajinya.” Perkataan vavoom yang digunakan Hafizi tadi, digunakan Emmalyn.
“Melin…..”
“Eh! Pampers Rania dah basahlah,”
bohong sunat lagi, Emmalyn cepat-cepat bangun dengan Rania masih dalam
dukungannya, “Melin masuk tukar pampersnya dulu ye.”
Tanpa menunggu jawapan dari kedua
jejaka, Emmalyn melangkah pergi.
Memang, dia pandai mengelak, fikir
Tareq.
Hilang kelibat Emmalyn ke dalam
rumah, mata kedua jejaka bertaut, “Jinak-jinak merpati,” komen Hafizi.
Komen Hafizi tidak dibalas,
sebaliknya hati Tareq bertanya, “Projek ke berapa ni?”
Sepanjang-panjang majlis berendoi,
Emmalyn menyorok di dalam rumah, hendak mengelak dari Hafizi. Usai majlis
berendoi di dalam rumah, semua orang keluar untuk menjamu selera di bawah
khemah. Jenuh Emmalyn meminta abang dan adik lelakinya untuk mengambil
sepinggan nasi untuknya. “Ish, macam puteri raja!” cemik Emil dan Elyasa’. Ceh!
Tak boleh minta tolong sikit, dengus Emmalyn dalam hati. Dah pukul 1.30
tengahari, manlah perutnya tak berbunyi-bunyi. Tapi lebih rela dia menahan
lapar dari berhadapan dengan double trouble, Hafizi dan Tareq.
Baru sahaja perutnya berkeroncong,
terjengul Tareq dengan sepinggan nasi di tangan kanan dan segelas air sirap di
tangan kiri. Nasi dan air diletakkan di hadapan Emmalyn yang sedang bersimpuh
di atas lantai.
“Makanlah.”
“Awak dah makan?”
“Dah, di luar tadi.”
Emmalyn bangun mahu ke dapur. “Nak ke
mana pula tu?” tanya Tareq.
“Dapur, basuh tangan.”
Usai basuh tangan, patah balik ke
ruang tamu, Tareq masih duduk bersila di situ. Tanpa segan silu, Emmalynn
bersimpuh semula dan menjamu selera tanpa memperdulikan Tareq. Perutnya sudah
lapar sangat!
Licin nasi di pinggan, air sirap
diteguk. Eh! Masuk pula si Hafizi ke dalam mencari Emmalyn.
“Melin makan di dalam?” bukan ingin
tahu tetapi hairan.
“Haah, sejuk di dalam,” jawab
Emmalyn. Licik fikir Tareq.
“Melin, esok saya balik ke KL selepas
Maghrib. Jom shopping esok?”
“Ah…Melin…”
Belum sempat Emmalyn hendak berikan
alasan, Tareq memotong, “Emmalyn dah janji hendak pergi hiking dengan saya
esok.”
Liciknya dia, fikir Emmalyn. Tentulah
aku tidak membantah kerana aku memang hendak mengelak dari Hafizi.
“Oh!” melopong Hafizi seketika, wajah
Tareq ditenung tajam. Siapa dia ini hendak memotong line? Sedar wajahnya
ditenung, riak wajah Tareq tetap selamba.
Mata Hafizi berpindah ke wajah si
gadis. Emmalyn mengangguk kecil, mengiyakan kata-kata Tareq tadi.
“Okeylah,” di mulut, di hati tidak,
“minggu depan Fizi balik, kita keluar ye,” tidak mahu mengalah anak lelaki
tunggal Puan Norida.
“InsyaAllah,” nak jawab apa lagi.
Tangan dihulurkan juga kepada Tareq.
Memang Hafizi gentleman, itu Emmalyn tak dapat sangkal.
“Melin, saya jalan dulu.”
“Hati-hati drive balik ke KL.”
“Thanks, dear,” balas Hafizi,
berbesar hati si gadis masih mendoakan untuknya.
Dear? Dear kah? Tanya Tareq dalam
hati sambil mata memandang Hafizi melangkah pergi.
“Nombor berapa?” mata tetap memandang
Hafizi, tetapi soalan ditujukan kepada Emmalyn.
“Dua.” Malas Emmalyn hendak
berpura-pura tidak faham.
“Berapa projek semuanya?”
Ish malunya bercakap pasal
projek-projek ni, dengan muka membahang, Emmalyn mejawab, “So far, tiga.”
“So far?” tanya Tareq dalam hati. “So
far?” tanya hatinya sekali lagi.