Tuesday, 10 September 2013

Dia Seadanya Bab 11


Adake yg nak baca DS? Skrg ni ramai yg excited dgn PMS the drama!!

Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 baik saya, BFF di alam maya, yang dikenali sebagai UB Scrollers kerana rajin buka FB utk PMS the Drama dan mengepos gambar2 yang dicilok di sana sini, he he.

OK, DS dah mula move on....whaddaya think? 

SF?....urghh, jap lemme siapkan 2 project deadlines dulu ye




Bab 11



Honda Accord memecut pada kelajuan 180 kilometer sejam. Kecut perut Emmalyn Tuhan sahaja yang mengetahui. Si pemandu di sebelah diam tidak membuka mulut langsung, mata melekap ke jalan.

“Huh!” keluh Emmalyn dalam hati, “Aku mengelak Abang Rudy sebab takut naik motor laju-laju di atas lebuh raya. Dapat pula speed demon seorang lagi, nasib….. nasib….”

Tareq di sebelah dikerling, masam mencuka mukanya. Marah? Marah tidak bertempat! Marah dengan Atai, of all the people! Sheesh…. Teringat Emmalyn peristiwa di LCCT tadi….

“Eh!! Tareq!” terhenti langkah Emmalyn di luar pintu balai ketibaan, “Awak buat apa di sini?” Terkejut yang bukan dibuat-buat.

Soalan Emmalyn buat Tareq terasa bodoh sangat-sangat. Yelah, dia ada mamat tu, aku buat apa di sini.

Belum sempat sesiapa berkata apa-apa, telefon Emmalyn berdering. Kelam kabut dia mencari telefon di dalam beg sandang, “Excuse jap.”

Ikon hijau ditenyeh. “Assalamualaikum, Mama….Dah sampai….baru je. Tareq?” Matanya bertembung dengan mata Tareq. Aduh! Tajamnya renungan, terus menusuk qalbu. “Oh, ye ke, Mama? Okey, Mama…. InsyaAllah.”

Telefon dimatikan, lebar senyuman di bibir Emmalyn ditujukan kepada Encik Alpha Male, “Awak datang jemput saya? Sorrylah, susahkan awak.”

“Kalau susah, saya tak datang,” nada suara macam orang marah. Eh, memang marahkah dia?
“Ini Atai, kawan saya,” Emmalyn perkenalkan. “Atai, ini Tareq.”

“Sepupu Emmalyn ke?” tanya Atai sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Tareq yang cukup bosan bila diperkenalkan sebagai sepupu Emmalyn mendengus, “No.”

Terkejut Atai dengan tingkah Tareq, tak ada ribut, tak ada taufan, berangin semacam je. Aik! Déjà vu la pula… ini sama kes dengan laki Unakah? Cemburu dengan budak kampung macam aku? Ish, takkan lah kut.

“Kami EMPAT pupu, Tai,” terang Emmalyn sambil ketawa kecil, dalam hati bukan main berjambak-jambak bunga berkembang. Encik Alpha Male datang beratus-ratus kilometer untuk menjemputnya!

“Tai, aku balik dengan Tareq. Tak jadi naik bas,” Emmalyn minta diri.

“Okey. Eh, aku hutang kau berapa ribu Bhat? Tuk tuk ke airport tadi kau yang bayarkan?” Atai sudah menyeluk ke dalam poket seluar untuk mengeluarkan dompet.

“Pet yang bayar. Aku pun belum bayar kat dia. Alah minggu depan jumpa kat kenduri Una, kita bayarlah. Kau tu dengan girl friend sendiri pun nak bayar jugakah?” Emmalyn mengusik.

Tareq mendengus, “Saya tunggu awak kat kereta!” Dia angkat kaki dan terus belah.

Aik! Kenapa mamat ni? Tak sempat nak analisa, baik kejar, nanti kena tinggal pula kat LCCT ni.

“Tai, aku chow dulu,” terkocoh-kocoh Emmalyn menuruti langkah-langkah Tareq yang besar.

Dan semenjak dari saat itu, si Alpha Male di sebelah langsung tidak membuka mulut. Bukan Emmalyn tak biasa dengan suasana diam di antara mereka. Tapi gerak hatinya berkata ini diam lain macam. Mungkin satu, dia letih pandu kereta jauh-jauh. Dua, cemburu dengan Atai. Cemburu? Serius? Merepek!!

Honda Accord terus memecut di jalan sebelah kanan. Kecut perut Emmalyn! Cemburu ke, merepek ke ….I have to do something, fikir Emmalyn.

Nampak sahaja papan tanda kawasan RnR, tanpa lengah Emmalyn membuat permintaan, “Tareq, kita berhenti kejap. Saya nak ke bilik air.”

Kereta dilencongkan memasuki kawasan RnR, kemudian diparkir berhampiran bilik air. Si pemandu masih diam tidak berkata apa. Seriyau juga Emmalyn, mamat sebelah ni hangin-hangin nanti kang, tinggalkan aku kat RnR ni sorang-sorang, naiya!

“Awak dah solat?” tanya Emmalyn lembut.

“Belum,” sepatah sahaja yang keluar.

“Saya pun belum. Kita solat dulu ye. Saya nak jamakkan Zohor dan Asar.”

Tanpa jawapan, Tareq keluar dari kereta. Marah lagilah tu. Hailah mamat, apalah yang nak dimarahkan? Atai tu je.

Selepas ke bilik air, berwudhu dan solat, perlahan-lahan Emmalyn melangkah keluar. Tareq sudah menunggu di luar surau, mukanya masih lagi keruh. Hai, dah solat pun masih lagi marah? Ini kalau naik kereta ni, mesti dia pecut lagi. No way!

“Saya laparlah. Kita makan dulu, boleh?”

Tanpa jawapan, Tareq melangkah ke arah kedai makan. Emmalyn menurut di sebelahnya.

Tiba di kedai makan, tahu pula bertanya, “Nak makan apa?”

Emmalyn tersenyum kecil, “Nasi. Takut nanti perut masuk angin.”

Terasa bersalah pula Tareq, semenjak dari LCCT tadi dia terlupa nak tanya samada Emmalyn lapar. Asyik melayan bara di hati.

“Nak nasi campur ke nak nasi ayam?” suara sedikit lembut, jari menunjukkan ke kedai sebelah yang menjual nasi ayam.

“Nasi campurlah. Saya suka makan hati….,” sempat lagi perli tu, entah faham entah tidak si Alpha Male tu, “hati goreng kicap.”

Duduk makan nasi berdua pun senyap. Sambil makan, Emmalyn mencari idea bagaimana hendak buat Tareq cool semula. Takkan nak suruh dia jangan cemburu. Kalau dia jawab, “Eh mana ada saya cemburu. Saya sedang sedih pasal hal lain ini.” Ha! Tentu malu!

Habis nasi di pinggan pun tiada idea yang datang. Manalah Emmalyn pernah buat kerja memujuk lelaki ni.

“Dah?” tanya Tareq, mahu menyambung perjalanan.

“Teringin pulak lah nak makan pisang goreng tu,” laju Emmalyn mencari idea hendak melengah.

Mata Tareq menurut jari telunjuk Emmalyn ke kedai yang menjual goreng pisang. Lapar rupanya awek ni. Kesian dia, aku ni buta perut sungguh. Punggung diangkat, mahu pergi beli pisang goreng.

“Kopi O satu ye,” seli Emmalyn, macam pesan kat mamak kedai pula bunyinya.

Balik ke meja dengan sepiring pisang goreng dan secawan kopi O, Tareq lihat Emmalyn sedang membelek gambar-gambar di tabletnya.

“Nak tengok gambar saya buat zip-line?” pelawaan Emmalyn beserta senyum lebar.

Mahu tak mahu tengok jugalah sebab tablet sudah disuakan kepadanya.

“Terukkan muka saya. Tengah cuak tu, kali pertama nak zip-line,” komentar selari dari tuan empunya gambar. Memang teruk berkerut mukanya dalam gambar tu.

“Dah takut, buat juga,” komen si Alpha Male.

“Takut tapi thrill,” jawab si gadis, senyuman makin lebar. “Ha, ini gambar masa zip-line kali ketiga. Masa ni dah kurang takut dah.”

Comel sangat dia dalam gambar ini. Dengan senyum terngaga, dengan tangan yang terdepa dan jari-jemari membuat tanda ‘victory’.

“Berapa kali zip-line?” tanya Tareq.

“Entah 8 ke 9 kali. Kami tak ambil yang full day package. Kalau yang full day, berpuluh kali juga. Ini pun balik ke hotel, pengsan! Letih berjalan dalam hutan tu.”
Emmalyn sudah seronok bercerita, tidak sedar muka Tareq di sebelah sudah masam. Masam mengingatkan Emmalyn balik ke hotel dengan budak kurus tinggi tadi. Lidah terasa bagai hendak bertanya, siapa budak tu. Tapi siapalah aku hendak bertanyakan soalan itu.

“Tareq, ini gambar kami ke Golden Triangle,” tunjuk Emmalyn.

Ada tiga orang. Emmalyn dan seorang gadis berdiri di sebelah budak kurus tinggi tadi.

“Inilah BFF saya. Ini Pet, dari Sabah. Ini Atai, yang awak jumpa tadi kat airport. Sorang lagi BFF kami, Una. Dia tak ikut, masih dalam pantang. Kalau dia ikut, rasanya pengsan mak dan mertuanya,” terlepas gelak kecil bila Emmalyn teringatkan Una yang melalak-lalak mahu ikut mereka. Kalut suaminya memujuk, “habis pantang nanti, bukan saja ke Golden Triangle, Diamond Triangle pun Abang bawa Una.”

“Awak pergi bertiga?” perlahan sahaja pertanyaan Tareq.

“Haah, takkan nak angkut Una sekali? Kalau angkut Una, kena angkut Baby Zayd. Mengamuk Abang Zack,” pecah lagi tawa Emmalyn.

“Tadi di airport, awak berdua sahaja dengan Atai. Pet ke mana?”

Mati tawa Emmalyn, kena berhati-hati menjawab soalan Tareq yang satu ini. “Dari LCCT, Pet ambil flight ke KK. Bapa dia panggil balik.”

Wajah Tareq direnung mahu memastikan mood jejaka itu. Nampak macam dah okey sikit, lalu dia bercerita, “Pet dan Atai, they are in love. Pet baru ucap dua syahadah. Keluarganya di Sabah terima keputusannya, tak ada masalah. Tapi hendak terima orang jauh jadi menantu, macam ada masalah sikit. Keluarganya kalau boleh nak Pet kahwin dengan orang Sabah sebab tak mahu Pet duduk jauh dari derang. Itu yang Pet sekarang selalu balik ke Sabah, nak pujuk keluarganya.”

Kenapa aku rasa lega? Lega sangat-sangat? Wajah gadis di sebelah direnung dalam-dalam. Ini tandanya aku dah jatuh cinta?

“Kenapa?” tanya Emmalyn, sedikit segan bila Tareq merenung wajahnya tidak berkelip-kelip.

Tiada jawapan, segan direnung begitu, Emmalyn menceceh, “Eh, dah sejuklah pisang goreng ni.”

“Nak saya belikan yang panas?” mulut berbunyi, mata tetap merenung.
“Eh, tak payahlah. Habiskan yang ini. Jangan membazir,” jarang Emmalyn menceceh, tapi serius seram sejuk rasanya bila direnung sebegitu, “Awak nak?”

Mulut dinganga, minta disuap. Mulut Emmalyn pula yang ternganga. Seumur hidup tak pernah dibuat aksi-aksi romantik macam ni! Yikes!

Mulut Tareq masih ternganga. Perlahan-lahan Emmalyn menyuapkan sekeping pisang goreng ke dalam mulut Tareq. Si Alpha Male sambil mengunyah, tersenyum meleret-leret.

“Ish, tak boleh jadi ni. Makan bersuap-suap bagai. Kena nikah cepat!” bisik hati Emmalyn. Chewah…nak nikah cepat, Emmalyn? Kau berani buka mulut kata kau nak nikah dengan ‘projek nombor tiga’? Eeeee…..malu!!

Habis makan pisang goreng, mereka meneruskan perjalanan ke Ipoh. Seperti biasa Tareq diam sahaja. Tapi sekarang muka sudah ceria.

“Tareq, Ahad depan Una buat kenduri berendoi untuk baby Zayd. Kita pergi nak?”
“Of course, sayang.”

Errkk!! Cepat-cepat Emmalyn ke kiri, konon-konon merenung ke luar tingkap. Hendak sorokkan muka yang terkejut sebanarnya. Did he say ‘sayang’? Did he?

Emmalyn di sebelah dikerling. Malulah tu… Tareq tersenyum lebar. Baru sebut sayang dah malu. I like!

65 comments:

  1. Kehkehkeh.... Senyap gegurl bila dipanggil SAYANG ek.....hehhehe....

    ReplyDelete
  2. Amboi Tareq dh cool bersayang bagai! I like that too.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ade button like tak???kihkihkih

      Delete
    2. err, bengon tu bagu ke tak bagus? konpius

      Delete
    3. bengong tu ala-ala sengal la cik nina...cm2...

      Delete
  4. YIKESSSS!!!!!Mukaku merah...Jantung dah menari tarian hip hop hahhahahaha....SAYANG 2....

    ReplyDelete
  5. hahahahaha... tapi best lah Em nie...cool... dia pandai control keadaan....pandai cucuk jarum sikit-sikit...
    Ek eleh Tareq...pandailah kau panggil anak dara org sayang, kalau tak kerana Em tu yg bg tau pasal Pet n Atai, takdenya sayang-mayang nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dah clear isu atai, baru dia panggil sayang....

      Delete
  6. oh seeewwweeeettttnye tareq mencipta suasana..cepat kawinkan diaorg nina :D *suka suka dan suka*

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye yang penting part yang sweet ni date publish nya 10sept hahaha walaupun hari ni 11sept (kebetulan kan haha..but tq la cik writer sbb dah bagi kami happy)

      Delete
    2. oh 10 sept? sy tak perasan....tensen punya pasal update kerap...

      Delete
  7. yeszaaa.. way to go Nina hahah

    ReplyDelete
  8. YikeSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!! Of course sayang

    ReplyDelete
  9. owhhhhh...... skenyeeeeeeeeee..likeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  10. nina....suka suka suka....
    part "of course sayang" tu cam nak pengsan...haha!
    thanks...cant wait for next part...more sayang please...hehe!

    ReplyDelete
  11. Wow Atai lah jejaka terhangat dalam semua cerita2 Hanina sampai dua lelaki cemburukan dia hehehe.Siapalah agaknya berlakon jadi Atai dalam PMS versi drama

    ReplyDelete
  12. i likeeee sooo sweet like macaroon :)

    ReplyDelete
  13. Alamak...da pengsan ni pastu bangun balik sbb nak baca lagiskali..hahahah

    ReplyDelete
  14. alaaaaaaa tareqqqqq.. apsal romantik sgt.. ohmygod!

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Hehehe suker si alpha male dah mula nak "hangat"

    ReplyDelete
  17. Yeayyy...... nikah cepat dengan projek ke-3. Kesiannya Atai...asyik jadi mangsa cemburu jer. Hahahahha

    ReplyDelete
  18. PMS didramakan? congratz nina :D...best2...suka n3 ini juga...hati ni dah berbunga2 :D

    ReplyDelete
  19. sukanyaaaaaaaaaaaaa......treq dah cool.........emm dah hati nak kawin....itu lagi suka :)

    ReplyDelete
  20. hoooo my sayang.....cepat2 la smbng ye...nak buat bekalan...ni tak tau lerrr brapa lama 'menghilang' tak dpt bukak lappy & tenet huhuhu

    ReplyDelete
  21. terus pi selongkar blaik almari carik PMS nyer novel ^^

    ReplyDelete
  22. adusss si alpha male dh buka langkah....haha sweet je....

    ReplyDelete
  23. awesome!!!!haila...pipi xmau turun ni..potong kaki la gini kak nina..!! manis sangat ni ha!!ooo..em dgn tareq sgt awesome!!sgt sweet!!sgt suke!!!aaaa..

    ReplyDelete
  24. Dun worry la Nina, ramai jer yg nak baca DS. Psl PMS yg didramakan...honestly sy x berape minat nak tgk sbb takut kecewa klu pelakon x boleh bw watak mcm dlm buku so klu btul2 best br sy tgk.
    P/S : cpt2 kawenkan couple nih...dua2 sweet jer

    ReplyDelete
  25. Waaaaaaaa!!!!!! Sukanyaaaaaaa hehehehehe....nina lap Uuuuuuu...... nak lagi hehehehehe

    ReplyDelete
  26. Kebah demam...bgun bgun buka fb jengah ada Ds.....ilang sakit kepala...kemanisan mereka wat kan diri x habis tersenyum sambil pikir tareq...memng bwk g kenduri una ...cuma di kenalkan sepupu aje..tareq...masa terkujat...diperkenalkan...samb dlm 2-3je nina..
    Writer u mmg terbaik

    ReplyDelete
  27. I LIKE....YES!!!
    Getting more interesting lovey dovey....ni tak sabar nak baca lagi ...next next NIna?

    ReplyDelete
  28. suka suka suka...siap senyum2 baca bab kali ni...tq nina.....hhehehe nak lagi

    ReplyDelete
  29. haisshhhh melyn tu...malu2 plk...kawen kn cpt dorg nih nina...lomantik lopeh kawen lg aum!!!kehkehkeh

    ReplyDelete
  30. Tqqqq....ilang stress menanda kertas English...so diabetically sweet.....nak pengsan jap

    ReplyDelete
  31. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........................senyum lebar sampai telinga nie.............sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat nie.....hehehe...ilang segala masalah melanda....yg penting hati emm dah terbuka nak kawin cepat2.......huhuhu.....sungguh x sabar nie...by the way...tq puan nina

    ReplyDelete
  32. walawei...
    sian atai...
    b4 ni dgn hubby una...
    ni dgn projek ke3 melin....
    comel je....
    bab sayang tu lagi comel...
    siyes blh terbang ke langit kalo diri s'diri yg kne cenggitu...

    ReplyDelete
  33. part yang last skali tu tak tahan....sweet overdose bile perempuan malu2 macam tu...nak jatuh dri kerusi rasenya sy,,,hihihi...malu ngan saye2 skali....awww

    ReplyDelete
  34. Wahh dah start sayang2 n territorial our alpha male ni. Can't wait to see hoe the next chapter goes. Sweetness yang boleh membuat jantung berdegup kencang.

    ReplyDelete
  35. Best! Alpha male dh brani tunjuk perasaan dia. Nk teaser Faye & Jeneral plizzz.......

    ReplyDelete
  36. Tahniah cik Penulis Hanina Abdullah atas PMS yg bakal didramakan!! tak sabar nk tunggu versi cetak yang lelain ni ye...teman bekenan benor!!!
    Aminah AR

    ReplyDelete
  37. haaaaaa...bestnyerr!! nina.. congrats on PMS! mmg tak sabar, bila agaknya nak di air kan? melin yang dipanggil sayang kenapa saya yang berdebar?? aahahahaaa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tahu bila tayangannya, shooting pun baru mula kan? :)

      Delete
  38. Sayang saya pun nak ikut!!! Boleh ?
    Maju setapak Tareq dalam usaha utk tackle si Melin.

    ReplyDelete
  39. Bestnya..cepat la sambung..excited!:)))))

    ReplyDelete
  40. Bestnya..cepat la sambung..excited!:)))))

    ReplyDelete
  41. alalala suwweetttnyeeesss..... adehh telepas keretapi pulak saya. Baru bace n3 neh. huh

    ReplyDelete
  42. cpat la ikat emmalyn ni tareq oi...parah2

    ReplyDelete
  43. cepat la sambung... huhu... manis ya amat..

    ReplyDelete