Fatimah Yahya, this is for you. Siapa jadi kucing Parsi? :)
BTW, please pray for GAZA, its the least we can do
Bab 20
“Lin…. Lin……Liiiiiiin…..”
“Lin? Panggil akukah?” Mamai.
“Lin… Lin… Lin sayaaaang.”
“Sayang? Siapa sayang aku?” Separuh
di alam mimpi, separuh di alam sedar, Emmalyn cuba memikirkan siapa Lin dan
siapa sayang.
“Bismillahir Rahmanir Rahiiim.”
Suatu kucupan lembut mendarat di kening kanan Emmalyn.
Bagai kucing Parsi yang gebu,
Emmalyn mengeliat panjang. Tangan didepangkan ke atas, bahu kanan merapati telinga
kanan, badan melentik menyerupai huruf C, “Yuuuuummmm.”
Tiba-tiba kedengaran tawa lelaki
terbahak-bahak. Hah? Siapa di atas katil aku ni? Laju Emmalyn membuka mata. Oh
no! Alpha Male! Tangan kanan menutup mulut. Eeee, gigi belum gosok, mesti mulut
busuk. Alamak, muka pun belum basuh, mesti mata penuh dengan tahi. Akhirnya
kedua-dua belah tangannya menutup muka.
Bila berhenti tawa si Alpha Male,
Emmalyn meregangkan sedikit jari jemarinya lalu mengintai sang suami.
“Yum?” soalan pendek dari suami,
disambung dengan tawa terbahaknya. “Lin, you
are soooo cute!”
Hah? Gigi tak gosok, muka belum
cuci, dia kata aku comel? Rabun ke apa Alpha Male ni?
Dengan tawa yang bersisa, terbit
arahan pertama suami kepada isteri, “Bangun, Sayang. Solat subuh.”
Solat? Muka masih ditutup dengan
tangan, si isteri menjawab, “Saya ABC.”
Tsk! Tapak tangan hinggap ke dahi,
Tareq mengomel kepada diri sendiri, “Aiseh, itu pun kau lupa.”
Tergeleng-geleng kepalanya. Tidak
biasa hidup dengan seorang wanita, ABC, ABC ni manalah dia ingat. Get use to it, Tareq! You have a wife now.
“Oooops, sorry, sorry. Go back to sleep,” kata si Alpha Male, sambil
bangun dari katil, termalu sendiri.
“Alaaaaa… do you have to go?” Di atas katil, Emmalyn merintih melihat kelibat
suaminya masuk ke dalam bilik air. Walaupun malu dengan mulut yang berbau dan
mata yang bertahi, rasa macam nak cuddle-cuddle
lama-lama di atas katil dengan suami.
Suami? Yes, Emmalyn, that is your
husband. My husband. MY. HUSBAND. My husband!! Yahooooo!!!! That deliciously
drippingly handsome man is my husband!
Mata tertutup, bibir tersenyum
lebar, otak memikirkan hanya Tareq yang kacak, Tareq yang macho, Tareq yang….
yang…. yang… segala-galanyalah, si pengantin perempuan mengeliat lagi.
“Seriously, Lin. You are too
cute in the morning.”
Automatik terbuntang biji mata.
Suami yang kacak, yang macho, yang segala-galanyalah, sedang berdiri di birai
katil merenung tepat ke arahnya…. yang mulut berbau….. yang mata bertahi……
Oh! Noooooo…… berdesup Emmalyn lari
masuk ke dalam bilik air.
Mata mengikut kelibat tubuh isteri.
Laju. Macam Speedy Gonzalez, fikir
Tareq. Cute! Too cute!
Selesai solat Subuh, Tareq
tercari-cari isterinya. Bilik air kosong. Katil sudah berkemas.
“Lajunya dia bersiap. Yelah,
Emmalyn tu bukan jenis perempuan yang pakai mekap tebal. Bedak sikit, lip gloss sikit.”
Dengan hati yang senang, Tareq menyambung
ibadahnya dengan berzikir, diikuti dengan doa. Hari pertama menjadi suami, dia
berdoa kepada Ilahi agar membantunya menjalankan tanggung jawab sebagai
pemimpin keluarga dengan baik. Dia juga mendoakan kesejahteraan ibu bapanya,
ibu bapa mertuanya serta seluruh ahli keluarga besarnya. Akhir sekali dia
mendoakan agar majlis kesyukuran yang akan diadakan hari ini akan dilimpahi
dengan berkat dan lancar.
Usai berdoa, dia mengambil tuala
dan melangkah ke bilik air. Selesai bersiap, dia melangkah ke luar bilik, mencari
suri hatinya yang ghaib sedari tadi. Destinasi pertama adalah dapur. Betul pun
telahannya. Isterinya sibuk membantu mama, ibu-ibu saudara serta sepupu-sepupu
perempuannya menyediakan sarapan pagi.
Belum sempat Tareq berkata apa-apa,
dia sudah disergah oleh Ucu Leha, “Cari bini kamukah, Tareq? Ada nuuun, usahlah
risau. Tak ada ke mana dia.”
Riuh gelak tawa kaum ibu yang sibuk
bekerja di dapur. Baru hendak membuka mulut, sudah Ateh Yam pula mengusik,
“Baru seminit bini kamu ni masuk dapur, udah datang mencari ye? Rindu bebenor
ye?”
“Ate, orang baru menikah. Macamlah
kome tak faham.” Alamak! Olong Besah yang sudah melebihi 80 tahun usianya pun mengusik
jugakah?
Dengan muka yang sudah
berbahang-bahang, Emmalyn mengambil sebuah dulang besar yang berisi cawan dan
piring lalu dihulurkan kepada Tareq. “Bawa ke khemah.” Pendek arahannya, mahu
Tareq cepat-cepat beredar dari dapur sebenarnya. Tak tahan kena usik.
Pukul sembilan pagi kawan-kawan
baik Emmalyn sudah tiba dari hotel. Timbul rasa bersalah di hati Emmalyn kerana
menyusahkan mereka. Kenduri kahwin Nawwal Husna dahulu diadakan di sebuah hotel
terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur. Dia, Pet dan Atai hanya pergi, makan dan
pulang.
“Eh, kenapa datang awal sangat,
korang? Berehatlah puas-puas di hotel. Semalam entah pukul berapa korang balik
ke hotel pun aku tak sedar,” tegur Emmalyn.
“Kau ni halau kamikah, Em?” seperti
biasa soalan Iman Fatihah straight-to-the-point.
“Bukan halaulah. Rasa bersalah
tahu, korang ni berhempas pulas untuk kenduri kami,” jawab Emmalyn, sambil
tangannya cekap menuang air kopi untuk kawan-kawannya.
“Tak apalah Em. Sekali-sekala
seronok juga merasa kenduri gotong royong begini. Kalau di KL, kenduri di hotel
dan di dewan sahaja,” balas Zahrain Alimin, suami Nawwal Husna.
“Angkat periuk belanga, kacau lauk
seperiuk besar, goreng ayam berkilo-kilo, Abang kata seronok?” terkejut Emmalyn
mendengar jawapan anak jutawab itu tadi.
“Sekali-sekala, nak merasa juga,”
selamba jawab Zahrain. “Nanti kenduri Zayd, kita buat cara gotong royong
begini.” Sempat pula berjenaka.
“Amboi, Zayd. Gigi baru sebatang
Daddy kamu dah berangan nak terima menantu ye?” sampuk Iman Fatihah, mengekek
ketawa.
“Haah, Em. Kau cepat-cepatlah
beranak perempuan. Boleh kita berbesan,” belum apa-apa, Nawwal Husna sudah
teruja.
“Hah, baguslah. Sorang baru tumbuh
gigi sebatang, yang sorang lagi keluar pun belum, emak-emak sudah berangan nak
berbesan. Nantikan budak-budak tu trauma kena kahwin paksa, siapa yang susah?
Aku jugaaaaaak yang susah,” mulut penuh menguyah bihun goreng, sempat lagi
membebel Mohd Tahir a.k.a. Atai.
“Apsal awak pulak yang susah?”
tanya Iman Fatihah kehairanan. Dahulu berkau-beraku, sudah bercinta ini
berawak-bersaya.
“Eh, kan saya ni favourite uncle derang. Apa-apa masalah,
derang cari saya tau. Minta tolong kasi settle.”
“Zayd, iyekah Pak Long Atai ni favourite uncle?” Nawwal Husna mengagah
Zayd.
“Eh, mestilah! Pak Long Atai favourite uncle nombor satukan, Zayd?
Pak Ngah Tareq jatuh nombor duakan?” Atai pula mengagah Zayd.
Zayd yang kecil-kecil lagi nampak
mudah mesra dengan orang, terkekeh-kekeh ketawa. Nampak giginya yang sebatang.
Comel ya amat!
“Nah! Favourite uncle nombor satu. Ambil Zayd. Favourite Mummy nombor satu nak sarapan,” tanpa sempat tunggu Atai
bersedia, Nawwal Husna meletakkan Zayd ke atas ribanya.
“Jom Zayd, kita breakfast sama-sama. Zayd nak nasi
lemakkah nak bihun goring?” bersungguh-sungguh Atai bertanya kepada Zayd,
macamlah Zayd tu sudah berumur tujuh tahun.
“Hoi!” jerit Una, Pet dan Em
serentak.
Tareq dan Zahrain ketawa berdekah-dekah.
Melepak dengan geng kaki rayau ini ada-ada sahaja.
Usai sarapan pagi, Tareq dan Emmalyn
masuk ke bilik pengantin untuk bersiap. Memang adat keluarga mereka upacara
bersanding diadakan awal kerana berderet-deret datuk nenek saudara dan ibu bapa
saudara hendak menepung tawar. Upacara bersanding bukanlah suatu acara untuk
menunjuk-nunjuk busana yang cantik atau pelamin yang indah. Tetapi upacara ini
adalah suatu peluang untuk memperkenalkan ahli baharu dalam keluarga kepada
keluarga mereka yang besar.
Sudahlah kedua-dua pengantin lelaki
dan perempuan bukan ahli ‘baharu’ dalam keluarga, maka sudahnya upacara
persandingan Tareq dan Emmalyn menjadi suatu acara yang santai dan lucu. Jenuh
Tareq kena buli.
Contohnya, datang seorang ibu
saudara yang berusia pertengahan empat puluhan. Sebelum adat merenjis
dijalankan, dia akan bertanya kepada Tareq, sambil menuding jari ke dadanya,
“Ingat tak ni?”
Dan Tareq yang sudah Sembilan tahun
tidak pulang ke kampong halaman hanya dapat mengenali satu perempat dari ahli
keluarga besar mereka, yang rapat-rapat sahaja. Bila sudah masuk tiga pupu atau
empat pupu, dia sudah tak ingat.
Dan bila dia tidak ingat, itu yang
dia kena bambu, “Eeeeeeh, Tareq, Akak Odah yang tukar lampin kau dulu masa kau
kecik-kecik tahu….”
Kemudian datang pula seorang lelaki
tua yang berusia yang berusia lapan puluhan. Aksi yang sama dan soalan yang
sama, “Ingat tak sapa ni?”
Dan Tareq hanya mampu tersenyum
manis dan menunggu komen lucu dan agak memalukan.
“Aish, kamu ni, ini Atok Teh yang
sunat kamu dulu tahu?!”
Adik lelaki Emmalyn turut mencuba
nasib. Selepas merenjis, dia turut bertanya, “Ingat tak sapa ni?” Soalannya
disambut dengan tawa berderai dari semua yang ada.
Kali ini Tareq dapat menjawab,
“Ingat, adik Melin.”
Tidak puas hati, si adik menyoal
lagi, “Nama?”
“Elyasa’.”
“Syabas betta.” Jawapan dari adik
ipar baru yang membuatkan Tareq ingin bertanyakan isterinya samada Elyasa’ ini betul-betul
hantu filem Hindustan atau sahaja main-main.
Majlis yang sederhana tetapi
meriah, komen Atai kepada Iman Fatihah, buah hatinya.
“Hopefully, ours will be the same,” komen si buah hati, wajah
sedikit mendung.
“InsyaAllah,” jawab Atai penuh
yakin, juga mahu menyedapkan hati si dia.
Yeah da sambung.. chaiyok2 kak nina ....melin sooooo cute.. hihih
ReplyDeletewah......siap mcm si kuching parsi tu....mmg comellah yer tareq.....:)
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................tq3.....errrkkkk bila atai ngan iman fatiha tu nak join the club??? hehehe
ReplyDeleteBestnyer...kena sambung lagi bab ni...
ReplyDeletedear.... sukanye ade geng kutu rayau enter frame... tapi nina, masa una kawin em, pet & atai x de la... diaorg gi jalan2.. balik malaysia baru una belanja diaorg mkn kat klcc..
ReplyDeleteBtul tu...wah! Bgus la peminat Nina yg sorang ni. Alert sungguh dia !
DeleteSokong! Geng kutu rayau masih lg nun d negara luar sana..
DeleteErm.,.tmpt tu Una nak pegi sgt, lupa dah nma tmpt tu
Yayyy....! Harap ada sambungan soon.
ReplyDeleteRamai peminat tunggu ni.... :)
Best arr hanina..bila nak dpt buku ni..
ReplyDeletehehehe! tq kak nina! best best! =)
ReplyDeleteComel !!!!
ReplyDeletebest.
ReplyDeletesweet.....
ReplyDeletesis....besttttt sgttt....
ReplyDeleteBestnye... gurau2 tu macam real kat keluarga sendiri... best best best
ReplyDeleteYeaaayyyyyyyy.....dah kawen...best...best....
ReplyDeletesyabasss dadimaa.. heheh...
ReplyDeletesyabassssss betti....hahaha
ReplyDeleteWaahhhhh advance. Faster2 kak nina. Kalo hari2 up entri ini sudah bagus.
ReplyDeleteBagus, teruskan menulis ye pn writer, nanti leh up lg bab seterusnya
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteSelamat Berpuasa.
ReplyDeleteCepat sambung next episod. :)
Wah meriahnya majlis Melin.
ReplyDeleteBila ada terselit Una, rasa rindu pulak
dgn derang b2 tu.
Seriusly overload punye cute...
ReplyDeleteSaya sukaaa..
ReplyDeletethanks for this great post
ReplyDeleteSpecialists Professionals In Bhubaneswar
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88