(Bagi yg dah lupa citernya, sambungan dari part Melin propose kat Tareq kat KLIA. Huwaaaa azahm tahun tak baru, nak siapkan DS untuk penerbitan bulan Disember! Amvoi...konpiden nya.... Enjoyz... lepas ni ada ke lagi nak upkan DS...err...not sure)
Malam itu Hajjah Asmah mengiring ke
kiri, mengiring ke kanan di atas katil. Air mata kering sudah, anak tengah
sudah pergi. Sembilan tahun dia menunggu Tareq pulang, berharap sangat-sangat
yang Tareq akan menetap terus di tanah air. Muncul Inessa, musnah…punah
harapannya. Nafas ditarik dan dilepaskan dengan berat. Kenapalah buruk nasib
anaknya yang seorang itu, bertemu dengan gadis seteruk Inessa. Dengan Emmalyn
pula, sudahlah baik gadis itu, namun Tareq tolak pula…….haih! Nak fikir-fikir
hingga sakit kepala pun apa gunanya. Pelipisnya dipicit-picit. Matanya dipujuk
tidur.
Di tingkat bawah Haji Abdul Aziz
tekun membaca Al-Quran. Sama seperti isterinya, malam ini susah untuknya tidur.
Hatinya yang berselirat dengan duka mahu dilapangkankan dengan bacaan ayat-ayat
suci.
Pabila jam melepasi pukul dua pagi,
terdengar bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah. Bacaan dihentikan seketika
lalu Haji Abdul Aziz menjenguk ke luar jendela. Eh! Itu kereta abang Emmalyn.
Bukankah Emmalyn kata mahu tidur di rumah kawannya di Kuala Lumpur selepas
menghantar Tareq ke KLIA?
Pintu rumah dibuka serentak dengan
pintu kereta Peugeot merah yang telah diparkir. Muncul kelibat Tareq dari perut
kereta.
Belum sempat Haji Tareq berkata
apa-apa, isterinya yang juga sudah tiba di pintu rumah bersuara, “Tareq!”
Si anak pula, mendengar panggilan
ibunya, melebarkan senyuman dan melajukan hayunan langkah kaki. Tiba di anjung
rumah, ibu yang sudah bersedia mendepangkan tangan dipeluk seerat-eratnya. Haji
Abdul Aziz pula sambil memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi, memeluk isteri dan
anaknya.
Selepas lerai pelukan tiga beranak,
Tareq memaklumkan ibu bapanya, “Babah, esok kita
hantar kereta Emil.”
Ibu yang berbahagia tiada tara
membalas, “Sambil-sambil tu kita pinang adik Emil sekali.”
Si bapa tertawa, si anak tersenyum
meleret.
Keesokan pagi, sewaktu Emmalyn masih di dalam bilik air, Haji Abdul
Aziz tiga beranak sudah tiba ke rumahnya. Mahu menghantar kereta Emil
awal-awal, bimbang jika Emil mahu menggunakannya untuk ke pejabat. Sementelah
sudah ada di situ, Puan Suhaila menjemput mereka bersarapan bersama-sama.
Terkocoh-kocoh Emmalyn bersiap, malu bakal mertua sudah tiba, bakal menantu
belum siap pun lagi.
Cekap Puan Suhaila menyediakan mee
goreng untuk keluarga dan tetamunya. Emmalyn yang tidak pandai memasak
ditugaskan untuk membuat sandwic dan membancuh teh. Hajjah Asmah turut ke
dapur. Ate, sudah ada pertalian darah, memang dia tidak berasa janggal
dengan ibu Emmalyn.
Siap juadah pagi terhidang, mereka
menjamu selera bersama-sama. Berselera sungguh mereka makan, bahagia memikirkan
keluarga mereka akan bersatu. Hanya Emmalyn sahaja yang merah berbahang-bahang
muka, memikirkan topik yang akan dibuka selepas sarapan nanti.
Belum pun sempat habis bersarapan,
Hajjah Asmah yang sudah tidak sabar-sabar lagi mencuit paha suaminya. Hampir
terkucil ketawa Haji Abdul Aziz melihat isterinya yang kalut benar mahu memetik
bunga di taman Encik Ehsan.
“Murahnya rezeki kami pagi ini,”
Haji Abdul Aziz membuka bicara, “harap-harap rezeki murah kami ini akan
berterusan. Manalah tahu kut-kut, menantu baru pun kami dapat pagi ni.”
Usikan Haji Abdul Aziz disambut
dengan ketawa kecil di sekeliling meja. Sambil menundukkan wajah, Emmalyn
bangun lalu mengutip pinggan-pinggan yang sudah kosong di atas meja.
“Mahu ke mana, Melin? Duduklah
dulu. Kita bincang pasal hal Melin dengan Tareq kejap,” Hajjah Asmah menegur
lembut.
Dengan wajah yang merah
berbalam-balam, sempat Emmalyn mengerling ke arah Tareq. Meleret-leret senyuman
si Alpha Male. Hish orang lelaki ni, mana ada reti malu, gerutu Emmalyn di
dalam hati. Kemudian pandangan dilemparkan ke arah ibunya. Puan Suhaila
menganggukkan kepala, tanda bersetuju suaya dia duduk. Hatinya berdebar bagai
orang yang baru habis lumba lari 100 meter. Eeeeeesh, janggalnya rasa duduk
mendengar orang-orang tua bercakap tentang jodohnya. Bukankah mengikut adat, yang
perempuan kena masuk ke dapur? Bancuh air ke apa, kemudian bila orang-orang tua
sudah habis berbincang, barulah gilirannya untuk keluar menghidang air. Ini
adat apa yang keluarganya dan keluarga Tareq guna ini?
Encik Ehsan dan Puan Suhaila,
sebagai ibu bapa sebelah perempuan, hanya berdiam diri menanti butir kata-kata
dari sebelah lelaki. Mereka pun tiada pengalaman menerima menantu, maka mereka
sendiri pun tidak begitu pasti apa yang perlu mereka katakan.
“Maaflah, Ehsan. Pagi-pagi kamu
kalut nak ke pejabat, kami yang dah pencen ni pula kalut nak bermenantu,” Haji
Abdul Aziz berjenaka sambil melegakan rasa janggal di sekeliling meja itu.
Terlerai lagi tawa kecil mereka.
Emmalyn pula berdoa-doa agar ada lubang besar muncul di lantai supaya dia boleh
masuk mengghaibkan diri. Di mata Tareq, manis sungguh Emmalyn yang
tersipu-sipu, tunduk menekur merenung lantai. Agaknya apa reaksi Emmalyn kalau
dia beritahu ibu bapanya dan ibu bapa Emmalyn yang sebenarnya Emmalyn yang
mengajaknya kahwin semalam? Agaknya boleh pitam dara pujaan hatinya itu. Bagai
mahu terburai tawanya bila terlintas idea gila ini.
“Tak apalah Abang Aji. Nak dirikan
masjid ni, tentu bos saya faham kalau saya lambat ke pejabat,” balas Encik
Ehsan.
“Anak yang nak bernikah, emaknya
yang dah tak sabar-sabar. Selagi tak ikat hari ni, selagi tulah Kak Mah kamu tu
menyebut-nyebut. Tak senang Abang dibuatnya,” isteri pula yang menjadi bahan
usikan Haji Abdul Aziz.
Hajjah Asmah yang tidak kisah,
menyambut usikan suaminya dengan ketawa lepas. Beg tangan dibuka, lalu sebuah
kotak kecil dikeluarkan dan dihulurkan kepada suami.
Terkejut Emmalyn dibuatnya. Hah!
Dah ada cincin? Siapa yang beli? Hajjah Asmah atau Tareq?
Kotak kecil dibuka, dari jauh
kelihatan kilauan emas sebentuk cincin belah rotan. Terbuntang mata Emmalyn.
Kotak cincin diletakkan di atas
meja, Hajjah Asmah bersuara, “Belah rotan je, Lila. Buat tanda. Nanti kalau dah
jadi biarlah budak berdua ni yang pergi cari cincin tunang dan cincin kahwin.
Nanti kalau kita cari, takut nanti tak kena dengan selera orang muda.”
“Eh… tak apa, Kak Mah. Kami tak
kisah. Cincin, gelang tak penting. Yang penting kita nak dirikan masjid,” balas
ibu Emmalyn. Anak dara sulungnya disunting orang, bahagia memenuhi segenap
hati.
“Alhamdulillah, kalau kita
sama-sama sudah berhajat nak bina masjid, nak dekatkan tali persaudaraan kita,”
sambut bapa Tareq. “Hajat sebelah kami kalau boleh hendak dicepatkan. Yelah,
perkara yang elok, buat apa nak ditangguh-tangguh. Ehsan dan Lila setujukah?”
“Betullah macam yang Abang Aji
kata, perkara yang baik, jangan ditangguh,” jawab Encik Ehsan sambil
mengangguk-anggukkan kepala.
“Syukur, syukur, Allah permudahkan
hajat kita. Kalau Ehsan dan Lila tak kisah, boleh kita kira ini bagai kami
datang merisik ye?” Haji Abdul Aziz meminta persetujuan ibu bapa Emmalyn sekali
lagi.
Ibu bapa Emmalyn tidak henti-henti
menganggukkan kepala.
Senang hati cadangannya diterima,
Haji Abdul Aziz meneruskan kata-kata, “Kalau Ehsan dan Lila setuju, apa kata
majlis bertunang kita adakan hari Sabtu dan akad kita buat sebelah malamnya?”
Emmalyn yang sedari tadi tunduk
memandang lantai ruang makan rumah keluarganya, menimbang-nimbang dalam hati
apa yang dikatakan oleh bakal bapa mertuanya, “bertunang Sabtu, bernikah
sebelah malam. Hmm….. Sabtu. Sabtu? Sabtu?!! Sabtu yang mana?!”
Terpanggung kepalanya merenung Haji
Abdul Aziz, keningnya berkerut. Baru sahaja hendak meluncur keluar soalan,
Papanya terlebih dahulu bertanya, “Sabtu inikah, Abang Aji?”
Sabtu ini? Sabtu ini?!! Buntang
besar mata Emmalyn. Dan semakin besar bila dia melihat bapa Tareq mengangguk.
Sabtu ini!! Buat seketika, bagai berputar-putar ruang makan keluarganya.
Tanpa sedar dia tegak berdiri
tiba-tiba, menyebabkan semua mata tertumpu kepadanya.
“Err…err….Melin nak cuci pinggan,”
terbit suatu pengumuman yang kurang relevan.
Terkejut tiba-tiba Emmalyn bangun
tegak berdiri, terkejut tiba-tiba dia buat pengumuman hendak cuci pinggan, maka
terdiam mereka semua seketika.
“Err…err… Tareq…. Tareq…dia tolong
Melin.” Astaga…. Apa yang kau merepek ini Emmalyn?
Pinggan kotor di tangan disuakan
kepada Tareq. Tangan yang kosong menggagau-gagau mengutip cawan-cawan dan
piring-piring di atas meja. Dan apa lagi… cabutlah! Cabut ke dapur.
Tiba di laluan tidak berpintu
menghala ke dapur, Emmalyn menoleh ke belakang. Ibu bapanya dan ibu bapa Tareq
masih melopong memandangnya. Tareq juga, dengan pinggan kotor yang dihulurkan
Emmalyn di tangan, bontot masih melekap di kerusi.
“Abang nak tolong Melin cuci
pinggankan?” Emmalyn sendiri sudah tidak pasti, soalankah atau arahan yang
terbit dari mulutnya.
“Ha.. ha..,” jawab Tareq masih
kehairanan.
Emmalyn menjegilkan mata, automatik
terus berdiri Tareq dan mengikuti dara pujaan sambil mengisyaratkan gerakan
kepala ke arah dapur kepada Umminya, bagai meminta izin.
“Pergilah, pergilah,” jawab Hajjah
Asmah, “pergilah cuci pinggan mangkuk, periuk belanga Achik Lila kamu tu.”
Terburai tawa mereka berempat di
meja sambil mata mereka mengiringi langkah Emmalyn dan Tareq masuk ke dalam
dapur.
“Mereka tu dah berbincangkah Lila?”
tanya Hajjah Asmah bila pasangan muda itu hilang dari pandangan.
“Entahlah, Kak Mah. Minggu lepas
ada Melin khabar yang Tareq nak ajak mak bapa dia datang berbincang,” jawab
Puan Suhaila.
“Semalam dia tak cerita apa-apa?”
tanya Hajjah Asmah lagi.
“Tak ada pun, Kak. Semalam balik,
dia cuma sempat bagi tahu Tareq tak jadi balik ke Qatar. Kemudian terus
menonong masuk ke bilik. Mengantuk sangat rupanya,” soalan dijawab, kemudian
giliran Puan Suhaila pula bertanya, “Tareq pula, ada cakap apa-apa kepada Kak
Mah?”
“Tak ada, sengih sahaja dari
semalam sampai ke pagi ni,” jawab Hajjah Asmah.
“Yang nak nikah Sabtu ni, bukan
rancangan Tareqkah, Kak Mah?” tanya Encik Ehsan pula.
“Yang cerita nak nikah Sabtu ni,
rancangan kakak kamu ni!” sampuk Haji Abdul Aziz, “tak boleh tidur dia semalam.
Tak sabar-sabar nak hantar cincin risik ni. Tak mahu anak kesayangan pergi ke
Tanah Arab tu lagi.”
“Oooo….,” panjang harkat ‘o’ Puan
Suhaila dan Encik Ehsan.
“Dibuatnya lepas nikah, deme berdua nak balik ke Arab nun, apa
kamu nak kata, Hajjah Mah?” soal Haji Abdul Aziz kepada isterinya sendiri.
“Ish, Abang ni…..,” paha suami
ditampar.
“Ish, tak naklah Abang Aji. Anak
perempuan kami tu pun baru je balik dari England,” Puan Suhaila menyokong bakal
besannya.
“Hah, tu, amende yang deme bincang
kat dalam tu?” soal Haji Abdul Aziz.
“Bincang hal nak nikahlah tu, apa
lagi….,” jawab Hajjah Asmah, “biorle deme bincang kat dalam tu. Meh, kita
bincang kat luar ni.”
Di dalam dapur…
Dua tiga langkah ke dalam dapur,
langkah Emmalyn terhenti. Dia menoleh ke belakang lalu merenung tepat ke arah
wajah Tareq, “Abang!! Sabtu? Sabtu ini?!!” cawan dan piring kotor masih di
tangan.
Tareq hanya menjungkitkan bahu.
Bernikah Sabtu ini bukan rancangannya tetapi tidak bermakna dia tidak suka
dengan rancangan itu. The sooner, the
better! Senyuman meleret-leret tidak lekang-lekang dari bibirnya.
“Abang!! Sabtu?!! Hari ini Isnin.
Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu. Sabtu! Lima hari lagi, Abang!” suara
Emmalyn jelas kedengaran gelabah.
“Haah, Selasa, Rabu, Khamis,
Jumaat, Sabtu.” Nak jawab apa lagi, memang betul kiraan Melin.
“A…baaaaaang!!!” panjang harkatnya
tetapi suara Emmalyn tidak meninggi.
Ralit Tareq merenung Emmalyn.
Emmalyn tidak pernah marah, tidak pernah lose
her cool. Inilah kali pertama dia melihat Emmalyn dalam keadaan begini… gubra,
tidak tentu arah. Super cute! Geram,
rasa macam hendak cubit-cubit pipi Emmalyn.
Melihat Tareq yang senyum bagai
kerang busuk, panas pula hati Emmalyn, kali ini hamper terjerit kecil, “A…baaaaaaang!!!”
A…baaaaaaang, A…baaaaaaang. Seru
banyak-banyak kali, nanti bukan malam Sabtu kita bernikah, Emmalyn, tapi malam
ini!! Makin menjadi angau si Tareq.
“Laaaah. Mana Abang tahu? Semalamkan
Lin yang ajak Abang kahwin?” usik Tareq, seronok melihat Emmalyn gelabah.
“Tsk! A….baaaaaang!” Nasib baik
tangan penuh dengan cawan dan piring, kalau tidak, dah kena cubit si Alpha Male
seorang ini. Saja nak buat orang malu. Semalam yelah kan syahdu ya amat buah
hati hendak pergi jauh, kalau tak ajak kahwin, mahu menyesal seumur hidup. Ini
siang terang benderang, mana ada syahdunya. Disebutnya pula hal aku ajak dia
kahwin, ish!! Malu!
Mengekek Tareq mendengar panggilan
Abang terlebih panjang harkat dari bibir Emmalyn.
“Abang ni!!” marah Emmalyn
mendengar tawa Tareq. Kaki kanannya dihentak-hentak ke lantai.
Omigosh! Emmalyn ni bila dia
tunjukkan perasaannya, super cute
bordering to sexiness! Kering tekak Tareq. Yup, Saturday, it is. I won’t have it any other way. Terima
kasihlah, Ummi! Terima kasih banyak-banyak!
“What’s wrong with Saturday, sayang?” Pujuk Tareq, pujuk!
“Abang, lima hari saja tu! Lima
hari! Sempat nak buat apa?”
“Laaa…. Simple matter,” selamba jawapan Tareq.
“Simple matter? Simple matter, Abang kata?”
“Kaum kerabat Ngah Balom kan ada?” mudah solusi Tareq. Typical men!
Sweet me like....
ReplyDeletetq dear
Deletewaaahhh.... memang mencanak canak naik roller coasternye kak nina! hehehe..... tlg la smbung lagi sebab dua..... (kedip2 mate) ^_^
ReplyDeletehmm citer ni roller coaster nya kalau menjunam pun junam sikit je
Deletesuper duper cute la melin ni... haha.. tak sabar nak tau sambungnnye.. gud luck akak nina siap kn mms DS... :)
ReplyDeletetq...sy sentiasa perlukan doa rakan2. hidup ni banyak sangat dugaan
DeleteSuper duper cute eh tariq..jiwa bergelora weih..melin2x..
ReplyDeleteorg galak nak kawin lerr katakan... tunggu part hanimun nnt ye...
Deleterindu Tariq lor....suweet deme :)
ReplyDeleteuiks rindu Tareq je? Melin x rindu?
DeleteOMG! So rindu kt diaorg....thanks Hanina! You kan...pandai sangat bt scene manja2 tau...untung hubby u! ;-)
ReplyDeletebetul tu kak fara.. kak nina mmg pandai buat scene manja-2 nii. menjadi. kita yg baca ni trut tersengih..
DeleteNak lagi.. heeee
fara...dgn my hubby, masam2 je...tak percaya, tanya dia :)
DeleteNur Shaiidah....sengih/smile is good :)
DeleteRindu dgn depa. Nk lagi.. Ala kelip2 mata gitu
ReplyDeletesy plan nak upkan sampai bab 20 kut...pas tu masuk gua :)
DeleteFuhhh gile rindu Melin & Tareq. Tup2 dah nak kawen. Wehooool lompat bintang!
ReplyDeleteweehooo....sy lompat bulan
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebest.
ReplyDeletetqvm :)
DeleteYay.... dah ada update .👍
ReplyDeleteyay! tlg doakan ye
Deletehahahahahhahahha.... gelakkk besarrrrr..... gempakkkkkk... sabtu kahwin... terbaikk laaaa kak nina..sanggup baca slow2...takut nk hbs... mmg dr awal baca smp hbs senyummm jaaa... so cute melin... terkujatttt kahkahkah... Selamat Pengantin Baru Korang... kompang dipalu...pengantin baru...confirm meriah.
ReplyDeletehe he he dgn ngah balom clan yg kecoh dan geng kutu rayau...what do u expect?
DeleteNampaknya Tareq dan emaknya sama naik, bila burung dah ada dalam gemgaman takleh lepas dah ya Tareq, so sweet Melyn tunjukkan manja Tareq teruja.
ReplyDeletehaaa...Melin kan selalu cool je...ni nak nikah dlm masa 5 hari gubra gila!
Deletehahaah...nak Sgt kawen..ha..x psal sabtu jd pilihan
ReplyDeletemak dia takut x jd dia lari balik ke qatar :)
DeleteRindunya.. akan sentiasa nak baca sambungannya...doakan target disember ke versi cetak tercapai
ReplyDeleteamiiin, amin, amin, amin....
DeleteNina...nakal betul you ni....tapi ..tetap *Mantap*
ReplyDeletehe he he nakal ke?
DeleteHaha....terus gelabah si mel.....
ReplyDeletekalau kita pun gelabah jg kan? LOL
DeleteBaca ni otw k bazaar ramadhan. Suami kat tepi bawa keta hairan dok tengok saya baca post kali ni. Best sgt2. Tak sabar nak tunggu hari SABTU ni. Hihihih
ReplyDeletesabtu depan? y? nak tunggu bab baru? psst...bab 19 dah siap, saja nak peram
DeleteYeay...da nak kawen... Super cute la dorang dua ni....chayok2 kerabat ngah balom buat persiapan...
ReplyDeleteyup siap mesyuarat, siap riuh rendah
DeleteMantap!
ReplyDeletetengs!
Deletebessssssssstttttttt......lama dah tungguuuuuu....
ReplyDelete:)
Deleteaduhaiiiiiiiiiiiiiii.................dah byk kali baca pun....sengih tetap sampai telinga.....melin & tareq yg nak kawin....apsal saya yg terlebih excited....hehehe....seronoknya....terima kasih puan penulis....buat saya sengih sorang2....ilang jap ngantuk kat opis nie
ReplyDeleteyelah...escapism kan? :)
Deleteada je kejutannya...haha ;)) like.like.like.
ReplyDeleteagar hidup x boring :)
Deletekak Nina,selamat berkenalan..
ReplyDeletebest giler..
x sabar tunggu sambungan seterusnya...
luv u lah kak nina...
lebiu tu
Deletek.nina...
ReplyDeletenk tny pe maksud nme inessa tu ek?? :)
err...sy tak tau. main rembat je nama ni. nak taruk untuk nama anak ke?
DeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88