“Abang? Abang mana pula ni? Tengok pun tak pernah. Bukan
sepupu sepapat kami. Agaknya kawan Abang Yeh….. Lantaklah dia, Ne’a,” omel Siti
Soleha sendirian di dapur, kepala masih terfikirkan lelaki yang makan semeja
dengan abangnya.
Dalam
rumah penuh dengan jemputan, di laman rumah penuh dengan jemputan. Jawabnya Siti Soleha kembali memerukkan diri
di dapur. Kalau ikutkan hati mahu dia masuk ke dalam bilik tidur dan kunci
pintu sampai ke subuh esok. Itulah perkara pertama yang terlintas di benaknya
bila dia melihat Azrul Fahmi melangkah
masuk ke dalam rumahnya beberapa minit sebelum azan maghrib tadi.
Memang
Encik Bekas itu perasan bagus. Putus tunang ikut suka hati dia, lepas itu
selamba badak pula datang rumah bekas tunang. Mukanya langsung tiada rasa
bersalah, santai sahaja dia bersalaman dengan Papa dan Abang Yeh. Dulu pun Siti Soleha bukan berkenan sangat
dengan akauntan lulusan luar negara itu. Mama yang terlebih berkenan hendak
buat menantu. Nak-nak pula Mama memang sudah berpuluh tahun mengenali Auntie
Chah, mak Azrul Fahmi. Sepanjang setahun bertunang, Siti Soleha mendidik
hatinya untuk menyayangi lelaki yang disangka bakal menjadi suaminya. Tup-tup,
tiada angin, tiada ribut, Auntie Chah dan Uncle Jak datang ke rumah dan minta
maaf, Azrul Fahmi sudah seminggu bernikah. And
no… bukan bernikah di sempadan, tetapi bernikah di Johor Bharu, akad nikah
di rumah pengantin perempuan.
“Kami
terpaksa….. buat hantaran bagai…. Maruah keluarga kena jaga juga kan?” terang
Auntie Chah dengan linangan air mata yang tak henti-henti.
Ha!
Itulah kata kuncinya….. maruah! Azrul Fahmi buat dia bagai dia tidak bermaruah.
Kalau barang di kedai pun, nak ambil, nak pulangkan kena beritahu tuannya.
Kalau Azrul Fahmi tidak mahukan Siti Soleha, buatlah cara elok-elok, datang
putuskan secara beradat dengan keluarga.
“Sudah
dia lanyak maruah aku, eeeii selamba badak sahaja datang malam ni!”
menyumpah-nyumpah mulut Ne’a.
Nasib
baiklah pinggan mangkuk dan cawan piring kotor tak henti-henti dihantar masuk
ke dapur. Ada alasan kukuh untuk Ne’a terus berada di dapur. Sekali lagi
telefon Ne’a berkelip-kelip. Tangan dilap, telefon dicapai.
“Ceh!
Abang Yeh ni, nak kopilah pula. Sekali sekala balik, banyak akal sungguh.”
Dengan
abang sulung kesayangan, mulut membebel tetapi hati tak sampai hendak bantah.
Tak sampai berapa minit, siap kopi seteko. Ne’a letakkan dia atas dulang kecil
lalu ditatang keluar.
Baru
dua langkah keluar dari pintu belakang, Encik Bekas datang menegur, “Berat teko
tu, Ne’a. Biar Abang tolong bawakan.”
Terhenti
langkah Ne’a, wajah Azrul Fahmi direnung dengan kening bertaut. “Biar betul
mamat ini? Nak tolong bawa tekolah pula. Tolong belah, boleh?”
Bebelan
cuma dalam hati. Tanpa sebarang kata, dulang kopi diserahkan kepada Encik
Bekas. Ne’a patah balik ke dalam dapur, ambil beberapa biji cawan dan piring,
susun di atas sebuah lagi dulang dan melangkah ke pintu belakang semula.
Eh!
Ada lagi Encik Bekas berdiri tegak di luar pintu. Setia menunggu.
“Setia?
Heh!” Ne’a cemuh dalam hati.
Mode
bisu diteruskan, Ne’a melangkah ke arah meja abangnya di bawah khemah. Dulang
berisi cawan dan piring diletakkan ke atas meja. Dulang berisi teko kopi pun
tiba juga. Elok diletakkan ke atas meja, tukang bawa kopi pula selamba duduk di
kerusi sebelah bakal-abang-ipar-tak-jadi. Bukan sahaja duduk tetapi wajah Ne’a
direnung bagai pungguk merenung bulan.
“Ya
Tuhan, berilah aku kesabaran agar aku tak simbah air kopi seteko ini ke atas
kepala Encik Bekas ini,” sempat Ne’a berdoa. Mulut pula membebel, “Abang tu kan
ada kopi,” bibir dijuihkan ke arah meja sebelah, ada teko besar di atasnya,
“nak juga torture Ne’a bancuh kopi
lagi.”
“Itu
teh tariklah. Abang nak merasa kopi kaw Ne’a, bukan selalu dapat rasa. Berkira
sangatlah Ne’a ni.” Selamba Elyas mengutuk adik sendiri.
Kopi
dituang ke dalam cawan. Belum sempat
Ne’a hulur, Tetamu Misteri sudah ambil dan cicip kopi panas itu.
“Ne’a
bancuhkah ni?” tanya Tetamu Misteri dengan senyum simpul.
Apa
punya soalan da? Teringin Ne’a nak jawab, “Tak, Neelofa yang bancuh.” Tetapi
didiamkan sahaja, tak ingin hendak jadi gadis sinis.
“Dah
besar Ne’a. Dah pandai bancuh kopi,” terbit lagi komen-komen pelik Tetamu
Misteri.
Eleh,
setakat bancuh kopi pun nak puji? Pelik. Psiko ke dia ni? Lagi satu apahal
panggil aku Ne’a, Ne’a ni? Jumpa pun tak pernah.
“Laaaa,
Yad,” Elyas menyampuk, “Dah berbelas tahun kau tak jumpa Ne’a. Bancuh kopi dia pass, masak nasi lauk out!” Adik bongsu kena kutuk lagi. “Lima
belas ke enam belas tahun? Kali terakhir kau datang rumah kami masa Tingkatan
Satukan?”
Pernah
datang rumah? Lima belas tahun dulu? Siapa dia ni? Berkerut dahi Ne’a cuba
mengingatkan semula siapa Tetamu Misteri. Kawan sekampungkah atau kawan
sesekolah? Kenapa Tetamu Misteri ini ingat sangat pada Ne’a, wal hal Ne’a tak
ingat dia pun?
“Ha’ah,
lepas tu kami pindah ke KL, aku tak pernah datang lagikan?” Tetamu Misteri
mengiakan.
Tidak
senang dengan sesi ‘Jejak Kasih’ bekas tunangnya dengan mamat-entah-dari-mana,
Azrul Fahmi meminta kopi. Terpinga Ne’a seketika, dia sudah terlupa yang Encik
Bekas turut duduk di meja yang sama. Kopi dituang tanpa sepatah kata.
“Dulu
masa Abang datang main-main kat rumah Ne’a, Ne’a baru masuk taska. Comel bukan
main, gigi depan rongak. Sekarang ni dah tak rongak tapi comel juga lagi.”
Komen-tak-diminta
dari Tetamu Misteri disambut dengan tawa besar Elyas. Memang Ne’a kecil-kecil
dahulu comel sangat-sangat. Mata sepet, hidung penyet, tapi comel.
“Dulu
mulut macam bertih jagung, penat Abang nak melayan soalan-soalan ‘bernas’ Ne’a.
Sekarang ni Abang tengok Ne’a berat mulut. Ne’a tak ingat nama Abang tapi Ne’a
tak tanya pun,” Tetamu Misteri cuba memancing.
“Pastikah
Ne’a boleh ingat nama Abang?” cabar Ne’a. Mamat ini boleh masuk kategori jejaka
perasan macam Encik Bekas juga agaknya.
“Okey,
Abang cuba,” senyum simpul di bibir sudah melebar. “Ingat tak masa Ne’a panjat
pokok rambutan tu,” jari menuding ke arah pokok di sudut halaman, “lepas tu
Ne’a tak berani nak turunkan? Ne’a jerit-jerit suruh Abang Ne’a panjat pokok
tolong Ne’a turun, tapi Abang Ne’a tak mau. Dia ugut nak biarkan Ne’a atas
pokok sampai Ayah Ne’a balik? Jadi Abang yang panjat pokok, tolong Ne’a turun.”
Blank.
Dahi berkerut. Sejujurnya Ne’a tak
ingat. Kecil-kecil dulu dia suka panjat pokokkah? Sudahnya Ne’a menjungkitkan
kedua belah bahu, tak ingat!
Tidak
mahu mengalah, Tetamu Misteri mencuba lagi, “How about this one? Ingat tak masa kita pergi ke sawah. Mak Ne’a
tak kasi tapi Ne’a nak ikut juga. Masa menyeberang sungai guna titi batang
kelapa, Ne’a jatuh ke dalam sungai? Abang yang terjun tolong Ne’a.”
“Dia
melalak punyalah kuat. Wal hal air sungai tu dalamnya setakat pinggang saja,”
komen selari Elyas sambil ketawa mengekek-ngekek.
“Iyalah
setakat pinggang Abang, Abang besar tapi Ne’a kecil masa tu. Nasib baik tak
lemas,” sakit hati Ne’a dengan komen Elyas, sedap mulut sahaja kutuk dia kaki
melalak.
“Haaa…ingat
pun Ne’a ….,” Tetamu Misteri tersenyum puas.
“Jatuh
sungai Ne’a ingat. Siapa yang tolong, Ne’a tak ingat.”
“Ya
Allah, mamat-perasan-nak-jadi-hero ni tarik Ne’a keluar dari sungai pun Ne’a
tak ingat? Kalau tak ada dia, Ne’a dah jadi arwah tahu,” bunyi mulut-tak-de-insuran
si abang.
“Choi,
Abang ni,” kuat bahu abang ditampar. Geram.
“Okeylah,
Abang tolong Ne’a ingatkan,” kata Elyas dengan senyuman nakal mula terukir di
bibir, “Cuba jawab soalan ni. Kali pertama Ne’a tulis surat cinta, Ne’a hantar
kat siapa?”
Surat
cinta pertama? Surat cinta….. pertama! Laju mata Ne’a menuju ke raut wajah
Tetamu Misteri. Mata bertembung, senyuman yang terpalit di bibir si dia, manis
sungguh manis. Senyuman manis macam …..
Perlahan-lahan
jari telunjuk dihalakan kepada Tetamu Misteri, teragak-agak mulut Ne’a
menyebut, “A…… Abang……”
Dengan
mata yang bersinar galak, dengan senyuman meleret-leret, si Tetamu Misteri sendiri
menyambung, “…..Handsome!”
Terburai
tawa besar Elyas dan temannya. Azrul Fahmi yang sedari tadi hanya menjadi
penonton berasa jengkel kerana tidak tahu hujung pangkal jenaka Elyas dan
temannya. Ne’a pula membahang rasa mukanya….
“Oh no….. ini Abang…. Ei…..Eiyaad? Abang
Eiyaad yang aku declare aku cinta kat satu family masa tadika dulu? Mak!!
Maluuuuuuu!!!” jerit dalam hati sahajalah. Kalau jerit betul-betul, buat malu
dengan tetamu-tetamu yang ada.
Buat
kali kedua malam itu, Ne’a rasa macam hendak lari masuk ke dalam bilik tidur
dan tak mahu keluar-keluar lagi. Tetapi melihat Eiyaad Abdul Aziz ketawa
sehingga terhinggut-hinggut bahu, pesonanya kepada lelaki itu datang kembali.
Dan Ne’a tersedar yang dia masih mengingati nama penuh lelaki kacak ini.
Tekak
rasa kering. “Oit, tutup mulut, Ne’a, pandang lelaki sampai rahang jatuh ke
tanah?” Mata terkulat-kulat, mulut ditutup.
“Ha!
Ne’a dah ingat Abang, duduklah,” tetamu pula menjemput tuan rumah duduk. “Lama
tak jumpa Ne’a, Abang teringin nak tahu apa perkembangan Ne’a sekarang.”
Perkembangan?
Sesaat Ne’a menjeling kea rah Azrul Fahmi. Perkembangan terkini, saya dah jadi
bekas tunang orang, Abang.
“Duduklah,
Ne’a. Yad ni dari tadi bertanyakan Ne’a. Mana ‘budak kecik’ yang jatuh cinta
kat aku tu, dia tanya,” tawa Elyas terburai lagi.
“Sadislah,
Abang ni!” marah Ne’a, muka sudah mencuka.
Kerusi
ditarik, lalu dia melabuhkan punggungnya. Kalau dia lari masuk ke dalam rumah,
agaknya berbulan-bulan dia akan jadi bahan jenaka abangnya. Sekarang ini, dia
perlu duduk di hadapan puppy love-nya
dan bertahan, bertahan, bertahan dengan usikan abang. Dengan cara ini,
moga-moga usikan Abang hanya semalam ini sahaja.
“Sadis?
Ne’a tu yang sadis. Kecil-kecil dulu asyik torture
Yad saja. Mana Yad pergi, nak ikut. Kalau orang tak bagi ikut, mulalah melalak.
Mak pening kepala dengar Ne’a melalak, Yad pun kena paksa bawa Ne’a. Sampai nak
pergi tengok wayang pun kena bawa Ne’a. Spoil
sungguh. Orang nak tengok cerita action,
aleh-aleh kena tengok cerita kartun,” panjang Elyas membebel.
“Bisinglah
Abang ni! Bukan Abang yang tengok kartun, Abang tengok cerita action tu dengan kawan-kawan yang lain.
Abang Eiyaad yang temankan Ne’a tengok kartun,” bersungguh-sungguh Ne’a
mempertahankan diri.
Baru
sahaja Elyas mahu membalas serangan kata adiknya, isterinya muncul, “Abang,
tolong ambil tin susu Fana dalam kereta. Siang tadi Min lupa nak bawa masuk ke
rumah. Kunci kereta dengan Abang kan?”
Elyas, si suami mithali segera bangun dan melangkah ke arah kereta, “Baik-baik kau duduk
dengan dia, Yad. Nanti entah apa-apalah dia torture
kau lagi.” Tawa besarnya mengiringi langkah kaki.
Ne’a
mencemikkan mukanya kepada Elyas. Geram betul! Kalau nak mengusik tu bukan dia
kira. Ada Encik Bekaskah, ada Abang Handsomekah, Abang Yeh apa peduli! Sudah
ketap gigi, sudah kerut muka, baru Ne’a sedar mata Abang Handsome masih melekap
di wajahnya. Allah! Malu!!
Dengan
senyuman tak putus-putus di bibir, Eiyaad bertanya, “Eh, Ne'a ingat tak tahun bila kita pergi
tengok wayang cerita kartun tu? Dah lama kita tak pergi datingkan?”
patut laa nama cerita ni puppy love...ade kisah yer...hahahah... part nea heboh zmn tadika yg dia cintakan eiyaad...kelakar...hahahaha...nea..nea... cepat2 jodoh kan diorg kak... en bekas sila jgn kacau yer... Abg eiyaad hensemm hhehehhhe
ReplyDeletekecik2 dulu dia panggil eiyaad Abg Hemsem :)
DeleteSesuai je kak nina! Best jak!
ReplyDeletetengs!
DeleteHaha so sweet, ambik je la abg handsome jd en suami Ne'a, abaikan en bekas tu...
ReplyDeleteof coz! :)
DeleteWah....nampak gayanya meloponglah sibekas tunang.....hero zmn tadika sudah mai....
ReplyDeletemali mali!
DeleteHahaha...pasti Encik Bekas...sedang berbekas di hati...Ne'a jumpa kekasih lama...Encik Bekas ni dah duda ke?...Kalau nak sambung balik dgn Ne'a jgn mimpilah ya...sbb Abg Hendsome kan ada...
ReplyDeletebr kawin 4 bln, en bekas sudah ada prob dgn istri, heh!
DeleteHaha encik bekas sila menjauh biar la nea ngan abg handsome
ReplyDeletebetul betul betul!
DeleteWah..best btl ..abg eiyad ada..bengang en bekas..rasakan..
ReplyDeleteen bekas terpinga-pinga
Deletesesuaiiiiiiiiiii............sesangattttttttt.........bila nak publish nyer....
ReplyDeletetlg doakan, br nak hantar, riuh sekampung :)
DeleteHahaha.... Padan muka encik bekas....... harap harap cepat le publish eh.
ReplyDeleteamiiiin
DeleteSesuaila puppy love....sweet aje abang handsome
ReplyDeletetu arr, harap2 tajuk BI ni diterima penerbit
Deletemelopong la en.bekas....
ReplyDeletemlm ni je dia melopong, esok eh dia bikin onarrrr
DeleteBest Nina...sesuai dgn tajuk, heran dgn bekas tunang yg tak tau malu tu...
ReplyDeleteoh oh oh...incik bekas baru nak jatuh chenta pulak ke???
ReplyDeletesweet Puppy Love..dah terbit cerpen bagitahu
ReplyDeleteabg emcem sudah mali...kenanganku bersamamu..d waktu engkau d sampingku..senyuman manis engkau berikan..hingga hatiku jadi tertawan..(nyanyi versi jefrydin na)..utk en bekas..apa yg kau mahu..mau apa lagi..tolong tepi ckit..(versi sleeq n joe flizzo)
ReplyDeleteuwahhhh...nak jadi cerpan p0n bole kak... kami sedia menerima...hehehe... x taula. kalo kak nina yg buat cte memang kompem ade tarikan punyelah! pernah cube teka2 seblom bace > bab kali ni biase2 je kot... tapi hampeh. memang melekat dgn cte kak nina smpai ke sudah! hahaha =D go kak nina go!
ReplyDeleteAbg hemsem!!! I lup u :)
ReplyDeletekakkkkkk cepat la terbit!!
ReplyDeletebest..de abg handsome..
ReplyDeleteen bekas tu gi main jauh2...biar nea ngan abg handsome dia
ReplyDeletecomey je :)) akan ada publisher terbitkan ke...la xle letak full la ni...waaaa~ lama lagi nak tunggu
ReplyDeletehahaha..senyum gelak bca..ssuai la kak tajuk ni dgn jln cita ni...biar la encik bekas jeles kt abg hensem..dia bkn da hak pn kt nea
ReplyDeletexsabar nk bca smpai ending
Er...'Abg Handsome', adik Tareq ke?
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2Ec260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88
Okaylh
ReplyDelete