Ampun! Janji TAK ditepati. Nama pun penulis separuh masa. Dengan internet buat hal pula di rumah...
Tadi dah naikkan sekali dengan bab 16, nasib baik tersedar, jalan ceritanya salah. Jadi diturunkan semula dan hanya dinaikkan sambungan bab 14 dan 15.
Again, this entry is raw, tak de edit2...
Bagi yang bertanya, berapa bab SF, kurang2nya 60. Keluk cerita baru nak keluar di bab 17.....
Bila nak sambung? Tak berani janji....sebab bukan mudah nak tepati janji
Doakan kelapangan saya ya....
SAMBUNGAN BAB 14....
Sejak peristiwa
dalam bilik air itu, Fayqa sehabis daya mengelak dari bertembung
dengan si jeneral sengal. Mereka hanya bertemu di meja makan sewaktu
makan malam, itu pun seorang di hujung sana, seorang lagi di hujung
sini. Selebih waktunya Fayqa banyak di dapur atau di bilik tidurnya.
Suatu petang sedang
Fayqa melepak dengan Dzalia atau Dzureen di laman, nampak kereta
Dzariff masuk ke parkir, terus dia angkat kaki.
“Nak ke mana,
Fayqa?” tanya Dzureen.
“Jeneral dah
balik,” bisik Fayqa sambil berlalu.
“Ha?!” terkejut
ternganga Dzureen dan Dzalia.
“Dia kata apa?
Jeneral?” tanya Dzureen terpinga-pinga.
Belum sempat Dzalia
menjwab, Dzariff sudah duduk di kerusi batu, “Sembang apa
petang-petang ini?”
Dzureen pandang
Dzalia, Dzalia pandang Dzureen, automatik pecah derai ketawa mereka,
“Je.....ne.....ral,” kedua-duanya menyebut sambil sambung ketawa
mengekek-ngekek.
“Hmm? Jeneral?”
tanya Dzariff kehairanan.
Berderai lagi
ketawa Dzalia dan Dzureen. Si abang yang sedar dirinya menjadi bahan
senda, mengangkat kaki pergi.
Setiap malam
selepas solat Isya, Fayqa sekali lagi akan masuk ke dapur,
menyediakan bahan-bahan untuk dimasak esok. Kupas bawang, kisar cili,
siang sayur, siapkan semuanya. Esok pagi selepas solat subuh, senang
dia nak goreng mee atau bihun, bahan-bahan semua sudah siap. Kasihan
melihat Fayqa seorang-seorang bekerja, Hajjah Azimah sama-sama
membantu. Sambil bekerja, sambil bersembang. Seronok juga hatinya,
dulu ada Hamidah, berkawan mereka berdua. Sejak Hamidah berhenti,
Hajjah Azimah agak kesunyian. Dzureen dan Dzalia kerja mereka
mengadap laptop, mengadap TV. Macam-macam topik mereka bersembang.
Fayqa tidak pernah bercerita tentang keluarganya, dia lebih banyak
bercerita tentang pelajarannya dan pekerjaannya.
Suatu malam sedang
enak Fayqa bercerita tentang gerai makan tempat dia bekerja dahulu,
datang si jeneral sengal, selamba duduk melangut di meja.
“Abang nak apa?
Kopi?” tanya ibunya.
Takkan nak jawab
nak tumpang dengar cerita, lalu dianggukkan kepala, diiyakan saja.
Belum sempat Hajjah
Azimah bangun, Fayqa sudah menekan punat cerek elektrik, “Biar
Fayqa buat.”
Sambil melihat
Fayqa membancuh kopi, Hajjah Azimah menyambung sembang mereka,
“Kenapa Fayqa beria sangat nak belajar masak?”
“Fayqa teringin
nak buka kedai makan, Achik. Kalau tak ada modal, buka gerai jual
nasi lemak pagi-pagi pun boleh. Kalau sedap, boleh masuk beribu
sebulan.”
“Mak Fayqa
berniaga makan juga kah?”
Bukan Dzariff tidak
perasan, air muka Fayqa yang berubah. Tertanya juga dia kenapa budak
ini tidak selesa bila topik ibunya disentuh.
“Err....tak...
Achik. Mak Fayqa suri rumah tangga sepenuh masa,” kemudian
cepat-cepat dia menukar topik, “malam esok kita masak siput sedut,
ye Achik. Nak buat masak lemak, okey tak, Achik?'
Hajjah Azimah yang
tidak sedar strategi Fayqa menjawab, “Hm, masak lemaklah sedap.”
Kopi yang siap
dibancuh diletakkan di atas meja, hadapan Dzariff. Kopi dicicip,
panas lagi. Matanya menjeling-jeling ke arah Fayqa. Otaknya
berputar-putar, macam mana nak cari maklumat tentang keluarga budak
ini. There's something fishy here, fikir si jeneral.
Semester bermula,
Fayqa terus bekerja di butik Dzalia tetapi hanya separuh masa. Bagi
Dzalia, walau pun Fayqa hanya pekerja separuh masa, gadis itu masih
banyak membantu mengurangkan beban kerjanya. Fayqa bijak sekali
melayan pelanggan, tidaklah Dzalia terkejar-kejar, mana hendak
melayan pelanggan, mana hendak meyelia produksi, mana hendak mencari
kain.
Suatu malam,
selepas menyediakan bahan-bahan untuk masakan esok, Fayqa menjijt beg
mahu keluar.
Baru hendak membuka
pintu, si jeneral sudah bersuara, “Hendak ke mana?”
Mahu tak mahu,
Fayqa terpaksa berpusing, mengadap si jeneral dengan muka yang kelat,
“Mamak, nak bincang assignment dengan Pa'an dan Deng.”
“Lewat-lewat
macam ni?” berkerut dahi Dzariff, nak jadi kutu embun ke budak ini?
“Siang saya
kerja, tak sempat....”
Belum sempat Fayqa
menghabiskan ayat, si jeneral keluarkan arahan, “Telefon Pa'an dan
Deng, suruh derang ke sini. Bincang di rumah saja. Nak kopi teh,
bancuh saja di dapur.”
Sahut Hajjah
Azimah, “Yelah, Fayqa, ajak saja Farhan dan Daeng ke sini. Tak
sedap hati Achik Fayqa bawa kereta lewat-lewat malam ini.”
Tanpa membantah,
Fayqa menelefon the boys yang tinggal berdua tu. Dalam dua puluh
minit mereka tiba, dengan beg plastik di tangan.
“Mee goreng
kambing, roti canai,” kata Daeng, sambil menjungkit-jungkitkan
kening.
“If Apek cannot
go to the mamak, the mamak comes to Apek!” kata Farhan pula.
“Okey, aku bancuh
kopi,” sambut Fayqa, tersengih gembira.
“Apa kelas kopi,
Mamak, teh tarik satu!” bantah Daeng.
“Banyak cantik
panggil aku Mamak, Deng! Bancuhlah teh kau sendiri,” sembur Fayqa.
“Okey, okey,
bukan Mamak, sorry, sorry. Apek, teh satu!” Daeng “membetulkan”
panggilan untuk Fayqa. Dihentam gelak the boys berdua tu.
Si jeneral yang
membelek tablet di ruang tamu, terbungkam hati mendengar gaduh-gaduh
manja Fayqa dan kawan-kawannya yang bebincang di meja makan, “Belajar
apa macam tu? Bising saja lebih.”
Bab 15
Di rumah, tak
habis-habis Dzalia memuji Fayqa, ringan tulang, a thinking worker,
kerja tak payah disuruh, PR skills fantastic. Bagus sangat ke budak
tu? Tanya Dzariff pada dirinya sendiri. Jadi bila Mushrifah menyebut
hendak mencari baju untuk kenduri kahwin sepupunya, ringan sahaja
mulut Dzariff mengajak dia ke butik Dzalia. Mushrifah yang sudah
berpuluh-puluh kali mengajak Dzariff shopping bersama-sama hampir
ternganga....Dzariff ajak pergi beli baju? Wah! Ini suatu
perkembangan baik, fikir anak Dato' Haji Ahmad Dasuki.
Tiba di butik
Dzalia, si empunya butik cepat-cepat minta diri mahu ke tingkat atas,
ada perbincangan dengan team tukang jahit, konon. Nak lari dari Cik
Cerewet sebenarnya. Ini bukan kali pertama Mushrifah ke butiknya,
jadi Dzalia tahu betapa teruknya kerenah Mushrifah.
Jadi Fayqalah yang
menjadi tukang layan. Setiap helai baju kurung, kebaya, kaftan dan
jubah yang ditunjukkan kepada Mushrifah tidak menepati citarasanya.
Warna terlalu teranglah, potongan tak kenalah, sulaman manik tidak
menyerlahlah. Masuk pakaian ke sebelas yang ditolak Mushrifah, Fayqa
masih lagi tersenyum, senyum yang nampak ikhlas tidak dibuat-buat.
“Professional
sungguh,” puji Dzariff dalam hati.
Memang betul budak
ini pandai melayan pelanggan. Kalau aku jadi dia, entah-entah
Mushrifah ini aku sudah halau keluar butik, fikir Dzariff. Sengaja
dia membiarkan perangai cerewet Mushrifah, dia ingin lihat hingga
setinggi mana tahap kesabaran budak itu.
Mushrifah sibuk
membelek pakaian-pakaian yang ditunjukkan Fayqa, Dzariff pula sibuk
membelek Fayqa. Lain benar rupanya, jika di rumah, Fayqa hanya
berkemeja T lengan panjang dan berseluar jeans atau track. Di butik
Dzalia, Fayqa memakai kemeja wanita berpotongan dan seluar slack.
Wajahnya dirias mekap tipis. Hilang imej gadis kolej comotnya, dia
nampak …. elegan!
Akhirnya, Mushrifah
bersetuju untuk mencuba sehelai baju potongan peplum yang diperbuat
dari kain chiffon. Masuk sahaja Mushrifah ke dalam bilik persalinan,
terus Fayqa melihat jam di pergelangan kiri tangannya.
“Sudah pukul
2.10.”
Mendengar komen
Fayqa, Dzariff pula membelek jamnya, “So?”
“Awak dan Cik
Mushrifah akan lambat masuk ke pejabat.”
“So?”
“So?” terangkat
sedikit kening Fayqa, “kalau awak nak cepat balik ke pejabat, Cik
Mushrifah keluar dengan baju tu nanti, pujilah dia banyak-banyak. Dia
puas hati dengan baju tu, awak boleh cepat balik ke pejabat.”
“Oh,” bukan tak
geli hati Dzariff, tapi sengaja dibuat muka kering, “kalau saya
puji banyak-banyak, apa upah saya?”
Makin tinggi
terangkat kening Fayqa, “Upah? Hmmm....apa upah yang sesuai ye? How
about.... kalau awak puji dia melambung-lambung, saya tolong cuci
bilik air awak setiap hari?”
Jenuh ditahan, tapi
tersembul juga senyuman kecil di bibir Dzariff. Spunky girl!
Diperlinya aku, sememang bilik air tu dia yang cuci hari-hari.
“Atau pun...,”
sambung Fayqa, “saya boleh tolong cuci semua baju awak.”
Sekali lagi
tergerak bibir Dzarif, memang bajunya Fayqa yang cuci setiap hari.
“Hmm,” Dzariff
berfikir panjang, “fair enough,” katanya kepada Fayqa. Tersenyum
gadis itu, ubat cerewet Mushrifah ada di tangan jeneral sengal ini.
Keluar Mushrifah
dengan baju peplum, dengan senyuman manis yang ditujukan kepada
Dzariff, bagai meminta pendapat si jejaka. Atas, bawah, atas, bawah
belek si jejaka.
“Hmm, Mush, I
think baju fesyen begini kurang sesuai dengan you....”
Buntang mata Fayqa!
“.....ropol-ropol
di pinggang ni buat badan you nampak chubby.”
Mata Mushrifah pula
yang membuntang, tanpa berkata apa, dia berpusing dan masuk semula ke
bilik persalinan.
Fayqa menjegilkan
matanya ke arah Dzariff.... Fair enough? Apa yang fairnya? Jarinya
dituding ke arah jam di tangan. Dzariff menjeling ke jam di tangannya
sendiri, kemudian pura-pura menguap. Badannya disandarkan ke sofa
empuk, kaki kanannya di selangkan ke lutut kiri. Wajah Fayqa direnung
selamba.
Isim dia sudah
datanglah ni! Getus Fayqa dalam hati. Aku kerja cari rezeki, anak
orang kaya ni nak main-mainkan aku?
Mushrifah
mencuba baju kedua, kaftan chiffon yang sarat dengan hiasan
manik-manik, jenuh Fayqa memuji, “Cantik, Cik. Tak ikut shape tapi
kainnya flowing, Cik nampak sangat feminin.”
Tanpa
diminta, Dzariff memberikan komen, “Mush, you look like a moving
tent.”
Dengan
bibir mencebik, Mushrifah masuk ke bilik persalinan. Fayqa berpeluk
tubuh, mata mencerun ke arah Dzariff. Di bibir tiada senyuman, tetapi
kening Dzariff terjungkit sekali.
Mushrifah
keluar pula memakai kebaya kasa rubia bersulam di bucu.
“Perfect,”
kata Fayqa.
“I
agree,” sambut Dzariff.
Dua
pasang mata buntang merenung Dzariff.
“Tapi
hanya untuk suami you, Mush. Bukan untuk lelaki bukan mahram.”
Mushrifah
tersipu-sipu masuk semula ke dalam bilik persalinan. Fayqa menjeling
ke langit, kemudian matanya mencerun ke arah Dzariff. Banyak betul
akal si sengal ini! Si sengal pula tanpa senyuman menjungkit-jungkit
keningnya dua kali.
Mushrifah
keluar pula memakai jubah, juga dari kain chiffon nipis, berlapis
tiga. Mushrifah memandang Dzariff, Dzariff memandang Fayqa. Fayqa
diam tidak berkutik.
Salesgirl
sudah merajuk? Tanya Dzariff dalam hati.
“Jiff,
what do you think?” tanya Mushrifah manja.
“What
do you think, Fayqa?” tanya Dzariff, belum puas menjolok sarang
tebuan.
Bibir
Fayqa tersenyum tapi sudah hilang aura profesionalnya, “Kalau tanya
saya, tentu saya kata cantik. Cik Mushrifah langsing, pakai apa pun
nampak cantik.”
“Kenapa
nak beli jubah, Mush? You kan nak pergi majlis orang kahwin, bukan
nak naik Haji,” sambil beri komen, matanya menjeling ke arah Fayqa.
Seronok tengok Fayqa membuntang mata, mencerun mata, menjeling ke
langit.
Kali
ini mata Fayqa hanya terpaku ke arah Mushrifah, “Saya ambilkan
baju-baju yang lain. Cik Mushrifah boleh pilih lagi.”
“Good
idea, Fayqa. Kalau nak membeli, biar puas hati kan,” balas Cik
Cerewet.
Tanpa
berpaling ke arah Dzariff, Fayqa melangkah ke arah rak baju. Berubah
riak muka Dzariff. Have I gone too far? Kasihan juga dia, mana
bekerja di butik, belajar dan menolong Ummi di rumah.
Fayqa
muncul semula dengan rak baju beroda yang bergantungan dengan
pakaian-pakaian cantik. Satu demi satu pakaian itu ditunjukkan kepada
Mushrifah. Matanya hanya tertumpu ke arah Mushrifah. Anak orang kaya
mengada yang duduk di sofa dia anggap bagai tiada. Lebih senang
begitu, jika dilayan buat sakit hati.
Dzariff
yang sedar perubahan mood Fayqa, mendiamkan diri. Matanya tidak
berkelip memandang gadis yang tiada tandingan tahap kesabarannya.
Hanya Mushrifah yang mericau mulutnya bagai burung kenari, mengomen
itu ini tentang pakaian-pakaian yang ditunjukkan Fayqa.
“Jiff,
what do you think?” tanya Cik Cerewet.
“Ha?”
matanya cepat-cepat difokuskan ke arah baju kurung moden yang
dipegang Mushrifah.
“What
do YOU think, Mush?” fokus Dzariff diubah dari Fayqa kepada
Mushrifah. Kenapa Mushrifah sibuk bertanyakan pendapat dia? Kalau hal
business, cekap pula dia membuat keputusan.
“Apa
guna you temankan I shopping kalau I tak boleh minta pendapat?”
Temankan
Mushrifah shopping? Itukah tujuan sebenar aku? Tanya Dzariff kepada
dirinya sendiri. Time to end the game.
“That's the one,” balas Dzariff sambil mengangguk ke arah baju
kurung moden yang dipegang Mushrifah.
Wanita
muda itu tersenyum lebar, puas hati. Fayqa tersenyum hambar, lega.
Dzariff sperti biasa, tiada senyuman di bibir, matanya redup
memandang Fayqa.
padan muka si sengal tuh...tau plak dia sakit ati ep?bila fayqa malas nk melayan...kesian fayqa...sabar ye fayqa..hehe
ReplyDeletemenyampah dgn mush. gedik! huhu
ReplyDeletedzariff sgt sweet dgn fayqa. hahaha
Sukabwatak mush walau sdkt ngada2 tapi mmg wujud what perangai org yg mcmni hehehe.. Dzarii ngan fayqa sgt sweet.. Walaupun dh dpt 2 bab tp still rasa x ckp hehehe pape pun mmg trbaikla hehehe
ReplyDeletesekarang dh mmg wajib pagi2 buka blog ni. tahniah kpd cik hanina yg berjaya menulis cerita ni. sy dh dapat novel knk...masa d kl sbtu lepas. best sgt2. macam novel pms, sy yg membaca sgt berpuas hati. kami sentiasa mendoakan agar cik hanina berkelapangan dan dianugerahkan idea yg excellent...well done to u dear.
ReplyDeleteSy pon baru dapat KNK sabtu lalu. Ahad abis baca. orang kk boleh dapatkn KNK d popular sj. Eaton n signature lom ada lg.
Deleteaduhai...klu zz baling dgn baju tu dekat jeneral.sengal!
ReplyDeletehaha.. lau akak baling dgn penyidai tu sekali.. lg puas hati.
Deletesaya stuju ngan kak Norana Said.!! like 100x ;p
DeleteAgree with ZZ!
ReplyDeletehuhuhhu...windu ngn cte ni
ReplyDeleteLama dah x baca novel2 di blog...
ReplyDeleteTapi ada yang menghasut untuk baca citer nih...
Dah baca bab pertama, tak boleh nak stop...
Kena baca jugak sampai bab yang terbaru nih...
Menarik!
KnK pun dah habis baca...
Menarik, suka dengan Nyonya Mansoor yang Manja...
Jahatnya c jeneral ni... Kurang ashem
ReplyDeleteHai x sabar tunggu bab seterusnya...love u nina
ReplyDeleteGeram pulak tengok sijeneral..haih..fayqa..sabor je la..kena biasakan..besok2 awak punya jeneral jugak...huhu
ReplyDeletehmmmmm....paling x si mush ni perasan sendiri...len yg nk diteckle len yg tersangkut muahahahhahaha...nasib general sengal la kan
ReplyDeleteOk time to work shuh shuh !!!
ReplyDeleteTq daling Nina : gile geram dgn jeneral, ngada ngada
mmg elok la panggil jeneral..byk songeh..hahaha
ReplyDeleteterubat rindu kat fayqa.... jeneral sengal (marahlah konon-kononye). nina nice story...i LIKE, lain dari yg lain ;)
ReplyDeletefuhhhh,sabor jela ngan si jeneral ni,,klu x dh lma kna hempuk dgn rak baju ni...fayqa,bw brtenang ye...hehe~
ReplyDeletesabar ye fayqa, si sengal ni memang x sedor diri... pembuli tahap gaban. jolok la sarang tebuan selalu2.. nanti bila sarang dah jatuh, tebuan serang padan la muka... pastu x de kolam nak terjun, lebam la jawabnye.. :)
ReplyDeletehahaha!!!padan muke si jeneral dzengalz...huhu
ReplyDeleteAda gak rasa simpati jeneral pada Fayqa. Kalu x, sampai ke malam lah Fayqa duk melayan karenah girlfriend jeneral tu.
ReplyDeleteboleh dak kalu kaka nak baling rak baju tuh kat kepala si mush gedik mengada ngan si jeneral jepun sengal nak kena penampor jepun sedassss... fayqaaa...u go girlll...
ReplyDeleteakhirnya lepas gak rindu kat faqya...thanks hanina...tak sabar untuk next entry....hehehe
ReplyDeletepergh..bila membaca E3 ni..teringat pula lagu allahyarham Sudirman hj Arshad..Siapakah milik gadis itu..adakah gadis yg bernama fayqa itu yg ingin dimilikki oleh si jeneral sengal tu..kerana (pergh ..dari cara sijeneral ini menyibuk akan hal ehwal minah tu dgn cara dia ingin mendekati dan menyelami gadis itu nampak gayanya hatinya mmg telah terpikat dan sudah pasti sepotong nama itu telah terlekat terukir dihati jeneral sengal tu dan cara dia ingin tahu peribadi gadis pujaannya ..tahap kesabaran gadis itu pula diuji..Mission pertama yg mmg tidak masuk akal itu dilaksanakan dengan bersusah payah membawa minah sengal Musyrifah yg cerewet giler untuk diuji bakat kesabaran yg ada pada gadis pujaan hati..Akak rasa ujian pertama ini mmg gadis yg bernama Fayqa lulus cemerlang..dibawah piwaian sijeneral sengal tu..
ReplyDeleteBagi akak kemungkinan cara sijeneral ..menyakat dan gerak geri gadis itu dipantau mungkin akan menyebabkan gadis yg bernama Fayqa ini akan merasa dirinya tidak selesa berada dirumah agam itu..
Teruja pulak akak nak tahu..mmg gadis yg bernama Fayqa ini misteri orangnya..dan siapakah sebenarnya gadis ini..tidak kah mamat sengal menyelidiki asal usul gadis ini yg mmg tidak pernah mahu menceritakan latarbelakang dirinya pada keluarganya..dan tidak kah sijeneral ini rasa heran yg amat kerana tidak pernah sekali pun gadis ini berborak mengenai ibunya..kerana gadis yg mmg serba boleh ini dengan kebaikan yg ada padanya tidak mungkin gadis nakal yg lari dari rumah...ce citer sikit kat teman...
hehe,kesian fayqa...best,bila nk keluar cerita nie??ehehe..
ReplyDeletePuas hati sgt dpt 2 n3. Tq Nina! Best nyer dpt jd penyabar mcm Fayqa
ReplyDeletebest sangat-2.
ReplyDeletehari yang cukup mendugakan kesabaran seorang bernama 'I' wakakaka baru kluar mtg rm terus bukak tenet...dpt release tension baca n3 cik nina jadi lah...terfikir, dpt kah i menjadi SF in dealing with my ofis punya general-chairman, lioness-lapar & MR cerewet (not miss yerr)...oh tidakkkkkkk...cik ninaaaa, quickly continue so dat i blh blajar cara2 SF.......
ReplyDeletetq nina..lepas gak rindu kat fayqa n jeneral yg kering hati..kenapa eh! fayqa xsuka cakap pasai mak dia????..
ReplyDeletemushi panggil dzariff jiff??? euwwwww..!!
ReplyDeletejeneral, u r too much okay.. sian pekah.. cmne la hang ni bekenan ngan si moshi moshi tuuuuh? hishhh..
pekah, pasnih jeneral ckp ape pon wat tatau je.. anggap dia x wujud ok..? biaq dia xdak kawan ;p
tp satu nak puji jeneral ni sgt prihatin + peka ngan pekah nii.. bgs la dia soh the boys dtg umah wt assignment ngan pekah.. 10 markah!!
Cam brand pencuci je kan? Jiff...
Deleteciff.. hheheheheheh..
DeleteGood!!!
ReplyDeleteNovel Sf Akan menjadi Gempak seronok mwmbaca sepeti novel PMS.....x sabar tahap gaban Sf Mintak Mintak Publish Time raya.... MINTAK MINTAK MENCURAH CURAH LE IDEA...NINA....CHAAAIIIIIYOOOK NINA
ReplyDelete10q 4 the n3, Nina. Sy pn br baca coz busy bangat mgu ni. Anyway sy doakan bos Nina lembut ati n x bg byk keje kt Nina so that u'll have more time to be creative n write n write n write...hi hi hi. X sabar nak tgu next n3
ReplyDeleteEeee... jeneral ni sengaja nak uji kesabaran fyqa...
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88